Bab
40
“Zee,
tolong buatkan temujanji untuk Puan Fitra minggu depan. Most
prefably in the morning cause if I’m not wrong I’m fully booked
in the afternoon.”
Lelaki bernama Zee itu angguk akur. Pen dalam genggaman pantas
bergerak didasar muka surat buku jadual yang dipegangnya.
Sementara
itu Geraldine menghantar pelanggan bernama Puan Fitra ke pintu.
Tangan melambai mengucapkan selamat tinggal. Gerladine memasuki
kembali ke dalam butik. Lantas punggungnya dihempas atas sofa empuk
berdekatan. Mata dipejam seketika sebelum tangan digempal
mengetuk-ngetuk belakangnya yang lenguh.
Hari
kedua dia kembali ke Butik Bidadari, dua hari dia berada di Naraya
dan dua hari juga dia tidak nampak batang hidung si piranha.
Muka yang dia lihat hanya bapanya piranha.
Bapa piranha
yang menyuruh Issac pujuknya kembali ke butik itu. Bapa piranha
yang terima syarat yang ditetapkannya kalau mahu dia kembali bekerja
disini. Bapa piranha
yang buat pertama kali kelihatan buntu, resah dan tidak bermaya
menjadi satu. Baru mahu mengambil cuti dari kekecohan di Naraya.
Sekarang dia terpaksa kembali beraksi.
Agenda
pertama adalah mengikat Ahdia aka piranha.
Kedengaran derapan kaki membuat Geraldine mencelik matanya yang
ditutup rapat tadi. Zee, pembantu peribadinya selama dia bekerja
disini sedang berdiri didepannya dengan senyuman hingga ke telinga.
“Zee
cukuplah tayang gigi you yang putih dan rapi tu. I tahulah makwe you
dentist
tapi tak payahlah duk tayang dua puluh empat jam. Sakit mata I
tengok.” Sindir Geraldine namun tidak terasa pun lelaki itu. Sudah
lali dengan sindiran dari mulut Geraldine itu.
Punggung
dilabuh sebelah Geraldine. Terperanjat Geraldine apabila lelaki itu
tiba-tiba memeluknya. “Eee! Suka I bila you balik sini. Taklah I
kena jadi pak kelentong lagi. Penat you tahu tak asyik-asyik kena
beri seribu alasan mengapa si minah perasan bagus tu batalkan
temujanji.” Geraldine gelak.
Zee
ni nama sebenarnya Fauzi. Tapi sebab dia ni lembut sikit semua
panggil dia Zee. Dia pun suka jadi tak apalahkan?
“Hmm…Nak
bodeklah tu. Appointment
seterusnya pukul berapa?”
“Lagi
half
an hour.
I dah telefon Gina. Dia dalam perjalanan dengan mummy dia. Lagi dua
puluh minit gitu sampailah.” Balas Zee dengan gaya tangannya yang
tak boleh duduk diam.
Geraldine
angguk dan bangkit mahu ke pejabatnya. Selama dua hari dia berada
disini, banyak kerja yang tergendala terpaksa dilakukannya. Temujanji
yang dibatalkan semua diadakan kembali. Jadualnya selama dua hari itu
dan seberikutnya amat padat hanya kerana satu orang. Ahdia Haiza.
Grrr!
“What
are you doing here?”
Geraldine
mengeluh apabila mendengar suara yang baru disebut-sebutnya tadi.
Mata dijuling tidak sangka piranha
sudah tiba. Bahunya rasa ditonjol dari belakang.
“Hey!
I tanya ni. Apa you buat dekat sini? Bukan I dah berhentikan you ke?”
Soal Ahdia dengan kasar.
Zee
yang berada disebelah Geraldine menikus. Tadi bukan main berani kutuk
Ahdia, sekarang dah jumpa orangnya dia terus senyap. Setelah
mengambil nafas yang dalam cuba menenangkan dirinya, Geraldine
berpaling menghadap Ahdia. Senyuman yang dipaksa kelihatan manis
terpancar dimukanya.
“Cik
Ahdia. Untuk mengingatkan kembali memori you yang tak berapa betul. I
yang letak jawatan bukan you yang hentikan I.” Tutur Geraldine
sesopan mungkin.
Ahdia
menyelak rambutnya ke belakang rimas, tambah lagi dengan sindiran
Geraldine membuat hatinya membara. Jari telunjuk menunding ke muka
Geraldine dengan mata merenung tajam muka perempuan didepannya itu.
“You
jangan biadap dengan I. I pemilik butik ini dan hanya I saja yang
boleh buat keputusan siapa bekerja disini. Siapa beri you kebenaran
kerja sini balik?”
“Papa.”
Ahdia
memusing ke belakang secara mendadak. Buntang matanya melihat Khaleed
berdiri di depan pintu dengan Shariq dan Alex. Zee menepuk-nepuk
lengan Geraldine apabila melihat Shariq. Geraldine memandang ke arah
lain sebelum kembali menatap tiga susuk tubuh yang sedang
menghampirinya. Matanya bertembung dengan Alex disebelah Khaleed.
“Apa
maksud papa?” Soal Ahdia denga suara yang sedikit tinggi apabila
melihat raut wajah Khaleed yang tegang. Tiada senyuman seperti
selalu.
“Papa
yang mengambil Geraldine kembali kerja disini.”
“Ta…”
Terbantut tutur bicara Ahdia apabila Khaleed mengangkat tapak
tangannya dimuka Ahdia menyuruh anaknya itu henti bercakap. Dengan
kasar Ahdia mendengus melepaskan geram. Mata Khaleed memandang dalam
butik itu. Kelihatan beberapa pelanggan dam staf sedang memandang
mereka.
“Kita
bincang didalam pejabat. Kamu juga Geraldine.”
Sebaik
memberi arahan Khaleed berlangkah naik ke atas dengan Alex dan Ahdia
disisi. Setiap langkah yang diambil Ahdia sedikit kuat. Sekali-sekala
cuba berbincang dengan Khaleed tetapi lelaki itu tidak
menghiraukannya.
Geraldine
mengerling jan tangannya. Lagi lima belas minit temujanji yang
seterusnya akan tiba. Zee disebelahnya yang sedang mengamati Shariq
dipanggilnya. Tersentak Zee apabila Geraldine menampar lengannya
kuat. Baru tahu kelam-kabut. Desis hati kecil Geraldine. Shariq hanya
tawa kecil.
“Sekejap
lagi Gina dan mummy dia datang. You panggil I kalau mereka sudah
sampai. Kalau I belum habis lagi you layan mereka dulu please.” Zee
angguk perlahan walaupun matanya masih mengamati Shariq yang masih
setia disitu.
Geraldine
menjeling Shariq yang masih tercegat disebelahnya. Malas mahu melayan
pembantunya yang sudah angau itu, dia berlalu meninggalkan Zee
terpinga-pinga apabila Shariq mengikuti langkah Geraldine menuju ke
arah tangga. Satu demi satu kakinnya meniti tangga. Dia dapat merasa
tubuh seseorang berada dibelakangnya dan dia tahu siapa orang itu.
Langkah
Geraldine tiba-tiba terhenti mendadak apabila tubuh tegap Shariq
menghalang jalannya. Apabila dia ke kiri, lelaki itu ke kiri. Bila
dia ke kanan, lelaki itu ke kanan. Akhirnya, Geraldine berdiri tegak
merenung tajam Shariq yang menayang muka sajanya.
“You
nak apa sebenarnya ni?” Soal Geraldine dengan kasar.
Shariq
gelak suka melihat muka yang merah menahan marah itu.
“I
nak you. Boleh?”
Mereka
merenung satu sama lain buat seketika. Shariq tersenyum goda apabila
melihat Geraldine membalas senyumannya. Sungguh memukau sekali ukiran
itu. Sehingga jantungnya kini berdegup kencang.
“Boleh.
Boleh blah. Now
excuse me!”
Dengan
pantas Geraldine melangkah ke kiri tanpa dijangka Shariq dan mula
kembali meniti tangga. Hati Shariq yang kencang itu seperti terhenti
dengan balasan Geraldine. Tetapi senyuman masih tidak lekang dibibir.
Kakinya mula memanjat tangga untuk ke atas.
Apabila
Geraldine memasuki pejabatnya itu, kelihatan Ahdia sedang memeluk
tubuhnya dihujung sofa panjang dibilik itu sementara Khaleed dan Alex
mengisi dua kerusi berangkai satu pula. Khaleed menyilakan Geraldine
duduk apabila melihat anak muda itu hanya berdiri. Ahdia yang
menyilang kaki itu sempat memberi jelingan maut kepada Geraldine yang
mengambil tempat disebelah hujung sofa itu.
Sebelum
Khaleed dapat memula, Shariq memasuki bilik itu dan dengan selamba
mengambil tempat ditengah Geraldine dan Ahdia. Mengensot ke hujung
Geraldine dibuatnya apabila dengan sengaja Shariq duduk mendekatinya.
Geraldine merenung Shariq dengan muka tidak puas hatinya tetapi buaya
itu membalas dengan kenyitan mata membuat hati Geraldine sebal.
Alex
yang melihat pertukaran antara Geraldine dan Shariq senyum nipis
walaupun hatinya sedang gelak ketawa. Kelakar betul budak dua ni.
Asyik jumpa bergaduh. Deheman Khaleed membuat mereka semua menumpukan
perhatian kepada lelaki itu.
“Tujuan
saya bawa Alex, peguam peribadi Fiyah ke sini sebab saya sudah
membuat keputusan.” Empat pasang mata menanti Khaleed melanjutkan
kata-katanya.
Khaleed
memandang Geraldine. “Geraldine, saya melantik kamu sebagai
pengurus butik ini sehingga kamu yakin yang Dia bersedia untuk
menyandang jawatan itu kembali.”
“What?!
Apa yang papa merepek ni? Butik ini milik Dia. Papa tak ada hak untuk
melantik sesiapa ambil alih tempat Dia.” Suara Ahdia naik setaraf.
Dadanya berombak mendengar apa yang baru keluar dari mulut Khaleed.
“Seperti
yang dijanjikan. Dia akan bekerja di sini dan Dia akan bermula dari
bawa seperti karyawan yang lain memandangkan Dia tidak mempunyai
kriteria yang diperlukan.”
Ahdia
berdiri mendadak. Terperanjat Shariq dibuatnya apabila Ahdia mula
menapak ke arah Khaleed dengan mata yang membuntang keluar dan dada
yang berombak kencang. Dia marah apabila Khaleed tidak
menghiraukannya. Dia marah apabila Khaleed sanggup membuat keputusan
tanpa berbincang dengannya. Dia marah sebab maruahnya diperkecilkan
oleh lelaki yang sentiasa menatang dia bagai minyak yang penuh.
Tetapi kini?
“Papa!
Apa yang papa merepek ni? Dia tak setuju dengan ini semua. Dia
pemilik butik ini dan Dia berhak duduk disini. Ini tempat Dia!”
“Tempat
Dia yang Dia kosongkan selama empat hari! Dua hari papa harus
berulang-alik ke sini untuk menyelesaikan masalah dan kerja yang
tergendala. Dua hari papa harus menjelaskan kepada pelanggan dan
klien dimana pengurus sebenar butik ini sebelum Geraldine mengambil
alih semuanya. Empat hari papa fikir dimana anak perempuan papa
berada? Dua hari papa berusaha untuk mengembalikan butik Bidadari
seperti sedia kala tetapi selama empat hari itu Dia pergi
menghilangkan diri! Empat hari tunjuk pada papa yang Dia tidak berhak
duduk dipejabat ini. Empat hari!” Khaleed meluahkan segala amarah
yang tersimpan dimuka anaknya itu.
Ahdia
menekur sedikit tetapi tidak berganjak sedikit pun walaupun hatinya
tidak percaya Khaleed yang selalu memanjanya kini telah menyinga
dengan tiba-tiba. Memang dia tahu salahnya kerana meninggalkan
kerjanya begitu saja. Tetapi apabila kawan baiknya, Rita mengajaknya
bercuti dan membeli-belah dia terus setuju tanpa berfikir panjang.
Cuti yang dikatakan tiga hari itu akhirnya menjadi empat apabila
mereka sudah khusyuk dengan aktiviti kegemaran mereka. Selama empat
hari itu juga dia sengaja mematikan telefon bimbitnya tidak mahu
diganggu dan juga dia tahu pasti Khaleed akan memarahinya. Tetapi
tidak memarahinya seteruk sekarang.
Shariq
berdiri dan menghampiri mereka apabila suasana semakin tegang.
Kedua-dua tidak mahu kalah. Kedua-dua mahu bersuara. Kedua-dua mahu
bertakhta diatas. Shariq menarik lengan Ahdia supaya kembali duduk
disofa sebelum memujuk Khaleed melakukan perkara yang sama. Belum
sempat Shariq kembali ke tempatnya, Ahdia tiba-tiba menyerang
Geraldine yang sedang duduk membisu dihujung sofa.
“Ini
semua kau dan si Faryal punya kerjakan? Kau orang dengki dengan aku
itu sebab kau buat macam begini.”
Panik
mereka apabila Ahdia mula mengamuk dan mencakar muka dan menarik
tudung yang dipakai Geraldine. Alex dan Shariq cuba memisahkan
mereka.
“Kau
memang perempuan sial! Kau setan!” Jerita Ahdia sambil mencakar
pipinya Geraldine dibawahnya. Geraldine menepis satu demi satu
terkaman Ahdia. Dia cuba bangun tetapi gagal sebab dihempap Ahdia.
Berat juga piranha
ni.
Shariq
akhirnya menarik Ahdia menjauhi Geraldine. Tercungap-cungap mereka
berdua. Alex membantu Geraldine bangkit dari posisinya. Dua-dua sudah
tidak terurus. Tudung yang dipakai Geraldine sudah senget dan tidak
rapi sementara rambut Ahdia yang sempat ditarik Geraldine mengembang
macam singa.
“Ini
semua kau punya rancangan dengan Faryalkan? Aku tahu Faryal mesti
suruh kau bolot hak milik aku. Kau memang tak guna!” Ahdia mahu
menyerang Geraldine sekali lagi namun dihalang tubuh Shariq.
Pang!
Terpempan
semua disitu dengan apa yang baru berlaku. Terutama sekali Ahdia.
Mata bulat memandang Khaleed dan tangan naik menekup pipinya yang
perit.
“Papa..”
Khaleed merenung Ahdia tidak berkelip. Dada berombak marah melihat
Ahdia menyerang Geraldine dengan tiba-tiba. Khaleed berpaling kepada
Alex yang memaut bahu Geraldine.
“Alex
lets sign the papers.”
Alex menuju ke beg bimbitnya dan mengeluarkan surat perjanjian yang
dibuatnya dan dihulurkan kepada Khaleed. Mata sempat mengerling
Geraldine yang memegang pipi yang rasa perit. Khaleed mengambil surat
itu dan menghulurnya kepada Ahdia.
“Tidak!
Dia takkan tandatangan surat itu. Dia ada hak atas ini semua.”
Khaleed menarik lengan Ahdia mendekatinya. Marah apabila Ahdia
membantah.
“You
do as I say.
Kalau tidak, apa yang papa buat kepada Adi, papa akan buat kepada
kamu. No
credit cards. No monthly allowance. No car. Nothing.”
Ugut Khaleed ditelinga Ahdia. Usai selesai berkata apa yang ingin
dikatakannya, Khaleed melepaskan Ahdia. Kertas yang sudah sedikit
ronyok itu dihulur kepada Ahdia sekali lagi.
Mengingati
ugutan Khaleed kepadanya tadi, Ahdia mengambil kertas dan pen yang
disua Khaleed. Badan dibongkok sedikit, kertas diletak atas meja
kopi. Mata melihat Khaleed yang menjungkit kening kepadanya. Tiada
pilihan, Ahdia akhirnya menjatuhkan tandatangannya sebelum memberinya
kepada Khaleed semula. Kertas itu dilihat Khaleed. Senyuman yang puas
bermain dibibir. “Itulah anak yang papa sayang.” Tangannya naik
mengusap rambut Ahdia yang tidak terurus itu. Ahdia menapak ke
belakang apabila Khaleed mahu menyentuhnya.
Shariq
mengusap belakang Ahdia yang kelihatan kecewa itu. Khaleed menghulur
kertas itu kepada Alex. Mata dia memandang Geraldine yang sudah
berdiri dihujung sofa.
“Geraldine.
Butik Bidadari milik awak buat sementara. Saya harap awak ingat janji
awak pada saya. Enam bulan. Hanya enam bulan. Tidak lebih tetapi
boleh kurang dari itu.” Geraldine angguk faham.
Khaleed
memandang Ahdia pula. Melihat Ahdia yang sudah tidak terurus
menyentuh hatinya. Tangannya disua kepada Ahdia. Tetapi tidak
disambut anaknya itu. Dia tahu Ahdia takut dengan ugutannya tadi.
Tambah lagi penampar sulung yang diberinya tadi pasti membuat anaknya
itu marah dan kecewa. Ahdia melihat saja tangan itu.
“Mari
kita balik. Papa ubat luka Ahdia okay. Papa janji papa tak sakiti Dia
lagi. Nanti balik kita bincang okay. Mari.”
Teragak-agak
Ahdia mengeluarkan tangannya. Matanya memandang Shariq yang
mengangguk kepalanya. Sebaik saja tangannya selamat berada didalam
genggaman Khaleed, lelaki itu mengusap lembut.
“Okaylah
Alex aku balik dulu.” Alex berjabat tangan dengan Khaleed.
“Riq,
bawa Geraldine pergi klinik. Ubat luka dia tu. Geraldine, kita jumpa
lagi.” Arah Khaleed sebelum berlalu pergi bersama Ahdia. Tangan
semakin erat memegang tangan anak perempuannya itu.
Shariq
menghampiri Geraldine. Tangan naik menarik tangan Geraldine yang
menekup pipinya itu. Alex yang masih berada disitu bersuara. “Din,
jom uncle bawa pergi klinik.”
“Tak
apa uncle, biar Riq yang hantar. Uncle balik dululah. Biar Riq urus
ini semua.” Alex angguk, mata dia dan Geraldine bertembung sebelum
meminta diri. Shariq membelek luka dipipi dan dahi Geraldine.
“Ouch!”
“Sori-sori!
Kita pergi klinik okay? Nanti infection
susah pula.” Geraldine geleng tidak mahu. Tangannya menepis tangan
Shariq yang merayap dimukanya. Perlahan Geraldine menuju ke meja
kerjanya. Interkom ditekan.
“Zee,
bawa masuk kotak kecemasan. Thanks.”
Selepas memberi arahan, Geraldine melabuh dikerusi mejanya. Mata
dipejam rapat. Nafas dihembus keluar. Ini yang dia dapat apabila mahu
menolong orang. Nak kena Issac nanti.
Shariq
yang memerhati setiap langkah Geraldine rasa bersalah. Rasa bersalah
tidak dapat melindungi Geraldine dari serangan Ahdia. Apabila dia
melihat Zee muncul dimuka pintu dengan kotak kecemasan didalam
tangan, Shariq menghulurkan tangannya meminta kotak itu. Tanpa
berlengah Zee menghulur kotak itu kepada Shariq dan berlalu pergi
apabila Shariq mahu menutup pintu pejabat itu kembali. Kaki melangkah
menghampiri Geraldine yang sedang menongkat dahinya. Kotak kecemasan
dibukanya. Tersentak Geraldine apabila dagunya ditarik oleh
seseorang.
“Apa
you buat ni?” Soal Geraldine terperanjat melihat Shariq bertenggek
dimeja kerjanya. Kerusi ditarik mendekati lelaki itu.
“I
nak letak ubat dekat luka you.” Kain kapas dikeluarkan Shariq dan
ditekan diluka dipipi Geraldine yang lebih teruk dari luka di dahi.
“Tak
apa I boleh buat sendiri.” Kain kapas ditangan Shariq cuba
dicapainya namun ditarik pantas oleh lelaki itu.
“No.
You duduk diam-diam, biar I ubati luka you ni.”
Akhirnya
Geraldine mengalah juga kerana dia tahu lelaki itu tidak akan pernah
mahu mengalah. Setelah mengelap darah yang keluar, Shariq mencapai
botol ubat yang dia tahu akan menyengat.
“This
is going to hurt. So try to bear with it. Ready?”
Geraldine angguk. Berkali-kali dia menelan air liurnya. Rasa takut
menjalar hatinya. Mata pula ditutup rapat.
Menyeringai
kesakitan dia apabila kain kapas yang dibasahi ubat itu bertemu
dengan lukanya. Perit dan menyengat amat sangat. Bibir diketap.
Jari-jemari diramas. Berapa minit kemudian dia dapat rasa tangan
Shariq menampal plaster
dimukanya. Mata yang ditutup rapat diceliknya perlahan. Senyuman
manis Shariq menyambutnya.
“Okay
almost done.
Tak seperti yang dilakukan doktor tapi masih boleh.” Geraldine
meraba pipnya. Dua keping plaster menempel dipipinya.
“Tinggal
lagi satu.” Shariq menunding ke arah dahi Geraldine.
Sementara
Shariq mengubati lukanya, mata Geraldine memandang muka lelaki itu.
Hatinya rasa aneh. Entah mengapa berada dekat dengan Shariq dan
melihat layanan lelaki itu kepadanya dia rasa lain. Hatinya tidak
boleh duduk diam. Sekali-sekala mata mereka bertembung dan lelaki itu
hanya senyum manis.
“I’m
sorry.”
“Sorry?”
Hairan Geraldine dengan kata maaf dari mulut lelaki itu.
“I’m
sorry you got hurt. I’m sorry I did not protect you from Dia in
time. I’m sorry you have plasters on your face. I’m sorry…”
Terhenti kata maaf dari Shariq apabila jari telunjuk Geraldine
mendarat dibibirnya.
“You
cakap banyak sangat. I’m
just sorry for one thing.”
Shariq mencium jari Geraldine sebelum menggenggam tangan itu dengan
erat. Keningnya naik mahu Geraldine jelaskan apa yang baru
dikatakannya.
Geraldine
menarik nafas yang dalam sebelum menghembusnya keluar. Matanya berani
menikam anak mata Shariq.
“I’m
sorry that I didn’t get to pull all your sister’s extension out.
That would have definitely been fun.”
Tangannya naik menayang rambut palsu atau hair
extension
Ahdia yang ditariknya tadi. Terburai tawa Shariq sambil mencuit
hidung mancung Geraldine.
No comments:
Post a Comment