Bab
36
Matahari
terik tidak mencegah Faryal dan Widayah daripada menolong Pak Atan
dan Mak Leha dikebun. Ada juga beberapa pekerja Nek Wan lain yang
turut serta. Kecoh dibuatnya sebaik saja lepas makan tengah hari
tadi.
Faryal
yang sedang khusyuk menyiram pokok bunga tiba-tiba mengukir senyuman
nakal. Dilirik Widayah dihujung taman bersama Mak Leha. Dipandang
paip air dalam genggaman. Dengan saja paip air itu dihala ke arah
Widayah.
“Argh!!!! Sejuk! Sejuk! Sejuk!” Terkocoh-kocoh Widayah cuba mengelak dari siraman air yang kuat itu. Dilari belakang Mak Leha yang sudah melalut-lalut apa entah. Gelak riang Faryal melihat telatah Mak Leha, Widayah dan beberapa pekerja yang bersama dengan mereka.
“Bawa
mari paip tu. Nak main kasar dengan akukan. Bawa mari.” Jerit
Widayah meraup mukanya yang sudah basah. Dengan geram dia menapak ke
arah Faryal yang bukan main suka ketawakannya.
Faryal
yang melihat Widayah menghampirinya dengan pantas berlari dengan paip
air disembunyinya dibelakang. Widayah cuba merampas paip itu dari
Faryal tetapi gagal.
“Bawa
mari!” Ketawa terbahak-bahak Faryal sementara Widayah mengetap
bibir dengan geram.
Paip
yang berada diantara mereka tiba-tiba menyembur air dengan kuat,
membuat mereka berdua tercungap-cungap dan dengan spontan paip air
itu jatuh ke tanah. Sudah basah kuyup dua kawan baik itu. Dipandang
ke arah suara yang sedang gelakkan mereka.
Gulp!
“Nak
sangatkan main air. Sekarang dua-dua dah basah. Fair
and square.”
Faryal dan Widayah sudah memuncung tidak sangka Nek Wan akan buat
begitu.
“Dah-dah
jangan nak tunjuk muka kasihan kamu berdua tu. Pergi naik bersihkan
diri nanti sakit Nek Wan juga yang susah. Kamu Faryal ada acara malam
ini kalau dah sakit tak dapat pergi, dan kamu Widayah, jam tiga nanti
Yan akan ambil kamu.”
Kedua-dua
mengangguk akur dengan arahan Nek Wan. Mereka memandang sesama
sendiri sebelum berkeliaran berlari ke dalam rumah ingin berebut
bilik air. Terjerit-jerit dua anak dara itu di dalam rumah. Nek Wan
menggeleng. Macamla rumah aku ni tak cukup bilik air.
“Jangan
lari-lari Faryal, Widayah! Ya Allah budak dua ni. Kalau jatuh nanti
kang. Nek Wan buat sup baru tahu.” Nek Wan berleter sambil melihat
kelibat Faryal dan Widayah meniti anak tangga.
**
“Ahhchoo!
Alhamdulillah.”
“Ahh…ahhh…ahhh…whew…Choo!
Alhamdulillah.” Tisu ditarik dari kotak tisu yang terletak elok
disisi. Lantas mengesat hidungnya yang sudah merah dan meleleh. Mata
sudah kuyu dan badan dihempas atas katil.
“Itulah
suka sangat main airkan. Ingat main saja, kesihatan tak ingat. Dah
sakit macam ni mulalah tunjuk muka puss
in boots
dia. Satu bersin tidak henti. Lagi satu pula dah naik demam.” Leter
Nek Wan yang baru menjejak kaki ke dalam bilik Faryal.
Hisham
dan Mak Leha membontoti dibelakang. Hisham yang menatang dulang
berisi air masak, mangkuk berisi bubur dan ubat meletaknya dimeja
kecil sebelah katil Faryal.
“Nasib
baik si Yan ada kawan doktor kalau tak ke hospitallah kamu berdua.”
Faryal menekup mukanya. Kepala rasa berat. Hidung pula macam paip
yang tidak berhenti mengalir. Apalah nasib. Si Widayah kena demam dia
kena selsema. Nek Wan pula mulut gatal. Asyik nak menyindir saja
kerjanya dari tadi.
Nek
Wan yang berdiri hampir dengan katil Faryal merentap bantal yang
menutup muka cucunya itu. Faryal memandangnya dengan mata yang kecil
dan hidung yang merah. Hati merasa kasihan tetapi otaknya berfikir
sebaliknya. Degil.
“Makan
tu bubur. Lepas tu rehat. Kalau kamu tak baik juga kamu telefon saja
kawan kamu tu kata kamu tak jadi pergi.” Saja Nek Wan tidak
menyebut nama Issac.
Faryal
bangkit dari baringnya. Dipandang mangkuk bubur yang disua Hisham
kepadanya. Dengan hidung yang meleleh, dia berpaling melihat Nek Wan.
“Suapkan.” Tergelak Hisham dan Mak Leha.
Nek
Wan pula menggeleng. Kepalanya diurut lembut. Pening dengan perangai
satu-satu cucunya itu. “Tua-tua begini pun nak suruh orang suapkan.
Sham kamu pergi suapkan.” Hisham baru saja mahu duduk dibirai katil
apabila Faryal menggeleng.
“Tak
nak abang Sham. Nak Nek Wan suapkan.”
“Ya
Allah! Mengada-ngada pula.” Dengus Nek Wan kasar.
“Nanti
kalau Nek Wan sakit Ayal pun suap Nek Wan nanti.” Ucap Faryal
manja.
Nek
Wan mendepa tangannya kepada Hisham meminta mangkuk bubur itu. Faryal
pula tersenyum lebar, menang. Nek Wan yang sudah duduk dibirai katil
menguis-nguis bubur sebelum menyua sudu kepada Faryal.
Dengan
mulut yang dibuka besar, suapan pertama selamat masuk ke dalam mulut.
“Kamu ni, semakin besar semakin manja.” Suapan ke dua ditelan
Faryal.
“Mestilah
tengok cucu siapakan.” Kening dinaik-naikkan oleh Faryal. Nek Wan
menjeling. Mak Leha dan Hisham yang duduk disofa berdekatan gelak
dengan sikap Faryal.
Beberapa
minit kemudian, Nek Wan menyua suapan terakhir kepada Faryal. Cucunya
itu membuka mulut.
“Ahhchoo!
Alhamdulillah.” Tisu ditangan megesat hidungnya. Dipandang Nek Wan
yang merenungnya tajam.
Oh!Oh!
“Kalau
kamu nak bersin tu pusinglah tempat lain. Ini tidak dekat muka aku
juga kau bersin. Hish!”
Faryal
menekup mulutnya apabila melihat muka Nek Wan yang ada tompok-tompok
bubur. Hisham mengambil mangkuk bubur dari tangan Nek Wan. Sempat dia
mencerlung matanya kepada Faryal.
“Leha,
kamu urus ni semua. Aku nak pergi bersihkan diri. Kamu, makan ubat
lepas tu tidur.” Arah Nek Wan sebelum meninggalkan mereka.
Mak
Leha dan Hisham memandang Faryal dengan keluhan melepasi bibir.
Kepala digeleng.
Faryal
menggaru kepalanya. “Tak sengaja.” Tutur Faryal dengan polos.
**
Telefon
disebelah bantal yang berbunyi nyaring menyedarkan Faryal dari
tidurnya. Dicapai telefon itu dan melekapnya ditelinga tidak melihat
siapa yang menelefon. Mata masih tutup erat.
“Hmm.”
Jawab Faryak dengan mata yang masih ditutup erat, masih mengantuk
akibat ubat yang dimakannya tadi.
“Assalammualaikum,
sayang. Awak tengah tidur ke?”
“Hmm.”
Eh? Siapa yang panggil aku sayang petang-petang ni? Kacaulah.
“Angel…Hello
angel.”
Mata Faryal terbuka dengan mendadak apabila panggilan yang hanya dari
yang satu didengarinya. Siapa lagi kalau bukan Issac?
Omo!
Omo! Omo!
Kenapalah aku tak tengok siapa yang telefon! Bodoh! Bodoh! Bodoh!
Kepala ditunjal-tunjal beberapa kali. Akhirnya, sakit sendiri. Kepala
digosok.
“Issac!
Kenapa awak telefon saya? Awak dah balik sini ke?” Soal Faryal
suaranya meninggi sedikit. Terperanjat babe!
“Hari
nikan kita ada acara syarikat saya malam nanti. Saya baru sampai
airport
tengah hari tadi. Saya telefon sebab saya rindu dengan orang disana.
Jangan bilang saya awak lupa dengan saya pula.”
Faryal
menggeleng walaupun tidak dapat dilihat Issac. “Tak! Tak! Bukan
macam tu. Saya baru bangun ni. Tadi saya pengsan habis makan ubat.”
“Ubat?
Awak sakit ke? Dah jumpa doktor? Kalau belum saya bawa awak sekarang
juga.”
“Jap!
Jap!Jap! Awak ni gelabah semacam. Saya selsema saja tadi main air
dengan Wid. Saya tak pergi jumpa doktor tetapi doktor yang datang
jumpa saya.” Ucap Faryal dengan tawa kecil.
“Selsema
awak dah kurang? Kalau tak awak rehat saja dekat rumah, tak payah
pergi malam nanti.”
Faryal
terduduk tegak bila Issac menyuruhnya berehat dirumah saja. Mana
boleh rehat nanti rugi tak pakai baju dia belikan untuk aku. “Eh!
Eh! Selsema dah kurang dah. Power betul ubat yang doktor bagi, itulah
saya tidur pengsan tadi. Awak jangan risau insyallah malam nanti
jadi.”
“Betul
ni?” Soal Issac dihujung talian meminta kepastian.
“Betul.”
Faryal
mendengar keluhan lega dari Issac. “Okay kalau macam begitu, saya
ambil awak lepas maghrib? Pukul tujuh setengah gitu. Okay?”
“Okay.”
“I’ve
got to go. Need to check on some stuff for the event. You angel take
care alright. Can’t wait to see you later. Love you and miss you.
Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Love
you and miss you too!
Luah Faryal tetapi didalam hati.
Tersenyum
lebar Faryal apabila mendengar lima perkataan itu. Telefon dipegang
erat dan dilekapnya dihati. Lantas tubuhnya dilempar atas katil.
Hilang sudah selsema dan sakit kepala yang dirasainya tadi. Semua
kerana Issac. Lelaki yang sudah dapat menambat hatinya. Muka ditekup
dengan bantal dan Faryal menjerit dengan kuat. Suka sekali.
Mama!
I’m on cloud nine!
**
Terkial-kial
Mak Leha menuju ke pintu utama apabila mendapat panggilan dari pihak
keselamatan memeberitahu tetamu Faryal sudah tiba. Sebaik saja pintu
dibuka luas, Mak Leha disambut senyuman manis seorang jejaka yang
baru saja keluar dari keretanya. Mak Leha membalas senyuman namun
fikirannya sedang mengingati dimana dia pernah lihat jejaka itu. Hmm…
“Assalammualaikum.”
Issac memberi salam sambil meniti tangga menghampiri Mak Leha. Tangan
dihulur untuk disalam.
“Waalaikumsalam.
Jemputlah masuk. Kamu kawan Ayal yer?” Soal Mak Leha sambil
membenarkan Issac masuk.
Issac
angguk mengiakan pertanyaan Mak Leha. “Ah-ah. Saya Issac, mak cik
ni mesti Mak Lehakan? Faryal banyak cerita mengenai mak cik kepada
saya.” Issac disebelah dipandang sekilas oleh Mak Leha. Segak betul
anak muda ni. Sopan pula tu. Pandai Faryal cari teman lelaki.
“Memang
budak tu. Kalau tak bercerita memang tak sah.” Gelak kedua-dua
dengan perangai Faryal yang satu itu. Ada saja yang ingin
diceritanya.
Usai
sampai di ruang tamu Mak Leha berpaling ke Issac. “Ayal masih dekat
atas tengah siap tu. Biar Mak Leha panggil sekejap. Kamu duduklah
dulu ya.” Issac angguk kepala sementara mata memerhati Mak Leha
yang sedang meniti tangga untuk ke atas.
Issac
menjungkit bahu sebelum matanya melilau melihat ruang tamu dirumah
agam itu. Kali kedua dia menjejak kaki dirumah itu. Pertama kali dia
datang dia tidak dapat melihat kecantikan dekorasi ruang tamu itu
tetapi sekarang lain cerita. Kaki menuju ke sebuah meja panjang
disatu sudut ruang tamu itu. Tersusun cantik pelbagai bingkai gambar
yang berlainan bentuk dan warna. Tapi apa yang menarik perhatiannya
adalah setiap gambar yang terdapat didalam bingkai itu. Pelbagai
ragam yang ditangkap. Ada yang membuatnya senyum ada yang membuatnya
gelak sendiri. Lucu sangat.
Sebuah
bingkai gambar diangkatnya. Dilihat dengan teliti seorang wanita
sedang memangku seorang anak perempuan kecil dan dikelilingi empat
orang lelaki muda. Apa yang paling mencuit hati adalah setiap orang
dengan ragam mereka tersendiri.
Wanita
muda itu dilihat menjungkit bahunya dengan tangan yang dinaikkan gaya
tidak tahu apa-apa. Empat orang lelaki muda pula masing-masing
membuat hal tersendiri tidak memandang kamera dan paling melucukan
adalah gaya budak perempuan kecil itu. Dengan baju dress
yang mempunyai kembang dibahagian tangan dan bertoncit dua, budak
perempuan itu memeluk tubuh dan menayang muka cemerutnya pada kamera.
Siapa lagi kalau bukan Faryal. Comel benar.
“Ketawakan
oranglah tu.” Hampir terlepas bingkai gambar dari genggamannya.
Dadanya diurut. Kus semangat. Nasib baik aku tak lemah jantung.
Dilihat Faryal sedang menggelakkannya. Issac ingin mencubit pipi
Faryal namun ditepis pantas.
“Comel.
Merajuk apasal pula ni?” Kedua-dua melihat gambar yang masih
dipegang Issac. Faryal tersenyum manis melihat gambar itu. Masa itu
umurnya baru tiga tahun.
“Saya
merajuk sebab kek yang saya nak makan kena ambil. Penolong juru
gambar ambil dari saya. Itulah saya cemerut tu. Mama pula pening
sebab kami semua tak beri kerjasama pada hari itu.” Bingkai gambar
itu diambil dari Issac.
“This
is my mums favourite photo. She said it potrays who we really are. A
colourful family.”
Gambar itu diusap Faryal. Pelbagai memori pada hari itu mula
diingatinya. Hatinya tiba-tiba rasa sebak melihat gambar itu. Masa
yang diimpinya kembali sekali lagi, tetapi ia hanya sebuah impian
yang tidak akan kesampaian.
Issac
yang perasan perubahan riak muka Faryal bersuara. “Colourful
indeed. I just wish I had a family like yours. Being the only child
is not fun at all.”
Faryal memandang Issac dengan senyuman nipis. Gambar itu dilirik
seketika sebelum meletaknya kembali atas meja.
“You’ll
just wish for certain part, not all of it. Anyhoo, you ready?”
Soal Faryal ingin menukar arah perbualan mereka. Issac angguk.
“Nek
Wan mana? Saya tak nampak pun. Awak cakap Nek Wan nak jumpa dengan
saya.”
Faryal
menjungkit bahu. “Saya pun tak tahu. Mak Leha cakap Nek Wan ada hal
mendadak dekat luar.”
Issac
melepaskan keluhan. Sebenarnya dia sudah bersedia dengan perjumpaan
ini tetapi tidak sangka pertemuan itu tidak menjadi. “Kira bukan
rezeki sayalah nak jumpakan.”
Tangan
kanan Faryal mencekak pinggang. Jari telunjuknya ditunding ke arah
Issac. “Awak patut bersyukur tau tak jumpa dengan Nek Wan. Nanti
awak kena sembur mesti awak tak mahu jumpa lagi dengan Nek Wan. Boleh
jadi fobia tau. Jomlah kita pergi nanti lambat.” Faryal mengorak
langkah menuju ke pintu utama. Semakin lama mereka disini semakin
lambat mereka nanti.
“Angel.”
Langkah
Faryal terhenti. Dipusing menghadap Issac yang sedang memerhatinya
dengan kedua-dua tangan diseluk dalam kocek seluar. Ada senyuman
nakal bermain dibibir lelaki itu.
“Awak
macam bidadari malam ni. That
dress suits you perfectly.”
Faryal
menunduk melihat dress
yang dihadiahkan Issac. Memang dia tidak menafikan dress
itu memang sesuai dengan bentuk badannya yang gempal. Jatuh
dibadannya dengan elok sekali.
Dipandang
Issac semula. “Nak orang pujilah pilihan dia bagus. Maklumlah orang
tu yang beli.” Faryal langkah menuju pintu utama dengan senyuman
lebar dibibir. Suka sangat dipuji oleh Issac. Kedengaran gelak ketawa
Issac dibelakang tidak dihiraunya.
**
Issac
berjabat tangan dengan sepasang suami isteri yang berumur sebaik saja
mereka keluar dari perut lif. Mata Faryal melilau melihat orang ramai
masih berlingkaran didepan dewan walaupun acara akan bermula beberapa
minit lagi. Semua segak dan menawan berpakaian formal, ada juga yang
berpakaian tradisional. Baju batik, baju kurung moden menjadi pilihan
orang melayu.
Setiap
langkah Faryal bersama Issac, dia perasan segelintir akan
memerhatikannya. Pandangan mereka membuat Faryal rasa kurang selesa
kerana dia tahu dia tidak layak mendampingi lelaki seperti Issac.
Hati rasa kecil tetapi bibir tetap menayang senyuman. Tidak mahu
memalukan Issac diacaranya sendiri.
“Issac!”
Seorang
perempuan berkulit cerah menyapa Issac. Tanpa segan silu mereka
memeluk satu sama lain. Faryal terkejut seketika. Siapa wanita itu
hingga Issac memeluknya? Setelah pelukan mereka terlerai, wanita itu
berpaling kepada Faryal yang hanya tercegat dari tadi.
“Angel
this is my one and only aunt. Aunty Nila.
Tapi saya panggil dia mother
sebab
dia yang menjaga saya dari kecil. Aunty Nila this is…”
“Faryal,
your
dear angel you’ve been telling me about.”
Nila
memandang sekilas Issac sebelum melihat Faryal kembali. Faryal
menghulur tangannya kepada Nila tetapi wanita itu hanya melihat
tangan itu tidak ada tanda-tanda mahu menyambutnya. Faryal mengerling
Issac disebelahnya yang sudah resah.
“Aunty
tak salam orang yang aunty tak kenal.” Faryal perlahan-lahan
menurun tangannya. Malu apabila dilihat ramai orang sedang
memerhatikan mereka.
“Tapi
aunty peluk dengan orang yang dikenali ahli keluarga aunty. Come
here.”
Tersentak
Faryal apabila aunty Nila menariknya dalam dakapan. Teragak-agak
Faryal dibuatnya dengan perubahan sikap wanita itu dengan tiba-tiba.
Dengan rela hati tangan Faryal naik memeluk Nila. Dari ekor mata
Faryal dapat melihat Issac mengeluh lega sebelum senyuman mula tayang
dibibir kembali.
“Sorry
if I scared you for a moment. You should see my dear sons face. White
as chalk.”
Pipi Issac ditampar lembut. Mereka bertiga gelak kecil.
“So
what do I call you? Angel?”
Issac berdehem menentang cadangan Nila itu.
Senyuman
malu ditayang Faryal. “Ayal
is fine.”
“Ayal.
Okay
that’s nice.
Walaupun aunty suka angel.
Tapi nanti ada orang tu merajuk tak telefon aunty sampai
berbulan-bulan.” Nila berbisik tetapi dapat didengari Issac dengan
terang. Issac memeluk tubuhnya sambil melihat kedua-dua pujaan
hatinya mengumpat tentangnya.
“Okay
mother that’s enough. Stop feeding my angel with all your little
stories.
Acara dah nak mula, mari kita masuk.”
“Yelah-yelah.
Jom Ayal. Kita duduk satu meja tau. Jadi aunty nak Ayal duduk sebelah
aunty. Boleh aunty cerita semua tentang Issac.” Tutur Nila sambil
memaut lengan Faryal. Issac menggeleng kepala apabila Faryal memusing
ke arahnya.
Baru
nak berduaan, mother
dah potong jalan pula. Nasiblah dapat mother
yang terlebih periang ni. Sedang Issac melihat kelibat Faryal dan
Nila memasuki dewan, seorang lelaki berpakaian segak menghampirinya.
“Dia
belum datang lagi. Tengah dalam perjalanan.” Lelaki itu berbisik
ditelinga Issac.
“Bagus.
Pastikan semua faham apa yang harus dilakukan.” Lelaki itu angguk
kepala sebelum berlalu pergi. Issac membetulkan kot bajunya dan
melangkah masuk ke dalam dewan.
Apabila
sedang bertegur sapa dengan seseorang kenalannya, Issac dapat melihat
Faryal sedang rancak berbual dengan Nila dimeja mereka. Melihat
ketawa riang Faryal dengan apa yang diberitahu Nila membuat Issac
tersenyum. Sekurang-kurangnya Faryal tidak rasa kekok dan keseorangan
malam itu.
“Hmm…Mesti
tengah mengumpat tentang saya ni. Gelak bukan main sakan lagi saya
tengok dari tadi.” Sapa Issac sambil melabuh duduk dikerusi kosong
sebelah Faryal. Issac berjabat tangan dengan beberapa pegawainya yang
duduk dimeja itu. Faryal menghirup air yang disediakan dimeja.
“Ayal
jangan kisah fasal Issac. Dia cemburulah tu. Kalau Ayal nak tahu,
Issac ni kuat tau cemburu dia. Manja pun mengalahkan arnab aunty
dekat rumah.” Faryal menekup mulut menahan tawa sambil melirik
Issac yang mencerlung matanya kepada Nila tetapi tidak diendahkan
wanita itu.
Nila
menjeling Issac yang dengan selamba meletak tangannya dibelakang
kerusi Faryal.
Ada
pula mother
bandingkan aku dengan arnab dia dekat Paris. Segak bergaya macam
begini pun kena kutuk habis-habisan. Nasiblah dapat mother
yang suka bercakap sebiji dengan Faryal. Bisik hati kecil Issac
apabila melihat Nila menyambung bercerita dengan Faryal. Apabila
pengacara sedang mula berkata dan lampu didewan itu sudah dimalapkan,
Issac mengeluarkan telefon bimbitnya.
Mother
is having a ball reminiscing the old days. God save me!- Issac.
Butang
‘send’ ditekan Issac. Beberapa saat kemudian telefonnya bergetar.
LOL!
What you need is a miracle.- Aviya.
Issac
gelak kecil. Baru saja dia ingin menyimpan kembali telefon bimbitnya,
pesanan ringkas masuk sekali lagi.
Khaleed
sudah sampai.- Unknown.
Issac
senyum herot sebelum menyimpan telefon bimbitnya kembali. Apabila dia
mengangkat kepala dia dapati Faryal sedang memerhatinya dengan
sepasang mata yang galak. Issac tersentap seketika. Takut jikalau
Faryal melihat pesanan ringkas tadi.
Beberapa
saat kemudian Issac melepaskan hembusan nafas yang lega apabila
Faryal mengukir senyuman manis buatnya sebelum berpaling menghadap
pentas.
**
“Our
last and final bid is extra special to the single ladies out there.
Issac Daimaru is offering himself up for bid.”
Sebaik saja tawaran itu disebut dewan mula kecoh apabila beberapa
orang lelaki menyiul dengan kuat. Tambah lagi dengan suara bisikkan
antara satu sama lain.
“Nah,nah,nah.
He’s not offering for you know what. But he has arranged the lucky
bidder to actually spend the whole day with him. You all know how
mysterious he is that not all of you know how he looks like. Except
for me ofcourse.”
Pengacara itu ketawa sendiri.
Faryal
berpaling ke Issac yang sedang tenang menyuap makanan yang dihidang
ke dalam mulut. Tidak endah dengan kata-kata pengacara itu.
“The
bid starts at ten thousand.”
Umum pengacara itu.
“Dua
puluh ribu!”
“Empat
puluh ribu!”
Hampir
sejam sudah acara ‘auction’
berlangsung. Dari sebuah jam tangan yang berjenama, ke lukisan terhad
dari seorang pelukis ternama, ke set barang kemas yang dikatanya
hanya ada satu saja diseluruh dunia yang dibeli oleh dengan harga dua
ratus ribu, sehinggalah sekarang ‘auction’
keluar bersama Issac Daimaru selama sehari. Satu persatu nombor
diangkat dengan pantas sebaik pengacara itu mengumumnya.
“Seratus
ribu.” Terbeliak mata Faryal apabila Nila disebelah mengangkat
nombornya.
“Seratus
ribu satu.” Kepala Faryal menoleh ke arah suara yang tinggi itu.
Tak jauh pun. Meja sebelah saja. Dilihat seorang perempuan muda
seumur dengan Issac merenung tajam ke meja mereka. Tetapi hanya pada
satu. Siapa lagi kalau bukan Nila yang hanya tersenyum sinis.
Faryal
menoleh kepada Issac yang tersenyum herot sambil menggeleng kecil.
“Hundred
and thirty thousand.”
Nila membuat tawaran sekali lagi. Belum sempat pengacara itu berkata
perempuan berbaju merah itu bersuara sekali lagi.
“Hundred
and fifty thousand!”
Semua
didewan itu mula berbicara. “Wow!
Hundred and fifty thousand to the lady in red. Well, it seems you
really want to meet with Mr Daimaru don’t you.”
Pengacara
berbangsa cina itu bertanya kepada perempuan berbaju merah yang
menjawab dengan anggukan kepala.
“Gedik.”
Pantas kepala Faryal berpaling melihat Issac bila telinga menangkap
mendengar sesuatu. Lelaki itu hanya mengenyit mata sambil meneguk air
dalam gelas. Faryal gelak seraya memberi jelingan sebelum menghadap
pentas kembali.
“Alright
then, anybody wants to bid for hundred and sixty thousand?”
Soal pengacara kepada orang ramai.
“Seratus
tujuh puluh ribu.” Membulat Faryal memandang Nila disebelah yang
mengangkat nombornya buat sekian kali. Terlopong apabila Nila turut
mengenyit mata dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirnya.
Hish!
Dia orang satu keluarga ni ada penyakit mata ke? Asyik kenyit-kenyit
mata saja dengan aku. Lagi satu kenapa aunty Nila buat tawaran keluar
sehari dengan anak saudaranya sendiri? Hari-hari boleh jumpa apa?
Tapi inikan untuk amal, dia punya sukalah Ayal. Lagipun duit dia.
Debat hati kecil Faryal.
Pandangannya
kembali beralih ke atas pentas. Tetapi fikirannya mula melayang
memikirkan orang disebelahnya. Bukan Nilalah! Siapa lagi kalau bukan
Issac. Bayangan Issac mula menerpa otak fikirannya. Sungguh segak
sekali Issac malam itu. Bukannya sebelum ini tidak segak, tetapi
malam itu lebih istimewa sebab suit
yang dikenakan Issac serona dengan dress
yang
dipakainya sekarang.
Hmm…Mesti
lelaki itu sudah merancang semua ini. Tapi Faryal suka sebab nampak
macam sebuah pasangan yang sehati sejiwa gitu. Tersenyum simpul
Faryal dibuatnya. Kakinya yang bersilang dibawah meja digoyang ke
kiri dan ke kanan. Sudah mula dah perangai angau dia.
“Dua
ratus ribu.” Tersedar Faryal apabila perempuan berbaju merah itu
membuat tawaran sekali lagi. Ingat dah habis, belum lagi rupanya.
Semakin
riuh dewan itu apabila perempuan yang berpakaian merah dimeja sebelah
membuat tawaran sekali lagi. Perempuan itu menjeling ke meja mereka
dengan aksi yang berlagak.
“Kerek.”
Faryal menunduk kepalanya dengan tubuh yang terhinggut-hinggut
menahan tawa apabila suara kecil Issac kedengaran lagi.
“Two
hundred thousand going once.”
Nila
mendekati Faryal. Spontan Faryal mendekati Nila juga. “This
one’s for you.”
Bisik Nila. Faryal menayang muka blurnya.
Untuk aku? Tak faham.
“Two
hundred thousand going twice.”
Perempuan muda itu senyum apabila Nila tidak membuat apa-apa tawaran
lagi.
“Two
hundred thousand going…”
“Two
hundred and fifty thousand.”
Faryal
dapat mengagak pasti semua kepala berpaling memandang Nila termasuk
dirinya sendiri. Kedengaran suara garau sedang gelak ditelinganya.
Faryal memusing melihat Issac sedang menahan tawanya dengan mengetap
bibir. Faryal lihat hujung bibir lelaki itu sedang bergerak-gerak.
Sebaik saja Faryal menoleh melihat Nila pula, tawa Issac terburai
juga. Nila pula bersikap selamba dengan hanya menjungkit bahunya
kepada perempuan berbaju merah itu.
Kembang
kuncup lubang hidung perempuan itu dengan renungan tajam. Kalau
sepasang mata itu adalah pistol yang mengeluarkan tembakan tidak
henti, pasti perempuan itu menembak habis-habisan Nila sebab memotong
jalannya.Tangannya pula sedang menggenggam erat garfu yang tersedia.
Kelihatan seorang lelaki yang sudah berumur cuba melerai genggaman
wanita itu. Sekali-sekala mulut lelaki itu berkumat-kamit sambil
menepuk-nepuk lembut tangan perempuan itu tetapi ditepis kasar.
Mesti
bapak dia ni. Nak tawar tinggi-tinggi tapi bapa yang bayar, baik tak
payah. Sindir Faryal dalam hati. Perempuan itu bingkas bangun dengan
mendadak memeranjatkan semua dimeja itu. Beg tangan atas meja
direntap kasar perempuan itu sebelum berlangkah pergi meninggalkan
meja. Lelaki berumur itu tanpa lengah mengikuti. Drama pula.
“Two
hundred and fifty thousand going once.Two hundred and fifty thousand
going twice. Two hundred and fifty thousand sold. To this beautiful
lady in blue.”
Pengacara itu mendepa tangannya menunjuk ke arah Nila yang menunduk
sedikit tanda terima kasih. Tepukan gemuruh untuk Nila juga diberi.
Pertama
kali menghadiri acara sebegini benar membuka mata Faryal. Bukan semua
yang berduit dan berstatus melupakan orang yang memerlukan. Lihat
sekarang, hampir berjuta-juta dapat dikumpul untuk pelbagai
organisasi yang memerlukan. Alhamdulillah.
“That
was interesting.”
Tutur Faryal kepada Issac dengan senyuman nakal dibibir.
“Tell
me about it.”
Issac menggeleng kepala seraya gelak dengan tiga perkataan dari
Faryal itu. Tidak sangka kehadiranan Nila itu sungguh menghiburkan
hatinya seperti dulu.
Nila
yang mendengarinya menyampuk. “Aunty tak sangka that
it’s going to be this fun.
Nasib baik aunty tukar fikiran nak datang. Kalau tak gigit jarilah
Ayal sebab perempuan perasan bagus tapi harapkan bapak dia tu dapat
keluar dengan anak saudara aunty ni.” Issac ketawa. Sementara
Faryal cemerut macam jeruk apabila diusik Nila. Tetapi tak lama.
Aunty
ni suka sangat malukan aku tau. Tapikan memang gigit jarilah aku
kalau perempuan tadi dapat Issac. Nasib baiklah aunty Nila ada. Aku
bukannya ada duit sebanyak itu. Tadi sumbang pun dari duit simpanan.
Nek Wan ada juga beri tetapi pakai chequelah
siap seal
lagi tu. Tak nak beri aku tengoklah tu. Bisik hati kecil Faryal
mengingati masa Mak Leha menghulur kepadanya sampul surat putih, yang
dikatanya sumbangan dari Nek Wan. Faryal cuba juga melihat jumlah cek
itu dengan mengangkat sampul surat itu ke lampu disiling tetapi tidak
nampak juga.
“Aunty
ni. Ayal tak kisahlah, lagi pun kita kawan saja.” Dikerling sekilas
Issac yang sedang duduk dengan santai disebelahnya.
Nila
gelak sinis. Tangan Faryal diriba ditamparnya lembut.“Ayat yang
selalu aunty dengar. Dari aunty muda hingga anak-anak aunty pun sama.
Mulut saja cakap kawan tapi hati berlawan.” Gurauan Nila membuat
Faryal tersipu malu.
Semakin
galak Nila mengusiknya. Nasib baiklah dewan sedikit malap, dapat dia
menyembunyi pipinya yang sudah merona merah apabila diusik sebegitu.
“Apa
yang Issac tak faham mengapa mother
nak keluar dengan Issac? Nanti cemburu father
dekat rumah baru tahu. Lagipun mother
bilang saja bila mother
nak keluar dengan Issac, nanti Issac tukarlah jadual. Especially
for you.”
Ucap Issac disebelahnya.
Faryal
dapat melihat betapa sayangnya Issac terhadap Nila. Walaupun Nila
bukan ibu kandungnya tetapi lelaki itu tetap melayan Nila bagaimana
seorang anak melayan ibu mereka.
Nila
menjuling matanya dengan gurauan Issac itu. “Kalau Ayal nak tahu
hubby
aunty memang kuat cemburu sebiji macam Issac ni hah! Afterall,
I’m spending my money for charity.
Mother
punya sukalah.” Tersenyum Faryal dibuatnya melihat hubungan antara
mereka. Ia banyak mengingatkannya kepada Lutfiyah.
“Mother
bid
pun untuk kamu berdua.” Tercengang Faryal mendengar apa yang baru
keluar dari mulut Nila. Untuk aku lagi?! Biar betik!
Nila
menjuling matanya buat sekian kali dengan reaksi Faryal. Tangannya
naik menolak dagu anak dara didepannya itu serta-merta menutup mulut
Faryal sekali. Faryal tersentak. “Mulut tu tutup sikit. Nanti lalat
masuk. Ini hadiah aunty untuk satu-satunya bidadari Issac sebagai
tanda terima kasih sebab membuat anak lelaki aunty senyum sendiri
macam orang gila.” Tersembur tawa Faryal namun dengan pantas dia
menekup mulutnya apabila melihat Issac menunduk kepala. Tangan pula
menggaru kepala yang tidak gatal.
“Ini
juga untuk Issac sebab tahun lepas aunty lupa nak beri dia hadiah,
sampai dia mogok dengan aunty pula tu. What
a better gift for Issac then his dear angel right?”
Nila mejungkit-jungkit keningnya kepada Faryal sebelum mengenyit mata
kepada Issac.
“Tapi…”
Nila
menayang tapak tangannya kepada Faryal. Terdiam terus Faryal
dibuatnya. “Issac tak beritahu Ayal ke yang aunty tak terima orang
menolak pemberian aunty. I
do not take no for an answer.”
Faryal
menoleh kepada Issac yang menjungkit bahu tidak tahu macam mana mahu
menolongnya. Dijeling Issac sebelum kembali menghadap Nila yang mahu
bangkit dari kerusi.
“Okaylah
aunty nak pergi ladies
sekejap
nak freshen
up.
Ayal nak ikut tak?” Melihat gelengan Faryal, Nila pun berlalu
pergi.
Issac
memberi isyarat mata kepada lelaki yang sedang berdiri disebelah
pentas. Lelaki itu mengangguk kepala dan berlalu pergi. Telefon
bimbitnya bergetar.
Target
hit and moving.- Unknown.
Telefon
disimpan kembali. Issac memerhati Faryal yang sedang menghirup air
dimeja. Kek yang bersisa dipinggan disuapnya ke dalam mulut tidak
mahu rancangannya gagal. Rancangan menemukan dua masa lalu untuk
menjadi satu.
No comments:
Post a Comment