Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 4 August 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 41

Bab 41

Dum!
Terperanjat Mak Limah apabila bunyi pintu dihempas dengan kuat kedengaran dari bilik tidurnya di Villa Nur. Telekung yang dipakainya dibuka dan dilipatnya sebelum menuju ke depan mahu melihat apa yang berlaku. Sebaik saja dia tiba di ruang depan, kelihatan suaminya dan Khaleed sedang berbicara didepan tangga. Apabila dia menghampiri, Khaleed berpaling menghadapnya dengan wajah yang serius.
Limah ambilkan saya kotak kecemasan dan kunci pendua bilik Ahdia.” Arah Khaleed.
Tanpa berlengah Mak Limah menuju ke dapur untuk mengambil kotak kecemasan dan kunci pendua yang tersimpan disitu. Dengan pantas dia kembali ke depan dengan kotak kecemasan dan kunci ditangan. Khaleed mencapai kotak dan kunci dari Mak Limah dan memanjat tangga ke atas. Tujuannya hanya satu. Ke bilik Ahdia.
Mak Limah menaikkan kening kepada suaminya apabila mata mereka bertembung mahu jawapan, tetapi suaminya itu menariknya ke belakang.
Setiap langkah yang diambil Khaleed dia akan mengingati setiap babak yang berlaku di butik Bidadari itu. Dia tahu Ahdia marah dengannya tetapi dia tiada cara lain. Kalau tidak dibuat sebegitu pasti butik bidadari akan lingkup. Semakin dia hampir menuju bilik Ahdia yang ditutup rapat, kotak kecemasan dalam tangan dipandangnya. Pintu diketuk dari luar. Tiada jawapan.
Dia sayang, buka pintu ni.” Pujuk Khaleed sambil mengetuk pintu berukiran kayu itu.
Tetapi tiada jawapan dari dalam. Tahu benar perangai Ahdia yang tidak akan mendengar kata-kata sesiapa apabila dia sedang marah, Khaleed membuka pintu dengan kunci pendua yang dipegangnya. Perlahan pintu itu dikuak. Kepala menjengul ke dalam bilik anak perempuannya itu. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik itu. Kelihatan bantal dan cadar katil berselerak. Dihujung bilik itu dimana tempat meja solek Ahdia, berkecai kaca minyak wangi dan barang-barang kecantikan dilantai. Khaleed menggeleng kepala. Dia tahu Ahdia pasti mengamuk.
Kakinya menuju ke arah susuk tubuh yang sedang duduk dibuai tidak menghirau kehadirannya. Perlahan dia melangkah menuju ke balkoni. Semakin dekat semakin jelas pipi Ahdia yang basah dan juga semakin jelas tanda tapak tangannya dipipi yang putih mulus itu.
Punggung dilabuh atas meja kayu yang terdapat dibalkoni itu. Ditatap Ahdia yang sepertinya termenung jauh. Tangan Ahdia ingin dicapainya namun ditepis kasar oleh Ahdia. Khaleed mengeluh sudah jangka Ahdia akan bersikap dingin kepadanya.
Kotak kecemasan dibuka. Kain kapas dikeluarkannya dan ingin menekan hujung bibir Ahdia yang masih berdarah. Ahdia berdiri mendadak meninggalkan Khaleed dan memanjat ke katilnya. Kepala Khaleed ditunduk sedikit. Dia tahu dia harus berlembut kalau mahu memujuk Ahdia. Tetapi apa yang dilakukannya itu adalah benar. Anaknya itu bersalah dalam hal ini. Mata mengamati Ahdia yang sudah menyelebung seluruh tubunya dengan gebar tebal. Khaleed mencapai kotak kecemasan dan menghampiri katil Ahdia. Punggung dilabuh dibirai katil.
Papa tahu sayang marah dengan apa yang papa buat tadi, tetapi papa terpaksa. Kelakuan Ahdia mencabar kesabaran papa.”
Ahdia tidak terkutik dengan kata-kata pujuk dari Khaleed. Dia hanya diam membatu dibawah gebar. Hatinya benar-benar sakit apabila dilakukan sebegitu oleh Khaleed. Dimalukan dan diperkecilkan oleh lelaki yang dipanggil papa. Sekarang dia tahu apa yang dirasai Faryal selama ini. Memang dia tidak jangka apa yang dia lakukan kepada Faryal kini mengena batang hidungnya sendiri. Inilah yang dipanggil hukum karma.
Sayang, papa nak ubat luka Dia. Kalau kena jangkitan susah nanti.” Tangan Khaleed cuba menarik gebar yang menutupi muka Ahdia tetapi dipegang erat oleh Ahdia. Keluhan melepasi bibir Khaleed buat sekian kali.
Sayang…” Tiada balas dari Ahdia.
Mata dipejam Khaleed erat. Lelah dia memikirkan semua ini. Bila tua, dia ingat boleh berehat tetapi semakin banyak masalah yang harus diselesaikannya. Ahdia yang tidak mendengar kata-kata pujuk dari Khaleed perlahan membuka gebar yang meutupi kepalanya. Dari pembukaan yang sedikit itu dia dapat melihat Khaleed sedang mengelamun. Lelaki itu kelihatan penat. Rasa kasihan dia melihat wajah Khaleed yang kelihatan pucat. Dia mula rasa bersalah. Dari kecil lelaki itulah yang menyayanginya. Lelaki itulah yang memanjakannya dengan memenuhi apa saja permintaannya. Tangannya mencapai tangan Khaleed yang berdekatan dengannya.
Papa.” Tersentap Khaleed apabila tangannya dipegang Ahdia. Senyuman diukir sambil tangannya menepuk lembut tangan Ahdia.
Dia minta maaf. Dia bersalah. Dia tak patut tengking papa tadi.” Tutur Ahdia perlahan. Khaleed senyum tangannya naik mengusap rambut Ahdia yang berselerak itu.
Papa buat begitu sebab papa mahu yang terbaik untuk anak papa. Papa minta maaf sebab sakiti sayang tadi. Papa…” Ahdia geleng kepalanya berkali-kali. Mata yang berair tadi mula melepaskan titis demi setitis air mata dipipi. Khaleed mengesat airmata itu. Hatinya sebak.
Dia janji akan dengar cakap papa. Dia janji tak akan kecewakan papa lagi. Dia janji.” Khaleed senyum hambar sebelum menarik Ahdia dalam dakapannya. Semakin menjadi tangisan Ahdia dibahu Khaleed.
Kepala Ahdia dijauhkan sedikit. “Dia perlu percayakan papa. Papa buat ini semua bukan hanya untuk kebaikkan butik Bidadari dan Dia tetapi untuk masa depan kita bersama. Apa-apa yang akan berlaku lepas ini Dia kena janji dengan papa yang Dia akan percayakan papa dan jangan sesekali tinggalkan papa okay?” Ahdia angguk laju.
Dia janji.”
Sekarang papa ubat luka Dia okay.” Ahdia senyum dan angguk kecil mengiakan apa yang ingin dilakukan Khaleed.
Setengah jam kemudian, Ahdia sudah melentok kepalanya manja dibahu Khaleed yang duduk disebelahnya. Nyaman seketika tidak memikirkan apa yang berlaku siang tadi dipejabat. Ahdia sebenarnya ingin bertanya sesuatu kepada Khaleed. Kata-kata Khaleed tadi bermain ulang kali dikepalanya. Apa yang sedang Khaleed rancangkan sehingga Ahdia diminta supaya percayakannya? Kenapa Khaleed takut dia meninggalkannya?
Papa…”
Hmm…”
Ahdia bermain dengan tangan Khaleed diriba. Dikerling wajah Khaleed sekilas. “Kenapa papa takut Dia tinggalkan papa?”
Khaleed menunduk sedikit. Muka Ahdia yang sedang memandangnya ditatap. Sebuah senyuman terukir. Pelukan dierat lagi dan ubun-ubun Ahdia dikucup sayang. “Arwah mama dah tinggalkan papa. Anak-anak papa yang lain pun dah mula jarakkan diri dari papa. Keluarga kita tak macam dulu lagi sayang. Papa sedih. Papa takut nanti papa seorang diri dekat sini.”
Tangan Ahdia naik mengusap pipi Khaleed yang mendung. “Papa jangan risau. Dia tak akan sesekali tinggalkan papa, sebab Dia sayangkan papa sangat-sangat.” Khaleed tersenyum lebar dengan luahan hati dari anak perempuannya itu.
Ahdia yang mengucup pipinya itu turut senyum manja. Dia juga tiada sesiapa kalau apa-apa berlaku nanti. Hanya Khaleed saja tempat dia bergantung. Dia tidak sanggup kehilangan Khaleed kecuali…
Pa…” Panggil Ahdia lagi.
Hmm…”
Papa sedang rancangkan apa?” Usapan Khaleed dilengan Ahdia terhenti dengan tiba-tiba. Dipandang Ahdia yang memandang ke depan.
Dia memang ada rancangannya sendiri. Tetapi belum masanya untuk Ahdia tahu apa rancangannya. Membuat Issac memindah Ahdia ke butik Bidadari adalah satu dari rancangannya. Kini rancangannya sedikit berubah apabila masa lalunya kini kembali. Nila. Kucing yang persis singa yang buas tetapi amat menghiburkan padanya. Sebelum Nila menghancurkannya, dia akan pastikan Nila jatuh dalam tangannya dahulu. Apa yang dia pasti rancangan yang dibuatnya adalah untuk masa depan mereka. Dia, Nila dam Ahdia.
**
Oh my god Din! What happened to your face?
Tangan Nila naik membelek-belek muka Geraldine yang baru berdiri dimuka pintu. Muka penuh dengan plaster didahi dan pipi. Aviya yang berdiri dibelakang Nila juga kelihatan risau apabila melihat keadaan Geraldine.
Tangan Nila yang merayap dipipi dan dahi dicapai Geraldine. Senyuman nipis ditayang. “Din okaylah aunty. Sikit saja ni. Esok-esok baiklah nanti.”
No! No! Bilang aunty siapa yang buat ni. Nanti aunty ajar dia cukup-cukup.” Bercekak pinggang Nila dibuatnya, rasa marah dengan siapa yang sanggup melukakan Geraldine yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. Aviya angguk setuju sekali-sekala mengepal tangannya geram juga seperti Nila.
Issac yang baru turun tangga menggeleng kepala melihat telatah dua beranak itu. Nila dan anak-anak perempuannya kalau bab bergaduh memang jaguh tambah kalau Nat anak sulungnya ada, habis teruk mereka kerjakan. Kakinya langkah menghampiri mereka di pintu. Kelihatan buntu Geraldine apabila Nila tidak mahu mengalah.
Cepat Din, bilang sama aunty siapa yang buat. Nanti aunty kerjakan dia cukup-cukup.” Tangan kanan yang dikepal menumbuk-numbuk tapak tangan kirinya. Geraldine menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Mother ni, berilah kak Din masuk dulu ke apa ke. Ini tidak dekat pintu ni juga mother serang. Dahlah kak Din masuk dulu. Viya pergi buat air sana.” Arah Issac kepada Aviya.
Bercekak pinggang Aviya dengan arahan Issac. Belum sempat dia mahu membantah, Nila juga menyuruhnya menghidang sekali kuih yang dibuat tadi. Akhirnya dia mengalah juga dan menuju ke dapur dengan rungutan dibibir.
Sementara itu diruang tamu, Nila masih tidak puas hati dengan jawapan Geraldine. Tapi berhenti bertanya apabila Geraldine tidak mahu membuka mulut. Aviya tiba dengan beberapa gelas air sejuk yang dibuatnya dan sepiring kuih. Gelas berisi air itu dicapai Geraldine dan meneguk sedikit.
Loceng rumah berbunyi dan Aviya berlalu membukanya. Alex memasuki sebaik saja Aviya menyilakannya masuk. Kelihatan tiga pasang mata sedang perhatikannya. Aviya menuju ke dapur sementara Alex menghampiri tiga susuk di ruang tamu itu. Issac berjabat tangan dengan Alex sebelum lelaki itu mengambil tempat duduk disebelahnya. Aviya kembali dengan segelas air untuk Alex lantas duduk disebelah Geraldine.
Macam mana uncle dengan rancangan kita hari itu?” Issac bertanya apabila semua sudah ada.
Alex membuka beg bimbitnya dan menghulur sampul surat coklat kepada Issac. Mukanya kelihatan gembira. “Tengok sendiri.” Mata Issac beralih dari Issac ke Geraldine yang hanya senyum simpul. Sampul surat itu dibukanya dan beberapa keping surat dikeluarkannya.
Ketawa Issac bergema diruang itu apabila matanya melihat dan membaca apa yang tertulis dalam surat itu. Tidak sia-sia dia memikirkan rancangan ini. Memang mereka semua agak ragu-ragu apabila dia meluahkan apa yang sedang difikirkannya tetapi mereka berhasil juga. Surat itu disua kepada Nila yang menyambutnya. Tersenyum riang dia melihat surat itu. Matanya dibesarkan tidak percaya.
Betul ke ni Alex?” Soal Nila tidak percaya.
Alex angguk dengan senyuman lebar dibibir. “I tak sangka dia sebodoh ini. This is so exciting!” Nila bersuara sungguh teruja dengan berita baik itu.
Good job uncle, kak Din. Sekurang-kurangnya sekarang kita dapat lepaskan nafas lega. Kira plaster sana sini itu habuannyalah.” Sebiji bantal melayang tepat ke muka Issac. Gelak sakan mereka apabila Geraldine melempar lagi satu kepada Issac.
Mulut tu jaga sikit okay. Nasib baik siang-siang dah kena beri amaran supaya jangan berbalas kalau diserang. Kalau tidak memang cukup-cukup kak Din ajar piranha tu.” Tutur Geraldine dengan bibir yang diketap.
Piranha?” Soal Nila ingin tahu.
Nanti mother jumpa dengan dia juga. No worries.” Balas Aviya yang disambut anggukan dari yang lain.
Issac mengamati kembali surat perjanjian yang ditandatangan Ahdia. Memang bodoh mereka tidak membaca isi kandungan surat terlebih dahulu sebelum menandatanganinya. Tawa kecil melepasi bibir. Kepala menggeleng tidak sangka apa yang telah berlaku. Pasti Khaleed dan terutama sekali Ahdia meraung apabila dapat tahu ke semua harta milik mereka telah berpindah tangan. Kepada siapa lagi kalau bukan kepada yang berhak.
Surat itu disimpan kembali dalam surat dan menghulurnya kembali kepada Alex untuk disimpan. Badannya disandar ke belakang sofa dan tangan yang direhatkan ditepi sofa naik menongkat kepalanya. Suasana sunyi seketika dengan Nila dan Aviya berbisik sama sendiri, dan Nila menyilakan Alex rasa kuih yang dibuatnya tadi. Kepala Issac memikirkan sesuatu.
Uncle, ada apa-apa berita tentang aunty Irah tak?” Alex yang baru meneguk air menggeleng. Sudah beberapa bulan mereka cari tetapi tidak jumpa juga. Ke mana wanita itu menghilang? Hatinya resah dengan keadaan Aairah yang hilang tanpa sembarang kesan.
Orang kita sedang mencari. Uncle risau kalau ada apa-apa berlaku kepadanya. Uncle dah emel dan telefon tetapi tak dibalas atau dijawab. Tapi Issac jangan risau kita akan mencarinya sampai dapat.” Senyuman hambar ditayang Issac. Walaupun Alex cuba menyakinkannya tetapi dia masih ragu. Hatinya tidak enak seperti sesuatu akan berlaku.
Jadi sekarang apa rancangan kita seterusnya?” Geraldine bertanya kepada Issac yang menongkat kepalanya dari tadi.
Besok I ada date dengan Faryal.” Semua sudah senyum simpul tahu benar isi hati lelaki itu. Walaupun cuba disembunyinya tetapi mereka dapat menghidunya.
Nila menampar lembut lengan Issac. “Oh! Dengan bidadari kesayangan. Mana kamu nak bawa dia? Pergi makan? Pergi pantai? Pergi…”
All of the above. Tapi dengan cara Izzat sendiri.” Cantas Issac. Nila mengecil matanya kepada Issac tahu benar apa yang ingin dibuat lelaki itu. Hmm…Mesti romantic punya.
Lepas tu?” Soal Geraldine sekali lagi. Issac mengerling Geraldine sebelum memandang Nila. Sudah sampai untuk Nila beraksi.
Mother are you ready for action?” Buntang biji mata Nila dengan pertanyaan Issac. Dia mengensot ke hujung sofa yang didudukinya.
Mestilah! Apa mother kena buat?” Nila bertanya tidak sabar dengan tugasannya. Issac, Geraldine dan Issac tawa kecil melihat gelagat Nila. Sementara Aviya menjuling matanya.
Just be yourself and it’s all good.
Itu mother boleh buat. Senang.” Nila senyum lebar dengan penuh gaya yang membuat semua ketawa kecuali Aviya.

No comments:

Post a Comment