Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B
Bab 82
Bab 82
Faryal
melihat lelaki bernama Joe itu menyeret tubuh Khaleed ke tiang dimana
Lutfiyah diikat. Matanya melihat Lutfiyah yang terkejut dengan apa
yang sedang berlaku. Mata mamanya kini fokus kepada kelibat didepan
mereka. Wanita yang berseluar jeans ketat dan baju sendat bersama
jaket diluarnya.
“Apa
ini semua kak Irah? Apa yang kak Irah lakukan ni?” Soal Lutfiyah
pada Aairah yang tidak seperti selalu dilihatnya. Hilang terus baju
kurung yang dipakai selalu. Hilang terus muka yang sopan. Hilang
terus wanita bernama Aairah yang dikenalinya. Orang didepannya kini
bukan seperti kembar yang dia kenali.
Baru
saja Aairah mahu menjawab, Faryal terlebih dahulu memintas.
“Pembelot. Dia yang beritahu semua rancangan kita kepada papa.
Mungkin dia juga yang beritahu papa tentang keberadaan mama.” Suara
Faryal. Dikepalanya mengingati perbualannya bersama Rohan.
“Puan
Aairah beberapa bulan ini telah menajlinkan hubungan dengan tuan
Khaleed secara senyap. Dia telah berjumpa beberapa kali dengan
Khaleed bukan sahaja dirumah beliau tetapi dihotel juga.”
Aairah
senyum lebar pada Faryal. Digosok kepala Faryal. “Pandai anak
saudara aku yang satu ni. Lebih pandai dan berani dari kau Fiyah.”
Lutfiyah
masih tidak dapat percaya dengan apa yang sedang berlaku. “Ke…Kenapa
kak Irah buat macam begini? Fiyahkan adik akak.”
Faryal
memandang kelibat Aairah berjalan menuju Lutfiyah. Dilirik Khaleed
yang sudah tidak bermaya diikat sebelah mamanya. Terimbas kembali
kata-kata Rohan.
“Saya
buat penyelidikkan dan dapati Aairah telah merancang semuanya sebelum
kemalangan itu. Dia telah mengarah Joe untuk memberitahu Khaleed
tentang Puan Lutfiyah dan rancangan mereka. Dia melakukan ini kerana
dendam.”
“Memang
kau adik aku. Kembar aku. Tetapi keluarga yang membesarkan kau adalah
penyebabnya. Untuk pengetahuan kau, ini semua adalah rancangan aku
untuk jatuhkan kau sekeluarga.”
“Tapi
kenapa?”
“Sebab
dendam.”
“Ini
semua kerana papa kau yang tak guna tu. Kebakaran yang membunuh mama
aku itu disebabkan oleh papa kau yang jahat macam setan tu!”
Tidak
akan sama sekali dia lupa setiap detik yang berlaku. Dua minggu
sebelum kejadian yang meragut nyawa mamanya, mereka sekeluarga
menerima kunjungan dari seorang lelaki yang mengenalkan dirinya
sebagai Mazwan Saad.
“Maafkan
saya tuan, sukar untuk saya lepaskan Irah kepada Tuan. Walaupun kami
orang yang biasa saja, hidup kami Alhamdulillah cukup sempurna. Kami
tak perlukan wang ringgit tuan dan tuan jangan risau. Saya sekeluarga
tidak akan meminta apa-apa pada tuan walaupun Irah dan Lutfiyah itu
sepasang kembar yang dijaga oleh dua keluarga yang berbeza.”
“Kalau
begitu saya saya mahu awak bawa keluarga awak jauh dari sini. Saya
tak mahu mereka bertembung sama sendiri. Saya lebih rela mereka tidak
mengenali satu sama lain dari awak sekeluarga satu hari datang
meminta pada saya.”
“Maaf
tuan tapi itu tidak akan mungkin terjadi. Disinilah tempat kelahiran
kami dan disinilah akan kami mulakan hidup yang baru bersama anak
kami. Tuan boleh percayakan saya. Saya akan pastikan mereka tidak
akan berjumpa dan kami tidak akan sesekali meminta pada tuan.”
“Saya
pegang kata-kata awak itu. Ini kad saya. Kalau awak tukar fikiran
telefon saya. Tetapi kalau mereka berjumpa juga, awak akan tahu
akibatnya.”
Apa
yang ayahnya tidak tahu adalah dia telah mendengar setiap butir
perbualan mereka. Sungguh dia tidak sangka bahawa dia mempunyai
seorang adik kembar. Dia benar-benar teruja sekali. Dia teringin
sangat berjumpa dengan Lutfiyah.
Secara
senyap dia mencatit nombor dan alamat pejabat yang tertera dikad nama
yang diberi Tok Wan. Dia sanggup memonteng sekolah hanya untuk ke
Ivic International. Pada mulanya dia hanya menanti dengan setia
diluar pejabat itu. Sehinggalah dia terserempak dengan seorang
perempuan yang muka persis sama dengannya sedang bermain dengan air
pancutan yang terdapat disitu. Dia memandang saja perempuan itu. Dia
yakin perempuan itu bernama Lutfiyah.
Seperti
merasa kehadirannya, Lutfiyah turut mengangkat wajahnya dan buat
pertama kali mereka memandang antara satu sama lain. Mata Lutfiyah
bulat memandangnya tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Tetapi
mata mereka bertembung hanya buat seketika sehingga lelaki yang
datang ke rumahnya mendapatkan adiknya itu. Dia melihat Lutfiyah
berkata sesuatu pada lelaki itu dan menunjuk ke arahnya. Lelaki itu
berpaling dan pada saat mata mereka bertembung, Aairah yakin dia
hanya dapat melihat api kemarahan.
Dia
melihat Tok Wan membawa Lutfiyah pergi tanpa menghiraukannya.
Sehingga sekarang dia masih teringat renungan mata itu. Renungan yang
memberitahunya bahawa mereka sekeluarga akan menerima akibatnya.
Dia
senang hati dapat melihat Lutfiyah adiknya itu tetapi pada masa yang
sama dia rasa cemburu juga dengan adiknya itu. Lutfiyah dijaga oleh
sebuah keluarga yang berada sementara dia hanya sebuah keluarga yang
biasa-biasa saja.
“Ja…Jadi
kak Irah perempuan yang Fiyah lihat dekat pancutan air tu?” Soal
Lutfiyah mengingati perempuan berpakaian sekolah yang dilihatnya.
“Habis
kau ingat siapa? Hantu? Hari-hari lepas sekolah aku akan ke sana
untuk mecari kau tapi tak jumpa.”
Memang
dia ingat hantu. Itupun sebab Tok Wan yang beritahunya kalau dia
datang lagi ke air pancutan itu, hantu yang mirip dengannya akan
makannya hidup-hidup. Dia masih budak mentah ketika itu, termakan
dengan cerita yang tidak masuk akal langsung.
“Kalau
aku tahu perbuatan aku itu mengorbankan nyawa mama aku, tak akan aku
cari kau seumur hidup aku.”
Ayahnya
seperti biasa pulang ke kerja selepas makan tengah hari dirumah.
Selalunya ayahya akan menunggu dia pulang sebelum pergi tetapi tidak
pada hari itu. Ada kerja penting yang harus dilakukan dipejabat
katanya. Dia pula selalunya pulang terus dari sekolah tetapi kerana
pada hari jadi mamanya sehari sebelumnya dia tidak dapat memberi
hadiah, dia telah bergegas ke satu-satunya kedai bunga yang terdapat
dengan sekolah dan dengan duit simpanannya dia membeli sekuntum ros
merah sebagai hadiah.
Dia
tidak sabar mahu memberi hadiah itu kepada mamanya. Orang yang dia
sayang. Sebaik saja dia turun dari bas dengan kuntum ros ditangan,
langkahnya terus terhenti dengan apa yang dilihatnya. Kepulan asap
dan orang ramai berkumpul didepan rumahnya. Dia menjadi panik dan
perkara pertama yang terlintas difikirannya adalah kedua orang
tuanya. Dia berlari menuju ke arah orang ramai. Memanggil-manggil
kedua orang tuanya.
“Irah!”
Dia berpaling dan mak cik Ani, jirannya mendapatkannya.
“Mama
dan ayah dekat dalam. cik Ani, mama dan ayah.” Dia mahu lari ke
dalam rumahnya tetapi ditarik kembali oleh cik Ani.
“Ikut
cik Ani. Mama kamu baru dibawa ke hospital. Ayah kamu dalam
perjalanan ke sana.” Tanpa lengah dia mengikuti langkah cik Ani
menuju ke kereta suaminya. Tapi belum sempat dia memasuki kereta itu,
dia terserempak dengan riak wajah seseorang didalam kereta berwarna
hitam. Lelaki yang datang ke rumahnya dua minggu lalu. Tok Wan.
“Tetapi
kalau mereka berjumpa juga, awak akan tahu akibatnya.”
Kata-kata
lelaki itu bermain berulang kali diotak fikirannya. Inikah akibatnya
yang dikatakan lelaki bernama Mazwan itu? Kerana dia mamanya ada
dihospital sekarang. Kerana dia!
Aairah
merenung tajam Lutfiyah dengan mata yang berair. “Kau tahu itu kali
terakhir aku jumpa dengan mama aku? Kau nak tahu apa dia cakap dekat
aku buat terakhir kali sebelum dia menghembus nafas terakhirnya?”
Lutfiyah
hanya diam, perasaan simpati mula menular dihatinya untuk Aairah.
Faryal dibelakang sudah melihat riak muka mamanya mula menunjukkan
kelembutan dihatinya. Tetapi Aairah tidak menghirau apa yang
dilihatnya juga.
“Mazwan!
Bapak kau yang membunuh dia!” Jerit Aairah kuat tetapi Lutfiyah
tidak tersentap langsung.
Aairah
menyatukan kedua-dua bahagian itu menjadi satu. Lelaki yang dia
nampak semasa dia dalam perjalanan ke hospital dan juga nama yang
keluar dari mulut mamanya buat terakhir kali. Lelaki yang bernama
Mazwan adalah pembunuhnya.
Bila
dia beritahu ayahnya mengenai ini. Ayahnya tidak terkejut. Malah
ayahnya memberitahu bahawa mereka akan pergi jauh dari situ. Dia tahu
ini pasti kerana Mazwan. Ayahnya takut Mazwan akan melakukan lebih
teruk daripada itu.
“Aku
pindah dari satu tempat ke satu. Hidup aku macam orang pelarian.
Tiada tempat yang tetap. Tiada kawan yang setia. Semua berubah
sebelum aku dapat ambil nafas seterusnya.” Tangan disisi dikepal.
Joe yang berada dihujung bilik itu hanya melihat wanita yang
dikenalinya selama ini membuka sejarah hitamnya.
Dia
benci dengan kehidupannya itu. Baru sahaja dia mahu menyesuaikan
diri, ayahnya akan membawa dia pergi ke tempat lain. Bila dia tidak
setuju, ayahnya akan memaksanya juga. Sehinggalah ayahnya jatuh
sakit, mereka akhirnya berteduh dirumah peninggalan abang ayahnya.
Disitu dia menjaga ayahnya, mengganti tempat mamanya yang sudah
tiada. Apa yang papanya tidak tahu semakin hari, semakin mendalam
dendamnya terhadap Mazwan sekeluarga.
Secara
senyap dia akan mengikuti perkembangan mereka. Sehinggalah dia sudah
dewasa untuk berdiri dikedua belah kakinya sendiri. Dia mengunjungi
tanah perkuburan mamanya setelah lapan tahun hidup merantau. Di tanah
perkuburan mamanya itulah telah dia mengatakan janji dengan dirinya
sendiri.
“Kerana
mama aku berjanji akan menghancurkan keluarga lelaki bernama Mazwan.
Aku akan ambil segala-galanya yang berharga darinya sepertimana dia
lakukan kepada ayah dan aku. Aku janji.”
Kata-kata
akhir ditanah perkuburan mamanya itu adalah satu tujuan untuk dia
meneruskan kehidupannya.
**
“Sekarang
kita ada disini. Kau terikat tidak berdaya dan aku berdiri disini
bermaharajalela. Tapi dendam aku belum terbalas.” Ujar Aairah dan
menuju ke tingkap dibelakang Joe. Dia melihat diluar, ada beberapa
orang upahan Khaleed sedang berjaga seperti yang diarah. Orang
Khaleed yang telah ubah menjadi orangnya.
“Jadi
semua yang kak Irah ceritakan selama ini adalah satu pembohongan?
Tapi Fiyahkan adik kak Irah.”
Aairah
berpaling dengan mendadak dengan kata-kata Lutfiyah itu. “Pergi
jahanam dengan kau adik aku. Aku tak kisah semua itu lagi. Apa aku
kisah adalah mendapat keadilan demi orang tua aku. Mama aku yang
tidak bersalah dan ayah aku yang terpaksa kehilangan orang yang dia
sayang.”
Faryal
melihat seorang lelaki menuju ke Joe dengan botol air ditangan. Joe
mengambilnya dan disiramnya pada Khaleed yang masih tidak sedarkan
diri.
Uhuk!
Uhuk!
Khaleed
terbatuk-batuk bila mukanya tiba-tiba basah disimbah air. Kepala
digeleng berkali-kali dan dia tercungap-cungap. Joe pula ketawa
sakan. Faryal melarikan matanya dari Khaleed kepada Aairah yang
sedang berjalan kembali pada Lutfiyah yang sedang melihat suaminya
disebelah.
Aairah
menurunkan badannya sehingga mukanya hampir dengan Lutfiyah. “Kau
nampak lelaki tak guna kau tu?” Ditunding pada Khaleed sebelum
menegakkan badannya kembali.
“Kalau
kau nak tahu aku gunakan dia dari mula lagi.” Jelas Aairah menarik
perhatian Khaleed.
Dia
masih ingat pertama kali dia berjumpa dengan lelaki itu dikelab
malam. Khaleed terpempan melihatnya. Apatah tidak ia seperti melihat
Lutfiyah tetapi dengan pakaian dan solekan yang tebal saja.
“Suami
kau ni senang sangat terpedaya. Dengan lenggok badan saja dia jatuh
ke dalam tangan aku. Apa yang kelakar sekali dia percaya bila aku
beri alasan yang dalam dunia ni kita ada tujuh orang yang muka
mirip dengan kita. Kasihan kau Fiyah dapat suami dungu macam dia.”
Aairah yang sudah berdiri disebelah Joe ketawa sinis.
“Setan
kau! Selama ini kau semua permainkan aku? Kau Joe, selama ini kau
bekerja bersama dia?” Khaleed menendang-nendang ke arah Aairah.
Tetapi sebelum Khaleed dapat melakukannya Joe melingkar tangannya
dipinggang Aairah dan menendang kuat kedua belah kakinya Khaleed.
Aairah
senyum sinis. Dia merehatkan lengannya dibahu lelaki itu. “Upah dia
lebih berbaloi dari apa yang kau beri pada aku. Betul tak baby?”
“Ofcourse
baby. Afterall, she’s mine before you came along.”
Faryal melihat lubang hidung Khaleed besar kecil sambil merenung
Aairah yang sedang mengusap manja pipnya Joe.
Tertanya-tanya
juga Faryal kalau papanya itu ada apa-apa perasaan terhadap Aairah
atau papanya menganggap Aairah sama seperti perempuan simpanannya
yang lain. Dicari bila hanya diperlukan. Jika tidak diketepikan.
Joe
melepaskan pelukannya terhadap Aairah kerana dia tahu wanita itu
belum selesai menceritakan apa yang tersimpan selama ini. “Kau nak
tahu apa rancangan yang paling aku banggakan sekali selama ini?”
Tiga pasang mata mengikuti setiap langkah Aairah.
Aairah
mencuit dagu Lutfiyah. “Skandal kau dengan Danial di Paris.”
Berkerut seribu tiga beranak yang terikat.
Aairah
ketawa sendiri. Kedua belah tapak tangannya disatukan didadanya. “Oh!
That was the most unforgettable.
Sebenarnya aku mahu mengguna orang upahan aku untuk melakukan kerja
itu, tetapi bekas teman lelaki kau si Danial jatuh dari langit. He
was perfect for the plan.
Bekas kekasih menjalin hubungan di Paris. Touching.”
Dia menayang muka terharunya sebelum melabuh duduk dikerusi.
Rancangan
pertama yang berjalan dengan baik sekali. Asalnya, orang suruhannya
yang sepatutnya menjadi skandal Lutfiyah tetapi semuanya berubah bila
Danial muncul dalam rancangannya itu. Tanpa lengah dia terus mengguna
tiket emas didepan mata. Semasa Danial dan Lutfiyah berjumpa untuk
makan malam, tanpa mereka sedari air yang diminum mereka telah dia
letak ubat tidur. Mereka dibawa pemandu teksi pulang tetapi pemandu
teksi itu adalah orangnya juga. Teksi yang membawa Danial menghantar
lelaki yang sudah lena itu ke hotelnya Lutfiyah dan disitulah mulanya
sejarah hitam bagi keluarga Lutfiyah.
Usai
selesai, dihantar kembali Danial ke hotelnya dan mereka berdua tidak
mengesyaki apa-apa sehingga mendapat gambar yang dikirimnya.
Lutfiyah
yang tercengang tidak percaya kakaknya itu sanggup melakukan itu
bersuara. “Kak…Kak Irah yang rancang itu semua? Kenapa? Apa salah
Fiyah kepada kak Irah? Kak Irah tahu tak kerana apa yang kak Irah
lakukan, Khaleed tidak percaya yang Ayal adalah darah dagingnya? Kak
Irah tak kasihan pada Ayal ke?” Rintih Lutfiyah bertalu-talu. Air
mata yang berhenti tadi mula mengumpul ditubir mata.
Hatinya
mula retak dengan pengakuan kakak kandungnya itu. Sanggup Aairah
lakukan sedemikian kepadanya. Darah dagingnya sendiri. Aairah
mengensot badannya ke hujung kerusi. Direnung Lutfiyah dengan
sepasang mata yang penuh dendam. Dicengkam muka Lutfiyah kasar supaya
memandangnya.
“Memang
aku tak kasihan. Ada kau sekeluarga kasihan dengan apa yang aku
sekeluarga harus harungi? Ada? Tak ada. Jadi mengapa pula aku harus
kasihankan kau? Lagipun aku mahu kau semua rasa apa yang aku rasa.
Tapi itu hanya permulaan rancangan aku. Rancangan aku hampir goyah
bila Eddy masuk campur.” Dilepaskan mukanya Lutfiyah. Bila
mengingati Eddy yang mahu berjumpa dengan Khaleed.
“Jadi
aunty
yang bunuh papa Izzat?” Faryal bertanya. Selama ini dia menyangka
Khaleed yang melakukannya. Aairah melirik sekilas pada Faryal sebelum
memandang Khaleed yang hanya merenungnya dari tadi.
“Bukan
aku, tapi papa kau sendiri. Aku hanya lihat dari tepi. Dengan hasutan
Joe, papa kau pun mengikut saja rancangan untuk menyingkir lelaki
itu. Kasihan Eddy terpaksa sengsara didetik-detik akhirnya. Untuk
pengetahuan kau bab beri ubat-ubatan tu adalah idea
bernas papa kau. Tapi aku kagum dengan dia sebab bertahan demi
anaknya. Anak lelaki yang benci dengannya. Akhirnya dia tewas juga.”
Sungguh
dia tidak sangka Eddy akan sengsara sebegitu. Itupun semua buah
dikirannya Khaleed. Dia hanya berdiri dan lihat. Dia mahu menolong
tetapi memikirkan impaknya kalau rahsia Khaleed terbongkar,
rancanngannya turut akan terjejas.
“Still,
skandal Danial dan Fiyah tetap paling aku suka sekali. Betul tak
Khaleed?” Soal Aairah pada Khaleed sebelum menyandar dibelakang
kerusi lantas menyilang kakinya.
“Kurang
ajar kau! Kau fitnah…”
Sebelum
Khaleed dapat selesai apa yang ingin dikatakannya, Aairah memintas
terlebih dahulu. “Aku fitnah Fiyah, aku fitnah Ayal. Teruk juga
Ayal kena marah dengan kau aku dengar. Kasihan anak sedara aku ni.”
Aairah ingin mencuit dagunya Faryal tetapi anak saudaranya itu
menjauhinya terlebih dahulu. Aairah hanya senyum.
“Aunty
tak berhati perut.”
“Perut
aku memang tak ada hatilah bodoh. Sekolah tinggi-tinggi pun bengap.”
Ditonjol kepala Faryal kuat sebelum meletak kaki kananya diatas kaki
kirinya sekali lagi.
Faryal
meliaht Aairah mengetuk dagunya seperti memikir sesuatu. “Apa lagi
eh? Kemalangan kecil dekat pusat beli-belah pun kerja aku juga. Tak
sangka kawan kesayangan kau tu yang kena.”
Aairah
memusing badannya menghadap Faryal. “Kau nak tahu tak papa kau
ingat ada orang lain yang ingin mencederakan kau. Tapi itu kerja aku
sebenarnya. Kelakar bila kau orang ingat sasaran aku adalah
Geraldine.” Aairah gelak sekali lagi.
“Kemalangan
Nek Wan? Aunty
yang rancangkan? Aunty
pun beri ubat tidur kepada Nek Wan selama dia dekat hospitalkan?”
Soal Faryal tegas.
“Nenek
kesayangan kau bilang ke? Pandaikan aku fikir tentang itu semua?
Macam mana dia? Sihat? Aku dengar dia dah bangun dah dari tidur dia.
Syukur Alhamdulillah.” Kedua tapak tangannya diangkat seperti
membaca doa.
Lutfiyah
sudah tidak tahan dengan semua yang didengarinya. Hatianya sudah
retak seribu dengan pengakuan Aairah itu. Tidak sangka kakak
kembarnya itu seorang yang tidak berhati perut. Sanggup melakukan
perbuatan keji itu semua terhadap mereka sekeluarga.
“Kak
Irah jahat! Selama ini Fiyah dan mama tak tahu pun tentang kewujudan
kak Irah. Kalau kami tahu kami tak akan sekali abaikan kak Irah.”
Mereka
semua tidak tahu menahu tentang apa yang dilakaukan Tok Wan terhadap
keluarga Aairah. Lutfiyah yakin kalau Nek Wan tahu tentang kewujudan
Aairah, mamanya itu tidak akan benarkan ini semua berlaku. Tidak
akan.
“Itu
semua sudah terlambat. Sekarang tak ada gunanya kau nak buat baik
dengan aku. Kau tak akan dapat bayar balik semua yang aku hilang.
Mama aku, ayah aku dan juga kebahagiaan keluarga aku. Tak akan
dapat!” Jerkah Aairah dengan penuh amarah.
“Sekarang
apa yang aunty
nak dari kita? Aunty
dah hancurkan keluarga kita. Apa lagi yang aunty
nak?”
“Lepaskan
kita Irah! Lepas!” Khaleed mula meronta-ronta disebelah Lutfiyah.
Aairah
bangkit dari duduknya. “Aku teringin sangat mahu melepaskan kau
semua, tapi maaf aku dah buat keputusan. Aku nak kematian mama kau
menjadi kenyataan.” Ujarnya sebelum melirik pada Joe.
“Joe,
mereka dah buat apa yang aku suruh?”
Joe
angguk. “Sudah. Sekeliling rumah sudah disiram. Sekarang giliran
you pula.”
Faryal
melihat botol hitam disua kepada Aairah yang mengambilnya dengan
senyuman herot dibibir lantas membuka tutupnya.
“Apa
kau nak buat hah?” Soal Khaleed panik. Dia sudah dapat tebak apa
yang berada dalam botol hitam itu.
“Aku
nak lakukan sepertimana papa…” Disiram sedikit disekeliling
Lutfiyah. Faryal mula tidak senang duduk bila sudah menghidu isi
botol itu.
“Bapa
mertua…” Disiram Khaleed pula. Kali ini lebih banyak dari
Lutfiyah. Khaleed sudah tidak tentu arah bila minyak sudah terkena
baju dan seluar yang dipakainya.
Faryal
melihat Aairah menuju ke arahnya pula. “Dan Tok Wan kau buat pada
mama aku.” Tangan Faryal dibelakang yang sudah lepas dari ikatannya
ingin saja menyerang tetapi dia harus menunggu masa yang sesuai.
Aairah
menghulur botol itu pada Joe yang menyambung dengan menyiram minyak
disetiap penjuru ruang itu. “Permainan ini bermula dengan api dan
aku akan mengakhirinya dengan api juga. Tetapi sebentar lagi.” Tiga
pasang mata melihat Aairah pergi meninggalkan ruang itu.
Faryal
melepaskan nafas lega tetapi dia tahu dia tidak boleh terlalu tenang.
Dia harus melakukan sesuatu dan pada masa itulah matanya bersatu
dengan sepasang mata yang dikenalinya diluar tingkap.
Gerald.
Dalam
sekelip mata saja sepasang mata itu lesap. Tetapi dia sempat melihat
Gerald meletak jari telunjuk dibibirnya. Faryal memejam matanya
seketika. Dia menggenggam gelang dipergelangan tangannya.
Abang,
tolong cepat.
**
“Gerald.”
Suara Issac sebaik saja telefon melekap ditelinganya.
“Bos,
mereka ada didalam.” Bisik Gerald dihujung talian.
“Mereka
okaykan? Meen? Mama?” Soal Issac bertalu-talu.
“Ada
satu masalah bos.” Hati Issac bagai terhenti. Dia sudah membayang
sesuatu telah berlaku pada mereka.
Baru
saja Issac mahu bertanya, Gerald sudah memberi jawapan. “Yang
ditahan bukan puan Irah tetapi Khaleed.”
“Apa?”
Mereka yang berada didalam kerata bersamanya memandang ke arahnya.
“Saya
mendengar Aairah beritahu bahawa dia adalah dalang disebalik semua
ini. Dia hanya menggunakan Khaleed saja. Dia melakuakan ini kerana
dendam atas apa Tok Wan telah lakukan kepada keluarga angkatnya.
Kebakaran dirumahnya adalah angkara Tok Wan.”
“Apa
status sekarang?”
“Tak
bagus tuan. Mereka mahu membakar tempat ini. Termasuk tuan Khaleed,
puan Lutfiyah dan puan Faryal.”
“Apa?
Pandu cepat.” Arah Issac kepada Glen disebelahnya. Glen akur dan
menekan minyak dan melencun laju kereta itu.
Kening
Issac bertaut. “Awak tahu apa awak harus lakukan. Lagi sepuluh
minit kami sampai.”
“Baik
tuan.” Ucap Gerald dan talian dimatikan.
Issac
menyimpan telefon bimbit ke dalam poketnya. Kepalanya ditunduk
melihat cincin perkahwinan dijari manisnya. Diusapnya cincin itu
lantas memejamkan matanya.
Angel,
hang in there. I’m coming.
BEST 3X.
ReplyDeleteTq!:B
Deletekan dh cakap...since marten punye gambar tu lg..ish menakutkannye plus jijik you know...hubungan si jaws ngan irah ergh..cepat sambung kak!!! hehehe
ReplyDeleteTml 2nd last bab...dan bab akhir is on e 14 feb:B
DeleteKan...kan....kan! Cepat sambung writer.
ReplyDeleteHahaha...esok 9am Mai upload!:B
Delete