Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Sunday, 14 September 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 49

Bab 49

Kaki bermundar-mandir dari satu sudut ke satu, sekali-sekala berdecit tidak puas hati. Blackberry dilekap ditelinga sekali lagi. Talian berdering namun hampa, masih tiada jawapan. Risau. Itulah yang dirasai Issac sejak mendapat panggilan dari Aviya semalam. Tak ada angin tak ada ribut Aviya terpaksa bermalam dirumah Nek Wan atas permintaan Ayal sebab ada kerja yang harus dibuat mereka.
Entah mengapa semalaman dia tidak dapat memejam matanya. Dari berita mengenai orang tuanya Widayah sudah tidak duduk di Villa Nur, dari pesanan ringkas Aviya memberitahunya bahawa Nek Wan meninggalkan mesyuarat dengan mendadak, dan cerita Nila mengenai Ahdia yang semakin mempercayainya. Tambah lagi Khaleed yang semakin mendesak dan keberadaan Aairah yang sehingga sekarang masih menjadi tanda tanya. Satu persatu menyesak otak fikirannya.

Mulut gatal mahu bertanya Faryal kalau Aviya bermalam disitu tetapi terpaksa dibatalkan apabila memikirkan bahawa buah hatinya itu akan mengesyaki sesuatu. Hati dan fikiran seorang perempuan tidak senang ditebak walaupun kita sudah mengenali mereka.
Macam mana Issac?” Suara Geraldine bergema diruang pejabat Alex. Semua disuruh berkumpul olehnya. Mesyuarat gempar, itulah yang dimaklum kepada mereka.
Nothing. I tak sedap hatilah. Viya tak macam dirinya sendiri bila dia telefon I. She’s not good at lying. Dengar suara dia semalam I tahu dia sedang berbohong.”
You ada tanya Ayal?” Pertanyaan Geraldine disambut gelengan Issac.
Lelaki itu melepaskan keluhan. “I takut nanti dia curiga. Tup-tup I tanya tentang Aviya.” Takut juga kalau Faryal akan salah faham bila dia bertanya tentang keberadaan Aviya. Tambah lagi Faryal tidak tahu langsung tentang hubungan saudara yang dia ada bersama Aviya. Belum masa untuk Faryal ketahui itu semua. Belum lagi.
Biar aku tanyakan.” Shayaan yang dari tadi duduk bertenggek dibingkai tingkap akhirnya bersuara. Sejak tadi hanya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia. Telefon bimbit dikeluarkannya dan nombor Faryal ditekannya.
Abang Yan!!” Telefon dijauhkan sedikit sebaik saja Faryal menjawab panggilan. Boleh pekak telinganya kalau setiap kali dia menelefon Faryal akan menjerit sekuat hati. Sudah acap kali dia menegur tetapi adik perempuannya itu tetap melakukannya.
Telefon dilekap kembali ke telinga. Kedenganran gelak ketawa Faryal dihujung talian. Sukalah tu. “Hish! Pekaklah telinga abang Yan tau tak. Nanti tak ada orang nak kahwin dengan abang Yan, habis abang kerjakan Ayal nanti.” Gurau Shayaan tanpa menghirau beberapa pasang telinga yang sedang mendengar.
Alah apa susah Ayal carikan untuk abang Yanlah. Gerenti mesti lekat sampai berderet anak nanti tau. Lepas tu abang jangan lupa pula bagi Ayal upah.”
Merepeklah Ayal ni. Abang upah lempeng tangan baru tahu. Abang nak tanya ni, Nek Wan sihat?”
Kedengaran adik kesayangannya itu berdecit. “Alamak! Abang pergilah telefon Nek Wan sendiri. Ini tanya Ayal pula. Mentang-mentang dua puluh empat jam Ayal tengok muka Nek Wan semua nak tanya Ayal. Bukan nak tanya Ayal sihat ke? Dah makan ke belum? Ni tak terus tanya Nek Wan. Potong steam betullah abang ni.” Rajuk Faryal. Gelak kecil Shayaan dengan telatah Faryal yang suka sangat merajuk. Kalau tak dipujuk memang nak kena dia nanti.
Mulut dah macam mak nenek. Pot pet pot pet saja. Ni Ayal dekat mana ni?”
Dekat dalam kereta nak pergi ofis.” Balas Faryal acuh tak acuh. Rajuk masih bersisa. Bukan nak pujuk tapi kena cap mak nenek pula. Kurang asam punya abang.
Hmm…Pesan P.A Ayal jangan bawa kereta laju-laju nanti apa-apa terjadi abang saman dia dekat mahkamah.” Saja Shayaan berkata begitu, ini peluangnya untuk bertanya tentang keberadaan Aviya. Dikerling mereka semua diruang itu sebelum berpaling membelakangi mereka. Pandangan melempar ke langit yang biru dan bangunan yang berdiri tegak didepannya.
Pagi-pagi nak saman-saman. Tak ada kerja lain betullah peguam ni. Abang Yan sayang, Ayal pergi dengan Pak Atanlah. Kak Viya tak ada. Entah pergi mana entah. Nek Wan cakap tadi pagi yang dia tak masuk hari ini ada hal keluarga katanya.”
Nek Wan tak pergi kerja ke?”
Tawa sinis Faryal bergema ditelinganya. “Nek Wan tak masuk kerja? Hah! Mestilah pergi tapi sehari suntuk dekat luar. Nak pergi buat kejutan dekat hotel katanya. Confirm semua terperanjat beruk punya!” Berdekah-dekah tawa Faryal. Mesti sedang membayang muka terperanjat para pekerja di hotel Ivic bila melihat Nek Wan didepan mereka.
Ketawakan orang. Nanti sendiri kena baru tahu. Okaylah, ada orang telefon ni. Jaga diri. Jangan nakal-nakal. Assalammualaikum.” Talian dimatikan sebaik saja Faryal memberi salam.
Senyuman sinis bermain dibibir sambil menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket kot yang dipakainya saja ingin membuang masa. Perlahan tubuh kembali menghadap mereka. Kepala diangkat memandang empat pasang mata yang sedang merenungnya dari tadi, menantikan jawapan.
Ayal tak tahu yang Viya bermalam dekat situ. Ayal cakap Aviya tak masuk kerja hari ini. Hal keluarga katanya.” Tidak beritahu bahawa Nek Wan yang mengatakannya kepada Faryal.
Ketukan dipintu mengalih fokis dari Shayaan kepada daun pintu yang terkuak dari luar. Lin, setiausaha Alex memasuki lantas menyerah sepucuk surat yang baru diterimanya tadi kepada majikannya itu. Alex membelek-belek sampul surat sederhana besar itu sebelum membukanya.
Where can Viya be? Dia tak akan buat macam ni. Kalau ada apa-apa mesti dia beritahu mother.” Resah Nila dibuatnya memikirkan puterinya itu.
Aviya tidak seberani Nat, kakaknya itu. Anak perempuannya itu lebih suka berdiam diri dan tidak gemar keluar melainkan perlu membeli barangan keperluan. Kalau suaminya tahu anaknya itu hilang pasti dia disalahkan. Aviya kamu dimana?
Geraldine mengensot mendekati Nila yang kelihatan gelisah lantas bahu wanita itu dipeluk sekali-sekala mengusapnya lembut, cuba meredah rasa tidak senang Nila. “Mother jangan risau. Insyallah dia okay. Din yakin Nek Wan tak akan mengapa-apakan Viya. Itupun kalau Viya bersama Nek Wan.”
Jangan yakin sangat.” Geraldine dan Nila memandang Alex yang sedang duduk disebalik meja kerjanya. Bertaut kening masing-masing mendengar tiga perkataan yang baru keluar dari mulut lelaki itu.
Apa maksud uncle?”
Isi kandungan dari sampul surat itu dihulur kepada Issac. Berkerut dahi Issac membaca apa yang tertulis dikertas putih itu. Matanya bertentang dengan mata Alex seketika sebelum membaca surat itu sekali lagi. Shayaan menghampiri Issac tertanya-tanya apa yang berada dalam tangan Issac dan membuat Alex berkata sedemikian.
Izzat?” Nila bersuara.
Kertas yang kini berada didalam Shayaan dibaca dengan teliti.
Alex,
Aku ada apa yang kau tercari-cari.
Wanda.
Wanda? Nek Wan?” Alex angguk mengiakan pertanyaan Shayaan.
Ditatap surat itu sekali lagi sebelum bertanya lagi. “Apa yang uncle tercari-cari yang Nek Wan ada?” Dia sebenarnya tahu tentang ini semua kerana Nek Wan telah maklum kepadanya semalam. Dia tahu bahawa Nek Wan telah bersemuka dengan Aviya dan surat yang berada dalam tangannya itu akan diterima mereka. Dia tahu semua rancangan Nek Wan itu. Tugasnya hanya berlakon didepan mereka semua untuk mencari jawapan.
Tangan Alex naik mengurut tengkuknya yang tiba-tiba rasa tidak selesa. Keluhan dilepasnya memikir bagaimana mahu menjawab pertanyaan bertalu-talu Shayaan. Tangan diseluk dalam poket seluar sebelum memandang Shayaan yang tidak lepas dari melihatnya.
Hanya dua. Viya dan Aairah.”
Ternaik kening Shayaan mendengar nama yang kedua itu. Pura-pura tidak tahu siapa yang dimaksudkan Alex. “Aairah? Siapa Aairah?” Pertanyaan Shayaan membuat Alex menoleh kepada Issac yang sedang meraup mukanya. Dari reaksi Shayaan dia yakin Issac tidak beritahu tentang kewujudan Aairah kepada anak lelaki Lutfiyah itu.
Melihat tiada jawapan dari Alex, Shayaan beralih kepada Issac pula. Geraldine mengerling sekilas Alex sebaik saja membaca isi kandungan surat itu. Dilihat riak muka Shayaan yang kini berubah drastis. Tadi tenang saja muka Shayaan tetapi kini berkerut seribu. Dada kelihatan sedikit berombak. Inilah yang dimaksud semua orang mengenai Shayaan yang tidak suka orang menipunya. “Kau ada rahsiakan sesuatu dari aku ke?” Soal Shayaan tegas kepada Issac.
Hairan Geraldine apabila Shayaan tiba-tiba gelak kecil sambil menepuk-nepuk bahu Issac didepannya. “Memang aku dah agak yang kau tak jujur sepenuhnya dengan aku. Itu sebab aku pun tak jujur dengan kau. Kira kita seri.”
Terangkat kepala Issac dengan apa yang baru disampaikan Shayaan. Lelaki didepannya kini berpeluk tubuh sambil menayang senyuman herot kepadanya. Sepertinya ada sesuatu yang Shayaan turut simpan darinya.
Apa maksud kau?”
Kau faham maksud aku.”
Walaupun dia seorang peguam dan mengetahui salah dan benar, dia dapat memusing undang-undang supaya ia memihak kepadanya. Kepada apa yang ingin dilakukannya atau telah dilakukannya.”
Kata-kata Tuan Kamil Arsyad terngiang-ngiang kembali difikirannya. Memusing undang-undang supaya ia memihak kepadanya. Kalau selama ini Aairah bawah tahanan Nek Wan, maksudnya…
Sekelip mata kolar baju Shayaan digenggamnya erat. Mata membulat merenung tajam anak mata Shayaan yang tidak terperanjat dengan apa yang sedang dilakukannya. Tambah lagi senyuman mengejek tidak lekang dari bibir anak kedua Lutfiyah itu. “Apa kau buat dekat dia hah?” Alex dan Geraldine menghampiri dua anak muda itu. Sekarang bukan masanya untuk membelasah satu sama lain. Mereka cuba melerai cengakaman Issac yang erat itu.
Issac, lepaskan dia. Kita bincang cara baik.” Kembang kucup hidung Issac menahan amarahnya. Pujukan Geraldine dan Alex ditelinga tidak dihiraunya. Rasa marah dan geram kerana permainan semakin rumit. Sebolehnya dia tidak mahu memberitahu Shayaan semuanya tetapi lelaki itu lebih pintar darinya.
Lidah yang sangat berbisa, selari dengan otaknya yang cergas.”
Benar! Otak Shayaan memang tidak boleh dijangka. Pemikiran lelaki itu sungguh berbelit. Sukar untuk menebak apa yang sedang difikir oleh lelaki itu. Perlahan cengakamannya dileraikan. Setapak ke belakang diambilnya dan dipejam matanya cuba menstabik rasa marah yang tiba-tiba saja meledak.
“Apa yang kau mahu daripada aku?”
“Kebenaran.” Berpaling Issac mendengar suara seorang wanita menjawab pertanyaannya. Buntang matanya melihat gerangan suara itu. Kedengaran suara Nila yang terperanjat dengan siapa yang sedang berdiri didepan pintu kini.
Astarghfirullah! Apa pula ni?
**
Desahan nafas mengisi ruang pejabat Alex sebaik saja semua mengambil tempat masing-masing diruang itu. Nek Wan duduk tegak bertentangan dengan Issac. Matanya tidak lepas mengamati satu persatu wajah didepannya.
“Aunty Irah macam mana?” Issac bertanya apabila tiada sesiapa yang mahu memulakan dahulu.
“Sihat.”
“Anak saya, Aviya dimana?” Nila bersuara pula. Risau tidak melihat Aviya bersama Nek Wan.
“Selamat.” Setiap pertanyaan dijawab sepatah sahaja.
Nila menerpa dan melutut didepan Nek Wan. Lutut tua itu dipegangnya erat. Air mata yang dari tadi digagahi akhirnya bercurahan. Kaget semua melihat reaksi spontan Nila. Terutama sekali Nek Wan.
Tolong jangan apa-apakan anak saya. Saya mohon. Dia tak bersalah dalam hal ini.” Deras air mata seorang ibu mengalir demi keselamatan anaknya. Terkedu Nek Wan melihat Nila. Tangannya menarik Nila duduk disebelahnya. Melihat apa yang dilakukan Nila membuat dia teringat bagaimana Lutfiyah memohon kepada dia supaya mempercayakannya setelah gambar intim dan Danial diterima mereka.
Saya bukan sekejam yang kamu sangkakan. Saya ada hati. Saya ada perasaan. Macam mana kamu menangisi dan memohon keselamatan Aviya, macam begitulah saya memohon keselamatan anak dan cucu saya. Saya sanggup lakukan apa saja demi mereka. Termasuk menggadai nyawa saya sendiri kalau saya perlu.” Senyuman tawar ditayang kepada Nila yang tersedu-sedan disebelahnya. Dihulur sapu tangan dari tas tangan.
Dikerling sekilas Shayaan yang duduk santai disebelahnya lantas diangguk kepala memberi arahan. Shayaan keluarkan telefon bimbitnya dan menghantar pesanan ringkas sebelum menyimpannya kembali didalam kot.
Beberapa saat kemudian, pintu terbuka membuat semua berpaling kecuali Shayaan dan Nek Wan.
Viya!” Pantas Nila bangkit dan menghampiri anaknya yang sedang berdiri disebelah Hisham. Ditarik tubuh Aviya ke dalam dakapannya. Dipeluk erat tidak mahu melepaskan anak bongsunya itu.
Dibelek-belek muka dan tubuh Aviya, risau kalau anaknya diapa-apakan. “Kamu tak apa-apakan?” Tangan Nila yang menjalar ditubuhnya digenggam Aviya lantas menayang senyuman manis mahu menepis rasa risau ibunya itu.
Memang dia rasa takut sejak semalam. Tiada telefon bimbit. Bilik yang disiapkan untuknya pula dikunci tingkap dan pintu. Tiada cara untuk dia keluar atau menghubungi sesiapa. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata memikir apa yang akan berlaku keesokkan hari. Bila Mak Leha membawa pakaian untuknya pagi itu diikuti oleh Nek Wan yang memberitahu bahawa Faryal sedia maklum bahawa dia tidak akan masuk kerja kerana ada hal keluarga. Dia akur tidak berani melawan arahan Nek Wan.
Viya okay.” Diseka air mata dipipi Nila sebelum memeluk bahu ibunya itu.
Issac mengeluh lega melihat Aviya selamat. Nek Wan bukan orang yang patut diperkecilkan. Kalau Nek Wan berani membuat sebegitu kepada Aviya apatahlagi benda lain. Diamati wanita tua yang duduk tenang didepannya. Tidak terkutik dengan adegan yang sedang berlaku. Dipandang pula Shayaan disebelah Nek Wan. Kaki menyilang dan badan disandar dibelakang sofa. Sekali-sekala kaki digoyang santai. Tenang.
Dia harus akur bahawa ada dua orang yang lebih pintar darinya dan mereka sedang duduk didepannya. Benar-benar dia tidak sangka bahawa Aairah berada didalam tangan Nek Wan selama ini. Mengapa dia tidak mengesyaki wanita itu? Terlalu banyak rahsia antara mereka semua. Kalau dia mahu memastikan keadilan yang diingini Lutfiyah tercapai, dia harus bersikap jujur. Terutama sekali dengan mereka yang sedang duduk bertentangan dengannya. Dibisik sesuatu kepada Geraldine sebelum wanita itu berdiri dan mengorak langkah meninggalkan ruang itu. Dilihat mata Shayaan mengikuti setiap langkah Geraldine sehingga kelibatnya hilang disebalik pintu.
Saya akan bawa kamu berjumpa dengan Aairah. Tetapi sebelum itu saya mahu kamu ceritakan segala-galanya kepada saya. Tidak satu pun butir maklumat disimpan dari pengetahuan saya. Kalau saya dapat tahu kamu menyimpan atau membohongi saya, kamu akan tahu akibatnya.” Nek Wan memberi amaran mahu menamat semua pertanyaan difikirannya. Dia penat harus mencari jawapan yang tidak pernah ada akhirnya.
Issac angguk kepalanya akur dengan permintaan Nek Wan. Aviya dan Nila sudah melabuh duduk disofa berdekatan sementara Hisham meminta diri untuk menunggu diluar. Sebaik saja pintu kayu itu ditutup rapat, Issac akhirnya bersuara.
Mama Fiyah yang akan ceritakan kepada puan sekeluarga tetapi lebih baik saya beritahu segala-galanya kepada puan memandangkan puan sudah tahu serba sikit mengenainya.”
Issac…” Alex bersuara tidak mahu anak muda itu meneruskan. Membuka masa silam anak muda itu bukan mudah. Tetapi dia tahu mereka tiada cara lain. Lambat laun, Issac harus berdepan dengan masa silamnya juga.
It’s okay uncle. Sooner or later she’ll know.” Tidak terkata Alex dengan penjelasan Issac. Akhirnya dia mengeluh lantas menunduk kepalanya sambil tangan naik memicit kepalanya yang rasa pening. Kepala diangguk faham.
Seperti yang puan sedia maklum, saya Izzat Danish pemilik Global International bila berada di FS, dan saya juga Issac Daimaru pemilik Daimaru International bila saya berada dengan Faryal.” Dua pasang mata tidak lepas dari merenungnya. Telinga tajam mendengar setiap butir yang keluar dari mulut anak muda itu.
Saya kenal dengan mama Fiyah itupun kerana beliau datang berjumpa dengan saya empat tahun lalu. Sebelum ini memang saya pernah berjumpa dengannya di hari pengebumian papa saya. Pada hari itu juga saya kenal Faryal.” Wajah budak perempuan kecil berbaju kurung dengan senyuman manis berlegar-legar difikirannya. Senyuman nipis terukir. Tidak akan dia lupa hari itu buat selama-lamanya.
Saya terkejut dengan kedatangan mama Fiyah pada hari itu. Jujur saya kata, kedatangannya tidak dialu-alukan oleh saya. Beliau sebahagian masa lalu yang saya mahu lupa. Tetapi Tuhan mempunyai rancangan yang lain. Beliau datang membawa tawaran. Tawaran yang saya tak dapat tolak.”
Bila dimaklumkan bahawa Lutfiyah ada dipejabatnya, dia benar-benar terperanjat. Tertanya-tanya apa tujuan Lutfiyah datang berjumpa dengannya tiba-tiba. Bertahun-tahun dia bersembunyi dari dunia luar dengan mengguna nama Izzat Danish. Walaupun dia ingin sangat melupakan kejadian yang menimpa keluarganya, dendam yang bersarang dihatinya itu tetap ada. Menatap di Naraya bersama datok dan neneknya membuat jarak anatara dia dan keluarga Khaleed begitu dekat sekali. Kerana itu juga dia tidak dapat melupakan dendam dihati apabila acap kali tersebar luas mengenai keluarga itu di majalah, ditelevisyen dan juga dari mulut orang.
Tawaran yang dibuat mama Fiyah memang sudah lama saya nantikan. Pada mulanya saya tidak ada kena mengena dengannya kerana saya mempunyai rancangan saya sendiri. Tetapi bila difikirkan kembali saya akhirnya menerima tawarannya itu. Peluang didepan mata baik ambil sebelum melepas. Sepertimana dia mahu membawa keadilan ke dalam keluarganya, begitu juga saya. Saya mahu membawa keadilan ke apa atas apa yang menimpa keluarga saya.” Mendatar suara Issac tanpa disedari tangannya digempal bila mengingati masa silamnya.
Apa yang berlaku kepada keluarga kau sehingga kau mahu keadilan?” Mata Issac yang dari tadi memerhati pasu bunga ditengah meja kopi beralih pandangan kepada Shayaan yang bertanya.
Kehilangan. Saya kehilangan kedua orang tua saya pada umur yang muda. Mama saya meninggal dalam kemalangan langgar lari. Turut terkorban adik perempuan yang saya tak pernah tatap. Selepas itu saya kehilangan papa saya. Dia terjumpa ditepi sungai. Drug overdose. Nasib baik ada mother sekeluarga yang menjaga saya, kalau tidak tak tahu apa yang akan terjadi pada saya.”
Nila disebelah ditatapnya. Jari-jemari kasarnya naik menyeka air mata yang mengalir membasahi pipi wanita itu. Dia tahu Nila juga sedih mengingati kematian mamanya. Kakak mana tidak sedih kehilangan seorang adik yang disayangi? Walaupun mereka hanya adik dan kakak angkat, dia tetap menyayangi Kat seperti adiknya sendiri. Hanya gambar dan cerita saja mengisi ruang memorinya mengenai mamanya. Tiada kenangan hanya gambar.
Apa nama mama kamu?” Soal Nek Wan dengan minat.
Khadiyah Binti Sufian Ali atau lebih dikenali sebagai Kat Sufian.”
Kat Sufian?”
Nek Wan pernah kenal dengan dia ke?” Shayaan bertanya.
Tiada gelengan atau anggukan dari Nek Wan. “Nama itu pernah Nek Wan dengar tapi tak berapa ingat. Adakah mama kamu kenal dengan keluarga saya?” Issac angguk mengiakan. Memang keluarga mereka ada kaitan dengan semua ini.
“Khaleed.” Semua kepala berpaling memandang Nila apabila nama itu melepasi bibirnya. Berkerut dahi Shayaan mendengar nama papanya. Apa kaitan papanya dengan semua ini?
Mother…” Issac menggeleng kepalanya tidak mahu Nila meneruskan kata-katanya. Bagaimana sukar untuknya membuka masa silamnya, dia tahu begitu sukar juga untuk Nila mengingatinya kembali.
Tangan Issac dicapai Nila. Digenggam erat jari-jemari runcing itu seperti memberitahu Issac bahawa dia tidak apa-apa. “Biar mother cerita. Mereka berhak tahu apa yang dia lakukan kepada kita.”
Senyuman hamabr dilakar membuat Issac angguk akur. Nila berpaling ditatap Nila dan Shayaan yang dari tadi diam membisu. Nafas ditarik dalam sebelum menghembusnya keluar.
Kat kahwin pada umur yang muda. Itupun atas desakan keluarga sebab perangainya yang suka berfoya-foya. Dia seorang yang suka bersosial. Tak terkira dengan jari berapa ramai teman lelaki dia ada dalam satu masa. Orang tua kami ingat apabila sudah berkahwin dengan Eddy, papanya Issac dia akan berubah, tetapi perangainya semakin menjadi-jadi. Eddy tak dapat mengawal Kat tetapi Kat dapat mengawal Eddy. Sebab Eddy amat cintakan Kat sepenuh hati dan sanggup lakukan apa saja demi isteri yang tercinta.”
Bodoh. Itulah perkataan yang acap kali dia katakan kepada Eddy yang senang tewas dalam genggaman Kat. Memang dia amat marah apabila melihat Kat membawa Eddy keluar masuk kelab malam tanpa segan silu. Bukan bertambah baik tetapi semakin buruk jadinya. Eddy yang baik hati dan polos berubah mengikut rentak Kat yang gemar berparti.
Apabila Kat dapati dia mengandungkan Issac, Nila dapat lihat bahawa Kat mula berubah. Tiada lagi rokok ditangan. Tiada lagi minuman setan yang ditogok. Tiada lagi kelab malam. Tiada lagi lelaki keliling pinggang. Eddylah lelaki paling bahagia apabila dapat tahu tentang kandungan itu. Semua yang diinginkan Kat akan dituruti. Kalau Kat mahu tujuh dulang air mata anak dara, dia yakin Eddy akan memastikan ia dipenuhi. Kat bagaikan permaisuri selama dia mengandungkan Issac. Dia lega dan bersyukur kerana Kat mula berubah tetapi tanggapannya meleset setelah Issac dilahirkan.
Walaupun kehidupan Kat tidak seliar dulu dia tetap bersuka ria dikelab malam dan meninggalkan Issac bersama Eddy. Siang dan malam Eddy membahagikan masa antara kerja dan Issac. Kasihan dia melihat Eddy yang kadang-kala tidak terurus dan terpaksa ke hulur ke hilir mengejarkan masa. Semua tanggungjawab Kat dilakukan Eddy yang tidak pernah sekali pun merungut. Sehinggalah pada satu hari itu mereka bertengkar besar.
Eddy dapat tahu dari kawannya yang Kat mempunyai lelaki lain dibelakangnya. Kat menafi dan meminta Eddy mengemukakan bukti. Sebab Eddy tidak mempunyai bukti dan dia tidak mahu kehilangan Kat, dia melepaskan saja perkara itu berlalu. Tetapi perkara itu benar. Kat memang mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Malah, saya sendiri nampak mereka bersama dengan mata saya sendiri.”
Dia benar-benar kecewa melihat Kat dengan lelaki itu berpelukan bagai pasangan kekasih. Apa yang sungguh mengguris hatinya ialah melihat Kat tanpa segan silu keluar masuk hotel dengan lelaki itu.
Lelaki itu papa saya ke aunty?” Perlahan suara Shayaan bertanya.
Dalam hati dia berdoa bahawa lelaki itu bukan orang yang dipanggilnya papa selama dua puluh empat tahun. Acap kali dia mendengar desas-desus dan cerita mengenai Khaleed yang mempunyai perempuan disana sini tetapi tidak dihiraunya, kerana menganggap mereka semua cemburu dengan kebahagian keluarga mereka. Tetapi itu semua satu alasan untuk menyedapkan hatinya.
Runtuh hati Shayaan melihat anggukan kepala Nila. Tangan naik meraup muka. Mata dipejam rapat tidak terkata. Nek Wan disebelah menepuk lembut riba cucunya itu. Sepertimana kesal hatinya Shayaan begitu juga hatinya. Tetapi apa yang tidak dibayangkan adalah sekeping hati Lutfiyah bila mengetahui mengenai itu. Pasti hancur berderai sekeping hati anak perempuannya itu.
Maafkan aunty tetapi aunty tak boleh bohong untuk menyedapkan hati kamu, sebab ini adalah kebenaran.”
Shayaan angguk faham lantas melepaskan nafas cuba menahan rasa kecewa dan marah yang mula menyelebungi hati. “Saya faham aunty. Sudah lama saya tahu tetapi saya sentiasa menafikannya. Apa jadi lepas itu?” Soal Shayaan ingin tahu cerita selanjutnya.
Saya bersemuka dengannya. Masa itu dia dalam perjalanan mahu ke kereta bersama Khaleed. Boleh bayang macam mana reaksinya apabila melihat saya didepan matanya. Tidak akan saya lupakan hari itu. Pertama kali saya bersemuka dengan Khaleed adalah pertama kali saya mengangkat tangan pada Kat.”
Tapak tangannya dipandang. Tangan yang menyentuh pipi mulus Kat. Fikirannya berulang kali main babak itu. Sepertinya dia dapat merasa hangat tangannya mendarat dipipi mulus Kat. Sungguh dia tidak tahu apa yang difikirkannya pada waktu itu. Marah dan kecewa semua bergaul menjadi satu. Kalau ada pisau ditangannya sudah ditikam berkali-kali Kat disitu. Tetapi Tuhan maha adil. Aviya menggenggam tapak tangann Nila tahu benar apa yang sedang bermain dihati ibunya itu.
Berminggu dia tidak menjawab panggilan Kat. Bila Kat bertandang ke rumahnya, dia tidak mahu turun bertemu. Hatinya sakit setiap kali memikirkan Eddy yang berhempas pulas membesarkan Issac seorang diri. Eddy yang mencintai Kat dan mempercayai adik angkatnya itu sepenuh hati. Luruh hatinya mengenang apa yang akan berlaku.
Hatinya mula menerima Kat kembali bila melihat betapa bersungguh-sungguh Kat mahu meminta kemaafannya. Setiap hari Kat akan menelefon dan menghantar pesanan ringkas menagih simpati dan belas kasihan. Sangsi. Itulah yang dirasainya setiap kali mendapat pesanan ringkas itu sehinggalah dia melihat Kat yang ayu bertudung didepan rumahnya. Berjuraian air mata dengan apa yang dilihatnya. Kata kekesalan dan kemaafan bergemar diruang tamunya. Manusia tidak akan lepas dari membuat kesilapan. Kalau kita tidak memaafkan mereka siapa lagi?
Bukan senang apabila kita mahu bertaubat. Tuhan memberinya dugaan baru. Eddy dapat tahu mengenai kecurangan Kat dengan Khaleed. Mengamuk besar Eddy ketika itu. Entah macam mana Eddy dapat tahu pun saya tak tahu.”
Satu hari itu, Kat datang ke rumahnya dibawa Issac bersama. Dikata Eddy telah menghalaunya dari rumah bila mendapat tahu mengenai kecurangannya. Sampul surat. Itulah yang dikatakan Kat. Eddy pulang dengan menggenggam sampul surat ditangan. Satu persatu gambar intim Kat dan Khaleed ditunjuk Eddy.
Marah. Siapa yang tak marah apabila ditipu bulat-bulat? Siapa yang tak akan mengamuk apabila orang yang dicintai berlaku curang? Siapa yang tak kesal apabila kepercayaan yang diberi musnah begitu saja?
Kasihan dia melihat Kat yang menangis meminta pertolongan. Dia benar tidak tahu bagaimana mahu menolong adik angkatnya itu. Berhari-hari Kat menangisi apa yang terjadi. Kat yang kesal dengan perbuatannya. Kat yang terlambat menyedari kesilapannya. Kat yang kehilangan kembali setelah rahsia terbongkar. Masa tidak bisa diputar kembali. Kita hanya bisa pasrah dan menerima semua dugaan seadanya. Menyesali tidak guna tetapi kita harus mempelajari dari masa silam.
Kamu dapat tahu siapa yang menghantar gambar itu?” Tiada anggukan dan gelengan kepala bagi pertanyaan Nek Wan itu.
Kami mengesyaki Khaleed, sebab Kat beritahu saya yang Khaleed asyik mencarinya walaupun sudah acap kali diberitahu supaya tidak mengganggunya lagi. Khaleed tidak suka apabila Kat menamatkan hubungan mereka. Satu hari itu Kat beritahu saya bahawa dia akan bersua muka dengan Khaleed buat terakhir kali. Saya mahu menemaninya tetapi tidak dibenarkan. Dia kata ini masalah yang dibuatnya, biar dia yang menyelesaikannya.”
Risau bukan kepalang dia pada hari itu. Entah mengapa dia tidak sedap hati dengan pemergian Kat. Rasa risaunya bertukar menjadi syukur bila melihat Kat pulang dengan senyuman dibibir. Pelukan Kat sudah dapat memberitahunya bahawa semua telah berakhir. Kehidupan kembali tenang kecuali Kat yang memikirkan apa yang akan Eddy lakukan selepas itu. Tiada apa-apa berita atau panggilan dari Eddy. Lelaki itu sepertinya membawa diri. Rumah yang didiami Kat dan Eddy pula gelap-gelita. Tiada tanda yang Eddy berada disitu. Bila ditanya Tuan Kamil Arsyad, dia juga tidak tahu ke mana anaknya itu pergi.
Hampir dua bulan, baru Eddy kembali mahu membawa pulang isteri dan anaknya. Gembira sekali saya melihat Eddy sekeluarga berkumpul kembali. Eddy katanya menerima Kat kembali sebab cintanya yang agung untuk Kat. Dia memaafkan kesalahan Kat dan menerima Kat seadanya. Cinta, tiada siapa yang tahu betapa rumitnya ia.” Bergetar suara Nila tetapi gelak kecil melepasi bibirnya memikirkan betapa banyak cabaran pasangan suami isteri itu harus lalui demi kecapi kebahagiaan.
Mereka hidup bahagia tetapi hanya sementara. Dalam perjalanan ke hospital untuk memeriksa kandungannya yang sudah lapan bulan itulah dia menimpa kemalangan. Ketika itu Eddy berada di Paris. Kata pihak polis dari maklumat orang yang menyaksikan kejadian itu melihat sebuah kereta melanggar Kat semasa dia mahu memintas jalan. Kereta itu tidak berhenti dan terus memecut pergi meninggalkan Kat terbaring ditepi jalan. Tiada siapa yang mencatit plat nombor kereta itu. Semua berlaku dalam sekelip mata. Bila saya dan suami saya tiba, ia sudah terlambat. Kat dan kandungannya tidak dapat diselamatkan.” Ahdia mengusap belakang Nila yang menangis teresak-esak sambil menceritakan masa yang perit itu.
Itulah kali terakhir saya melihatnya. Terlantar tidak bernyawa.” Issac menunduk kepalanya. Tidak dapat bayangkan apa yang dilihat Nila ketika itu. Sekali-sekala memejam matanya rapat cuba membayang semua yang berlaku.
Eddy tak dapat terima pemergian Kat. Apalagi dia tak dapat melihat Kat buat terakhir kali. Bila dia tiba kembali ke Naraya, jenazah sudah selamat dikebumikan.”
Seperti orang gila Eddy bila tidak dapat melihat isterinya buat terakhir kali. Dimaki hamun dan dimarahi semua orang dikelilingnya. Tiada siapa dapat mengawalnya. Setiap hari dia akan meluang masa dikuburnya Kat. Menangisi pemergian yang tercinta.
Eddy tidak puas hati dengan laporan yang dibuat pihak polis. Diarah penyiasat peribadi mencari pemandu kereta itu. Eddy bukan lagi lelaki yang semua kenali suatu ketika dahulu. Dia dendam dan marah dengan apa yang terjadi.”
Siang dan malam Eddy memerap dikamarnya menangisi pemergian mendadak Kat. Issac tidak dihiraukannya. Apa yang dia kisah adalah separuh jiwanya yang sudah hilang. Cinta yang dibawa pergi. Eddy tak dapat menerima apa yang terjadi. Disalahkan Tuhan kerana tidak bersikap adil sebab mengambil orang yang paling berharga kepadanya dalam sekelip mata. Eddy, seorang suami mithali berubah seratus peratus. Dia tenggelam dalam dunia yang dibuatnya sendiri. Kelab malam menjadi rumah keduanya. Dadah menjadi makanan kegemarannya. Minuman setan menjadi air hariannya dan perempuan menjadi permainannya.
Syarikat menjadi masa lalu dan Issac pula sepertinya tidak wujud dalam hidupnya. Tuan Kamil Arsyad mengambil tindakan drastis membawa anaknya berubat, pulih seketika tetapi bila jejak kaki kembali di dunia luar dia terjerumus kembali dalam neraka dunia. Hilang berbulan dan hanya kembali untuk beberapa hari sebelum lesap sekali lagi. Tetapi dia akhirnya kembali seorang bekas penagih. Dia kembali menagih kasih sayang dan kemaafan seorang anak yang diabainya. Tetapi Issac tidak memberinya. Sehinggalah berita kematian Eddy diterima mereka. Bertahun-tahun Eddy sesat jalan dan bertahun-tahun jugaIssac tidak mengenali lelaki bernama papa.
Kami semua tidak sangka Eddy akan pergi dalam keadaan sebegitu. Menamatkan nyawa dengan menghumban diri dalam sungai.” Tanpa sedar air mata lelaki Issac mengalir jua.
Dia baru pulang dari sekolah bila dia melihat wajah sugul neneknya memberitahu mengenai kematian papanya. Lelaki yang dia tidak pernah dapat kenal. Eddy yang muncul minta duit daripada Tuan Kamil Arsyad sebelum hilang kembali. Eddy yang akan melenting apabila tidak dapat apa yang diingininya. Eddy yang cengkung dan berserabut. Setiap kali Eddy memandangnya, pandangan itu bagaikan kosong. Tidak mempunyai jiwa atau hati. Tetapi pada hari-hari akhirnya, kata-kata Eddy tidak akan dapat dilupakannya.
Pada hari pengebumian Eddy….”
Biar Issac sambung.”
Pada hari pengebumian papa, saya bertemu dengan mama Fiyah dan Faryal. Faryal mungkin tak mengingati saya tetapi saya tak akan pernah melupa budak perempuan yang menghibur hati saya pada saat saya berduka. Pada hari itu juga wasiat papa dibacakan.”
Daimaru International miliknya sebaik saja dia menginjak lapan belas tahun. Sementara itu, Pablo, suaminya Nila akan mengendali syarikat itu. Dalam rakaman dan surat terakhir Eddy, satu rahsia telah dimaklumkan kepada mereka. Rahsia yang Eddy simpan selama bertahun-tahun sehingga hari kematiannya.
“Papa dapat tahu siapa dalang disebalik kemalangan yang menimpa mama. Bertahun-tahun papa pergi menyiasat sendiri sehinggalah dia mendapat jawapan yang dicari-cari.” Bermain kembali rakaman yang dilihatnya. Rakaman terakhir Eddy yang tersirat amanah terakhir untuk anak lelakinya.
“Siapa yang langgar arwah mama kau?”
“Orang suruhannya Khaleed.” Bergerak rahang Shayaan mendengar jawapan Issac.
Khaleed. Papa. Siapa sebenar lelaki yang bernama papa itu? Mendengar cerita mereka dia sepertinya tidak kenali lelaki bernama Khaleed. Lelaki yang dia kenali itu bagaikan dua orang yang berbeza. Seorang papa yang penyayang adalah sebenarnya seorang yang tidak berhati perut. Sanggup dia meragut nyawa orang yang tidak bersalah.
“Tapi kenapa papa aku bunuh mama kau?”
“Sebab dia sangka bayi dalam perut mama aku adalah anak dia.”
“Apa yang kamu cakapkan ni Issac? Siapa yang beritahu kamu?”
“Maafkan Issac mother sebab rahsiakan perkara ini. Pada hari mama Fiyah datang dengan tawarannya, beliau telah ceritakan semuanya kepada Issac, tetapi Issac harus merahsiakannya.”
Ketukan dipintu membuat semua beralih ke arah Geraldine yang membolos dirinya ke dalam. Sebuah cakera padat dihulur kepada Issac.
“Dalam ini ada semua jawapan yang Puan perlukan. Mama Fiyah merakamnya sebelum rancangan ini dilaksanakan. Puan dan Shayaan tengok dahulu rakaman ini. Kami akan tunggu diluar.” Cakera padat dan sebuah komputer riba dihulur kepada Shayaan yang menerimanya dengan kerutan didahi.
“Saya harap puan akan terimanya dengan minda yang terbuka kerana ada beberapa perkara yang mungkin tidak akan disukai puan.” Issac memberi amaran sebelum menapak keluar meninggalkan nenek dan cucu itu didalam ruang pejabat Alex.
Sebaik saja bunyi pintu ditutup rapat, Shayaan memasuki cakera padat itu ke dalam komputer riba lantas memainkan rakaman yang dimasksudkan Issac. Terpampang muka Lutfiyah diskrin komputer. Senyuman yang dilihat kini amat sekali dirindui mereka.



4 comments:

  1. si Khaleed ni mmg jahat.. zalim..
    x pasal2 orng2 sekeliling jd mangsa..

    ReplyDelete
  2. wah...terlepas pandang pulak bab yg ini...ingatkan dh baca..hehe tapi kn macam mane kalau ahdia adik issac...eh dulu ade bab faryal menangis kat hospital..tu pasal ape? anyway good job kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bab Faryal menangis dkt hospital lagi lame lagi MaI rase..haha:B

      Delete