Bab
38
Berkerut
dahi apabila merasa sinar cahaya menembusi bilik tidurnya. Issac yang
tadi tidur lena tersadar apabila kedengaran suara yang sudah lali
dengan telinganya dari kecil lagi. Matanya yang dibuka ditutup
kembali apabila cahaya matahari menyilaunya. Dilihat jam disisi meja.
Lapan setengah. Lantas dia kembali baring diatas katil. Bantal
dipeluknya erat dan gebar ditarik seluruh tubunya mahu sambung tidur
yang terganggu.
“Izzat
Danish Aka Issac Daimaru! Bangun sebelum mother
buat air terjun dekat sini.” Bercekak pinggang Nila apabila anak
bujang itu tidak ada tanda-tanda mahu bangun. Gebar yang menutupi
tubuh Issac direntap kasar. Dengan pantas Issac menariknya kembali.
“Mother
kira sampai tiga. Kalau tak bangun, minum air freelah
namanya. Satu.”
Nila
menuju bilik air dihujung biliknya Issac. Mengerling sekilas Issac
yang masih tidak mahu bergerak. Pintu bilik air dibuka. Gelas yang
terdapat dalam bilik air itu dicapai.
“Dua.
Mother
tak tipu ni.”
Paip
sinki dibuka deras supaya Issac dapat mendengar bunyi air mengalir.
Sebaik saja gelas itu penuh, kakinya melangkah keluar. Sengaja pintu
bilik air ditutup dengan kuat hingga berdentum.
“Dua
setengah… Last
warning
Izzat Danish!”
Kakinya
terhenti disisi katil. Mata memerhati gebar yang gelembung. Satu
tangan memegang gelas yang penuh dengan air dan lagi satu sudah
memegang gebar bersiap sedia untuk melakukan apa yang sedang bermain
difikirannya.
“Tiga!”
Gebar
direntap kasar dan disiram air dalam gelas ke muka Issac. Terduduk
terus Issac sambil tercungap-cungap. Nila meletak gelas yang sudah
kosong dimeja lantas bercekak pinggang. Senyuman lebar bermain
dibibir. Aku dah suruh bangun tak nak jugakan. Hah! Sekarang padan
muka.
“Mother!”
Marah Issac sambil meraup mukanya yang sudah basah.
Nasib
baiklah dia tak pakai baju bila tidur, hanya seluar pyjamas
saja yang sedikit basah. Yang basah teruk adalah cadar katilnya.
Dipandang Nila yang menjungkit kening kanannya ala Ziana Zain.
“Apa
mother-mother?
Mother
dah
beri peluang untuk bangun tapi tak nak dengarkan. Sekarang bangun,
mandi lepas tu pergi kemas ni semua. Mother
tunggu dekat meja makan.” Arah Nila kepada Issac yang masih
bermasam muka.
Aviya
yang melihat adegan itu dari pintu bilik Issac menggeleng kepala.
Dari kecil hingga sekarang kalau Issac dan ibunya tinggal satu
bumbung memang kecoh setiap pagi. Jeritan Nila menyuruh Issac bangun
sentiasa mengakhiri dengan jeritan Issac akibat dijirus air. Bapanya
sendiri sudah tak tahu mahu buat apa dengan perangai ibunya yang satu
itu. Suka sangat siram air.
“Jangan
nak monyok-monyok. Cantiklah tu. Kalau Ayal nampak ni memang tak
jadi kahwin pun dengan kamu ni hah. Merajuk saja kerja dia. Cepat
bangun, mandi, kemas lepas tu turun makan.”
Nila
memberi arahan sekali lagi. Issac meramas rambutnya yang sudah basah
dengan kasar. Tidak sangka Nila mengotakan kata-katanya. Kalau dulu
hanya ugutan dibibir tetapi kali ini aksinya turut terjadi. Nila
keluar meninggalkan Issac yang masih duduk di birai katil.
Dilihat
Aviya sedang memeluk rangka pintu dengan senyuman dibibir. Langkah
berhenti didepan anak perempuannya pula.
“Ni
lagi satu. Boleh lagi dia berdiri dekat sini. Pergi sana turun bawa
siapkan sarapan.” Aviya tersengih-sengih dengan tengkingan Nila.
Sudah lali dengan perangai ibunya itu. Issac sudah bangun dari katil
dan mencapai tuala di tempat penyidai.
“Alah
mother,
it’s a Sunday. Why not we just eat outside?
Right Issac?”
Aviya melihat Issac dengan muka mengharapnya. Berharap Issac akan
meyebelahinya.
Issac
yang sedang berdiri di tengah bilik itu dengan tuala dibahu melihat
Nila dan Aviya bersilir-ganti. “Kalau you nak jadi isteri mithali,
I cadangkan you pergi buat sarapan. I
want scramble eggs with grilled cheese sandwich. Thanks.”
Dengan itu Issac melangkah memasuki bilik air.
Berasap
telinga Aviya apabila Issac memberinya arahan untuk menyiapkan
sarapan. Nila didepan dipandangnya. Melihat ibunya yang menayang muka
kemenangannya. Muka kemenangan ibunya adalah kening yang dinaik macam
Ziana Zain. Bibir yang herot dan mata yang nakal. Aviya mengeluh tahu
dia kalah.
“Fine!
I’m serving cereals for breakfast whether you like it or not.”
Tutur Aviya sebelum berpusing dan melangkah menuruni tangga.
Nila
melihat kelibat Aviya menuruni tangga. Nafas ditarik dalam sebelum
menghembusnya keluar. Dari kecil dia sudah mengajar anak-anaknya
hidup berdikari. Dari membasuh, menyiapkan makanan atau membersihkan
rumah semua dilakukan sendiri. Walaupun di Paris dia mempunyai
pembantunya sendiri tetapi dia tetap suka anak-anaknya melakukan
pekerjaan sendiri. Tidak mahu mereka mengharapkan orang lain. Buat
apa Tuhan memberi tangan, kaki semua tapi tidak digunakan. Sama
seperti anak-anak perempuannya, Issac juga diajar berdikari.
“Mother!
Father is on the phone.”
Laung Aviya dari bawah menyedarnya dari lamunan. Pantas dia menuruni
tangga untuk bercakap dengan buah hatinya.
**
Sebaik
saja tiba diruang makan, tersenyum lebar Issac melihat pesanannya
kepada Aviya tadi. Dia hanya bergurau tidak sangka Aviya membuatnya
juga. Tangannya mencuil sedikit telor ke dalam mulut. Tangannya
ditampar Aviya yang sedang menghidang beberapa keping roti keju bakar
dimeja. Semakin lebar matanya. Kerusi ditarik tidak sabar mahu
menikmati sarapan yang sudah membuatnya mengiur. Apabila tangan ingin
mengambil sekeping roti bakar, Issac sudah menyeringai kesakitan.
Mana tidak? Telinganya sedang dipiat oleh siapa lagi kalau bukan
Nila.
“Beberapa
kali mother
cakap. Sebelum makan kena buat apa?” Mata Nila mencerlung kepada
Issac yang sedang memegang tangan Nila ditelinganya. Sudah merah muka
anak muda itu.
“Ow!
Cu..cuci tangan.” Nila melepaskan telinga Issac puas dengan jawapan
lelaki itu. Lantas duduk dikerusinya pula.
Aviya
mengekek ketawa. Issac pula menggosok telinganya yang sudah merah.
Tubuhnya diangkat ke dapur untuk mencuci tangannya. Sebelum itu
sempat juga dia mecubit pipi Aviya sebelum lari ke dapur.
“Mother
tengok apa yang Izzat buat. Sakit…” Adu Aviya sambil mengusap
pipinya. Tetapi tidak dihiraukan Nila.
Kedua
anak perempuannya memang manja. Suaminya Pablo yang sentiasa menurut
permintaan anak-anaknya itu. Kalau mereka mahu sebuah kereta
Volkswagon Pablo akan cakap okay, tetapi dia akan cakap tidak. Boleh
bertengkar besar dia dan suaminya akibat anak-anaknya itu, tetapi
Pablo akhirnya mengalah dan kata kalau mahu kereta Volkswagon kena
ikut arahan Nila. Apa lagi kalau tidak merajuk sakanlah mereka.
Tersedar
dia dari lamunan apabila bunyi kerusi diseret menanda Issac sudah
kembali di tempat duduknya. Tanpa lengah roti keju bajar dicapai
Issac. Nila menggeleng kepala. Dari kecil tak hilang tabiat Issac
yang satu ini. Suka sangat makan apa saja yang berkeju. Kek keju,
pizza janganlah cakap, satu kotak Issac boleh habiskan sendiri. Gila
keju sangat sampai anak pertamanya Nat, memberi Issac gelaran cheese
monster.
Tersenyum
dia melihat Issac menikmati sarapan. Aviya pula makan dengan suapan
yang kecil. Kopi buatan Aviya dihirupnya.
“Mother,
tadi father
nak apa?”
“Nothing.
Just the same thing.”
Balas Nila tidak mahu menjelaskan apa yang dikatakan suaminya tadi,
“Nila
I tak mahu you buat perkara bodoh dekat sana. Lupakan saja dendam you
terhadap mereka. Kita bukan Tuhan untuk menghukumnya. Just leave it
to god okay sweetheart.”
Salah
satu pesanan Pablo kepadanya. Dia tahu suaminya itu risau dengan
keadaannya disini. Suaminya sendiri yang tidak membenarkannya hadiri
acara semalam tetapi akhirnya mengalah juga apabila dia meyakinkan
suaminya itu bahawa dia disana keranan anak-anaknya.
Memang
dia tidak terfikir langsung tentang rasa dendamnya terhadap Khaleed.
Tetapi bila dia bertembung dengan Khaleed semalam, ia menyemarakkan
kembali keinginannya untuk menjatuhkan lelaki itu. Dia tahu Pablo
tidak akan suka dengan apa yang dirancanganya semalam hingga tidak
lena tidurnya. Tetapi ini saja jalan untuk membalas semua yang
Khaleed telah lakukan.
“Mother
tak
terfikir untuk sambung rancangan mother
yang father
hentikan beberapa tahun yang lalukan?” Aviya menyoal Nila apabila
melihat ibunya sedang mengelamun sekali-sekala tersenyum nipis.
Dilirik ke arah Issac yang sedang memegang roti bakar ditangan tidak
jadi disuapnya ke dalam mulut.
Nila
gelak sambil menjungkit bahunya. Roti bakar dicapainya. Buntang mata
Aviya dengan reaksi ibunya itu.
“Mother
dah janji dengan father
yang mother
tak akan merancang apa-apa terhadap mereka bukan.” Suara Aviya
sedikit tinggi.
Ini
yang ditakutinya apabila Nat memberitahu bahawa Nila akan menghadiri
acara Daimaru International. Sudah acap kali dia menghalang tapi
tidak diendah Nila. Aviya mengeluh. Badannya dihempas ke belakang
kerusi tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi.
“Semalam.
Bila mother
cakap
kepada Ayal yang mother
tak kelam-kabut untuk pulang sebab mother
ada beberapa perkara yang nak diselesaikan. Perkara yang dimaksud
mother
adalah Khaleedkan?” Soal Issac apabila mengingati kata-kata Nila
kepada Faryal sebelum memasuki kereta.
Memang
semalam dia ingin bertanya tetapi apabila melihat Nila sedang senang
hati dia tidak jadi bertanya. Sekarang bila Aviya memulakan bicara,
baru dia teringat. Kedua-dua anak muda itu merenungnya tajam. Nila
dengan selamba menyuap roti bakar ke dalam mulut.
“Issac
sweetheart.
Ada banyak perkara yang mother
harus selesaikan dan salah satunya adalah perkahwinan kamu dengan
Ayal.”
“Mother!
We’re not talking about
Ayal.” Aviya merengus kasar. Kepalanya dipicit pening dengan Nila
yang suka membeli-belitkan fakta.
“Well.
You’re not talking about Ayal, but I am.”
Kopi dihirup dengan tenang.
Issac
melepaskan keluhan. Dia tahu tiada cara lain untuk menghentikan Nila
dari melaksanakan apa yang sedang dirancang melainkan Nila turut
serta dalam rancangannya. Dia tahu ini akan membahayakan Nila tetapi
sekarang tiada cara lain. Nila bukan orang yang senang diperbodohkan.
“Mother,
Izzat tahu mother
nak balas dendam atas apa jadi pada mama dan papa. Tapi Izzat ada
cara Izzat sendiri.” Nila yang mahu menghirup airnya menurun
cawannya kembali.
“Apa
maksud kamu dengan cara kamu sendiri?” Anak matanya menikam Issac
yang sedang menunduk. Setiap kali lelaki itu membuat sesuatu yang
tidak disukainya, itulah gaya Issac. Menunduk tidak berani bermain
mata dengannya.
“It
seems I have no choice but to let you in on this.”
Tersentak
Issac apabila kakinya ditendang Aviya dibawa meja. Mereka saling
bertatapan. Aviya mencerlung matanya memberi amaran kepada Issac
tetapi lelaki itu tidak menghiraukannya.
Cawan
yang dipegang Nila diletak kembali atas meja. Tangannya sudah
berlipat dipermukaan meja. Dipandang Aviya dan Issac bersilir ganti.
“Mother
dah syak mesti kamu bertiga sembunyi sesuatu dari mother.
No wonder Nat has been living at her apartment instead of at home.
Sekarang
cerita.”
Issac
menarik nafasnya dalam. “Macam ni…”
**
Aviya
menolak kuat tubuh Issac supaya ke depan tetapi lelaki itu mengundur
ke belakang dan menolak tubuh Aviya pula. Berkali-kali mereka berbuat
begitu. Mulut berkumat-kamit berbisik antara satu sama lain. Sekali
sekala mereka bercakar sebab dua-dua tidak mahu maju ke depan.
“Pergilah!
You yang mulakan. Jadi you pergi sana.” Tubuh Issac ditolak Aviya
buat sekian kali.
Issac
ke sebelah Aviya kembali. “Apa pula I? You yang buka mulut tanya
fasal father
tu
apahal. Jadi you pergi sana.” Tubuh Aviya pula ditolak Issac.
Terdorong Aviya ke depan tetapi dengan pantas dia mengundur ke
belakang.
Mata
mereka memerhati Nila yang sedang duduk di kerusi yang terdapat
dibalkoni. Pandangan Nila dari tadi dilempar ke arah bangunan yang
berdiri jauh dari apartment mereka. Setelah selesai memberitahu Nila
apa yang sedang dirancangkan Issac, Nila mengeluh kuat, dipandang ke
depan buat seketika sebelum bangkit bangun dan menuju ke balkoni yang
terdapat taman mini di apartment dua tingkat itu.
Terpinga-pinga
Issac dan Aviya dibuatnya dengan reaksi Nila yang bertukar dari ceria
ke suram. Hampir dua jam Nila hanya duduk dikerusi dan sekali-sekala
menukar posisinya. Tidak sepatah pun kata yang keluar dari mulut Nila
yang suka bercakap itu membuat anak-anak muda itu rasa resah. Mereka
berdua sedia maklum kalau Nila diam seribu mesti ada sesuatu yang
sedang mengganggu ketenteraman fikirannya. Apatah lagi mereka
sekeluarga sudah lama merahsiakan perkara ini dari pengetahuan Nila.
Aviya
menolak Issac sekali lagi ke depan tetapi Issac membatu dirinya
sendiri menyukarkan Aviya menolaknya ke depan.
Nila
yang perasan gelagat anak-anaknya dari ekor mata dan juga telinga
yang menangkap suara mereka bertikam lidah, akhirnya bersuara.
“Duduk.” Terhenti terus aksi tolak menolak itu. Aviya yang berada
dibelakang Issac mengeluarkan kepalanya melihat Nila masih diam
dengan posisi yang sama. Issac dan Aviya berpandangan. Tidak pasti
adakah mereka dengar suara Nila atau tidak.
“Duduk!”
Dengan pantas mereka berlari mengambil tempat dikerusi panjang
bertentangan dengan Nila.
Mereka
berdua mengamati Nila yang masih tidak memandang mereka. Tindakan
Aviya menyiku Issac disebelah membuat lelaki itu memandangnya dengan
kerutan didahi. Issac mengangkat kepalanya sedikit bertanya apa.
Aviya menjawab dengan memuncung ke arah Nila yang masih membisu.
“Kalau
boleh mother
mahu bawa kamu berdua pulang ke Paris, tetapi mother
tak akan melakukannya. Mother
tahu ini amanah Fiyah untuk kamu Issac dan mother
mahu kamu mengotakannya.” Tutur Nila masih tidak memandang mereka.
Dia
kenal dengan Lutfiyah atas kerjasama antara syarikat suaminya dan
syarikat Lutfiyah. Lutfiyah yang berulang-alik ke Paris untuk kerja
dan Faryal yang sedang belajar disana ketika itu. Apabila mendengar
berita bahawa Lutfiyah meninggal dalam kemalangan yang ngeri entah
mengapa dia merasakan ini semua dalangnya Khaleed. Siapa tak tahu
Khaleed yang gila harta dan kuasa?
Selama
dua jam dia memikir dan cuba memahami apa yang diceritakan Issac
kepadanya tadi. Memang dia kecewa apabila diberitahu bahawa Pablo,
suaminya sendiri sudah sedia maklum akan rancangan mereka. Itu
bermakna hanya dia saja yang tidak tahu menahu tentang apa yang
sedang berlaku di Naraya sementara dia berada di Paris. Dia tahu
rancangannya untuk menghancurkan Khaleed sekeluarga dulu sedikit
sebanyak membuat mereka semua merahsiakan perkara itu daripadanya.
Memang dia akur bahawa dia masih berdendam atas apa yang terjadi
kepada Kat sekeluarga tetapi dia sekarang dapat mengawalnya. Fikir
punya fikir dia sudah membuat keputusan. Keputusan bukan hanya untuk
keluarganya sendiri tetapi keluarganya Lutfiyah juga.
Akhirnya
dia menoleh mengamati dua anak muda yang sedang memerhatinya dari
tadi. Dua anak muda yang amat disayanginya seluruh jiwa raga. Dia
tidak sanggup kehilangan salah satu daripada mereka. Kalau Khaleed
mengapa-apakan mereka, dia sendiri akan menghabiskan Khaleed
Jamaluddin didunia ini.
“Tapi
mother
ada
dua permintaan.” Aviya dan Issac memandang satu sama lain. Tidak
suka dengan apa yang mereka dengar tadi.
“Satu.
Jangan sesekali kamu merahsiakan apa-apa perkara yang melibatkan
keluarga mother.
Faham?!” Pantas kedua anak muda itu angguk apabila Nila bersuara
tegas. Tambah lagi mata Nila yang membulat kepada mereka.
“Kedua.
Mother
nak bahagian dalam rancangan kamu ini.” Terangkat kepala Aviya dan
Issac mendengar permintaan Nila yang kedua.
“I
want Khaleed.”
Tutur Nila dengan penuh dendam dan geram. Bibir diketap.
Mendengar
Nila mengatakan tiga perkataan akhir dengan tegas dan penuh perasaan
dendam, Aviya menjadi takut. Takut dengan apa yang bakal dilakukan
Nila nanti. Rancangan yang sudah berjalan kini terpaksa menambah lagi
satu ahli. Ahli yang seperti Issac mempunyai dendam sendiri terhadap
Khaleed.
Aviya
menekup mukanya dengan kedua belah tangan sementara Issac meramas
rambutnya sudah mengagak bahawa Nila akan berkata begitu. Kalau dulu
rancangan Nila untuk menghapuskan Khaleed sekeluarga dibatalkan oleh
Pablo, dia tahu Nila melihat rancangan yang sedang diaturnya kini
salah satu cara bagi menunduk dan menghancurkan Khaleed. Dipandang
Nila yang sudah senyum sinis dengan pandangan yang sepertinya
mempunyai rancangannya sendiri. Rancangan jahat yang penuh dendam.
Best3..makin xsabar nk tahu cite seterusnya..
ReplyDeletebest . :)
ReplyDeletenext ep pleaseeee :-)
ReplyDeletecool...habis kat blog ke kak..mystery...i like..nope love..good job kak.. ^^
ReplyDeleteAkak belum tahu lagi kalau nak habis dekat blog ke tak...nanti akak update:B
Delete