Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 25 August 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 44

Bab 44

Shariq mencapai jam diatas meja lantas disapu atas roti bakar yang sudah tersedia. Matanya mengamati sepasang kembar didepannya. Walaupun muka hampir mirip tetapi mempunyai dua perwatakan yang berbeza. Shayaan yang tua satu minit lebih formal dan tegas orangnya sementara Faizan lebih santai dan bersahaja. Dilihat Faizan mengangkat punggung dengan tergesa-gesa dan menghilang ke dapur.
Shayaan disebelah mengerling sekilas kembarnya yang sudah hilang ke belakang dan memandang ke arah mata Faizan sedang pandang sebentar tadi. Suratkhabar yang sedang dibacanya dilipat malas. Air kopi atas meja dihirup sebelum melaung memanggil Widayah. Shariq memusing mahu melihat apa yang membuat sepasang kembar itu tidak sabar mahu beredah. Melihat saja susuk tubuh Ahdia dan Khaleed yang sedang menghampiri Shariq menggeleng kepala.
Wid abang Yan tunggu dekat kereta.” Laung Shariq sekali lagi sebelum berlalu pergi dengan beg bimbit dan kot ditangan. Sempat dia menyalam Khaleed dan menjeling Ahdia sebelum berlalu pergi.
Beberapa minit kemudian kelihatan Widayah terkial-kial keluar dari arah dapur diikuti oleh Faizan yang sedang apa lagi kalau tidak menyakat Widayah. Selalunya Faryal yang menjadi mangsa. Tetapi sebab Faryal tak ada, Widayah yang menjadi sasaran baru. Becok mulut Widayah memarahi Faizan yang sedang mengusiknya dari tadi. Apabila melintasi Khaleed, dia berhenti dan menyalam Khaleed sebelum berlari anak ke depan.
Khaleed dan Ahdia yang sudah mengambil tempat masing-masing dimeja makan memandang Shariq dengan senyuman. Mak Limah yang baru keluar dari dapur menuang air kopi untuk mereka sebelum meminta diri untuk ke belakang. Shariq mengamati Ahdia yang kelihatan muram tidak seceria seperti selalu. Seingatnya, semasa dia pulang semalam, kereta Ahdia tidak kelihatan dihalaman depan. Waktu itu sudah mahu masuk jam sembilan. Setahunya waktu kerja Ahdia habis jam enam.
Penat saja Dia, abang tengok. Semalam Dia balik rumah pukul berapa?” Ahdia yang menongkat pipinya sambil menyuap roti dalam mulut mengerling sekilas Shariq didepannya.
Sepuluh.” Sepatah dijawab Ahdia.
Sebal hati dia mengingati setiap panggilan yang terpaksa dibuatnya. Ada panggilan tidak dijawab, ada panggilan yang dijawab tetapi dia dimarahi kerana tidak bersikap professional. Mahu saja dia memarahi orang itu tetapi apabila memikirkan yang semua itu angkaranya dia terpaksa menelannya walaupun pahit. Tambah lagi, selama dia disitu Geraldine dan beberapa staf juga belum pulang. Nasib baik. Kalau tidak dia keseorangan dalam butik yang besar itu. Tetapi akhirnya dia habis juga. Apabila diberi senarai itu kepada Geraldine yang mahu pulang, perempuan itu hanya meletaknya diatas meja kerja dan meminta diri untuk pulang. Penat-penat dia menyiapkan senarai itu, Geraldine tidak membacanya pun. Hish! Geram. Sakit hati.
Lambatnya Dia balik? Banyak kerja ke? Geraldine buli Dia ke?” Soal Shariq bertubi-tubi ingin tahu.
Kalau buli pun apa boleh buatkan. Kitakan kuli, dia pengurus. Betul tak papa?” Sindir Ahdia.
Khaleed senyum nipis sebelum menghirup kopi yang tersedia. Dia tahu Ahdia sedang menyindirnya. Telefon bimbit Ahdia berbunyi. Menjuling mata Ahdia melihat nama siapa yang tertera. Mahu saja dia mematikan saja panggilan itu tetapi diangkat juga dengan suara yang saja dimaniskan.
Hello.
I mahu you sampai butik lagi dua puluh minit. Ada temujanji penting yang you harus hadiri. Kalau you lambat you tahu apa hukumannya. Dua puluh minit dari sekarang.” Talian dimatikan Geraldine.
Hello! Hello! Urgh!” Jerit Ahdia. Dengan pantas air kopi diteguk sebelum berlalu pergi dengan kelam-kabutnya. Shariq dan Khaleed tidak disalamnya seperti selalu.
Khaleed menggeleng kepala dan membalas pandangan anak muda disebelahnya. Dia tahu anak lelakinya itu tertanya-tanya apa yang baru saja berlaku. Baru saja mereka mahu menyambung menikmati sarapan, kedengaran suara Ahdia menjerit dari luar.
Papa mana kunci kereta?”
Papa nak pakailah Dia. Papa ada temujanji dengan kawan. Kenapa dengan kereta Dia?” Soal Khaleed dengan kerutan didahi.
Mogok. Dahlah si singa dekat sana suruh datang lagi dua puluh minit. Argh! Bencilah!” Rambut diraup kasar dan kakinya apalagi kalau bukan dihentak-hentak.
Dah-dah. Biar abang Riq hantar. Pa, pergi dulu.” Tangan Khaleed disalamnya sebelum membuka langkah bersama Ahdia menuju ke kereta.
Khaleed mengeluh sebaik saja mendengar kereta Shariq berlalu pergi. Tangan Khaleed naik memicit kepala. Dia tidak tahu berapa lama dia boleh tahan dengan semua ini. Mungkin ini balasan untuk apa yang dilakunya dimasa lalu. Kalau boleh dia memutar kembali masa dia akan membetulkan apa yang telah dibuatnya. Tetapi itu tidak mungkin. Dia harus teruskan apa yang telah dilakukannya. Kini dia harus cepat bertindak sebelum sesiapa menghidu apa yang akan dan telah dibuatnya. Jam tangan dilirik. Lagi beberapa jam dia akan memulakan rancangannya. Rancangan yang sudah lama difikirkannya.
**
Sebaik saja kereta dihentikannya, Ahdia terus meluru keluar. Dengan kasut tumit yang tinggi dia berlari anak memasuki butik bidadari. Shariq geleng kepala sebelum mengikuti jejak langkah Ahdia. Cermin mata hitamnya dibuka sebaik saja memasuki butik itu. Walaupun baru jam sepuluh pagi butik sudah ada beberapa pelanggan yang sedang membelek-belek baju.
Senyum simpul Shariq melihat susuk tubuh yang semakin hari semakin mendapat tempat dihatinya. Siang malam dia sering mengingati wanita itu. Panggilan yang dibuatnya dan juga mesej yang dihantar kadang-kala saja dijawab si penerima. Itu pun sudah kira bernasib baik walaupun hanya beberapa minit dan beberapa perkataan sahaja.
Mata mereka bertembung sebaik saja Geraldine menoleh ke arahnya. Shariq melambai kepada Geraldine yang mengangguk sebelum berbicara dengan staf yang bersama dengannya kembali. Sebaik saja staf itu berlalu pergi Geraldine mengorak langkah menghampiri patung yang dari tadi tersengih-sengih macam kerang busuk. Tangan naik berlipat didada.
Hmm…Buaya masuk kandang yang salah ke?” Soal Geraldine.
Lelaki didepannya gelak kecil sebelum turut memeluk tubuhnya juga. Jarak antara mereka semakin kurang apabila Shariq mengorak beberapa langkah ke depan. Wangian yang dipakai Shariq menusuk ke dalam rongga hidung Geraldine. Kuat benar bau dia tapi sedap.
Buaya tak pernah salah masuk kandang untuk pengetahuan you. Si buaya datang sini sebab mahu jumpa dengan si singa.” Berbisik Shariq dengan penuh goda.
Mata dikecil Geraldine. Dia tahu Ahdia si piranha yang memberinya gelaran itu tetapi dia tidak kisah. Lelaki didepannya yang segak bersuit hitam dan rambut yang disisir rapi direnungnya tidak mahu kalah. Teringat kembali ciuman antara mereka. Gila!
Si singa tak layan buaya diair. Sebab…”
Sebab si singa tak mahu lemas dalam pelukan sang buaya. Sebab si singa tak mahu bergolek-golek didalam air bersama sang buaya sebelum dia menjadi santapan. Sebab…”
Sebab si singa tak suka sang buaya yang suka mengintip dalam air. Pervert!” Terledak tawa Shariq menyebabkan orang ramai yang berada disitu memandang mereka. Geraldine dan Shariq tetap selamba. Tidak menghiraukan orang ramai disekeliling mereka.
Tawa Shariq reda sambil jari telunjuknya bergoyang-goyang didepan Geraldine. “You nak tahu mengapa buaya suka intip si singa?” Geraldine menjungkit keningnya menanya apa jawapannya.
Sebab sang buaya tahu si singa suka apabila diintip buaya bernama Fajer Shariq.” Hidung Geraldine dicuit sebelum dapat ditepis.
Okaylah singa, buaya nak pergi kerja. Ubat sudah rindu untuk masa ini. Nanti I datang lagi. Bye.” Shariq memusing dan berlangkah pergi.
Tetapi baru beberapa langkah dia memusing kembali dan menghampiri Geraldine. “I owe you a favour. But now I want to claim mine.” Pipi Geraldine dikucup pantas sebelum berlalu pergi meninggalkan wanita itu tersentak ditengah-tengah butik bidadari itu.
Tangan Geraldine naik menyentuh pipi yang masih terasa kucupan hangat Shariq. Senyuman herot bermain dibibir. Hanya satu perkataan saja boleh menggambarkan lelaki bernama Fajer Shariq. Buaya.
**
Khaleed menghulur tiga keping gambar kepada lelaki didepannya kini. Matanya melilau memastikan tiada siapa yang dia kenali melihatnya dengan lelaki itu. “Ini gambar mereka. Tapi buat masa sekarang aku mahu kau perhatikan yang ini. Beri dia sedikit pengajaran.” Lelaki itu mengamati gambar yang ditunjuk Khaleed. Dagunya digosok dengan senyuman herot dibibir. Cantik. Ayu bertudung tetapi kasihan terpaksa menjadi sasarannya.
Kau akan jumpanya disini. Pastikan tiada sesiapa dapat mengesan kau. Kerja ini harus bersih.” Arah Khaleed sambil menghirup udara segar di club house yang bersebelahan dengan padang golf.
Lagi dua ni bos?”
Belum masa mereka lagi. Aku masih perlukan mereka. Sebaik saja mereka tidak berguna untuk aku, kau orang pertama yang aku panggil.” Dipandang lelaki itu yang menayang tangan dengan ibu jari dan jari telunjuk digesel sama sendiri. Khaleed geleng tahu benar apa yang dimaksudkan lelaki itu. Apalagi kalau bukan wang ganjarannya.
Kau jangan risau. Aku akan beri kau tiga kali ganda dari apa yang pernah kau dapat sebelum ini. Ingat, jangan sampai dia mati. Aku hanya mahu memberi dia pengajaran sedikit. Biar dia sedar siapa dia tengah bermain dengan sekarang.”
Lelaki itu angguk faham. Dia suka beurusan dengan Khaleed. Walaupun pekerjaan yang diminta lelaki itu sebelum ini boleh membuat dia digantung mati, tetapi dengan kuasa yang Khaleed ada semua kes itu ditutup begitu saja. Dia selamat, kocek pula semakin tebal.
Okay bos. Saya akan lakukan apa yang bos mahu. Kalau tak ada apa-apa lagi saya pergi dulu.” Khaleed angguk membenarkan. Lelaki itu menyimpan ketiga keping gambar ke dalam jaketnya dan berlalu pergi meniggalkan Khaleed melayan persaannya sendiri.
Lelaki itu salah satu harapannya untuk mencapai keinginannya. Walaupun itu bermakna dia terpaksa menyingkirkan setiap orang yang menghalangnya. Tapi yang dia suka sekali dengan adanya lelaki itu, tangan dia tidak kotor melakukan perkara yang kejam itu.
Jam tangan dilirik menunggu temujanjinya yang kedua. Rancangan pertama sudah berjalan. Kini rancangan kedua. Sementara menunggu kehadiran mereka, Khaleed memesan makanan untuk mengisi perut yang kosong.
Tersentak Khaleed apabila bahunya ditepuk dengan tiba-tiba. Tersenyum lebar dia apabila melihat dua susuk tubuh didepannya. Punggung diangkat dan tangan naik menyapa temujanjinya yang kedua.
Tuan Kamil. Izzat. Saya ingat tak jadi datang tadi.” Khaleed menyilakan mereka duduk dikerusi yang kosong didepannya.
Sudah janji bukan. Mana boleh tidak menepatinya. Maaflah kami lambat. Izzat ni selagi belum habis kerja, selagi itu tak tinggalkan ofis.” Jelas Tuan Kamil Arysad sambil menepuk-nepuk bahunya Izzat  yang senyum nipis. Khaleed menggamit pelayan untuk mengambil pesanan mereka.
Mata Khaleed memandang pasangan datuk dan cucu didepannya. Memang mereka berdua ini orang yang terpengaruh. Orang yang dia perlukan. Rancangannya untuk menyatukan Ahdia dengan Izzat hancur begitu saja apabila dia melihat sendiri layanan lelaki itu terhadap Ahdia. Dari situ dia sedar bahawa Issac bukan lelaki yang mudah jatuh dalam perangkapnya. Lelaki seperti Izzat tidak senang tewas dengan perempuan seperti Ahdia. Itu sebab dia mula menukar strategi.
Sebaik saja pelayan berlalu pergi, Khaleed memulakan langkah. Badannya disandar santai dibelakang kerusi. Tetapi sebelum Khaleed dapat bersuara, anak muda sebelah Tuan Kamil Arsyad memulakan langkah terlebih dahulu.
Saya tahu tuan mahu saya bekerjasama dengan tuan. Datuk saya sudah menjelaskan kepada saya. Tetapi hanya satu yang saya mahu tahu. Apa yang akan saya dapat dalam kerjasama ini?” Kening kanan Khaleed ternaik dengan pertanyaan anak muda itu.
Nampaknya budak ini tidak suka berlengah. Terus terjun ke dalam air yang sejuk. Datuk dan cucu sama. Dipandang Tuan Kamil Arysad yang menjungkit bahu tidak tahu apa yang mahu dijelaskan.
Dialih pandangan kembali kepada Izzat yang menongkat mukanya dengan ibu jari didagu dan jari telunjuknya dipipi. Mata hazel anak muda itu pula berselindung disebalik cermin mata hitam yang dipakainya. “Dua puluh peratus saham FS milik kamu kalau rancangan ini berjaya.” Izzat  menggeleng kepala mendengar tawaran dari Khaleed.Tidak setuju.
Empat puluh peratus saham FS.” Khaleed gelak dengan tawaran yang dibuat Izzat .
Dua puluh peratus saham FS, dua puluh peratus aset yang lain dan tiga juta sebagai bonus.” Balas Khaleed dengan tenang.
Izzat membuka cermin mata hitam yang dipakainya dan dicampak diatas meja, tidak puas hati dengan tawaran yang baru disebut Khaleed. Tuan Kamil Arsyad disisi hanya menjadi penonton adegan tawar menawar itu. Cucunya mengeluh sebelum merenung tajam Khaleed.
Apa yang tuan mahu saya lakukan bukan perkara yang kecil. Ini boleh menjejas reputasi saya. Mendapat tandatangan anak-anak lelaki tuan bukannya senang. Terutama sekali Shariq dan Shayaan. Ini tawaran terakhir saya. Tiga puluh peratus saham FS, tiga puluh peratus aset yang lain dan sepuluh juta sebagai bonus.” Pelayan tiba dengan pesanan mereka.
Sementara itu otak Khaleed memikir kembali permintaan Izzat . Memang dia akur apa yang akan dilakukan Izzat  itu agak sukar. Apatah lagi dengan sikap anak-anaknya yang selalu teliti setiap kali membaca sesutau dokumen. Kalau tiga peratus saham FS diberi kepada lelaki itu dia masih mempunyai saham terbesar. Jadi kedudukkannya masih tidak tergugat. Aset yang dia akan peroleh bukannya sikit. Permintaan Issac memang banyak tetapi dia akan lebih untung dari anak muda itu. Sepuluh juta? Sampai mati pun tak habis harta yang Lutfiyah ada.
Sebaik saja pelayan itu beransur pergi, Izzat bersuara kembali. “Apa yang tuan akan peroleh berganda banyaknya dengan apa yang saya minta.Kalau tuan tak setuju, saya minta diri dulu. Saya ada banyak kerja yang harus saya lakukan.”
Izzat mengangkat punggung mahu beredar, saja mahu menduga kesungguhan Khaleed. Terpinga-pinga Khaleed melihat tindakan Izzat . Dia turut bangun dan menaikkan tangan mencegah anak muda itu dari pergi begitu saja. Rancangannya akan tergendala kalau tidak ada pertolongan Issac.
Baiklah. Saya setuju. Nanti peguam saya akan menelefon kamu bagi menandatangan surat perjanjian.” Tersengih Izzat dan Tuan Kamil Arsyad dengan reaksi Khaleed.
Satu yang saya mahu tanya. Bila kamu akan umumkan pengganti kamu untuk kerusi CEO?”Izzat menguis-nguis straw dalam gelas. Dilirik datuknya disebelah sebelum menunpu kembali ke Khaleed yang sedang menanti jawapannya.
Tak lama lagi. Tuan hanya perlu tunggu dan lihat. Saya pasti tuan akan senang dengannya.” Bukan Khaleed yang akan senang, tetapi dia. Dia akan senang melihat kehancuran Khaleed.
**
Sarung tangan dibetulkan Izzat sebelum mengambil giliran memukul bola putih yang sedang menanti. Memang dia tidak gemar aktiviti bermain golf. Sungguh membuang masa. Dari memukul bola golf dia lebih gemar menghabiskan kerjanya yang tergendala dipejabat. Kalau tidak mengingati agendanya untuk Khaleed memang dia tidak akan jejak kaki dipadang hijau itu.
Tepukan tangan dari Tuan Kamil Arsyad dan Khaleed menyapa sebaik saja bola yang dipukulnya memasuki lobang yang sedang menanti. Topi yang tersarung dikepala ditarik ke bawa sedikit.
Hebat-hebat. Untuk seorang yang tidak gemar bermain golf, handal juga kamu.” Bahu Izzat  ditepuk-tepuk Khaleed. Tersenyum lebar Issac dengan pujian itu tetapi hatinya bercanggah. Giliran Tuan Kamil Arsyad pula memukul bola, meninggalkan Izzat  dan Khaleed sendirian.
Saya dengar kamu ada buah hati disini. ”
Izzat yang sedang membetulkan topi yang dipakai tertawa halus. Ini semua mesti kerjanya Geraldine. Dia pasti Ahdia memberitahu Khaleed tentang ini. Geraldine sudah cerita kepadanya bahawa Ahdia ada didepannya semasa mereka sedang berbual mengenai temujanjinya dengan Faryal. Setiap perbicaraan pasti ada perkataan buah hati. Macam mana Ahdia tidak memberitahu Khaleed apabila Izzat sendiri menolak perempuan itu mentah-mentah.
Melihat Izzat  senyum simpul, Khaleed sudah mendapat jawapannya. “Ini bermakna kamu akan tinggal disini selepas khidmat kamu di FS berakhir? Maklumlah buah hati dekat sini. Mana boleh berjauhankan?” Dilirik anak muda yang ketawa kecil dengan kata-katanya.
Saya akan bawa dia balik ke Paris itu pun kalau keluarga dia setuju.”
Baru berapa bulan kamu disini dan berkenal dengan dia, sudah mahu kahwin? Boleh tahan juga betul kamu ni.” Izzat menjungkit bahunya. Khaleed meletak tangannya dibahu anak muda itu.
Bukan main sakan kamu berdua ketawa. Sampai atuk nak konsentrasi pun susah.” Suara Tuan Kamil Arsyad yang menghampiri mereka.
Tak adalah tuan. Ni hah, cucu tuan ni dah nak tamatkan zaman bujang dia dah.”
Memang sudah lama saya tahu. Cuma Izzat ni saja yang mahu menunggu. Kata dia, kalau mahu sesuatu kena bersabar dan merancang dengan perinci. Lepas itu baru boleh bertindak. Bukan begitu Izzat?” Mereka bertiga gelak sesama sendiri.

Tetapi apa yang Khaleed tidak tahu. Rancangan yang dimaksud Tuan Kamil Arsyad bukanlah perkahwinan Issac tetapi rancangan menjatuhkan lelaki yang bernama Khaleed Jamaluddin.

4 comments:

  1. Aaah!! I love you!!! Best kot...hehehe good job kak ^^

    ReplyDelete
  2. kak bukan khaleed x tau identiti isaac ke? jadi kenapa tuan kamil pnggil izzat isaac depan khaleed. haha pening --.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak! Nasib baik adik beritahu..hahah okay Mai pergi betulkan..TQ dik sebab beritahu!:B

      Delete