Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 2 July 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 35

Bab 35

Mak Limah menghidang minuman petang seperti selalu sejak Khaleed sudah bersara dari dunia bisnes. Kuih seri muka yang baru dibuatnya tadi diletak elok atas meja lantas meminta diri untuk ke belakang.
Limah tolong panggilkan Halim ke mari. Saya nak cakap dengan dia dan awak sekali.” Mak Limah angguk kepala akur dengan arahan Khaleed dan pergi mencari suaminya yang sedang menyiram pokok bunga didepan rumah.

Abang.”
Pak Halim menoleh sekilas sebelum mematikan paip air. Dihampiri isterinya yang sedang menanti dipintu utama. Peluh didahi dikesat.
Khaleed nak jumpa kita.” Maklum Mak Limah sebaik saja Pak Halim berada didepannya. Terhenti kelakuan suaminya yang sedang mengelap peluh muka dan leher.
Wajah Pak Halim berkerut. “Jumpa kita? Kenapa? Anak dara awak gaduh dengan Ahdia lagi ke?” Soal Pak Halim.
Mak Limah menggeleng kepala. Selalunya Khaleed akan meminta mereka berjumpa dengannya mesti sebab Widayah yang bertekak dengan Ahdia. Sudah lali mereka menasihati anak dara mereka itu tetapi masuk telinga kiri keluar telinga kanan saja. Nasihat mereka bak angin yang hanya lalu dipendegaran Widayah.
Marilah.”
Pasangan suami isteri itu beriringan ke belakang rumah tempat Khaleed sentiasa beristi rehat. Hati mereka tidak sedap hati kenapa Khaleed tiba-tiba saja mahu bertemu dengan mereka. Kalau bukan sebab Widayah apa lagi?
Tuan mahu jumpa kami?” Pak Halim berbicara dengan hormat.
Dia tahu statusnya sebagai pekerja dan Khaleed sebagai majikannya. Kalau bersama Lutfiyah, lain sekali. Lutfiyah telah menganggapnya seperti adiknya. Maklumlah. Lutfiyah tua beberapa tahun dari mereka. Tambah lagi, mereka telah lama kenal sejak kecil lagi. Tetapi kalau dengan Khaleed tiada istilah abang adik tetapi majikan dan pekerja.
Hmm…Duduk.” Arah Khaleed. Kakinya disilang sementara tangannya menunjuk sofa didepannya.
Dilihat pasangan suami isteri itu menunduk sebaik saja mengambil tempat diatas sofa. Mata memerhati pasangan didepannya. Sebelum dia berkahwin dengan Lutfiyah dia sudah lihat betapa akrab isterinya itu dengan pasangan suami isteri didepannya sekarang. Dia akur dengan persahabatan antara Lutfiyah dan Mak Limah, dan apabila isterinya mengambil pasangan suami isteri itu bekerja dengan mereka, dia tidak membantah sebab isterinya itulah yang membayar mereka setiap bulan.
Sudah lama dia ingin berbincang dengan mereka mengenai harta peninggalan Lutfiyah yang diberi kepada Pak Halim sekeluarga, hanya dia tunggu masa yang tepat. Masa yang tepat adalah sekarang.
Saya tahu sudah lama kamu berdua bekerja dengan keluarga saya. Malah anak-anak saya sendiri sudah menganggap keluarga kamu sebahagian daripada ahil keluarga kami juga. Saya amat berterima kasih kerana setelah pemergian Fiyah, kamu berdua masih setia dengan keluarga ini.”
Itu tanggungjawab kami tuan. Puan Lutfiyah banyak tolong kami sekeluarga. Kalau tidak kami anak beranak pasti tidak hidup seperti sekarang.” Pak Halim bersuara dengan senyuman nipis. Mak Limah disebelah hanya menunduk kerana rasa tidak enak yang menular dihatinya.
Khaleed mencapai buku disisinya dan dikeluarkan sampul surat yang terselit didalamnya. Khaleed melihat sampul surat itu dalam tangan sebelum meletaknya diatas meja kopi. Perlahan ditolak sampul surat itu ke arah Pak Halim. Mak Limah dan Pak Halim berpandangan sama sendiri tidak faham dengan apa yang sedang dilakukan Khaleed. Pak Halim berpaling memandang majikannya.
Apa ini tuan?”
Khaleed tidak menjawab tetapi menghulur sebuah fail yang turut berada disebelahnya dan dihulurnya kepada Pak Halim. Teragak-agak Pak Halim menyambut. Kerutan didahi pasangan suami isteri itu semakin ketara.
Dalam fail itu ada surat perjanjian penyerahan harta yang telah Fiyah tinggalkan kepada kamu berdua kepada saya. Saya tahu sepuluh peratus yang Fiyah beri pada kamu itu termasuk beberapa sahamnya diluar negara, sebuah rumah dan juga sebidang tanah. Pada saya itu semua tidak layak bagi kamu sekeluarga. Semua penat jerih saya dan Fiyah membangunkan empayar kami senang-lenang kamu perolehi. Jadi…”
Tuan tak perlu risau sebab saya akan tandatangan surat ini dengan rela. Harta kekayaan bukan yang kami impikan dari tuan sekeluarga. Tetapi sebuah pekerjaan yang halal sudah mencukupi buat kami. Kami sedar kedudukan kami dirumah ini dan saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada tuan sekeluarga kerana menerima kami dengan baik.” Pintas Pak Halim sudah faham tujuan Khaleed mahu berjumpa dengan mereka. Tentang bahagian mereka yang diberi Lutfiyah.
Pak Halim membuka fail yang sudah diletaknya atas meja kopi. Sebatang pen diatas meja dicapai lantas menuruni tandatangannya. Ditutup kembali fail itu sebelum menyerahkan kepada Khaleed. Mak Limah disebelah sedaya upaya menahan air mata dari merembes keluar. Sakit hatinya bila dihina oleh suami kawan baiknya itu.
Kalau Lutfiyah ada, pasti Lutfiyah tidak akan sama sekali membiarkan ini berlaku. Dia tahu dan kenal siapa Lutfiyah. Khaleed dan Lutfiyah ibarat langit dan bumi. Lutifiyah tidak akan sama sekali memandang rendah orang lain tetapi tidak Khaleed.
Khaleed melihat sekilas fail didalam tangan. Tersenyum dibuatnya melihat tandatangan Pak Halim. Dipandang pasangan yang sedang berada didepannya. Pak Halim memegang erat tangan Mak Limah sekali-sekala menepuk lembut tangan isterinya itu.
Dalam sampul surat itu ada wang sebanyak seratus ribu. Anggap itu sebagai hadiah saya sekeluarga atas jasa kamu semua selama ini. Saya telah membuat keputusan untuk menhentikan khidmat kamu berdua dirumah ini.” Terlopong Pak Halim dan Mak Limah dengan apa yang baru dikhabari Khaleed.
Hari terakhir kamu bekerja disini adalah dua bulan dari sekarang.”
Pak Halim angguk faham walaupun hatinya remuk hancur. Nafas ditarik sedalam-dalamnya cuba menenangkan dirinya sendiri. Dia tahu perkara ini akan berlaku juga selepas pemergian Lutfiyah. Tetapi dia tidak sangka Khaleed sanggup menginjak-injak harga diri mereka.
Senyuman hambar diukir Pak Halim. “Baik tuan. Saya faham. Lagi sekali saya sekeluarga mahu mengucapkan terima kasih kepada tuan sekeluarga kerana melayani kami dengan baik. Kalau ada salah dan silap kami harap tuan sekeluarga dapat memaafkan kami. Halalkan makan dan minum kami selama ini tuan, dan duit ini tuan simpan saja. Jasa budi baik tuan sekeluarga sudah cukup kepada kami.” Mendatar suara Pak Halim mengucapkan terima kasih kepada majikannya itu.
Mak Limah disebelah pula menunduk. Setitis demi setitis air mata mula mengalir. Kedengaran esakan kecil dari isterinya itu. Pak Halim menggenggam erat tangan isterinya memberi semangat yang diperlukan mereka berdua.
Kalau tak ada apa-apa lagi tuan, kami minta diri dulu.” Khaleed angguk. Sampul surat yang berisi wang diambilnya kembail.
Rugi benar mereka berdua ni. Sudah bagus aku baik hati nak beri wang pampasan tapi tak mahu. Their lost my gain. Dengan jelek Khaleed tutur dalam hati.
Tunggu.” Langkah Pak Halim dan Mak Limah terhenti. Khaleed berdiri dan menghampiri mereka.
Saya mahu perkara ini hanya antara kita bertiga. Tiada sesiapa yang harus tahu tentang perkara ini termasuk anak kamu dan anak-anak saya. Pandai-pandailah kamu berdua memberi alasan kepada mereka atas permergian kamu. Lagi satu, saya izinkan Widayah tinggal disini sebab saya tak mahu anak-anak lelaki saya membuat kecoh nanti.” Mak Limah mengesat air matanya. Pak Halim angguk kepalanya faham.
Saya faham tuan. Terima kasih sebab beri Widayah tinggal disini walaupun dia banyak menyusahkan tuan sekeluarga.”
Hmm…Kamu boleh pergi.”
Khaleed menghantar pemergiaan pasangan suami isteri itu seketika sebelum kembali langkah untuk duduk disofa. Senyuman herot bermain dibibir. Rancangannya berjaya. Sekarang untuk langkah seterusnya. Telefon bimbit dikeluarkan dari kocek seluarnya lantas menelefon nombor yang dicarinya.
Assalammualaikum Tuan Kamil Arsyad…”
**
Tok! Tok!
Masuk!”
Hello! Hello!” Faryal angkat kepala dari fail didepannya. Mata dijuling melihat siapa yang datang.
Hmm…Apa kau nak? Kau tak ada kerja lain ke datang jumpa aku waktu kerja ni?” Soal Faryal sebelum kembali fokus kepada kerjanya tadi.
Kelibat yang baru masuk melabuh duduk didepannya. Kalender yang terletak cantik atas meja dicapai kelibat itu. “Kau ni Meena, aku datang pun kau nak marah-marah. Tak bagus tau marah-marah nanti cepat tua. Tengok tu muka kau pun dah berkedut.”
Faryal jeling Widayah yang sedang membelek-belek kalendernya. Jarang Widayah datang ke Ivic International. Itupun kalau betul-betul tak ada kerjalah.
Bos kesayangan kau tak beri kau kerja ke?” Kalender dirampas dari Widayah membuat kawan baiknya itu muncung sedepa. Tapi sekejap saja lepas itu mulalah tangan menggatal cari benda lain untuk dibelek.
Bos kesayangan aku outstation. Dia beri aku cuti khas hari ini.” Tutur Widayah dengan sahaja.
Faryal menyandar tubuhnya dibelakang kerusi. Pen didalam tangan dipusing-pusing memikirkan sesuatu. “Baik hati bos kau beri kau cuti khas.”
Faryal campak pen didalam tangan ke arah Widayah sebaik saja melihat mimik muka kawan baiknya itu. Senyuman nakal dengan kening yang dijungkit-jungkit. Kerek! Gelak Widayah dibuatnya. Pen yang jatuh diribanya diambil.
Alah. Cuti hari ini saja. Semalam aku kerja. Bila bos aku tu cakap dia beri aku cuti, happy gila aku. Tapi biasalah terus dia burst the bubble. Alasan dia beri cuti sebab mulai minggu depan ada banyak kerja yang harus aku buat.” Faryal pula gelak melihat muncung Widayah. Kelakarlah CEO baru FS Companies.
Macam mana dengan lelaki misteri kau tu? Besok jadi ke?”
Saja Widayah menekan perkataan misteri sebab sampai sekarang Faryal tidak mahu beritahu nama lelaki yang telah menambat hati kawan baiknya itu, dan penting sekali gambar pun tak ada. Apa punya kawan entah.
Faryal angguk mengiakan pertanyaan Widayah. “Mestilah jadi. Kalau tak rugi tau tak pakai baju yang dia belikan untuk aku.”
Sebelum dapat Widayah bercakap lampu interkom bernyala.
Yes kak Viya.”
Hisham ada ni nak jumpa dengan Ayal.”
Okay.” Talian dimatikan. Faryal memberikan kebenaran apabila pintu diketuk. Hisham membolos dirinya ke dalam. Widayah melambai-lambai apabila melihat muka Hisham yang sedang senyum kepadanya.
Mak oi! Berseri-serilah muka abang Sham ni. Ada apa-apa ke?” Hisham menyubit pipi gebu Widayah sambil duduk dikerusi sebelah. Ada-ada saja budak ni tau. Suka sangat kenakan orang.
Widayah menggosok pipinya yang sudah merah. “Sibuk saja nak tahu.” Balas Hisham. Widayah pula menjelir lidahnya.
Hisham menoleh ke arah Faryal yang menggeleng kepala dengan gelagat Widayah. “Nek Wan cakap hari ini kena makan dekat rumah. She’s having guests over.” Belum sempat Faryal menjawab, Widayah sudah memintas terlebih dahulu.
Alah! Baru nak ajak Ayal makan nasi ayam penyet.” Rungut Widayah yang sudah memeluk tubuh. Merajuklah tu.
Nasi ayam penyet saja dia ingat. Nek Wan jemput Wid sekalilah. Kalau tak malu datanglah.” Membulat mata Widayah apabila mendengar Nek Wan menjemputnya sekali. Bestnya! Widayah menepuk-nepuk tangannya berkali-kali. Kesukaan. Macam budak kecil betullah perempuan ni.
Memang tak malulah budak ni.” Dijeling Widayah yang sudah tersengih-sengih macam kerang busuk.
Siapa tetamu Nek Wan?” Soal Faryal ingin tahu.
Kawan lama arwah Tok Wan, dan tak salah abang Sham datuk kepada Izzat Danish bos Wid. Tuan Kamil Arsyad.”
**
Dipandang Widayah yang dari tadi asyik membelek-belek bajunya yang tergantung dan disusun rapi di dalam walk-in closet. Faryal yang sedang merapi tudung dikepala senyum kecil dengan gelagat kawannya itu.
Kau tahu Ayal. Kalau piranha dekat rumah tahu bilik kau tiga kali ganda besar dari bilik dia sekarang. Aku gerenti meroyan sepuluh hari sepuluh malam dia.” Widayah menghampiri Faryal dimeja solek. Mata mereka berlaga melalui cermin yang dipandang Faryal.
Bukan meroyan tapi hentak-hentak kaki sekali sepuluh hari semalam.” Kedua-dua ketawa kuat apabila mengingati perangai Ahdia yang suka menghentak-hentak kakinya bila marah atau menginginkan sesuatu.
Aku dengar yang papa kau datang jumpa dengan kau. Apa dia nak?”
Faryal mengerling sekilas Widayah yang sibuk bermain dengan berus pemerah pipinya. Teringat masa dia bertemu dengan Khaleed. Setiap kelakuan Khaleed rasa aneh pada hari itu. Dia masih tidak percaya bahawa Khaleed ikhlas ingin membuka lembaran baru dengannya. Dia dapat merasa bahawa papanya itu mahu sesuatu darinya. Pening tiba-tiba memikirkan perkara itu. Tambah lagi dia tidak tahu ke mana hilangnya jam tangan pemberian Khaleed kelmarin. Puas dicari seluruh pejabat tetapi tidak jumpa juga.
Nak aku balik Villa Nur, tapi aku tak nak. Beri aku hadiah tapi dah hilang. Ingin peluang kedua aku angguk.”
Berus didalm tangan dihentak diatas meja solek. “Kau setuju?” Soal Widayah sedikit tinggi. Terperangjat babe! Faryal gelak. Kelakar betullah reaksi Widayah ni.
Aku angguk tak semestinya aku setuju. Aku tak cakap pun yang aku setuju.”
Widayah menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Tapi kau angguk kepala apa. Kira kau setujulah.” Ujar Widayah tidak faham dengan kata-kata Faryal. Peninglah aku kalau dia cakap terbelit-belit macam belut.
Aku angguk sebab leher aku sakit.” Gurau Faryal lantas dicuit hidung Widayah sebelum keluar menuju ke bilik tidurnya. Beberapa saat kemudian kedengaran gelak ketawa Widayah yang kuat dari dalam bilik salinnya. Lambatlah budak ni process.
Geli hati Faryal dengan cerita Widayah mengenai Faizan mengenakan Ahdia. Rugi aku tak ada. Nasib baik Widayah menjadi telinga dan matanya di sana. Sedang mereka beriringan menuruni tangga untuk ke bawah, semakin kuat suara berbicara datang dari ruang tamu utama.
Faryal, Widayah mari.” Nek Wan memanggil mereka sebaik saja melihat kelibat dua anak dara itu diatas tangga.
Nek Wan tahu nama akulah.” Bisik Widayah ditelinga Faryal secara sepontan membuat Faryal memukul paha kawannya itu. Faryal dan Widayah menghampiri Nek Wan dengan seorang lelaki yang berumur. Pasti Tuan Kamil Arsyad. Senyuman tidak lekang dari bibir lelaki itu bila melihat Faryal dan Widayah menuju ke arahnya.
Kamil, ini cucu saya Faryal dan ini Widayah anak Halim dan Limah. Faryal, Widayah ini Tuan Kamil Arysad.” Faryal dan Widayah menyalami Tuan Kamil Arsyad setelah diperkenalkan oleh Nek Wan.
Panggil atok saja. Sudah besar kamu berdua. Atok masih ingat dulu bila atok datang sini semasa kamu berdua kecil lagi. Kamu berdua berkeliaran lari dengan pampers saja. Kecoh satu rumah dibuatnya.”
Kedua anak dara didepannya sengih macam kerang busuk apabila masa kecil mereka diceritakan. Semua diruang tamu itu termasuk Hisham, Aviya dan beberapa orang Tuan Kamil Arsyad turut ketawa. Merah muka Faryal dan Widayah. Malu bila semua pasti sudah membayangkan mereka dengan pampers berlari-lari dirumah Nek Wan.
Makan malam sudah siap. Mari kita makan.” Nek Wan menyilakan Tuan Kamil Arysad dan orang-orangnya sekali.
**
Faryal menendang kaki Widayah dibawa meja tetapi kawannya itu hanya menjeling dengan senyuman nakal. Kedengaran tawa galak semua diruang makan itu mengetawakannya ini semua sebab Widayah. Sengal punya kawan.
Adoi! Kamu berdua ni tak kering gusi atok dibuatnya.” Tuan Kamil Arsyad memegang perutnya mendengar cerita dan melihat telatah dua anak muda itu. Ada saja diceritakan mereka.
Padanlah Izzat suka sangat pergi kerja setiap pagi. Rupanya ada setiausaha macam Widayah, satu kaki dengan dia.”
Kembang kuncup Widayah dengan pujian dari datuk bosnya itu. Susah nak dapat pujian dari orang terpengaruh macam Tuan Kamil Arsyad ni. Terjerit Widayah apabila kakinya ditendang kuat dari bawah. Siapa lagi kalau bukan Faryla punya kerja. Dijeling Faryal yang menjungkit keningnya. Saja nak kenakan orang.
Nek Wan dihujung meja makan menggeleng melihat adegan tikaman mata antara dua kawan baik itu. Dari tadi ada saja budak dua ini. Dia tahu kalau Faryal dan Widayah berjumpa memang tunggang-langgang satu rumah. Seperti zaman mereka masih kecil lagi paling menghiburkan dan juga amat memeningkan. Melihat Lutfiyah dan Mak Limah berkejaran satu rumah dan mendengar suara mereka terjerit-jerit memanggil dua anak dara itu sentiasa membuatnya tersenyum. Menghiburkan.
Usai makan malam mereka semua bersantai ditepi kolam. Tempat kegemaran Faryal setiap malam. Kek coklat yang dibuat Faryal semalam dihidangkan kepada semua. Satu potongan lagi diletak atas piring Tuan Kamil Arsyad yang menambah buat kali kedua.
Sedap betul Faryal buat. Nampaknya Wan, siapa jadi suami cucu kamu ni memang untung. Hari-hari makan sedap. Ada calon ke? Kalau tak atok matchmake dengan Izzat.” Tersedak Faryal dibuatnya.
Widayah disebelah menekup mulut menahan gelak sementara tangannya lagi satu menepuk-nepuk belakang Faryal. Kelakarlah minah ni. Baru cakap fasal mahu jodohkan dengan Izzat dah tersedak dan Widayah tahu mengapa.
Tak payah atok. Kawan saya ni dah ada calon sendiri.” Balas Widayah yang disambut jelingan maut dari Faryal. Satu sepit ketam mendarat dipahanya Widayah.
Eee! Itu pun nak bilang. Dilihat Nek Wan dan Tuan Kamil Arsyad sedang memandang ke arahnya.
Ahh…Kira melepaslah atok nak buat Faryal jadi isteri untuk cucu atok ni.”
Alah Mil, kalau jodoh mana tahukan. Tup-tup kita berbesan.” Kata-kata Nek Wan itu disambut tawa Tuan Kamil Arsyad.
Hisham menghampiri Nek Wan, dibisik sesuatu ditelinga tua itu. Nek Wan dengan tenang menghirup teh dalam cawan lantas mengangguk kepalanya. “Mil, tadi kamu beritahu ada perkara mahu dibincang. Mari kita bincang dalam bilik kerja saya.” Tuan Kamil Arsyad angguk kepala setuju. Dia datang ke mari dengan satu agenda yang melibatkan kedua-dua pihak.
Kamu Wid bermalamlah dekat sini. Lagipun hujung minggu bukannya ada kerjakan? Telefon ibu kamu dulu.”
Okay Nek Wan.” Ucap Widayah dengan gembira. Bestnya dapat lepak dengan Faryal. Lama tak buat slumber party!
Nek Wan memerhati kelibat kedua anak dara itu menghilang menuju ke atas sebelum langkah menuju ke bilik kerjanya.
**
Berkerut dahi Nek Wan mendengar perkara yang baru disampaikan oleh Tuan Kamil Arsyad kepadanya. Apalagi kalau bukan sebab Khaleed, menantunya yang lama-lama menjadi hantu.
Wan, tujuan saya beritahu mengenai perkara ini sebab saya tak mahu masuk campur dalam urusan keluarga kamu. Cukuplah Izzat sudah ditarik dalam masalah ini.”
Izzat Danish atau Issac Daimaru?” Soal Nek Wan tiba-tiba. Tuan Kamil Arsyad ketawa kecil. Wanita didepannya itu bukan calang-calang orang. Dapat berfikir dan menangkap sesuatu perkara dengan cepat.
Saya tak tahu apa permainan kamu semua terhadap keluarga saya. Tetapi saya tidak akan membiarkannya. Tentang Khaleed kamu tak perlu risau sebab saya tahu macam mana untuk mengendalikannya.” Ujar Nek Wan tegas.
Tuan Kamil Arsyad menggeleng kepala.“Wanda,Wanda. Kamu sama macam dulu. Degil. Khaleed bukan seperti yang kamu sangkakan. Sekarang kamu fikir dia masalah yang senang kamu tepis begitu saja, tapi kamu salah besar.”
Apa maksud kamu? Saya tak faham.”
Seperti yang saya kata tadi, Khaleed bukan saja menelefon saya tetapi dia juga bertemu dengan saya secara peribadi. Dia minta pertolongan saya untuk meyakinkan cucu saya berkerjasama dengannya. Saya tidak beritahu dia apa keputusan Izzat, hanya saya memberitahunya supaya tunggu dan lihat.” Jelas Tuan Kamil Arsyad dengan tenang.
Semalam Khaleed telah berjumpa dengannya sekali lagi. Dia sudah dapat agak yang Khaleed tidak senang dengan langkahnya Izzat tetapi apa yang tidak disukai lelaki itu adalah cucunya itu bertindak setapak didepannya.
Saya harap Tuan Kamil dapat beritahu Izzat yang dia harus beritahu saya rancangannya terlebih dahulu. Terperanjat saya apabila dapat tahu keputusannya menghantar Dia ke butik Bidadari.”
Bukankah itu salah satu rancangan kamu Khaleed?”
Iya saya memang setuju tetapi belum masanya lagi. Ada beberapa perkara yang saya mahu Dia lakukan di FS terlebih dahulu.”
Jadi sekarang kamu mahu Izzat ambil kembali Ahdia bekerja di FS?”
Bukan begitu. Perkara sudah terjadi tetapi saya masih ragu adakah Izzat setuju dengan kerjasama kami?”
Dia tidak beritahu saya apa-apa kecuali dia cakap supaya tunggu dan lihat. Saya tahu cucu saya bagaimana. Kalau kamu beri dia tawaran yang serasi dengan apa yang dia perlu lakukan, saya yakin dia akan setuju.”
Nek Wan berdiri dari kerusi yang diduduknya sedari tadi. Kepala tongkat digenggam erat. Dia berbelah bagi mahu percayakan siapa. Siapa yang sedang bercakap benar? Dia tahu Khaleed memang tidak boleh dipercayai. Tuan Kamil Arsyad kawan baik arwah suaminya sudah menjadi sebahagian daripada keluarga mereka, tetapi lelaki itu banyak menyimpan rahsia tentang keluarganya.
Khaleed sudah mula mengorak langkah. Apa tujuannya aku tahu hanya satu. Harta kekayaan milik Lutfiyah dan anak-anaknya. Lelaki yang gila harta dan darjat itu memang tidak ada lain dalam fikirannya. Aku tak boleh menghapuskan Khaleed seorang diri. Kalau benar apa yang dikatakan Kamil sebentar tadi mengenai rancangan Khaleed mahu kerjasama dengan Izzat, aku tiada pilihan lain.
Aku tak ada kuasa dalam FS. Untuk aku mengawal FS aku harus menarik orang yang terpengaruh pada pihak aku, dan salah satu daripada mereka adalah Izzat Danish. Kartu permainan ini. Nek Wan berpaling menghadap Tuan Kamil Arsyad yang duduk santai diatas sofa dengan kaki yang bersilang dan jari-jemari yang bertaut atas riba.
Saya percaya dengan kamu. Tetapi bolehkah saya percaya dengan Izzat atau Issac?”
Tuan Kamil Arsyad menunduk sedikit dengan senyuman kecil dibibir sebelum memandang Nek Wan kembali. “Cucu saya tak perlukan harta keluarga kamu sebab dia memiliki harta keluarganya sendiri. Kamu jangan risau tentang Izzat, biar saya cakap dengan dia. Tapi saya perlu pertolongan dari kamu.”
Kening Nek Wan ternaik dengan kata-kata akhir dari Tuan Kamil Arsyad.
Apa dia?”
Biarkan hubungan Izzat or should I say Issac dan Faryal berkembang seadanya. Sepertimana saya tidak masuk campur dalam hal peribadinya begitu juga saya mahu kamu lakukan kepada Faryal.”
Dahi Nek Wan berkerut. Tidak mungkin dia membiarkan hubungan Faryal dan Issac begitu saja. Dia tidak sanggup melihat cucunya itu terluka satu hari nanti dengan lelaki yang mempunyai dua identiti.
Saya tahu dia satu-satunya amanah Fiyah kepada kamu. Tetapi dia juga salah satu amanah Fiyah kepada Izzat.” Sambung Tuan Kamil Arsyad apabila tidak dapat apa-apa tindak balas daripada Nek Wan.
Amanah Izzat?” Soal Nek Wan tidak faham. Bila masa pula Faryal amanah cucunya lelaki itu? Kenapa pula Lutfiyah mengamanahkan Faryal kepada Izzat?

Tuan Kamil Arsyad bingkas bangun dari duduknya. Dipandang Nek Wan dengan pandangan yang lembut. “Satu hari kamu akan faham.” Dengan itu Tuan Kamil Arysad berlangkah pergi meninggalkan bilik kerja Nek Wan.

No comments:

Post a Comment