Bab
51
Tujuh
Belas Tahun Dahulu
Skrin
komputer ditatapnya. Nombor yang terpampang di skrin ditatapnya
tetapi tidak satu benda pun yang memasuki otaknya. Deheman ditelinga
memeranjatkannya pada yang sama mengembali dia ke alam nyata. Mata
dipejam celik berkali-kali baru sedar dengan khayalannya. Dipandang
wanita berumur didepannya. Punggung diangkat dari kerusi lantas
menyua tangan menyalami tangan wanita itu.
“Jauh
kamu mengelamun. Mama ketuk pintu pun kamu tak dengar.” Nek Wan
bertanya sebaik saja mengambil tempat duduk dikerusi kosong
bertentangan dengan Lutfiyah.
Risau
dia melihat muka anaknya yang kelihatan penat dan sugul. Dia tahu
banyak perkara yang harus difikirkan Lutfiyah. Dari masalah pejabat
ke masalah rumah tangga. Dia tahu lelaki bernama Khaleed itulah punca
semua masalah yang dihadapi anaknya itu. Mahu saja dia memberi
Khaleed pelajaran tetapi memikirkan cucu-cucunya yang masih kecil,
dia melupakan hasratnya itu.
Tas
tangan atas riba diselongkar lantas menghulur sepucuk surat kepada
Lutfiyah yang tergamam dengan apa yang berada didepan matanya. “Ini
amanah terakhir arwah papa kamu. Si Tan, peguam papa kamu datang beri
itu kepada mama. Dia kata papa kamu suruh memberi kepada kamu bila
setahun selepas dia meninggal. Entah mengapa setahun pun mama tak
tahu. Nasib baik mama dan Tan masih hidup kalau tak bernyawa memang
tak kesampaian surat ini kepada kamu.”
Surat
terakhir suaminya sebelum suaminya terkena serangan angin akhmar.
Hairan juga mengapa setelaj setahun baru diberi kepada Lutfiyah.
Pernah sekali suaminya mengatakan keinginannya itu. Bila ditanya
sebabnya dia pula dipanggil penyibuk.
“Okaylah,
mama pergi dulu ada banyak kerja yang mama harus lakukan. Maklumlah,
Ivic sekarang milik mama. Kalau senang jangan lupa bawa cucu-cucu
mama datang ke rumah. Asyik kena ingatkan saja.”
Lutfiyah
tahu kata-kata mamanya itu berbau sindiran sebab dia tidak mahu
mengendali syarikat papanya itu. Tentang anak-anaknya memang benar.
Agak sukar kebelakangan ini untuk membawa mereka berjumpa dengan
mamanya, maklumlah semakin bertimbun kerjanya sejak membuka cawangan
baru hotelnya.
Sebaik
saja menghantar Nek Wan ke pintu, Lutfiyah kembali ke meja kerjanya.
Dipandang surat yang dibawa mamanya sebentar tadi sebelum
mencapainya. Tulisan Tok Wan dipermukaan surat itu ditatap lama
sebelum dibukanya. Kaki melangkah menuju ke arah set sofa yang
terdapat ditengah ruang pejabatnya. Mata tekun membaca kandungan
surat itu.
Assalammualaikum
Fiyah,
Bila
kamu terima surat ini bermakna sudah setahun papa pergi meninggalkan
kamu dan mama kamu. Papa yakin kamu pasti tertanya-tanya mengapa
surat ini papa tulis kepada kamu. Sebabnya, ada beberapa perkara yang
papa tak berani untuk beritahu kamu kerana papa pasti yang kamu akan
kecewa dengan apa yang telah papa lakukan. Kalau kamu membencikan
papa selepas ini, papa faham.
Pertama
sekali, papa mahu meminta maaf kepada kamu kerana mendesak kamu
mengahiwini Khaleed. Papa tahu kamu mencintai Danial. Papa tahu dia
juga mencintai kamu. Apa yang kamu tahu, papa membuat keputusan itu
kerana janji papa kepada Jamaluddin, papanya Khaleed untuk menyatukan
dua keluarga kita. Tetapi sebab sebenarnya papa setuju adalah kerana
Jamaluddin telah menawar papa syer syarikatnya sebanyak lima puluh
peratus dan juga beberapa projek penghotelan yang mencecah sebanyak
lima puluh juta. Banyangkan beberapa banyak keuntungan yang Ivic
International akan peroleh? Itulah yang papa fikirkan ketika itu.
Wang, status dan kekayaan dunia. Papa tidak memikirkan kemahuan kamu,
kebahagiaan kamu. Semua yang papa fikir adalah kebahagiaan dan
kemahuan papa.
Mama
kamu memang tidak setuju dengan rancangan papa. Siang dan malam mama
kamu akan menyuarakan bantahannya kerana banyak cerita yang tidak
elok dia dengar tentang Khaleed. Papa tulikan telinga kerana hanya
memikirkan keuntungan. Tambah lagi papa sendiri melihat betapa rajin
dan hormat kepada orang tua Khaleed ketika itu. Sementara dimata
Papa, Danial hanya seorang pegawai di Syarikat yang terkenal. Tidak
setaraf dengan kita. Khaleed sebuah permata yang mempunyai
segala-galanya sementara Danial hanya seketul batu yang tiada
keistimewaannya.
Papa
benar-benar buta. Papa salah menilai. Batu permata yang papa
banggakan sebenarnya adalah batu yang membutakan papa. Permata yang
memakan tuannya sendiri. Baru papa sedar Khaleed bukan seperti yang
papa sangkakan. Dia bukan rajin seperti yang papa sangkakan, dia
seperti peribahasa lembu punya susu sapi yang mendapat nama. Dengan
kuasa yang dia ada, orang bawahannya dikerja habis-habisan. Semua
kerja yang harus dilakukannya sebenarnya dibuat oleh pekerjanya.
Sungguh papa benci orang sebegitu. Orang yang suka melepaskan tangan.
Tetapi
apa yang papa paling benci adalah dia yang bermuka dua. Papa tahu
Fiyah sudah dapat menerima dan sudah mempelajari mencintai lelaki
bernama Khaleed itu tetapi papa harap Fiyah percaya dengan apa yang
papa mahu katakan ini.
Kata-kata
mama kamu tentang Khaleed yang suka bersosial itu memang benar.
Banyak juga khabar yang papa dengar mengenai dia mempunyai perempuan
lain selain kamu isterinya yang halal dan papa mempunyai bukti untuk
membelakangi papa. Papa dapat tahu dia mempuyai seorang perempuan
simpanan bernama Kat. Kat Sufian Ali, itulah namanya.
Bila
Papa menanya Khaleed mengenai ini, dia tidak menafikannya malah dia
mengugut papa akan beritahu kamu dan mama mengenai perjanjian antara
papa dan Jamaluddin. Selain itu juga dia mengugut akan beritahu kamu
mengenai Aairah. Kaget Papa bila Khaleed menyebut mengenai Aairah.
Dia mengugut papa dengan satu nama itu. Sebuah nama yang sebenarnya
sebuah rahsia yang disimpan elok oleh papa selama ini. Satu
perjanjian telah dibuat papa dan Khaleed kerana tidak mahu rahsia
papa itu sampai kepengetahuan kamu dan mama kamu.
Khaleed
meminta sebahagian dari syer Ivic Internatioanl tapi Papa tidak
setuju. Hasil kerja titik peluh papa tidak akan sesekali diserahkan
kepada lelaki seperti Khaleed. Habis lesap dalam sekelip mata empayar
yang papa penat lelah dirikan.
Walaupun
sukar, Papa terpaksa memberinya kembali 25% syer yang diberi
Jamaluddin kepada papa. Kerana mahu menutup mulutnya papa harus
mengikut kata-katanya. Setiap bulan papa harus memasukkan jumlah
sebanyak lima ratus ribu ke dalam akaun peribadinya. Ini semua salah
papa. Kalau papa dengar kata-kata mama kamu pasti keluarga kita tidak
akan hancur seperti ini. Pasti cucu-cucu papa tidak berbapakkan ular
seperti Khaleed.
Aairah.
Papa yakin kamu mesti tertanya-tanya siapa perempuan itu. Kamu
tahukan bahawa papa telah mengadopsi kamu semasa kamu bayi lagi. Ada
satu rahsia yang papa simpan daripada kamu sehingga ke hari ini.
Sebenarnya, kamu mempunyai seorang kakak kembar. Aairah Zabidin
namanya. Dia diadopsi oleh sepasang suami isteri bernama Samad
Abdullah dan Zawiya Ali.
Papa
tak pasti dimana mereka sekeluarga berada sekarang. Tetapi terakhir
kali papa temui dengan mereka adalah dirumah mereka di Jalan Perigi.
Papa sudah mengupah penyiasat mencari mereka tetapi mereka tidak
dapat dijejaki. Ini semua salah papa. Kalau papa tak membuat
perjanjian bahawa mereka harus membawa Aairah pergi jauh dari Naraya,
pasti kamu dapat berjumpa dengannya. Bersatu kembali.
Seperti
papa katakan, banyak perkara yang akan mengecewakan kamu dan ini
salah satunya. Bila papa dapat tahu dari pengurus Rumah Sinar Harapan
bahawa kamu mempunyai seorang kakak, papa terus bertemu pasangan
suami isteri itu dan menawar mereka satu juta untuk Aairah. Tetapi
mereka tidak mahu.
Sebab
rasa ego papa tercalar dengan penolakan mereka, papa telah mengugut
mereka. Kalau mereka memberitahu Aairah tentang kamu, mereka akan
menerima akibatnya. Papa juga menyuruh mereka pergi jauh dari Naraya
supaya kamu berdua tidak akan sesekali bertemu. Bukan saja papa tidak
mahu kamu berdua bertemu, tetapi papa tidak mahu mereka ambil
kesempatan dengan apa yang kita ada. Tetapi mereka tidak mahu
mengikut arahan papa. Marah tidak terhingga papa ketika itu.
Tidak
pernah sesiapa mengingkar arahan papa. Sebab ego dan juga mahu
menjaga maruah keluarga, papa sanggup melakukan apa saja, termasuk
membuat bapa angkatnya dibuang kerja sebagai pengurus di sebuah
kilang. Tapi sat ang papa benar-benar kesal sehingga hari ini, adalah
kebakaran yang ditimpa mereka sekeluarga. Kerana papa, mereka
kehilangan seorang isteri dan juga seorang ibu.
Kamu
mesti sudah label papa sebagai seorang yang kejam. Papa tidak tahu
apa yang papa fikirkan ketika itu. Apa yang papa tahu adalah mereka
telah melanggar arahan yang papa beri bila Aairah datang ke Ivic
International. Kamu pasti tidak ingat, tetapi dialah budak perempuan
yang kamu lihat diair terjun. Bila kamu tanya papa adakah papa nampak
apa yang kamu lihat, papa berkata tidak, walhal, papa sudah
melihatnya.
Kamu
tidak henti bertanya dan cerita tentang apa yang kamu lihat diair
terjun itu dan kerana itulah, papa tidak dapat fikir dengan jelas.
Takut kehilangan kamu dan harta kekayaan, papa mengarah orang papa
membakar rumah mereka hanya untuk memberi mereka satu pengjaran.
Tetapi papa benar-benar tidak sangka kerana perbuatan papa itu, satu
nyawa telah terkorban. Kerana papa.
Papa
rasa bersalah sangat memisah kamu dua beradik. Papa rasa bersalah
menghancurkan kehidupan kakak kamu. Papa rasa bersalah sekali berbuat
sedemikian kepada Samad sekeluarga. Kesal tidak guna, sebab semua
sudah berlaku. Apa yang papa harapkan adalah kemaafan mereka. Maafkan
papa, Fiyah. Maafkan papa.
Papa
ada suruh Tan, peguam peribadi papa mencari mereka sehingga temu
tetapi sekarang masih tiada berita. Papa benar-benar harap kamu
adik-beradik akan bertemu kembali. Mungkin terlambat untuk papa minta
maaf kepada mereka tetapi papa benar-benar berharap Fiyah akan
sampaikan kata maaf dan ampun papa kepada mereka.
Papa
tak tahu apa akan berlaku selepas ini, itu sebab papa menulis surat
ini kepada kamu sebelum apa-apa terjadi kepada papa. Kamu tolong jaga
mama dan keluarga kamu dari lelaki seperti Khaleed. Dia mahu membolot
bukan sahaja harta keluarga kita tetapi juga semua harta yang Fiyah
telah peroleh dengan titik peluh Fiyah sendiri. Papa amanah semua
yang papa ada pada kamu. Terserah kamu mahu membuat apa dengannya.
Papa percaya kamu akan membuat keputusan yang tepat.
Pesanan
terakhir papa kepada kamu, hati-hati dengan Khaleed. Dia bukan
seperti yang kamu sangkakan. Papa tahu kamu mencintainya sebab dia
suami dan bapa kepada anak-anak kamu. Tetapi papa benar-benar
berharap kamu mencari tahu mengenai perempuan bernama Kat. Terakhir
papa dengar dia sedang mengandung entah benih Khaleed atau tidak.
Maafkan papa terpaksa cerita mengenai keburukkan suami kamu tetapi
ini lebih baik dari kamu berterus-terusan terperdaya olehnya. Kamu
harus kuat demi keluarga kamu.
Kamu
satu-satunya harapan papa kini. Cari kakak kamu bernama Aairah.
Semoga dengan satunya kamu dua beradik dan juga kemaafan dari mereka,
akan papa tenang disana. Walaupun kamu bukan darah daging papa, tapi
kamu satu-satunya permata hati papa. Tiada sesiapa dapat memisahkan
kamu dari papa dan mama melainkan kematian. Tan, peguam papa ada
segala maklumat yang kamu perlukan. Semoga ia dapat membantu kamu.
Maafkan
Papa sekali lagi Fiyah. Halalkan makan dan minum papa selama ini.
Maafkan dosa-dosa papa kepada kamu. Papa sayang dengan kamu, mama dan
cucu-cucu papa.
Ps:
Jumpa dengan Tan. Kamu akan tahu selanjutnya.
Salam
Sayang
Papa.
**
Anak-anak
yang sedang asyik bermain dihalaman belakang membuatnya mengukir
senyuman hingga ke telinga. Inilah kebahagiaannya. Inilah intan
permatanya. Satu persatu raut anak-anaknya diamati.
Fajer
Shariq yang sulung ligat bermain tembak menembak dengan Shareef
Faizan, salah satu dari pasangan kembar yang sentiasa membuat kecoh,
boleh kata hampir setiap hari. Ada saja yang dilakukan Faizan yang
boleh menguji kemarahannya. Tetapi setiap kali anaknya itu membuat
muka polos dan tidak bersalahnya, terus lenyap rasa mahu membaham
anak lelakinya itu.
Dialih
pandangan ke satu sudut halaman dimana tersedia tempat permainan yang
penuh dengan pasir. Tersenyum dia melihat anak keempatnya, Sharaf
Fadi membina istana pasir dibantu oleh Widayah, anak tunggalnya Mak
Limah yang sudah dianggapnya sebahagian dari keluarganya. Ke mana
saja Widayah pergi pasti ada Fadi disisi. Tergelak kecil dia
memikirkan masa depan mereka. Ingin sekali dia berbesan dengan Mak
Limah. Maklumlah, Mak Limah adalah satu-satunya kawan baiknya sejak
kecil.
Dipandang
pula di pangkin yang dibinanya beberapa tahun lepas. Faaris Shayaan
kembar pertamanya sedang asyik membaca buku yang dibelinya. Ke mana
saja dia pergi pasti ada buku ditangan. Tidak pernah lekang. Sebelum
tidur pasti dibaca buku cerita kepada anak keduanya itu.
Paling
melucukan sekali melihat anak bongsunya sedang bermain masak-masak
ditempat yang sama. Satu-satunya anak perempuannya, Faryal Shameena.
Senduk, kuali semua perkakas didapur dibawa keluar kononnya mahu
memasak seperti Mak Limah dan Lutfiyah. Anaknya yang satu ini gemar
sekali membontoti Mak Limah didapur. Ada saja yang ingin dibuatnya
sehingga pening Mak Limah dibuatnya. Kerana itu juga dia membeli set
dapur mainan untuk Faryal. Boleh sehari suntuk anaknya itu bermain
disana. Kadang-kala diheret juga Widayah atau abang-abangnya bermain
sama. Main masak-masak katanya.
“Mama!!!”
Tegak badan Lutfiyah mendengar jeritan Faryal memanggilnya. Risau dia
mendengar tangisan datangnya dari arah pangkin. Matanya mendarat ke
arah sebatang tubuh kecil yang sedang berdiri didepan Faryal. Ahdia
Haiza, anak angkatnya yang ditemui Khaleed hampir enam tahun lalu.
Pantas
kakinya berjalan menghampiri mereka. Dilihat anak-anak yang lain
sudah berhenti bermain dan sedang memandang ke arah Faryal. Semakin
galak tangisan Faryal yang baru berumur lima tahun ketika itu.
Shayaan yang sedang duduk berlutut sebelah Faryal, menepuk-nepuk
lembut tubuh adik perempuannya sambil merenung tajam Ahdia.
Sebelum
dia sempat menghalang dilihat tubuh Ahdia sudah tersembam atas tanah.
Bergema pula tangisan Ahdia dihalaman belakang Villa Nur. “Faaris
Shayaan, mama tak ajar kamu buat begitu pada adik kamu sendiri. Minta
maaf dekat Dia.”
“Dia
yang buat Ayal nangis. Dia pergi lempar Ayal punya senduk. Yan tolak
dialah.” Polos jawapan Shayaan.
Anak
lelakinya itu dari dulu memang tidak ngam dengan Ahdia. Ada saja yang
dibuatnya terhadap Ahdia. Bila suaminya marah, Shayaan tidak
mengendah langsung kerana kepada anaknya itu dia sedang membela yang
benar, iaitu Faryal.
“Sudah-sudah,
jangan nangis lagi okay. Dah tak comel dah anak-anak mama.” Ditarik
kedua-dua anak perempuannya ke sisinya. Ahdia disebelah kiri
sementara Faryal disebelah kanan. Didakap erat kedua-dua anak kecil
itu sekali-sekala mengucup ubun-ubun mereka. Walaupun Ahdia bukan
darah dagingnya, kasih sayangnya sudah tertumpah kepada anak yatim
itu. Sepertimana dia melayan Faryal dan Widayah, begitu jugalah dia
layan Ahdia. Tiada perbezaan. Semua sama rata.
Tangisan
Faryal semakin reda apabila Widayah menghulur senduk yang dicampak
Ahdia sebentar tadi. “Meena, kita buat kedai makan nak? Abang Adi
buatkan kedai, Meena masak, Wid jadi pelayan dan yang lain jadi
tukang makan. Jom.” Faryal angkat kepalanya memandang Lutfiyah
meminta kebenaran. Melihat anggukkan dan senyuman dari Lutfiyah
memberi kebenaran, Faryal mencium pipi mamanya sebelum terkedek-kedek
menurun pangkin menuju ke arah Fadi yang sedang menyedok pasir ke
dalam bekasnya.
Meena.
Widayah sajalah yang memanggil Faryal dengan nama itu. Seperti
pasangan kembar. Dimana adanya Widayah, disitulah ada Faryal. Sukar
dipisahkan. Sekali-sekala bertekak tetapi sesaat saja sudah berbaik
semula. Dikerling Ahdia yang masih berada disisinya. Berjuraian air
mata anak kecil itu.
“Dia
lain kali jangan buat macam begitu okay. Kalau nak main sama-sama
bilang Ayal. Jangan lempar-lempar harta benda orang lain. Tak baik.”
Entah dengar atau tidak Ahdia dengan pesanannya itu. Anak itu sekadar
memuncung sedepa setiap kali dia menegur.
Terdengar
ketawa riang Faryal, Widayah, Fadi, Shayaan dan Faizan diistana pasir
yang sedang dibuat mereka. Dicari mana kelibat Shariq anak sulungnya.
“Nah.” Tersenyum Lutfiyah melihat Shariq menghulur sejambang
bunga yang pasti dikutip dari tanamannya.
Ahdia
melerai pelukannya dan mengensot menghampiri Shariq. “Dia kena
cakap apa dekat abang Riq?”
“Terima
Kasih.”
“Jom.
Kita main dengan dia orang.” Huluran tangan Shariq disambut Ahdia
dengan senang hati. Hanya Shariq yang sentiasa mengajak Ahdia ke sana
ke sini. Kalau Faizan itu kadang kala, kena tengok angin dia juga.
Shayaan dan Fadi pula sukar untuk melihat mereka mengajak Ahdia turut
serta dengan apa yang mereka lakukan. Pening juga dia memikirkan
anak-anaknya itu.
“Fiyah,
kenapa tadi? Dari dalam abang boleh dengar suara Dia menangis.”
Terperanjat Lutfiyah dengan sergahan Khaleed yang entah dari mana
munculnya. Tangan naik mengurut dada lantas memandang Khaleed yang
sedang bercekak pinggang disebelahnya sambil memandang anak-anaknya
sedang bermain.
“Biasalah
bang, budak-budak. Kalau tak gaduh memang tak sah. Abang nak pergi
mana ni pakai macam ni?” Pertanyaan itu disuarakan apabila melihat
Khaleed segak bergaya didepannya. Sepertinya ada temujanji di luar.
“Saya
ada hal dekat luar. Mungkin saya balik lambat, tak payah tunggu saya.
Lagi satu, tengokkan anak-anak. Terutama sekali Dia, apa entah nanti
Faryal buat dekat dia bila saya tak ada.”
Belum
sempat Lutfiyah membalas kata-kata suaminya, Ahdia sudah datang
menerpa mendakap kaki Khaleed dengan senyuman riang. “Papa!”
Diamati senyuman Khaleed yang lebar hingga ke telinga setiap kali
bersama Ahdia.
Khaleed
membongkok sedikit supaya hampir sama ketinggian dengan Ahdia. “Papa
nak pergi mana? Dia nak ikut?” Pipi anak perempuannya itu diusap
lembut.
“Papa
ada kerja dekat luar, Dia tak boleh ikut. Kenapa ni hidung merah?
Menangis lagi?” Hidung Ahdia yang merah sebab tangisan sebentar
tadi dicuitnya. Pertanyaan Khaleed dijawab dengan anggukkan kecil.
Rambut Ahdia yang berjuntai didepan diselak ke belakang.
“Siapa
buat anak papa nangis? Bilang papa nanti papa ajar dia.”
“Ab…”
“Tuan,
kereta sudah siap. Kita kena bergerak sekarang sebelum terlambat.”
Lutfiyah melepaskan nafas lega apabila Pak Halim datang tepat pada
waktunya. Kalau lambat sesaat dia yakin Ahdia pasti akan memberitau
bahawa Shayaan yang menolaknya. Teruk nanti anaknya itu dimarahi
Khaleed.
Pak
Halim dibelakang Khaleed mengangguk kecil tanda sama-sama apabila
matanya berlaga dengan Lutfiyah. Dia sebenarnya melihat apa yang
berlaku tadi. Jadi supaya Shayaan tidak kena hukuman dari Khaleed dia
terpaksa berbuat sedemikian. Lagipun anak-anak Lutfiyah sudah
dianggap seperti anaknya sendiri.
Khaleed
mendarat satu kucupan di ubun-ubun Ahdia sebelum berpaling pergi
tanpa diikuti oleh Pak Halim. Sebaik saja kelibat suaminya hilang
dari pandangan, Lutfiyah menoleh ke Pak Halim yang sedang berdiri
berhampiran dengannya.
“Kamu
tak hantar Khaleed ke Halim?” Hairan mengapa pemandu suaminya itu
tidak mengikut langkah suaminya itu.
“Tak
kak. Tuan suruh saya panaskan kereta saja. Dia mahu pergi sendiri
katanya.” Balas Halim dengan penuh hormat.
Bila
tiada Khaleed baru mereka suami isteri berani memanggil Lutfiyah
tanpa gelaran Puan. Itu kemahuan mereka walaupun Lutfiyah tidak suka
bila mereka memanggilnya Puan kerana kepada Lutfiyah mereka semua
sudah seperti sebuah keluarga. Lagipun Lutfiyah sudah lama kenal
dengan Pak Halim dan Mak Limah sebelum dia berkahwin lagi.
“Kamu
tahu dia mahu ke mana?”
Pak
Halim geleng kepalanya tidak tahu.
“Hmm…Tak
apalah. Kamu pergi berehat biar akak tengokkan budak-budak.” Pak
Halim meminta diri dan pergi menuju ke arah dapur untuk mencari
isterinya. Mata Lutfiyah memerhati anak-anak yang masih khusyuk
bermain. Shariq dan Ahdia disatu sudut sementara yang lain berada
disudut yang lain.
“Tetapi
apa yang papa paling benci adalah dia yang bermuka dua.”
Memang
Fiyah pun benci orang yang bermuka dua. Tetapi Khaleed tidak kenal
Fiyah yang sebenarnya. Kalau lelaki yang bernama suami itu berani
mengapa-apakan Fiyah sekeluarga, dia akan menerima akibatnya. Fiyah
janji.
“Kata-kata
mama kamu tentang Khaleed yang suka bersosial itu memang benar…dia
mempunyai perempuan lain selain kamu isterinya yang halal.”
Telefon
bimbit disebelah dicapai. Jari-jemari pantas berjalan mencari nombor
yang dicarinya sebelum melekapnya ditelinga.
“Hello,
kamu tengah mengekorinya? Okay bagus. Pastikan kamu tak hilang jejak
dia. Saya mahu tahu semua. Ke mana dia pergi. Siapa dia jumpa.”
Pantas talian dimatikan bila bintik-bintik hujan mula membasahi bumi.
Dipanggil anak-anaknya untuk masuk ke dalam apabila hujan semakin
galak turun membasahi bumi.
gediknye si khaleed ni...sedih kite yg membaca ni...tapi dekat realiti mesti ade jugak org kaya mcm ni kn...hmm bile nk habis kak oi? hehe good job kak ^^
ReplyDeleteLagi 33 bab baru habis... :B
Deletehuuuh....kire dh habis akak tulis lh ni ye...hmm i'll keep waiting...fighting ^^
DeleteThank u dik:B ni dari manuskrip yg akak hantar tapi ditolak..In Shaa Allah Mai akan tulis balik KMAJ..
Delete