Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 2 December 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 68

Bab 68

Muka surat demi muka surat dibaca Faryal dengan teliti. Sebaik saja Issac berangkat untuk bertemu dengan kawan, dia pun terus melemaskan dirinya dalam dokumen yang diberi Alex padanya. Bukan tentang Lumiere International seperti disangka Issac tetapi laporan yang dikumpul Lutfiyah selama ini tentang Khaleed.
Dia perlukan jawapan dan untuk mendapatnya dia harus mencari, membaca dan memahami. Boleh saja dia bertanya pada Issac tetapi dia tidak mahu membebani suaminya dengan perkara ini. Kalau Khaleed mahukannya, dia harus bersedia untuk itu.

Kau tak pening ke baca semua fail tu dari tadi? Aku ni dah tak boleh sambung lagi. Otak aku dah jam macam mesin fotokopi dekat ofis. Jam.” Adu Widayah yang duduk disofa sebelah Faryal. Tergelak Faryal dibuatnya bila melihat muka kusut kawannya itu.
Dijeling Widayah yang sudah tersandar menyerah disofa. “Aku suruh service otak kau tu tapi tak nak. Degil.” Gurau Faryal dengan gelengan kepala.
Widayah berdecit. “Mana aku tahu kena baca banyak macam ni. Aku ingat kau panggil aku datang ni nak suruh cuba resepi baru kau ke. Ini tak kena buat kerja pula. Hari minggu macam ni pun kena buat kerja. Tak bergaji pula tu.” Rungut Widayah sekali lagi. Padanlah dua orang ni. Mulut laju saja jalan tidak ada hentinya.
Nantilah aku bayar kau. Banyak songehlah kau ni.”
Bantal kecil yang berada disofa dilempar ke arah Widayah yang tidak dapat mengelak. Muncung seribu kawan baiknya itu sambil membaling kembali bantal pada Faryal. Tidak kuat pun sebab tangan dia masih berbalut. Tergelak mereka berdua dibuatnya bila Widayah menunjuk tangannya yang cedera. Meminta simpati.
Kau tak pergi tengok Nek Wan ke hari ni?” Soal Widayah sambil mencapai air yang diibuat Faryal tadi.
Faryal berhenti dari membaca. “Abang Adi dan abang Yan ada dekat sana. Aku nak datang tapi mereka tak benarkan. Mereka suruh aku jaga suami.” Curhat dia pada Widayah.
Sungguh gembira dia bila Fadi memberitahunya bahawa Nek Wan telah memanggil namanya tetapi masih belum sedarkan diri. Syukur Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada kemajuan yang baru. Sejak hari itu setiap kali dia berada disana dia akan berada disisi Nek Wan. Berbual tanpa henti. Dia benar-benar berharap Nek Wan akan membuka mata bila mendengar suaranya.
Bos mana? Maksud aku Izzat.”

Faryal mengerut dahinya. Bukan tadi dia sudah beritahu dimana suaminya itu? Pelupa betullah minah ni.
Keluar. Pergi mana? Aku tak tahu. Dia cakap nak pergi jumpa kawan lama, itu saja.” Widayah membulat bibirnya dengan penjelasan Faryal.
Salah satu fail yang terdapat diatas meja dicapainya. Bosan pula pandang Faryal yang tengah sibuk membaca. Kalau tahu memang aku tak datang lepak dekat sini. Ajak buah hati keluar pun baik. Widayah senyum sendiri bila memikirkan pertemuannya bersama Fadi. Terubat rindunya pada lelaki itu.
Dengan senyuman manis yang masih lekang dibibir dia dengan senang hati membelek fail yang dicapainya itu. Senyuman manis hilang serta-merta dan kening pula bertaut ketat membaca kandungan fail itu.
Banyak rahsialah semua orang. Aku tak suka. Tambah lagi bila dapat tahu papa kau dalang disebalik kematian orang tuanya Izzat. Kejam betul.”

Widayah mendengus kasar membuat Faryal mengangkat kepalanya melihat Widayah menutup dan mencampak fail kembali ke atas meja. Bingitlah tu.
Kau nak buat apa dengan ini semua? Jangan-jangan…”

Mulut Widayah tercengang dan mata pula membuntang besar bila satu andaian difikirkannya. Takkan Faryal nak balas dendam pada Khaleed seorang diri? Tapi tak mustahil sebab Faryal benar-benar marah dengan apa yang terjadi pada Nek Wan.
Faryal melurus jari telunjuknya pada Widayah. Serahkan pada Widayah untuk tebak dengan benar apa saja yang ingin dilakukannya.

“Otak kau tu jangan nak fikir yang bukan-bukan. Aku tengah fikir satu benda.” Dia memberi alasan untuk mengalih topik perbualan.
Benda apa?”
Cuba kau tengok ni.”

Fail yang berada di dalam tangan disua pada Widayah yang mengambilnya dengan muka ingin tahunya. Widayah memandang Faryal sebelum menunduk dan membaca isi kandaungan fail itu.
Mamanya Izzat meninggal semasa mengandung adiknya Izzat. Tapi dari apa yang orang mama dapat cari. Bayi itu selamat dilahirkan sebelum arwah Kat menghembus nafasnya yang terakhir. Sehingga kini mereka tak tahu dimana anak itu berada. Sepertinya dia hilang ditelan bumi.” Jelas Faryal panjang lebar.
Widayah angkat kepalanya. “Jadi?” Masih kurang faham arah tujuan penjelasan Faryal itu.
Faryal memeluk tubuhnya dan merenung tajam Widayah. “Kalau betullah papa disebalik ini semua. Itu bermakna papa tahu dimana adik Izzat itu berada. Kalau benar bayi itu seusia dengan kau dan aku. Itu bermakna…” Dia sengaja membiarkan kata-katanya tergantung untuk Widayah menyelesaikannya.
Suasana sunyi seketika. Faryal menanti jawapan dari Widayah yang tergaru-garu kepalanya memikirkan apa yang ingin disampaikan Faryal padanya. Apa yang Meena maksudkan ni? Tuan Khaleed tahu. Seusia dengan aku dan Meena. Setahu aku yang paling dekat adalah yang satu itu. Tapi takkanlah. Widayah menggeleng kepalanya tidak yakin dengan kesimpulan yang dibuatnya.
Hish! Takkanlah si piranha tu adiknya Izzat? Tak satu spesis langsung. Satu macam bidadari lagi satu macam setan. Tak mungkin. Tak mungkin.” Widayah menggeleng kepala bertalu-talu tidak mahu percaya.
Kaki yang bersila dilerai Faryal. “Cuba kau fikir. Selama ini kita hanya tahu cerita bahawa papa menjumpai bayi itu berdekatan dengan keretanya. Jadi besar kemungkinan bayi yang selamat dilahirkan Kat itu adalah Ahdia.”

Widayah masih kurang percaya dengan penjelasan Faryal. Faryal bangkit dari duduknya dan duduk bertenggek disisi Widayah.

“Kau tengok ni. Adiknya Izzat lahir tidak cukup bulan. Hampir sebulan awal daripada masa yang ditetapkan. Aku agak yang papa telah sembunyikan bayi itu sehingga bayi itu cukup bulan. Baru dia dibawa pulang ke Villa Nur. Kononnya bayi itu dijumpanya berdekatan dengan kereta.” Faryal menjelaskan dengan lebih teliti.
Beberapa hari ini dia asyik menyambung satu fakta dari satu sehingga pening kepala dibuatnya. Widayah pandang Faryal. Wajah sudah kerut seribu.
Tapi takkan mama Fiyah tak terfikir sehingga situ. Kalau benar Ahdia tu anaknya arwah Kat. Kenapa mama Fiyah tak beritahu Izzat? Tapi kenapa papa kau simpan Ahdia walaupun dia tahu Ahdia tu bukan anaknya. Kenapa dia tak letak dekat rumah anak yatim saja? Kenapa harus dia bela dan besarkan bayi itu?” Bertalu-talu pertanyaan keluar dari mulut Widayah.
Faryal mengeluh. Semakin banyak pertanyaan yang timbul. Setahunya Khaleed melanggar Kat sebab dia sangka anak yang dikandungkan Kat adalah anaknya. Tetapi mesti papa sudah buat ujian DNA untuk memastikan perkara itu. Mama pun sudah melakukannya dan keputusan kembali negatif. Itu bermakna Ahdia bukan anaknya papa. Tapi apa motif papa membesarkan Ahdia? Mungkinkah keputusan yang diterima mama palsu?
Terperanjat Widayah bila Faryal bangkit dengan tiba-tiba. Dilihat kawannya itu mencapai telefon bimbit disofa yang diduduk Faryal tadi.

“Kau nak telefon siapa pula ni?” Soalnya hairan.
Kita perlukan jawapan dan hanya satu orang yang boleh bantu kita.” Telefon dilekap ditelinga menanti talian bersambung.
Siapa?” Soal Widayah sekali lagi tetapi tidak dijawab Faryal.
Mata Faryal dan Widayah bersambung.

Hello, kak Din.”
**
Issac meraup mukanya bila mendengar apa yang baru disampaikan Alex padanya. “Apa maksud uncle, Meen suruh kak Din ambil cawan yang digunakan Ahdia?” Tanyanya minta kepastian.
“Itu yang Din beritahu. Mungkin dia mahu membuat ujian DNA dengan cawan itu. One thing I’m sure is that Ayal is definitely planning something.

Dia sudah dapat agak yang anak perempuan Lutfiyah sedang merancang sesuatu bila Faryal meminta semua laporan penyelidikan terhadap Khaleed. Tetapi dia tidak tahu apa yang ingin dilakukan Faryal. Membalas dendam terhadap kemalangan yang menimpa Nek Wan? Mungkin. Membalas apa yang Khaleed lakukan kepada Lutfiyah dan kedua orang tuanya Issac? Mungkin.
Issac melepaskan keluhan. Beberapa hari ini Faryal sentiasa dikelilingi fail mengenai Lumiere International seperti yang dikatakan Faryal. Tetapi dia tidak yakin dengan itu. Dia pasti Faryal sedang membaca laporan yang dia minta dari Alex secara senyap-senyap bila dia tidak ada, seperti sekarang. Kenapa Faryal tidak mahu beritahunya? Mengapa harus bertindak secara rahsia?
Izzat pun risau tentang itu. Dia tak beritahu Izzat apa-apa langsung.” Ujar Issac pada Alex didepannya.
Dia ingin sekali mahu bertanya kepada Faryal tentang apa yang diminta isterinya itu tetapi lain yang sentiasa keluar dari mulutnya. akan. Dia ingin sangat tahu apa yang sedang bermain difikiran isterinya itu. Tetapi Faryal sepertinya tidak membenarkan dia masuk langsung dan dia tahu salah satu caranya untuk dia mengetahui adalah bersabar. Banyak bersabar.
Baru saja Alex mahu berkata, telefon pejabatnya berbunyi. “Encik Alex, Puan Faryal is on the line.” Setiausahanya berkata.
Alex dan Issac pandang satu sama lain. Tertanya-tanya apa yang diinginkan Faryal kali ini.
“Sambungkan.” Arah Alex sambil membetulkan kedudukannya. Ditekan butang ‘speaker’ supaya Issac dapat mendengar sekali.
Hello uncle Alex.” Suara Faryal bergema dibilik itu. Mulut Issac dikunci tetapi telinga berkerja keras mendengar dengan teliti.
Mata Alex mengerling Issac sekilas. “Ayal! Kenapa Ayal telefon uncle tiba-tiba ni?” Soalnya dengan nada suara ceria.
Sunyi seketika dihujung talian. “Hmm…Is Izzat with you?” Soal Faryal perlahan bila bertanya tentang suaminya itu.
Alex dan Issac bertentang mara sebelum anak muda itu menggeleng kepalanya tidak mahu Faryal tahu tentang keberadaannya.

No dear. Kenapa? Is everything okay dengan fail yang uncle beri pada Ayal kelmarin?” Tanya Alex mahu menutupi kebohongannya.
Semua okay cuma Ayal perlukan pertolongan uncle.” Ternaik keningnya Issac. Pertolongan?
Pertolongan macam mana Ayal? Kalau boleh uncle akan lakukannya.” Balas Alex dengan tenang.
Uncle tolong carikan maklumat tentang Daniel.” Semakin ternaik keningnya Issac bila nama Daniel disebut Faryal. Apa yang diinginkan Faryal bertemu dengan Daniel?
Alex juga terkejut dengan permintaan Faryal itu. Dia tahu siapa yang dimaksudkan Faryal. Kawan baiknya sejak diuniversiti lagi.

“Daniel?” Soalnya pura-pura tidak tahu siapa.
Daniel, bekas teman lelaki mama. Uncle tahu tak dia ada dimana sekarang?” Soal Faryal dihujung talian.
Kepala Alex digeleng walaupun tidak dapat dilihat Faryal. “Tak. Tapi uncle akan cari untuk Ayal. Kenapa Ayal nak tahu tentang dia?” Issac angguk dengan pertanyaan yang turut bermain diotak fikirannya.
Ayal nak tanya beberapa soalan saja uncle. Bolehkan?”
Bibir Alex diketap seketika. “I can’t promise anything but I’ll try. Ada apa-apa lagi tak Ayal?”
Hmm…Buat masa sekarang itu saja.”
Okay. Nanti uncle uruskan perjumpaan kamu dengan dia.”
Terima kasih uncle. Oh yes. Tolong jangan beritahu Izzat tentang ni. Ayal tak mahu dia risaukan tentang ini semua.

Issac mengeluh sambil memicit kepalanya. Apa yang sedang Faryal lakukan ni? Mengapa harus dirahsiakan bila dia boleh membantu?
Okay will do.” Dengan itu talian ditamatkan.
Tubuh Alex disandar kembali dikerusi. Matanya jatuh pada raut muka Issac yang tegang.

What do you think she’s doing?
Issac mendengus. Dia merenung tajam Alex.

Whatever it is. I’m going to find out and I can bet that we’re not going to like any of it.” None of it.
**
Pokok yang berdiri tinggi didepan diamatinya. Mata dipejam bila angin sepoi-sepoi bahasa memeluk tubunya. Secara automatis tangan naik memeluk tubuh dan ditarik nafas yang dalam, menghirup udara yang segar. Tidak percaya akhirnya dia kembali ke tempat kelahirannya.
Banyak yang telah terjadi selama ini. Kini dia hanya mahu semua permainan ini tamat supaya dia dapat berkumpul kembali dengan orang yang dia sayang. Keluarganya. Lutfiyah tersenyum bila memikirkan tentang keluarganya. Dia dikurnia anak-anak, kebahagiannya. Dia dikurniakan orang tua yang menyayanginya dan paling penting dia ditemukan kembali dengan satu-satunya darah dagingnya.
Fiyah.”
Lutfiyah menoleh ke belakang bila namanya dipanggil. Senyuman terukir melihat Aairah menghampirinya.

“Kak Irah. Bila Kak Irah sampai?” Disalam kakaknya itu.
Aairah mengambil tempat duduk disebelah Lutfiyah dilaman belakang. “Lamalah juga tengok kamu mengelamun jauh. Kamu fikirkan apa? Cuba cakap dengan akak. Mana tau akak boleh tolong.”
Tertunduk Lutfiyah dibuatnya. Tiba-tiba segan pula dengan Aairah yang sudah banyak membantunya.

“Kak Irah sudah banyak tolong Fiyah hingga Fiyah tak tahu macam mana nak bayar budi baik akak.”
Baru saja mereka berjumpa, dia sudah membebankan Aairah dengan masalah yang sedang menimpa keluarganya. Sehingga Aairah terus terjun untuk menolongnya dalam rancangan ini. Tidak sangka kakaknya itu sanggup melakukan itu buatnya walaupun mereka baru kenal.
Aairah memaut bahu adiknya itu. Sementara tangannya yang lagi satu mengenggam jari-jemari Lutfiyah yang sedang bertaut anatara satu sama lain. “Kitakan adik beradik. Jadi tak ada istilah banyak atau kurang. Selagi akak mampu tolong insyaallah akak akan tolong. Cepat beritahu akak apa yang tersirat dalam fikiran kamu tu.” Desak Aairah pada Lutfiyah.
“Fiyah risau.” Luah Lutfiyah.
Tentang mama kamu?” Soal Aairah. Dia dapat tahu tentang kemalangan yang menimpa Nek Wan. Simpati dia terhadap Lutfiyah sekeluarga.
Risaukan semuanya. Tentang Ayal. Tentang rancangan kita dan terutama sekali tentang mama. Kalau boleh Fiyah mahu tukar tempat dengan mama. Fiyah tak sanggup melihat mama terlantar tak berdaya sebegitu.” Rintih Lutfiyah bila membayang tubuh tidak berdaya Nek Wan dihospital.

 Air mata mula mengalir membasahi pipi bila mengenang nasib keluarganya. Dugaan demi dugaan melanda mereka. Aairah mengusap belakang Lutfiyah mahu menenangkan perasaan gundah adiknya itu.

“Ini semua takdir Fiyah. Kita harus menerimanya. Teringat akak semasa kehilangan mama dan ayah. Kosong. Itulah yang akak rasakan. Sakit kehilangan satu-satunya orang yang dipanggil mama dan ayah. Walaupun mereka bukan orang tua kita yang sebenar tetapi merekalah yang telah membesarkan kita dan mengajar kita erti ksaih sayang.” Jelas Aairah tiba-tiba sebak memikirkan orang tuanya yang sudah tiada lagi.
Lutfiyah angkat kepalanya. Dia rasa simpati terhadap kakaknya itu. Dari kecil harus mengharungi kehidupan yang sukar. Bukan sepertinya yang hidup dengan serba mewah.
“Maafkan Fiyah kak. Fiyah tak bermaksud…” Mati terus kata maaf Lutfiyah bila Aairah menggeleng kepalanya tidak membenarkannya mengatakan kata maaf.
Air mata diseka Aairah. Lutfiyah senyum bila dilayan persis anak kecil. “Zan beritahu akak tadi yang mama dah lepas tahap kritikal. Sekurang-kurangnya satu masalah hampir selesai. Sekarang kamu kena tumpukan perhatian pada Khaleed dan Ayal. Pada rancangan sebenar kamu.” Lutfiyah menarik nafas yang dalam.
Memang benar apa yang dikatakan Aairah. Kondisi Nek Wan sekarang semakin membaik. Selepas malam itu dia yakin mamanya akan selamat. Kini dia harus kembalikan tumpuannya pada Khaleed dan juga Faryal. Dia mengerut dahi memikirkan anak perempuannya itu. Dia risau tentang keadaan Faryal sekarang. Bila Geraldine memberitahunya tentang apa yang diminta Faryal pada Alex dan juga penolong peribadinya itu, dia yakin Faryal sedang bersiap sedia untuk sesuatu perkara. Sesuatu perkara yang bersangkut-paut dengan Khaleed.
Dia senyum nipis bila memikirkan Issac dan Faryal. “Lega hati Fiyah bila Ayal dan Izzat sudah selamat disatukan. Walaupun bukan seperti yang dirancang, sekurang-kurangnya Ayal sekarang ada orang untuk melindunginya.”
Aairah turut senyum dengan apa yang dikatakan Lutfiyah. “Ini semua sudah tersurat. Betapa jauh kita mahu lari atau sedalam mana kita mahu sembunyi. Kalau sudah ditakdirkan untuk bersama atau berlaku kita hanya boleh redha. Lagipun akak yakin yang masalah ini semua akan selesai tak lama lagi.”
“Fiyah pun harap begitu juga.”
**
Faryal bernyanyi kecil sambil menyimpan pakaian yang dilipatnya tadi ke dalam almari. Jam didinding dilirik sudah nak masuk magrhib dan Issac masih belum pulang lagi. Dia meninggalkan bilik tidur dan menapak ke ruang rehat diluar. Fail yang berselerak atas meja kopi dikemasnya. Sempat dia membaca salah satu darinya.
Bunyi derapan kaki menaiki tangga membuat dia berpaling. Kelibat Issac dilihatnya membuat Faryal senyum lebar. Dia meletak kembali fail diatas meja dan menghampiri suaminya itu. Suami. Masih tidak percaya kini dia sudah berkahwin.
Abang dah balik?” Tangan Issac disalam dan kucupan hangat darat didahinya.
Issac melirik fail yang sudah tersusun rapi atas meja kopi. Mesti Faryal sedang membaca laporan yang diberi uncle Alex. Agak Issac dalam hati.

“Meen buat apa tu. Dari tadi abang panggil tak menyahut. Risau abang.” Faryal kalut seketika.
Bila masa pula dia panggil aku? Tak dengar pun? Mesti aku tengah dekat dalam bilk tadi.
Sayang khusyuk baca tentang Lumiere International ke sampai tak dengar abang panggil?” Mata Faryal memandang fail yang ditunjuk Issac sebaik saja melabuh punggung disofa.
Dia menggigit bibir. Sebenarnya fail itu semua bukan tentang Lumiere International. Hanya dua saja sementara yang lain adalah laporan yang diminta dari Alex.
Meen rasa masa abang panggil, Meen tengah dekat dalam bilik. Baru habis lipat baju.” Balas Faryal dengan jujur lantas mengambil tempat sebelah Issac.
Melihat Issac hanya angguk dan sepertinya mahu bertanya sesuatu, Faryal terlebih dahulu memotong. “Abang dah makan belum? Meen masak spaghetti aglio-olio, itupun sebab bekas setiausaha abang yang minta.”
Issac memandang Faryal tajam. “Wid datang tadi?” Soalnya ingin tahu.
Faryal angguk mengiakan pertanyaan suaminya itu. “Abang nak makan atau nak mandi dulu?” Lengan Issac dipegangnya dan sepantas kilat ditarik kembali bila merasa renjatan elektrik antara mereka. Issac senyum nakal.
Abang mandi dululah. Dah maghrib dah ni. Kita solat jemaah sekali sayang.” Ujar Issac lantas melentok kepalanya dibelakang sofa. Mata dipejam seketika. Penat.
Okay. Meen sediakan air untuk abang dulu. Abang tunggu tau.” Faryal bangkit dari duduknya dan bergegas ke dapur. Setiap langkah diikuti matanya Issac.
Uncle tolong carikan maklumat tentang Daniel.”
Perbualan antara Alex dan Faryal bermain difikirannya sekali lagi. Apa yang Meen ingin tanya pada lelaki itu? Haruskah aku tanya pada Meen tentang ini? Argh! Pening aku dibuatnya. Apa yang sedang Meen rancang sehingga abang tak boleh tahu?
Abang air. Abang tunggu, Meen pergi sediakan keperluan abang untuk mandi.” Faryal menyua gelas berisi air oren kepadanya.
Sayang.” Tangan Faryal dicapai sebelum isterinya itu dapat pergi jauh. Faryal berpaling melihatnya dengan kedua kening yang diangkat.
Issac meletak gelas yang sudah tinggal separuh diatas meja. Ditarik Faryal mendekatinya. “Sayang ada apa-apa nak tanya abang tak tentang Lumiere International? Mana yang Meen tak faham, boleh abang jelaskan.” Lain yang ingin ditanya lain pula yang keluar dari mulut.
Faryal senyum manis pada keprihatinan Issac itu. “Buat masa ni tak ada. Tapi kalau nanti Meen perlu pertolongan abang, Meen akan beritahu.” Balas Faryal.
Pandangan mata mereka yang bersatu membuat Faryal tidak keruan. Tetapi apa yang membuat dia tidak keruan adalah Issac mencium kedua belah tangannya. Mata hazel lelaki itu mengamatinya sekali lagi.
You know right that you can count on me for anything?” Faryal angguk tahu. Dia tahu dia boleh mengharapkan pada suaminya itu kalau dia perlukan apa-apa. Kata suamikan?
Satu idea tiba-tiba menerpa fikirannya. Dia pandang Issac dengan lirikan dan senyuman yang nakal.

Anything?” Soalnya.
Anything.
Faryal goyangkan bibirnya ke kiri dan kanan. Lirikan nakal masih dipakainya. “Kalau Meen nak bintang. Abang nak ambilkan untuk Meen tak?” Dilihat muka Issac yang sedikit terkejut berubah nakal.
Issac senyum herot. Nakal isteri aku ni. I like. “Kalau sayang nak tahi bintang pun abang sanggup ambilkan. Berapa sayang nak? Dua? Tiga? Sepuluh?” Tamparan kecil hinggap dilengan Issac.
Senang hati Issac melihat cebikkan Faryal. Merajuk pula kena usik. Kalau usik orang boleh pula. Dia bangkit dari duduknya. Jarak antara dia dan Faryal hanya beberap inci. Kepalanya ditunduk sementara Faryal mendongak memandangnya. Tangan mereka tidak lepas dari satu sama lain.
Riak wajah Issac berubah serius. “Seriously sayang. Sekarang kita sudah jadi suami isteri. Abang tak mahu sayang simpan apa-apa dari pengetahuan abang, and I will promise to do the same. So do you have anything you want to tell me?” Soalnya ingin Faryal kongsi dengannya apa yang diberitahu Alex tadi.
Ada.” Balas Faryal dan kepala ditunduk. Tidak berani bermain mata dengan Issac.
Haruskah dia beritahu Issac apa yang dia minta dari Alex dan Geraldine? Tapi kalau Issac halang macam mana? Dia perlukan jawapan dan dia takut Issac akan menghindarnya dari mendapatkannya.
What is it sayang?” Dagu Faryal ditarik supaya mata galak itu memandangnya sekali lagi.
Faryal menelan air liurnya. “Meen sudah buat keputusan untuk mula kerja lusa. Abang izinkan tak?” Membulat mata hazelnya Issac dengan permintaan Faryal.
Itu yang sayang nak beritahu abang?”
Faryal angguk mengiakan. “Kenapa? Abang ingat apa?” Hairan dengan reaksi suaminya itu.
Issac geleng kepala. Diukir segaris senyuman pada Faryal. “Tak ada. Sayangkan boleh kerja dari rumah. Tak perlulah pergi pejabat. It’s not safe for you.” Issac tidak setuju dengan kemahuan Faryal itu.
Faryal mengenggam kedua belah tangannya Issac. Ditayang muka kasihannya. “Alah abang. Lumiere itu milik Meen. Jadi tak salahkan kalau Meen pergi turun padang. Lambat laun Meen kena masuk juga. Bolehlah abang.” Rayu Faryal pada Issac yang merenungnya denganhati yang berbelah bagi.
Please.” Bibir dimuncung menunjuk muka simpatinya bila Issac tidak beri sembarang reaksi.
Air liur ditelan Issac. Tergugat juga iman dia melihat Faryal sekarang ini. Comel benar. “Okay abang izinkan.” Bersorak riang Faryal dengan keputusan Issac. Tanpa segan silu pipi Issac dikucupnya. Terperanjat Issac tetapi melihat senyuman lebar Faryal dia turut tersenyum juga.
Tetapi Gerald dan Stacy kena ikut ke mana saja sayang pergi. Including the ladies.” Syarat diletak Issac. Dia tidak mahu mengambil risiko terhadap keselamatan Faryal. Padanya selagi Khaleed masih bebas, selagi itu dia tidak boleh berehat walaupun sesaat.
Faryal angguk lantas memeluk lengannya Issac erat. “Thank you abang. Sayang abang.”
Kalau sayang abang. Tunjukkan.” Usik Issac.
Pipinya Issac dikucupnya sekali lagi. “Abang tak nak itu. I want more.” Gelak sakan Issac dalam hati bila muka Faryal mula memerah. Mata pula buntang bila tahu apa yang diinginkannya.
Dipandang Faryal yang menggigit-gigit bibirnya. “Later.” Kata Faryal perlahan.
Giliran Issac pula memandang Faryal dengan mata yang buntang. “Serious?” Soalnya kurang percaya dengan apa yang didengarnya itu.
Dah-dah. Cepat pergi mandi. Busuklah suami Meen ni.” Hidungnya dipicit pura-pura kurang senang dengan bau badannya Issac. Walaupun bau suaminya itu sungguh harum sekali.
Tangan Issac melingkar dipinggang Faryal. “Join me.” Pintanya pada Faryal yang menggeleng kepala tidak mahu.
Badan Issac ditolaknya tetapi suaminya itu lebih kuat darinya. Tidak berganjak langsung. “Jangan nak mengada-ngada.”
Alah. Bolehlah sayang.” Pipi Faryal dikucupnya.
Faryal geleng kepalanya. “Tak nak.” Lemas dia dalam pelukan Issac ketika itu. Lemas yang bagus. Dia suka sebenarnya berada dalam pelukan Issac. Hangat.
Pretty please with cherry on top.” Issac menunjuk muka kasihannya.
Tergelak Faryal dengan muka oh so comel suaminya itu. Tetapi dia tidak mahu kalah. “No...pe..Abang! Apa abang buat ni? Put me down!” Terjerit Faryal bila Issac sudah mengangkatnya seperit guni beras dibahu.
Tangannya memukul-mukul belakang suaminya itu tetapi tidak dihiraukan oleh Issac. Dia dapat melihat mereka memasuki bilik tidur. Teruja dia sebenarnya bila Issac mengangkatnya tanpa sembarang rungutan. Tidak sangka Issac kuat mengangkatnya yang berbadan besar itu. Dia panik tiba-tiba bila memikirkan berat badannya yang lebih dari suaminya itu.
Abang, Meen beratlah. Letaklah.” Pinta Faryal sekali lagi.
Issac menuju ke bilik air. “Later angel. Now I want you.” Membulat mata Faryal bila pintu bilik air ditutup rapat.
Mama! Ayal malu!



6 comments:

  1. alah nk lg...nk lg...nk lg ... hihihi

    ReplyDelete
  2. alolo so sweet kak...sampai ke bintang berangan ni...I like..no love ayal cuz dia seboleh mungkin x nk tipu issac...issac's sister huh..tu lh rase cam ahdia tu tp result negative yg mama ayal dpt ..issac ..ade lelaki kat luar mcm kau x...kalau ade oh dh lame lamar...hehe good job kak^^

    ReplyDelete