Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 22 July 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 39

Bab 39

Bau harum semerbak dari dapur membuat Hisham yang ingin ke pintu utama melencong ke arah dapur pula. Senyum lebar dia sebaik saja mendekati ruang dapur. Dari kaca pemisahan kecil yang terletak elok ditembok pemisah, dia melihat siapa lagi kalau bukan Faryal sedang mengacau sesuatu. Hisham meyandar tubuhnya di pembukaan masuk ke dapur. Tangan naik memeluk tubuh. Mata mengamati anak dara yang asyik dalam dunianya sendiri. Hisham berdehem beberapa minit kemudian. Faryal mengangkat kepalanya lantas menayang senyuman manis kepada Hisham yang berdiri macam model di muka pintu.
Mmm! Bau sedap. Cef Ayal masak apa ni?” Soal Hisham berjalan menghampiri kitchen island yang terletak cantik ditengah ruang dapur yang besar itu.
Kerusi tinggi yang terdapat di kitchen island itu ditarik dan dilabuh punggungnya. Kepala dipanjang sedikit melihat apa yang sedang dikacau Faryal sedari tadi. Faryal mengerling Hisham yang sudah duduk didepannya.
Bakso untuk makan malam dan….”
Faryal menyarung sarung tangan lantas membuka ketuhar dibelakang. Membulat mata Hisham melihat apa yang berada didalam ketuhar. Mengiur Hisham dibuatnya. Faryal mengeluarkan dulang yang berisi penuh itu.
Scones ala Faryal Shameena untuk minum petang.”
Dulang yang panas itu diletak atas rak besi dihujung meja. Sempat Faryal mengambil bau sehingga tertutup matanya. Sedapnya bau! Keceriaan terpancar dimuka Faryal. Bangga apa yang dibuatnya terjadi. Tangan Hisham yang ingin mengambil scones yang dekat dengannya itu dipukul Faryal.
Faryal yang satu tangan bercekak pinggang dan lagi satu menggoyang-goyang jari telunjuk didepan Hisham membulatkan matanya. “Bukan sekarang. Nanti minum petang dengan Nek Wan baru boleh.”
Tersengih-sengih Hisham dibuatnya. Dari pertama kali dia merasa apa saja makanan buatan Faryal dia sudah jatuh cinta. Eh! Bukan jatuh cinta dengan Faryal tetapi dengan makanan yang dibuat oleh Faryal. Marah nanti buah hati dia kalau jatuh cinta dengan Faryal. Ish! Ish! Ish!
Faryal menghirup sedikit sup bakso yang sedang medidih didalam periuk. Botol garam dicapainya dan menabur secubit ke dalam kuah bakso. Hisham membongkok sedikit badannya apabila Faryal menyua sudu yang berisi sup Bakso padanya. Ibu jarinya diangkat. Memang sedap! Tambah lagi dekat luar tengah hujan. Memang kena habis.
Hmm…Abang Sham masuk kerja hari minggu ni apasal? Bos tak beri rehat eh?” Soal Faryal, hairan melihat Hisham dirumah Nek Wan pada hujung minggu. Hari Ahad pula tu.
Selalunya hujung minggu semua pekerja bawa Nek Wan tidak bekerja sebab Nek Wan kata, hari minggu adalah masa untuk keluarga. Jadi sementara Mak Leha, Pak Atan cuti, Faryal yang mengganti tempat Mak Leha membuat kerja rumah. Kata Nek Wan senang kalau dah kahwin nanti. Hmm…Yelah tu Nek Wan!
Abang Sham datang sebab nak briefing Nek Wan tentang jadualnya minggu ni. Satu minggu ni abang Sham tak ada. Cuti. Cuti kahwin.”
Tangan Faryal yang sibuk mengacau dari tadi berhenti mendadak. Matanya bulat merenung Hisham yang sedang ketawa berdekah-dekah. Tuala yang berada berdekataan dicampak Faryal ke muka Hisham tetapi lelaki itu pantas menepisnya.
Banyaklah abang Sham punya cuti kahwin.” Tangannya mengalih scones yang sudah surut sedikit suhunya ke atas pinggan yang tersedia.
Abang memang tak ada pun minggu ni. Bukan sebab cuti tapi sebab kerja.”
Abang pergi mana?” Soal Faryal ingin tahu. Kaki langkah ke arah peti sejuk besar Nek Wan dan diperhati seketika isinya.
Singapore, Malaysia dan Paris.” Tutur Hisham yang sudah menyadar santai dibelakang kerusi tinggi itu sambil mata memerhatikan Faryal membelek-belek botol jam dalam peti sejuk.
Setelah puas hati dengan pilihannya, Faryal menuju kembali ke kitchen island dan meletak empat buah botol yang diambilnya tadi. Tangannya menggenggam bucu meja.
Bestnya! Kenapalah Nek Wan tak hantar Ayal? Kalau Nek Wan suruh malam tu juga Ayal pergi. Singapore tempat dia cantik. Malaysia makanan dia best. Kalau Paris, minah dan mamat dia ish ish ish! Merveilleux!”
Faryal membuat gaya mencium hujung jari-jemarinya yang disatukan dibibir sepertimana cef yang mengajarnya semasa berada di Paris buat setiap kali mengata perkataan ‘merveilleux’ dengan loghat perancisnya.
Ayal masih baru. Bukan macam abang Sham dah…”
Old-timer.” Tutur Faryal selamba sambil mematikan api selepas baksonya sudah mendidih.
Correction. Dah berpengalaman.”
Hisham ketawa kecil apabila Faryal menjuling matanya. Tiga jari kirinya dilurus membuat huruf ‘W’ sebelum membengkoknya ke kanan membuat huruh ‘E’ pula. Macamlah dia tak tahu apa yang dimasksudkan Faryal. Whatever. Budak sekarang macam-macam kerenahnya. Jam tangan dilirik.
Okaylah Ayal, abang nak kena balik ni, barang belum kemas lagi.”
Alah, Ayal ingat abang Sham stay untuk makan malam. Bakso ni banyak hah. Abang Sham tunggu biar Ayal bungkuskan untuk semua dekat An-Nur sekali. Jap eh!” Faryal berlari ke pantri mencari Tupperware untuk mengisi kuah Baksonya.
Hisham kembali duduk dikerusi tinggi. Scones yang disusun Faryal atas pinggan dicapainya. Botol jam perisa strawberi dicapai, dibuka dan disapunya atas permukaan scones yang dibelah dua tadi. Dengan bismillah disuapnya kedalam mulut. Hmm…sedap! Ini yang akan dirinduinya selama seminggu nanti. Masakan Faryal.
**
Nek Wan yang sedang duduk disebalik meja kerjanya mengangkat kepala apabila pintu bilik kerjanya dikuak dari luar. Nek Wan menyilakan Amber pengganti Hisham selama seminggu itu masuk. Dokumen yang diletak Amber depannya dibaca sekilas sebelum menurun tandatangannya atas kertas putih itu. Seusai selesai, Nek Wan mengarah Amber supaya mengambil saja pesanan kalau ada sesiapa yang menelefon sebab dia tidak mahu diganggu. Amber angguk dalam berlalu pergi. Sebaik saja pintu ditutup rapat, cermin mata yang digunanya apabila membaca dibuka dan meletaknya atas meja yang sarat dengan kertas kerja. Fikirannya kusut beberapa hari ini memikirkan tentang semua yang berlaku. Satu persatu diingatinya.
Pada malam Faryal menghadiri acara syarikat Issac, dia sendiri bertemu dengan Tuan Kamil Arsyad ingin bertanya lanjut tentang apa yang sedang berlaku. Tetapi perjumpaannya hampa apabila kawan baik arwah suaminya itu menepis soalan demi soalan yang ditanya. Tapi hanya satu saja yang lelaki itu kata.
Dalam kehidupan ini tidak semua yang harus kita ketahui. Kalau kita mengetahui semuanya, ia akan menjejas bukan sahaja diri kita sendiri tetapi orang disekeliling kita juga. Kita sudah tua, masa untuk yang muda melakukan apa yang patut. Hanya satu yang kita perlu ada. Iaitu kepercayaan. Kepercayaan kepada mereka untuk melaksanakan amanah yang diberi kepada mereka. Kepercayaan bahawa semua yang dilakukan mereka ada hikmahnya yang tersendiri. Kamu jangan risau Wanda, cucu kita tahu apa yang mereka lakukan. Percayalah.”
Percaya? Percaya kepada apa? Mengapa harus dia percayakan cucunya? Apa yang sedang dirancangkan mereka semua? Apa? Beberapa malam dia tidak dapat melelapkan mata, asyik memikirkan kata-kata Tuan Kamil Arsyad kepadanya.
Biarkan hubungan Danish dan Faryal berkembang seadanya. Sepertimana saya tidak masuk campur dalam hal peribadinya begitu juga saya mahu kamu lakukan kepada Faryal.”
Mengapa dia harus biarkan hubungan Issac dan Faryal? Issac yang mempunyai dua identiti tersendiri? Siapakah lelaki bernama Izzat Danish atau Issac Daimaru itu. Memang dia sudah tahu latar belakang lelaki bernama Izzat Danish, tetapi Issac Daimaru?
Tetapi Faryal juga salah satu amanah Fiyah kepada Danish.”
Amanah? Amanah Lutfiyah kepada Issac? Apa hubungan Lutfiyah dengan Issac sehingga Lutfiyah mempercayai lelaki itu untuk menjaga cucunya? Mengapa Issac?
Satu hari kamu akan faham.”
Faham? Bila? Perkara semakin rumit sehari demi hari. Soalan demi soalan mula timbul dibenak fikirannya. Soalan yang perlukan jawapan. Cari dan cari tetapi tetap tidak mendapat apa yang ingin dicarinya. Apa yang sedang berlaku dalam keluarganya sekarang? Dia tidak ada jawapan. Tambah lagi sekujur tubuh yang terlantar di An-Nur. Apa peranan dia dalam semua ini?
Nek Wan memicit batang hidungnya. Pening dan penat dengan semua yang sedang berlaku didepan dan dibelakangnya. Mungkin benar apa yang dikatakan Tuan Kamil Arsyad. Dia sudah tua dan masanya untuk anak muda melakukan apa yang patut. Tetapi hanya satu persoalan yang sentiasa ditanya. Apa yang sedang mereka rancangkan yang melibatkan bukan sahaja keluarganya tetapi keluarga Tuan Kamil Arsyad juga?
Interkom atas meja berbunyi.
Puan, Encik Rohan sudah tiba.”
Suruh dia masuk.” Arah Nek Wan lantas berdiri dan menuju ke sofa yang terdapat dihujung biliknya itu.
Sedang dia dalam perjalanan ke sana, pintu biliknya diketuk. Sebaik saja dia membenarkan masuk pintu dikuak dari luar dan kelibat anak muda bernama Rohan kini berdiri didepannya. Nek Wan mendepa tangannya menyila Rohan duduk disalah satu sofa yang terdapat dibilik kerjanya itu. Pintu yang tertutup terkuak apabila Amber memasuki menatang dulang berisi dua cawan air.
Amber, hold all my calls for now.
Amber akur sebelum meminta diri untuk kembali ke mejanya. Nek Wan menyila Rohan minum air yang disediakan Amber tadi. Lelaki itu meletak sampul surat sederhana besar di atas meja sebelum mencapai cawan diatas meja. Sedang Nek Wan menghirup teh didalam cawan, matanya mengamati sampul surat itu. Hatinya tiba-tiba berdegup kencang tahu benar apa yang akan dikhabarkan Rohan nanti.
Saya panggil kamu ke mari seperti yang dibincang ditelefon hari itu, saya mahu tahu hasil penyelidikan kamu tentang mereka.”
Tidak banyak maklumat yang kami dapat mengenai mereka. Maklumat peribadi tetap sama. Apa yang kami tahu Geraldine mempunyai seorang adik lelaki di Paris. Itu sebab dia sering berulang alik dari sana dan kami juga dapat tahu bahawa Geraldine kini tidak lagi bekerja di Butik Bidadari.”
Butik Bidadari?”
Rohan mencapai sampul surat itu dan menghulur sebuah fail berwarna coklat dari dalamnya kepada Nek Wan. Fail yang berada didalam genggaman dibukanya. Beberapa keping gambar dibeleknya. Gambar Geraldine diluar butik bidadari bersama Khaleed, Ahdia dan Shariq. Selepas itu gambar Shariq dan Geraldine disebelah sebuah kereta.
Kami dapat tahu bahawa Issac atau Izzat telah membuat keputusan yang Ahdia bekerja dibutik Bidadari dan bukan di FS Companies. Geraldine berhenti bekerja sebab tidak tahan dengan sikap Ahdia yang sambil lewa. Kami dapati juga bahawa keadaan butik Bidadari semakin merosot setelah Geraldine berhenti.” Jelas Rohan. Nek Wan sekali-sekala angguk kepalanya faham sambil tangan membelek gambar dan mata membaca laporan yang terdapat dalam fail itu.
Nek Wan mengangkat kepalanya kepada Rohan. “Macam mana dengan Alex peguam peribadi Fiyah?”
Rohan menghulur sebuah lagi fail kepada Nek Wan. “Kami dapati Alex telah mengarah orang upahannya mencari seseorang bernama Aairah.”
Aairah?”
Orang saya sedang mencari maklumat mengenainya.” Dahi Nek Wan berkerut memikirkan siapa perempuan bernama Aairah itu.
Aairah? Nafas NeK Wan tiba-tiba tersekat apabila mengingati sekujur tubuh yang terlantar di An-Nur. Mungkinkah dia yang bernama Aairah? Orang yang dicari mereka?
Dan yang ini mengenai Izzat Danish atau lebih dikenali sebagai Issac Daimaru kepada Faryal.” Nek Wan menutup fail mengenai Alex dan mencapai fail yang disua Rohan kepadanya. Nek Wan menarik nafas yang dalam. Dapat mengagak apa yang terdapat disebalik muka depan itu.
Fail dibuka. Memang betul tekaannya. Gambar Issac bersama Faryal. Gambar Issac bersama Tuan Kamil Arsyad. Gambar Issac bersama Geraldine. Gambar Issac bersama Khaleed. Khaleed?! Tajam mata Nek Wan melihat gambar Issac dan Khaleed sedang berbicara di depan tandas.
Pasti ini gambar semasa mereka di acara makan malam sabtu lalu. Nek Wan yakin yang Khaleed pasti tidak tahu mengenai kehadiran Faryal diacara yang sama. Kalau dia tahu mesti Faryal akan memberitahunya.
Izzat Danish dan Issac Daiamaru adalah orang yang sama. Izzat Danish, cucu kepada Tuan Kamil Arsyad dan CEO FS Companies. Issac Daimaru, anak kepada Khadiyah Binti Sufian Ali dan Edward Daimaru atau lebih dikenali sebagai Eddy Bin Kamil Arsyad.”
Nek Wan memandang Rohan yang sedang menjelaskan hasil penyelidikkan mengenai Issac. Dia sudah tahu tentang dua identiti Issac itu. Jadi dia tidak terperanjat dengan kata-kata Rohan tadi.
Kening Nek Wan bertaut melihat sekeping gambar yang terdapat dalam fail itu. Gambar dimana Faryal sedang duduk berpeluk tubuh didepan Aviya. Apa yang menghairankan adalah Aviya sedang memandang ke arah Issac dipintu masuk tempat makan itu. Gambar itu ditunjuk kepada Rohan yang sedang berbicara mengenai Issac. Rohan mengecilkan matanya melihat gambar itu.
Masa itu di restoran Jones. Faryal dan pembantu peribadinya disana waktu makan tengah hari. Apabila Aviya berlalu ke tandas, Issac telah berada di pintu masuk restoran itu. Tetapi Aviya tidak ke tandas, dia keluar dari pintu belakang restoran menuju ke kereta, meninggalkan Issac bersama Faryal. Issac yang menghantar Faryal kembali ke tempat kerja.”
Nek Wan cuba mencerna maklumat yang diberi Rohan itu. Dia mula rasa tidak sedap hati dengan apa yang sedang bermain difikirannya. Adakah Aviya bekerja untuk mereka? Dia mengambil Aviya bekerja untuknya pun atas desakan Lutfiyah. Lutfiyah memberitahunya bahawa Aviya adalah pembantu peribadi Faryal apabila cucunya itu pulang dari Paris.
Saya hairan juga mengapa dia buat begitu. Jadi saya mengarah orang saya menyelidik pembantu peribadinya itu. Dan ini hasil pencarian kami.” Rohan hulur fail yang terakhir kepada Lutfiyah. Tanpa lengah fail itu diambil Nek Wan dan dibacanya dengan teliti.
Aviya Elena Vientis. Anak kepada Pablo Vientis dan Nila Sufian Ali.
Sufian Ali?” Bisik Nek Wan kepada dirinya sendiri. Aviya dan Issac adalah saudara. Mesti Lutfiyah tahu mengenai ini itu sebab dia mengambil Aviya sebagai pembantu peribadi Aviya.
Aviya dan Issac tinggal disebuah apartment yang dimiliki keluarganya Aviya. Bersama seorang pembantu. Tetapi kini Nila, ibunya Aviya tinggal bersama mereka. Selepas kematian bapanya, Issac yang dari kecil tinggal di Paris bersama Nila berpindah ke sini untuk tinggal dengan Tuan Kamil Arsyad. Tetapi Issac kembali ke Paris empat tahun lalu.”
Nek Wan menutupi kesemua fail mengenai Aviya dan meletaknya diatas meja bersama fail yang lain. Rohan yang kini sudah berdiam diri merenung Nek Wan yang hanya diam membisu. Dia pasti Nek Wan sedang mencerna semua yang telah disampaikannya tadi.
Saya ada satu permintaan.” Nek Wan akhirnya bersuara. Nafas ditarik dalam lantas menghembusnya keluar.
Saya mahu kamu rahsiakan maklumat mengenai Issac Daimaru, Faryal dan Aviya dari pengetahuan Shayaan.”
Tapi kalau…”
Kamu jangan risau saya akan jelaskan kepada dia sendiri. Sekarang bukan masanya untuk Shayaan tahu tentang ini.”
Rohan angguk faham. Walaupun Shayaan kawannya dari universiti lagi, dia harus akur dengan permintaan Nek Wan. Keluhan melepasi bibir tua itu apabila Rohan tidak membantah.
Lagi satu, saya mahu kamu cari maklumat tentang Aairah secepat mungkin.”
Baik puan. Kalau macam begitu saya minta diri dulu.” Nek Wan angguk kepala dan mengucapkan terima kasih kepada Rohan. 

Dia tahu Rohan tidak akan beritahu Shayaan mengenai identiti Issac dan Aviya. Sekarang semakin rumit keadaan apabila ketahui orang yang bekerja dengannya selama ini ada pertalian darah bersama lelaki yang bertakhta dikerusi CEO FS Companies. Aviya? Issac? Geraldine? Alex? Aairah? Siapa mereka dan apa hubungan mereka dengan Lutfiyah?
Fail yang masih berada diatas meja direnung tajam.
Satu hari kamu akan faham.”
Kata-kata Tuan Kamil Arysad berulang kali bermain diotak fikirannya
**
Pintu kaca ditolak dari luar. Riak muka tegang ditayang kepada para pekerja di butik itu. Setiap ucapan dari para pekerja yang dilaluinya tidak diendah. Mata merenung tajam ke arah bilik dihujung butik itu. Semakin hampir semakin membara rasa amarahnya. Kunjungan Alex peguam peribadi Lutfiyah ke Villa Nur tadi pagi sungguh tidak dijangkanya. Apatah lagi berita yang disampai kepadanya. Pertama kali dia tidak mahu percaya apa yang dikata peguam itu tetapi apabila ditunjuk buktinya sendiri memang dia sudah tidak dapat berkata.
Mengeluh, merengus saja yang dilakunya semasa perjalan ke butik Bidadari dari Villa Nur. Bingung, tidak tahu apa yang harus dilakukannya lagi. Dia tidak perlu masalah yang remeh seperti ini merosak rancangannya. Nampaknya kali ini dia sudah harus bertegas.
Tombol pintu pejabat Ahdia dipulas kasar tetapi tiada orang didalamnya. Dia merengus kasar. Kepala dipicit sebelum memusing ke belakang apabila kedengaran suara seorang lelaki.
Tuan. Tuan tak boleh masuk…” Teragak-agak lelaki itu bertutur. Takut dia melihat muka Khaleed yang sedang menyinga.
Ahdia mana?” Soal Khaleed dengan suara yang tinggi.
Err...cik Ahdia keluar.”
Keluar ke mana?!”
Saya tak tahu Tuan.”
Jari telunjuk Khaleed menunding ke arah lelaki itu. “Kamu setiausahanya takkan kamu tak tahu?” Lelaki itu menekur apabila ditengking sekali lagi. Semua staf melihat apa yang sedang berlaku mula berbisik sesama sendiri.
Saya mahu kamu telefon dia sekarang!”
Lelaki itu angguk. “Baik tuan.”
Lagi satu. Bawakan saya jadual Ahdia. Beri saya senarai semua temujanji yang tidak dihadiri atau dibatal oleh dia sekarang.” Lelaki itu angguk pantas dan berlalu pergi mengikut arahan Khaleed.
Khaleed melihat para pekerja butik Bidadari semua kelam-kabut melakukan kerja mereka kembali apabila dipandang oleh Khaleed. Pintu bilik Ahdia ditutup kasar. Kaki menuju ke meja anak perempuannya itu. Bersih seperti tiada sesiapa yang menggunakannya. Kalender diatas meja dicapai dan dibelek-belek. Tiada apa-apa yang tertulis dikalender itu seperti dilakukan Geraldine sebelum ini. Fail yang tersusun cantik ditengah meja kerja kaca itu dibuka dan dibacanya satu persatu. Sambil membaca, kerusi disebalik meja itu ditariknya dan didudukinya. Mata masih khusyuk membaca fail dalam tangan.
Mulut membenarkan siapa yang mengetuk pintu itu masuk. Mata masih tidak lepas dari isi fail itu.
Tuan, ini jadual Cik Ahdia yang saya sudah cetak dan yang ini senarai nama semua temujanji yang tidak dihadiri atau dibatali Cik Ahdia.” Khaleed mencapai fail yang dihulur lelaki itu.
Kamu dapat Ahdia?” Melihat gelenggan lelaki itu Khaleed mejungkit kening kanannya inginkan penjelasan.
Err…Kali pertama saya telefon, Cik Ahdia angkat tetapi belum sempat saya beritahu Cik Ahdia tuan ada disini dia memberitahu saya dia tidak akan masuk kerja untuk tiga hari mulai hari ini. Bila saya telefonnya buat kali kedua telefonnya dimatikan tuan.” Khaleed mengeluh. Melihat lelaki yang sedang menekur didepannya bertutur dengan sopan. Khaleed menyuruh lelaki itu duduk dikerusi didepannya.
Fikirannya melayang buat seketika. Ahdia memang sudah melampau. Kerja yang diberinya dibuat sambil lewa. Dia ingat bila dihantar bekerja disini Ahdia akan mula bertanggungjawab tetapi sangkaannya meleset. Bukan semakin bertanggungjawab menaikkan butik Bidadari tetapi bertanggunjawab menghancurkan butik hasil titik peluh Lutfiyah ada lagi. Ah! Ahdia,Ahdia. Apa nak jadi dengan kamu ni? Hati kecil Khaleed berkata.
Saya mahu kamu jadual kembali semua temujanji yang dibatalkan Ahdia.” Lelaki itu dengan pantas angguk kepala sambil menulis didalam buku nota yang dibawanya tadi.
Pastikan tidak ada satu pun yang tertinggal. Kedua, kumpulkan laporan kewangan butik bidadari dari awal tahun ini sehingga sekarang.”
Ada apa-apa lagi tuan?” Soal lelaki itu apabila Khaleed diam membisu. Khaleed sebenarnya sedang memikirkan sesuatu. Sesuatu atau lebih tepat seseorang yang dapat kembalikan butik bidadari seperti dahulu.
Telefon Geraldine. Beritahunya saya mahu jumpa dengannya hari ini.”
Maaf tuan. Tetapi Cik Geraldine sekarang berada di luar negara.”
Luar negara?” Lelaki itu angguk mengiakan pertanyaan Khaleed. Tangan Khaleed naik mengurut batang hidungnya, semakin pening dia dengan semua ini.
Tak mengapa. Kamu sambung kerja kamu dan beri saya apa yang saya minta tadi.”
Lelaki itu angguk dan meminta diri. Sebaik saja lelaki itu menutup pintu rapat, Khaleed mengeluarkan telefon bimbitnya. Hanya satu orang saja boleh menolongnya sekarang. Nombor ditekan dan telefon bimbit dilekapkan ditelinga menanti talian dijawab.

Hello Izzat.

No comments:

Post a Comment