Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 12 August 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 42

Bab 42

Tangan Faryal lincah memasukkan barang keperluannya ke dalam beg tangannya yang besar. Lantas dia menurun tangga menuju ke dapur. Peti sejuk dibukanya dan mengeluarkan botol air. Baru saja dia ingin menutup pintu peti sejuk itu matanya terpandang sesuatu yang penting. Sedang Faryal mengeluarkan Tupperware yang berisi dari peti sejuk, telefon bimbitnya berbunyi. Sebaik saja meletak Tupperware dan botol air diatas kabinet dapur, Faryal mencapai telefon bimbitnya.
Reaching in five.-Issac
Dengan pantas Faryal mencapai bakul kecil yang terdapat atas kabinet dan menyimpan semua yang ingin dibawanya ke dalam. Puas dan yakin tidak lupa apa-apa Faryal mengangkat bakul disatu tangan dan dalam perjalanan keluar dari dapur beg tangannya yang berada diatas meja makan dicapainya.
Mak Leha yang sedang menunggu dimuka pinyu tersenyum sumbing melihat penampilan Faryal pagi itu. Cantik dan bergaya. Walaupun hanya mengenakan seluar jeans hitam dan blouse yang panjang dibelakang dan pendek didepan masih terserlah kecantikan cucunya Nek Wan itu.
Nek Wan mana Mak Leha? Dari tadi Ayal tak nampak pun.” Soal Faryal kepala dipanjang ke atas.
Ada dalam bilik kerja tu tengah jawab panggilan Hisham tu hah. Besokkan dia dah nak balik.” Faryal membulatkan bibirnya dengan penjelasan dari Mak Leha itu.
Seminggu tidak ada Hisham memang tak seronok. Tak ada geng nak kenakan Aviya. Kalau ada, habis mereka berdua kerjakan Aviya sampai merah muka perempuan itu.
Kepala Faryal dan Mak Leha memandang kereta hitam Issac yang baru melepasi pagar utama rumah agam itu. “Hmm…Sudah sampai dah buah hati dia tu.” Usik Mak Leha membuat Faryal memuncung sedikit. “
Pandai-pandai sajalah Mak Leha ni. Tak suka tau.” Dijeling manja kepada Mak Leha yang berdekah-dekah mengetawakannya.
Sebaik saja kereta berhenti diperkarangan rumah, Issac membolos dirinya dari dalam kereta dan menuju ke arah Faryal dan Mak Leha. Cermin mata dilipatnya sambil memanjat tangga menghampiri Faryal. Senyum lebar ditayang kepada dua susuk yang sedang memerhatikannya. Tangan disua menyalami Mak Leha. Mata memandang Faryal yang membuat hatinya berdegup kencang. Huish! Hati aku ini kalau iya pun tak sabar. Janganlah kencang sangat. Desis hati kecil Issac.
Dah siap?” Faryal angguk mengiakan. Issac mencapai bakul kecil dari tangan Faryal.
Mak Leha, Ayal pergi dulu okay.”
Iyalah. Jaga diri baik-baik. Issac, kamu memandu tu hati-hati. Jangan bawa laju-laju.” Pesan Mak Leha. Walaupun dia hanya seorang pembantu tetapi dia sudah anggap Faryal macam anaknya sendiri. Issac angguk.
Baik Mak Leha. Kalau macam gitu kita pergi dulu. Jom Ayal.”
Setelah menyalami Mak Leha, mereka menapak ke kereta Issac. Pintu dibuka oleh Issac untuk Faryal. Lantas bakul kecil itu pula diletak ditempat penumpang. Sebelum memasuki ke tempat pemandu, Issac melambai Mak Leha yang masih setia dipintu. Faryal yang sudah memakai tali pinggang keledarnya melambai ke arah Mak Leha sementara menunggu Issac memandu pergi.
You ready for our date angel?” Soal Issac sebaik saja memakai cermin mata hitamnya kembali. Faryal angguk tidak sabar.
Hang on tight cause I promise you’ll never ever forget this day ever.” Lelaki itu mengenyit matanya sebelum memandu meninggalkan perkarangan rumah Nek Wan.
**
Klik! Klik!
Issac menangkap aksi Faryal yang sungguh lucu sekarang. Faryal. Faryal.
Buntang mata Faryal melihat apa yang tersadai didepannya kini. Suara orang menjerit sana sini didengari telinganya. Tapi matanya terpaku melihat roller coaster yang laju itu. Apa yang mengerikannya apabila roller coaster itu berputar hampir tiga ratus enam puluh darjah. Air liur yang ditelan rasa tersekat dikerongkong.
Dari kecil memang dia tidak suka dengan aktiviti yang lasak dan ekstrim seperti itu. Melihat abang-abangnya kesukaan setiap kali menaiki roller coaster sentiasa membuat dia rasa cemburu tetapi apabila difikirkan balik dia rasa lega. Tambah teruk setiap kali fikirannnya mula membayangkan bagaimana kalau dia tercampak dari duduknya. Bagaimana kalau dia terperangkap diatas kalau roller coasternya tiba-tiba saja berhenti. Tak cari fasal namanya tu. Memikirkan perkara sebeginilah mengapa sehingga sekarang dia tidak pernah menjejak kakinya diroller coaster itu.
Jom.” Tercengang Faryal dengan ajakan Issac.
Kepalanya digeleng berkali-kali tidak mahu. Issac disebelah yang menatapi Faryal dari tadi rasa geli hati melihat reaksi bidadarinya itu. Dia tahu Faryal tidak menyukai permainan seperti yang dilihatnya sekarang. Dia saja ingin mengenakan anak perempuan Lutfiyah itu.
Jomlah, saya gerenti mesti awak suka apabila awak naik nanti. Please…” Rengek Issac dengan muka yang dicomelkan. Bila tiada apa-apa respon dari Faryal terus pergelangan tangan Faryal dicapainya.
Entah mengapa kakinya Faryal mengikuti saja langkah Issac menghampiri permainan itu. Raut muka Faryal mula pucat apabila mereka mendekati roller coaster yang tersadai didepannya. Kepala masih menggeleng seperti tadi cuba menghapuskan babak ngeri yang sedang bermain difikirannya. Bertambah gerun Faryal dibuatnya apabila suara orang memekik dengan kuat dari arah roller coaster itu. Issac dapat merasa tangan Faryal yang sejuk macam air batu. Tersenyum nakal dia melihat Faryal dari ekor matanya. Lucu dan mencuit hatinya.
Riak wajah perlahan bertukar apabila kakinya yang mengikut langkahnya Issac bukan menuju ke orang ramai yang beratur untuk menaiki roller coaster. Tetapi kaki mereka menghampiri aturan yang mempunyai budak kecil dan ibu bapa mereka. Sedang mereka menanti giliran, Faryal melepas keluhan lega. Kedengaran Issac menggelakkannya. Mata tajam melihat lelaki yang tersenyum nakal kepadanya. Tangannya naik memukul lengan sasa lelaki itu.
Jahatlah awak ni. Sukakan kenakan saya.” Semakin kuat gelak tawa Issac sehingga ada beberapa budak kecil memandang ke arah mereka. Mulut Faryal yang sudah muncung dan tangan yang memeluk tubuhnya membuat Issac semakin geli hati. Comel. Mahu saja dia menggigit bibir mungil itu.
Awak patut lihat reaksi awak bila saya tarik tangan tadi. Bukan main pucat.” Tawa Issac yang reda meledak sekali lagi. Tangan Faryal melayang menyubit lengan lelaki itu pula. Suka sangat kenakan orang.
Ingat betul-betul kena naik roller coaster tadi. Berkumat-kamit aku baca doa tenangkan hati tadi, sampai orang pun tengokkan aku. Ingat aku ni psycho ke nak cakap sendiri. Tapi sekarangkan aku tengah cakap sendiri? Bisik Faryal dalam hati. Dijeling Issac yang menolak bahunya dengan menggunakan bahu lelaki itu sendiri. Nak pujuklah tu.
Sayakan dah janji yang awak tak akan lupa hari ini sampai bila-bila. Lagipun saya tak berapa gemar naik roller coaster. I’m not that bad you know angel. I do have a heart.” Kata Issac dengan ikhlas. Bibir pula dijuihnya.
Tawa kecil Faryal melihat muka sedih Issac. Comel tak terkata. Hilang macho Issac buat seketika. Mata mereka menumpu kepada kuda-kuda yang naik turun didepan mereka. Suka mereka melihat kanak-kanak kecil kegembiraan. Sekali-sekala kanak-kanak kecil akan melambai ke arah ibu bapa mereka yang sedang mengambil gambar. Siapa tak suka carousel? Kuda naik turun dan pada masa yang sama mereka berputar. Ia sentiasa membuat Faryal senyum kesukaan.
Saya suka permainan ni. Masa saya kecil-kecil dulu. Inilah yang saya selalu naik sementara tunggu abang-abang saya naik turun roller coaster. Dekat sinilah saya meluang masa dengan mama saya.”
Ingatannya mengimbas kembali setiap kali dia bersama Lutfiyah disini. Boleh berulang kali mereka naik permainan ini sementara menunggu abang-abangnya yang entah berapa kali naik roller coaster. Disinilah dia ketawa riang. Disinilah tempat kegemarannya dan disinilah ia sentiasa mengingatkan dia kepada mamanya. Rasa sebak tiba-tiba. Matanya mula kabur dek air mata yang mula berkumpul. Mengingati bahawa tiada lagi tawa riang Lutfiyah, tiada lagi senyum manis mamanya setiap kali melihatnya gembira, Faryal mula rasa kehilangan sekali lagi. Kehilangan yang dia cuba letak sejauh mungkin.
Bunyi hon yang menandakan pusingan sudah akhir menyedarkan Faryal. Kepalanya ditunduk dan jari-jemarinya naik menyeka tubir matanya. Issac yang melihat setiap tingkah laku Faryal turut rasa sedih dengan cerita Faryal. Dia sedia maklum ini tempat kegemaran Lutfiyah dan Faryal. Dia hanya mahu Faryal meluahkan apa yang tersimpan kepadanya dan dia juga mahu Faryal tahu yang dia berada disini untuk bidadarinya itu.
Tangan kasar Issac disua kepada Faryal yang cuba menyembunyikan kesedihannya dengan mengukir senyuman. Tetapi mata Faryal tidak pandai menipu. Tangan Issac dipandang seketika sebelum memandang muka lelaki itu. Issac senyum manis kepadanya sehingga terserlah lesung pipit dipipinya.
Jom. Kita lupa seketika masa lalu. Kita buat kenangan baru. Just you and me angel.” Tersentuh hati Faryal dengan kata-kata manis dari mulut Issac.
Kenangan dia bersama mama tidak dapat dihapuskan melainkan dia hilang ingatan. Kini dia harus lupa seketika masa lalu dan menulis kenangan yang baru bersama lelaki yang sudah mendapat tempat dihatinya. Tanpa ragu-ragu dia mencapai tangan Issac dan mereka menaiki carousel yang sedang menanti.
Issac yang duduk dikuda sebelah Faryal hanya senyum dan sekali-sekala ketawa melihat telatah Faryal yang persis seorang anak kecil. Tawa riang, keceriaan dan kegembiraan yang terpancar dimuka Faryal tidak akan pernah dia lupa seumur hidup. Walaupun satu hari Faryal akan membencinya, dia tetap akan mencintai wanita bernama Faryal Shameena seumur hidupnya.
**
Tertutup mata Issac setelah menyuap kek keju yang dibawa Faryal tadi. Sedap sangat! Dari satu suapan ke dua suapan sehingga tanpa sedari sudah licin piring kecil yang dipegangnya. Tanpa segan silu disua piring yang kosong itu kepada Faryal yang sedang memeluk lutut disebelah. Melihat Issac yang tersengih macam kerang busuk dia meletak lagi satu potong dipiring lelaki itu.
Thanks angel!” Ucap Issac lantas sambung suapannya.
Senang hati Faryal melihat Issac menikmati masakannya. Setelah puas berpusing satu taman permainan itu kini mereka sedang beristi rehat ditempat yang disediakan. Mata Faryal mengamati lelaki yang sedang separuh baring dengan lengan menampung berat badannya sementara tangannya yang lagi satu menyuap makanan ke dalam mulut. Memang segak Issac didepannya kini walaupun berpakaian santai. Seluar jeans biru, baju polo-t putih, topi ala military dikepala dan aviators yang tidak lekang dari batang hidungnya itu.
Faryal perasan ramai perempuan sejak tadi memandang ke arah mereka. Tetapi bukan untuk melihatnya tetapi orang disebelahnya. Sudahlah muka macam mat salleh. Gaya pula macam model. Apa yang membuat Faryal suka sepanjang mereka disitu, Issac tidak pernah sesekali melepaskan pautan tangan mereka. Ke hulur ke hilir lelaki itu akan menariknya dan kadang-kala dia yang menarik tangan lelaki itu bila melihat sesuatu yang disukainya. Sekali-sekala, Issac akan membisikkan sesuatu ditelinga, selalunya saja ingin mengusik Faryal sehingga Faryal menampar lengan lelaki itu membuat Issac ketawa kuat. Perangai mereka tidak ubah seperti sebuah pasangan tetapi hakikatnya mereka hanya kawan. Kawan? Entahlah.
Hmm…Senyum-senyum, gelak sendiri nampak. Tak nak kongsi dengan saya ke?” Soal Issac yang sedang memandang ke depan.
Faryal disebelah sambung dengan senyumannya tidak menghiraukan pertanyaan lelaki itu. Dilihat Issac bangun dari pembaringannya dan mula mendepakan tangan ke atas mahu melonggarkan otot-ototnya. Faryal menjauhi badannya sedikit apabila melihat aksi Issac. Dengan sekelip mata saja lelaki itu baring semula. Tetapi bukan baring ditikar yang dibentang tadi tetapi baring dengan kepala dilentok diriba Faryal. Kaget Faryal dibuatnya.
Awak buat apa ni?” Soal Faryal mata melilau melihat sekeliling.
Ada sebuah sekeluarga memandang mereka dengan senyuman nakal. Terpaksa Faryal membalasnya. Issac pula dengan bersahaja membetulkan kepalanya diriba Faryal cuba mencari port yang selesa. Cermin mata hitam sudah diletak atas tikar. Kini mata hazel yang sungguh memukau memanah matanya Faryal.
Penatlah angel. Bagi saya baring sekejap saja lepas tu kita jalan lagi.” Balas Issac sebelum menutup matanya dan topi dikepala diturunkan sedikit melindungi mata dari pancaran matahari.
Tiada pilihan lain, Faryal membiarkan saja kepala Issac diribanya. Sedang Faryal membelek-belek kamera kepunyaan Issac, lelaki itu dengan tiba-tiba menyua tangannya kepada Faryal. Kenapa pula mamat ni? Cakap nak baring lepas tu sua tangan dia pula. Ngigau ke? Soal hati kecil Faryal.
Angel, can I have your hand please?”
Buat apa? Awak tidur sajalah. Saya tak lari ke mana pun.” Mendengar jawapan Faryal, Issac terus menolak topinya sedikit ke atas dan mencapai tangan Faryal dengan selamba sebelum kembali melentokkan kepala diriba.
Tersenyum Issac apabila tangan Faryal sudah dalam genggamannya, erat. Sekarang dia boleh baring dengan aman. Kedengaran Faryal mengeluh dengan telatahnya. Pening dia dengan perangai lelaki itu yang tiba-tiba bertukar menjadi romantik.
Gatallah awak ni.”
Saya gatal pun sebab awak nyamuknya.” Balas Issac dengan tenang.
Tergelak Faryal dibuatnya. Ada-ada saja jawapannya Issac. Tidak mahu mengganggu tidurnya Issac, Faryal kembali membelek gambar dalam kamera.
**
Wah! Cantik sungguh ciptaan Tuhan. Rasa bersyukur sekali melihat matahari terbenam. Sunyi sepi seketika mereka beruda. Masing-masing melayan perasaan sendiri melihat pertunjukkan yang sungguh menakjubkan. Matahari menurun memberi peluang kepada bulan pula untuk memancar kecantikkan dan cahayanya.
Alhamdulillah.” Ucap Faryal. Issac yang mendengar berpaling menghadap Faryal.
Alhamdulillah.” Ucap Issac juga. Faryal memusing dan mata mereka bertembung.
Kenapa awak mengucapkan Alhamdulillah?” Soalan Issac membuat Faryal senyuman manis. Mata kembali mengamati matahari yang perlahan-lahan mula menghilang.
Saya bersyukur diberi peluang melihat dan merasa keajaiban Tuhan. Saya bersyukur diberi peluang bernafas untuk sehari lagi. Saya bersyukur kerana Tuhan mengelilingi saya dengan orang yang menyayangi saya.”
Itu termasuk saya.” Sambung Issac. Faryal menjungkit bahunya membuat Issac senyum nipis. Cermin mata dibetulkan kedudukannya.
Awak pula?”
Saya?” Issac menunding kepada dirinya sendiri. Faryal angguk mengiakan pertanyaan lelaki itu.
Sama seperti awak saya bersyukur dengan semua yang DIA beri kepada saya. Tapi apa yang saya sungguh bersyukur sekali adalah sebab dia temukan saya dengan awak.” Merah malu pipi Faryal dengan kata-kata terakhir lelaki itu. Pandangan dilempar ke depan kembali. Issac menarik nafas yang dalam sebelum memulakan apa yang ingin dikatakannya. Tangan Faryal dicapainya, membuat Faryal pusing memandangnya.
Bila kehidupan saya menjadi gelap, awaklah yang meneranginya kembali. Bila saya mula hilang arah, awaklah yang membuat saya tumpu kembali. Bila saya rasa dunia ini sungguh kejam, awaklah yang membuat saya rasa disayangi. Itu sebab awak satu-satunya bidadari saya di dalam hati.” Pautan tangan mereka dipandang seketika. Sebelum meyambung kata-katanya.
Depan ciptaan Tuhan yang tidak terkata, saya mahu awak tahu yang awak adalah segala-galanya buat saya. Walaupun perkenalan kita singkat tetapi dalam masa yang singkat itulah yang membuat hati saya terpaut.”
Terpaut?” Soal Faryal apabila Issac tiada tanda mahu menjelaskannya.
Terpaut dengan keindahan ciptaan Tuhan bernama Faryal Shameena.” Terpaku Faryal dengan luahan hati dari Issac. Adakah ini bermakna mereka?
Be my angel for the rest of my life?
Tercengang mulut Faryal apabila Issac melutut didepannya dengan sebuah kotak baldu berisi seutas cincin ditayang kepadanya. Mata Faryal mula kabur tersentuh dengan apa yang sedang dilakukan Issac. Tidak pernah seumur hidup dia akan melalui bibit romantik yang sentiasa dia lihat dalam panggung wayang. Matanya bersilir ganti mengamati cincin berlian berwarna biru dan wajah lelaki yang penuh berharap didepannya kini.
Err…saya…” Issac memandangnya dengan penuh harapan. Tanpa diduga setitis air mata melepasi kelopak mata Faryal.
Saya harap air mata yang awak titiskan adalah air mata bahagia.” Tangannya naik mengesat airmata yang mengalir.
Maafkan saya.” Mendengar kata maaf dari Faryal, Issac merasakan semangatnya tiba-tiba disedut keluar.
Reaksi Faryal yang bermain berkali dimindanya berbeza dengan reaksi Faryal kini. Mata Faryal kelihatan sedih. Dengan perlahan tangan yang memegang kotak itu mula lurut ke bawah. Kepala ditunduk memandang pasir pantai yang halus. Rasa bersalah menyelubung hati Faryal apabila melihat Issac yang kelihatan kecewa. Tetapi dia terpaksa melakukannya.
Saya minta maaf sebab saya tak akan terima awak dengan cara sebegini. Kita ada adat. Kalau awak nak jadikan saya bidadari awak seumur hidup, kenalah awak minta kebenaran dulu.” Terangkat kepala Issac dengan kata-kata Faryal. Melihat bibir Faryal yang menguntum senyuman manis dan sekali-sekala meggelakkannya, dia sudah jatuh dalam perangkap Faryal.
Hidung Faryal dicuit Issac geram. “Eee! Sukakan kenakan saya.” Berdekah-dekah Faryal ketawa melihat Issac sudah tersenyum kembali.
Mestilah. Lagipun awak pun sama. Jadi kita serilah hari ini.”
Issac yang sedang bercekak pinggang ketawa berdekah-dekah apabila dikenakan Faryal. Betul-betul dia ingat Faryal menolak habis cintanya. Dia fikir dia hanya bertepuk sebelah tangan tetapi tidak. Memang kecohlah kehidupannya nanti. Faryal. Faryal.
**
Boleh saya jumpa Nek Wan sekarang? Lagi cepat lagi bagus?” Soal Issac sebaik saja menghentikan keretanya dihalaman rumah Nek Wan.
Jangan nak merepek. Nanti Nek Wan tembak awak dengan senapang baru tahu. Okaylah. Terima kasih untuk hari ini. I really enjoyed myself. True to your words, saya tak akan pernah lupakan hari ini.”
Sama-sama. Which part yang awak suka? Saya suka bab saya melamar awak. Sweet.” Tutur Issac mengingati setiap bibit waktu itu.
Hmm…saya suka bab makan makanan laut. Sebab saya suka seafood!” Issac mencebik dengan jawapan Faryal.
Setelah kejadian dipantai, lelaki itu membawa dia menikmati makanan laut ditempat makan yang berdekatan. Memang puas sekali Faryal melanyak semua makanan laut tadi. Segar-segar semuanya. Apabila ditanya kepada Issac mengapa tiada candle light dinner ditepi pantai seperti yang dilakukan dalam televisyen. Lelaki itu jawab dengan senang.
Sebab bidadari saya tak suka candle light dinner ditepi pantai yang beriringan dengan pemain gitar atau biola. Nanti dia mengomel pasir masuk dalam makananlah. Pukulan ombak diwaktu malam menakutkanlah sebab mengingatkannya dengan tsunamilah. Lagipun bidadari saya suka makan, terutama sekali makanan laut. Jadi disinilah saya bawa dia.”
Memang romantik sekali Issac malam itu. Isi ketam dicuil untuk Faryal. Kupang dibukakan dan memberi isinya kepada Faryal. Semua dilakukan Issac. Kerja Faryal hanya menyuapnya dalam mulut. Hehehe. Tapi apa yang amat menyentuh hatinya adalah apabila mereka bercerita mengenai keluarga masing-masing.
Saya anak yatim piatu sejak papa dan mama saya meninggal. Papa saya meninggal sebab drug overdose dan mama saya pula dilanggar lari. Selepas kematian mama saya, papa hilang arah. Dia melemaskan diri dalam dunianya sendiri. Minum, dadah, perempuan. Tiga benda itulah yang meracuni kehidupannya. Saya tinggal dengan Mother lepas kematian mama. Tetapi untuk beberapa tahun saja, lepas itu saya tinggal disini. Di Naraya bersama datuk dan nenek sebelah papa. Empat tahun lalu baru saya kembali ke Paris. Demi syarikat keluarga dan demi masa depan.”
Kasihan, itulah yang dirasai Faryal. Kelihatan riak muka sayu Issac bila bercerita mengenai keluarganya. Tetapi senyuman yang menyerlah lesung pipit tidak sesekali lesap dari bibir merkah itu. Dari suara Issac yang kadang-kala kedengaran tegang, Faryal tahu lelaki itu sedang berperang didalam tetapi tidak menunjukkannya.
Kehilangan kedua orang tuanya diumur yang muda, tambah lagi mempunyai seorang papa yang tidak dapat menerima pemergian isteri tercinta. Issac telah melalui lebih teruk darinya. Faryal beruntung kerana dia mempunyai abang-abangnya. Dia beruntung kerana dapat merasai kasih sayang seorang ibu. Tetapi Issac tidak merasakan semua itu. Dia kini sebatang kara. Tiada adik-beradik melainkan keluarga Nila dan datuknya.
Cubitan dipipi mengembalikan Faryal kedunia yang nyata. Tersenyum sipu Faryal apabila ditangkap mengelamun oleh Issac.
Okay. Saya masuk dulu. Awak drive elok-elok.” Pesan Faryal. Issac angguk faham. Faryal membuka pintu dan membolos keluar dari kereta Issac.
Angel.” Faryal yang ingin menutup pintu membongkok badannya memandang ke dalam.
Goodnight. Sweet dreams. Love you.” Senyum Faryal dibuatnya mendengar kata-kata Issac. Pintu ditutup dan dia menuju ke arah tangga. Tangan naik melambai ke arah kereta Issac yang mula meninggalkan perkarangan rumah Nek Wan.
Mama you’re going to love him like I do.



No comments:

Post a Comment