Bab
49
Kaki
bermundar-mandir dari satu sudut ke satu, sekali-sekala berdecit
tidak puas hati. Blackberry
dilekap ditelinga sekali lagi. Talian berdering namun hampa, masih
tiada jawapan. Risau. Itulah yang dirasai Issac sejak mendapat
panggilan dari Aviya semalam. Tak ada angin tak ada ribut Aviya
terpaksa bermalam dirumah Nek Wan atas permintaan Ayal sebab ada
kerja yang harus dibuat mereka.
Entah
mengapa semalaman dia tidak dapat memejam matanya. Dari berita
mengenai orang tuanya Widayah sudah tidak duduk di Villa Nur, dari
pesanan ringkas Aviya memberitahunya bahawa Nek Wan meninggalkan
mesyuarat dengan mendadak, dan cerita Nila mengenai Ahdia yang
semakin mempercayainya. Tambah lagi Khaleed yang semakin mendesak dan
keberadaan Aairah yang sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya.
Satu persatu menyesak otak fikirannya.
Mulut
gatal mahu bertanya Faryal kalau Aviya bermalam disitu tetapi
terpaksa dibatalkan apabila memikirkan bahawa buah hatinya itu akan
mengesyaki sesuatu. Hati dan fikiran seorang perempuan tidak senang
ditebak walaupun kita sudah mengenali mereka.
“Macam
mana Issac?” Suara Geraldine bergema diruang pejabat Alex. Semua
disuruh berkumpul olehnya. Mesyuarat gempar, itulah yang dimaklum
kepada mereka.
“Nothing.
I tak sedap hatilah. Viya tak macam dirinya sendiri bila dia telefon
I. She’s
not good at lying.
Dengar suara dia semalam I tahu dia sedang berbohong.”
“You
ada tanya Ayal?” Pertanyaan Geraldine disambut gelengan Issac.
Lelaki
itu melepaskan keluhan. “I takut nanti dia curiga. Tup-tup I tanya
tentang Aviya.” Takut juga kalau Faryal akan salah faham bila dia
bertanya tentang keberadaan Aviya. Tambah lagi Faryal tidak tahu
langsung tentang hubungan saudara yang dia ada bersama Aviya. Belum
masa untuk Faryal ketahui itu semua. Belum lagi.
“Biar
aku tanyakan.” Shayaan yang dari tadi duduk bertenggek dibingkai
tingkap akhirnya bersuara. Sejak tadi hanya menjadi pemerhati dan
pendengar yang setia. Telefon bimbit dikeluarkannya dan nombor Faryal
ditekannya.
“Abang
Yan!!” Telefon dijauhkan sedikit sebaik saja Faryal menjawab
panggilan. Boleh pekak telinganya kalau setiap kali dia menelefon
Faryal akan menjerit sekuat hati. Sudah acap kali dia menegur tetapi
adik perempuannya itu tetap melakukannya.
Telefon
dilekap kembali ke telinga. Kedenganran gelak ketawa Faryal dihujung
talian. Sukalah tu. “Hish! Pekaklah telinga abang Yan tau tak.
Nanti tak ada orang nak kahwin dengan abang Yan, habis abang kerjakan
Ayal nanti.” Gurau Shayaan tanpa menghirau beberapa pasang telinga
yang sedang mendengar.
“Alah
apa susah Ayal carikan untuk abang Yanlah. Gerenti mesti lekat sampai
berderet anak nanti tau. Lepas tu abang jangan lupa pula bagi Ayal
upah.”
“Merepeklah
Ayal ni. Abang upah lempeng tangan baru tahu. Abang nak tanya ni, Nek
Wan sihat?”
Kedengaran
adik kesayangannya itu berdecit. “Alamak! Abang pergilah telefon
Nek Wan sendiri. Ini tanya Ayal pula. Mentang-mentang dua puluh empat
jam Ayal tengok muka Nek Wan semua nak tanya Ayal. Bukan nak tanya
Ayal sihat ke? Dah makan ke belum? Ni tak terus tanya Nek Wan. Potong
steam
betullah abang ni.” Rajuk Faryal. Gelak kecil Shayaan dengan
telatah Faryal yang suka sangat merajuk. Kalau tak dipujuk memang nak
kena dia nanti.
“Mulut
dah macam mak nenek. Pot pet pot pet saja. Ni Ayal dekat mana ni?”
“Dekat
dalam kereta nak pergi ofis.” Balas Faryal acuh tak acuh. Rajuk
masih bersisa. Bukan nak pujuk tapi kena cap mak nenek pula. Kurang
asam punya abang.
“Hmm…Pesan
P.A Ayal jangan bawa kereta laju-laju nanti apa-apa terjadi abang
saman dia dekat mahkamah.” Saja Shayaan berkata begitu, ini
peluangnya untuk bertanya tentang keberadaan Aviya. Dikerling mereka
semua diruang itu sebelum berpaling membelakangi mereka. Pandangan
melempar ke langit yang biru dan bangunan yang berdiri tegak
didepannya.
“Pagi-pagi
nak saman-saman. Tak ada kerja lain betullah peguam ni. Abang Yan
sayang, Ayal pergi dengan Pak Atanlah. Kak Viya tak ada. Entah pergi
mana entah. Nek Wan cakap tadi pagi yang dia tak masuk hari ini ada
hal keluarga katanya.”
“Nek
Wan tak pergi kerja ke?”
Tawa
sinis Faryal bergema ditelinganya. “Nek Wan tak masuk kerja? Hah!
Mestilah pergi tapi sehari suntuk dekat luar. Nak pergi buat kejutan
dekat hotel katanya. Confirm
semua
terperanjat beruk punya!” Berdekah-dekah tawa Faryal. Mesti sedang
membayang muka terperanjat para pekerja di hotel Ivic bila melihat
Nek Wan didepan mereka.
“Ketawakan
orang. Nanti sendiri kena baru tahu. Okaylah, ada orang telefon ni.
Jaga diri. Jangan nakal-nakal. Assalammualaikum.” Talian dimatikan
sebaik saja Faryal memberi salam.
Senyuman
sinis bermain dibibir sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam
poket kot yang dipakainya saja ingin membuang masa. Perlahan tubuh
kembali menghadap mereka. Kepala diangkat memandang empat pasang mata
yang sedang merenungnya dari tadi, menantikan jawapan.
“Ayal
tak tahu yang Viya bermalam dekat situ. Ayal cakap Aviya tak masuk
kerja hari ini. Hal keluarga katanya.” Tidak beritahu bahawa Nek
Wan yang mengatakannya kepada Faryal.
Ketukan
dipintu mengalih fokis dari Shayaan kepada daun pintu yang terkuak
dari luar. Lin, setiausaha Alex memasuki lantas menyerah sepucuk
surat yang baru diterimanya tadi kepada majikannya itu. Alex
membelek-belek sampul surat sederhana besar itu sebelum membukanya.
“Where
can Viya be?
Dia tak akan buat macam ni. Kalau ada apa-apa mesti dia beritahu
mother.”
Resah Nila dibuatnya memikirkan puterinya itu.
Aviya
tidak seberani Nat, kakaknya itu. Anak perempuannya itu lebih suka
berdiam diri dan tidak gemar keluar melainkan perlu membeli barangan
keperluan. Kalau suaminya tahu anaknya itu hilang pasti dia
disalahkan. Aviya kamu dimana?
Geraldine
mengensot mendekati Nila yang kelihatan gelisah lantas bahu wanita
itu dipeluk sekali-sekala mengusapnya lembut, cuba meredah rasa tidak
senang Nila. “Mother
jangan risau. Insyallah dia okay. Din yakin Nek Wan tak akan
mengapa-apakan Viya. Itupun kalau Viya bersama Nek Wan.”
“Jangan
yakin sangat.” Geraldine dan Nila memandang Alex yang sedang duduk
disebalik meja kerjanya. Bertaut kening masing-masing mendengar tiga
perkataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu.
“Apa
maksud uncle?”
Isi
kandungan dari sampul surat itu dihulur kepada Issac. Berkerut dahi
Issac membaca apa yang tertulis dikertas putih itu. Matanya
bertentang dengan mata Alex seketika sebelum membaca surat itu sekali
lagi. Shayaan menghampiri Issac tertanya-tanya apa yang berada dalam
tangan Issac dan membuat Alex berkata sedemikian.
“Izzat?”
Nila bersuara.
Kertas
yang kini berada didalam Shayaan dibaca dengan teliti.
Alex,
Aku
ada apa yang kau tercari-cari.
Wanda.
“Wanda?
Nek Wan?” Alex angguk mengiakan pertanyaan Shayaan.
Ditatap
surat itu sekali lagi sebelum bertanya lagi. “Apa yang uncle
tercari-cari yang Nek Wan ada?” Dia sebenarnya tahu tentang ini
semua kerana Nek Wan telah maklum kepadanya semalam. Dia tahu bahawa
Nek Wan telah bersemuka dengan Aviya dan surat yang berada dalam
tangannya itu akan diterima mereka. Dia tahu semua rancangan Nek Wan
itu. Tugasnya hanya berlakon didepan mereka semua untuk mencari
jawapan.
Tangan
Alex naik mengurut tengkuknya yang tiba-tiba rasa tidak selesa.
Keluhan dilepasnya memikir bagaimana mahu menjawab pertanyaan
bertalu-talu Shayaan. Tangan diseluk dalam poket seluar sebelum
memandang Shayaan yang tidak lepas dari melihatnya.
“Hanya
dua. Viya dan Aairah.”
Ternaik
kening Shayaan mendengar nama yang kedua itu. Pura-pura tidak tahu
siapa yang dimaksudkan Alex. “Aairah? Siapa Aairah?” Pertanyaan
Shayaan membuat Alex menoleh kepada Issac yang sedang meraup mukanya.
Dari reaksi Shayaan dia yakin Issac tidak beritahu tentang kewujudan
Aairah kepada anak lelaki Lutfiyah itu.
Melihat
tiada jawapan dari Alex, Shayaan beralih kepada Issac pula. Geraldine
mengerling sekilas Alex sebaik saja membaca isi kandungan surat itu.
Dilihat riak muka Shayaan yang kini berubah drastis. Tadi tenang saja
muka Shayaan tetapi kini berkerut seribu. Dada kelihatan sedikit
berombak. Inilah yang dimaksud semua orang mengenai Shayaan yang
tidak suka orang menipunya. “Kau ada rahsiakan sesuatu dari aku
ke?” Soal Shayaan tegas kepada Issac.
Hairan
Geraldine apabila Shayaan tiba-tiba gelak kecil sambil menepuk-nepuk
bahu Issac didepannya. “Memang aku dah agak yang kau tak jujur
sepenuhnya dengan aku. Itu sebab aku pun tak jujur dengan kau. Kira
kita seri.”
Terangkat
kepala Issac dengan apa yang baru disampaikan Shayaan. Lelaki
didepannya kini berpeluk tubuh sambil menayang senyuman herot
kepadanya. Sepertinya ada sesuatu yang Shayaan turut simpan darinya.
“Apa
maksud kau?”
“Kau
faham maksud aku.”
“Walaupun
dia seorang peguam dan mengetahui salah dan benar, dia dapat memusing
undang-undang supaya ia memihak kepadanya. Kepada apa yang ingin
dilakukannya atau telah dilakukannya.”
Kata-kata
Tuan Kamil Arsyad terngiang-ngiang kembali difikirannya. Memusing
undang-undang supaya ia memihak kepadanya. Kalau selama ini Aairah
bawah tahanan Nek Wan, maksudnya…
Sekelip
mata kolar baju Shayaan digenggamnya erat. Mata membulat merenung
tajam anak mata Shayaan yang tidak terperanjat dengan apa yang sedang
dilakukannya. Tambah lagi senyuman mengejek tidak lekang dari bibir
anak kedua Lutfiyah itu. “Apa kau buat dekat dia hah?” Alex dan
Geraldine menghampiri dua anak muda itu. Sekarang bukan masanya untuk
membelasah satu sama lain. Mereka cuba melerai cengakaman Issac yang
erat itu.
“Issac,
lepaskan dia. Kita bincang cara baik.” Kembang kucup hidung Issac
menahan amarahnya. Pujukan Geraldine dan Alex ditelinga tidak
dihiraunya. Rasa marah dan geram kerana permainan semakin rumit.
Sebolehnya dia tidak mahu memberitahu Shayaan semuanya tetapi lelaki
itu lebih pintar darinya.
“Lidah
yang sangat berbisa, selari dengan otaknya yang cergas.”
Benar!
Otak Shayaan memang tidak boleh dijangka. Pemikiran lelaki itu
sungguh berbelit. Sukar untuk menebak apa yang sedang difikir oleh
lelaki itu. Perlahan cengakamannya dileraikan. Setapak ke belakang
diambilnya dan dipejam matanya cuba menstabik rasa marah yang
tiba-tiba saja meledak.
“Apa
yang kau mahu daripada aku?”
“Kebenaran.”
Berpaling Issac mendengar suara seorang wanita menjawab
pertanyaannya. Buntang matanya melihat gerangan suara itu. Kedengaran
suara Nila yang terperanjat dengan siapa yang sedang berdiri didepan
pintu kini.
Astarghfirullah!
Apa pula ni?
**
Desahan
nafas mengisi ruang pejabat Alex sebaik saja semua mengambil tempat
masing-masing diruang itu. Nek Wan duduk tegak bertentangan dengan
Issac. Matanya tidak lepas mengamati satu persatu wajah didepannya.
“Aunty
Irah macam mana?” Issac bertanya apabila tiada sesiapa yang mahu
memulakan dahulu.
“Sihat.”
“Anak
saya, Aviya dimana?” Nila bersuara pula. Risau tidak melihat Aviya
bersama Nek Wan.
“Selamat.”
Setiap pertanyaan dijawab sepatah sahaja.
Nila
menerpa dan melutut didepan Nek Wan. Lutut tua itu dipegangnya erat.
Air mata yang dari tadi digagahi akhirnya bercurahan. Kaget semua
melihat reaksi spontan Nila. Terutama sekali Nek Wan.
“Tolong
jangan apa-apakan anak saya. Saya mohon. Dia tak bersalah dalam hal
ini.” Deras air mata seorang ibu mengalir demi keselamatan anaknya.
Terkedu Nek Wan melihat Nila. Tangannya menarik Nila duduk
disebelahnya. Melihat apa yang dilakukan Nila membuat dia teringat
bagaimana Lutfiyah memohon kepada dia supaya mempercayakannya setelah
gambar intim dan Danial diterima mereka.
“Saya
bukan sekejam yang kamu sangkakan. Saya ada hati. Saya ada perasaan.
Macam mana kamu menangisi dan memohon keselamatan Aviya, macam
begitulah saya memohon keselamatan anak dan cucu saya. Saya sanggup
lakukan apa saja demi mereka. Termasuk menggadai nyawa saya sendiri
kalau saya perlu.” Senyuman tawar ditayang kepada Nila yang
tersedu-sedan disebelahnya. Dihulur sapu tangan dari tas tangan.
Dikerling
sekilas Shayaan yang duduk santai disebelahnya lantas diangguk kepala
memberi arahan. Shayaan keluarkan telefon bimbitnya dan menghantar
pesanan ringkas sebelum menyimpannya kembali didalam kot.
Beberapa
saat kemudian, pintu terbuka membuat semua berpaling kecuali Shayaan
dan Nek Wan.
“Viya!”
Pantas Nila bangkit dan menghampiri anaknya yang sedang berdiri
disebelah Hisham. Ditarik tubuh Aviya ke dalam dakapannya. Dipeluk
erat tidak mahu melepaskan anak bongsunya itu.
Dibelek-belek
muka dan tubuh Aviya, risau kalau anaknya diapa-apakan. “Kamu tak
apa-apakan?” Tangan Nila yang menjalar ditubuhnya digenggam Aviya
lantas menayang senyuman manis mahu menepis rasa risau ibunya itu.
Memang
dia rasa takut sejak semalam. Tiada telefon bimbit. Bilik yang
disiapkan untuknya pula dikunci tingkap dan pintu. Tiada cara untuk
dia keluar atau menghubungi sesiapa. Semalaman dia tidak dapat
melelapkan mata memikir apa yang akan berlaku keesokkan hari. Bila
Mak Leha membawa pakaian untuknya pagi itu diikuti oleh Nek Wan yang
memberitahu bahawa Faryal sedia maklum bahawa dia tidak akan masuk
kerja kerana ada hal keluarga. Dia akur tidak berani melawan arahan
Nek Wan.
“Viya
okay.” Diseka air mata dipipi Nila sebelum memeluk bahu ibunya itu.
Issac
mengeluh lega melihat Aviya selamat. Nek Wan bukan orang yang patut
diperkecilkan. Kalau Nek Wan berani membuat sebegitu kepada Aviya
apatahlagi benda lain. Diamati wanita tua yang duduk tenang
didepannya. Tidak terkutik dengan adegan yang sedang berlaku.
Dipandang pula Shayaan disebelah Nek Wan. Kaki menyilang dan badan
disandar dibelakang sofa. Sekali-sekala kaki digoyang santai. Tenang.
Dia
harus akur bahawa ada dua orang yang lebih pintar darinya dan mereka
sedang duduk didepannya. Benar-benar dia tidak sangka bahawa Aairah
berada didalam tangan Nek Wan selama ini. Mengapa dia tidak
mengesyaki wanita itu? Terlalu banyak rahsia antara mereka semua.
Kalau dia mahu memastikan keadilan yang diingini Lutfiyah tercapai,
dia harus bersikap jujur. Terutama sekali dengan mereka yang sedang
duduk bertentangan dengannya. Dibisik sesuatu kepada Geraldine
sebelum wanita itu berdiri dan mengorak langkah meninggalkan ruang
itu. Dilihat mata Shayaan mengikuti setiap langkah Geraldine sehingga
kelibatnya hilang disebalik pintu.
“Saya
akan bawa kamu berjumpa dengan Aairah. Tetapi sebelum itu saya mahu
kamu ceritakan segala-galanya kepada saya. Tidak satu pun butir
maklumat disimpan dari pengetahuan saya. Kalau saya dapat tahu kamu
menyimpan atau membohongi saya, kamu akan tahu akibatnya.” Nek Wan
memberi amaran mahu menamat semua pertanyaan difikirannya. Dia penat
harus mencari jawapan yang tidak pernah ada akhirnya.
Issac
angguk kepalanya akur dengan permintaan Nek Wan. Aviya dan Nila sudah
melabuh duduk disofa berdekatan sementara Hisham meminta diri untuk
menunggu diluar. Sebaik saja pintu kayu itu ditutup rapat, Issac
akhirnya bersuara.
“Mama
Fiyah yang akan ceritakan kepada puan sekeluarga tetapi lebih baik
saya beritahu segala-galanya kepada puan memandangkan puan sudah tahu
serba sikit mengenainya.”
“Issac…”
Alex bersuara tidak mahu anak muda itu meneruskan. Membuka masa silam
anak muda itu bukan mudah. Tetapi dia tahu mereka tiada cara lain.
Lambat laun, Issac harus berdepan dengan masa silamnya juga.
“It’s
okay uncle. Sooner or later she’ll know.”
Tidak terkata Alex dengan penjelasan Issac. Akhirnya dia mengeluh
lantas menunduk kepalanya sambil tangan naik memicit kepalanya yang
rasa pening. Kepala diangguk faham.
“Seperti
yang puan sedia maklum, saya Izzat Danish pemilik Global
International bila berada di FS, dan saya juga Issac Daimaru pemilik
Daimaru International bila saya berada dengan Faryal.” Dua pasang
mata tidak lepas dari merenungnya. Telinga tajam mendengar setiap
butir yang keluar dari mulut anak muda itu.
“Saya
kenal dengan mama Fiyah itupun kerana beliau datang berjumpa dengan
saya empat tahun lalu. Sebelum ini memang saya pernah berjumpa
dengannya di hari pengebumian papa saya. Pada hari itu juga saya
kenal Faryal.” Wajah budak perempuan kecil berbaju kurung dengan
senyuman manis berlegar-legar difikirannya. Senyuman nipis terukir.
Tidak akan dia lupa hari itu buat selama-lamanya.
“Saya
terkejut dengan kedatangan mama Fiyah pada hari itu. Jujur saya kata,
kedatangannya tidak dialu-alukan oleh saya. Beliau sebahagian masa
lalu yang saya mahu lupa. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan yang lain.
Beliau datang membawa tawaran. Tawaran yang saya tak dapat tolak.”
Bila
dimaklumkan bahawa Lutfiyah ada dipejabatnya, dia benar-benar
terperanjat. Tertanya-tanya apa tujuan Lutfiyah datang berjumpa
dengannya tiba-tiba. Bertahun-tahun dia bersembunyi dari dunia luar
dengan mengguna nama Izzat Danish. Walaupun dia ingin sangat
melupakan kejadian yang menimpa keluarganya, dendam yang bersarang
dihatinya itu tetap ada. Menatap di Naraya bersama datok dan neneknya
membuat jarak anatara dia dan keluarga Khaleed begitu dekat sekali.
Kerana itu juga dia tidak dapat melupakan dendam dihati apabila acap
kali tersebar luas mengenai keluarga itu di majalah, ditelevisyen dan
juga dari mulut orang.
“Tawaran
yang dibuat mama Fiyah memang sudah lama saya nantikan. Pada mulanya
saya tidak ada kena mengena dengannya kerana saya mempunyai rancangan
saya sendiri. Tetapi bila difikirkan kembali saya akhirnya menerima
tawarannya itu. Peluang didepan mata baik ambil sebelum melepas.
Sepertimana dia mahu membawa keadilan ke dalam keluarganya, begitu
juga saya. Saya mahu membawa keadilan ke apa atas apa yang menimpa
keluarga saya.” Mendatar suara Issac tanpa disedari tangannya
digempal bila mengingati masa silamnya.
“Apa
yang berlaku kepada keluarga kau sehingga kau mahu keadilan?” Mata
Issac yang dari tadi memerhati pasu bunga ditengah meja kopi beralih
pandangan kepada Shayaan yang bertanya.
“Kehilangan.
Saya kehilangan kedua orang tua saya pada umur yang muda. Mama saya
meninggal dalam kemalangan langgar lari. Turut terkorban adik
perempuan yang saya tak pernah tatap. Selepas itu saya kehilangan
papa saya. Dia terjumpa ditepi sungai. Drug
overdose.
Nasib baik ada mother
sekeluarga yang menjaga saya, kalau tidak tak tahu apa yang akan
terjadi pada saya.”
Nila
disebelah ditatapnya. Jari-jemari kasarnya naik menyeka air mata yang
mengalir membasahi pipi wanita itu. Dia tahu Nila juga sedih
mengingati kematian mamanya. Kakak mana tidak sedih kehilangan
seorang adik yang disayangi? Walaupun mereka hanya adik dan kakak
angkat, dia tetap menyayangi Kat seperti adiknya sendiri. Hanya
gambar dan cerita saja mengisi ruang memorinya mengenai mamanya.
Tiada kenangan hanya gambar.
“Apa
nama mama kamu?” Soal Nek Wan dengan minat.
“Khadiyah
Binti Sufian Ali atau lebih dikenali sebagai Kat Sufian.”
“Kat
Sufian?”
“Nek
Wan pernah kenal dengan dia ke?” Shayaan bertanya.
Tiada
gelengan atau anggukan dari Nek Wan. “Nama itu pernah Nek Wan
dengar tapi tak berapa ingat. Adakah mama kamu kenal dengan keluarga
saya?” Issac angguk mengiakan. Memang keluarga mereka ada kaitan
dengan semua ini.
“Khaleed.”
Semua kepala berpaling memandang Nila apabila nama itu melepasi
bibirnya. Berkerut dahi Shayaan mendengar nama papanya. Apa kaitan
papanya dengan semua ini?
“Mother…”
Issac menggeleng kepalanya tidak mahu Nila meneruskan kata-katanya.
Bagaimana sukar untuknya membuka masa silamnya, dia tahu begitu sukar
juga untuk Nila mengingatinya kembali.
Tangan
Issac dicapai Nila. Digenggam erat jari-jemari runcing itu seperti
memberitahu Issac bahawa dia tidak apa-apa. “Biar mother
cerita. Mereka berhak tahu apa yang dia lakukan kepada kita.”
Senyuman
hamabr dilakar membuat Issac angguk akur. Nila berpaling ditatap Nila
dan Shayaan yang dari tadi diam membisu. Nafas ditarik dalam sebelum
menghembusnya keluar.
“Kat
kahwin pada umur yang muda. Itupun atas desakan keluarga sebab
perangainya yang suka berfoya-foya. Dia seorang yang suka bersosial.
Tak terkira dengan jari berapa ramai teman lelaki dia ada dalam satu
masa. Orang tua kami ingat apabila sudah berkahwin dengan Eddy,
papanya Issac dia akan berubah, tetapi perangainya semakin
menjadi-jadi. Eddy tak dapat mengawal Kat tetapi Kat dapat mengawal
Eddy. Sebab Eddy amat cintakan Kat sepenuh hati dan sanggup lakukan
apa saja demi isteri yang tercinta.”
Bodoh.
Itulah perkataan yang acap kali dia katakan kepada Eddy yang senang
tewas dalam genggaman Kat. Memang dia amat marah apabila melihat Kat
membawa Eddy keluar masuk kelab malam tanpa segan silu. Bukan
bertambah baik tetapi semakin buruk jadinya. Eddy yang baik hati dan
polos berubah mengikut rentak Kat yang gemar berparti.
Apabila
Kat dapati dia mengandungkan Issac, Nila dapat lihat bahawa Kat mula
berubah. Tiada lagi rokok ditangan. Tiada lagi minuman setan yang
ditogok. Tiada lagi kelab malam. Tiada lagi lelaki keliling pinggang.
Eddylah lelaki paling bahagia apabila dapat tahu tentang kandungan
itu. Semua yang diinginkan Kat akan dituruti. Kalau Kat mahu tujuh
dulang air mata anak dara, dia yakin Eddy akan memastikan ia
dipenuhi. Kat bagaikan permaisuri selama dia mengandungkan Issac. Dia
lega dan bersyukur kerana Kat mula berubah tetapi tanggapannya
meleset setelah Issac dilahirkan.
Walaupun
kehidupan Kat tidak seliar dulu dia tetap bersuka ria dikelab malam
dan meninggalkan Issac bersama Eddy. Siang dan malam Eddy
membahagikan masa antara kerja dan Issac. Kasihan dia melihat Eddy
yang kadang-kala tidak terurus dan terpaksa ke hulur ke hilir
mengejarkan masa. Semua tanggungjawab Kat dilakukan Eddy yang tidak
pernah sekali pun merungut. Sehinggalah pada satu hari itu mereka
bertengkar besar.
“Eddy
dapat tahu dari kawannya yang Kat mempunyai lelaki lain
dibelakangnya. Kat menafi dan meminta Eddy mengemukakan bukti. Sebab
Eddy tidak mempunyai bukti dan dia tidak mahu kehilangan Kat, dia
melepaskan saja perkara itu berlalu. Tetapi perkara itu benar. Kat
memang mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Malah, saya sendiri
nampak mereka bersama dengan mata saya sendiri.”
Dia
benar-benar kecewa melihat Kat dengan lelaki itu berpelukan bagai
pasangan kekasih. Apa yang sungguh mengguris hatinya ialah melihat
Kat tanpa segan silu keluar masuk hotel dengan lelaki itu.
“Lelaki
itu papa saya ke aunty?” Perlahan suara Shayaan bertanya.
Dalam
hati dia berdoa bahawa lelaki itu bukan orang yang dipanggilnya papa
selama dua puluh empat tahun. Acap kali dia mendengar desas-desus dan
cerita mengenai Khaleed yang mempunyai perempuan disana sini tetapi
tidak dihiraunya, kerana menganggap mereka semua cemburu dengan
kebahagian keluarga mereka. Tetapi itu semua satu alasan untuk
menyedapkan hatinya.
Runtuh
hati Shayaan melihat anggukan kepala Nila. Tangan naik meraup muka.
Mata dipejam rapat tidak terkata. Nek Wan disebelah menepuk lembut
riba cucunya itu. Sepertimana kesal hatinya Shayaan begitu juga
hatinya. Tetapi apa yang tidak dibayangkan adalah sekeping hati
Lutfiyah bila mengetahui mengenai itu. Pasti hancur berderai sekeping
hati anak perempuannya itu.
“Maafkan
aunty
tetapi aunty
tak boleh bohong untuk menyedapkan hati kamu, sebab ini adalah
kebenaran.”
Shayaan
angguk faham lantas melepaskan nafas cuba menahan rasa kecewa dan
marah yang mula menyelebungi hati. “Saya faham aunty.
Sudah lama saya tahu tetapi saya sentiasa menafikannya. Apa jadi
lepas itu?” Soal Shayaan ingin tahu cerita selanjutnya.
“Saya
bersemuka dengannya. Masa itu dia dalam perjalanan mahu ke kereta
bersama Khaleed. Boleh bayang macam mana reaksinya apabila melihat
saya didepan matanya. Tidak akan saya lupakan hari itu. Pertama kali
saya bersemuka dengan Khaleed adalah pertama kali saya mengangkat
tangan pada Kat.”
Tapak
tangannya dipandang. Tangan yang menyentuh pipi mulus Kat. Fikirannya
berulang kali main babak itu. Sepertinya dia dapat merasa hangat
tangannya mendarat dipipi mulus Kat. Sungguh dia tidak tahu apa yang
difikirkannya pada waktu itu. Marah dan kecewa semua bergaul menjadi
satu. Kalau ada pisau ditangannya sudah ditikam berkali-kali Kat
disitu. Tetapi Tuhan maha adil. Aviya menggenggam tapak tangann Nila
tahu benar apa yang sedang bermain dihati ibunya itu.
Berminggu
dia tidak menjawab panggilan Kat. Bila Kat bertandang ke rumahnya,
dia tidak mahu turun bertemu. Hatinya sakit setiap kali memikirkan
Eddy yang berhempas pulas membesarkan Issac seorang diri. Eddy yang
mencintai Kat dan mempercayai adik angkatnya itu sepenuh hati. Luruh
hatinya mengenang apa yang akan berlaku.
Hatinya
mula menerima Kat kembali bila melihat betapa bersungguh-sungguh Kat
mahu meminta kemaafannya. Setiap hari Kat akan menelefon dan
menghantar pesanan ringkas menagih simpati dan belas kasihan. Sangsi.
Itulah yang dirasainya setiap kali mendapat pesanan ringkas itu
sehinggalah dia melihat Kat yang ayu bertudung didepan rumahnya.
Berjuraian air mata dengan apa yang dilihatnya. Kata kekesalan dan
kemaafan bergemar diruang tamunya. Manusia tidak akan lepas dari
membuat kesilapan. Kalau kita tidak memaafkan mereka siapa lagi?
“Bukan
senang apabila kita mahu bertaubat. Tuhan memberinya dugaan baru.
Eddy dapat tahu mengenai kecurangan Kat dengan Khaleed. Mengamuk
besar Eddy ketika itu. Entah macam mana Eddy dapat tahu pun saya tak
tahu.”
Satu
hari itu, Kat datang ke rumahnya dibawa Issac bersama. Dikata Eddy
telah menghalaunya dari rumah bila mendapat tahu mengenai
kecurangannya. Sampul surat. Itulah yang dikatakan Kat. Eddy pulang
dengan menggenggam sampul surat ditangan. Satu persatu gambar intim
Kat dan Khaleed ditunjuk Eddy.
Marah.
Siapa yang tak marah apabila ditipu bulat-bulat? Siapa yang tak akan
mengamuk apabila orang yang dicintai berlaku curang? Siapa yang tak
kesal apabila kepercayaan yang diberi musnah begitu saja?
Kasihan
dia melihat Kat yang menangis meminta pertolongan. Dia benar tidak
tahu bagaimana mahu menolong adik angkatnya itu. Berhari-hari Kat
menangisi apa yang terjadi. Kat yang kesal dengan perbuatannya. Kat
yang terlambat menyedari kesilapannya. Kat yang kehilangan kembali
setelah rahsia terbongkar. Masa tidak bisa diputar kembali. Kita
hanya bisa pasrah dan menerima semua dugaan seadanya. Menyesali tidak
guna tetapi kita harus mempelajari dari masa silam.
“Kamu
dapat tahu siapa yang menghantar gambar itu?” Tiada anggukan dan
gelengan kepala bagi pertanyaan Nek Wan itu.
“Kami
mengesyaki Khaleed, sebab Kat beritahu saya yang Khaleed asyik
mencarinya walaupun sudah acap kali diberitahu supaya tidak
mengganggunya lagi. Khaleed tidak suka apabila Kat menamatkan
hubungan mereka. Satu hari itu Kat beritahu saya bahawa dia akan
bersua muka dengan Khaleed buat terakhir kali. Saya mahu menemaninya
tetapi tidak dibenarkan. Dia kata ini masalah yang dibuatnya, biar
dia yang menyelesaikannya.”
Risau
bukan kepalang dia pada hari itu. Entah mengapa dia tidak sedap hati
dengan pemergian Kat. Rasa risaunya bertukar menjadi syukur bila
melihat Kat pulang dengan senyuman dibibir. Pelukan Kat sudah dapat
memberitahunya bahawa semua telah berakhir. Kehidupan kembali tenang
kecuali Kat yang memikirkan apa yang akan Eddy lakukan selepas itu.
Tiada apa-apa berita atau panggilan dari Eddy. Lelaki itu sepertinya
membawa diri. Rumah yang didiami Kat dan Eddy pula gelap-gelita.
Tiada tanda yang Eddy berada disitu. Bila ditanya Tuan Kamil Arsyad,
dia juga tidak tahu ke mana anaknya itu pergi.
“Hampir
dua bulan, baru Eddy kembali mahu membawa pulang isteri dan anaknya.
Gembira sekali saya melihat Eddy sekeluarga berkumpul kembali. Eddy
katanya menerima Kat kembali sebab cintanya yang agung untuk Kat. Dia
memaafkan kesalahan Kat dan menerima Kat seadanya. Cinta, tiada siapa
yang tahu betapa rumitnya ia.” Bergetar suara Nila tetapi gelak
kecil melepasi bibirnya memikirkan betapa banyak cabaran pasangan
suami isteri itu harus lalui demi kecapi kebahagiaan.
“Mereka
hidup bahagia tetapi hanya sementara. Dalam perjalanan ke hospital
untuk memeriksa kandungannya yang sudah lapan bulan itulah dia
menimpa kemalangan. Ketika itu Eddy berada di Paris. Kata pihak polis
dari maklumat orang yang menyaksikan kejadian itu melihat sebuah
kereta melanggar Kat semasa dia mahu memintas jalan. Kereta itu tidak
berhenti dan terus memecut pergi meninggalkan Kat terbaring ditepi
jalan. Tiada siapa yang mencatit plat nombor kereta itu. Semua
berlaku dalam sekelip mata. Bila saya dan suami saya tiba, ia sudah
terlambat. Kat dan kandungannya tidak dapat diselamatkan.” Ahdia
mengusap belakang Nila yang menangis teresak-esak sambil menceritakan
masa yang perit itu.
“Itulah
kali terakhir saya melihatnya. Terlantar tidak bernyawa.” Issac
menunduk kepalanya. Tidak dapat bayangkan apa yang dilihat Nila
ketika itu. Sekali-sekala memejam matanya rapat cuba membayang semua
yang berlaku.
“Eddy
tak dapat terima pemergian Kat. Apalagi dia tak dapat melihat Kat
buat terakhir kali. Bila dia tiba kembali ke Naraya, jenazah sudah
selamat dikebumikan.”
Seperti
orang gila Eddy bila tidak dapat melihat isterinya buat terakhir
kali. Dimaki hamun dan dimarahi semua orang dikelilingnya. Tiada
siapa dapat mengawalnya. Setiap hari dia akan meluang masa dikuburnya
Kat. Menangisi pemergian yang tercinta.
“Eddy
tidak puas hati dengan laporan yang dibuat pihak polis. Diarah
penyiasat peribadi mencari pemandu kereta itu. Eddy bukan lagi lelaki
yang semua kenali suatu ketika dahulu. Dia dendam dan marah dengan
apa yang terjadi.”
Siang
dan malam Eddy memerap dikamarnya menangisi pemergian mendadak Kat.
Issac tidak dihiraukannya. Apa yang dia kisah adalah separuh jiwanya
yang sudah hilang. Cinta yang dibawa pergi. Eddy tak dapat menerima
apa yang terjadi. Disalahkan Tuhan kerana tidak bersikap adil sebab
mengambil orang yang paling berharga kepadanya dalam sekelip mata.
Eddy, seorang suami mithali berubah seratus peratus. Dia tenggelam
dalam dunia yang dibuatnya sendiri. Kelab malam menjadi rumah
keduanya. Dadah menjadi makanan kegemarannya. Minuman setan menjadi
air hariannya dan perempuan menjadi permainannya.
Syarikat
menjadi masa lalu dan Issac pula sepertinya tidak wujud dalam
hidupnya. Tuan Kamil Arsyad mengambil tindakan drastis membawa
anaknya berubat, pulih seketika tetapi bila jejak kaki kembali di
dunia luar dia terjerumus kembali dalam neraka dunia. Hilang berbulan
dan hanya kembali untuk beberapa hari sebelum lesap sekali lagi.
Tetapi dia akhirnya kembali seorang bekas penagih. Dia kembali
menagih kasih sayang dan kemaafan seorang anak yang diabainya. Tetapi
Issac tidak memberinya. Sehinggalah berita kematian Eddy diterima
mereka. Bertahun-tahun Eddy sesat jalan dan bertahun-tahun jugaIssac
tidak mengenali lelaki bernama papa.
“Kami
semua tidak sangka Eddy akan pergi dalam keadaan sebegitu. Menamatkan
nyawa dengan menghumban diri dalam sungai.” Tanpa sedar air mata
lelaki Issac mengalir jua.
Dia
baru pulang dari sekolah bila dia melihat wajah sugul neneknya
memberitahu mengenai kematian papanya. Lelaki yang dia tidak pernah
dapat kenal. Eddy yang muncul minta duit daripada Tuan Kamil Arsyad
sebelum hilang kembali. Eddy yang akan melenting apabila tidak dapat
apa yang diingininya. Eddy yang cengkung dan berserabut. Setiap kali
Eddy memandangnya, pandangan itu bagaikan kosong. Tidak mempunyai
jiwa atau hati. Tetapi pada hari-hari akhirnya, kata-kata Eddy tidak
akan dapat dilupakannya.
“Pada
hari pengebumian Eddy….”
“Biar
Issac sambung.”
“Pada
hari pengebumian papa, saya bertemu dengan mama Fiyah dan Faryal.
Faryal mungkin tak mengingati saya tetapi saya tak akan pernah melupa
budak perempuan yang menghibur hati saya pada saat saya berduka. Pada
hari itu juga wasiat papa dibacakan.”
Daimaru
International miliknya sebaik saja dia menginjak lapan belas tahun.
Sementara itu, Pablo, suaminya Nila akan mengendali syarikat itu.
Dalam rakaman dan surat terakhir Eddy, satu rahsia telah dimaklumkan
kepada mereka. Rahsia yang Eddy simpan selama bertahun-tahun sehingga
hari kematiannya.
“Papa
dapat tahu siapa dalang disebalik kemalangan yang menimpa mama.
Bertahun-tahun papa pergi menyiasat sendiri sehinggalah dia mendapat
jawapan yang dicari-cari.” Bermain kembali rakaman yang dilihatnya.
Rakaman terakhir Eddy yang tersirat amanah terakhir untuk anak
lelakinya.
“Siapa
yang langgar arwah mama kau?”
“Orang
suruhannya Khaleed.” Bergerak rahang Shayaan mendengar jawapan
Issac.
Khaleed.
Papa. Siapa sebenar lelaki yang bernama papa itu? Mendengar cerita
mereka dia sepertinya tidak kenali lelaki bernama Khaleed. Lelaki
yang dia kenali itu bagaikan dua orang yang berbeza. Seorang papa
yang penyayang adalah sebenarnya seorang yang tidak berhati perut.
Sanggup dia meragut nyawa orang yang tidak bersalah.
“Tapi
kenapa papa aku bunuh mama kau?”
“Sebab
dia sangka bayi dalam perut mama aku adalah anak dia.”
“Apa
yang kamu cakapkan ni Issac? Siapa yang beritahu kamu?”
“Maafkan
Issac mother
sebab rahsiakan perkara ini. Pada hari mama Fiyah datang dengan
tawarannya, beliau telah ceritakan semuanya kepada Issac, tetapi
Issac harus merahsiakannya.”
Ketukan
dipintu membuat semua beralih ke arah Geraldine yang membolos dirinya
ke dalam. Sebuah cakera padat dihulur kepada Issac.
“Dalam
ini ada semua jawapan yang Puan perlukan. Mama Fiyah merakamnya
sebelum rancangan ini dilaksanakan. Puan dan Shayaan tengok dahulu
rakaman ini. Kami akan tunggu diluar.” Cakera padat dan sebuah
komputer riba dihulur kepada Shayaan yang menerimanya dengan kerutan
didahi.
“Saya
harap puan akan terimanya dengan minda yang terbuka kerana ada
beberapa perkara yang mungkin tidak akan disukai puan.” Issac
memberi amaran sebelum menapak keluar meninggalkan nenek dan cucu itu
didalam ruang pejabat Alex.
Sebaik
saja bunyi pintu ditutup rapat, Shayaan memasuki cakera padat itu ke
dalam komputer riba lantas memainkan rakaman yang dimasksudkan Issac.
Terpampang muka Lutfiyah diskrin komputer. Senyuman yang dilihat kini
amat sekali dirindui mereka.
si Khaleed ni mmg jahat.. zalim..
ReplyDeletex pasal2 orng2 sekeliling jd mangsa..
Relax2..hehehe:B
Deletewah...terlepas pandang pulak bab yg ini...ingatkan dh baca..hehe tapi kn macam mane kalau ahdia adik issac...eh dulu ade bab faryal menangis kat hospital..tu pasal ape? anyway good job kak ^^
ReplyDeleteBab Faryal menangis dkt hospital lagi lame lagi MaI rase..haha:B
Delete