Bab
44
Shariq
mencapai jam diatas meja lantas disapu atas roti bakar yang sudah
tersedia. Matanya mengamati sepasang kembar didepannya. Walaupun muka
hampir mirip tetapi mempunyai dua perwatakan yang berbeza. Shayaan
yang tua satu minit lebih formal dan tegas orangnya sementara Faizan
lebih santai dan bersahaja. Dilihat Faizan mengangkat punggung dengan
tergesa-gesa dan menghilang ke dapur.
Shayaan
disebelah mengerling sekilas kembarnya yang sudah hilang ke belakang
dan memandang ke arah mata Faizan sedang pandang sebentar tadi.
Suratkhabar yang sedang dibacanya dilipat malas. Air kopi atas meja
dihirup sebelum melaung memanggil Widayah. Shariq memusing mahu
melihat apa yang membuat sepasang kembar itu tidak sabar mahu
beredah. Melihat saja susuk tubuh Ahdia dan Khaleed yang sedang
menghampiri Shariq menggeleng kepala.
“Wid
abang Yan tunggu dekat kereta.” Laung Shariq sekali lagi sebelum
berlalu pergi dengan beg bimbit dan kot ditangan. Sempat dia menyalam
Khaleed dan menjeling Ahdia sebelum berlalu pergi.
Beberapa
minit kemudian kelihatan Widayah terkial-kial keluar dari arah dapur
diikuti oleh Faizan yang sedang apa lagi kalau tidak menyakat
Widayah. Selalunya Faryal yang menjadi mangsa. Tetapi sebab Faryal
tak ada, Widayah yang menjadi sasaran baru. Becok mulut Widayah
memarahi Faizan yang sedang mengusiknya dari tadi. Apabila melintasi
Khaleed, dia berhenti dan menyalam Khaleed sebelum berlari anak ke
depan.
Khaleed
dan Ahdia yang sudah mengambil tempat masing-masing dimeja makan
memandang Shariq dengan senyuman. Mak Limah yang baru keluar dari
dapur menuang air kopi untuk mereka sebelum meminta diri untuk ke
belakang. Shariq mengamati Ahdia yang kelihatan muram tidak seceria
seperti selalu. Seingatnya, semasa dia pulang semalam, kereta Ahdia
tidak kelihatan dihalaman depan. Waktu itu sudah mahu masuk jam
sembilan. Setahunya waktu kerja Ahdia habis jam enam.
“Penat
saja Dia, abang tengok. Semalam Dia balik rumah pukul berapa?”
Ahdia yang menongkat pipinya sambil menyuap roti dalam mulut
mengerling sekilas Shariq didepannya.
“Sepuluh.”
Sepatah dijawab Ahdia.
Sebal
hati dia mengingati setiap panggilan yang terpaksa dibuatnya. Ada
panggilan tidak dijawab, ada panggilan yang dijawab tetapi dia
dimarahi kerana tidak bersikap professional. Mahu saja dia memarahi
orang itu tetapi apabila memikirkan yang semua itu angkaranya dia
terpaksa menelannya walaupun pahit. Tambah lagi, selama dia disitu
Geraldine dan beberapa staf juga belum pulang. Nasib baik. Kalau
tidak dia keseorangan dalam butik yang besar itu. Tetapi akhirnya dia
habis juga. Apabila diberi senarai itu kepada Geraldine yang mahu
pulang, perempuan itu hanya meletaknya diatas meja kerja dan meminta
diri untuk pulang. Penat-penat dia menyiapkan senarai itu, Geraldine
tidak membacanya pun. Hish! Geram. Sakit hati.
“Lambatnya
Dia balik? Banyak kerja ke? Geraldine buli Dia ke?” Soal Shariq
bertubi-tubi ingin tahu.
“Kalau
buli pun apa boleh buatkan. Kitakan kuli, dia pengurus. Betul tak
papa?” Sindir Ahdia.
Khaleed
senyum nipis sebelum menghirup kopi yang tersedia. Dia tahu Ahdia
sedang menyindirnya. Telefon bimbit Ahdia berbunyi. Menjuling mata
Ahdia melihat nama siapa yang tertera. Mahu saja dia mematikan saja
panggilan itu tetapi diangkat juga dengan suara yang saja dimaniskan.
“Hello.”
“I
mahu you sampai butik lagi dua puluh minit. Ada temujanji penting
yang you harus hadiri. Kalau you lambat you tahu apa hukumannya. Dua
puluh minit dari sekarang.” Talian dimatikan Geraldine.
“Hello!
Hello! Urgh!”
Jerit Ahdia. Dengan pantas air kopi diteguk sebelum berlalu pergi
dengan kelam-kabutnya. Shariq dan Khaleed tidak disalamnya seperti
selalu.
Khaleed
menggeleng kepala dan membalas pandangan anak muda disebelahnya. Dia
tahu anak lelakinya itu tertanya-tanya apa yang baru saja berlaku.
Baru saja mereka mahu menyambung menikmati sarapan, kedengaran suara
Ahdia menjerit dari luar.
“Papa
mana kunci kereta?”
“Papa
nak pakailah Dia. Papa ada temujanji dengan kawan. Kenapa dengan
kereta Dia?” Soal Khaleed dengan kerutan didahi.
“Mogok.
Dahlah si singa dekat sana suruh datang lagi dua puluh minit. Argh!
Bencilah!” Rambut diraup kasar dan kakinya apalagi kalau bukan
dihentak-hentak.
“Dah-dah.
Biar abang Riq hantar. Pa, pergi dulu.” Tangan Khaleed disalamnya
sebelum membuka langkah bersama Ahdia menuju ke kereta.
Khaleed
mengeluh sebaik saja mendengar kereta Shariq berlalu pergi. Tangan
Khaleed naik memicit kepala. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh
tahan dengan semua ini. Mungkin ini balasan untuk apa yang dilakunya
dimasa lalu. Kalau boleh dia memutar kembali masa dia akan
membetulkan apa yang telah dibuatnya. Tetapi itu tidak mungkin. Dia
harus teruskan apa yang telah dilakukannya. Kini dia harus cepat
bertindak sebelum sesiapa menghidu apa yang akan dan telah dibuatnya.
Jam tangan dilirik. Lagi beberapa jam dia akan memulakan
rancangannya. Rancangan yang sudah lama difikirkannya.
**
Sebaik
saja kereta dihentikannya, Ahdia terus meluru keluar. Dengan kasut
tumit yang tinggi dia berlari anak memasuki butik bidadari. Shariq
geleng kepala sebelum mengikuti jejak langkah Ahdia. Cermin mata
hitamnya dibuka sebaik saja memasuki butik itu. Walaupun baru jam
sepuluh pagi butik sudah ada beberapa pelanggan yang sedang
membelek-belek baju.
Senyum
simpul Shariq melihat susuk tubuh yang semakin hari semakin mendapat
tempat dihatinya. Siang malam dia sering mengingati wanita itu.
Panggilan yang dibuatnya dan juga mesej yang dihantar kadang-kala
saja dijawab si penerima. Itu pun sudah kira bernasib baik walaupun
hanya beberapa minit dan beberapa perkataan sahaja.
Mata
mereka bertembung sebaik saja Geraldine menoleh ke arahnya. Shariq
melambai kepada Geraldine yang mengangguk sebelum berbicara dengan
staf yang bersama dengannya kembali. Sebaik saja staf itu berlalu
pergi Geraldine mengorak langkah menghampiri patung yang dari tadi
tersengih-sengih macam kerang busuk. Tangan naik berlipat didada.
“Hmm…Buaya
masuk kandang yang salah ke?” Soal Geraldine.
Lelaki
didepannya gelak kecil sebelum turut memeluk tubuhnya juga. Jarak
antara mereka semakin kurang apabila Shariq mengorak beberapa langkah
ke depan. Wangian yang dipakai Shariq menusuk ke dalam rongga hidung
Geraldine. Kuat benar bau dia tapi sedap.
“Buaya
tak pernah salah masuk kandang untuk pengetahuan you. Si buaya datang
sini sebab mahu jumpa dengan si singa.” Berbisik Shariq dengan
penuh goda.
Mata
dikecil Geraldine. Dia tahu Ahdia si piranha
yang memberinya gelaran itu tetapi dia tidak kisah. Lelaki didepannya
yang segak bersuit hitam dan rambut yang disisir rapi direnungnya
tidak mahu kalah. Teringat kembali ciuman antara mereka. Gila!
“Si
singa tak layan buaya diair. Sebab…”
“Sebab
si singa tak mahu lemas dalam pelukan sang buaya. Sebab si singa tak
mahu bergolek-golek didalam air bersama sang buaya sebelum dia
menjadi santapan. Sebab…”
“Sebab
si singa tak suka sang buaya yang suka mengintip dalam air.
Pervert!”
Terledak tawa Shariq menyebabkan orang ramai yang berada disitu
memandang mereka. Geraldine dan Shariq tetap selamba. Tidak
menghiraukan orang ramai disekeliling mereka.
Tawa
Shariq reda sambil jari telunjuknya bergoyang-goyang didepan
Geraldine. “You nak tahu mengapa buaya suka intip si singa?”
Geraldine menjungkit keningnya menanya apa jawapannya.
“Sebab
sang buaya tahu si singa suka apabila diintip buaya bernama Fajer
Shariq.” Hidung Geraldine dicuit sebelum dapat ditepis.
“Okaylah
singa, buaya nak pergi kerja. Ubat sudah rindu untuk masa ini. Nanti
I datang lagi. Bye.”
Shariq memusing dan berlangkah pergi.
Tetapi
baru beberapa langkah dia memusing kembali dan menghampiri Geraldine.
“I
owe you a favour. But now I want to claim mine.”
Pipi Geraldine dikucup pantas sebelum berlalu pergi meninggalkan
wanita itu tersentak ditengah-tengah butik bidadari itu.
Tangan
Geraldine naik menyentuh pipi yang masih terasa kucupan hangat
Shariq. Senyuman herot bermain dibibir. Hanya satu perkataan saja
boleh menggambarkan lelaki bernama Fajer Shariq. Buaya.
**
Khaleed
menghulur tiga keping gambar kepada lelaki didepannya kini. Matanya
melilau memastikan tiada siapa yang dia kenali melihatnya dengan
lelaki itu. “Ini gambar mereka. Tapi buat masa sekarang aku mahu
kau perhatikan yang ini. Beri dia sedikit pengajaran.” Lelaki itu
mengamati gambar yang ditunjuk Khaleed. Dagunya digosok dengan
senyuman herot dibibir. Cantik. Ayu bertudung tetapi kasihan terpaksa
menjadi sasarannya.
“Kau
akan jumpanya disini. Pastikan tiada sesiapa dapat mengesan kau.
Kerja ini harus bersih.” Arah Khaleed sambil menghirup udara segar
di club
house
yang bersebelahan dengan padang golf.
“Lagi
dua ni bos?”
“Belum
masa mereka lagi. Aku masih perlukan mereka. Sebaik saja mereka tidak
berguna untuk aku, kau orang pertama yang aku panggil.” Dipandang
lelaki itu yang menayang tangan dengan ibu jari dan jari telunjuk
digesel sama sendiri. Khaleed geleng tahu benar apa yang dimaksudkan
lelaki itu. Apalagi kalau bukan wang ganjarannya.
“Kau
jangan risau. Aku akan beri kau tiga kali ganda dari apa yang pernah
kau dapat sebelum ini. Ingat, jangan sampai dia mati. Aku hanya mahu
memberi dia pengajaran sedikit. Biar dia sedar siapa dia tengah
bermain dengan sekarang.”
Lelaki
itu angguk faham. Dia suka beurusan dengan Khaleed. Walaupun
pekerjaan yang diminta lelaki itu sebelum ini boleh membuat dia
digantung mati, tetapi dengan kuasa yang Khaleed ada semua kes itu
ditutup begitu saja. Dia selamat, kocek pula semakin tebal.
“Okay
bos. Saya akan lakukan apa yang bos mahu. Kalau tak ada apa-apa lagi
saya pergi dulu.” Khaleed angguk membenarkan. Lelaki itu menyimpan
ketiga keping gambar ke dalam jaketnya dan berlalu pergi meniggalkan
Khaleed melayan persaannya sendiri.
Lelaki
itu salah satu harapannya untuk mencapai keinginannya. Walaupun itu
bermakna dia terpaksa menyingkirkan setiap orang yang menghalangnya.
Tapi yang dia suka sekali dengan adanya lelaki itu, tangan dia tidak
kotor melakukan perkara yang kejam itu.
Jam
tangan dilirik menunggu temujanjinya yang kedua. Rancangan pertama
sudah berjalan. Kini rancangan kedua. Sementara menunggu kehadiran
mereka, Khaleed memesan makanan untuk mengisi perut yang kosong.
Tersentak
Khaleed apabila bahunya ditepuk dengan tiba-tiba. Tersenyum lebar dia
apabila melihat dua susuk tubuh didepannya. Punggung diangkat dan
tangan naik menyapa temujanjinya yang kedua.
“Tuan
Kamil. Izzat. Saya ingat tak jadi datang tadi.” Khaleed menyilakan
mereka duduk dikerusi yang kosong didepannya.
“Sudah
janji bukan. Mana boleh tidak menepatinya. Maaflah kami lambat. Izzat
ni selagi belum habis kerja, selagi itu tak tinggalkan ofis.” Jelas
Tuan Kamil Arysad sambil menepuk-nepuk bahunya Izzat yang senyum
nipis. Khaleed menggamit pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
Mata
Khaleed memandang pasangan datuk dan cucu didepannya. Memang mereka
berdua ini orang yang terpengaruh. Orang yang dia perlukan.
Rancangannya untuk menyatukan Ahdia dengan Izzat hancur begitu saja
apabila dia melihat sendiri layanan lelaki itu terhadap Ahdia. Dari
situ dia sedar bahawa Issac bukan lelaki yang mudah jatuh dalam
perangkapnya. Lelaki seperti Izzat tidak senang tewas dengan
perempuan seperti Ahdia. Itu sebab dia mula menukar strategi.
Sebaik
saja pelayan berlalu pergi, Khaleed memulakan langkah. Badannya
disandar santai dibelakang kerusi. Tetapi sebelum Khaleed dapat
bersuara, anak muda sebelah Tuan Kamil Arsyad memulakan langkah
terlebih dahulu.
“Saya
tahu tuan mahu saya bekerjasama dengan tuan. Datuk saya sudah
menjelaskan kepada saya. Tetapi hanya satu yang saya mahu tahu. Apa
yang akan saya dapat dalam kerjasama ini?” Kening kanan Khaleed
ternaik dengan pertanyaan anak muda itu.
Nampaknya
budak ini tidak suka berlengah. Terus terjun ke dalam air yang sejuk.
Datuk dan cucu sama. Dipandang Tuan Kamil Arysad yang menjungkit bahu
tidak tahu apa yang mahu dijelaskan.
Dialih
pandangan kembali kepada Izzat yang menongkat mukanya dengan ibu jari
didagu dan jari telunjuknya dipipi. Mata hazel anak muda itu pula
berselindung disebalik cermin mata hitam yang dipakainya. “Dua
puluh peratus saham FS milik kamu kalau rancangan ini berjaya.”
Izzat menggeleng kepala mendengar tawaran dari Khaleed.Tidak setuju.
“Empat
puluh peratus saham FS.” Khaleed gelak dengan tawaran yang dibuat
Izzat .
“Dua
puluh peratus saham FS, dua puluh peratus aset yang lain dan tiga
juta sebagai bonus.” Balas Khaleed dengan tenang.
Izzat
membuka cermin mata hitam yang dipakainya dan dicampak diatas meja,
tidak puas hati dengan tawaran yang baru disebut Khaleed. Tuan Kamil
Arsyad disisi hanya menjadi penonton adegan tawar menawar itu.
Cucunya mengeluh sebelum merenung tajam Khaleed.
“Apa
yang tuan mahu saya lakukan bukan perkara yang kecil. Ini boleh
menjejas reputasi saya. Mendapat tandatangan anak-anak lelaki tuan
bukannya senang. Terutama sekali Shariq dan Shayaan. Ini tawaran
terakhir saya. Tiga puluh peratus saham FS, tiga puluh peratus aset
yang lain dan sepuluh juta sebagai bonus.” Pelayan tiba dengan
pesanan mereka.
Sementara
itu otak Khaleed memikir kembali permintaan Izzat . Memang dia akur
apa yang akan dilakukan Izzat itu agak sukar. Apatah lagi dengan
sikap anak-anaknya yang selalu teliti setiap kali membaca sesutau
dokumen. Kalau tiga peratus saham FS diberi kepada lelaki itu dia
masih mempunyai saham terbesar. Jadi kedudukkannya masih tidak
tergugat. Aset yang dia akan peroleh bukannya sikit. Permintaan Issac
memang banyak tetapi dia akan lebih untung dari anak muda itu.
Sepuluh juta? Sampai mati pun tak habis harta yang Lutfiyah ada.
Sebaik
saja pelayan itu beransur pergi, Izzat bersuara kembali. “Apa yang
tuan akan peroleh berganda banyaknya dengan apa yang saya minta.Kalau
tuan tak setuju, saya minta diri dulu. Saya ada banyak kerja yang
harus saya lakukan.”
Izzat
mengangkat punggung mahu beredar, saja mahu menduga kesungguhan
Khaleed. Terpinga-pinga Khaleed melihat tindakan Izzat . Dia turut
bangun dan menaikkan tangan mencegah anak muda itu dari pergi begitu
saja. Rancangannya akan tergendala kalau tidak ada pertolongan Issac.
“Baiklah.
Saya setuju. Nanti peguam saya akan menelefon kamu bagi menandatangan
surat perjanjian.” Tersengih Izzat dan Tuan Kamil Arsyad dengan
reaksi Khaleed.
“Satu
yang saya mahu tanya. Bila kamu akan umumkan pengganti kamu untuk
kerusi CEO?”Izzat menguis-nguis straw dalam gelas. Dilirik
datuknya disebelah sebelum menunpu kembali ke Khaleed yang sedang
menanti jawapannya.
“Tak
lama lagi. Tuan hanya perlu tunggu dan lihat. Saya pasti tuan akan
senang dengannya.” Bukan Khaleed yang akan senang, tetapi dia. Dia
akan senang melihat kehancuran Khaleed.
**
Sarung
tangan dibetulkan Izzat sebelum mengambil giliran memukul bola putih
yang sedang menanti. Memang dia tidak gemar aktiviti bermain golf.
Sungguh membuang masa. Dari memukul bola golf dia lebih gemar
menghabiskan kerjanya yang tergendala dipejabat. Kalau tidak
mengingati agendanya untuk Khaleed memang dia tidak akan jejak kaki
dipadang hijau itu.
Tepukan
tangan dari Tuan Kamil Arsyad dan Khaleed menyapa sebaik saja bola
yang dipukulnya memasuki lobang yang sedang menanti. Topi yang
tersarung dikepala ditarik ke bawa sedikit.
“Hebat-hebat.
Untuk seorang yang tidak gemar bermain golf, handal juga kamu.”
Bahu Izzat ditepuk-tepuk Khaleed. Tersenyum lebar Issac dengan pujian
itu tetapi hatinya bercanggah. Giliran Tuan Kamil Arsyad pula memukul
bola, meninggalkan Izzat dan Khaleed sendirian.
“Saya
dengar kamu ada buah hati disini. ”
Izzat
yang sedang membetulkan topi yang dipakai tertawa halus. Ini semua
mesti kerjanya Geraldine. Dia pasti Ahdia memberitahu Khaleed tentang
ini. Geraldine sudah cerita kepadanya bahawa Ahdia ada didepannya
semasa mereka sedang berbual mengenai temujanjinya dengan Faryal.
Setiap perbicaraan pasti ada perkataan buah hati. Macam mana Ahdia
tidak memberitahu Khaleed apabila Izzat sendiri menolak perempuan itu
mentah-mentah.
Melihat
Izzat senyum simpul, Khaleed sudah mendapat jawapannya. “Ini
bermakna kamu akan tinggal disini selepas khidmat kamu di FS
berakhir? Maklumlah buah hati dekat sini. Mana boleh berjauhankan?”
Dilirik anak muda yang ketawa kecil dengan kata-katanya.
“Saya
akan bawa dia balik ke Paris itu pun kalau keluarga dia setuju.”
“Baru
berapa bulan kamu disini dan berkenal dengan dia, sudah mahu kahwin?
Boleh tahan juga betul kamu ni.” Izzat menjungkit bahunya. Khaleed
meletak tangannya dibahu anak muda itu.
“Bukan
main sakan kamu berdua ketawa. Sampai atuk nak konsentrasi pun
susah.” Suara Tuan Kamil Arsyad yang menghampiri mereka.
“Tak
adalah tuan. Ni hah, cucu tuan ni dah nak tamatkan zaman bujang dia
dah.”
“Memang
sudah lama saya tahu. Cuma Izzat ni saja yang mahu menunggu. Kata
dia, kalau mahu sesuatu kena bersabar dan merancang dengan perinci.
Lepas itu baru boleh bertindak. Bukan begitu Izzat?” Mereka bertiga
gelak sesama sendiri.
Tetapi
apa yang Khaleed tidak tahu. Rancangan yang dimaksud Tuan Kamil
Arsyad bukanlah perkahwinan Issac tetapi rancangan menjatuhkan lelaki
yang bernama Khaleed Jamaluddin.
Aaah!! I love you!!! Best kot...hehehe good job kak ^^
ReplyDeleteHehehe..Thank you dik:B
Deletekak bukan khaleed x tau identiti isaac ke? jadi kenapa tuan kamil pnggil izzat isaac depan khaleed. haha pening --.
ReplyDeleteAlamak! Nasib baik adik beritahu..hahah okay Mai pergi betulkan..TQ dik sebab beritahu!:B
Delete