Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 24 September 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 51

Bab 51

Tujuh Belas Tahun Dahulu
Skrin komputer ditatapnya. Nombor yang terpampang di skrin ditatapnya tetapi tidak satu benda pun yang memasuki otaknya. Deheman ditelinga memeranjatkannya pada yang sama mengembali dia ke alam nyata. Mata dipejam celik berkali-kali baru sedar dengan khayalannya. Dipandang wanita berumur didepannya. Punggung diangkat dari kerusi lantas menyua tangan menyalami tangan wanita itu.
“Jauh kamu mengelamun. Mama ketuk pintu pun kamu tak dengar.” Nek Wan bertanya sebaik saja mengambil tempat duduk dikerusi kosong bertentangan dengan Lutfiyah.
Risau dia melihat muka anaknya yang kelihatan penat dan sugul. Dia tahu banyak perkara yang harus difikirkan Lutfiyah. Dari masalah pejabat ke masalah rumah tangga. Dia tahu lelaki bernama Khaleed itulah punca semua masalah yang dihadapi anaknya itu. Mahu saja dia memberi Khaleed pelajaran tetapi memikirkan cucu-cucunya yang masih kecil, dia melupakan hasratnya itu.
Tas tangan atas riba diselongkar lantas menghulur sepucuk surat kepada Lutfiyah yang tergamam dengan apa yang berada didepan matanya. “Ini amanah terakhir arwah papa kamu. Si Tan, peguam papa kamu datang beri itu kepada mama. Dia kata papa kamu suruh memberi kepada kamu bila setahun selepas dia meninggal. Entah mengapa setahun pun mama tak tahu. Nasib baik mama dan Tan masih hidup kalau tak bernyawa memang tak kesampaian surat ini kepada kamu.”
Surat terakhir suaminya sebelum suaminya terkena serangan angin akhmar. Hairan juga mengapa setelaj setahun baru diberi kepada Lutfiyah. Pernah sekali suaminya mengatakan keinginannya itu. Bila ditanya sebabnya dia pula dipanggil penyibuk.
Okaylah, mama pergi dulu ada banyak kerja yang mama harus lakukan. Maklumlah, Ivic sekarang milik mama. Kalau senang jangan lupa bawa cucu-cucu mama datang ke rumah. Asyik kena ingatkan saja.”
Lutfiyah tahu kata-kata mamanya itu berbau sindiran sebab dia tidak mahu mengendali syarikat papanya itu. Tentang anak-anaknya memang benar. Agak sukar kebelakangan ini untuk membawa mereka berjumpa dengan mamanya, maklumlah semakin bertimbun kerjanya sejak membuka cawangan baru hotelnya.
Sebaik saja menghantar Nek Wan ke pintu, Lutfiyah kembali ke meja kerjanya. Dipandang surat yang dibawa mamanya sebentar tadi sebelum mencapainya. Tulisan Tok Wan dipermukaan surat itu ditatap lama sebelum dibukanya. Kaki melangkah menuju ke arah set sofa yang terdapat ditengah ruang pejabatnya. Mata tekun membaca kandungan surat itu.
Assalammualaikum Fiyah,
Bila kamu terima surat ini bermakna sudah setahun papa pergi meninggalkan kamu dan mama kamu. Papa yakin kamu pasti tertanya-tanya mengapa surat ini papa tulis kepada kamu. Sebabnya, ada beberapa perkara yang papa tak berani untuk beritahu kamu kerana papa pasti yang kamu akan kecewa dengan apa yang telah papa lakukan. Kalau kamu membencikan papa selepas ini, papa faham.
Pertama sekali, papa mahu meminta maaf kepada kamu kerana mendesak kamu mengahiwini Khaleed. Papa tahu kamu mencintai Danial. Papa tahu dia juga mencintai kamu. Apa yang kamu tahu, papa membuat keputusan itu kerana janji papa kepada Jamaluddin, papanya Khaleed untuk menyatukan dua keluarga kita. Tetapi sebab sebenarnya papa setuju adalah kerana Jamaluddin telah menawar papa syer syarikatnya sebanyak lima puluh peratus dan juga beberapa projek penghotelan yang mencecah sebanyak lima puluh juta. Banyangkan beberapa banyak keuntungan yang Ivic International akan peroleh? Itulah yang papa fikirkan ketika itu. Wang, status dan kekayaan dunia. Papa tidak memikirkan kemahuan kamu, kebahagiaan kamu. Semua yang papa fikir adalah kebahagiaan dan kemahuan papa.
Mama kamu memang tidak setuju dengan rancangan papa. Siang dan malam mama kamu akan menyuarakan bantahannya kerana banyak cerita yang tidak elok dia dengar tentang Khaleed. Papa tulikan telinga kerana hanya memikirkan keuntungan. Tambah lagi papa sendiri melihat betapa rajin dan hormat kepada orang tua Khaleed ketika itu. Sementara dimata Papa, Danial hanya seorang pegawai di Syarikat yang terkenal. Tidak setaraf dengan kita. Khaleed sebuah permata yang mempunyai segala-galanya sementara Danial hanya seketul batu yang tiada keistimewaannya.
Papa benar-benar buta. Papa salah menilai. Batu permata yang papa banggakan sebenarnya adalah batu yang membutakan papa. Permata yang memakan tuannya sendiri. Baru papa sedar Khaleed bukan seperti yang papa sangkakan. Dia bukan rajin seperti yang papa sangkakan, dia seperti peribahasa lembu punya susu sapi yang mendapat nama. Dengan kuasa yang dia ada, orang bawahannya dikerja habis-habisan. Semua kerja yang harus dilakukannya sebenarnya dibuat oleh pekerjanya. Sungguh papa benci orang sebegitu. Orang yang suka melepaskan tangan.
Tetapi apa yang papa paling benci adalah dia yang bermuka dua. Papa tahu Fiyah sudah dapat menerima dan sudah mempelajari mencintai lelaki bernama Khaleed itu tetapi papa harap Fiyah percaya dengan apa yang papa mahu katakan ini.
Kata-kata mama kamu tentang Khaleed yang suka bersosial itu memang benar. Banyak juga khabar yang papa dengar mengenai dia mempunyai perempuan lain selain kamu isterinya yang halal dan papa mempunyai bukti untuk membelakangi papa. Papa dapat tahu dia mempuyai seorang perempuan simpanan bernama Kat. Kat Sufian Ali, itulah namanya.
Bila Papa menanya Khaleed mengenai ini, dia tidak menafikannya malah dia mengugut papa akan beritahu kamu dan mama mengenai perjanjian antara papa dan Jamaluddin. Selain itu juga dia mengugut akan beritahu kamu mengenai Aairah. Kaget Papa bila Khaleed menyebut mengenai Aairah. Dia mengugut papa dengan satu nama itu. Sebuah nama yang sebenarnya sebuah rahsia yang disimpan elok oleh papa selama ini. Satu perjanjian telah dibuat papa dan Khaleed kerana tidak mahu rahsia papa itu sampai kepengetahuan kamu dan mama kamu.
Khaleed meminta sebahagian dari syer Ivic Internatioanl tapi Papa tidak setuju. Hasil kerja titik peluh papa tidak akan sesekali diserahkan kepada lelaki seperti Khaleed. Habis lesap dalam sekelip mata empayar yang papa penat lelah dirikan.
Walaupun sukar, Papa terpaksa memberinya kembali 25% syer yang diberi Jamaluddin kepada papa. Kerana mahu menutup mulutnya papa harus mengikut kata-katanya. Setiap bulan papa harus memasukkan jumlah sebanyak lima ratus ribu ke dalam akaun peribadinya. Ini semua salah papa. Kalau papa dengar kata-kata mama kamu pasti keluarga kita tidak akan hancur seperti ini. Pasti cucu-cucu papa tidak berbapakkan ular seperti Khaleed.
Aairah. Papa yakin kamu mesti tertanya-tanya siapa perempuan itu. Kamu tahukan bahawa papa telah mengadopsi kamu semasa kamu bayi lagi. Ada satu rahsia yang papa simpan daripada kamu sehingga ke hari ini. Sebenarnya, kamu mempunyai seorang kakak kembar. Aairah Zabidin namanya. Dia diadopsi oleh sepasang suami isteri bernama Samad Abdullah dan Zawiya Ali.
Papa tak pasti dimana mereka sekeluarga berada sekarang. Tetapi terakhir kali papa temui dengan mereka adalah dirumah mereka di Jalan Perigi. Papa sudah mengupah penyiasat mencari mereka tetapi mereka tidak dapat dijejaki. Ini semua salah papa. Kalau papa tak membuat perjanjian bahawa mereka harus membawa Aairah pergi jauh dari Naraya, pasti kamu dapat berjumpa dengannya. Bersatu kembali.
Seperti papa katakan, banyak perkara yang akan mengecewakan kamu dan ini salah satunya. Bila papa dapat tahu dari pengurus Rumah Sinar Harapan bahawa kamu mempunyai seorang kakak, papa terus bertemu pasangan suami isteri itu dan menawar mereka satu juta untuk Aairah. Tetapi mereka tidak mahu.
Sebab rasa ego papa tercalar dengan penolakan mereka, papa telah mengugut mereka. Kalau mereka memberitahu Aairah tentang kamu, mereka akan menerima akibatnya. Papa juga menyuruh mereka pergi jauh dari Naraya supaya kamu berdua tidak akan sesekali bertemu. Bukan saja papa tidak mahu kamu berdua bertemu, tetapi papa tidak mahu mereka ambil kesempatan dengan apa yang kita ada. Tetapi mereka tidak mahu mengikut arahan papa. Marah tidak terhingga papa ketika itu.
Tidak pernah sesiapa mengingkar arahan papa. Sebab ego dan juga mahu menjaga maruah keluarga, papa sanggup melakukan apa saja, termasuk membuat bapa angkatnya dibuang kerja sebagai pengurus di sebuah kilang. Tapi sat ang papa benar-benar kesal sehingga hari ini, adalah kebakaran yang ditimpa mereka sekeluarga. Kerana papa, mereka kehilangan seorang isteri dan juga seorang ibu.
Kamu mesti sudah label papa sebagai seorang yang kejam. Papa tidak tahu apa yang papa fikirkan ketika itu. Apa yang papa tahu adalah mereka telah melanggar arahan yang papa beri bila Aairah datang ke Ivic International. Kamu pasti tidak ingat, tetapi dialah budak perempuan yang kamu lihat diair terjun. Bila kamu tanya papa adakah papa nampak apa yang kamu lihat, papa berkata tidak, walhal, papa sudah melihatnya.
Kamu tidak henti bertanya dan cerita tentang apa yang kamu lihat diair terjun itu dan kerana itulah, papa tidak dapat fikir dengan jelas. Takut kehilangan kamu dan harta kekayaan, papa mengarah orang papa membakar rumah mereka hanya untuk memberi mereka satu pengjaran. Tetapi papa benar-benar tidak sangka kerana perbuatan papa itu, satu nyawa telah terkorban. Kerana papa.
Papa rasa bersalah sangat memisah kamu dua beradik. Papa rasa bersalah menghancurkan kehidupan kakak kamu. Papa rasa bersalah sekali berbuat sedemikian kepada Samad sekeluarga. Kesal tidak guna, sebab semua sudah berlaku. Apa yang papa harapkan adalah kemaafan mereka. Maafkan papa, Fiyah. Maafkan papa.
Papa ada suruh Tan, peguam peribadi papa mencari mereka sehingga temu tetapi sekarang masih tiada berita. Papa benar-benar harap kamu adik-beradik akan bertemu kembali. Mungkin terlambat untuk papa minta maaf kepada mereka tetapi papa benar-benar berharap Fiyah akan sampaikan kata maaf dan ampun papa kepada mereka.
Papa tak tahu apa akan berlaku selepas ini, itu sebab papa menulis surat ini kepada kamu sebelum apa-apa terjadi kepada papa. Kamu tolong jaga mama dan keluarga kamu dari lelaki seperti Khaleed. Dia mahu membolot bukan sahaja harta keluarga kita tetapi juga semua harta yang Fiyah telah peroleh dengan titik peluh Fiyah sendiri. Papa amanah semua yang papa ada pada kamu. Terserah kamu mahu membuat apa dengannya. Papa percaya kamu akan membuat keputusan yang tepat.
Pesanan terakhir papa kepada kamu, hati-hati dengan Khaleed. Dia bukan seperti yang kamu sangkakan. Papa tahu kamu mencintainya sebab dia suami dan bapa kepada anak-anak kamu. Tetapi papa benar-benar berharap kamu mencari tahu mengenai perempuan bernama Kat. Terakhir papa dengar dia sedang mengandung entah benih Khaleed atau tidak. Maafkan papa terpaksa cerita mengenai keburukkan suami kamu tetapi ini lebih baik dari kamu berterus-terusan terperdaya olehnya. Kamu harus kuat demi keluarga kamu.
Kamu satu-satunya harapan papa kini. Cari kakak kamu bernama Aairah. Semoga dengan satunya kamu dua beradik dan juga kemaafan dari mereka, akan papa tenang disana. Walaupun kamu bukan darah daging papa, tapi kamu satu-satunya permata hati papa. Tiada sesiapa dapat memisahkan kamu dari papa dan mama melainkan kematian. Tan, peguam papa ada segala maklumat yang kamu perlukan. Semoga ia dapat membantu kamu.
Maafkan Papa sekali lagi Fiyah. Halalkan makan dan minum papa selama ini. Maafkan dosa-dosa papa kepada kamu. Papa sayang dengan kamu, mama dan cucu-cucu papa.
Ps: Jumpa dengan Tan. Kamu akan tahu selanjutnya.
Salam Sayang
Papa.
**
Anak-anak yang sedang asyik bermain dihalaman belakang membuatnya mengukir senyuman hingga ke telinga. Inilah kebahagiaannya. Inilah intan permatanya. Satu persatu raut anak-anaknya diamati.
Fajer Shariq yang sulung ligat bermain tembak menembak dengan Shareef Faizan, salah satu dari pasangan kembar yang sentiasa membuat kecoh, boleh kata hampir setiap hari. Ada saja yang dilakukan Faizan yang boleh menguji kemarahannya. Tetapi setiap kali anaknya itu membuat muka polos dan tidak bersalahnya, terus lenyap rasa mahu membaham anak lelakinya itu.
Dialih pandangan ke satu sudut halaman dimana tersedia tempat permainan yang penuh dengan pasir. Tersenyum dia melihat anak keempatnya, Sharaf Fadi membina istana pasir dibantu oleh Widayah, anak tunggalnya Mak Limah yang sudah dianggapnya sebahagian dari keluarganya. Ke mana saja Widayah pergi pasti ada Fadi disisi. Tergelak kecil dia memikirkan masa depan mereka. Ingin sekali dia berbesan dengan Mak Limah. Maklumlah, Mak Limah adalah satu-satunya kawan baiknya sejak kecil.
Dipandang pula di pangkin yang dibinanya beberapa tahun lepas. Faaris Shayaan kembar pertamanya sedang asyik membaca buku yang dibelinya. Ke mana saja dia pergi pasti ada buku ditangan. Tidak pernah lekang. Sebelum tidur pasti dibaca buku cerita kepada anak keduanya itu.
Paling melucukan sekali melihat anak bongsunya sedang bermain masak-masak ditempat yang sama. Satu-satunya anak perempuannya, Faryal Shameena. Senduk, kuali semua perkakas didapur dibawa keluar kononnya mahu memasak seperti Mak Limah dan Lutfiyah. Anaknya yang satu ini gemar sekali membontoti Mak Limah didapur. Ada saja yang ingin dibuatnya sehingga pening Mak Limah dibuatnya. Kerana itu juga dia membeli set dapur mainan untuk Faryal. Boleh sehari suntuk anaknya itu bermain disana. Kadang-kala diheret juga Widayah atau abang-abangnya bermain sama. Main masak-masak katanya.
Mama!!!” Tegak badan Lutfiyah mendengar jeritan Faryal memanggilnya. Risau dia mendengar tangisan datangnya dari arah pangkin. Matanya mendarat ke arah sebatang tubuh kecil yang sedang berdiri didepan Faryal. Ahdia Haiza, anak angkatnya yang ditemui Khaleed hampir enam tahun lalu.
Pantas kakinya berjalan menghampiri mereka. Dilihat anak-anak yang lain sudah berhenti bermain dan sedang memandang ke arah Faryal. Semakin galak tangisan Faryal yang baru berumur lima tahun ketika itu. Shayaan yang sedang duduk berlutut sebelah Faryal, menepuk-nepuk lembut tubuh adik perempuannya sambil merenung tajam Ahdia.
Sebelum dia sempat menghalang dilihat tubuh Ahdia sudah tersembam atas tanah. Bergema pula tangisan Ahdia dihalaman belakang Villa Nur. “Faaris Shayaan, mama tak ajar kamu buat begitu pada adik kamu sendiri. Minta maaf dekat Dia.”
Dia yang buat Ayal nangis. Dia pergi lempar Ayal punya senduk. Yan tolak dialah.” Polos jawapan Shayaan.
Anak lelakinya itu dari dulu memang tidak ngam dengan Ahdia. Ada saja yang dibuatnya terhadap Ahdia. Bila suaminya marah, Shayaan tidak mengendah langsung kerana kepada anaknya itu dia sedang membela yang benar, iaitu Faryal.
Sudah-sudah, jangan nangis lagi okay. Dah tak comel dah anak-anak mama.” Ditarik kedua-dua anak perempuannya ke sisinya. Ahdia disebelah kiri sementara Faryal disebelah kanan. Didakap erat kedua-dua anak kecil itu sekali-sekala mengucup ubun-ubun mereka. Walaupun Ahdia bukan darah dagingnya, kasih sayangnya sudah tertumpah kepada anak yatim itu. Sepertimana dia melayan Faryal dan Widayah, begitu jugalah dia layan Ahdia. Tiada perbezaan. Semua sama rata.
Tangisan Faryal semakin reda apabila Widayah menghulur senduk yang dicampak Ahdia sebentar tadi. “Meena, kita buat kedai makan nak? Abang Adi buatkan kedai, Meena masak, Wid jadi pelayan dan yang lain jadi tukang makan. Jom.” Faryal angkat kepalanya memandang Lutfiyah meminta kebenaran. Melihat anggukkan dan senyuman dari Lutfiyah memberi kebenaran, Faryal mencium pipi mamanya sebelum terkedek-kedek menurun pangkin menuju ke arah Fadi yang sedang menyedok pasir ke dalam bekasnya.
Meena. Widayah sajalah yang memanggil Faryal dengan nama itu. Seperti pasangan kembar. Dimana adanya Widayah, disitulah ada Faryal. Sukar dipisahkan. Sekali-sekala bertekak tetapi sesaat saja sudah berbaik semula. Dikerling Ahdia yang masih berada disisinya. Berjuraian air mata anak kecil itu.
Dia lain kali jangan buat macam begitu okay. Kalau nak main sama-sama bilang Ayal. Jangan lempar-lempar harta benda orang lain. Tak baik.” Entah dengar atau tidak Ahdia dengan pesanannya itu. Anak itu sekadar memuncung sedepa setiap kali dia menegur.
Terdengar ketawa riang Faryal, Widayah, Fadi, Shayaan dan Faizan diistana pasir yang sedang dibuat mereka. Dicari mana kelibat Shariq anak sulungnya. “Nah.” Tersenyum Lutfiyah melihat Shariq menghulur sejambang bunga yang pasti dikutip dari tanamannya.
Ahdia melerai pelukannya dan mengensot menghampiri Shariq. “Dia kena cakap apa dekat abang Riq?”
Terima Kasih.”
Jom. Kita main dengan dia orang.” Huluran tangan Shariq disambut Ahdia dengan senang hati. Hanya Shariq yang sentiasa mengajak Ahdia ke sana ke sini. Kalau Faizan itu kadang kala, kena tengok angin dia juga. Shayaan dan Fadi pula sukar untuk melihat mereka mengajak Ahdia turut serta dengan apa yang mereka lakukan. Pening juga dia memikirkan anak-anaknya itu.
Fiyah, kenapa tadi? Dari dalam abang boleh dengar suara Dia menangis.” Terperanjat Lutfiyah dengan sergahan Khaleed yang entah dari mana munculnya. Tangan naik mengurut dada lantas memandang Khaleed yang sedang bercekak pinggang disebelahnya sambil memandang anak-anaknya sedang bermain.
Biasalah bang, budak-budak. Kalau tak gaduh memang tak sah. Abang nak pergi mana ni pakai macam ni?” Pertanyaan itu disuarakan apabila melihat Khaleed segak bergaya didepannya. Sepertinya ada temujanji di luar.
Saya ada hal dekat luar. Mungkin saya balik lambat, tak payah tunggu saya. Lagi satu, tengokkan anak-anak. Terutama sekali Dia, apa entah nanti Faryal buat dekat dia bila saya tak ada.”
Belum sempat Lutfiyah membalas kata-kata suaminya, Ahdia sudah datang menerpa mendakap kaki Khaleed dengan senyuman riang. “Papa!” Diamati senyuman Khaleed yang lebar hingga ke telinga setiap kali bersama Ahdia.
Khaleed membongkok sedikit supaya hampir sama ketinggian dengan Ahdia. “Papa nak pergi mana? Dia nak ikut?” Pipi anak perempuannya itu diusap lembut.
Papa ada kerja dekat luar, Dia tak boleh ikut. Kenapa ni hidung merah? Menangis lagi?” Hidung Ahdia yang merah sebab tangisan sebentar tadi dicuitnya. Pertanyaan Khaleed dijawab dengan anggukkan kecil. Rambut Ahdia yang berjuntai didepan diselak ke belakang.
Siapa buat anak papa nangis? Bilang papa nanti papa ajar dia.”
Ab…”
Tuan, kereta sudah siap. Kita kena bergerak sekarang sebelum terlambat.” Lutfiyah melepaskan nafas lega apabila Pak Halim datang tepat pada waktunya. Kalau lambat sesaat dia yakin Ahdia pasti akan memberitau bahawa Shayaan yang menolaknya. Teruk nanti anaknya itu dimarahi Khaleed.
Pak Halim dibelakang Khaleed mengangguk kecil tanda sama-sama apabila matanya berlaga dengan Lutfiyah. Dia sebenarnya melihat apa yang berlaku tadi. Jadi supaya Shayaan tidak kena hukuman dari Khaleed dia terpaksa berbuat sedemikian. Lagipun anak-anak Lutfiyah sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
Khaleed mendarat satu kucupan di ubun-ubun Ahdia sebelum berpaling pergi tanpa diikuti oleh Pak Halim. Sebaik saja kelibat suaminya hilang dari pandangan, Lutfiyah menoleh ke Pak Halim yang sedang berdiri berhampiran dengannya.
Kamu tak hantar Khaleed ke Halim?” Hairan mengapa pemandu suaminya itu tidak mengikut langkah suaminya itu.
Tak kak. Tuan suruh saya panaskan kereta saja. Dia mahu pergi sendiri katanya.” Balas Halim dengan penuh hormat.
Bila tiada Khaleed baru mereka suami isteri berani memanggil Lutfiyah tanpa gelaran Puan. Itu kemahuan mereka walaupun Lutfiyah tidak suka bila mereka memanggilnya Puan kerana kepada Lutfiyah mereka semua sudah seperti sebuah keluarga. Lagipun Lutfiyah sudah lama kenal dengan Pak Halim dan Mak Limah sebelum dia berkahwin lagi.
Kamu tahu dia mahu ke mana?”
Pak Halim geleng kepalanya tidak tahu.
Hmm…Tak apalah. Kamu pergi berehat biar akak tengokkan budak-budak.” Pak Halim meminta diri dan pergi menuju ke arah dapur untuk mencari isterinya. Mata Lutfiyah memerhati anak-anak yang masih khusyuk bermain. Shariq dan Ahdia disatu sudut sementara yang lain berada disudut yang lain.
Tetapi apa yang papa paling benci adalah dia yang bermuka dua.”
Memang Fiyah pun benci orang yang bermuka dua. Tetapi Khaleed tidak kenal Fiyah yang sebenarnya. Kalau lelaki yang bernama suami itu berani mengapa-apakan Fiyah sekeluarga, dia akan menerima akibatnya. Fiyah janji.
Kata-kata mama kamu tentang Khaleed yang suka bersosial itu memang benar…dia mempunyai perempuan lain selain kamu isterinya yang halal.”
Telefon bimbit disebelah dicapai. Jari-jemari pantas berjalan mencari nombor yang dicarinya sebelum melekapnya ditelinga.

Hello, kamu tengah mengekorinya? Okay bagus. Pastikan kamu tak hilang jejak dia. Saya mahu tahu semua. Ke mana dia pergi. Siapa dia jumpa.” Pantas talian dimatikan bila bintik-bintik hujan mula membasahi bumi. Dipanggil anak-anaknya untuk masuk ke dalam apabila hujan semakin galak turun membasahi bumi. 

4 comments:

  1. gediknye si khaleed ni...sedih kite yg membaca ni...tapi dekat realiti mesti ade jugak org kaya mcm ni kn...hmm bile nk habis kak oi? hehe good job kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi 33 bab baru habis... :B

      Delete
    2. huuuh....kire dh habis akak tulis lh ni ye...hmm i'll keep waiting...fighting ^^

      Delete
    3. Thank u dik:B ni dari manuskrip yg akak hantar tapi ditolak..In Shaa Allah Mai akan tulis balik KMAJ..

      Delete