Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Sunday, 28 September 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 52

Bab 52

Fail yang disua kepadanya semasa dalam perjalanan menuju ke bahagian kewangan dibaca dengan teliti sebelum menurun tandatanganya atas kertas putih itu. “Jia, saya nak ke bahagian kewangan sekejap, nanti kalau kamu terima panggilan dari Encik Stevens, tolong kamu sambungkan ke bahagian kewangan.” Arah Lutfiyah kepada pembantu peribadinya dan dihulur fail kembali.
Baru beberapa langkah kedengaran Jia memanggil namanya. “Puan hari ini ada temujanji disekolah Ahdia dan Faryal jam dua petang.” Menepuk dahi Lutfiyah terlupa mengenai sesi perjumpaan guru dan ibu bapa disekolah anak-anak perempuannya itu. Nasib baik Jia mengingatinya.
Terima kasih ingatkan saya. Nanti kamu suruh Halim siapkan kereta.” Sebaik saja memberi arahan dia melangkah menuju ke bahagian kewangan. Sebelum menghampiri lif untuk naik ke tingkat sepuluh, kakinya melencong ke arah bertentangan dengan jabatannya.
Setiap kali dia melalu pekerjanya, senyuman manis dan anggukan diberi kepada mereka. Seperti mana mereka menghormatinya begitu jugalah dia menghormati mereka. Baru saja dia melepasi para pekerja bahagian pemasaran dia berhenti langkah apabila bertembung dengan Fizah, setiausaha suaminya.
Tuan ada Fizah?”
Ada Puan. Dekat dalam menjawab panggilan.” Setiausaha Khaleed pantas meminta diri untuk ke tandas sementara Lutfiyah berlangkah laju menuju ke pejabat suaminya. Baru sahaja dia menapak beberapa langkah untuk memasuki bilik kerja suaminya itu, langkahnya terhenti apabila mendengar suara garau Khaleed sepertinya sedang bercakap dengan seseorang ditelefon.
Telinganya mendekati pintu kayu itu mahu dengar dengan lebih jelas. “Apa maksud kau apa yang aku beri tak cukup? Kau ingat dua juta tu sikit? Susah tahu tak aku nak beri kau duit sebanyak itu.” Mendengar dengusan kasar Khaleed, Lutifyah membuat andaian bahawa suaminya itu tengah bermasalah.
Mengapa si pemanggil meminta dua juta daripada Khaleed? Siapa pemanggil itu?
Kalau kau berani pecah rahsia ini kepada mereka aku akan pastikan panggilan ini adalah yang terakhir buat kau.”
Rahsia? Apa yang dirahsia Khaleed sehingga sanggup mengugut si pemanggil sampai begitu sekali?
Tak guna kau nak tarik aku ke dalam masalah ini. Kau ingat mereka akan percaya cakap kau yang aku dalang disebalik kemalangan itu? Kau tak ada bukti untuk sabitkan aku sekali. Apa yang mereka tahu bila kau pergi kepada mereka dengan cerita kau ini adalah, kau yang melanggar lari Kat sehingga mati. Bukan aku. Sebab aku ada saksi yang akan membelakang keberadaan aku pada waktu itu.”
Terlopong mulut Lutfiyah mendengar kenyataan Khaleed. Suaminya menyuruh orang membunuh Kat? Kat Sufian Ali perempuan simpanannya seperti dikata papa? Bergetar tangannya tidak sangka suaminya sanggup melakukan perkara terkutuk itu. Membunuh? Tapi untuk apa?
Setahunya mereka berpisah beberapa bulan sebelum kematian Kat. Dari makulumat yang diperolehnya, Kat yang meminta perpisahan itu dan suaminya itu tidak suka dengan apa yang diminta Kat. Adakah kerana Kat yang memutus hubungan mereka penyebab Khaleed merancang kematian wanita itu? Tetapi kenapa sehingga membunuh? Dia harus ambil tahu. Harus.
**
Kepala diangguk menyuruh pengawal peribadi membuka pintu sebaik saja mendengar loceng berbunyi. Pengawal peribadinya melihat lobang kecil dipintu lantas membuka pintu untuk tetamu yang baru tiba. Lutfiyah yang tadi berdiri di balkoni mengambil tempat disofa ruang tamu apartment miliknya. Tangan didepakan menyila tetamunya duduk.
“Bagaimana Fiq? Kamu sudah dapat apa yang saya mahukan?” Lelaki bernama Syafiq angguk mengiakan. Dokumen hasil penyelidikkannya diberi kepada Lutfiyah.
“Kat Sufian Ali ditimpa kemalangan semasa dalam perjalanan ke hospital untuk memeriksa kandungannya yang sudah tujuh bulan. Suaminya, Eddy pula berada di Paris untuk hal syarikat. Sementara anak lelakinya pula dirumah, bawa jagaan pembantu rumah mereka.”
“Dari maklumat yang kami perolehi dari pihak polis, Kat meninggal dalam perjalan ke hospital. Tetapi bila ditanya pihak hospital, mereka menyatakan bahawa Kat meninggal di hospital semasa mereka ingin menyelamatkan nyawa dia dan bayinya.” Kerutan didahi Lutfiyah semakin ketara dengan penjelasan dari Syafiq. Kepala sekali-sekala angguk faham sementara fikirannya cuba mencerna dan memahami semua yang sedang dibaca dan didengarinya seklai gus.
Apa yang dibacanya kini membuatnya keningnya bertaut satu. “Bayi itu sempat dilahirkan? Tetapi mengapa dari maklumat sebelum ini bayi itu dikatakan turut terkorban? Maksud saya meninggal ketika masih berada dalam rahim lagi.” Sungguh dia tidak faham dengan dua laporan yang berbeza. Melainkan Khaleed ada kaitan dengan ini semua.
“Kami ada lelaki bernama Yus diluar. Dia kata dia tahu mengenai rancangan langgar lari Kat. Tapi dia akur untuk bekerja dengan kita kalau kita mengikut syaratnya.”
“Apa yang dia minta?”
“Penjaminan dia tidak akan dibawa ke polis dan juga perlindungannya.” Lutfiyah berfikir sejenak sebelum menyuruh Syafiq membawa lelaki bernama Yus itu berjumpa dengannya. Syafiq mengeluarkan telefon bimbit dan mengarah orangnya membawa Yus masuk.
Beberapa minit kemudian loceng berbunyi menanda lelaki bernama Yus sudah berada didepan pintu. Pengawal peribadi Lutfiyah membuka pintu itu sekali lagi. Mata Lutfiyah tidak lepas dari merenung lelaki yang berserabai dari langkah pertama memasuki pintu sehingga berdiri didepannya kini. Diamati lelaki itu dari hujung rambut ke hujung kaki. Seperti orang jalanan. Muka berjambang dan kelihatan tidak terurus. Baju pula sepertinya tidak berbasuh. Tambah lagi dua orang Syafiq mengapitnya kiri kanan. Tidak ubah seperti seorang penjenayah.
“Duduk.” Arah Lutfiyah tegas.
Yus duduk disebelah Syafiq sementara salah satu daripada lelaki yang mendampinginya duduk disisi. “Saya diberitahu bahawa kamu ada maklumat penting mengenai kemalangan yang menimpan Kat?” Soal Lutfiyah kepada lelaki yang sedang tersenyum sinis kepadanya.
“Saya tahu segala-galanya tetapi saya mahu syarat saya dituruti terlebih dahulu.” Ujar Yus tidak teragak-agak. Dia harus melakukan ini supaya dia tidak diguna-guna seperti apa yang dilakukan Khaleed.
Lutfiyah angguk akur. “Saya akan ikuti syarat yang kamu berikan. Saya akan pastikan keselamatan bukan hanay kamu, tetapi keluarga kamu juga. Saya tak akan melaporkan kamu ke polis. Saya juga akan memastikan kamu akan dibela peguam terhandal sekiranya kamu ditangkap pihak polis dan saya juga akan memberi kamu dua kali ganda dari apa yang Khaleed berikan kepada kamu. Setuju?” Kening diangkat menantik persetujuan Yus. Bila difikirkan memang wajar dia menyediakan lebih dari apa yang lelaki itu minta kerana dia tahu apa saja maklumat yang akan diperoleh dari lelaki ini akan menjadi bukti baginya.
Tercengang lelaki bernama Yus bila Lutfiyah menyebut nama Khaleed. “Macam mana Puan tahu…”
“Yang Khaleed suami saya dalang semua ini? Tuhan maha kuasa. Kalau dia mahu kita ketahui sesuatu dia akan memastikan ia berlaku.” Cantas Lutfiyah tenang.
Sejak peristiwa dia terdengar perbualan Khaleed bersama Yus dia yakin suaminya itu bukan seperti apa yang disangkanya selama ini. Dia mengarah orang-orangnya menyiasat tentang Khaleed dan juga mengintip setiap pergerakan lelaki itu.
Seperti dia sangka suaminya itu masih lagi berfoya-foya dibelakangnya. Mulut kata ada temujanji dengan kawan atau klien diluar tetapi kaki melencong ke kelab malam dan tangan pula memeluk perempuan yang lebih muda darinya. Meledak api kemarahannya melihat gambar dan rakaman dari hasil pengintipan mereka, tetapi ini bukan masanya untuk bersemuka dengan Khaleed tentang itu. Ada lagi beberapa perkara yang lebih penting yang harus dia lakukan.
“Macam mana?”
“Saya setuju, tapi bolehkah saya percaya dengan kata-kata puan?”
“Saya bukan seperti suami saya. Saya tak mengupah kamu membunuh orang. Saya membayar kamu untuk bekerjasama dengan saya. Saya untung, kamu pun akan untung juga. Nanti orang saya akan bawa kamu ke tempat yang lebih selamat. Saya juga akan menyuruh peguam saya berjumpa dengan kamu untuk menandatangan surat perjanjian dan melakukan apa yang patut. Kalau kamu tak setuju dengan apa-apa syarat yang saya beri, beritahu saja peguam saya dia akan uruskan semuanya. Boleh kita mulakan?” Yus terdiam seketika.
Diamati wanita penuh gaya didepannya. Sekali pandang dari raut muka wanita itu firasatnya berkata bahawa Lutfiyah bisa dipercayai. Tetapi bila memikirkan Lutfiyah adalah isterinya Khaleed, lelaki yang mengupahnya dan lelaki yang mengugut akan membunuhnya jika rahsia ini terbongkar dia mula berbelah bagi. Bolehkah dia percaya cakap Lutfiyah. Bila mengingati keluarganya dikampung, Yus angguk kecil setuju dengan perjanjian melalui mulut itu. Keselamatannya dan keluarga penting ketika itu, dan Lutfiyah saja satu-satunya tiket jalan keluarnya.
Khaleed mengupah saya melanggar perempuan itu. Saya hanya menunggu arahan untuk melakukannya. Dia yang merancang segalanya, dari tempat, waktu dan hari yang sesuai. Seperti yang puan sedia maklum, pada mulanya saya tidak tahu apa sebenarnya rancangannya, tetapi satu hari itu saya terdengar dia berbual dengan salah satu dari orang suruhannya.” Yus tunduk bila setiap detik kejadian itu bermain dikepalanya.
Dari dia melihat Kat yang sarat mengandung sedang mahu melintasi jalan. Kakinya yang menekan pedal minyak sehingga raut wajah terkejut Kat bila dia sedar kereta yang dipandu Yus mendekatinya. Impak kereta melanggar tubuh itu dan paling terakhir sekali, dari cermin sisi kereta dia dapat melihat tubuh Kat terbaring diatas jalan tidak bergerak dan berlumuran darah.
Lutfiyah memberi isyarat kepada pengawal peribadinya mengambilkan air untuk Yus. Dari riak wajah Yus yang penuh kekesalan, dia tahu lelaki itu sedang mengingati kejadian itu. Pahit untuk diingat tetapi nasi sudah menjadi bubur. Lelaki itu harus menanggungnya.
Yus meneguk air yang diberi pengawal peribadi Lutfiyah. Gelas digenggam erat. “Saya dengar dia mengarah seseorang bersiap sedia dihospital. Saya pun tidak tahu mengapa selepas kejadian langgar lari itu, saya pergi ke hospital yang Kat dikejarkan. Tentulah saya ke sana menaiki kereta lain. Bila saya tiba disana, saya dapat tahu bahawa Kat masih dalam ICU dan keadaannya kritikal.”
Hanya Tuhan tahu betapa bersalah dia ketika itu. Setiap raut wajah ahli keluarganya bermain difikirannya. Tidak dibayangkan kalau isterinya berada ditempat Kat ketika itu. Pasti dia akan mencari pelaku itu dan menghabisi orang itu dengan tangannya sendiri.
Hampir dua jam saya disitu dan itulah bila saya dapat tahu bahawa Kat dan bayinya tidak berjaya diselamatkan. Ketika saya mahu beransur pergi saya terdengar doktor yang merawat Kat memberitahu seseorang bahawa bayi Kat akan dihantar ke hospital Mawar Pelangi. Saya benar-benar tidak percaya dengan apa yang saya dengar. Bertubi-tubi pertanyaan bermain dikepala saya. Kalau bayi itu tidak berjaya diselamatkan mengapa harus ia dihantar ke hospital Mawar Pelangi? Masa itu saya benar-benar tidak boleh berfikir dan hanya membiarkan ia berlalu.”
Dia tidak boleh berfikir lagi ketika itu. Keselamatannya ketika itu lebih penting dari apa yang didengarinya. Sehinggalah dia bertemu dengan Khaleed buat terakhir kali.
Bila saya mahu mengambil upah saya dari Khaleed seminggu selepas kejadian itu baru pertanyaan itu dijawab. Itupun sebab saya tak sengaja mendengar Khaleed berbual ditelefon. Kalau tidak tak pernah terlintas pun difikiran saya tentang apa yang saya dengar di hospital.”
Sungguh dia tidak ada niat untuk mendengar perbualan Khaleed dengan siapa yang berada dihujung talian. Disebabkan terdengar Khaleed mengatakan “bayi Kat”, kakinya bagaikan terkunci didepan pintu.
Saya tak pasti nama lelaki itu sebab Khaleed asyik beraku kau dengan pemanggil itu.”
Jadi macam mana kamu yakin si pemanggil orang lelaki?” Soal Syafiq tegas.
Yus mengerling Syafiq disebelah sebelum berpaling menghadap Lutfiyah. “Dia tak akan pernah mengupah seorang perempuan melakukan pekerjaannya. Maaf kalau saya katakan ini. Dia mengupah perempuan hanya untuk keseronokannya.” Lutfiyah angguk faham. Satu lagi gurisan tercalit dihatinya.
Khaleed mengarah orang itu supaya memastikan tiada sesiapa yang tahu mengenai kewujudan bayi Kat. Bayi itu dibawa ke hospital Mawar Pelangi kerana Khaleed telah membayar beberapa pekerja disana untuk merawat bayi itu. Apa yang saya dengar adalah, doktor dan beberapa jururawat yang merawat Kat semua sudah disogok olehnya terlebih dahulu. Beberapa pegawai polis juga turut terlibat sama. Itu sebab laporan yang dikeluarkan tidak sama dengan apa yang disimpan dalam rekod yang asli.” Dokumen atas meja ditunjuk dengan mengangkat kepalanya. Dia tahu apa yang berada dalam fail itu semua laporan asli. Sebab apa yang diberi kepada keluarga Kat adalah yang palsu.
Kamu tahu mengapa dia mengambil anak itu daripada Kat?”
Yus menggeleng kepala tidak tahu. “Saya tak pasti puan. Mungkin bayi itu adalah miliknya. Itu andaian saya saja.” Tutur Yus menyuara apa yang pernah terlintas difikirannya.
Suasana sunyi kembali. Lutfiyah berkerut dahi memerah otaknya memikirkan kemungkinan apa yang dikatakan Yus. Apa kalau benar anak Kat sebenarnya adalah anaknya dengan Khaleed bukan dengan Eddy? Mungkinkah suaminya mengambil bayi itu dari mereka kerana mahu membalas dendam kepada Kat yang memutuskan hubungan mereka?
Surat yang ditulis papa! Terakhir kali papa dengar Kat sedang mengandung entah benih Khaleed atau tidak. Kalau benar bayi Kat masih hidup. Dimana dia sekarang? Melainkan…Pandangan yang tadi merenung pasu bunga didepannya pantas beralih ke Syafiq.
Saya mahu kamu cari tahu tentang Ahdia.”
Syafiq sedikit terkejut dengan arahan Lutfiyah.“Anak angkat Puan?” Lutfiyah angguk. Anak angkat yang kemungkinan adalah anak tirinya. Anak hasil hubungan sulit Khaleed dengan perempuan simpanannya bernama Kat.
**
Faryal dan Widayah yang sedang berlari berkeliaran diperhatikan Lutfiyah dari tadi. Mak Limah disebelahnya turut melakukan perkara yang sama. Kawan paling rapat yang dia kenali sejak kecil lagi. Mak Limah sebenarnya anak kepada pembantu Nek Wan. Walaupun Mak Limah muda lima tahun darinya, anak muda itu mengandung dalam masa yang sama dia mengandungkan Faryal. Bedanya, Widayah dilahirkan dua bulan lebih awal daripada Faryal. Sekarang, satu-satu anak perempuan mereka, tidak boleh dipisahkan, seperti mereka ketika kecil dulu. Bagaikan sepasang kembar.
Kembar. Perkataan itu antara beberapa perkara yang sentiasa bermain dibenak fikirannya selama ini.
Sebenarnya, kamu mempunyai seorang kakak kembar. Aairah Zabidin namanya.’
Aairah Zabidin. Kembarnya yang tidak diketahuinya selama ini. Andai mereka tidak terpisah, mungkinkah hubungan mereka sepertimana dia dan Mak Limah? Atau seperti Faryal dan Widayah? Sekarang bila difikirkan kembali, kadang-kala rasa sakit yang dia rasa atau perubahan emosi yang dilaluinya adakah mungkin ada kaitan dengan Aairah. Dia ada juga membaca bila mengandungkan Shayaan dan Faizan bahawa pasangan kembar ini dapat memikir atau merasakan apa yang lagi satunya rasa. Telepathy. Itulah yang dipanggilnya.
Cari kakak kamu bernama Aairah.’
Ke mana lagi yang harus dia cari? Sudah hampir tiga tahun sejak surat itu diterimanya. Sehingga sekarang masih tiada jalan penamatnya. Disuruh orangnya semua menjejak kembarnya itu tetapi setiap kali ditanya, jawapan mereka tetap sama. Tidak dapat dikesan. Sepertinya Aairah sekeluarga luput dari muka bumi. Tapi dia tidak akan berputus asa sehingga Aairah ditemukan.
Suara pertengkaran mengembalinya ke dunia realiti. Dipanjangkan leher melihat tiga tubuh kecil sedang berkumpul bersama. Kepalanya digeleng melihat apa yang sedang ditengkarkan Faryal, Widayah dan Ahdia. Kalau tiga budak ini berjumpa, memang gaduhlah alamatnya dan akhirnya salah satu daripada mereka akan menangis.
Sejak hari bertemu dengan Yus, dia masih tiada berita tentang Ahdia. Tapi dia yakin bahawa dalam masa yang terdekat ini dia akan tahu juga. Buat masa sekarang dia masih menyuruh orangnya mengintip setiap pergerakan Khaleed. Memang suaminya itu tidak akan pernah berubah. Mahu saja dia membongkarkan permainan Khaleed tetapi memikirkan anak-anaknya dia terpaksa menahan rasa, terpaksa memutihkan mata dan menulikan telinga.
“Kamu pergi bawa budak tu kenapa? Buat sakit mata aku saja.” Lutfiyah dan Mak Limah memusing ke belakang bila mendegar rungutan dari suara yang amat dikenali mereka. Nek Wan muncul dengan muka tidak puas hatinya. Tersenyum Lutfiyah dan Mak Limah sudah lali dengan rungutan Nek Wan setiap kali mereka ke sini.
Mak Limah bangun untuk meminta diri tetapi pantas dicegah Nek Wan. “Duduk. Kamu bukan pekerja mama Wan dekat sini. Kamu sebahagian daripada keluar mama Wan. Ingat tu.” Pesan Nek Wan. Sudah acap kali dia berkata begitu kepada Mak Limah sekeluarga tetapi sepertinya tidak dicerna mereka.
Mak Limah gelak kecil. Jika Widayah membiasakan diri memanggil Lutfiyah dengan mama Fiyah, dia pula membahasakan Nek Wan sebagai mama Wan. Inilah mengapa dia senang dan betah dengan Nek Wan sekeluarga. Mereka tidak pandang darjat. Pada mereka semua sama. Sebahagian daripada keluarga mereka.
Tiga-tiga diam seketika mata masih memerhati anak dara kecil mereka bertengkar tentang sesuatu. “Kamu tengok tu. Budak tu memang selalu cari pasal. Itulah kamu Fiyah, manjakan sangat anak angkat kamu. Sampai mama tengok sudah naik lemak budak tu.” Lutfiyah hanya diam tidak mahu membantah. Kalau dijawab balik, berdas mamanya akan beri balik.
“Laki kau pun satu. Berat sebelah. Anak angkat dilayan seperti permaisuri sementara anak sendiri macam pekerja yang sentiasa kena buli. Kalau mama tahu kamu mahu ambil dia jadi anak angkat memang mama tak akan setuju. Entah dari mana asal usulnya. Entah-entah, laki kamu punya anak tak. Maklumlah, laki kamu tu disebalik muka baik dia tu ada ekor panjang dan tanduk tersembunyi dicelah-celah rambut dia.” Gelak kecil Lutfiyah bila Nek Wan menyindir Khaleed sebegitu.
Dari dulu memang mereka tak sebulu. Kalau dia mahu datang ke sini pasti Khaleed akan memberi seribu alasan untuk tidak ikut sama. Itupun kalau alasannya munasabah. Kalau tidak memang diseretnya ke mari. Disitulah mula peperangan dunia ketiga. Satu diutara dan lagi satu diselatan. Dia anak-beranak hanya menjadi pemerhati dan pendengar yang setia.
Bila melihat Ahdia menolak Widayah, Lutfiyah sudah mengangkat punggungnya dari kerusi, tahu benar apa yang akan berlaku bila melihat riak wajah Faryal beralih dari Widayah ke Ahdia dan lubang lumpur yang berdekatan dengan mereka. Membulat mata Faryal bila dapat rasakan apa yang mahu dilakukan Faryal. “Ayal no!” Pantas kakinya menerpa ke arah mereka tetapi dia terlambat.
Faryal sudah menolak kuat Ahdia ke arah lubang itu. Habis terpercik lumpur bila tubuh Ahdia mendarat didalam lubang itu. “Faryal Shameena!” Anaknya itu melihatnya dengan mata yang dibulatkan. Polos tetapi serius. Bergema tangisan Ahdia. Mak Limah yang sudah mendapatkan Widayah beralih kepada Ahdia pula. Ditarik anak kecil itu dari lubang berisi lumpur itu.
Mama tak ajar kamu buat begitu. Minta maaf dekat Dia.” Arah Lutfiyah dengan tegas. Namun anaknya itu sepertinya tidak mahu buat apa yang disuruhnya.
Faryal memeluk tubuh tunjuk tanda protesnya. “No! Dia tolak Wid dulu. Jadi Ayal tolak balik. It’s fair mama.” Bentak anak perempuannya itu dengan muka yang berkerut tidak puas hati bila dia yang harus meminta maaf.
Kedengaran tawa sakan dari belakang. Siapa lagi kalau bukan mamanya. Dipaling ke belakang melihat Nek Wan tertawa sinis. “Itulah. Jahat sangatkan dah kena. Ayal, good job!” Dinaikkan ibu jari kepada Faryal. Tersenyum Faryal bila dipuji Nek Wan.
Mama, jangan galak yang tak baik boleh tak.”
Apa yang tak baiknya? Itu namanya seni pertahankan diri. Mestilah kena puji. Beri galakkan.” Balas Nek Wan tidak rasa bersalah. Lutfiyah mengeluh. Tangan naik mengurut kepalanya. Pening memikirkan perangai mamanya yang satu itu.
Tangisan Ahdia yang tidak ada surutnya dipandang Lutfiyah. Kasihan dia melihat anak itu. Tidak bersalah dalam hal ini tetapi inilah takdir yang telah tertulis untuknya. “ Kak, biar Limah bawa dia orang masuk.” Lutfiyah angguk akur. Nasib baik ada Mak Limah, kalau tidak dia tidak tahu apa harus dibuatnya.
Sebaik saja kelibat Mak Limah dan tiga anak dara itu berlalu pergi, Lutfiyah mengorak langkah menuju Nek Wan yang sedang santai menghirup teh yang sudah tersedia diatas meja. Kaki berhenti didepan Nek Wan. Tangan naik bercekak pinggang. Mata pula mengamati mamanya yang sedang menyuap kuih bakar ke dalam mulut.
Apa? Betul apa yang mama cakap. Lagipun mama lebih lama makan garam daripada kamu. Manjakan lagi budak tu. Satu hari kamu akan menyesal sendiri.” Ujar Nek Wan tenang.
Lutfiyah mendengus sebelum menhenyak tubuh dikerusi yang didudukinya tadi. “Budak tu ada nama mama. Ahdia nama dia. Lagi satu, mereka masih budak-budak lagi, jadi Fiyah minta tolong dengan mama jangan ajar mereka yang tak patut.”
Ada mama kisah? Ayal cucu aku. Wid anak Limah, jadi secara automatis dia juga cucu mama. Tapi budak tu dijumpa Khaleed, jadi secara automatis dia bukan cucu aku.”
Juling mata Lutfiyah dengan kata balas mamanya. Degil. Itulah satu perkataan yang menggambarkan mamanya itu. Suka hati melakukan apa saja. Kalau hitam yang dikatanya malah hitamlah yang terpaksa dia kata juga.
Hmm…Kamu dah jumpa Tan? Macam mana tentang Lumiere?” Soal Nek Wan tiba-tiba. Saja mahu menukar topik.
Tubuh disandar ke belakang kerusi. Keluhan kecil melepasi bibir. Rasa penat dia dengan semua yang sedang berlaku. “Entahlah mama. Fiyah betul-betul tak tahu nak buat apa. Tak boleh fikir lagi. Buat masa ni, Fiyah biarkan pengurus yang papa lantik mengendalikannya dahulu. Lagipun umur Ayal baru lapan tahun ma. Masih lama lagi.”
Lama apanya? Pejam celik pejam celik sudah 21 tahun. Macam beginilah, papa kamu sudah menamakan kamu pemegang sementara sehingga Ayal layak mengendalikannya. Jadi kamu carilah orang yang boleh megambil alih. Mama dengar pengurus Lumiere sekarang tak lama lagi akan bersara. Jadi kamu fikirlah betul-betul.” Pesan Nek Wan kepada Lutfiyah yang kelihatan buntu.
Dia sendiri tidak tahu mengenai syarikat Lumiere International sehingga Lutfiyah memberitahunya. Inilah dia tidak suka dengan suaminya. Suka sangat berahsia. Selepas suaminya meninggal satu persatu perkara dia dapat tahu. Dari Ivic International, ke perjanjian antara suaminya itu bersama bapaknya Khaleed. Sekarang baru dia tahu. Sungguh sebal hatinya. Tetapi terpaksa ditelan juga kerana suaminya itu tidak suka orang mengambil tahu tentang apa yang dilakukannya termasuk dirinya sendiri.
Nantilah Fiyah fikir macam mana.”
Difikirkan kembali wasiat terbaru papanya dimana Lumiere International telah diamanahkan kepada Lutfiyah sebelum Faryal menjejak 21 tahun. Bukan kepalang terperangjatnya bila diberitahu Tan mengenai ini. Entah apa yang difikirkan papanya sehingga meninggalkan syarikat itu kepada Faryal.
Papa kamu beritahu saya bahawa kamu akan memahami mengapa dia melakukan perkara ini.”
Argh!! Teka-teki lagi. Ini yang paling dibencinya sekarang. Sentiasa harus mencari jawapan. Papanya itu pun satu suka sangat berahsia. Bila ditanya Tan mengapa dia tidak pernah tahu tentang kewujudan syarikat itu. Penjelasan Tan benar-benar membuat dia terlopong tidak sangka papanya melakukan perkara itu. Licik.
Lumiere International sebenarnya adalah milik Khaleed. Syarikat kepunyaan keluarga Khaleed sebelum dia menjual 50% syer syarikat itu kepada seorang pembeli dari Perancis. Apa yang Khaleed tidak tahu pembeli itu adalah papa kamu. Dia membelinya dengan mengguna nama kawannya Franco Hill. Papa kamu membeli syarikat suami kamu yang sudah nazak itu dan menukar nama dan semua yang ada kaitan dengan Khaleed.”
Sungguh sejak hari itu dia tidak boleh habis memikir tentang motif papanya membeli dan mengamanahkan syarikat itu kepada Faryal. Bila difikirkan kembali, papanya menukar wasiatnya sehari selepas dia melahirkan Faryal. Pada masa itu juga, hubungannya dan Khaleed tidak seperti dulu sejak peristiwa dia difitnah berlaku curang bersama Danial.
Dia mahu membolot bukan sahaja harta keluarga kita tetapi juga semua harta yang Fiyah telah peroleh dengan titik peluh Fiyah sendiri.’
Apa yang tertulis didalam surat Tok Wan itu mungkin adalah jawapannya. Adakah kerana papanya dapat merasa bahawa Khaleed mahu memiliki semua harta mereka, itu sebab papanya melakukan sedemikian? Dia yakin papanya sedar bagaimana layanan dan reaksi Khaleed bila mengetahui dia mengandungkan Faryal. Mungkinkah papanya mahu membalas semua yang Khaleed lakukan kepadanya melalui Faryal?
Astaghfirullah Papa. What have you done?!
Tersentak Nek Wan bila Lutfiyah tiba-tiba bangun dan pergi dengan mendadak. Hish! Budak ni. Sebiji macam papa dia. Buat terperanjatkan aku saja.
Tangan naik mengurut dadanya. “Fiyah! Kamu nak pergi mana tu?” Laung Nek Wan bila melihat kelibat Lutfiyah bergegas menuju ke bilik kerja milik suaminya.



2 comments: