Bab
46
Issac
memandang tiga set dokumen yang diberi peguamnya Khaleed sebentar
tadi. Sekarang dia harus mencari cara supaya mereka menandatangani
surat perjanjian ini dan pada masa yang sama apa yang Khaleed mahukan
jatuh pula ke tangannya. Jari telunjuknya naik menggosok bibir.
Memikir dan memerah otaknya. Kerusi yang diduduki dipusing menghadap
tingkap. Pandangan melontar jauh ke bangunan yang berdiri tinggi.
Tiba-tiba
jari-jemarinya dipetik sambil memusing kembali kerusi menghadap
ketiga-tiga dokumen didepannya. Lebar senyuman apabila sebuah idea
menerpa benak fikirannya. Telefon interkom ditekannya.
“Yes
boss!”
Suara bersemangat Widayah kedengaran.
“Bos!
Encik Shariq dekat Singapore. Encik Faizan jumpa klien dekat luar,
yang tinggal hanya Encik Shayaan.” Issac berfikir sejenak.
“Okay.
Suruh Encik Shayaan jumpa saya sekarang. Terima kasih.” Talian
dimatikan lantas badan dihenyak ke belakang kerusi. Sedang fikiran
baru saja mahu melayang pintu pejabatnya diketuk. Sebaik saja
membetulkan duduknya dikerusi dan memberi kebenaran masuk, pintu
terkuak dan kelihatan Shayaan masuk ke dalam pejabatnya dengan
tenang.
“Kau
nak jumpa aku?” Soal Shayaan sambil kaki melangkah menghampiri
Issac.
“Cepat
kau datang. Baru aku suruh Wid panggil.” Tutur Issac dan menunjuk
kerusi yang kosong depannya. Shayaan melabuh duduk disalah kerusi itu
dan menghembuskan nafas kuat. Muka kelihatan serius.
“Aku
tengah bersembang dengan Wid dekat luar tadi. Hmm…Apa yang kau nak
jumpa aku ni?” Soal Shayaan lagi tidak mahu membuang masa.
Sejak
melihat lelaki didepannya bersama Faryal dia semakin sangsi siapa
lelaki didepannya kini. Tambah lagi infomasi yang diberi Rehan cukup
tidak memuaskannya.
Setiap
kali dia bertanya Nek Wan mengenai hubungan Faryal dengan Issac,
neneknya itu menyuruhnya supaya jangan risau sebab Nek Wan sedang
memantau Faryal setiap saat. Apa yang tidak difahamnya adalah apabila
Nek Wan memberitahu supaya tidak bertanya Issac apa-apa mengenai
perkara itu. Memang dia mahu melupakan perkara itu tetapi setiap kali
melihat Issac mulutnya rasa gatal. Gatal mahu bertanya. Tetapi
mengingati permintaan Nek Wan dia terpaksa menggigit lidahnya.
“Aku
perlukan pertolongan kau.” Bertaut kening Shayaan mendengar apa
yang baru saja keluar dari mulut lelaki itu.
“Pertolongan?
Dari aku?” Jari telunjuk menunding ke dadanya. Terkejut bila Issac
mahu pertolongannya.
Kepala
Issac mengangguk mengiakan pertanyaan Shayaan. Dipandang Shayaan yang
tiba-tiba memeluk tubuh. Ada juga dia mendengar setiap kali Shayaan
memeluk tubuh ada sesuatu yang sedang bermain difikiran lelaki itu.
“Aku
boleh tolong kau. Tapi aku nak kau jujur dengan aku.”
“Boleh.”
“Apa
hubungan kau dengan adik aku, Faryal?” Issac ketawa halus.
Dia
sudah mengagak soalan itu akan ditanya Shayaan. Sejak hari dia dan
Faryal keluar makan di Dine by Frasiers, sikap Shayaan kepadanya
dingin sekali. Renungan mata yang menikam lelaki itu kadang-kala
dapat dirasainya setiap kali mereka mengadakan mesyuarat. Mendengar
nama Faryal, dia masih mengingati lamarannya yang ‘ditolak’
Faryal. Dia sudah dimaklumkan oleh Faryal bahawa Nek Wan mahu
berjumpa dengannya terlebih dahulu. Menyuruh Tuan Kamil Arsyad
memberitahu Nek Wan mengenai keinginannya untuk melamar Faryal adalah
salah satu rancangannya.
“Kawan
tapi mesra.”
Senyuman
nipis terukir dibibir Shayaan. Kening kanannya dijungkit sambil
membetulkan duduknya dikerusi. “Kau jangan mempermainkan adik aku.
Kalau aku tahu kau sakiti Faryal, nahas aku habiskan kau.” Dengan
tenang Shayaan mengugut.
Issac
turut senyum nipis sambil mengingati kata-kata Tuan Kamil Arsyad
dahulu.
“Walaupun
dia seorang peguam dan mengetahui salah dan benar, dia dapat memusing
undang-undang supaya ia memihak kepadanya. Kepada apa yang ingin
dilakukannya atau telah dilakukannya.”
Sekarang
gilirannya untuk memusing undang-undang supaya memihak kepadanya.
Badannya mendekati meja kerja dan kedua tangannya diletak elok atas
pemukaan yang diperbuat daripada kaca itu. Nafas ditarik dalam
sebelum menghembusnya kembali.
“Aku
ada dipihak kau. Aku disini sebab menginginkan keadilan. Faryal salah
satunya amanah mama Fiyah kepada aku. Jadi kau jangan risau. Aku tak
akan melukainya.”
Melainkan
kebenaran sudah terbongkar. Pada masa itu ada kemungkinan Faryal akan
terluka. Ayat-ayat terakhir bersambung dalam hati. Tidak berani
menuturnya. Melihat renungan tajam dari Shayaan dia yakin lelaki itu
sedang menafsir apa yang baru diluahnya tadi.
“Entah
mengapa dari pertama kali aku jumpa dengan kau, aku dapat merasakan
kau sedang sembunyi sesuatu dari aku. Jujur aku kata, aku tak rasa
terancam pun kau duduk dikerusi CEO tu. Sebabnya, mama aku pilih
orang yang dia percayai dan orang itu adalah kau, uncle Alex dan
Geraldine. Cuma satu yang aku nak tanya kepada kau.” Kening Issac
dinaikkan menyuruh Shayaan sambung apa yang ingin ditanya kepadanya.
“Apa
yang kau rancangkan sebenarnya? Aku pasti apa yang kau rancang ini
melibatkan bukan saja keluarga aku tetapi kau juga.” Badan Issac
dihenyak kembali dikerusi.
Tertawa
dia dibuatnya. Memang dia akur lelaki didepannya memang bijak. Ini
masanya untuk dia menarik peguam itu ke dalam rancangannya.
“Kau
memang bijak. Aku akan beritahu kau apa yang aku rancangkan tetapi
sekarang aku perlukan pertolongan kau.” Suasana sunyi seketika.
Shayaan yang sedang memeluk tubuh mendongak sedikit kepalanya kepada
Issac.
“Apa
yang kau perlukan?” Dua daripada tidak dokuemn yang berada
didepannya dihulur kepada Shayaan yang mengambilnya tanpa banyak
soalan.
Dokumen
itu dibukanya. Semakin berkerut dahi Shayaan membaca isi kandungan
itu. “Aku sudah agak dia akan lakukan ini.” Surat perjanjian yang
sedang ditatapnya kini membuat dia gelak sinis.
Sudah
lama Shayaan menunggu masa ini. Dia sudah menjangka Khaleed, lelaki
yang dia memanggil papa akan melakukan perkara sebegini. Lelaki yang
gilakan harta dan kuasa tidak akan kekenyangan selagi tidak mendapat
apa yang diingininya.
“Yang
itu untuk Shariqkan?” Ditunjuk dokumen yang masih berada didepan
Issac.
CEO
muda itu angguk. “Kau jangan risau. Aku ada seseorang yang boleh
mendapat tandatangannya. Let’s just say Shariq owed the person a
favour.” Jelas Issac. Hanya satu orang saja yang boleh mendapat
tandatangan Shariq. Siapa lagi kalau bukan Geraldine.
Shayaan
hanay menjungkit bahu tidak mahu membantah. Sekurang-kurangnya dia
tidak perlu memerah otak memikirkan cara untuk mendapat tandatangan
Shariq. “Aku akan tolong kau. Tetapi aku mahu tahu semua rancangan
kau terlebih dahulu. Termasuk rancangan kau mendapat pekerjaan untuk
Adi.”
Terlakar
senyuman herot dibibir Issac. Nampaknya Shayaan terlebih dahulu
berlangkah setapak. Menyelidik mengenai tempat kerjanya Fadi.
Menyambung setiap titik untuk mendapatkan jawapan. Membawa Shayaan
dalam rancangan ini akan benar-benar menguntungkannya. Memang dia
sudah agak antara anak-anak Lutfiyah, Shayaan si peguam adalah orang
yang paling pintar dan licik.
**
Bernyanyi
riang Faizan sebaik saja keluar dari bilik tidurnya. Kaki ingin
menapak ke dapur untuk menghilang rasa dahaga ditekak. Baru saja dia
melintasi bilik kembarnya, tiba-tiba mulutnya ditekup dan badannya
ditarik ke belakang memasuki bilik siapa lagi kalau bukan kembarnya
itu. Beberapa hari ini memang pelik benar perangai kembar tua
seminitnya itu. Sentiasa berdiam diri dan sekali-sekala ketawa
sendiri macam orang tak betul. Memang hatinya berbisik kembarnya itu
sedang sembunyi sesuatu daripadanya tetapi dia malas mahu bertanya.
Sudah arif dengan perangai kembarnya itu yang tidak suka orang
menyampuk hal peribadinya.
Mulutnya
yang dilepaskan dikesat kasar. Eee! Tak suka okay orang tekup-tekup
mulut ni. Entah ada kuman apa dekat tangan Shayaan tu. Bercekak
pinggang Faizan merenung tajam Shayaan didepannya. “Kau tak ada
kerja lain ke nak kidnap aku? Panggil elok-elokkan boleh. Tak pun kau
telefon aku saja. Sepantas kilat aku datang.”
Melihat
Shayaan yang tidak membalas bebelannya dahi Faizan yang berkerut
semakin berkerut seribu. Faizan melangkah ke katil yang sentiasa
kemas itu. Sebalik dengannya yang bilik sentiasa macam tongkang
pecah. Kalau tak berselerak memang tak sah. Punggung dilabuh dikatil
yang empuk itu.
“Cepat
cerita dekat aku apa yang tengah bermain dalam otak peguam kau tu.”
Ejekkan Faizan membuat Faizan tergelak.
Orang
cakap kembar ni ada kuasa telepathy
tapi dia dan Faizan sukar sikit. Macam ada aliran yang tersumbat
begitu. Nak komunikasi pun sentiasa tersekat tapi bukan ditempat
Shayaan tetapi di bahagian Faizan. Sentiasa tak faham. Blur.
Tetapi kalau bab chics
laju saja masuk.
Kaki
menghampiri tempat kerjanya dan dibuka laci yang teratas lantas
mengeluarkan dua dokumen dan menghampiri Faizan yang sudah terlantar
diatas katilnya. Tangan menghulur dokumen itu kepada Faizan yang
menukar posisinya kembali.
“Apa
ni?”
“Fail.”
Terjuling mata Faizan dengan jawapan loyar buruk Shayaan.
Kalau
tak loyar buruk memang tak sah. Dengan malas dua dokumen dalam tangan
dibukanya. Bertaut keningnya membaca isi kandungan. Pandangan beralih
kepada Shayaan yang sedang meyandar tubuhnya ditingkap. Meminta
kepastian.
“Apa
ni?”
Shayaan
yang sedang memeluk tubuh mendongak sedikit kepalanya. “Apa yang
kau rasa?”
“Kau
nak aku serahkan semua peninggalan mama kepada Izzat? Kau biar
betul?!” Tidak percaya Faizan, Shayaan mahu dia berbuat sedemikian.
Begitu saja peninggalan Lutfiyah mahu diberi kepada orang yang tidak
ada kena mengena dengan mereka. Kerja gila peguam ni!
“Baca
yang lagi satu.” Arah Shayaan.
Perlahan
mata yang merenung kembarnya dihujung bilik itu membaca dokumen yang
lagi satu. Semakin berkerut dahinya. Dibaca kembali dua-dua dokumen
itu. “Aku tak faham.”
“Cuba
kau fahamkan.”
Eee!!
Macam nak cekik-cekik saja peguam ni. Jelaskan sajakan senang. Tak
payah aku fikir panjang. Jap! Jap! Jap!
“Kau
nak aku tandatangan hanya satu surat ini bukan? Dan surat yang kau
nak aku tandatangan adalah yang ini.” Ditunjuk dokumen ditangan
kanannya.
Melihat
senyuman Shayaan dia sudah mendapat jawapannya. Tetapi dia masih
tidak faham tujuan dia menyerah peninggalan mama kepada CEO muda itu.
“Kau
straight to the pointkan
senang. Peninglah aku asyik kena fikir-fikir. Otak aku ni bukan macam
kau yang Einstein
tu.” Faizan merungut bingit dengan perangai kembarnya yang suka
memutar belitkan kata. Dihampiri Shayaan yang kini duduk tenang
diambang tingkap. Geram melihat senyuman ejek dari kembarnya itu.
“Oww!
Sakit tahu tak.” Adu Faizan apabila kepalanya diketuk Shayaan
dengan tiba-tiba. Kembarnya itu kembali memeluk tubuh melihat reaksi
Faizan.
“Pakailah
otak tu sikit.”
“Macam
mana nak pakai otak kalau asyik kena tonjol saja. Kalau buat MRI ni
confirm otak aku senget tahu tak.” Tergelak Shayaan dibuatnya
dengan alasan tak masuk akal Faizan. Diambil dokumen itu dari tangan
Faizan.
“Ini
untuk masa depan keluarga kita.”
“Apa
ke benda untuk keluarga kita kalau nak serahkan kepada Izzat. Kalau
serahkan dekat papa itulah baru untuk masa depan keluarga kita.”
Tangan Shayaan naik mengetuk kepala Faizan.
“Papa
bukan seperti yang kau sangkakan.”
“Cuba
kau jelaskan dekat aku.”
“Ha!Ha!
Tangan tu kalau tak jalan tak boleh ke?” Tangan Shayaan melurut
kesisinya kembali.
“Papa
mahu membolot semua harta peninggalan arwah mama.”
Tubuh
Faizan yang disandar sebelah Shayaan tiba-tiba tegak. Semakin runsing
dia dengan apa yang baru dikatakan Shayaan. “Kenapa pula? Papa pun
dapat bahagian juga apa? Malah lebih dari kita. Tak masuk akallah.”
Dilirik
Faizan yang sedang menggaru kepalanya. “Apa pandangan kau kalau aku
cakap papa dalang semua yang berlaku didalam keluarga kita.”
“Hah?!
Dalang apa pula?” Berdecit Faizan dibuatnya.
Tajam
mata Shayaan merenung permaidani disisi katil. “Kau akan tahu. Tapi
sekarang bukan masanya. Aku mahu kau ikut apa yang aku cakap.
Walauapapun yang terjadi nanti aku nak kau percayakan aku
sepenuhnya.”
“Aku
percaya dengan kau tapi…”
“Percaya
aku dan kau akan faham nanti.” Cantas Shayaan tegas. Sudah lali
dengan perangai Faizan yang suka sangat membantah.
Tuk!
Tuk! Tuk!
Dengan
pantas dokumen dalam tangan disimpan dalam laci berdekatan. Sementara
Faizan mengorak langkah membuka pintu yang diketuk bertalu-talu.
Wajah Widayah yang kelihatan resah tersembul sebaik saja pintu
dibuka.
“Kenapa
Wid?” Soal Faizan risau melihat mata merah Widayah.
“Abang,
ibu dan ayah nak pindah tapi mereka tak nak bawa Wid sekali.”
“Hah?!”
Faizan menoleh ke Shayaan disebelah. Mereka memandang satu sama lain.
Shayaan mengangguk apabila melihat mulut Faizan yang bergerak
menyebut ‘papa’.
**
Dua
pasang kaki pantas mengikut langkah Widayah menuju ke bilik Mak Limah
dan Pak Halim dibelakang rumah. Pelbagai persoalan dan andaian
bermain difikiran Faizan. Sebaik saja tiba diambang pintu bilik orang
tuanya Widayah, terperanjat pasangan kembar itu melihat Mak Limah dan
Pak Halim sudah bersiap sedia mahu pergi. Faizan menghampiri Mak
Limah yang tersedu-sedan cuba memujuk Widayah yang memaut erat lengan
tua itu.
“Ibu
nak pergi mana ni?”
Dilihat
beberapa beg yang sudah tersusun rapi dilantai. Bilik itu kelihatan
bersih sekali. Tidak ada satu pakaian pun ditempat penyidai.
Dipandang Pak Halim yang menekur memandang lantai.
“Ayah?”
“Kami
ada hal mendadak yang perlukan perhatian kami. Mak cik ibu kamu sakit
tenat. Ada dekat hospital. Tak ada orang nak jaga dia. Jadi kami buat
keputusan untuk menjaganya. Tapi kami tak bawa Wid dengan kami.
Lagipun dia sudah bekerja. Rumah mak cik ibu kamu tu jauh dari tempat
kerja, jadi lebih baik dia disini.”
Widayah
pantas menggeleng. Air mata bercurahan mengalir. “Tak nak. Wid nak
ikut juga.”
Muka
Widayah dipegang Mak Limah. Tersayat hatinya melihat air mata
mengalir tidak terhenti dipipi anak perempuannya itu. Risau dia mahu
meninggalkan Widayah seorang disini, tetapi dia terpaksa. Demi
Widayah.
“Wid
sayang. Jangan macam begini. Kami tak pergi mana-mana pun. Kami pergi
jaga mak cik ibu saja. Nanti hujung minggu atau bila kamu senang kamu
datang jenguk kami dekat sana.”
Dikesat
muka Widayah yang sudah basah. “Tak comel dah anak ibu nangis macam
begini. Nanti kalau Adi nampak ni terus tak jadi masuk minang.”
Gurau Mak Limah mahu menghibur sedikit hati anak perempuannya itu.
Shayaan
yang tadi hanya menjadi pemerhati akhirnya bersuara. “Betul ayah
dan ibu nak pergi?” Pak Halim angguk mengiakan pertanyaan anak muda
itu. Dipandang anak perempuannya dengan rasa sayu. Hatinya sebak
tetapi ditahan sedaya upaya. Perpisahan ini hanya sementara.
“Kamu
tolong jagakan anak ayah ni ya. Kalau dia nakal sangat marah saja
dia.” Diusap lembut rambut Widayah yang tersisir rapi. Faizan dan
Shayaan berpandangan seketika. Shayaan menghembuskan nafas.
“Kalau
itu keputusan ayah, Yan hormatinya. Biar Yan hantar ayah ke rumah mak
cik ibu itu.”
Tangan
Pak Halim dilayang-layang depannya tidak mahu. “Tak payahlah Yan.
Kami sudah panggil teksi. Dia dah tunggu dekat luar tu hah. Mari
Limah, kita berangkat sekarang.”
Sebelum
Pak Halim dapat mencapai beg yang ingin dibawa mereka, Faizan dan
Shayaan terlebih dahulu mencapainya. Rasa berterima kasih dia kepada
pasangan kembar itu. Kaki mereka melangkah menuju ke depan.
“Kau
fikir apa yang aku fikir tak?” Bisik Faizan perlahan berjalan
sedikit jauh dari Pak Halim sekeluarga.
Shayaan
angguk dengan wajah yang serius. Dia dapat agak apa yang sedang
bermain difikiran Faizan. Pasti Khaleed terlibat dalam pemergian Pak
Halim dan Mak Limah dari rumah itu. Dia harus cari tahu apa yang
berlaku.
Sebaik
saja beg disimpan dibelakang teksi, Pak Halim memusing menghadap
mereka. Berat hati mahu meninggalkan anak tunggalnya seorang diri.
Tetapi memikirkan jarak jauh rumah yang akan diduduki mereka dan FS
Companies dia terpaksa meninggalkan Widayah disitu. Hanya untuk
sementara. Itu yang acap kali diberitahu kepada isterinya dan dirinya
sendiri. Dipandang isteri dan anaknya yang berpeluk erat.
Pandangannya menjadi kabur memikirkan pemisahan mereka.
“Wid
jaga diri baik-baik tau. Ibu dan ayah tak ada untuk selalu ingatkan
Wid. Jangan asyik bergaduh sahaja dengan Ahdia. Kalau perlukan
apa-apa telefon ibu dan ayah.” Terhinggut-hinggut badan Widayah
sambil angguk kepala faham. Tersenyum hambar Mak Limah pada anaknya
itu sebelum berpaling kepada Shayaan dan Faizan yang dia sudah anggap
seperti anaknya sendiri.
“Yan,
Zan tolong tengokkan Wid untuk ibu ya. Kalau dia nakal kamu marah
saja dia.” Tergelak kecil pasangan kembar itu dengan guarauan Mak
Limah.
“Ibu
dan ayah jangan risau. Kami akan menjaga Wid sepertimana kami menjaga
Ayal.”
Pak
Halim mengamati Widayah lantas menarik anaknya itu dalam dakapannya.
“Ingat pesan ibu tadi. Jaga diri. Jaga iman. Jangan tinggalkan
solat. Kalau senang datang jumpa kami. Kalau perlukan apa-apa
telefon. Insyaallah kami akan tolong sedaya mampu.” Bergetar suara
Pak Halim memesan anaknya itu. Terkebil-kebil matanya cuba
menghapuskan airmata yang mula berkumpul.
“Kenapa
Wid tak boleh ikut?” Soal Widayah polos.
“Sayang.
Tadikan ayah dah bilang. Rumah mak cik ibu kamu tu jauh dari tempat
kerja kamu. Mama Fiyah yang beri kamu pekerjaan itu. Jadi jangan
sekali-sekala mengabaikan tanggungjawab dan kepercayaan mama Fiyah
kepada kamu.” Dikucup ubun-ubun anaknya itu.
“Baiklah.
Yan, Zan. Halalkan makan dan minum kami selama kami berada disini.
Maaflah kalau kami…” Shayaan menghampiri lelaki berumur itu dan
menepuk lembut bahunya.
“Ayah.
Kami semua sudah anggap ayah sekeluarga sebahagian dari keluarga
kami. Ayah dan ibulah yang membesarkan kami, dan Wid ni kami sudah
anggap seperti adik kami. Ayah jangan risau, kami akan jaga Wid
disini.” Tutur Shayaan cuba mengurangkan rasa resah kedua orang tua
Widayah itu.
Tersenyum
Pak Halim dengan tutur bicara Shayaan. Tangan naik mengurut dada.
“Lega ayah dengar kata-kata kamu itu. Satu pesan ayah kepada kamu
berdua. Apa saja yang berlaku, terimanya dengan seikhlas hati kerana
semua ini mempunyai hikmah yang tersendiri.” Mereka angguk faham.
“Mari
Limah. Sudah lambat ni.” Mak Limah angguk. Pelukan dan ciuman
diberi Widayah sebelum menghampiri pintu teksi yang sudah dibuka
suaminya. Dipandang Widayah disebelah Faizan. Perpisahan yang amat
perit buat mereka. Akhirnya dia membolos diri ke dalam tidak mahu
melihat kesedihan Widayah lagi. Runtuh hatinya melihat permata
hatinya menangis.
Pak
Halim bersalam dan berpelukan dengan mereka. “Kami pergi dulu.
Kirim salam Shariq, Ahdia dan papa kamu ya. Assalammualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Ucap ketiga-tiga anak muda itu.
Faizan
memeluk bahu Widayah yang semakin galak menitis air mata sebaik saja
pintu teksi ditutup rapat. Tangan naik membalas lambaian Pak Halim
dan Mak Limah. Sementara Faizan memujuk Widayah, mata Shayaan
merenung tajam teksi yang semakin jauh dan mengecil dari
pandangannya.
Aku
akan cari tahu apa yang papa lakukan kepada mereka. Aku harus tahu.
Walauapapun yang terjadi, aku tak benarkan sesiapa menghancurkan
orang yang aku sayang termasuk keluarga Pak Halim. Kalau aku terpaksa
mengkhianati, aku akan melakukannya. Janji keadilan dikibar semula.
OMG!!kak...ayat cool gile...hehe good job kak ^^
ReplyDeleteHehehe...Thank you dik:B
Delete