Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 5 September 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 46

Bab 46

Issac memandang tiga set dokumen yang diberi peguamnya Khaleed sebentar tadi. Sekarang dia harus mencari cara supaya mereka menandatangani surat perjanjian ini dan pada masa yang sama apa yang Khaleed mahukan jatuh pula ke tangannya. Jari telunjuknya naik menggosok bibir. Memikir dan memerah otaknya. Kerusi yang diduduki dipusing menghadap tingkap. Pandangan melontar jauh ke bangunan yang berdiri tinggi.
Tiba-tiba jari-jemarinya dipetik sambil memusing kembali kerusi menghadap ketiga-tiga dokumen didepannya. Lebar senyuman apabila sebuah idea menerpa benak fikirannya. Telefon interkom ditekannya.
Yes boss!” Suara bersemangat Widayah kedengaran.
Panggilkan Encik Shariq, Encik Shayaan dan Encik Faizan ke pejabat saya.”
Bos! Encik Shariq dekat Singapore. Encik Faizan jumpa klien dekat luar, yang tinggal hanya Encik Shayaan.” Issac berfikir sejenak.
Okay. Suruh Encik Shayaan jumpa saya sekarang. Terima kasih.” Talian dimatikan lantas badan dihenyak ke belakang kerusi. Sedang fikiran baru saja mahu melayang pintu pejabatnya diketuk. Sebaik saja membetulkan duduknya dikerusi dan memberi kebenaran masuk, pintu terkuak dan kelihatan Shayaan masuk ke dalam pejabatnya dengan tenang.
Kau nak jumpa aku?” Soal Shayaan sambil kaki melangkah menghampiri Issac.
Cepat kau datang. Baru aku suruh Wid panggil.” Tutur Issac dan menunjuk kerusi yang kosong depannya. Shayaan melabuh duduk disalah kerusi itu dan menghembuskan nafas kuat. Muka kelihatan serius.
Aku tengah bersembang dengan Wid dekat luar tadi. Hmm…Apa yang kau nak jumpa aku ni?” Soal Shayaan lagi tidak mahu membuang masa.
Sejak melihat lelaki didepannya bersama Faryal dia semakin sangsi siapa lelaki didepannya kini. Tambah lagi infomasi yang diberi Rehan cukup tidak memuaskannya.
Setiap kali dia bertanya Nek Wan mengenai hubungan Faryal dengan Issac, neneknya itu menyuruhnya supaya jangan risau sebab Nek Wan sedang memantau Faryal setiap saat. Apa yang tidak difahamnya adalah apabila Nek Wan memberitahu supaya tidak bertanya Issac apa-apa mengenai perkara itu. Memang dia mahu melupakan perkara itu tetapi setiap kali melihat Issac mulutnya rasa gatal. Gatal mahu bertanya. Tetapi mengingati permintaan Nek Wan dia terpaksa menggigit lidahnya.
Aku perlukan pertolongan kau.” Bertaut kening Shayaan mendengar apa yang baru saja keluar dari mulut lelaki itu.
Pertolongan? Dari aku?” Jari telunjuk menunding ke dadanya. Terkejut bila Issac mahu pertolongannya.
Kepala Issac mengangguk mengiakan pertanyaan Shayaan. Dipandang Shayaan yang tiba-tiba memeluk tubuh. Ada juga dia mendengar setiap kali Shayaan memeluk tubuh ada sesuatu yang sedang bermain difikiran lelaki itu.
Aku boleh tolong kau. Tapi aku nak kau jujur dengan aku.”
Boleh.”
Apa hubungan kau dengan adik aku, Faryal?” Issac ketawa halus.
Dia sudah mengagak soalan itu akan ditanya Shayaan. Sejak hari dia dan Faryal keluar makan di Dine by Frasiers, sikap Shayaan kepadanya dingin sekali. Renungan mata yang menikam lelaki itu kadang-kala dapat dirasainya setiap kali mereka mengadakan mesyuarat. Mendengar nama Faryal, dia masih mengingati lamarannya yang ‘ditolak’ Faryal. Dia sudah dimaklumkan oleh Faryal bahawa Nek Wan mahu berjumpa dengannya terlebih dahulu. Menyuruh Tuan Kamil Arsyad memberitahu Nek Wan mengenai keinginannya untuk melamar Faryal adalah salah satu rancangannya.
Kawan tapi mesra.”
Senyuman nipis terukir dibibir Shayaan. Kening kanannya dijungkit sambil membetulkan duduknya dikerusi. “Kau jangan mempermainkan adik aku. Kalau aku tahu kau sakiti Faryal, nahas aku habiskan kau.” Dengan tenang Shayaan mengugut.
Issac turut senyum nipis sambil mengingati kata-kata Tuan Kamil Arsyad dahulu.
Walaupun dia seorang peguam dan mengetahui salah dan benar, dia dapat memusing undang-undang supaya ia memihak kepadanya. Kepada apa yang ingin dilakukannya atau telah dilakukannya.”
Sekarang gilirannya untuk memusing undang-undang supaya memihak kepadanya. Badannya mendekati meja kerja dan kedua tangannya diletak elok atas pemukaan yang diperbuat daripada kaca itu. Nafas ditarik dalam sebelum menghembusnya kembali.
Aku ada dipihak kau. Aku disini sebab menginginkan keadilan. Faryal salah satunya amanah mama Fiyah kepada aku. Jadi kau jangan risau. Aku tak akan melukainya.”
Melainkan kebenaran sudah terbongkar. Pada masa itu ada kemungkinan Faryal akan terluka. Ayat-ayat terakhir bersambung dalam hati. Tidak berani menuturnya. Melihat renungan tajam dari Shayaan dia yakin lelaki itu sedang menafsir apa yang baru diluahnya tadi.
Entah mengapa dari pertama kali aku jumpa dengan kau, aku dapat merasakan kau sedang sembunyi sesuatu dari aku. Jujur aku kata, aku tak rasa terancam pun kau duduk dikerusi CEO tu. Sebabnya, mama aku pilih orang yang dia percayai dan orang itu adalah kau, uncle Alex dan Geraldine. Cuma satu yang aku nak tanya kepada kau.” Kening Issac dinaikkan menyuruh Shayaan sambung apa yang ingin ditanya kepadanya.
Apa yang kau rancangkan sebenarnya? Aku pasti apa yang kau rancang ini melibatkan bukan saja keluarga aku tetapi kau juga.” Badan Issac dihenyak kembali dikerusi.
Tertawa dia dibuatnya. Memang dia akur lelaki didepannya memang bijak. Ini masanya untuk dia menarik peguam itu ke dalam rancangannya.
Kau memang bijak. Aku akan beritahu kau apa yang aku rancangkan tetapi sekarang aku perlukan pertolongan kau.” Suasana sunyi seketika. Shayaan yang sedang memeluk tubuh mendongak sedikit kepalanya kepada Issac.
Apa yang kau perlukan?” Dua daripada tidak dokuemn yang berada didepannya dihulur kepada Shayaan yang mengambilnya tanpa banyak soalan.
Dokumen itu dibukanya. Semakin berkerut dahi Shayaan membaca isi kandungan itu. “Aku sudah agak dia akan lakukan ini.” Surat perjanjian yang sedang ditatapnya kini membuat dia gelak sinis.
Sudah lama Shayaan menunggu masa ini. Dia sudah menjangka Khaleed, lelaki yang dia memanggil papa akan melakukan perkara sebegini. Lelaki yang gilakan harta dan kuasa tidak akan kekenyangan selagi tidak mendapat apa yang diingininya.
Yang itu untuk Shariqkan?” Ditunjuk dokumen yang masih berada didepan Issac.
CEO muda itu angguk. “Kau jangan risau. Aku ada seseorang yang boleh mendapat tandatangannya. Let’s just say Shariq owed the person a favour.” Jelas Issac. Hanya satu orang saja yang boleh mendapat tandatangan Shariq. Siapa lagi kalau bukan Geraldine.
Shayaan hanay menjungkit bahu tidak mahu membantah. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu memerah otak memikirkan cara untuk mendapat tandatangan Shariq. “Aku akan tolong kau. Tetapi aku mahu tahu semua rancangan kau terlebih dahulu. Termasuk rancangan kau mendapat pekerjaan untuk Adi.”
Terlakar senyuman herot dibibir Issac. Nampaknya Shayaan terlebih dahulu berlangkah setapak. Menyelidik mengenai tempat kerjanya Fadi. Menyambung setiap titik untuk mendapatkan jawapan. Membawa Shayaan dalam rancangan ini akan benar-benar menguntungkannya. Memang dia sudah agak antara anak-anak Lutfiyah, Shayaan si peguam adalah orang yang paling pintar dan licik.
**
Bernyanyi riang Faizan sebaik saja keluar dari bilik tidurnya. Kaki ingin menapak ke dapur untuk menghilang rasa dahaga ditekak. Baru saja dia melintasi bilik kembarnya, tiba-tiba mulutnya ditekup dan badannya ditarik ke belakang memasuki bilik siapa lagi kalau bukan kembarnya itu. Beberapa hari ini memang pelik benar perangai kembar tua seminitnya itu. Sentiasa berdiam diri dan sekali-sekala ketawa sendiri macam orang tak betul. Memang hatinya berbisik kembarnya itu sedang sembunyi sesuatu daripadanya tetapi dia malas mahu bertanya. Sudah arif dengan perangai kembarnya itu yang tidak suka orang menyampuk hal peribadinya.
Mulutnya yang dilepaskan dikesat kasar. Eee! Tak suka okay orang tekup-tekup mulut ni. Entah ada kuman apa dekat tangan Shayaan tu. Bercekak pinggang Faizan merenung tajam Shayaan didepannya. “Kau tak ada kerja lain ke nak kidnap aku? Panggil elok-elokkan boleh. Tak pun kau telefon aku saja. Sepantas kilat aku datang.”
Melihat Shayaan yang tidak membalas bebelannya dahi Faizan yang berkerut semakin berkerut seribu. Faizan melangkah ke katil yang sentiasa kemas itu. Sebalik dengannya yang bilik sentiasa macam tongkang pecah. Kalau tak berselerak memang tak sah. Punggung dilabuh dikatil yang empuk itu.
Cepat cerita dekat aku apa yang tengah bermain dalam otak peguam kau tu.” Ejekkan Faizan membuat Faizan tergelak.
Orang cakap kembar ni ada kuasa telepathy tapi dia dan Faizan sukar sikit. Macam ada aliran yang tersumbat begitu. Nak komunikasi pun sentiasa tersekat tapi bukan ditempat Shayaan tetapi di bahagian Faizan. Sentiasa tak faham. Blur. Tetapi kalau bab chics laju saja masuk.
Kaki menghampiri tempat kerjanya dan dibuka laci yang teratas lantas mengeluarkan dua dokumen dan menghampiri Faizan yang sudah terlantar diatas katilnya. Tangan menghulur dokumen itu kepada Faizan yang menukar posisinya kembali.
Apa ni?”
Fail.” Terjuling mata Faizan dengan jawapan loyar buruk Shayaan.
Kalau tak loyar buruk memang tak sah. Dengan malas dua dokumen dalam tangan dibukanya. Bertaut keningnya membaca isi kandungan. Pandangan beralih kepada Shayaan yang sedang meyandar tubuhnya ditingkap. Meminta kepastian.
Apa ni?”
Shayaan yang sedang memeluk tubuh mendongak sedikit kepalanya. “Apa yang kau rasa?”
Kau nak aku serahkan semua peninggalan mama kepada Izzat? Kau biar betul?!” Tidak percaya Faizan, Shayaan mahu dia berbuat sedemikian. Begitu saja peninggalan Lutfiyah mahu diberi kepada orang yang tidak ada kena mengena dengan mereka. Kerja gila peguam ni!
Baca yang lagi satu.” Arah Shayaan.
Perlahan mata yang merenung kembarnya dihujung bilik itu membaca dokumen yang lagi satu. Semakin berkerut dahinya. Dibaca kembali dua-dua dokumen itu. “Aku tak faham.”
Cuba kau fahamkan.”
Eee!! Macam nak cekik-cekik saja peguam ni. Jelaskan sajakan senang. Tak payah aku fikir panjang. Jap! Jap! Jap!
Kau nak aku tandatangan hanya satu surat ini bukan? Dan surat yang kau nak aku tandatangan adalah yang ini.” Ditunjuk dokumen ditangan kanannya.
Melihat senyuman Shayaan dia sudah mendapat jawapannya. Tetapi dia masih tidak faham tujuan dia menyerah peninggalan mama kepada CEO muda itu.
Kau straight to the pointkan senang. Peninglah aku asyik kena fikir-fikir. Otak aku ni bukan macam kau yang Einstein tu.” Faizan merungut bingit dengan perangai kembarnya yang suka memutar belitkan kata. Dihampiri Shayaan yang kini duduk tenang diambang tingkap. Geram melihat senyuman ejek dari kembarnya itu.
Oww! Sakit tahu tak.” Adu Faizan apabila kepalanya diketuk Shayaan dengan tiba-tiba. Kembarnya itu kembali memeluk tubuh melihat reaksi Faizan.
Pakailah otak tu sikit.”
Macam mana nak pakai otak kalau asyik kena tonjol saja. Kalau buat MRI ni confirm otak aku senget tahu tak.” Tergelak Shayaan dibuatnya dengan alasan tak masuk akal Faizan. Diambil dokumen itu dari tangan Faizan.
Ini untuk masa depan keluarga kita.”
Apa ke benda untuk keluarga kita kalau nak serahkan kepada Izzat. Kalau serahkan dekat papa itulah baru untuk masa depan keluarga kita.” Tangan Shayaan naik mengetuk kepala Faizan.
Papa bukan seperti yang kau sangkakan.”
“Cuba kau jelaskan dekat aku.”
Ha!Ha! Tangan tu kalau tak jalan tak boleh ke?” Tangan Shayaan melurut kesisinya kembali.
Papa mahu membolot semua harta peninggalan arwah mama.”
Tubuh Faizan yang disandar sebelah Shayaan tiba-tiba tegak. Semakin runsing dia dengan apa yang baru dikatakan Shayaan. “Kenapa pula? Papa pun dapat bahagian juga apa? Malah lebih dari kita. Tak masuk akallah.”
Dilirik Faizan yang sedang menggaru kepalanya. “Apa pandangan kau kalau aku cakap papa dalang semua yang berlaku didalam keluarga kita.”
Hah?! Dalang apa pula?” Berdecit Faizan dibuatnya.
Tajam mata Shayaan merenung permaidani disisi katil. “Kau akan tahu. Tapi sekarang bukan masanya. Aku mahu kau ikut apa yang aku cakap. Walauapapun yang terjadi nanti aku nak kau percayakan aku sepenuhnya.”
Aku percaya dengan kau tapi…”
Percaya aku dan kau akan faham nanti.” Cantas Shayaan tegas. Sudah lali dengan perangai Faizan yang suka sangat membantah.
Tuk! Tuk! Tuk!
Dengan pantas dokumen dalam tangan disimpan dalam laci berdekatan. Sementara Faizan mengorak langkah membuka pintu yang diketuk bertalu-talu. Wajah Widayah yang kelihatan resah tersembul sebaik saja pintu dibuka.
Kenapa Wid?” Soal Faizan risau melihat mata merah Widayah.
Abang, ibu dan ayah nak pindah tapi mereka tak nak bawa Wid sekali.”
Hah?!” Faizan menoleh ke Shayaan disebelah. Mereka memandang satu sama lain. Shayaan mengangguk apabila melihat mulut Faizan yang bergerak menyebut ‘papa’.
**
Dua pasang kaki pantas mengikut langkah Widayah menuju ke bilik Mak Limah dan Pak Halim dibelakang rumah. Pelbagai persoalan dan andaian bermain difikiran Faizan. Sebaik saja tiba diambang pintu bilik orang tuanya Widayah, terperanjat pasangan kembar itu melihat Mak Limah dan Pak Halim sudah bersiap sedia mahu pergi. Faizan menghampiri Mak Limah yang tersedu-sedan cuba memujuk Widayah yang memaut erat lengan tua itu.
Ibu nak pergi mana ni?”
Dilihat beberapa beg yang sudah tersusun rapi dilantai. Bilik itu kelihatan bersih sekali. Tidak ada satu pakaian pun ditempat penyidai. Dipandang Pak Halim yang menekur memandang lantai.
Ayah?”
Kami ada hal mendadak yang perlukan perhatian kami. Mak cik ibu kamu sakit tenat. Ada dekat hospital. Tak ada orang nak jaga dia. Jadi kami buat keputusan untuk menjaganya. Tapi kami tak bawa Wid dengan kami. Lagipun dia sudah bekerja. Rumah mak cik ibu kamu tu jauh dari tempat kerja, jadi lebih baik dia disini.”
Widayah pantas menggeleng. Air mata bercurahan mengalir. “Tak nak. Wid nak ikut juga.”
Muka Widayah dipegang Mak Limah. Tersayat hatinya melihat air mata mengalir tidak terhenti dipipi anak perempuannya itu. Risau dia mahu meninggalkan Widayah seorang disini, tetapi dia terpaksa. Demi Widayah.
Wid sayang. Jangan macam begini. Kami tak pergi mana-mana pun. Kami pergi jaga mak cik ibu saja. Nanti hujung minggu atau bila kamu senang kamu datang jenguk kami dekat sana.”
Dikesat muka Widayah yang sudah basah. “Tak comel dah anak ibu nangis macam begini. Nanti kalau Adi nampak ni terus tak jadi masuk minang.” Gurau Mak Limah mahu menghibur sedikit hati anak perempuannya itu.
Shayaan yang tadi hanya menjadi pemerhati akhirnya bersuara. “Betul ayah dan ibu nak pergi?” Pak Halim angguk mengiakan pertanyaan anak muda itu. Dipandang anak perempuannya dengan rasa sayu. Hatinya sebak tetapi ditahan sedaya upaya. Perpisahan ini hanya sementara.
Kamu tolong jagakan anak ayah ni ya. Kalau dia nakal sangat marah saja dia.” Diusap lembut rambut Widayah yang tersisir rapi. Faizan dan Shayaan berpandangan seketika. Shayaan menghembuskan nafas.
Kalau itu keputusan ayah, Yan hormatinya. Biar Yan hantar ayah ke rumah mak cik ibu itu.”
Tangan Pak Halim dilayang-layang depannya tidak mahu. “Tak payahlah Yan. Kami sudah panggil teksi. Dia dah tunggu dekat luar tu hah. Mari Limah, kita berangkat sekarang.”
Sebelum Pak Halim dapat mencapai beg yang ingin dibawa mereka, Faizan dan Shayaan terlebih dahulu mencapainya. Rasa berterima kasih dia kepada pasangan kembar itu. Kaki mereka melangkah menuju ke depan.
Kau fikir apa yang aku fikir tak?” Bisik Faizan perlahan berjalan sedikit jauh dari Pak Halim sekeluarga.
Shayaan angguk dengan wajah yang serius. Dia dapat agak apa yang sedang bermain difikiran Faizan. Pasti Khaleed terlibat dalam pemergian Pak Halim dan Mak Limah dari rumah itu. Dia harus cari tahu apa yang berlaku.
Sebaik saja beg disimpan dibelakang teksi, Pak Halim memusing menghadap mereka. Berat hati mahu meninggalkan anak tunggalnya seorang diri. Tetapi memikirkan jarak jauh rumah yang akan diduduki mereka dan FS Companies dia terpaksa meninggalkan Widayah disitu. Hanya untuk sementara. Itu yang acap kali diberitahu kepada isterinya dan dirinya sendiri. Dipandang isteri dan anaknya yang berpeluk erat. Pandangannya menjadi kabur memikirkan pemisahan mereka.
Wid jaga diri baik-baik tau. Ibu dan ayah tak ada untuk selalu ingatkan Wid. Jangan asyik bergaduh sahaja dengan Ahdia. Kalau perlukan apa-apa telefon ibu dan ayah.” Terhinggut-hinggut badan Widayah sambil angguk kepala faham. Tersenyum hambar Mak Limah pada anaknya itu sebelum berpaling kepada Shayaan dan Faizan yang dia sudah anggap seperti anaknya sendiri.
Yan, Zan tolong tengokkan Wid untuk ibu ya. Kalau dia nakal kamu marah saja dia.” Tergelak kecil pasangan kembar itu dengan guarauan Mak Limah.
Ibu dan ayah jangan risau. Kami akan menjaga Wid sepertimana kami menjaga Ayal.”
Pak Halim mengamati Widayah lantas menarik anaknya itu dalam dakapannya. “Ingat pesan ibu tadi. Jaga diri. Jaga iman. Jangan tinggalkan solat. Kalau senang datang jumpa kami. Kalau perlukan apa-apa telefon. Insyaallah kami akan tolong sedaya mampu.” Bergetar suara Pak Halim memesan anaknya itu. Terkebil-kebil matanya cuba menghapuskan airmata yang mula berkumpul.
Kenapa Wid tak boleh ikut?” Soal Widayah polos.
Sayang. Tadikan ayah dah bilang. Rumah mak cik ibu kamu tu jauh dari tempat kerja kamu. Mama Fiyah yang beri kamu pekerjaan itu. Jadi jangan sekali-sekala mengabaikan tanggungjawab dan kepercayaan mama Fiyah kepada kamu.” Dikucup ubun-ubun anaknya itu.
Baiklah. Yan, Zan. Halalkan makan dan minum kami selama kami berada disini. Maaflah kalau kami…” Shayaan menghampiri lelaki berumur itu dan menepuk lembut bahunya.
Ayah. Kami semua sudah anggap ayah sekeluarga sebahagian dari keluarga kami. Ayah dan ibulah yang membesarkan kami, dan Wid ni kami sudah anggap seperti adik kami. Ayah jangan risau, kami akan jaga Wid disini.” Tutur Shayaan cuba mengurangkan rasa resah kedua orang tua Widayah itu.
Tersenyum Pak Halim dengan tutur bicara Shayaan. Tangan naik mengurut dada. “Lega ayah dengar kata-kata kamu itu. Satu pesan ayah kepada kamu berdua. Apa saja yang berlaku, terimanya dengan seikhlas hati kerana semua ini mempunyai hikmah yang tersendiri.” Mereka angguk faham.
Mari Limah. Sudah lambat ni.” Mak Limah angguk. Pelukan dan ciuman diberi Widayah sebelum menghampiri pintu teksi yang sudah dibuka suaminya. Dipandang Widayah disebelah Faizan. Perpisahan yang amat perit buat mereka. Akhirnya dia membolos diri ke dalam tidak mahu melihat kesedihan Widayah lagi. Runtuh hatinya melihat permata hatinya menangis.
Pak Halim bersalam dan berpelukan dengan mereka. “Kami pergi dulu. Kirim salam Shariq, Ahdia dan papa kamu ya. Assalammualaikum.”
Waalaikumsalam.” Ucap ketiga-tiga anak muda itu.
Faizan memeluk bahu Widayah yang semakin galak menitis air mata sebaik saja pintu teksi ditutup rapat. Tangan naik membalas lambaian Pak Halim dan Mak Limah. Sementara Faizan memujuk Widayah, mata Shayaan merenung tajam teksi yang semakin jauh dan mengecil dari pandangannya.
Aku akan cari tahu apa yang papa lakukan kepada mereka. Aku harus tahu. Walauapapun yang terjadi, aku tak benarkan sesiapa menghancurkan orang yang aku sayang termasuk keluarga Pak Halim. Kalau aku terpaksa mengkhianati, aku akan melakukannya. Janji keadilan dikibar semula.



2 comments: