Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 10 October 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 54

Bab 54

“Jia ada apa-apa bungkusan untuk saya tak?” Terdiri Jia bila Lutfiyah tiba-tiba muncul didepannya.
Kepala diangguk laju. “Ada. Saya letak di atas meja puan. Baru sampai beberapa minit yang lalu.”
“Okay. Saya tak mahu diganggu buat sementara ini. Kalau ada apa-apa kamu ambil pesanan.” Arah Lutfiyah sebelum memulas tombol pintu pejabatnya.
“Baik Puan.” Jia akur lantas kembali menyambung kerjanya.
Buka saja pintu pejabat, mata Lutfiyah terjatuh kepada sebuah bungkusan yang terletak elok diatas meja kerjanya. Pintu ditutup dan dikunci sekali. Tas tangan dan beg komputer riba diletak atas meja sebelum berdiri tegak didepan bungkusan itu. Tangannya mengusap tulisan namanya yang tertulis diatas bungkusan itu. Satu malam dia tidak dapat melelapkan mata memikirkan tentang bungkusan yang akan diterimanya. Bangun pagi sahaja dia bergegas ke pejabat gelisah dan tidak sabar mahu tahu tentang bungkusan dari Eddy.

Kerusi yang sudah didudukinya ditarik mendekati meja kerja. Teragak-agak dia mahu membuka tetapi keinginan mahu mengetahui apa isi kandugan bungkusan itu semakin membuak-buak dalam dirinya. Dengan Bismillah, pelekat dikoyaknya lantas membuka tutup kotak itu. Berkerut dahinya melihat apa yang sedang dijamah matanya kini. Sebuah kotak berukiran kayu terdapat didalam bungkusan itu. Dicapai kotak kayu itu namun tidak dapat dibukanya. Sekeping kertas dengan sebuah arahan di dalam bungkusan dicapainya. Gagang telefon pejabatnya dicapai. Nombor yang tertera atas kertas itu ditekan.
Sementara menanti talian disambungkan, kotak kayu itu dibelek-beleknya. Ada sebuah lobang tetapi tiada kunci untuk membukanya. Digeledah bungkusan itu sekali lagi untuk mecari kunci kotak itu. Tetapi tidak dijumpainya. Hairan dan bingung dibuatnya. Buat apa Eddy memberinya kotak itu jika tiada kunci untu dia membukanya.
“Kau terima kotak tu?” Terus saja pertanyaan itu menyapa telinga Lutfiyah sebaik saja talian bersambung.
“Sudah. Tapi…”
“Kuncinya ada dengan aku. Aku ada satu permintaan untuk kau.” Ujar Eddy tenang. Kaki melangkah menuju ke halaman luas depan rumah.
Kotak yang dibelek Lutfiyah diletak elok atas meja kembali. “Permintaan?” Kening bertaut bila Eddy menyuarakan kemahuannya.
“Kotak itu aku mahu kau berikan kepada Issac, satu-satunya anak lelaki aku dengan Kat sekiranya sesuat terjadi kepada aku nanti. Di dalam kotak itu ada sesuatu untuknya. Semua rahsia dan beberapa perkara penting yang harus dia ketahui. Dimatanya, aku hanya orang asing yang dia kenali. Dia hanya kenal aku sebagai lelaki yang meminta duit dari datoknya dan lepas itu lesap entah ke mana sebelum aku kembali untuk mengulanginya sekali lagi. Aku dapat rasakan kebencian dia terhadap aku kerana ini dan kotak itu satu-satunya jawapan untuk dia.” Jelas Eddy.
Issac yang sedang berbual dengan neneknya diperhatikan. Melihat tawa riang dan keakraban mereka, dia rasa kecewa kerana telah mengabai anak lelakinya itu. Bertahun dia menghilang sekarang dia kembali demi anaknya.
Kenapa aku? Kenapa tak beri saja kepada ibu bapa kau atau peguam kau sendiri?” Lutfiyah benar-benar tidak faham mengapa dia yang harus melakukannya? Mereka baru saja bertemu dan tiada apa-apa pertalian antara mereka. Jika benar sesuatu akan terjadi kepada lelaki itu, bukankah ia lebih baik diamanahkan kepada seseorang yang rapat dan amat dikenalinya?
Tawa kecil dari Eddy kedengaran. Memikirkan alasannya membuat Eddy gelak sendiri. Rambutnya diraup. “Mungkin pada kau ini semua tidak masuk akal sebab kita baru saja berjumpa. Tetapi pertama kali aku lihat kau, aku percaya dan hormat dengan kau. Mungkin sebab kau lebih kuat menghadapi semua ini daripada aku, aku yakin kau boleh melaksana amanah aku lebih baik daripada orang lain. Lagipun, kehidupan keluarga kau serba sikit bersangkut paut dengan isi kandungan kotak itu.”
Eddy mengeluh bila melihat sebuah kereta yang terpakir berdekatan dengan rumah papanya sejak semalam. “Aku mahu orang-orang kau supaya jangan mengekori aku. Ini masalah aku dengan Khaleed. Aku tak mahu mereka atau kau terlibat sama.” Tutur Eddy sedikit jengkel.
Lutfiyah menelan air liurnya. Syafiq dan beberapa orangnya yang berada disana sudah dikenal pasti Eddy. “Tapi aku terlibat juga dalam ini. Khaleed su…”
Sebelum Lutfiyah dapat menghabiskan bicara, Eddy terlebih dahulu memintas.
Aku kena pergi. Ini amanah terakhir aku kepada kau. Tengokkan Issac kalau apa-apa terjadi kepada aku dan tolong carikan anak perempuan aku dengan Kat. Kalau aku tak dapat berjumpa dengannya di dunia ini mungkin aku dapat berjumpa dengannya didunia yang seterusnya.”
Gelisah Lutfiyah bila Eddy berkata begitu. Berbunyi seperti Eddy tahu bahawa sesuatu akan menimpanya. Ini yang dia tidak mahu. Cukuplah satu nyawa yang terkoban. Cukuplah Issac kehilangan Kat. Kalau kehilangan Eddy pula, dia benar-benar tidak tahu apa akan berlaku kepada anak yang tidak bersalah itu. Dia tidak sanggup seorang anak kehilangan kedua-dua orang tuanya kerana Khaleed. Pasti ada jalan lain.
Kau tak payah bersemuka dengan Khaleed sendirian. Kita selesaikan dengan jalan lain.”
Eddy menggeleng. Punggung dilabuh atas kerusi kayu ditaman peribadi mamanya. “Tiada jalan lain Fiyah. Ini semua demi keadilan bukan sahaja untuk keluarga aku tetapi keluarga kau juga. Paling pentinh, ini semua demi masa depan anak-anak kita.”
Eddy…”
Fiyah…” Serentak mereka bersuara.
Eddy menarik nafas yang dalam. Sebak yang dirasa cuba ditahan. Dia tidak mahu kalah dengan perasaannya sendiri. Dia harus kuat. Pokok bunga ros yang kelihatan sedikit layu itu direnungnya. “Terima kasih atas semuanya. Semoga Tuhan membalas semua kebaikkan kau. Assalammualaikum.”
Eddy. Eddy.” Lutfiyah menelefon nombor itu sekali lagi tetapi talian tidak dapat disambung. Kotak kayu dipandang.
Ini amanah terakhir aku kepada kau.
Tanpa sedar air hangat mula membasahi pipinya. Bibir yang bergetar digigitnya. Kepala diangkat memandang siling. Kesal kerana dia tidak dapat membuat Eddy memikir kembali keputusannya. Air mata terus mengalir meluahkan apa yang terpendam dalam dadanya selama ini. Ini semua kerana lelaki bernama Khaleed. Khaleed Jamaluddin.
**
Lutfiyah memerhatikan anak-anaknya menghabiskan kerja sekolah mereka pada hari sabtu itu. Dia tidak suka mereka mebuat kerja sekolah pada saat-saat akhir. Sedang dia mengajar Shayaan soalan matematik yang tidak difahaminya, derapan kaki menuruni tangga membuatnya berpaling seketika.
“Abang nak pergi mana ni?” Soal Lutfiyah bila melihat Khaleed tergesa-gesa menuruni tangga dengan sebuah beg sederhana besar didalam tangan.
Khaleed henti seketika bila mendengar pertanyaan Lutfiyah. Dipandang ahli keluarganya yang sedang memerhatikannya. “Abang ada kerja sikit dekat luar. Mungkin dua tiga hari ni abang tak balik.” Tutur Khaleed lantas menuju ke ruang tamu depan.
Kunci kereta dicapai sebelum membolos diri keluar pintu utama. Lutfiyah hairan dengan sikap suaminya yang kelam-kabut itu. Diikuti setiap langkah Khaleed sehingga ke halaman rumah. Dilihat Khaleed mencampak beg dibelakang sebelum menapak ke tempat pemandu.
Belum sempat Khaleed membuka pintu kereta, Lutfiyah menahan dengan tangannya. Khaleed mendengus kasar. “Kenapa dengan awak ni? Saya sudah lambat tahu tak.”
Mata Lutfiyah tajam menikam Khaleed yang kelihatan gelisah. Resah bagai cacing kepanasan. “Fiyah tak tahu abang. Sebab abang tak beritahu Fiyah. Abang nak ke mana ni? Mendadak sangat sampai bawa beg semua ni.”
Abangkan dah cakap abang ada kerja dekat luar.” Khaleed meraup rambutnya kasar. Bingit dengan tindakan dan pertanyaan bertubi-tubi Lutfiyah.
Kerja apa? Kalau berkaitan dengan kerja mengapa Fiyah tak tahu apa-apa?Atau abang ada perempuan lain?” Tersentak sedikit Khaleed dengan soalan terakhir Lutfiyah. Adakah isterinya tahu tentang perempuan sekeliling pinggangnya? Oh tidak! Ini pasti dia mendengar buah mulut orang lagi.
Apa yang awak merepek ni? Bila masa pula saya ada perempuan lain? Lagipun ini bukan berkaitan dengan kerja. Ini hal dengan syarikat saya. Sanalah.” Ditolak tubuh Lutfiyah ke tepi sebelum membuka dan membolos diri ke dalam kereta. Kereta dihidupkan dan diundur keluar tanpa menghirau Lutfiyah yang sedang mengetuk-ngetuk tingkap keretanya.
Abang! Fiyah belum habis cakap ni. Abang!” Laung Lutfiyah tidak mempedulikan sakit ditapak tangan akibat mengetuk tingkap kereta berkali-kali. Terhenti dia didepan gril yang dibuka luas. Kereta Khaleed yang semakin menjauh dan mengecil dipandangnya.
Kak Fiyah, telefon bimbit akak berbunyi.” Mak Limah menghulur telefon bimbit kepada Lutfiyah dan berlalu pergi memasuki rumah kembali.
Puan, Eddy baru keluar dari rumah.- Syafiq
Jari-jemari bergerak pantas membalas pesanan ringkas Syafiq.
Ikut dia. Jangan hilang jejak. Suami saya baru keluar. Gopal sedang mengekorinya.-Faryal
Kalau benar apa yang difikirkannya. Dia harus tahu tempat mereka bertemu. Dia harus pastikan tiada nyawa terkorban. Dia takut dengan apa yang akan dilakukan Khaleed jika terasa diancam.
**
Tombol pintu bilik kerjanya ditutup rapat lantas dikunci dari dalam. Suratkhabar yang diberi Halim sebentar tadi dibacanya. Terlopong mulutnya bila membaca apa yang terbentang dimuka pertama akhbar pagi itu. Mata membulat tidak percaya apa yang tertulis.
Mayat seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Edward Daimaru ditemui dipinggiran Sungai Api pagi semalam.”
Edward Daimaru. Eddy. Ya Allah!
Dari keputusan bedah siasat yang dijalankan, mangsa dipercayai telah mengambil campuran dadah sebelum mangsa membunuh dirinya di Sungai Api.”
Campuran dadah? Membunuh diri? Lutfiyah menggeleng kepala tidak mahu termakan dengan apa yang tertulis. Tak mungkin. Eddy pernah beritahunya dipertemuan pertama mereka bahawa dia telah masuk pusat pemulihan. Tidak mungkin lelaki itu kembali mengambil najis itu.
Teringat kembali panggilan dari Gopal memberitahu bahawa mereka kehilangan jejak Eddy selepas Khaleed dan Eddy bertemu disebuah kedai kopi. Kelibat Eddy tidak muncul dari kedai kopi itu, hanya Khaleed saja yang kelihatan meninggal kedai kopi. Bila Gopal memasuki kedai kopi, Eddy tidak ada disitu. Apabila ditanya para pekerja disana, mereka beritahu bahawa mereka nampak Eddy keluar dari pintu belakang dengan seorang lelaki. Bila ditanya kalau mereka dapat mengecam lelaki itu, hanya gelengan dan kata maaf menjadi jawapan.
Khaleed pula setelah berjumpa dengan Eddy, Syafiq memberitahu bahawa suaminya telah check-in di sebuah hotel lima bintang. Pada malam hari baru Khaleed keluar dari hotel berjumpa dengan beberapa kawannya dipusat hiburan hotel itu. Keesokan hari pula suaminya itu tidak keluar dari bilik sehari suntuk. Aktiviti dari bilik itu hanya bila dua orang perempuan yang bersama dipusat hiburan keluar dari bilik itu pada lewat petang. Tidak payah tanya apa yang mereka lakukan. Lutfiyah sudah tahu.
Hari seterusnya Khaleed telah check-out dari hotel lima bintang itu, dan memandu ke sebuah pangsapuri bersama seorang perempuan yang diambilnya semasa dalam perjalanan. Tidak banyak aktiviti yang berlaku. Hanya Khaleed dan perempuan itu sehari suntuk didalam pangsapuri itu. Khaleed hanya keluar pagi seterusnya. Dihantar perempuan itu pulang sebelum dia sendiri tiba dirumah bila Lutfiyah sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi.
Tidak akan dia lupa riak wajah Khaleed yang kelihatan senang pada pagi itu. Senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Kata-kata manis pula tidak pernah henti melepasi bibir itu. Bertubi-tubi andaian mula menerpa fikirannya melihat angin baik Khaleed. Adakah kerana layanan dari perempuan yang bersama Khaleed atau kerana apa yang terjadi kepada Eddy?
Kalau suaminya hanya berjumpa dengan Eddy hari itu saja, siapakah lelaki yang pekerja dikedai kopi itu lihat bersama Eddy? Adakah dia orang suruhan Khaleed atau lelaki yang membunuh Eddy?
Issac masih perlukan aku.”
Ayat yang keluar dari mulut Eddy suatu ketika dahulu membuat dia yakin bahawa Eddy tidak akan sama sekali kembali mengambil dadah apatahlagi membunuh diri. Eddy berubah dan berjuang hidup demi anak lelakinya. Demi Issac.
**
Kotak kayu dalam tangannya dipegang erat.
Kotak itu aku mahu kau berikan kepada Issac, satu-satunya anak lelaki aku dengan Kat kalau apa-apa terjadi kepada aku nanti.”
Hari yang dinanti-nanti Eddy sudah tiba. Amanah terakhir lelaki itu harus dilaksanakan. Kotak itu harus dikembali kepada yang berhak. “Kotak apa tu mama? Cantik.” Faryal disebelahnya bertanya. Jari telunjuk menunding kotak berukiran kayu atas riba Lutfiyah.
Senyuman nipis diberi Lutfiyah. “Kotak ini kawan mama suruh beri kepada anaknya.” Kepala Faryal yang dibaluti tudung putih diusapnya. Kawan yang mengorban dirinya kerana kebenaran.
Kenapa kawan mama tak bagi sendiri? Diakan duduk satu rumah.” Dengan polos Faryal bertanya. Fadi dikerusi depan gelak kecil dengan pertanyaan adiknya itu. Banyak sangat pertanyaan.
Tubuh Faryal ditarik Lutfiyah ke sisinya. “Sebab kawan mama dah meninggal sayang. Kotak ini amanah terakhir kawan mama kepada mama. Dia suruh beri kepada anaknya bila dia tiada lagi didunia.” Jelas Lutfiyah supaya mudah difahami Faryal.
Anaknya itu angguk faham. Bibir kecil dibulatkan. “Ohh…”
Pandangan dilempar kembali ke luar tingkap kereta. Sukar untuk dia menerima apa yang telah berlaku. Dia masih tertanya-tanya tentang kematian Eddy yang dikatakan telah membunuh diri. Dia masih menanti hasil penyelidikkan dari Syafiq. Dia harus tahu apa yang terjadi selepas Eddy bertemu Khaleed, dan siapa lelaki yang bersama Eddy. Dia harus mencari demi keadilan dua keluarga.
Setibanya dirumah yang pernah didiami Eddy dan Kat suatu ketika dahulu dia dapat melihat beberapa orang mahu beransur pulang setelah menyampaikan ucapan takziah mereka. Berat kaki Lutfiyah untuk melangkah masuk ke dalam. Bila dirasa tangannya digenggam hangat oleh Faryal, dia tersenyum manis. Semangatnya berada disisi. Dipandang pula Fadi disebelah Faryal. Entah angin apa anak lelakinya itu mahu mengikutnya ke mari. Khaleed? Ke Paris atas urusan kerja katanya.
Salam yang diberi disambut pasangan suami isteri. Seorang lelaki asing dan seorang wanita berkacukan. Tangan dihulur mengenalkan diri masing-masing. Salam takziah juga diberi. Pasangan suami isteri itu adalah saudara kepada Kat. Pablo nama si suami dan Nila nama si isteri. Dia juga dimaklumkan bahawa jenazah sudah selamat dikebumikan pagi itu.
Boleh saya tahu dimana Issac anak arwah Eddy? Saya mahu berjumpa dia kalau tak keberatan.”
Dia ada didalam biliknya tak salah. Marilah saya tunjukkan.” Setelah menyuruh Fadi dan Faryal supaya tunggunya disatu sudut rumah itu, dia mengekori Nila ke dalam rumah. Semasa mahu menjinjit tangga ada juga dia bertanya serba sikit tentang orang tuanya Eddy. Dikatanya mereka sudah pulang ke rumah untuk rehat sebab baru, Tuan Kamil Arsyad baru saja tiba dari Jepun semalam malam.
Tiba saja ditingkat dua Nila menunjuk ke arah balkoni. Seorang anak muda sedang duduk termenung dikerusi. Sebelum Nila dapat membuka mulut memanggil Issac, suara sesorang dari bawa memanggil Nila terlebih dahulu. “Awak pergilah. Saya turun sekejap.” Lutfiyah angguk kecil sambil melihat Nila menuruni tangga.
Setelah kelibat Nila hilang dari pandangan, Lutfiyah kembali melihat anak muda yang masih tidak berganjak dari tadi. Nafas ditarik dalam. Kotak yang dalam genggaman diperbetulkan. Dengan Bismillah, dia mula menapak menghampiri Issac. Anak muda itu tidak berpaling ke arahnya tetapi hanya merenung jauh pandangan yang luas didepannya.
Assalammualaikum Issac.”
Anak muda itu memandang sekilas Lutfiyah sebelum kembali menyambung apa yang dibuatnya sebentar tadi. “Waalaikumsalam.” Perlahan saja suara itu menyapa.
Lutfiyah mengambil tempat duduk dikerusi kosong sebelah Issac. Kedua-dua diam seketika melayan perasaan sendiri. Lutfiyah sedang mengatur kata-kata untuk Issac. Nafas dalam diambil. “Salam takziah atas pemergian papa kamu.” Issac tidak membalas. Hanya merenung ke depan. Kosong.
Aunty sebenarnya disini kerana amanah terakhir arwah papa kamu. Dia suruh aunty beri kotak ini kepada kamu.” Kotak kayu atas ribanya dihulur kepada Issac. Untuk beberapa saat kotak itu masih berada dalam genggamannya sebelum Issac memusing dan mengamati kotak kayu dan muka Lutfiyah bersilih ganti. Senyuman dan anggukkan kecil diberi Lutfiyah memberi galakkan kepada Issac untuk mengambil kotak itu.
Dahi Issac berkerut sebelum tangannya teragak-agak mencapai kotak kayu itu dari Lutfiyah. “Papa kamu kata kunci kepada kotak itu akan diberi kepada kamu kemudian.” Jelas Lutfiya hampa bila melihat Issac hanya meletak kotak kayu itu diatas riba. Sepertinya tidak mahu tahu apa isi kandungannya.
Aku dapat rasakan kebencian dia terhadap aku kerana ini dan kotak itu satu-satunya jawapan untuk dia.’
Kata-kata akhir Eddy melalui telefon diingatinya. Besar kemungkinan Issac sepertinya tidak berminat dengan pemberiannya itu kerana apa yang telah dilakukan Eddy kepadanya. Mengabainya. Memilih terjerumus dalam dunia syaitan dari Issac. Anak lelaki didepannya itu tidak mengetahui siapa sebenarnya lelaki yang dipanggil papa. Issac tidak tahu mengapa Eddy tenggelam sebegitu dan kotak itu satu-satu jawapannya. Issac tidak tahu bahawa Eddy melakukan ini semua demi anaknya. Anak yang disayangi tetapi tidak diberi peluang untuk menunjuknya.
Mungkin pada kamu, papa kamu bukan seorang papa yang bertanggungjawab. Tetapi pada masa singkat yang aunty kenal dengan dia, aunty dapat merasakan yang dia benar-benar sayangkan kamu. Dia melakukan ini semua kerana kamu. Dia mengorbankan nyawanya kerana kamu.”
Issac gelak sinis bila mendengar Lutfiyah berkata begitu. Geli hati bila Lutfiyah mengatak bahawa papanya menyayanginya. Geli hati dia mendengar bahawa papanya mengorban nyawa sendiri kerana dia. Papa yang suatu ketika dahulu dia sangka telah berubah sebenarnya kembali mengambil najis bernama dadah, dan kerana benda itu juga, papanya pergi buat selamanya.
Sejak mama saya meninggal, saya tak kenal siapa lelaki yang bernama papa. Pada saya dia tak wujud dalam buku kehidupan saya. Saya hanya ada satu papa, iaitu uncle Pablo.” Mendatar suara Issac menutur apa yang difikirkannya selama ini.
Lutfiyah dapat rasa aura yang berkecamuk dari anak muda itu. Dari kata-katanya ia mencerminkan kemarahan Issac kepada Eddy, tetapi bila melihat dengan dalam sepasang mata hazel persis seperti Eddy, dia dapat melihat seorang budak kecil yang kehilangan. Seorang anak kecil yang menagih kasih sayang ibu bapa yang tidak akan dapat dia rasakan.
Semua orang didunia tidak akan boleh lari dari membuat kesilapan. Kadang-kala ia akan memakan masa yang lama untuk kita sedari bahawa apa yang kita lakukan telah melukai orang disekeliling kita, orang yang menyayangi kita dan orang yang amat memerlukan kita. Kita harus juga tahu bahawa tiada istilah terlambat untuk berubah. Tiada istilah terlambat untuk menyedari dari kesilapan. Tiada istilah terlambat untuk meminta maaf. Allah bersikap adil. Jika DIA boleh memaafkan dosa dan kesilapan hambanya, mengapa tidak hambanya memaafkan dosa antara satu sama lain?”
Aunty tak ada ditempat saya. Aunty tak akan faham apa yang saya rasakan.” Issac bingkas bangun meninggalkan Lutfiyah terpinga-pinga. Langkah Issac yang mahu menuruni tangga terhenti bila suara Lutfiyah kedengaran ditelinga.
Betul cakap kamu aunty tak ada ditempat kamu, tetapi aunty faham apa yang kamu rasakan. Papa kamu sayangkan kamu. Dia beritahu aunty bahawa kamulah pembakar semangatnya untuk terus berjuang hidup, untuk berubah. Dia kesal kerana dimata kamu dia hanya orang asing yang kamu kenali. Seorang lelaki yang hanya meminta duit dari datok kamu dan lesap bagai angin sebelum dia datang kembali. Dia tahu kamu membencinya. Tetapi aunty tahu dilubuk hati kamu, ada secebis rasa sayang terhadapnya.”
Lutfiyah maju setapak menghampiri Issac. “Mungkin sekarang kamu tak faham pengorbanan yang telah papa kamu lakukan demi kamu. Tapi aunty yakin satu hari kamu akan faham semuanya.” Dengan itu Issac menurun tangga tidak sekali pun menoleh ke belakang. Lutfiyah mengeluh. Kotak kayu yang terletak elok atas meja kecil dibalkoni itu ditatapnya.
Kotak itu satu-satunya jawapan.”

Semoga jawapan itu dapat memberi ketenteraman kepada hidup anak muda bernama Issac itu.

2 comments:

  1. OMG..rasa sedih lh pulak...ish issac keep smiling ok..dh lh mama ayal kena bunuh ngan si ahdia...huh...hehe good job kak ^^

    ReplyDelete