Bab
50
Dua
Puluh Tiga Tahun Lalu
“Halim,
kamu tolong tengokkan Riq dan si kembar ni sekejap ya. Kak Fiyah nak
pergi tengok Adi dekat atas.” Pak Halim angguk akur dan menggamit
pasangan kembar yang baru berumur dua tahun. Tersenyum riang Lutfiyah
melihat Shariq anak sulungnya terlompat-lompat mengikut Pak Halim ke
belakang rumah. Baru sahaja kaki mahu meniti tangga kedengaran bunyi
kereta memasuki perkarangan rumahnya. Kaki bertukar untuk ke depan
rumah melihat siapa yang datang.
Sempat
jam diruang tamu diliriknya. Baru jam empat petang. Takkan Khaleed
sudah pulang? Dengan rasa ingin tahu dia berlangkah ke depan. Tidak
selaju selalunya, maklumlah sedang berbadan dua. Lagi dua bulan anak
perempuannya yang pertama akan dilahirkan. Sungguh tidal sabar
sekali. Sudah ada empat putera, akhirnya anak kelimanya adalah
perempuan. Alhamdulillah.
“Fiyah!
Fiyah!” Kedengaran suara Khaleed dari depan rumah. Terkial-kial
Lutfiyah menghampiri ke halaman rumah. Sebaik saja tiba dipermukaan
pintu utama, dilihat kelibat suaminya sedang mengambil sesuatu dari
bahagian belakang penumpang kereta. Leher dipanjangkan mahu melihat
apa yang Khaleed sedang ambil sambil menyarung selipar dikaki.
Buntang
matanya melihat apa yang dijinjing Khaleed. Mulut pula tercengang
tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. “Anak siapa tu abang?”
Soal Lutfiyah sebaik saja menghampiri Khaleed. Dilihat bayi yang
sedang enak tidur didalam bakul bayi itu. Badan dibongkok sedikit
mengusap lembut pipi tembam bayi itu.
“Abang
jumpa dekat sebelah kereta lepas abang jumpa dengan Encik Gopal tadi.
Kita masuk dulu Fiyah.” Lutifyah akur dan mereka beriringan
memasuki rumah. Bakul bayi diletak atas meja kopi diruang tamu utama
lantas Khaleed merebah tubuh disofa berdekatan. Lutfiyah pula
mengendong bayi itu ke dalam dukungannya. Hairan mengapa seseorang
sanggup meninggalkan bayi sendiri ditempat awam.
Ditepuk
sedikit punggung bayi itu apabila dia mula bergerak mungkin sebab
tidurnya diganggu. Dilirik Khaleed yang sedang memejamkan mata.
“Abang tak tahu ke siapa yang tinggalkan bayi ni?” Khaleed
membuka matanya. Badannya diiring sedikit lantas mengeluarkan kertas
kecil dari poket belakang seluarnya dan dihulur kepada Lutfiyah.
“Surat
itu saja yang abang jumpa. Abang ada juga tanya orang sekeliling
disitu kalau tahu atau nampak siapa yang meninggalkan bayi itu dekat
sebelah kereta. Tapi tak ada orang yang tahu. Abang pun tak tahu nak
buat apa. Kalau dibawa ke balai polis mesti dihantar ke rumah anak
yatim, jadi abang buat keputusan bawa balik dulu.” Panjang lebar
penjelasan Khaleed. Dilihat Lutfiyah meletak kembali bayi itu dalam
bakul sebelum membuka lipatan kertas putih itu. Berkerut dahi
isterinya membaca isi kandungan surat itu.
Tolong
jagakan anak saya seperti anak kamu sendiri. Kalau kamu tak mampu,
tolong hantarnya kepada rumah anak-anak yatim. Maafkan saya kerana
menyusahkan kamu. Jaga Ahdia buat saya. Ahdia Haiza namanya. Semoga
Tuhan membalas jasa baik kamu.
Terima
Kasih.
Ahdia
Haiza. Nama secantik bayi itu. Namun kasihan ditinggalkan bagai
sampah ditepi jalan. Dia faham apa rasanya ditinggalkan dirumah anak
yatim. Walaupun dia masih kecil ketika itu, tetapi dia faham
bagaimana rasanya tidak mempunyai atau mengenali orang tua kandung
sendiri. Bayi bernama Ahdia itu ditenungnya. Polos. Bayi yang tidak
bersalah menjadi mangsa kekejaman dunia.
Mata
Lutfiyah bertembung dengan Khaleed. “Kita ambil dia jadi anak kita
bang. Kasihan dia, baru dilahirkan didunia sudah ditinggalkan.
Lagipun kita mampu. Tak salah kalau kita menolong yang memerlukan.”
Direnung Khaleed meminta persetujuan. Hatinya rasa sebak memikirkan
bayi yang tidak bersalah itu. Jari-jemarinya bertaut dengan Khaleed
yang angguk setuju.
“Baiklah.
Nanti abang uruskan apa yang patut. Ini yang buat abang sayang dengan
Fiyah. Berhati mulia.” Tersentuh Lutfiyah mendengar kata pujian
suaminya itu. Jarang sekali dapat mendengar Khaleed memujinya
sebegitu. Sejak apa yang terjadi setahun yang lalu di Paris bersama
Danial, suaminya itu seakan-akan meletak jurang antara mereka.
Tersentak
dia apabila bayi dalam perutnya menendang bagaikan merasa apa yang
sedang dilaluinya. “Abang rasa ni, baby
kita tendang-tendang.” Belum sempat Lutfiyah meletak tapak tangan
Khaleed diperutnya yang memboyot, suaminya itu terlebih dahulu
menarik tangannya dan bangkit bangun dari sofa. Terkedu Lutfiyah
dengan tindakan Khaleed itu.
“Abang
naik atas dulu. Sementara ni, barang keperluan bayi yang dah Fiyah
beli, kita gunakan untuk Ahdia dulu. Nanti-nanti Fiyah beli yang
baru.” Bakul bayi diangkat Khaleed dan mula menuju ke tangga.
Terkilan
Lutfiyah dengan sikap Khaleed setiap kali dia mengonsi perkembangan
tentang kandungannya itu. Khaleed akan memberi pelbagai alasan supaya
tidak turut serta dalam apa saja yang berkaitan dengan kandungannya
itu. Sebab Danial, suaminya itu tidak mempercayai bahawa anak dalam
perutnya itu adalah darah dagingnya. Apa yang terjadi di Paris
bersama Danial adalah fitnah semata-semata. Hanya satu cara untuk
membuktikan kepada Khaleed bahawa anak perempuannya itu adalah
miliknya. Ujian DNA.
Perutnya
diusap lembut, sekali-sekala dapat merasa tendangan anak perempuannya
itu. Sayang jangan risau, mama janji satu hari nanti papa akan sayang
kamu sepertimana mama sayang dengan kamu. Terangkat kepala Lutfiyah
apabila suara garau Khaleed kedengaran. “Abang lupa. Nanti bila
Fiyah buat susu untuk Adi, tolong buat sekali untuk Ahdia.”
Senyuman nipis dengan anggukan kecil dibalas Lutfiyah sebelum melihat
suaminya meniti tangga untuk ke atas kembali.
**
Chak!
Kedua
tangan Khaleed menutup mukanya sekali lagi.
Chak!
Geli
hati dia melihat Ahdia terkekek ketawa sambil tangan kaki menumbuk
dan menendang angin.
Dicium
berkali-kali pipi tembam Ahdia membuat anaknya itu terjerit riang.
Lutfiyah yang sedang menyusu Faryal tersenyum melihat layanan Khaleed
terhadap Ahdia, anak yang dijumpa suaminya lapan bulan lalu. Kepala
ditunduk mengamati puterinya yang sedang merenungnya dari tadi. Jari
runcingnya naik mengelus lembut pipi Faryal Shameena, satu-satunya
puteri setelah melahirkan empat putera yang kedengaran sedang
bergurau senda di tingkat bawah.
Setelah
usai menyusu Faryal, diletak anaknya itu kembali ditempat tidur yang
tersedia. Dikerling Khaleed yang sedang asyik bermain dengan Ahdia
atas sofa dihujung bilik tidur mereka. Teringat kembali masa dia mahu
melahirkan Faryal, suaminya itu tidak ada mendampinginya seperti
kandungannya yang sebelum ini. Alasan Khaleed tidak hadir sebab ada
perkara penting dipejabat yang harus dia tangani. Tetapi Lutfiyah
tahu itu hanya rekaan semata-mata. Dia tahu suaminya itu masih tidak
percaya bahawa Faryal adalah darah dagingnya sendiri. Ditayang
senyuman manis kepada Faryal yang sedang tersenyum sendiri.
Lutfiyah
menuju ke meja soleknya. Dibuka laci teratas lantas mengeluarkan
sampul surat berwarna putih. Digenggam surat itu dan ditatap
permukaannya sebelum memandang Khaleed yang masih bergurau dengan
Ahdia.
“Abang.”
“Hmm…”
Khaleed mengerling sekilas Lutfiyah sebelum meromos Ahdia sekali
lagi.
Lutfiyah
menghampiri Khaleed disofa. Penuh debaran dia menghulur surat itu
kepada Khaleed yang meletak Ahdia disisinya. Bertaut kening Khaleed
melihat surat yang disua Lutfiyah. “Surat apa ni?” Surat itu
dibukanya. Sementara Lutfiyah masih setia tercegat dihujung sofa
tidak menjawab pertanyaannya.
“Keputusan
ujian DNA Ayal. Ayal anak sah abang. Anak kita.” Mendatar suara
Lutfiyah menjelaskan kepada Khaleed isi kandungan surat itu. Dari
ekor matanya dia dapat melihat Khaleed melipat kembali surat itu dan
diletaknya ditepi lantas bermain kembali dengan Ahdia. Kecewa
Lutfiyah dengan tindakan Khaleed. Dicapai surat itu sebelum melabuh
duduk disofa. Tangan mengusap dan kepala menunduk membaca sekilas
surat itu.
The
probability of Khaleed Bin Jamaluddin being the biological father of
Faryal Shameena Binti Khaleed is 99.9999%. Therefore it is
practically proven that Khaleed Bin Jamaluddin is the biological
father of Faryal Shameena Binti Khaleed.
“Abang
tak nak cakap apa-apa ke?” Sayup-sayup suara Lutfiyah ditelinga
Khaleed.
“Awak
nak saya cakap apa? Awak nak saya cakap yang saya suka bahawa Faryal
anak saya? Awak nak saya lonjat kegembiraan lepas apa yang awak buat
kepada saya?” Menekur Lutfiyah bila Khaleed bersuara seperti tiada
perasaan. Tambah lagi Khaleed tidak lepas dari bermain dengan Ahdia.
Cemburu
setiap kali melihat layanan Khaleed terhadap Ahdia. Sukar sekali
melihat Khaleed tersenyum hingga ke telinga kalau bersama Faryal. Dia
rasa kasih sayang Khaleed sungguh berat sebelah. Apa istimewanya
Ahdia yang Faryal tidak ada? Kesal mengambil Ahdia sebagai anak
angkatnya? Pernah sekali dia rasa sebegitu bila bertikam lidah dengan
ibunya. Hubungan dia dan orang tuanya juga tidak seakrab dulu setelah
memberitahu mengenai keputusan mereka mengambil Ahdia sebagai anak
angkat. Nek Wan tentang habis-habisan dengan apa yang dilakukan
mereka.
“Satu
hari kamu akan menyesal dengan keputusan kamu sendiri. Sebab
keputusan kamu inilah yang akan memakan bukan sahaja diri kamu tetapi
seluruh keluarga kamu.”
Itulah
kata-kata terakhir Nek Wan kepada Lutfiyah terakhir kali mereka
bertemu. Rindu dia kepada ibunya yang sekarang tinggal bersama
papanya yang sakit tenat dirumah agam yang didudukinya sebelum dia
berkahwin dengan Khaleed. Bagaimanakah ibunya sekarang terpaksa
menjaga papanya yang tidak seligat dan sempurna seperti dulu.
Walaupun dia telah mengupah pembantu peribadi untuk papanya, dia
faham ia tidak sama dengan layanan dari anak dan isteri sendiri.
Diperhati
Khaleed yang sedang meletak Ahdia dikatil bayi. Berperang perasaannya
dengan satu-satunya perkara ini. Dia mahu berjuang demi anak
perempuannya. Dia harus demi kebahagiaan dan kutuhan keluarganya.
“Abang keputusan DNA sudah membuktikan yang Ayal anak abang. Darah
daging abang. Apa lagi yang abang mahu Fiyah buat?” Berlaga mata
mereka bila Khaleed memusing ke arahnya. Air liur seperti tersekat
dikerongkong apabila melihat wajah Khaleed yang tegang itu. Dia tahu
suaminya tidak suka dengan apa yang baru dikatanya.
“Saya
mahu awak putar kembali masa dan betulkan balik apa yang terjadi
setahun yang lalu.” Rambutnya diselak ke belakang. Perkara ini
lagi. Nampaknya Khaleed masih tidak mempercayainya. Walaupun sudah
acap kali dia mengatakan bahawa dia difitnah seseorang. Apa yang
menimpa mereka lebih setahun masih kuat diingatan Khaleed.
“Kalau
boleh memang Fiyah nak putar kembali masa tapi ia tak mungkin abang.
Kenapa sukar untuk abang percaya cakap Fiyah bahawa apa yang berlaku
semuanya adalah satu fitnah? Kita sudah lama bersama abang. Bukan
setahun atau dua tahun tetapi enam tahun. Enam.” Berdiri tegak
Lutfiyah mempertahankan dirinya yang bercakap benar. Penglihatannya
semakin kabur dek air mata yang mula berkumpul. Hati pula
tercucuk-cucuk sakit apabila Khaleed, suaminya sendiri tidak
mempercayainya.
“Enam
tahun ke enam hari tak mustahil untuk orang berbuat jahat. Lagipun,
mana tahu ujian itu pun awak…”
“Abang!
Apa yang abang merepek ni? Fiyah tak akan lakukan perkara sekutuk
yang abang fikirkan itu. Kalau abang fikir ujian tu palsu, abang
pergi buat ujian itu sendiri. Fiyah yakin keputusan itu tetap sama.”
Gugur air mata dengan tuduhan suaminya itu. Iya. Memang dia mempunyai
kekayaan yang banyak tetapi dia tidak sehina sehingga sanggup memalsu
ujian yang amat penting dan berharga bukan hanya untuknya tetapi
untuk Faryal.
Semakin
terguris hatinya apabila lelaki yang dicintai sepenuh hati menuduhnya
sebegitu. Mengapa harus ini terjadi kepadanya? Mengapa harus ada
hasrat dengki dimuka bumi ini? Mengapa?
Khaleed
mendengus. “Sudahlah, saya penat dengan ini. Keluar lagi bagus.”
Terpinga-pinga Lutfiyah bila Khaleed laju menuju ke pintu. Pantas
lengan Khaleed dicapainya. Namun ditepis kuat oleh Khaleed membuat
dia terdorong ke belakang. Kaki cepat mengekori suaminya yang mahu
menuruni tangga. Kedengaran suara Faryal menangis menghentikan
langkahnya serta-merta diatas tangga.
“Abang.
Fiyah belum habis ni. Abang!” Berjuraian air mata mengalir dan
suara semakin serak memanggil Khaleed tetapi tidak sekali pun
suaminya berpaling melihatnya. Inikah permulaan kehancuran
keluarganya? Dia tidak sanggup. Benar-benar tidak sanggup.
kenapa kite rasa ahdia tu anak si khaleed ye?hmm btw good job kak ^^
ReplyDeleteHmm..ahdia anak khaleed? Mungkin kot:B
Delete