Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 2 July 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 37

Bab 37

Kenapa kau bodoh sangat hah?! Mahal tahu tak baju aku ni! Kau ingat dengan gaji pelayan kau tu dapat beli baju ni? Jangan haraplah!”
Maafkan saya tuan. Saya tak sengaja.” Pelayan itu memohon maaf buat sekian sekali.
Tak sengaja konon. Sekarang aku nak kau bayar balik baju aku ni.” Tengking Khaleed menunjuk bajunya yang sudah basah dek air ditumpah didewan tadi. Membakar hatinya apabila baju yang dibelinya di Italy sudah rosak akibat kelalaian seorang pelayan.
Tapi tuan saya tak mampu.” Penjelasan pelayan itu disambut dengusan kasar dari Khaleed. Lelaki itu menekur apabila Khaleed memandangnya dengan tajam. Macam mahu terkeluar biji mata.
Itu kau punya fasal. Apa yang aku nak adalah kau bayar balik baju aku ni. Kalau tidak aku akan…”
Akan suruh orang kau habiskan dia sepertimana kau habiskan Kat?” Khaleed memusing ke belakang. Matanya yang galak itu membuntang sebaik saja melihat gerangan suara itu.
Nila.” Bisik Khaleed kepada dirinya sendiri.
Nila yang ingin keluar dari tandas terdengar jeritan diluar berhenti langkah apabila mendengar suara yang tidak asing kepadanya. Selama dua puluh empat tahun dia memendam rasa terhadap pemilik suara itu. Dari balik tembok tandas itu dia dapat melihat kelibat dua orang lelaki sedang berdiri ditengah koridor untuk ke tandas lelaki. Senyuman sinis dan mata yang penuh api dendam memandang tajam lelaki tua itu.
Nila gelak sinis. Dibuka langkah perlahan ke arah Khaleed sambil memeluk tubuh. “Berapa dia hutang kau? Sama seperti Kat hutang kau?” Sindir Nila. Pelayang dibelakang ditunjuknya.
Khaleed menoleh ke belakang. Pelayan itu masih setia dibelakang. “Kamu boleh pergi. Biar saya selesaikan perkara ini. Orang tak sedar diri macam dia ni tak boleh berlembut. Pergi.” Arah Nila kepada pelayan yang teragak-agak untuk pergi.
Terima kasih puan. Terima kasih.” Pelayan itu mengucap berkali-kali kepada Nila sebelum berlalu pergi meninggalkan Khaleed dan Nila merenung tajam antara satu sama lain.
Mata Nila memandang Khaleed dari atas ke bawa. Sama seperti dulu. Segak dan bergaya tetapi perangai macam dulu. Bongkak dan angkuh. Sejak kematian Kat, dia sudah menanam dendam terhadap lelaki bernama Khaleed Jamaluddin.
Nila ketawa kecil. “Khaleed Jamaluddin tak sangka kita jumpa lagi. It’s been what. Eight years?” Nila yang memusing keliling Khaleed berkata dengan sinis. Khaleed cuba berlagak tenang tetapi didalam, hatinya berdegup kencang. Resah dan tidak percaya dia akan bersua muka dengan masa lalunya sekali lagi.
Kau buat apa dekat sini?”
Seperti kau, aku dapat undangan dari CEO Daimaru International. But mine is extra special because Issac is family. Kalau kau…” Digerak jari telunjuknya yang menunding pada Khaleed atas ke bawah. Akhirnya Nila gelak dengan bibir yang herot. Membiarkan kata-katanya tergantung mahu Khaleed mengagak sendiri jawapannya.
Okaylah, aku pergi dululah. Malas nak lama-lama dengan orang macam kau. Ta-ta.” Nila mengorak langkah meninggalkan Khaleed terpinga-pinga seorang diri.
Khaleed tersentak seketika dengan perubahan Nila yang mendadak. Matanya melihat wanita berpakaian labuh berwarna biru itu berlangkah pergi dengan penuh lenggok. Lapan tahun dulu adalah kali terakhir dia bersua muka dengan wanita yang semakin jauh darinya itu. Wanita yang sungguh menawan hingga kini dan juga satu-satunya wanita yang berani mengancam untuk menghabisinya. Tetapi sekarang dia masih sihat dan bernyawa. Senyuman yang bercampur nakal dan sinis bermain dibibir. Tangan diseluk dalam poket seluarnya.
Kau masih macam dulu Nila. Mengancam.”
Langkah Nila mati serta-merta. Semakin suka hati Khaleed dan semakin lebar garisan dibibir melihat wanita itu sudah tercegat membelakanginya. Dengan penuh lagak dan sekali-sekala tangan kanannya mengurut dagunya. “Sayang Pablo mengikat kau dulu. Kalau tidak sudah lama kau jatuh dalam tangan aku macam…”
Khaleed tidad menyambung kata-katanya sepertimana yang dilakukan Nila sebentar tadi. Langkah dihenti apabila jarak dia dan Nila hanya beberapa langkah. Dapat dia melihat tangan Nila yang sudah kepal disisi.
Apa yang Khaleed tidak lihat adalah mata Nila yang dipejam dan segaris senyuman yang penuh geram tetapi dapat dikawal.
Aku yakin yang kita akan…”
Akan bahagia sehingga sekarang?” Cantas Nila dengan lembut tetapi kedengaran kasar. Perlahan Nila berpusing menghadap Khaleed yang berdiri hanya beberapa langkah darinya. Kedua-dua tangan diseluk dalam tangan dengan senyuman menyengetnya.
Nila mengeleng kepala sambil melangkah menghampiri Khaleed. Jarak mereka kini hanya selangkah antara satu sama lain. Kedua-dua merenung dengan segaris senyuman yang tersirat makna yang tersendiri.
Khaleed,Khaleed. Still living in the world of fairytales aren’t you? Well sweetheart it’s time to wake up. Cause your little world full of beautiful fairies and wizards to grant your little wishes is going to end. About…” Nila memandang jam tangannya. Sebelum mengangkat kepala dengan menayang senyuman manis kepada Khaleed.
Now. So enjoy while you still can prince charming.” Tergelak Khaleed dibuatnya. Tangan yang tadi diseluk dalam poket kini sudah memeluk tubuh. Geli hati dengan kata-kata Nila untuknya.
Nila,Nila. The end is not written until you surrender to me.” Pipi Nila diusap belakang jari-jemarinya namun ditepis Nila dengan kasar. Khaleed ketawa sinis sebelum tangannya menyeluk kedua-dua poket seluarnya kembali.
Sepertimana Kat menyerah kepada kau?” Soal Nila yang dibalas Khaleed dengan menjungkit bahunya.
Nila memindah beg tangannya dari tangan kanannya ke kiri sebelum memandang Khaleed dengan tajam. “Aku bukan bodoh macam Kat. Aku bukan macam Kat yang senang kau gula-gula dengan kata-kata kau yang manis. Kau patut berterima kasih kepada Pablo.”
Kening kanan diangkat Khaleed. “Pablo?” Soal Khaleed tidak faham mengapa dia harus berterima kasih kepada lelaki yang padanya, adalah salah seorang daripada musuhnya. Musuh yang memiliki apa yang diinginkannya.
Sebab dia menghalang rancangan aku untuk memusnahkan kau dan keluarga kau. Sepertimana kau menghancur keluarga aku dan Kat.”
Well, I better send him thank you chocolates and card then. Better still why not I just call him.” Gurau Khaleed berbau sindiran.
Nila mendekati Khaleed. Hanya beberapa inci saja yang memisahkan mereka. Khaleed senyum lebar melihat harimau yang lembut menghampirinya. Dipandang bentuk bibir yang mengiur sedang bergerak.
Kau dengar sini baik-baik Khaleed. Kehidupan ini bagai roda yang berputar. Satu saat kau diatas dan satu saat kau dibawa. Sekarang kau diatas dengan hati yang riang. Tetapi mulai detik ini, jaga apa yang penting kepada kau kerana bila-bila masa saja aku akan pastikan, yang kau akan tersungkur ke bawah buat selama-lamanya.” Bisik Nila dengan tegas dan perlahan ditelinga Khaleed sebelum berpaling dan melangkah pergi, meninggalkan Khaleed mencerna amaran Nila kepadanya.
Khaleed hanya senyum sejak tadi. Mata tidak lepas dari mengikuti setiap langkah Nila meninggalkannya. “Sebelum aku tersungkur, aku akan pastikan yang kau tersungkur dahulu sayang. Tersungkur dalam dakapan aku.”
**
Angel, I’m going to the gents for a while.” Faryal angguk faham.
Kamu pergi sana. Your little angel will be just fine with me. Go! Go!” Nila menghalau Issac yang masih tercegat disebelah Faryal dari tadi. Melihat Faryal angguk kepalanya meyakinkan bahawa dia tidak apa-apa, Issac meninggalkan mereka. Dalam perjalanan keluar dewan, lelaki yang berada disebelah pentas itu muncul dikiri Issac dengan tiba-tiba.
Macam mana?” Soal Issac sambil berjalan menuju ke arah tandas. Sekali-sekala bertegur sapa dengan beberapa orang kenalan.
Settled. Khaleed masih dekat tandas. Dia sudah menyuruh pemandunya menunggu dilobi lagi lima minit.”
Bagus. Pastikan dia tak nampak Faryal.” Arah Issac. Belum masanya untuk Khaleed melihat Faryal bersamanya dan begitu sebaliknya. Identitinya sekarang perlu dirahsiakan.
Baik bos.” Lelaki itu pun berlalu pergi menghilangkan diri sebaik saja arahan diberi Issac.
Issac membetulkan kot yang dipakainya. Masa untuk menjalankan rancangan terakhirnya buat malam itu. Seorang lelaki bersuit hitam yang baru keluar dari tandas lelaki mengangguk kepalanya kepada Issac. Memberi isyarat bahawa Khaleed masih berada di dalam. Issac melangkah melepasi lelaki itu seperti biasa, tidak bertegur hanya mengangguk kecil. Pergelangan tangannya dibetulkan sambil melangkah masuk ke dalam tandas. Seperti yang dirancang, tubuhnya terlanggar tubuh seseorang dalam perjalanan mahu masuk ke dalam. Kedengaran dengusan kasar ditelinganya.
Sori.” Ucap Issac bertalu-talu sambil mengangkat kepala melihat Khaleed yang agak terkejut melihatnya disitu. Issac memulakan lakonannya. Riak wajahnya mencermin riak wajah muka Khaleed pada saat itu.
Tuan Khaleed.”
Izzat.”
Kedua-dua berkata serentak. Issac melihat tompokan basah di baju putih yang dipakai Khaleed. Mata Khaleed menunduk sedikit melihat apa yang sedang diperhati lelaki muda didepannya itu.
Dumb waiters. Dia orang ingat senang nak beli barang jenama macam begini. Apabila suruh dibayar balik mulalah memberi alasan, menagih simpati.” Tutur Khaleed sambil mengebas-ngebas bekas tompokan itu dengan tangannya.
Issac mengerut dahi pura-pura prihatin dan sekali-sekala angguk mengiakan kata-kata Khaleed itu. “Some people just don’t know the value of things.” Issac berkata dengan makna yang tersirat. Hanya dia tahu apa maksudnya.
Saya setuju. By the way, it’s a surprise to see you here. Kamu disini untuk acara Daimaru International ke?” Issac angguk mengiakan pertanyaan Khaleed. Pertanyaan yang sudah bermain difikirannya sebelum itu.
Saya disini mewakili Tuan Kamil Arsyad. Lagipun saya dan CEO Daimaru International pernah bekerjasama untuk salah satu projek di Paris.” Bohong Issac. Takkan dia mahu beritahu dialah CEO Daimaru International?
Khaleed angguk faham. “Ahh…Jadi awak pernah jumpa Issac Daimaru?”
Issac angguk sahaja. Takkan mahu memberitahu bahawa Issac Daimaru dan Izzat Danish adalah orang yang sama. Cari nahas namanya. Dilihat dahi lelaki itu berkerut sedang memikirkan sesuatu.
Pelik.”
Pelik?” Satu perkataan itu membuat Issac sedikit resah.
Iyalah. Nama kamu berdua sama. Issac nama orang inggeris sementara kamu Izzat nama orang melayu. Tambah lagi initial kamu berdua sama. I dan D.” Gelisah sedikit Issac dibuatnya, namun ditepis rasa itu sejauh mungkin.
Issac hanya ketawa dengan tebakan Khaleed. “Kebetulan. Pertama kali bekerja dengan dia pun ramai yang beritahu saya persamaan itu. Tetapi tak kisahlah. Dalam dunia ni ramai orang yang mempunyai nama yang serupa. Bukankah begitu Tuan Khaleed?”
Khaleed akur. “Betul juga kata kamu tu. Saya ingat malam ini dapat saya melihat lelaki bernama Issac Daimaru. Tetapi dia tak ada pula.” Khaleed menayang mukanya yang hampa. Keinginannya mahu melihat muka Issac Daimaru pada malam itu tidak kesampaian apabila diumum pengacara tadi bahawa CEO muda itu tidak hadir.
Kali terakhir dia melihat anak muda itu adalah dua belas tahun lalu dipermakaman papanya Issac Daimaru. Ada juga dia mengupah orang suruhannya mencari Issac Daimaru tetapi dikhabarkan bahawa rumah yang diduduki dahulu sudah lama terbiar dan tidak seorang pun tahu dimana lelaki itu sekarang. Hanya nama dan cerita saja yang didengarinya mengenai lelaki misteri itu.
Dia memang macam begitu. Tidak suka bergaul. Setiap kali kita mengadakan mesyuarat pun dia hanya menghantar wakil dan dia hanya memberi buah fikirannya melalui telefon yang dipasang.” Bohong Issac.
Hearing that makes me want to know more about him.” Ujar Khaleed.
Saya ada juga dengar selepas kematian kedua ibu bapanya dia terus hilang begitu saja. Ada yang kata dia murung. Tapi kasihan kalau difikirkan balik. Umur yang muda kehilangan tempat bergantung.” Cerita Issac. Pura-pura simpati dengan lelaki bernama Issac Daimaru.
Khaleed senyum hambar. Jam tangan diliriknya. “Okaylah saya pergi dulu. Sudah malam ni. Nanti kita sambung. Kirim salam saya dekat datuk kamu ya.”
Baiklah.”
Tergelak kecil Issac apabila Khaleed tidak bertanya lanjut mengenai Issac Daimaru. Malah, lelaki it terus meminta diri apabila dia membuka cerita mengenai masa silam. Dia juga dapat melihat perubahan dari riak muka Khaleed apabila berkata mengenai kematian ibu bapanya. Issac berpusing untuk masuk ke tandas apabila Khaleed sudah menjauhinya.
Izzat.” Kepala Issac menoleh ke belakang sebaik saja mendengar Khaleed memanggil namanya.
You and me. We’ve got business to discuss. We’ll keep in touch.” Dengan itu Khaleed sambung langkahnya meninggalkan Issac yang senyum sinis.
**
Mulut ditekup Faryal menahan tawa apabila Nila menceritakan mengenai Issac semasa kecil. Issac yang sedang memandu menjuling matanya. Dari dewan tadi hingga sekarang tak berhenti celoteh Nila. Sekali-sekala apabila Issac mengusik Nila dengan berkata mak ciknya itu terlebih makan bertih ayam itu yang tak boleh diam. Mulalah Nila mengata yang Issac cemburu sebab tak ada peluang nak bersuara. Faryal hanya boleh gelak disebelah Issac.
Malam itu dia benar-benar merasa seperti berada diawan. Terhibur dengan celoteh Nila dan juga senang dengan layanan Issac terhadapnya. Lelaki itu sentiasa ada disisinya hampir setiap saat. Hanya sekali apabila dia mahu ke tandas. Apa yang menyentuh hati Faryal adalah apabila Issac bertegur sapa dengan para tetamu, lelaki itu mengenalkan dia sebagai ‘my other half’.
Pertama kali mendengar tiga perkataan itu lepas dari mulut Issac memang terperanjat Faryal dibuatnya. Mana tidak terperanjat sebab tak sangka lelaki itu akan berkata sebegitu. Lama kelamaan apabila mendengar Issac bercakap berulang kali, Faryal sudah dapat senyum riang. Bukan main bahagia apabila lelaki yang sudah mula bertakhta dihati berkata sebegitu. Siapa yang tak suka? Orang gila pun suka okay.
So when are you both officially getting married?” Soalan tiba-tiba dari Nila dibelakang membuat mata Faryal membulat dan kepala pula menoleh sikit ke belakang.
Aunty ni. We’re just…
Just Friends. Iyalah tu. Tup-tup jadi just married. Maklumlah, tadi aunty dengar ada orang tu memperkenalkan bidadari dia sebagai my other half. Jangan nak bilang aunty yang kamu berdua hanya kawan.”
Faryal berpaling melihat Issac yang sedang tersenyum saja dengan kata-kata Nila. Apabila perasan yang Faryal sedang memandangnya, Issac mengerling sekilas sebelum dikenyit matanya.
Hish! Mamat ni. Dari tadi kenyit-kenyit mata! Aku korek kang mata tu baru tahu. Bentak hati Faryal geram.
Issac memang nak iakan. Tapi kenalah minta kata setuju orang sebelah ni hah.” Ternganga mulut Faryal dengan apa yang baru didengarinya. Dipukul lengan Issac geram. Boleh dia buat main-main benda macam ni. Benci!
Kalau setuju Issac nak buat apa?” Nila bertanya.
Sebaik saja tawa Issac reda dia menjawab. “Kahwin.”
Tangan Faryal melayang dilengan Issac sekali lagi. Tapi kali ini kena sepit ketamnya pula.“Aduh! Sakitlah sayang.” Tutur Issac sambil mengusap lengannya. Dari ekor mata dia dapat melihat Faryal menjeling dengan bibir sudah muncung sedepa.
Awak ni merepeklah.”
Tangannya naik memeluk tubuh sendiri. Tidak suka kalau Issac bergurau mengenai hal perkahwinan. Padanya sebuah perkahwinan harus ikhlas dan jujur. Melihat apa yang terjadi kepada keluarganya itu membuatnya berfikir dua kali untuk berkahwin.
Apa yang merepek? Betul apa yang saya cakap. Bukankah sebuah perkahwinan itu digalakkan? Kalau kita dah ada ikatan, sudah halal dimata Allah dan agama kita boleh buat lebih dari tu. Kalau nak pegang lama-lama, peluk tujuh hari tujuh malam lagilah boleh. Betul tak mother?” Semakin memanjang muncung Faryal. Geli hati Issac melihat muka monyok bidadarinya itu. Comel.
Nila dibelakang sudah mendepankan badannya mendekati kerusi belakang Faryal.“Betul! Mother sokong! Kalau setuju jangan malu-malu bilang aunty. Nanti besok juga aunty hantar rombongan. Lagi cepat lagi bagus, ada juga orang jaga Issac ni hah.” Issac suka dengan jawapan Nila yang memihaknya sementara Faryal pula melempar pandangan ke luar cermin kereta.
So?” Soalan Issac itu membuat Faryal mengerling sekilas Issac.
So?” Pertanyaan dibalas pertanyaan oleh Faryal. Tidak faham apa yang sedang ditanya Issac.
Kereta dibelok memasuki lorong ke rumah Nek Wan. “So do you want to be my other half?” Tergamam Faryal dengan pertanyaan Issac. Biar betul lelaki ni?! Mata mereka berlaga seketika sebelum Issac kembali memandang ke depan. Faryal masih setia merenungnya.
Silence means yes Issac. Sekarang juga aunty jumpa keluarga Ayal.” Nila dibelakang sudah bertepuk tangan kesukaan.
Really angel?” Terbeliak mata Issac.
Hatinya kesukaan apabila Nila mengata begitu. Memang ada ramai orang beritahunya bahawa bila seseorang itu apabila ditanya sesuatu soalan mengenai perkahwinan. Terutama sekali adakah mereka setuju atau tidak dengan calon mereka itu, kalau diam mereka selalu kata bahawa empunya badan setuju.
Faryal mengeluh. Mendengar keluhan Faryal membuat Issac sedar yang perempuan itu tidak sependapat dengannya. “Awak, sebuah perkahwinan itu memang digalakkan tetapi jangalah kita terburu-buru. Kalau memang awaklah jodoh yang telah ditetapkan Allah untuk saya, saya terima. Kalau tidak sorilah.”
Terburai tawa Nila dibelakang. Faryal tersenyum nakal apabila dapat mengenakan Issac. Lelaki itu tidak beriak, hanya diam apabila sudah dikenakan depan Nila. “Hahahah! Aunty sukalah Ayal ni. Macam Nat, anak perempuan aunty yang sulung tu. Issac selalu kalah kalau bercakap dengan Nat. Terus diam. Hahaha!” Nila sambung tawanya.
Issac didepan menjuling matanya. Sementara Faryal disebelah hanya senyum.
Okay we’re here.” Akhirnya bersuara juga Issac. Kereta dihentinya depan pagar besar rumah agam Nek Wan. Mereka bertiga keluar dari perut kereta. Nila menarik Faryal ke dalam dakapannya.
Ayal it was nice meeting you. Now I know why Issac told me you’re different.” Sebab kamu macam Lutfiyah. Manis, penyayang dan memahami.
Me too. Tak sangka banyak juga cerita tentang Issac dalam satu malam. Ayal betul-betul senang hati. Hmm…Nanti bila Ayal free Ayal bawa aunty ronda-ronda satu Naraya sebelum aunty terbang balik.”
Tangan Faryal yang berada dalam genggaman Nila ditepuk lembut. Senang dengan tawaran anak muda itu. “No worries, I’m not in a rush to fly back. Aunty ada beberapa perkara nak selesaikan dekat sini.” Dikerling Issac.
Okaylah, ada orang tu dah main-main mata dengan aunty suruh aunty cepat. You take care dear and if you need anything I’ll be here.” Tutur Nila dengan makna yang tersirat.
Issac yang sebentar tadi menayang muka yang ceria sedikit kendur apabila mendengar kata-kata Nila yang tidak disukainya. Pulang nanti dia akan menanya maksud Nila tadi.
Terima kasih. Selamat malam aunty.” Mereka berdua melaga kedua-dua belah pipi mereka sebelum Nila membolos diri ke tempat duduk depan.
Faryal berpaling ke belakang. Mata Faryal dan Issac berlaga. Sebelum dilarikan ke tempat lain. Dua-dua tiba-tiba rasa kekok. Issac menggaru kepalanya yang tidak gatal sementara Faryal menunduk sedikit kepala. Mereka berdua gelak kecil. Issac berdehem.
Thanks again for tonight. I had fun.” Faryal berkata dulu sebelum Issac dapat membuka mulut.
Saya yang patut ucapkan terima kasih sebab awak sudi terima undangan saya, dan paling penting sudi memakai baju yang saya belikan. Nampaknya malam ni saya memang tak boleh tidur sebab teringatkan awak.” Dah mula dah kata-kata manis dia.
Tergelak Faryal dibuatnya.Sudah lali dengan kata-kata manis yang keluar dari mulut Issac.
Angel.” Kepala diangkat Faryal melihat muka Issac yang sentiasa bermain difikirannya setiap saat.
Tentang my other half tu…” Hati Faryal berdegup kencang tiba-tiba. Melihat mata hazel lelaki itu menikam matanya lembut membuat Faryal tidak keruan.
I really mean it. Saya tahu pada awak kita baru berkenal tetapi jujur saya kata, pertama kali saya bertemu dengan awak, hati saya tak boleh duduk diam. Saya ingin sangat bertemu dengan awak. Hari demi hari saya semakin yakin yang awak adalah milik saya. My angel. My other half.”
Pergelangan tangan Faryal dirai Issac. Tersentuh hati Faryal mendengar luahan hati lelaki itu. Memang tipu kalau dia kata yang dia tidak merasai apa yang sedang dirasai Issac. Entah mengapa dia takut. Takut jika dia dilukakan oleh insan bernama lelaki buat sekian kali. Tambah lagi dia masih muda dan banyak perkara yang harus difikirkannya.
Issac…” Terdiam Faryal dibuatnya apabila lelaki itu meletak jarinya dibibir mungil Faryal.
It’s okay angel. Saya tak perlukan jawapan awak sekarang. Saya mahu awak berfikir dan saya mahu awak tahu apa yang saya rasakan selama ini. Saya tahu kita masih muda dan awak mungkin fikir yang kita baru berkenal, tetapi pada saya kita sudah lama kenal, hanya sekarang kita dapat mengenali satu sama lain dengan lebih dalam lagi.”
Issac dapat melihat kelopak mata Faryal sudah berkaca. Jari yang tadi dibibir naik menyeka air mata yang mahu jatuh menodai pipi yang mulus itu.
Saya akan tunggu jawapan awak. Saya akan berada disisi awak. Sekarang dan untuk selama-lamanya.” Tutur Issac dengan penuh ikhlas.
Pertama kali berjumpa dengan Faryal dihari permakaman papanya dia sudah mengunci hatinya buat budak perempuan kecil yang menghibur hatinya. Walaupun pertemuan seketika, tetapi pada dia yang pada masa itu rasa kehilangan yang teramat, budak kecil itulah yang membuatnya tersenyum dan tertawa pada hari yang penuh duka. Sebuah bidadari yang dihantar kepadanya.
Kedengaran pagar dibuka menyedarkan mereka berdua daripada ke asyikkan mereka. Issac menurun tangannya dari mengusap pipi bidadarinya itu. Faryal pula mengesat matanya yang berair. Diangkat kepala melihat ke dalam rumah. Susuk tubuh Nek Wan kelihatan berdiri di bilik kerjanya ditingkat atas. Issac turut melihat apa yang sedang dijamah mata Faryal ketika itu.
I guess that’s my cue to go.
Mereka ketawa kecil. Issac merenung Faryal seketika mahu melihat wajah budak perempuan yang bermain difikirannya selama lapan tahun berubah menjadi seorang wanita yang ayu.
Terima kasih sekali lagi untuk malam ni.”
Sama-sama.” Issac melangkah ke tempat pemandu. Faryal melambai ke Nila di dalam.
Angel.” Faryal melihat Issac yang masih belum memasuki keretanya.
Get ready for the date. You and me.

Faryal tersenyum lebar. Hampir telupa dia dengan auction yang dimenangi Nila tadi. Issac akhirnya memasuki kereta dan terus memandu pergi. Sebaik saja kereta Issac hilang dari pandangan Faryal berpaling dan dapati bilik kerja Nek Wan yang tadinya terang sekarang sudah gelap. Dengan hati yang riang dan bibir yang menggambarkan kebahagiaan itu, Faryal melangkah masuk memikirkan resipi apa yang mahu dicubanya nanti.

No comments:

Post a Comment