Bab
84( Akhir)
“Mama
mari kita pergi.”
Shariq
memaut bahu mamanya sebaik saja menghulur bakul berisi bunga dan jug
yang sudah kosong kepada Faizan. Lutfiyah mengesat air matanya dengan
sapu tangan yang setia didalam tangan sejak tadi. Berat sungguh
kakinya mahu melangkah pergi dari tanah perkuburan yang masih merah
lagi. Batu nisan diusapnya.
“Mama,
kita kena redha. Biar arwah papa dan arwah aunty
Irah tenang disana. Kalau mama begini mesti mereka sedih.” Pujuk
Shariq sekali lagi. Sayu dia melihat mamanya menangis atas pemergian
bukan sahaja kembar mamanya itu tetapi juga suami dan papa mereka
juga.
Khaleed
digegas ke hospital pada malam itu. Darah tidak berhenti mengalir
dari dada Khaleed akibat tembakan yang dilepaskan Joe. Lutfiyah yang
berada disisi suaminya setiap saat tidak sanggup melihat suaminya itu
menanggung kesakitan. Dia redha jikalau itu dapat menghilangkan
kesakitan yang dirasai Khaleed.
Bila
doktor kata mereka dapat menyelamatkan Khaleed namun keadaannya
kritikal. Mereka tahu mereka harus bersiap-sedia untuk apa saja yang
bakal berlaku. Entah mengapa, walaupun Khaleed tidak pernah menjadi
seorang papa yang dikehendaki mereka, lelaki itu tetap papa mereka.
Darah daging mereka.
Setiap
hari, setiap saat, Lutfiyah setia disisinya, hanya meninggalkan
Khaleed untuk menunaikan solat. Selain itu Lutfiyah hanya bersama
Khaleed. Mereka tahu mama mereka masih menyayangi papa mereka
walaupun semua yang terjadi. Tetapi ajal dan maut ditangan Tuhan.
Seminggu selepas bertarung nyawa, Khaleed akhirnya mengambil nafasnya
yang terakhir, dengan Lutfiyah disisi.
Shariq
angkat kepala memandang Geraldine yang setia disebelah majikannya
itu. Dia meminta pertolongan dari perempuan itu. Geraldine senyum
nipis. Dia memaut bahunya Lutfiyah yang sudah dia anggap seperti
mamanya.
“Mama
Fiyah, mari kita pergi. Insyaallah nanti kita datang lagi.” Suara
lembut Geraldine menyapa telinga Lutfiyah. Akhirnya Lutfiyah angguk
akur. Dia mengusap buat kali terakhir batu nisan lelaki bernama
Khaleed Jamaluddin. Papa kepada anak-anaknya dan suami kepadanya.
Fiyah
pergi dulu abang. Insyaallah nanti Fiyah datang lagi. Bisik Lutfiyah
dalam hati sebaik saja dia bangkit dari duduknya. Geraldine memaut
erat tubuh majikannya itu dan mereka berjalan beriringan meninggalkan
tanah perkuburan. Shariq yang selesai melipat tikar yang digunakan
Lutfiyah tadi menuju ke arah sepasang suami isteri.
“Ayal,
Izzat, abang Riq pergi dulu.” Issac dan Faryal angguk kepala
mereka. Mereka menyalami Shariq sebelum lelaki itu berlalu pergi
mengikuti jejak Geraldine dan Lutfiyah.
Issac
melirik pada tanah perkuburan Aairah didepan mereka. Dia masih ingat
kata-kata terakhir Aairah sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
“De..dendam
aku su…sudah terbalas.”
Aairah
masuk ke dalam kehidupan mereka kerana dendam kehilangan orang yang
tersayang. Dendam kerana cemburukan Lutfiyah yang mempunyai kehidupan
yang sempurna. Dendam yang pada mereka, memakan diri Aairah sendiri.
Lelaki
bernama Johan Marten sudah pun menerima hukumannya dipenjara. Turut
serta koncoh-koncoh mereka. Keadilan akhirnya milik mereka. Keadilan
terhadap semua yang terkorban terutama sekali kedua orang tua Issac
telah diberi.
Issac
memandang Faryal yang mata sudah sembap akibat tangisan yang tidak
henti. Dia mencapai jari-jemari isterinya dan diusap lembut. Faryal
menoleh. Sepasang mata hazel mengamatinya.
“Jom
sayang.” Ajak Issac lantas mengukir senyuman manis kepada
isterinya. Faryal menarik nafasnya dan angguk akur. Masa untuk maju
ke depan dan membuat masa lalu sebagai satu pengajaran.
**
Lapan
Bulan Kemudian.
Faryal
mengipas-ngipas mukanya kepanasan. Walaupun dia berada dalam bilik
yang berhawa dingin dia tetap rasa bahangnya. Rimas sungguh dia
didandankan oleh mak andam. Kenapa didandan mak andam? Sebab Faryal
ni kena hadiri satu acara yang penting. Acara yang tergendala.
Ahchoo!
“Alhamdulillah.
Kak Sal, berus tu tak payahlah dekat hidung sekali. Sensitif tau
hidung Ayal ni.” Adu Faryal ingin menggosok hidungnya yang gatal
tetapi ditampar tangannya oleh kak Sal.
“Jangan
nak gosok-gosok. Dah nak siap dah.” Marah Kak Sal membuat Faryal
memuncung seribu. Hidung aku, aku punya sukalah. Kerana degil, Faryal
tetap menggosok hidungnya membuat kak Sal bercekak pinggang
didepannya.
“Degillah
budak ni.”
“Degil
macam abang diakan.” Faryal menoleh ke belakang. Dia senyum lebar
bila melihat orang-orang yang disayanginya membolos diri ke dalam
bilik. Dia bangkit tidak menghirau bebelan kak Sal.
“Abang
Adi!”
Faryal
memeluk erat abangnya itu. Rindu benar dia dengan Fadi. Sebaik saja
habis acara tahlil untuk arwah papa mereka, Fadi terus kembali ke
Australia kerana ada kerja yang harus dilakukannya.
Tersenyum
lebar Faryal melihat Fadi yang menyubit pipinya yang sudah diseliputi
pemerah pipi. “Berseri adik abang ni. Dah jadi isteri orang. Nasib
baik belum ada isi dalam perut tu. Kalau tak majilis persandingan
bertigalah namanya.” Gurau Fadi disambut tawa Faryal.
Tawa
Faryal mati bila matanya jatuh pada seorang wanita disisi abangnya
itu. Fadi menoleh ke sebelahnya. Dia menepuk dahi. Terlupa dia dengan
kawannya itu. “Ayal, ini Sofia Niklas, anak bos abang. Sofia,
this is my baby sister,
Faryal.”
“Sofia.”
“Faryal.”
“Adi
has told me a lot about you. It’s nice to meet finally meet you in
person.”
Sofia berkata sambil melirik pada Fadi yang hanya senyum macam
kambing.
“Hopefully
not the embarrassing stuff.”
Bisik Faryal pada Sofia yang membuat perempuan mat salih itu ketawa.
Tertanya-tanya
juga kenapa abangnya ini tup-tup bawa anak majikannya ke sini.
Jangan-jangan ada skandal tak? Kalau Wid tahu ni memang nak kena
abang Adi ni. Desis Faryal dalam hati. Baru saja Faryal mahu
bersuara, pintu bilik hotel terkuak dari luar. Riuh bila sekumpulan
orang yang dia kenali muncul.
“Adi!
Bila kau datang? Tak bilang abang pun?” Shariq bertanya sebaik saja
melihat kelibat adiknya.
“Minah
keju mana kau bawa ni? Tak takut ke buah hati ni marah. Aduh!”
“Nak
cakap tu jaga sikit. Buah hati tu dekat sebelah. Ada telinga, ada
mata semua tahu tak.”
Faizan
menjengilkan matanya pada Widayah. “Mestilah ada mata semua. Kalau
tak memang abang Zan tak tahu macam mana Adi boleh terpaut entah.”
“Ow!
Ow! Ow!” Widayah senyum gembira bila Faizan sudah menyeringai
kesakitan. Shariq menarik Widayah ke sisinya bila melihat tidak akan
ada akhirnya perbalahan sepasang anjing dan kucing itu.
“Ya
Allah, budak dua ni. Asyik bergaduh saja. Kamu Adi, datang bukan nak
beritahu mama. Tup-tup muncul. Muncul seorang tak apa. Anak dara
siapa kamu bawa balik ni?”
“Saya
Sofia aunty.” Sofia mengenalkan diri dengan loghat orang putihnya.
“Minah
keju boleh cakap belacanlah. Aduh!” Gurauan Faizan disambut ketukan
oleh Shariq dikepala.
“Sofia
anak Sven Niklas?” Sofia angguk mengiakan pertanyaan Lutfiyah.
“Adi
saja nak buat kejutan. Lagipun daddy tahu pun.” Semua berpaling
melihat lelaki disebelah Lutfiyah.
“It’s
a surprise sweetheart.
Tak baik marah-marah. Nanti cepat apa?”
“Cepat
tua.” Semua yang ada disitu berkata sama-sama lantas gelak sesama
sendiri.
Lutfiyah
memukul lengan Danial. “Abang nikan saja tau nak kenakan Fiyah.
Budak-budak ni semua pun satu suka sangat kenakan mama.”
“Tak
selalu pun.” Faryal bersuara disambut anggukan Widayah.
“Sudah-sudah,
semua turun sana. Nek Wan tengah bebel dekat bawah tu sebab kamu
semua entah hilang ke mana. Biar tinggalakan Ayal untuk siap. Selagi
kamu semua ada disini memang tak akan mula acara nanti.”
Mereka
semua mula meninggalkan bilik itu. Tapi sempat Widayah mengambil
gambar mereka bersama sebelum berlalu pergi. Sekarang Faryal didalam
dengan Lutfiyah dan daddy barunya. Danial. Iyalah, Danial yang itu.
Danial yang kena fitnah dengan Lutfiyah tu. Nak tahu apa yang jadi?
Macam begini.
Enam
bulan selepas pemergian Khaleed, tup-tup ada satu rombongan datang ke
rumah mereka.Terperanjat beruk mereka bila dikatakan mereka datang
dengan hajat ingin menyunting bunga ditaman. Hairan mereka juga siapa
bunga tu, sebab satu-satunya bunga yang tinggal adalah Widayah.
Takkanlah Fadi hantar rombongan tanpa pengetahuan mereka, memang nak
kena terajang dengan mama namanya.
Rupa-rupanya,
rombongan itu adalah dari Danial untuk Lutfiyah. Memang tercengang
mereka semua kecuali Issac. Bila Faryal bertanya, suaminya itu
menjelaskan bahawa Danial ada beritahunya mahu menghantar rombongan
tetapi dia ingat gurauan saja. Tak sangka kata-kata Danial tu
benar-benar menjadi kenyataan.
Memang
Lutfiyah tidak setuju terus. Apatahlagi dia seorang janda dan
suaminya baru meninggal enam bulan lepas. Tidak terlintas pun dalam
fikiran Lutfiyah untuk berkahwin lagi. Tetapi bila Lutfiyah berjumpa
dan bertanya kepada Danial tentang perkara ini, nak tahu apa yang
membuat Lutfiyah setuju?
“You
cinta pertama I dan cinta terakhir I. Tiada perempuan yang dapat
menggantikan you dihati I, kerana hati I ini hanya milik Lutfiyah
Zabidin dari dulu, sekarang dan untuk selama-lamanya.”
Romantikkan?
Danial dan Lutfiyah pun diijab kabulkan itupun setelah mereka semua
setuju. Mereka ingin sangat Lutfiyah merasai kebahagiaan setelah
semua yang telah berlaku. Kalau jodoh tak ke manakan?
“Cantik
anak mama ni. Mama sebenarnya ada sesuatu mahu beri pada sayang.”
Lutfiyah menghulur sebuah kotak segi empat kepada anak perempuannya
itu.
“Untuk
Ayal?”
“Habis
tu siapa? Kak Sal?” Kalau nak tahu daddy baru ni boleh tahan juga
loyar buruknya. Baguslah memang ngam sangat dengan mereka semua.
Terutama sekali dengan Shayaan. Memang tidak akan sunyi rumah mereka.
Faryal
menjuling matanya membuat orang tuanya itu gelak. Dia membuka kotak
pemberian Lutfiyah. Buntang matanya tidak percaya dengan isi
kandungannya. “Bukan Ahdia dah rosakkan veil
ni?” Soalnya pada Lutfiyah.
“Memang
pun dan tak boleh diperbaiki langsung. Jadi mama buat yang baru untuk
sayang. Persis dengan yang lama tetapi dengan sedikit perubahan untuk
citarasa anak mama ni.” Kepala Faryal yang tersarung tudung
diusapnya lembut.
“Thank
you mama.”
Pipi Lutfiyah dikucupnya.
“Daddy
tak ada?” Faryal senyum manis dan mengucup pipinya Danial juga.
“Sini
mama pakaikan.”
Veil
diambil
Lutfiyah dari pegangan Faryal lantas menyarungnya dikepala satu-satu
anak perempuannya itu. Rasa sebak tiba-tiba melihat keayuan anaknya
itu. Danial mengusap lembut belakang isterinya dapat merasa apa yang
melanda hati Lutfiyah.
“Wow!
You look stunning Ayal.
Kalau Izzat nampak ni memang tercabut lutut dia nanti.” Kak Sal
bersuara membuat mereka semua ketawa sakan.
**
Faryal
berjalan dengan berhati-hati menuju ke dewan yang akan digunakan
mereka. Hatinya semakin berdebar bila dia menghampiri dewan itu.
Tetapi degupan jantungnya bagai nak tercabut bila matanya jatuh pada
kelibat suami tercinta.
Sepasang
mata mengamatinya dari atas ke bawah dan atas kembali. Tangan yang
dihulur lelaki itu dicapainya. “Gorgeous.
Love the necklace by the way.”
Issac mengenyit matanya dan memegang erat jari-jemari isterinya.
Rantai
leher yang tersarung elok dileher diamatinya. Dia senyum sendiri.
Rantai leher dengan loket berbunga orkid. Milik arwah nenek Issac,
kini adalah milikinya. Mungkin satu hari akan menjadi milik anak atau
menantunya. Mana tahukan?
“Ayal!
Issac!” Kepala mereka menoleh ke arah gerangan suara itu. Faryal
senyum bila melihat Mr Sam menghampiri mereka.
Selama
beberapa bulan ini, mereka sering bertemu untuk projek Resort Island.
Walaupun Hisham adalah CEO baru Ivic International, projek itu masih
dikendali olehnya. Hubungan mereka semakin akrab dan ubah suai Resort
Island hampir enam puluh peratus selesai. Tidak sabar Faryal bila
resort Island sudah siap nanti, mesti maju.
Faryal
melihat Mr Sam dan Issac berpelukan. Kalau nak tahu, Mr Sam ni kawan
baik arwah papanya Issac. Jadi mereka sudah lama mengenali. Cuma
tidak sedekat sekarang. “Uncle
Sam! Terima kasih sekali lagi sebab beri kita buat majilis dekat
sini. Secara mendadak pula tu.” Ujar Faryal buat sekian kali.
Mr
Sam menggeleng kepala. “Tak perlu kamu berterima kasih pada uncle.
Uncle
yang sepatutnya terima kasih kepada kamu berdua. You
both helped me a lot.
Lagipun Resort Island ini adalah milik kamu jugakan Ayal.”
“Ada-ada
sajalah uncle ni. Bukan saya tapi Nek Wan. Kalau dia dengar resort ni
milik Ayal, memang nak kena kerat-kerat Ayal nanti. Maklumlah
sekarang dah dapat cucu kesayangan baru. Saya kena tolak tepi.”
Muncung bibirnya disambut gelak ketawa dua lelaki itu.
“Hisham
memang pilihan tepat sekali. Tak sangka kamu sanggup lepaskan kerusi
CEO begitu saja.”
“Kalau
uncle nak tahu, bila Nek Wan buat pengumuman yang Hisham CEO baru,
Meen ni balik saja dia buat kek. Kek untuk menyambut hari kemerdekaan
dia dari Nek Wan.” Suara Issac.
“Abang.”
Marah Faryal bila rahsia mereka diketahui Mr Sam.
“Okaylah,
uncle
tak mahu buang masa kamu berdua. Have
fun!”
Dan dengan itu Mr Sam meninggalkan mereka berdua didepan pintu masuk
dewan. Kak Sal menghampiri dan melakukan touch
up
terakhir.
“Doors
opening in three.”
“Ready
angel?”
Soal Issac mengeratkan lagi genggaman tangannya Faryal.
Faryal
senyum lebar dan angguk mengiakan. “Ready
when you are.”
Pintu
dibuka luas dan Faryal tersenyum lebar melihat bukan sahaja dekorasi
yang indah tetapi melihat semua yang hadir untuk mengongsi
kebahagiaan dengan mereka. Dia melirik Issac disebelahnya. Melihat
senyuman suaminya itu, dia yakin dia sudah jumpa kebahagiaannya.
Mama,
I’m happy!
**
Angin
pantai sepoi-sepoi menyejukkan hati Faryal yang tenang. Pukulan ombak
yang beralun-alun mendamaikan hatinya. Seukir senyuman ditariknya
melihat lautan luas yang terbentang didepannya. Mata dipejam dan
udara segar dihidunya sedalam-dalamnya sebelum membukanya kembali.
Sejak tadi dia memerhatikan sebuah kapal kecil yang sedang
terapung-apung ditengah lautan yang biru itu. Sedang asyik melayani
perasaan diatas akar pokok yang besar ditengah-tengah pantai,
tiba-tiba penglihatannya menjadi gelap.
Faryal
terkejut dan meraba-raba tangan yang menutupi matanya. Kasar dan rasa
urat-urat tegang di tangan itu. Ada orang nak culik aku ke? Memang
pun. Hanya satu orang saja yang akan menculiknya dipulau rahsia
mereka ini.
“Teka
siapa?” Soal suara garau ditelinganya. Hish! Cik abang ni, nak main
teka-teka pula. Desisnya dalam hati.
Tangannya
masih memegang tangan kasar itu. Bau minyak wangi yang sepertinya
sudah sebati dengan hidungnya dihidu. Mmm…Asyik sekali. Senyuman
nakal bermain dibibirnya.
“Unlce
Sam!”
Jawab Faryal dengan penuh keyakinan. Kedengaran gelak ketawa yang
sentiasa menjadi ubat rindunya menyapa ke telinga. Sesaat kemudian,
sepasang tangan yang menekup matanya terlerai jua. Dia merasa
kepalanya dikucup dari belakang.
“You’re
really not one smart girl angel.”
Dicuit
hidung comel Faryal dengan tawa yang masih bersisa lalu dia
melabuhkan punggungnya ditepi Faryal. Faryal memandang lelaki
disisinya. Berbaju putih dan seluar hitam. Rambut seperti biasa,
tidak disikat kemas. Hidung yang mancung, bibir yang mengiurkan, alis
mata yang panjang seperti seorang model.
Inilah suami tercintanya. Miliknya kini dan selama-lamanya, Izzat
Danish.
“Meen
sukakan tengok abang senyap-senyap.” Kalau dalam mimpinya yang
dahulu dia akan melarikan pandangannya kembali ke depan tetapi kini
tidak. Dia tetap mengamati riak wajah suaminya itu.
Mimpi
apa? Alah mimpi yang Aviya ganggu saat-saat akhir tu. Ingat nak dapat
ciuman dari Issac tetapi dari katak rupa-rupanya. Entah mengapa
Faryal rasa mimpi itu sedang direalisasikan sekarang tetapi dengan
beberpa perubahan.
Hubungan
mereka sekarang sebagai sepasang suami isteri. Halal you. Tiada lagi
awak atau saya. Tetapi sekarang abang, Meen atau paling Faryal suka,
angel.
Romatik you. Tapi kalau bab Issac sedang angin satu badan. Hilang
semua romantika
de amour.
Tak ada Meen, sayang atau angel.
Semua berubah menjadi Faryal Shameena. Itupun kalau tengah marahlah.
Tapi tak selalu pun.
Faryal
memaut lengan Issac manja dan dilentok kepalanya dibahu lelaki itu.
Issac melirik Faryal senang dengan perlakuan isterinya itu. Satu
kucupan hangat singgah diubun-ubun isteri tercinta.
“Meen
suka tengok abang sebab abang handsome.”
Issac gelak dengan kejujuran Faryal itu. Ada-ada sajalah isteri aku
ni.
“Iyakah?”
Faryal
angguk. “Dah tahu tak payahlah pura-pura tak tahu.” Sindir Faryal
sambil melihat kapal kecil yang masih berada ditengah laut.
“Abang
ada sesuatu untuk sayang.”
“Abang
nak surprise
rumah dekat pulau mana pula?” Soal Faryal tanpa mengangkat
kepalanya dari bahu Issac.
Kalau
nak tahu, selepas saja majilis persandingan mereka, Issac membawanya
naik bot laju. Bila ditanya, suaminya hanya kata. “Adalah.”
Memang uji kesabaran betul tetapi Faryal biarkan saja sehinggalah
Issac menyuruhnya memakai penutup mata.
Keberatan
jugalah nak pakai, tetapi bila Issac sudah tayang muka comel dia
terus Faryal mengalah. Mulut merungut tetapi menurut juga. Bila bot
itu berhenti nak tahu apa yang jadi? Si suami ni mengendongnya turun
dari bot itu.
Ah-ah!
Gendong you! Tak sangkakan? Memang pun. Malu masa itu hanya tuhan
saja yang tahu. Iyalah, diakan berat macam nak rak. Tapi suaminya itu
mengendongnya dengan senang sekali. Hais, cair sekejap.
Lepas
tu Issac menurunkannya dan perkara pertama yang dia rasa adalah pasir
yang halus dikakinya. Bila Issac menyuruhnya membuka penutup mata,
terlopong sampai ke pasir dia melihat apa yang terpampang didepannya.
Sebuah
rumah tiga tingkat. Rumah yang terletak cantik dikelilingi
pokok-pokok yang hijau. Bila dia melihat sekelilingnya dia baru
perasan dimana dia berada pada saat itu. Mereka berada di pulau
rahsia yang dahulunya milik Mr Sam. Pulau rahsia yang Issac atau pada
masa itu Izzat Danish beli dari lelaki itu.
“Sayang
suka tak rumah ni?” Pertanyaan Issac menarik kembali perhatian
Faryal dari lamunannya.
Faryal
angguk mengiakan. “Suka sangat-sangat. Tak sangka begitu cepat
sekali rumah ni siap. Ada jacuzzi,
ada taman mini dan paling Meen suka…”
“Abang
tahu.
The kitchen.”
“Pandai
Izzat Danish ni.”
“Talking
about kitchen. Tadi
abang cakap yang abang ada sesuatu untuk Meen.” Kedua kening Faryal
bertaut. Tapi mata tidak sabar ingin tahu kejutannya itu.
Issac
senyum penuh makna melihat riak muka Faryal yang cuba bersikap
tenang. Bukannya dia tidak tahu, isteri kesayangannya itu pantang
kalau orang sebut ‘hadiah’. Terutama sekali bila hadiah itu
adalah untuk dirinya. “Since
you love being in the kitchen so much and you love baking, I thought
what a better gift for you than this.”
Sebatang kunci ditayang Issac didepan Faryal.
“Kunci?
Kunci kereta? Abangkan tahu Meen tak ada lesen memandu dan tak akan
ada punya.” Rungut Faryal tetapi tetap mengambil kunci itu dari
tangannya Issac.
“I
know angel.
Itu sebab abang kata, abanglah pemandu setia sayang.”
“Habis
tu kunci ni untuk apa? Kunci rumah banglo lima tingkat ke?” Berubah
ceria muka Faryal sudah membayang banglo lima tingkat itu.
Hidung
Faryal dicuit Issac. “Satu tingkat saja. Cuba sayang tengok
keychain
tu.” Dijuih bibir ke arah keychain
yang datang bersama kunci itu.
Angel
Café Confectionary and Pastry.
“Ini?”
Bulat mata Faryal setelah membaca apa yang tertera di keychain
itu. Tangannya naik menekup mulut tidak percaya.
“That’s
right. The key to your own shop.”
Faryal memeluk Issac erat. Issac gelak dengan reaksi Faryal itu. Dia
memerhati Faryal yang seakan tidak percaya dengan apa yang diberinya
itu. Senang hati dia melihat reaksi isterinya itu.
Dia
sebenarnya sudah lama memikirkan tentang ini. Dengan pertolongan
Lutfiyah dan Nek Wan, dia dapat membuat angan-angan isterinya itu
menjadi kenyataan. Setelah apa yang Faryal lalui. Pengorbanan
isterinya demi keluarga, hadiah ini amat sesuai sekali untuk Faryal.
Kedai untuk Faryal menghasilkan hasil air tangannya dan dikongsi
dengan orang ramai.
“Terima
kasih abang. Meen tak tahu nak cakap apa lagi. It’s
just so unexpected.”
Ucap Faryal dengan suara sedikit mendatar. Kepala ditunduk memandang
kunci dalam tangannya.
“Are
you crying angel?”
Dagu
Faryal ditariknya sehingga mata Faryal yang berkaca merenungnya.
Diseka air jernih yang mengalir. Faryal gelak kecil. “Happy
tears.
Meen bahagia sekali. Meen dapat mama balik. Dapat daddy baru. Meen
dapat keluarga Meen dan paling penting sekali. Meen dapat abang.
You’re
the best thing that ever happen to me Izzat Danish.”
“Likewise
angel.”
Kedua
belah tangan Faryal digenggam Issac sebelum mata hazelnya menikam
anak matanya Faryal. “Abang janji dengan sayang. Abang akan jaga
dan sayang Meen dan keluarga kita buat selama-lamanya.”
Dibawa
kedua belah tangan itu ke bibir dan dikucup lama dan penuh syahdu.
Faryal rasa terharu. “Kerana cinta Izzat Danish hanya untuk Faryal
Shameena dari dulu, sekarang dan untuk selama-lamanya.”
Faryal
kembali melentok kepalanya didada bidang Issac. Sementara kedua belah
tangan Issac melingkari tubuhnya erat. Tidak ada apa-apa yang dia
minta lagi. Hanya kebahagiaan dan kesejahteraan mereka semua. Kini
dan buat selama-lamanya. Ya Allah, terima kasih.
-TAMAT-
BEST 3X TQ HAPPY ENDING.
ReplyDeleteSama! TQ juga sbb sudi membaca:B
DeleteWriter .... Cam blm tamat lagi, cam trgntung. Apa trjd dgn Sofia & Adi?. Boleh dpnjgkan ke dgn kisah Geradine & Shariq?
ReplyDeleteSequel KMAJ sdg dlm perancangan...ape yg Mai blh ckp yg lps ni adlah cerita Shariq:B
DeleteTQ writer. Love the story. Good job
DeleteTQ writer. Love the story. Good job
Deletewaaaaa....hihihi utk story ayal, a job well done tp kalau nk bukukn akak kena tmbh tau story2 semua abg ayal!!! HAHAHAHAHAH
ReplyDeleteNxt stry In Sha Allah tentang shariq!:B
Deletewau tq mai kerana buat cerita yg mmg best sekali, huhu sedih citer dah abiss. ada citer baru x hihihi
ReplyDeleteHaha...sama2..tq juga sbb sudi membaca KMAJ! In Sha Allah ade sequel utk KMAJ...most prob cerita shariq:B
Delete