Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B
Bab
83
“Fiyah,
maafkan abang. Kerana abang keluarga kita jadi begini. Abang…Abang
buta dengan harta dunia. Abang buta untuk berbandingkan yang mana
batu dan yang mana permata. Abang sia-siakan apa yang kita ada. Abang
benar-benar tak guna. Tak guna!” Khaleed menghentak-hentak
kepalanya ditiang dibelakangnya.
Lutfiyah
berpaling melihat suaminya itu. “Abang, kita semua bersalah dalam
semua ini.”
Khaleed
menggeleng. Dia memandang Lutfiyah dengan perasaan penuh kesal. “Tapi
abang seorang suami dan papa yang tak berguna langsung. Maafkan papa
Ayal. Papa banyak bersalah dengan Ayal. Papa tak bersikap adil
terhadap Ayal. Papa tak jadi seorang papa yang Ayal impikan.”