Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 12 September 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 48

Bab 48

Risau Hisham apabila Nek Wan tadi hanya berdiam diri. Sepanjang perjalanan pulang dari An-Nur, majikannya itu seperti berada dalam dunianya sendiri. Dia yakin pasti Nek Wan sudah mendapat jawapan yang tercari-carinya selama ini. Jawapan yang nampaknya diluar jangkaan. Telefon bimbitnya yang berbunyi mengisi ruang kereta yang dari tadi sunyi sepi.
Hello.” Ucap Hisham sebaik saja telefon dilekap ditelinga. Kepala angguk faham dengan apa yang dikatakan suara dihujung talian.
Baiklah. Kamu terus memantau dia. Kalau ada apa-apa pergerakkan beritahu saya segera.” Sebaik saja habis memberi arahan, telefon bimbit dipegang erat. Dilihat Nek Wan yang duduk dibelakangnya melalui cermin kecil disisi kereta.

Dia dimana Sham?” Pertanyaan Nek Wan terlebih dahulu memotong jalan Hisham.
Di pejabat. Nek Wan mahu ke sana?” Pertanyaan Hisham tidak dijawab dengan segera. Dari cermin sisi kereta Hisham dapat melihat gelengan kepala Nek Wan.
Kita tak akan ke sana. Telefon Aviya beritahu dia Nek Wan mahu berjumpa dengannya dirumah. Ada perhitungan yang perlu Nek Wan selesaikan dengannya.”
Perhitungan kerana menyimpan rahsia ini. Rahsia yang melibatkan keluarganya, terutama sekali cucu-cucunya. Setiap butir penjelasan dari wanita bernama Aairah itu membuat kabus yang selama ini bermain difikirannya hilang serta-merta.
Aairah. Issac. Aviya. Alex. Geraldine. Tuan Kamil Arsyad. Semua bergabung demi satu nama. Lutfiyah.
Lutfiyah Zabidin, adik dan satu-satunya darah daging kepada wanita bernama Aairah Zabidin.
Macam mana kamu berjumpa dengan Fiyah?”
Itulah pertanyaan pertamanya yang keluar dari mulutnya sebaik saja Aairah mendedah identitinya yang sebenar.
“Selepas bapa angkat saya meninggal lima belas tahun lalu, sebelum dia mengambil nafasnya yang terakhir, dia telah memberi saya sepucuk surat yang memberitahu bahawa saya mempunyai seorang adik. Pada mulanya saya tidak percaya. Tetapi sekeping gambar turut diberinya. Gambar saya dua pasang bayi dan dibelakangnya terletak nama saya dan Fiyah. Memang sukar untuk saya menjejakinya sebab rumah anak yatim yang kami duduki dulu sudah tiada lagi dan tiada banyak maklumat yang saya perolehi. Jujur saya katakan saya hampir berputus asa apabila tidak dapat mengesannya. Tetapi semuanya berubah apabila saya terlihat gambar Fiyah di sebuah majalah. Saya bersemangat untuk mencarinya kembali. Pada saya ini petunjuk dari Allah kepada saya. Pertama kali saya melihatnya adalah dibangunan pejabatnya sendiri. Setiap hari saya akan ke sana, tetapi saya tidak berani untuk bersemuka dengannya. Kita akhirnya berjumpa. Saya ingat dia tidak tahu dengan keberadaan saya tetapi saya salah.”
Ayat terakhir Aairah membuat Nek Wan terlopong. Jika Lutfiyah tahu mengenai kewujudan Aairah, mengapa dia tidak diberitahu? Kenapa menyimpan apa yang diketahui daripadanya?
Keluarga angkat saya tidak mampu untuk mengambil saya dan Lutfiyah sekali gus kerana pada masa itu kewangan mereka tidak begitu stabil. Jadi mereka membuat keputusan untuk mengadopsi saya saja.”
Apabila ditanya bagaimana Lutfiyah tahu mengenainya. Jawapan yang diberi Aairah benar-benar diluar jangkaannya.
Tuan Saad, suami puan tahu tentang kewujudan saya.”
Nafasnya bagai terhenti seketika dengan apa yang didengarinya. Tuan Saad, suaminya sedia maklum tentang Aairah. Tetapi suaminya itu tidak pernah memberitahunya. Dari membawa Lutifyah pulang dari rumah anak yatim sehingga suaminya menghembus nafas terakhir, dia tidak pernah sebut tentang perkara ini. Tidak sama sekali. Kenapa harus suaminya merahsiakan perkara penting ini darinya? Mengapa?
Tuan Saad sendiri bertemu dengan orang tua angkat saya. Dia menawar wang yang banyak untuk saya tetapi mereka menolak. Orang tua saya tidak hiraukan wang ringgit. Mereka senang dengan kehidupan mereka yang sederhana tetapi serba-serbi lengkapnya. Tuan Saad akur. Tapi dengan syarat. Bapa saya harus membawa kami sekeluarga pergi jauh dari sini dan merahsiakan mengenai Fiyah daripada saya seumur hidup.”
Tidak! Tidak! Mati-matian dia tidak mahu percaya apa yang diberitahu Aairah mengenai suaminya. Memang dia akur suaminya itu kadang-kala membuat keputusan tanpa memikir orang sekelilingnya. Tetapi meletak syarat sebegitu benar-benar melampau. Mengapa harus suaminya memisah dua beradik yang tidak berdosa selama ini? Kalaulah dia tahu mengenai ini, dia akan pastikan Aairah mendapat kehidupan yang sama seperti Lutfiyah. Walaupun dibesarkan oleh dua keluarga yang lain, dia tidak akan sesekali memisah adik-beradik yang memerlukan satu sama lain.
Fiyah dapat tahu mengenai saya dari surat terakhir Tuan Saad kepadanya. Di dalam surat itu tertulis semua yang tersirat. Rupa-rupanya Fiyah turut mencari saya tetapi saya gagal dikesan. Maklumlah, saya sekeluarga hidup berpindah-randah. Dari satu tempat ke satu. Tidak pernah tetap. Sehinggalah dia terserempak saya menghendapnya dari jauh. Disitulah semua mula berubah. Dari mata kasar dia kelihatan bahagia dan kehidupannya sungguh sempurna tetapi apabila dilihat dengan mata hati, ia tidak seindah dan sebahagia yang diandaikan.”
Kehidupan memang tidak boleh dilihat dengan mata kasar kerana kita hanya melihat pada dasarnya bukan apa yang dirasai didalam. Berkahwin dengan Khaleed adalah titik permulaan kehancuran kehidupan Lutfiyah. Pada mulanya dia dapat melihat sebuah keluarga yang bahagia dan cukup sempurna. Dari kelahiran Shariq kepada sepasang kembar. Tetapi Nek Wan tidak pernah sesekali menyukai dan mempercayai lelaki bernama Khaleed Jamaluddin itu. Tidak sama sekali.
Banyak cerita yang didengari fasal Khaleed dari kenalannya. Khaleed yang sentiasa ke kelab malam dan suka berparti, kepada Khaleed yang mempunyai wanita sekeliling pinggang. Semua cerita yang amat tidak disenanginya membuat dia tidak suka dengan lelaki itu. Entah apa yang dilihat suaminya sehingga membuat keputusan untuk menyatukan Lutfiyah dan Khaleed. Kalaulah dia bertegas terhadap keputusan suaminya itu pasti ini semua tidak terjadi.
Fiyah…Fiyah merancang semua ini kerana dia ingin menengakkan kebenaran.”
Kebenaran?”
Kebenaran demi kehidupan yang penuh tipu helah. Saya ingin sekali memberitahu Puan mengenai semua yang dirancang Lutfiyah tetapi saya sudah berjanji dengannya bahawa dia sendiri akan bercerita kepada Puan.”
Macam mana dia mahu bercerita kepada saya bila dia sudah tiada lagi. Melainkan…”
Orang yang mati tidak akan hidup kembali Puan. Fiyah ada meninggalkan sesuatu kepada saya untuk Puan sekeluarga. Disitulah dia akan mendedahkan segalanya.”
Hampa. Itulah yang dirasainya. Baru saja dia melihat sinar harapan bahawa mangsa dalam kemalangan itu bukan Lutfiyah dan anaknya itu masih hidup, kehidupannya kembali kelam dengan kata balas Aairah.
Saya perlukan bantuan Puan untuk memberitahu Izzat dan yang lain bahawa saya tidak apa-apa. Mereka perlu meneruskan rancangan terakhir Fiyah sebelum banyak lagi nyawa terkorban. Mereka harus tahu.”
Nyawa terkorban? Apa harus dia lakukan? Sukar untuk dia mempercayai semua orang disekelilingnya. Semua mempunyai rahsia dan agenda mereka tersendiri. Dia tidak mengia atau menidakkan permintaan itu. Dia hanya berlalu pergi.
Sekarang dia perlu memikirkan apa yang harus dibuatnya. Buat sekarang Aviya satu-satu jalannya.
**
Badan dihempas disofa sebaik saja menjejak kakinya ke dalam rumah. Kaki yang rasa lenguh kerana asyik berjalan keluar masuk dari satu kedai ke satu tadi, diketuknya lembut. Lantas tangan naik mengurut lehernya pula. Bibir menguntum senyuman melihat beg kertas berjenama yang banyak diatas lantai. Untung dan puas. Untung kerana dapat mengikis harta Nila yang semakin kerap mengambil perkhidmatannya sejak pertama kali bertemu.
Sementara puas sebab Geraldine tidak dapat membuat apa-apa setiap kali Nila ingin bertemu dengannya atau perlukan khidmatnya sebagai ‘personal shopper’. Mata dipejam rapat menggelamkan dirinya dalam kebahagiaan yang dirasainya kini.
Telefon bimbit yang berbunyi dicapainya dengan malas melekapnya ditelinga.
Hello.
Aku ni.” Terduduk tegak Ahdia mendengar suara garau dihujung talian. Kepala dipusing ke kiri dan ke kanan memastikan tiada sesiapa di ruang tamu itu. Pantas dia bangkit dan menapak ke halaman depan rumah. Kaki berhenti melangkah apabila sudah yakin tiada siapa yang akan mendengar perbualannya.
Asal you tak angkat panggilan I tadi?”
Ada hal. You nak apa cari I?” Mata dijuling tidak suka dengan jawapan yang diberi lelaki itu.
You dapat tak gambar yang I hantar pada you?”
Hmm…You nak aku buat apa dengan dia? Macam yang dulu ke?”
I memang nak begitu, tetapi sekarang bukan masanya. Buat masa sekarang I nak you berjinak-jinak saja dengan dia. Suka hati you nak buat apa dengan dia tapi jangan berlebihan.” Peringatan diberi kepada lelaki dihujung talian. Hingar-bingar seperti alunan muzik yang kerap kali bermain dikelab malam kedengaran ditelinga.
Hmm…Lawa macam begitu rugi kalau I tak rasa. Melain you…”
Jangan nak mengada-ngada. Nanti I bayar you dua kali ganda apa yang you dapat sebelum ni.” Pagar depan tiba-tiba buka dan kelihatan kereta yang dipandu Shayaan memasuki perkarangan rumah.
I telefon you lagi kalau ada apa-apa. Ingat jangan nak berlebih. Nahas I kerjakan you nanti.” Tergesa-gesa talian dimatikan apabila melihat kelibat Shayaan dan Widayah keluar dari kereta. Kaki dibuka menghampiri mereka. Shayaan sedang mengeluarkan sesuatu dari tempat penumpang sementara Widayah menanti disisi kereta.
Jam tangan dikerling sekilas. Sudah hampir lapan setengah baru balik? Selalunya sebelum jam tujuh sudah sampai rumah. Hmm.. Mesti keluar dating ni. Bisik hati kecil Ahdia.
Lambat balik? Pergi dating ke?” Sindir Ahdia sengaja ingin mencari pasal dengan musuh ketatnya nombor dua. Tangan naik memeluk tubuh berdiri hampir dengan Widayah yang mengerlingnya sekilas.
Iya. Kenapa? Cemburu?” Balas Widayah selamba. Melihat saja Ahdia didepan rumah semasa kereta mahu masuk, dia sudah mengagak yang piranha akan cuba menyakitinya. Kalau tak cari pasal dengan aku memang tak sah. Kalau dah kena terus mengadu. Menyampah!
Telinga menangkap gelakan sinis dari siapa lagi kalau bukan si piranha. Sengal punya minah. “Aku? Cemburu? Please! Tapi tak sangka kau sanggup menduakan Adi.”
Sekurang-kurangnya Wid mendua dengan aku. Kalau dengan lain memang nak kena. Lagipun Adi tahu pun Wid dating dengan aku.” Ahdia menjeling Shayaan yang berdiri disebelah Widayah. Setiap kali dia dan Widayah bertegang urat mesti ada si pembela. Kalau dulu ada Fadi dan Faryal, kini si pasangan kembar pembela si belon.
Buntang matanya melihat beg kertas yang dihulur Shayaan kepada Widayah. Dengan pantas tangannya naik merampas beg kertas sebelum dapat disambut Widayah. Dilihat isi didalam. Belum sempat dia membuka kotak yang terdapat didalam, tangan Faizan muncul merampas kembali beg kertas dari genggamannya.
Abang Zan beli untuk Wid. Dia tak ada hak buat begitu.” Tegas suara Faizan kedengaran ditelinga. Beg kertas itu dihulur kepada Widayah kembali dan mengarah Widayah supaya masuk ke dalam meninggalkan Ahdia dengan pasangan kembar itu.
Membakar hati Ahdia melihat layanan Faizan dan Shayaan terhadap Widayah. Bila berdepan dengan Widayah, lidah mereka lembut dan tidak berbisa, tetapi acap kali bersemuka dengannya lidah mereka kaku dan sentiasa mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Dulu, Faizan melayannya dengan baik tetapi entah mengapa sejak kebelakangan ini lelaki itu sentiasa bersikap dingin dengannya. Ini mesti si belon dan si buntal punya kerja. Nanti aku kerjakan mereka cukup-cukup.
Sebaik saja kelibat Widayah hilang dari penglihatan, Faizan berpaling menghadap Ahdia kembali. Dari tadi dia melihat apa yang dilakukan Ahdia. Sungguh dia tidak gemari sikap Ahdia yang suka bertindak sesuka hati. Mata tajam menikam anak mata perempuan didepannya.
“Mulai sekarang Dia jangan nak cari pasal dengan Wid. Kalau abang Zan tahu Dia apa-apakan Wid, abang tak akan maafkan Dia.” Tersentak Ahdia dengan amaran dari mulut Faizan. Mata mengikut langkah Faizan yang menghilang ke dalam rumah, sementara telinganya menangkap suara garau sedang mentertawakannya. Siapa lagi kalau bukan si loyar buruk.
Untuk pengetahuan kau, siang tadi abang Zan kau pergi dating dengan Wid. Itu dia dapat hadiah dari Chanel. Nampaknya pujaan hati kau tak berapa gemar dengan kau.” Sindir Shayaan dengan senang hati.
Tangan dikepal Ahdia menahan marah yang amat. Kalau boleh mahu saja dia menumbuk sehingga berterabur gigi Shayaan yang sedang berjalan pergi. Sengal punya lelaki! Nama saja peguam tapi tak guna!
Kau tunggu Wid. Aku ada kejutan untuk kau. Bisik hati kecil Ahdia lantas menghantar pesanan ringkas melalui telefon bimbitnya.
**
Acap kali nafas ditarik dalam dan dihembus keluar cuba menenangkan hatinya yang tidak sedap sejak siang tadi. Semua yang dibuatnya dipejabat siang tadi tidak serba kena. Entah mengapa fikirannya sentiasa melayang memikirkan perkara penting yang membuat Nek Wan dan Hisham bergegas pergi seperti yang diceritakan Faryal. Pesanan ringkas Issac tadi siang sungguh tidak dapat melegakan hatinya. Sekarang setiap langkah yang diambilnya menuju ke bilik kerja Nek Wan sungguh membuat hatinya bertambah gelisah.
Mata dikerling Hisham yang tidak mengata sepatah pun kepadanya sejak dia menghantar Faryal pulang. Lelaki itu hanya memberitahu bahawa Nek Wan mahu berjumpa dan terus lelaki itu berlangkah menuju ke bilik kerja dimana Nek Wan sedang menanti. Tiada senyuman, tiada usik-mengusik, tiada tawa menyambut dia dan Faryal tadi. Kedinginan saja yang dirasainya sejak tadi. Tubuh tegap Hisham dipandangnya. Kesunyian antara mereka benar-benar membuatnya tidak keruan. Sungguh menyeksakan sekali.
Kenapa Nek Wan nak jumpa dengan I?” Tiada balas dari lelaki itu. Suaranya seperti angin yang berlalu pergi.
Kaki yang sedang memanjat tangga berhenti dari melangkah. Tidak mahu terus melakukan sesuatu tanpa diketahui sebabnya. Hisham yang merasakan sesuatu yang tidak kena berpaling. Melihat Aviya berdiri ditengah-tengah tangga itu dengan muka yang tidak puas hati kepadanya. Hisham mengeluh kerana dia malas mahu melayan perangai Aviya pada saat itu. Marah. Memang marah kerana ditipu Aviya. Disangka Aviya orang yang boleh dipercayai tetapi dibelakang senyuman dan tawa riang, perempuan itu mempunyai agenda yang tersirat. Kalau Tipah boleh tertipu apalagi dia?
I tak ada masa untuk ini semua. Nek Wan tengah tunggu.”
You tahukan mengapa Nek Wan mahu berjumpa dengan I?”
Walaupun I pembantu peribadi Nek Wan tak semestinya semua I perlu tahu. Ada beberapa perkara yang tidak diketahui I. Tapi satu yang I pelajari dari Nek Wan, jangan sesekali dengan senang memberi hati dan kepercayaan kepada orang yang kita tidak kenal hati budi mereka. Orang yang kelihatan baik tidak semestinya mempuyai agenda yang tersendiri. Let’s go.”
Badan berpaling meninggalkan Aviya mencerna kata-kata Hisham. Membulat mata apabila dapat mengagak apa yang dimaksudkan Hisham. Tangan naik meraup rambutnya ke belakang. Bibir digigit buntu apa yang harus dilakukannya. Telefon bimbit pula ditinggalkan dalam kereta, tidak dapat maklum kepada Issac masalah baru yang melanda mereka sekarang.
Mata dipejam, Aviya menarik dan menghembus nafas sedalam-dalamnya sebelum sambung meniti tangga menuju ke bilik kerja Nek Wan. “You kena kuat Viya. You satu-satunya harapan mereka. Jangan gelabah. Relaks. Tarik nafas. Lepaskan.” Dihenti langkah sebaik saja menghampiri Hisham yang sedang menantinya didepan pintu bilik itu.
Pintu diketuk Hisham sebelum membuka luas pintu bilik. Aviya mengikuti Hisham membolos diri ke dalam, matanya jatuh kepada Nek Wan yang sedang duduk disofa dengan buku didalam tangan. Pandangan mereka bertembung apabila Nek Wan mengangkat kepala dari bacaannya. Buku ditutup dan cermin mata yang bertenggek dihidung dilipat kemas. Tangan mendepa menyila Aviya duduk disofa bertentangan dengannya. Sebaik saja punggung Aviya selamat menjejak sofa, Hisham meminta diri dan meniggal dua wanita itu didalam sendirian.
Dipandang sekilas Aviya yang kelihatan resah. Hatinya mula melembut melihat riak muka yang menagih simpati tetapi dia menegar hatinya dan berlalu pergi. Tertunduk Aviya sebaik saja mendengar bunyi pintu ditutup rapat oleh Hisham. Dia dapat merasa sepasang mata Nek Wan sedang merenung ke arahnya. Jantungnya yang berdegup kencang dapat didengari didalam bilik yang sunyi sepi itu.
Kamu sudah mengagak mengapa saya panggil kamu ke sini?”
Iya. Dia sudah mengagak mengapa Nek Wan mahu berjumpa dengannya. Pasti tentang rancangan mereka yang telah Nek Wan hidu.
Saya minta maaf Nek Wan. Saya tak berniat mahu…”
Menipu?” Cantas Nek Wan menghabiskan kata-kata maaf Aviya dengan hanya satu perkataan. Dipandang Aviya yang menunduk bersalah. Jari-jemari runcing anak muda itu dilihat bertaut erat satu sama lain. Takut. Gelisah. Dia yakin itu yang sedang bersarang dihati anak muda itu.
Saya mahu mendengar cerita kamu dari mula. Siapa kamu sebenarnya. Mengapa Fiyah mengambil kamu menjadi pembantu peribadi Ayal. Apa watak kamu dalam rancangan ini. Saya mahu tahu semuanya. Semua penglibatan kamu dengan Issac Daimaru atau Izzat Danish, saudara kamu.”
Betul tekaannya, Nek Wan sudah membongkar tentang penglibatannya dalam semua ini. Haruskah dia beritahu semuanya kepada Nek Wan? Tetapi dia telah berjanji kepada Lutfiyah yang dia tidak akan beritahu sesiapa terutama sekali Nek Wan dengan terperinci rancangan mereka. Mata dipejam rapat memberi kata-kata semangat kepada diri sendiri. Memang dia tidak pandai menipu namun sebuah perjanjian harus dikotai.
Nama saya Aviya Elena Vientis. Saudara kepada Issac Daimaru atau lebih dikenali sebagai Izzat Danish.” Kepala diangkat. Mata yang tadi terpejam rapat dibuka dan mengamati Nek Wan yang sedang duduk dengan kedua belah tapak tangan diatas riba.
Seperti yang Nek Wan sedia maklum, saya dilantik Puan Lutfiyah sebagai pembantu peribadi Ayal. Penglibatan saya dalam rancangan ini adalah menemukan dua hati yang ditakdirkan bersatu. Kalau dua hati itu disatukan, baru permainan ini akan berakhir.”
Berkerut seribu Nek Wan mendengar jawapan Aviya. Permainan? Dua hati jadi satu? “Maksud kamu hati Faryal dan Issac?”
Aviya angguk kepalanya. “Saya tak faham. Mengapa harus mereka bersatu baru permainan ini akan berakhir?”
Senyuman nipis ditayang Aviya. Memang sukar untuk memahami. Pertama kali dia diberitahu perkara yang sama, dia benar-benar tidak faham. Tetapi apabila melihat dengan matanya sendiri dan mendengar penjelasan dan cerita dari semua yang terbabit dia faham.
Issac satu-satunya yang boleh melindungi Ayal dari dalang semua masalah ini. Pasti Nek Wan sudah sedia maklum bahawa menjaga Faryal adalah amanah terakhir Puan Lutfiyah untuk Issac. Nek Wan jangan risau kita semua dipihak Nek Wan sekeluarga. Maafkan saya terpaksa menipu dan merahsiakan ini semua dari pengetahuan Nek Wan. Ini salah satu arahan Puan Lutfiyah kepada kami. Biar pecah diperut jangan pecah dimulut. Puan Lutfiyah akan menceritakan segala-galanya kepada Nek Wan. Satu hari nanti.”
Mendengus kasar Nek Wan bila kata-kata Aviya persis dengan Aairah. “Bagaimana Fiyah mahu ceritakan kepada saya kalau dia sudah mati? Melalui sesuatu yang diberi kepada Aairah?”
Tercengang Aviya dibuatnya. Tidak percaya dengan apa yang baru didengarinya. Dia yakin dia mendengar nama Aairah melepasi bibir yang mengukir senyuman sinis itu.
Macam mana…”
Beritahu Issac bahawa kamu akan bermalam disini. Pandai-pandai kamu beri alasan kepadanya.” Telefon yang berada disebelah Nek Wan diletak ditengah meja kopi. Mata Aviya memandang gagang telefon yang diletak Nek Wan lantas beralih pandangan kepada Nek Wan kembali.
Melihat muka Nek Wan yang tegas seperti selalu dilihatnya setiap kali dipejabat, membuat otak Aviya berfikir. Bagaimana dia harus memberitahu Issac bahawa Nek Wan tahu keberadaan Aairah. Badan diengsot menghampiri meja kopi lantas tangan dipanjangkan mencapai gagang telefon itu.
Nombor telefon bimbit Issac ditekan sebelum melekap ditelinga. Dikerling Nek Wan yang sedang merenungnya tajam. Beberapa deringan suara Issac kedengaran dihujung talian.
Hello Issac, bilang mother yang I bermalam di rumah Nek Wan.” Kedengaran mendatar suaranya. Sambil berbicara matanya sekali-sekali melirik Nek Wan yang menjadi pendengar dan pemerhati setia.
Why? Is everything okay? Mana handphone you?” Bertubi-tubi pertanyaan Issac kepada Aviya. Entah mengapa dia yakin sesuatu telah menimpa saudaranya itu.
I’m okay, don’t worry. Handphone I mati, lupa nak bawa charger. You tahukan I selalu lupa bawa charger mana-mana I pergi. Lagipun, Ayal yang minta I bermalam dekat sini sebab ada beberapa perkara penting mengenai projek Resort Island yang I kena bincang dengan dia. Bilang mother okay. Besok I balik.” Jelas Aviya panjang lebar sedaya upaya meyakinkan Issac bahawa dia tidak apa-apa.
Viya, are you sure everthing is okay?” I tak okay! Nek Wan tahu keberadaan Aairah. Mahu saja dia beritahu Issac tetapi memikirkan rancangan mereka yang berjalan sehingga kini dia terpaksa bertutur dalam hati.
Matanya bertembung dengan anak mata Nek Wan yang dari tadi menikamnya. “Okay, I kena letak telefon ni. Peluk cium mother untuk I. Bye.” Dengan pantas talian dimatikan sebelum Issac dapat membalas.
Gagang telefon dipegang erat dalam genggaman lantas menunduk menunggu arahan seterusnya dari Nek Wan yang dilihatnya menekan interkom yang terletak di meja kecil sebelah sofa.
Sham, masuk ke bilik saya.” Sebaik saja suara Hisham akur dengan permintaan Nek Wan, Aviya sudah pasrah. Biar dia mengorbankan dirinya demi yang lain.
“Nek Wan sebenarnya marah dengan kamu apabila dapat tahu mengenai ini. Tetapi apabila difikirkan kembali Nek Wan akur bahawa Fiyah pasti ada sebab melakukan semua ini. Nek Wan kagum kamu dapat bertahan selama ini.” Terangkat kepala Aviya tidak faham apa yang dimasksudkan Nek Wan. Melihat senyuman nipis Nek Wan membuat hatinya lega tetapi tidak sepenuhnya.
Nampaknya kamu semua pegang kepada amanah dan janji kamu kepada Fiyah. Lutfiyah. Lutfiyah. Apa yang kamu buat Fiyah?” Kepala digeleng dengan tawa kecil bermain dibibir.
Sehingga sekarang hanya sedikit yang dia ketahui mengenai pemainan ini. Sungguh dia tidak tahu selok-belok pemikiran Lutfiyah. Walaupun dari kecil lagi dia yang mengasuh Lutfiyah, dia sendiri kadang-kala teruja dengan cara pemikiran anak perempuannya itu. Kalau kita mengira menggunakan jari dan pemikiran, anaknya itu mengira dengan apa yang berada dikelilingnya. Unik. Itulah cara pemikiran Lutfiyah. Setiap hari ada saja yang membuat dia mengagumi anak perempuannya itu.
Beberapa minit kemudian kelibat Hisham memasuki ruang itu. “Kamu sudah sediakan apa yang Nek Wan suruh kamu tadi?” Anggukkan kepala Hisham membuat Nek Wan mengamati Aviya yang dari tadi hanya diam tidak terkutik.
Kamu ikut Sham, dia sudah sediakan semua keperluan kamu untuk bermalam disini. Jangan berfikir untuk melakukan apa-apa. Kalau Nek Wan dapat tahu habis Nek Wan kerjakan kamu.”
Melihat Aviya yang ketakutan membuat tawa kecil Nek Wan terlepas dari bibirnya. Lucu. Semua orang yang dikenalinya sentiasa bersikap begitu setiap kali berjumpa dengannya. Takut dan menikus seperti nampak hantu. Seram sangat ke dia sehingga semua bereaksi sebegitu?
Nek Wan tak seteruk yang kamu sangkakan. Pergi rehat, besok kita ada kejutan untuk Issac dan yang lain.” Arah Nek Wan. Esok adalah hari dimana semua akan terungkap. Semua akan bertentang dan bersua muka. Esok adalah hari yang dinanti-nantikannya.
Nek Wan…” Lamunannya mati apabila mendengar namanya disebut. Kening naik menyuruh Aviya meneruskan apa yang ingin disampaikannya.
Nek Wan tahu dimana aunty Irah?” Senyuman nipis menjadi sedikit lebar mendengar pertanyaan Aviya. Aunty Irah. Aairah. Seorang lagi yang terlibat dalam permainan ini. Wanita misteri yang muncul di kehidupan Lutfiyah. Wanita yang menyimpan seribu rahsia.
Pergi rehat. Sham.”
Tangan Hisham naik mendorong Aviya keluar dari ruang itu. Kepala Aviya memusing melihat Nek Wan yang hanya senyum dengan makna yang tersirat. Esok. Semua akan berakhir keesokkan harinya.





2 comments:

  1. aaaahh!!! maknanye lagi sikit nak habis ke kak...wah.. good job kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi nk habis..lagi panjang lagi...hehehe:B

      Delete