Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Sunday, 21 December 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 71

Bab 71

Selimut yang menyelemuti separuh tubuh Nek Wan diperbetulkannya. Sementara tangan kanannya tidak melepaskan genggaman jari-jemari neneknya itu. Diamati muka Nek Wan yang kelihatan tidak berdaya. Sudah hampir tiga minggu dan Nek Wan masih tidak sedarkan diri.
Belakang tangan Nek Wan dikucupnya. “Nek Wan bila nak bangun? Ayal rindu sangat dengan Nek Wan. Suara Nek Wan, muka marah Nek Wan, gelak ketawa Nek Wan semua Ayal rindu.” Pipi Nek Wan diusap lembut.
Dia benar-benar rindu dengan Nek Wan. Walaupun sebelum ini Nek Wan sentiasa bising dengannya tetapi itulah perkara pertama yang dirinduinya. Aneh betulkan? Faryal senyum sendiri. 

“Nanti bila Nek Wan bangun Ayal akan buatkan apa saja yang Nek Wan nak makan. Cakap saja mesti Ayal buatkan.” Tutur Faryal dengan penuh semangat.

“Habis tu tak tanya abang nak makan apa?” 

Faryal melirik Issac yang sedang berdiri disebelahnya. Dilihat Issac memandangnya dengan kedua kening yang dinaikkan.
Bibir diketap Faryal. “Hari-hari yang abang lantak tu bukan makan ke?” Soalnya kembali. Issac tidak menjawab dengan kata-kata tetapi dengan sengihan seperti kerang busuk.
Faryal kembali pandang Nek Wan. Satu akal difikirkannya. “Sekarang Ayal bahagia sekali sebab Ayal sudah ada cinta hati. Tak sangkakan Nek Wan lelaki yang dulu Ayal suka akan menjadi suami Ayal akhirnya. Kalau Nek Wan nak tahu, abang jaga Ayal dengan baik sekali.” Ujar Faryal tanpa pusing ke sebelahnya.
Issac yang mendengar kata pujian dari si isteri sedikit tergamam tetapi akhirnya tersenyum lebar. Tapi apa yang dia suka adalah Faryal memanggilnya dengan panggilan ‘cinta hati’. Kembang dibuatnya sekarang.
“Kalau Nek Wan nak tahu, Meen ni nakal sekali. Suka sangat muncung bibir dia tu kalau kena usik. Dia usik orang boleh tapi orang tak boleh usik dia pula. Tak aci.” 

Terpusing Faryal dibuatnya bila Issac berkata sedemikian. Sepit ketamnya darat dilengan suaminya itu. Terkekek Issac ketawa sambil mengelak serangan bertalu-talu dari Faryal.
Faryal menampar lengan Issac. Geram. Bibir sudah muncung seperti yang dikatakan Issac tadi. “Aci dekat India. Nek Wan jangan dengar cakap abang ni. Abang yang selalu menyakat Ayal. Kalau sehari tak usik memang tak sah.” Dijeling Issac dengan muka yang monyok.
Alolo. Cinta hati tengah merajuk. Comelnya. Gelak sakan Issac didalam hati. Suka dia melihat Faryal mengamuk setiap kali diusik olehnya.
Tangannya memaut bahu Faryal. “Dah abang suami Meen. Siapa lagi abang nak usikkan?” Dagu Faryal dicuitnya.
“Gatal.” Kata Faryal.
Issac membongkok supaya bibirnya disebelah telinga Faryal. Dia mengukir senyuman nakal. 

“Sebab sayang gigit abang malam semalam.” Bisiknya diteling Faryal penuh goda.
Buntang mata Faryal bila faham apa yang dimaksudkan dengan malam semalam. “Abang!” 

Muka Issac ditolaknya. Ketawa sakan Issac bila melihat muka Faryal bertukar merah. Malu pula isteri aku ni. Semalam malam tak pula. Hehehe.
Deheman menyapa telinga Faryal membuat dia pusing menghadap suaminya. “Cakap punya cakap. Haus pula tekak ni. Abang beli air dulu. Jangan mengumpat tentang abang pula.” Diberi peringatan kepada Faryal dengan nada berguraunya.
Faryal muncung sedepa. Macam tahu saja kau nak mengumpat dengan Nek Wan tentang dia. 

“Iya tak mengumpat tapi gosip.” Balas Faryal dengan sahaja.
Pipi Faryal dicubit geram. “Ada saja kata balas dia. Abang pergi dulu. Jangan nakal-nakal.” Satu kucupan hangat hinggap diubun-ubun isterinya itu.
Perlakuan Issac itu membuat dia lupa rasa rajuk dan marahnya pada lelaki itu. Dia mengukir senyuman sambil mata mengikut langkah Issac meninggalkan bilik itu.Sempat suaminya itu memberinya fly kiss dan kenyitan mata. Haish! Susah juga kalau dapat suami yang terlebih romantik ni. Tetapi I like!
Faryal kembali menghadap Nek Wan. Senyuman tidak lekang dari bibir. Matanya mengamati Nek Wan yang tidur dengan nyenyak sekali. Dia hairan mengapa Nek Wan masih tidak sedarkan diri walaupun doktor telah mengesahkan bahawa bengkak diotak Nek Wan telah berkurangan.
Sejak dia diberitahu bahawa Nek Wan boleh mendengar perbualan mereka. Setiap kali dia datang ada saja dia bercerita. Kata doktor ia dapat menolong dengan perkembangan otak Nek Wan. Tangan Nek Wan digenggam kembali dan diletaknya dipipi.
Sekarang Ayal dah mula kerja dekat Lumiere International, tetapi sekali-sekala saja sebab abang cakap pada papa, Ayal adalah pemilik baru Ivic sekarang. Nasib baik abang Sham dan kak Viya ada, kalau tidak memang habislah Ivic nanti.” Jelas Faryal.
Itulah perjanjian yang telah dibuatnya dengan Issac. Dia hanya boleh masuk pejabat Lumiere International sekali saja setiap minggu. Hari-hari yang lain dia harus berada di Ivic International supaya Khaleed tidak tahu bahawa Faryal adalah CEO baru Lumiere International.
Cakap tentang papa. Nek Wan jangan risau. Ayal sudah ada sesuatu acara khas untuk papa tersayang. Tapi Ayal nak Nek Wan lihat sendiri muka papa nanti. Biar dia rasa apa yang kita semua rasa. Sebab itu Nek Wan kena cepat sedar.” Kata Faryal tanpa mengalih pandangannya dari muka Nek Wan.
Dia sudah merancangkan peperangan yang baru dimana ia hanya antara dia dan Khaleed. Kalau dialah yang diinginkan Khaleed maka dia akan beri serangan demi serangan tanpa lelaki itu sedari. Tiada lagi Faryal Shameena yang takut dengan Khaleed Jamaluddin. Sekarang hanya ada Faryal Shameena yang akan pastikan Khaleed Jamaluddin merasa apa yang dirasainya selama ini.
Kalau peperangan yang papa mahukan. Peperangan juga yang akan Ayal berikan. Peperangan yang akan Ayal pastikan membuat papa tersungkur dan tak akan berdiri lagi.” Bibirnya menguntum senyuman yang penuh rahsia. Sebuah rahsia yang hanya diketahui dia dan Tuhan.
Air liur yang terasa kesat dikerongkong ditelannya. “Ayal tak akan biarkan papa hidup senang dengan semua yang telah dia lakukan. Ini bukan hanya untuk keluarga kita tetapi keluarga abang juga.” 

Dia akan lakukan demi dua keluarga yang telah menjadi satu. Issac kini adalah kehidupannya dan dia tak akan membenarkan Khaleed menyakiti suaminya lagi. Tak akan.
Tanpa Faryal sedari matanya sudah merah kerana amarahnya yang kemuncak. Tanpa dia sedari juga setiap butir katanya didengari oleh sepasang telinga yang tidak suka dengan apa yang keluar dari mulut Faryal.
Penghinaan harus dibalas dengan penghinaan. Penipuan harus dibalas dengan penipuan. Kekerasan harus dibalas dengan kekerasan dan nyawa harus dibalas dengan nyawa. Itu baru namanya keadilan.”
Tapi tidak lama bila dia dapat merasa tangannya yang mengenggam erat jari-jemari Nek Wan bergerak. Faryal mengensot ke hujung kerusi bila merasa sekali lagi tangannya digennggam erat oleh Nek Wan.
Ayal…” 

Tercengang Faryal bila mendengar namanya dipanggil Nek Wan. Ditekan butang untuk memanggil jururawat yang sedang bertugas.
Faryal membalas genggaman Nek Wan. Dia bangkit dari duduknya dan mendekatkan bibirnya ke muka Nek Wan mahu pasitkan dia tidak bermimpi. 

“Nek Wan. Ayal dekat sini. Nek Wan bangun, Ayal dekat sini.” Kepala Nek Wan disusapnya berulang-kali.
Ayal…” 

Tersekat pernafasan Faryal bila mendengar sekali lagi namanya melepasi bibir Nek Wan. Baru Faryal mahu berkata, pintu terkuak dan kelihatan doktor yang merawat Nek Wan dan beberpa orang jururawat memasuki bilik itu.
Dengan berat hati dia melepaskan tangan NekWan bila diarah jururawat untuk menanti diluar. Dia berpaling melihat Nek Wan. Air mata mengalir bila dia dengan sendiri mendengar Nek Wan memanggil namanya. Ya Allah. Alhamdullillah.
Gerald yang sedang berdiri diluar mengerut dahi melihat keadaan menjadi cemas tambah lagi Faryal keluar dengan air mata yang berlinangan. Tetapi dia tidak mengata apa-apa hanya menyila Faryal duduk dikerusi yang dihuninya tadi.
Issac yang kembali bersama beg plastik berisi minuman dan makanan melangkah laju bila melihat isterinya sedang duduk diluar sambil menekup mulut. Secara automatis dia menjadi cemas. Takut jika sesuatu telah terjadi kepada Nek Wan semasa permergiannya.
Faryal bangkit dari duduknya bila melihat Issac sedang menuju ke arahnya. Belum sempat Issac menghampirinya, Faryal terlebih dahulu membenam mukanya didada bidang suaminya itu.

“Kenapa Ayal dekat luar? Nek Wan kenapa?” Dipandang Gerald yang tidak berkata.
Satu tangannya membalas pelukan Faryal dan perlahan mengusap belakang isterinya yang sedang menangis terhinggut-hinggut didadanya. 

Angel, what’s wrong?” Ditanya kepada Faryal menjarak sedikit tubuh mereka.
Kepala diangkat Faryal. Matanya merenung mata hijaunya Issac yang meminta jawapan darinya. 

“Nek Wan panggil nama Ayal tadi. Nek Wan pegang kuat tangan Ayal tadi.” Dengan suara yang mendatar Faryal menjawab.
Dipanjatkan syukur kepada Ilahi dan ditarik Faryal kembali ke dalam pelukannya pula. Pintu bilik dibuka dan beberapa orang jururawat dan seorang doktor keluar dari bilik itu. Faryal tanpa lengah mendapatkan doktor itu sambil mengesat mukanya yang sudah lecun dek air matanya.
“Doktor macam mana dengan nenek saya?” Soal Faryal terlebih dahulu. Issac yang berada dibelakang memaut bahu Faryal.
Doktor lelaki yang bernama Irfan itu menayang garisan nipis dibibirnya. Dia mengerut dahinya seperti memikirkan jawapan bagai pertanyaan Faryal itu.

 “Ini kali kedua dia panggil nama Puan. Tapi bezanya dia menggenggam tangan Puan. Apa yang pelik adalah Puan Wanda tidak beri apa-apa respon langsung bila saya memanggil namanya. Tetapi bila saya menyebut nama Puan, dia memberi tindak balas dengan menggenggam tangan saya seperti yang Puan cakapkan. Dia sepertinya mahu mengatakan sesuatu kepada Puan. This is good news I must say.” Jelas doktor Irfan panjang.
“Alhamdulillah.” 

Faryal dan Issac melepaskan nafas lega mendengar penjelasan doktor itu. Issac menekan sedikit bahu isterinya membuat Faryal mendongak memandang suaminya dengan senyuman lebar.
“Buat masa sekarang kita akan memantau kemajuannya. Insyaallah dia akan sedar tak lama lagi. Just keep talking to her. Terutama sekali puan Faryal. It seems she responds upon hearing your name.” Faryal angguk faham.
“Baiklah. Terima kasih doktor.” Ucap Faryal dan Issac sebelum lelaki itu meninggalkan mereka didepan bilik Nek Wan itu.
Issac menarik Faryal ke dalam pelukannya. Mereka berdua rasa gembira dengan berita yang disampaikan doktor Irfan.

 “Kena beritahu mama.” Ujar Faryal sambil mengeluarkan telefon bimbitnya.
Tangan Issac menghalang membuat Faryal memandang suaminya itu. “Sayang masuk. Biar abang beritahu yang lain.” Faryal tidak membantah dan dengan hati yang senang dia masuk kembali ke dalam.
**
Terduduk dia dari pembaringannya bila mendengar berita yang baru diterimanya. Telefon bimbit digenggam erat dan mata pula membuntang bulat. Terkejut dan kurang senang dengan berita itu. 

“Apa maksud kau si perempuan tua tu ada tunjuk tindak balas?” Soalnya sedikit keras.
“Siapa ada dekat sana?” Soalnya sekali lagi.
“Maksud kau dia hanya memberi respon bila nama Faryal disebut?” Soalnya buat sekian kalinya sebelum mendengar tekun penjelasan dari suara dihujung talian.
Dia mendengus kasar. Rambutnya disisir ke belakang. “Kalau ada perkembangan baru kau beritahu aku.” Arahnya tegas.
Dia memandang kurang senang bila si pemanggil mengingatkannya tentang duit upahnya. “Kau jangan risau tentang bayaran. Selagi kau lakukan kerja kau dengan baik aku akan pastikan kocek kau tebal. Lagi satu, kau sambung beri suntikan seperti yang aku suruh. Jangan sampai orang tua tu sedar pula. Bukan masanya untuk dia bangun dari tidur lagi. Kau faham?” Si pemanggil mengiakan kata-katanya.
Dia melirik ke lelaki disebelah yang sedang mengucup bahunya yang terdedah. “Nanti aku telefon kau.” Talian dimatikan dan telefon dicampak ke depan. Dicapai kotak rokok atas meja kecil sebelah katil dan dinyalanya.
Kenapa you tak bunuh saja orang tua tu? Habis cerita.” Lelaki disebelahnya itu mencapai rokok yang berada dalam tangannya.
Terlalu senang. Lagipun I masih perlukan dia. Hanya dia saja pembakar semangatnya Faryal.” Tuturnya sebelum menghisap rokok bila lelaki itu menyuanya ke bibir. 

Memang Nek Wan adalah pembakar semangat Faryal. Kejadian yang menimpa Nek Wan pasti menyemarak api kemarahan perempuan yang suatu ketika dulu ialah seorang yang polos.
So what now?” Soal lelaki itu dan menyandar dikepala katil. Selimut yang menyelimuti bahagian sulitnya diperbetulkan.
Perempuan disebelahnya turut sandar ke belakang. Dia mengukir senyuman herot. Dipandang lelaki disebalah dengan pandangan yang mempunyai sebuah agenda. 

We pay that little witch a little visit.” Tuturnya membuat lelaki itu gelak sinis.
Tapi tempat tu dikawal ketat. Susah untuk you keluar masuk tanpa dikesan. Unless...” Kata-katanya dibiarkan tergantung kerana sudah tahu apa jawapan yang akan keluar dari mulut perempuan disebelahnya itu.
Perempuan itu bangkit dan duduk atas paha lelaki itu. Dicapai batang rokok yang tinggal setengah dan dihisapnya sebelum mencampaknya digelas yang berada disebelah katil. Leher lelaki itu dirangkul sementara pinggangnya sudah dipeluk erat oleh lelaki itu.

 “Of course sayang. Tentu I sudah ada cara I sendiri. Cara yang tiada siapa akan jangkakan sama sekali.” Senyuman meleret dibibir mereka sebelum melemaskan diri didalam pelukan masing-masing.
**
Faryal menuju ke balkoni dengan air teh didalam tangan. Dilihat Issac sedang berbual ditelefon sambil melempar padangan ke cahaya lampu yang berkerlipan didepan mereka. 

“Abang.” Sapa Faryal dan diletak mug itu diatas meja yang terdapat dibalkoni.
Issac mendepakan tangannya menggamit Faryal ke arahnya. “You’ve got Nat to book the tickets?” Soal Issac kepada Pablo dihujung talian. Dijerat Faryal dalam pelukannya sebaik saja isterinya itu menghampirinya.
Okay. Once she has book it can you inform me the flight details? Alright. Kirim salam semua dekat sana. Insyaallah sebelum father pulang Izzat akan datang ke sana. Assalammualaikum.” 

Faryal mendegar talian dimatikan oleh Issac. Dia tersenyum bila Issac yang sedang berdiri dibelakangnya mengeratkan lagi pelukannya.
“Kenapa bang? Father dah nak balik ke?” Soalnya mata tidak melepas memandang bangunan yang tinggi yang dihiasi dengan cahaya lampu. Sungguh memukau sekali.
Issac angguk kepalanya lantas mengucup rambut kerintingnya Faryal. “Yap. Maybe next week or the week after. Lagipun father datang ke sini pun tak lama. Lepaskan rindu dekat mother. He can’t afford to leave the office unattended too long.” Jelasnya turut memandang ke depan.
“Kak Viya dan mother pun balik sekali ke?” Faryal bertanya sekali lagi sambil berpaling menghadap Issac. Kini tangannya pula mendarat didada bidangnya Issac.
“Viya masih pembantu peribadi Meen. Jadi dia tak akan balik buat masa sekarang. Mother pula, father tengah pujuk dia untuk pulang. She say she feels heavy leaving Viya alone behind. Tambah lagi keadaan sekarang semakin tegang. She said she can’t afford to lose any of her children.

Issac meleraikan pelukan dan bawa Faryal duduk dikerusi panjang yang terdapat dibalkoni itu. Ditarik Faryal ke sisi. Faryal menghulur mug berisi teh kepada Issac.
“Kenapa pula?” Soalnya buat sekian kali. Kurang faham dengan apa yang dimaksudkan Issac dengan ayat terakhirnya itu.
Setelah menghirup teh buatan Faryal, dia hulurnya kembali kepada Faryal yang menghirupnya pula. Issac senyum bila Faryal tidak kisah mengongsi cawan dengannya. 

“Bila mother mengandung tujuh bulan dengan si kembar, mother didapati menghidap kanser rahim. It was a really high risk pregnancy. Doktor sarankan mother buat pemedahan untuk melahirkan si kembar walaupun mereka baru tujuh bulan. She had no choice. Its either the babies or her life.” Dahi Faryal yang berkerut diusap Issac.
Mother pilih kak Nat dan kak Viya?” Issac angguk mengiakan. Faryal menaikkan kedua belah kakinya ke atas kerusi supaya dia dapat menyimbang mug itu dilututnya.
“Yap. Mereka dilahir tak cukup bulan dan paling menyedihkan rahim mother terpaksa dibuang. That is why she is very protective of Nat and Viya.
Because she can’t have kids.” Sambung Faryal. Issac angguk sekali lagi. Mereka sunyi. Masing-masing melayani perasaan sendiri.
Faryal rasa simpati terhadap Nila yang terpaksa kehilangan satu-satunya kebanggaan seorang wanita. Dia benar-benar tidak sangka Nila telah mengharungi dugaan yang sungguh sukar itu. Tidak dapat dia bayangkan kalau dia berada ditempat Nila. Tidak dapat melahirkan zuriat lagi.
Tetapi apa yang tidak dapat dia mengerti adalah kata-kata Nila semasa ditanah perkuburan.
“Mother bukan sahaja kehilangan seorang adik tetapi satu-satunya penambah keluarga mother yang dikandungkan Kat”
Kat yang mengandung jadi bukannya ia penambah keluarga Issac. Tetapi mengapa Nila mengatakan bahawa bukan saja dia kehilang Kat tetapi satu-satunya penambah keluarganya? Mungkinkah apa yang dimaksudkan Nila adalah keluarga besarnya? Atau…
Sayang?” Tersentak Faryal bila Issac memanggilnya.
Mengelamun jauhnya. Mesti ingatkan abang nikan?” Gurau Issac. Faryal hanya senyum tidak mahu bertikam lidah dengan suaminya itu.
Faryal melentok didadanya Issac. Dia dapat mendengar degupan jantung suaminya itu. Sungguh meyenangkan sekali. “Sayang masih ada tak kunci yang abang beri pada sayang tu?” Issac memecah kesunyian antara mereka sekali lagi.
Kunci yang abang cakap untuk hadiah perkahwinan tu? By the way mana hadiah tu? Sampai sekarang tak kasi pun.” Tapak tangan disua ingin menuntut hadiah perkahwinan yang dikatakan Issac semasa pemisahan mereka dahulu.
Tapak tangan Faryal dipukul lembut membuat Faryal ketawa kecil. “Abang nak beri dekat sayanglah ni. Sebelum tu pergi ambil kunci tu.” Arahnya terlebih dahulu.
Ni hah.” Faryal menunjuk charm bracelet yang tersarung cantik dipergelangannya.
Siapa bagi sayang ni?” Soal Issac menilik setiap objek yang tergantung digelang tangan itu.
Adalah.” Balas Faryal dengan senyuman nakal.
Pelukan dilerai Issac. Dia merenung Faryal yang sedang membelek-belek gelang tangannya itu. “Siapa? Baik sayang bilang abang nanti abang merajuk kang.” Ugut Issac.
Faryal memuncung bibirnya dan digerak ke kiri dan kanan ingin bermain dengan suaminya itu.“Hmm…Si pemberi ni kacak.” Tutur Faryal.
Kacak dari abang ke?” Soal Issac kurang senang.
Faryal angguk. “Si pemberi ni mulut dia manis.” Ditunjuk pada bibirnya yang menguntum senyuman.
Bertaut keningnya Issac. “Manis dari abang ke?”
Kepala diangguk Faryal sekali lagi. “Si pemberi ni sudah lama terpaut dekat hati Meen.” Ditunjuk ke dadanya.
Sudah masam seribu mukanya Issac. Tidak suka bila si pemberi itu sudah lama menduduki hati isterinya dari dia. 

“Lagi lama dari abang ke?”
Baru saja Faryal ingin angguk, Issac terlebih dahulu bersuara. “Tak payah jawab abang dah tau jawapan dia. Mesti lagi lama dari abang.” Rajuk Issac dan dia bangkit dari kerusi mendadak membuat Faryal terkejut.
Abang nak pergi mana tu?” Tangan suaminya digapai. Tapi Issac tidak menjawab. Malah tidak dipandang Faryal langsung.
Faryal menahan gelak dan turut bangkit dari duduknya setelah meletak mug diatas meja. Dia berdiri didepan Issac. Gelak sakan dia dalam hati melihat muka monyok suaminya itu. Aduhai cik abangku ni. Merajuk kalah betul budak tadika.
Meen gurau sajalah abang. Kalau abang nak tahu si pemberi ni abang ipar abang juga.” Akhirnya Faryal memberi jawapan yang sebenar.
Faryal senyum lebar bila mata hijau suaminya melihatnya kembali. “Yang mana? Abang Zan?” Soal Issac bertalu-talu.
Tak yang ini mulut lagi manis dari abang Zan dan buaya paling terbesar di dunia” Faryal menjelaskan dengan mendepa tangannya bila dia mengatakan perkataan ‘terbesar’. Perlahan-lahan bibir Issac kembali menguntum senyuman bila sudah tahu siapa pemberinya.
Dah tak merajuklah ni.” Jari telunjuknya menunding tepat ke muka Issac.
Tak main okay rajuk-rajuk ni.” Dalih Issac tidak mahu mengaku.
Terburai gelak tawanya Faryal dengan penipuan suaminya itu. “Habis tu abang nak pergi tu. Muka pula cemberut habis. Bukan merajuk namanya tu?” Usik Faryal sakan. Sekarang giliran dia pula kenakan suaminya itu.
Abang bukan nak pergi tinggalkan bilik tapi abang nak luruskan kaki ni hah. Dari tadi abang duduk dekat kerusi. Muka abang cemberut pula bukan merajuk tapi tengah fikir siapa si pemberi misteri tu. Sayang saja terlebih fikir.” Bohong Issac sekali lagi.
Mata dikerling Faryal. “Iyalah tu.” Dicubit pipinya Issac yang tidak setembamnya.
Mana hadiah kahwin yang abang janjikan tu?” Faryal tidak lupa dengan topik perbualan mereka tadi.
Hidung Kira dicuitnya membuat isterinya itu menayang muka comelnya. “Tak sabar betul. Duduk sini diam-diam lepas tu tutup mata.” Ditunding sofa yang terdapat didalam bilik tidur mereka. Pintu balkoni ditutup rapat oleh Issac.
Tutup mata?” Soal Faryal ragu-ragu dengan permintaan Issac.
Suaminya yang sedang berdiri didepannya angguk. “Nak hadiah tak?” Hadiah punya fasal Faryal akur dengan permintaan suaminya itu. Mata dipejam rapat.
Setelah memastikan Faryal tidak mengintip Issac menuju ke meja kerjanya dihujung bilik itu. Sekali-sekala dia pusing ke belakang bagi memastikan Faryal tidak mengintip.

 “Jangan buka. Abang cakap boleh buka baru buka.” Pesannya acap kali bila melihat mata Faryal bergerak gatal mahu melihat.
Iya. Cepatlah abang, kenapa lama sangat tu?” Semakin tidak sabar dia menanti apa yang akan dihadiahkan Issac padanya. Pasti sesuatu yang berkait dengan kunci pemberiannya itu.
Tutup mata tu.” Ujar Issac bila melihat Faryal mahu membuka matanya. Dia membuka laci yang dikunci dan dikeluarkan sebuah kotak dari dalamnya. Dia menapak kembali ke sofa bersams kotak berukiran kayu didalam genggamannya.
Faryal dapat merasa ruang disisinya terisi bila sofa menurun be bawah. Dia yakin Issac berada disebelahnya.
Bawa tangan sayang ke mari. Abang nak ambil kunci tu.” 

Faryal menghulur tangannya kepada Issac yang mengeluarkan kunci yang tergantung itu dari gelang tangan isterinya yang sarat.
Okay buka mata.” 

Mata yang dipejam tadi dibuka Faryal perlahan-lahan. Satu mata dahulu baru sebelahnya. Tercerlung matanya Faryal melihat apa yang dipegang Issac.
Cantiknya kotak ni bang.” Tangannya mengusap permukaan kotak itu. Sungguh cantik sekali ukirannya.
Issac menghulur kotak itu kepada Faryal yang masih teruja dengan kecantikan kotak pemeberian Eddy, papanya. 

“Dalam kotak ni ada segala-galanya tentang abang. It’s my own Pandora box. Semua tentang kehidupan abang ada disini. Kotak ini ibarat hati abang dimana tersirat pelbagai perasaan dan kenangan, baik yang manis atau yang buruk.” Jelas Issac dan disua kunci kecil itu kepaa Faryal.
Jadi abang nak Meen simpan kotak ni untuk abang?”
Issac angguk. “Abang nak sayang tahu bahawa abang percayakan sayang dengan hati abang ini. I trust you with my past, present and future. I want you to do the same too. Percayakan abang.” Pinta Issac dengan merenung dalam mata Faryal. Dia senyum bila Faryal setuju.
Boleh Meen buka kotak ni?” Faryal minta kebenaran. Melihat anggukan Issac Faryal menarik nafas yang dalam dan dengan Bismillah dia memasuki kunci itu ke dalam lubang yang terdapat dikotak itu.
Dia memandang Issac disebelah sekilas sebelum membuka tutup kotak kayu itu. Berkerut dahinya bila melihat satu kain putih sebaik saja dia membukanya. Dicapai kain itu dan terlopong dia bila melihat sulaman huruf F dan S disatu sudut kain itu. Terhenti nafasnya bila sudah dapat meneka apa benda yang sedang dipegangnya..
Dipandang Issac yang hanya tersenyum dari tadi. “Ini bukan sapu tangan Meen ke? Mana abang…” Mati terus kata-kata Faryal bila dia kembali mengingati masa lalunya. Sapu tangan miliknya. Lelaki yang duduk seorang diri dibelakang pokok yang rendang.
Faryal menekup mulutnya. Mata tidak pejam memandang Issac. “Astarghfirullah. Abang budak lelaki yang…”
Budak lelaki yang Meen panggil Danish bread.” Issac menyambung kata-kata isterinya itu.
Mata Faryal kembali pandang sapu tangan didalam genggamannya. Masih tidak percaya lelaki muda itu adalah suaminya sendiri. Lelaki muda yang dia kongsi tentang masalahnya dengan Khaleed. Sungguh kecil sekali dunia ini.
Jadi selama ini abang…”
Issac angguk. Pipi Faryal dielus lembut. “Abang tahu siapa sayang. Kalau sayang nak tahu. Sejak hari itu abang sentiasa teringatkan Meen dan sapu tangan inilah yang menjadi pengubat rindu abang. Pembakar semangat abang.”
Dia masih ingat siang dan malam, ke mana saja dia pergi sapu tangan itu akan sentiasa berada samanya. Bila mengingati perbualan dia dan Faryal, dia akan gelak dan senyum sendiri. Tidak sangka budak perempuan itulah yang membuat dia ketawa dihari yang penuh duka.
Abang suka dekat Meen pada pandang pertama macam tu?” Faryal kurang yakin dengan penjelasan Issac.
Love at first sight.” Balas Issac dengan penuh bangga.
Faryal meletak sapu tangan itu kembali ke dalam kotak. Tangannya kembali memeriksa apa lagi yang terdapat di dalam kotak itu. Tangannya mencapai sebuah kotak kecil dan disua kepada Issac.
Ini?”
Kotak itu diambil Issac dan dibuka tutupnya. Terserlah loket berbentuk bunga orkid berwarna emas. Tercengang Faryal melihat kecantikan rantai leher itu. Issac keluarkan rantai leher itu dari kotaknya.
Ini milik arwah nenek. Nenek beri pada abang sebelum beliau meninggal. Dia pesan pada abang supaya beri ini kepada isteri abang. Sini abang pakaikan.” 

Faryal pusing membelakangi Issac. Rambutnya diselak ke tepi. Dia dapat merasa kesejukan bunga orkid itu bila dipakaikan oleh Issac.
Cantik.” Ditunduk mengamati rantai leher itu.
Lagi cantik bila sayang yang pakai.”

 Puji Issac turut memegang rantai leher berbunga orkid itu. Teringat dia masa dahulu dimana rantai leher itu akan sentiasa tergantung dileher neneknya. Rindu benar dia dengan neneknya itu.
Ini gambar keluarga abang ke?” Lamunan Issac mati dan dia memandang sekeping gambar yang dipegang Faryal.
Dicapai gambar itu dan dipandanganya. Gambar dia bersama seluruh keluarganya. “Ini gambar terakhir keluarga abang sebelum mama meninggal.” 

Faryal menyandar tubuhnya ke belakang mendekati Issac bila dia dapat melihat perubahan riak wajah suaminya itu. Issac memaut tubuhnya Faryal. Mereka berdua mengamati sekeping gambar itu. Satu-satunya kenangan yang tertinggal untuk Issac pada kedua ibu bapanya.
You have her lips and nose. Your eyes look like your father. Tapi mata hazel abang?” Soal Faryal merenung sepasang mata hijau lelaki itu.
Arwah nenek. Her eyes are same shade as mine. Papa punya gelap sikit.” Jelas Issac. Itu satu-satunya yang dia dapat oleh arwah neneknya. Sepasang mata berwarna hazel.
Mata yang buat Meen tertarik.” Ucap Faryal membuat Issac senyum. Memang benar. Semasa di Resort Island, sepasang mata hazel itulah yang menarik perhatiannya sehingga sekarang. Issac mengucup pipinya Faryal.
Faryal meletak gambar itu bersama sapu tangan. Dia mengeluarkan satu sampul surat coklat. “Surat apa ni abang?” Soalnya sambil mengeluarkan isi kandungan sampul surat itu.
Membulat besar matanya Kira melihat dirinya didalam setiap kepingan gambar yang dikeluarkannya itu. 

“Gambar Meen? Mana abang dapat?” Dibelek dari satu ke satu kepingan gambar itu. Tidak percaya setiap aksinya ditangkap secara rahsia.
Dia mendengar keluhan melepasi bibirnya Issac. “Abang upah orang intip Meen. Dulu abang rasa dendam terhadap Meen sekeluarga atas apa yang terjadi. Tetapi bila mama datang jumpa abang, semua berubah. Sasaran abang bukan lagi seluruh keluarga sayang tetapi pada Khaleed saja.”
Ini yang dia takut. Kalau Faryal dapat tahu yang satu masa dahulu dia dendam terhadap keluarga isterinya itu pasti Faryal tidak dapat menerimanya. Dia takut kehilangan satu-satunya orang yang dia sayang dan cintai.
Faryal pusing melihat Issac menunduk kepala, bersalah dengan masa silamnya. Dagu suaminya itu ditarik supaya memandangnya. “Meen tak salahkan abang. You did all of this because of anger and I understand.
Issac lega mendengar kata-kata itu. Tapi dia masih rasa dia tidak layak untuk menerima kata maaf dari isterinya. Kalau Lutfiyah tidak berjumpa dengannya pasti dia telah menghancurkan keluarga Faryal. Isterinya sendiri.
Abang nak Meen sekeluarga rasa sakit yang abang rasakan. Rasa kehilangan, kekosongan dan keperitan dihati abang. Tapi Tuhan ada rancangan lain untuk abang. Dia membuat abang jadi pelindung kepada orang yang telah mencuri hati abang. Pelindung Meen.”
Tangan Faryal yang mencuit dagunya dicapai dan dibawa ke bibir. Faryal mengusap kepalanya Issac. Simpati dia terhadap lelaki itu kerana terpaksa melalui itu semua. 

“Kasihan abang terpaksa lalui semua itu. Ini semua kerana papa.” Semakin kemnuncak rasa dendamnya terhadap Khaleed.
Melihat betapa sakit dan sedihnya suaminya kini. Dia rasa sayu kerana suaminya telah melalui kehilangan dan merasa kesengsaraan sejak kecil lagi. Ini semua kerana lelaki yang dia panggil papa.
Faryal mengangkat kepalanya bila Issac bersuara. “Abang tak perlukan rasa kasihan sayang tetapi abang hanya perlukan cinta, kasih sayang dan kepercayaan Meen. I love you and I need you.” Ditarik Faryal ke dalam pelukannya erat.
Ini yang mereka dua perlukan. Cinta, kasih sayang dan paling penting sekali percayaan untuk mengharungi apa saja dugaan yang akan datang melanda.



6 comments:

  1. uish either telinga yg dgr tu nek wan's or ade org lain yg nyorok dgr ...hehe pompuan tu sah2 ahdia...such a spoiled brat...heh nk disguise jd nurse ke ape le tu...hmm kejam sungguh..ayal n issac,korg ni buat org diabetes lh!!! hihi good job kak^^

    ReplyDelete
  2. Sy hari2 terjenguk blog ni, kalau2 ada n3 baru. Berdebar2 nak tahu kisah selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..ampun beribu-ribu ampun sbb terpaksa menunggu..Mai dah upload...dan Mai akan upload lagi esok dan lusa..Enjoy!:B

      Delete