Bab
54
“Jia
ada apa-apa bungkusan untuk saya tak?” Terdiri Jia bila Lutfiyah
tiba-tiba muncul didepannya.
Kepala
diangguk laju. “Ada. Saya letak di atas meja puan. Baru sampai
beberapa minit yang lalu.”
“Okay.
Saya tak mahu diganggu buat sementara ini. Kalau ada apa-apa kamu
ambil pesanan.” Arah Lutfiyah sebelum memulas tombol pintu
pejabatnya.
“Baik
Puan.” Jia akur lantas kembali menyambung kerjanya.
Buka saja pintu pejabat, mata Lutfiyah terjatuh kepada sebuah
bungkusan yang terletak elok diatas meja kerjanya. Pintu ditutup dan
dikunci sekali. Tas tangan dan beg komputer riba diletak atas meja
sebelum berdiri tegak didepan bungkusan itu. Tangannya mengusap
tulisan namanya yang tertulis diatas bungkusan itu. Satu malam dia
tidak dapat melelapkan mata memikirkan tentang bungkusan yang akan
diterimanya. Bangun pagi sahaja dia bergegas ke pejabat gelisah dan
tidak sabar mahu tahu tentang bungkusan dari Eddy.
Kerusi
yang sudah didudukinya ditarik mendekati meja kerja. Teragak-agak dia
mahu membuka tetapi keinginan mahu mengetahui apa isi kandugan
bungkusan itu semakin membuak-buak dalam dirinya. Dengan Bismillah,
pelekat dikoyaknya lantas membuka tutup kotak itu. Berkerut dahinya
melihat apa yang sedang dijamah matanya kini. Sebuah kotak berukiran
kayu terdapat didalam bungkusan itu. Dicapai kotak kayu itu namun
tidak dapat dibukanya. Sekeping kertas dengan sebuah arahan di dalam
bungkusan dicapainya. Gagang telefon pejabatnya dicapai. Nombor yang
tertera atas kertas itu ditekan.
Sementara
menanti talian disambungkan, kotak kayu itu dibelek-beleknya. Ada
sebuah lobang tetapi tiada kunci untuk membukanya. Digeledah
bungkusan itu sekali lagi untuk mecari kunci kotak itu. Tetapi tidak
dijumpainya. Hairan dan bingung dibuatnya. Buat apa Eddy memberinya
kotak itu jika tiada kunci untu dia membukanya.
“Kau
terima kotak tu?” Terus saja pertanyaan itu menyapa telinga
Lutfiyah sebaik saja talian bersambung.
“Sudah.
Tapi…”
“Kuncinya
ada dengan aku. Aku ada satu permintaan untuk kau.” Ujar Eddy
tenang. Kaki melangkah menuju ke halaman luas depan rumah.
Kotak
yang dibelek Lutfiyah diletak elok atas meja kembali. “Permintaan?”
Kening bertaut bila Eddy menyuarakan kemahuannya.
“Kotak
itu aku mahu kau berikan kepada Issac, satu-satunya anak lelaki aku
dengan Kat sekiranya sesuat terjadi kepada aku nanti. Di dalam kotak
itu ada sesuatu untuknya. Semua rahsia dan beberapa perkara penting
yang harus dia ketahui. Dimatanya, aku hanya orang asing yang dia
kenali. Dia hanya kenal aku sebagai lelaki yang meminta duit dari
datoknya dan lepas itu lesap entah ke mana sebelum aku kembali untuk
mengulanginya sekali lagi. Aku dapat rasakan kebencian dia terhadap
aku kerana ini dan kotak itu satu-satunya jawapan untuk dia.” Jelas
Eddy.
Issac
yang sedang berbual dengan neneknya diperhatikan. Melihat tawa riang
dan keakraban mereka, dia rasa kecewa kerana telah mengabai anak
lelakinya itu. Bertahun dia menghilang sekarang dia kembali demi
anaknya.
“Kenapa
aku? Kenapa tak beri saja kepada ibu bapa kau atau peguam kau
sendiri?” Lutfiyah benar-benar tidak faham mengapa dia yang harus
melakukannya? Mereka baru saja bertemu dan tiada apa-apa pertalian
antara mereka. Jika benar sesuatu akan terjadi kepada lelaki itu,
bukankah ia lebih baik diamanahkan kepada seseorang yang rapat dan
amat dikenalinya?
Tawa
kecil dari Eddy kedengaran. Memikirkan alasannya membuat Eddy gelak
sendiri. Rambutnya diraup. “Mungkin pada kau ini semua tidak masuk
akal sebab kita baru saja berjumpa. Tetapi pertama kali aku lihat
kau, aku percaya dan hormat dengan kau. Mungkin sebab kau lebih kuat
menghadapi semua ini daripada aku, aku yakin kau boleh melaksana
amanah aku lebih baik daripada orang lain. Lagipun, kehidupan
keluarga kau serba sikit bersangkut paut dengan isi kandungan kotak
itu.”
Eddy
mengeluh bila melihat sebuah kereta yang terpakir berdekatan dengan
rumah papanya sejak semalam. “Aku mahu orang-orang kau supaya
jangan mengekori aku. Ini masalah aku dengan Khaleed. Aku tak mahu
mereka atau kau terlibat sama.” Tutur Eddy sedikit jengkel.
Lutfiyah
menelan air liurnya. Syafiq dan beberapa orangnya yang berada disana
sudah dikenal pasti Eddy. “Tapi aku terlibat juga dalam ini.
Khaleed su…”
Sebelum
Lutfiyah dapat menghabiskan bicara, Eddy terlebih dahulu memintas.
“Aku
kena pergi. Ini amanah terakhir aku kepada kau. Tengokkan Issac kalau
apa-apa terjadi kepada aku dan tolong carikan anak perempuan aku
dengan Kat. Kalau aku tak dapat berjumpa dengannya di dunia ini
mungkin aku dapat berjumpa dengannya didunia yang seterusnya.”
Gelisah
Lutfiyah bila Eddy berkata begitu. Berbunyi seperti Eddy tahu bahawa
sesuatu akan menimpanya. Ini yang dia tidak mahu. Cukuplah satu nyawa
yang terkoban. Cukuplah Issac kehilangan Kat. Kalau kehilangan Eddy
pula, dia benar-benar tidak tahu apa akan berlaku kepada anak yang
tidak bersalah itu. Dia tidak sanggup seorang anak kehilangan
kedua-dua orang tuanya kerana Khaleed. Pasti ada jalan lain.
“Kau
tak payah bersemuka dengan Khaleed sendirian. Kita selesaikan dengan
jalan lain.”
Eddy
menggeleng. Punggung dilabuh atas kerusi kayu ditaman peribadi
mamanya. “Tiada jalan lain Fiyah. Ini semua demi keadilan bukan
sahaja untuk keluarga aku tetapi keluarga kau juga. Paling pentinh,
ini semua demi masa depan anak-anak kita.”
“Eddy…”
“Fiyah…”
Serentak mereka bersuara.
Eddy
menarik nafas yang dalam. Sebak yang dirasa cuba ditahan. Dia tidak
mahu kalah dengan perasaannya sendiri. Dia harus kuat. Pokok bunga
ros yang kelihatan sedikit layu itu direnungnya. “Terima kasih atas
semuanya. Semoga Tuhan membalas semua kebaikkan kau.
Assalammualaikum.”
“Eddy.
Eddy.” Lutfiyah menelefon nombor itu sekali lagi tetapi talian
tidak dapat disambung. Kotak kayu dipandang.
Ini
amanah terakhir aku kepada kau.
Tanpa
sedar air hangat mula membasahi pipinya. Bibir yang bergetar
digigitnya. Kepala diangkat memandang siling. Kesal kerana dia tidak
dapat membuat Eddy memikir kembali keputusannya. Air mata terus
mengalir meluahkan apa yang terpendam dalam dadanya selama ini. Ini
semua kerana lelaki bernama Khaleed. Khaleed Jamaluddin.
**
Lutfiyah
memerhatikan anak-anaknya menghabiskan kerja sekolah mereka pada hari
sabtu itu. Dia tidak suka mereka mebuat kerja sekolah pada saat-saat
akhir. Sedang dia mengajar Shayaan soalan matematik yang tidak
difahaminya, derapan kaki menuruni tangga membuatnya berpaling
seketika.
“Abang
nak pergi mana ni?” Soal Lutfiyah bila melihat Khaleed tergesa-gesa
menuruni tangga dengan sebuah beg sederhana besar didalam tangan.
Khaleed
henti seketika bila mendengar pertanyaan Lutfiyah. Dipandang ahli
keluarganya yang sedang memerhatikannya. “Abang ada kerja sikit
dekat luar. Mungkin dua tiga hari ni abang tak balik.” Tutur
Khaleed lantas menuju ke ruang tamu depan.
Kunci
kereta dicapai sebelum membolos diri keluar pintu utama. Lutfiyah
hairan dengan sikap suaminya yang kelam-kabut itu. Diikuti setiap
langkah Khaleed sehingga ke halaman rumah. Dilihat Khaleed mencampak
beg dibelakang sebelum menapak ke tempat pemandu.
Belum
sempat Khaleed membuka pintu kereta, Lutfiyah menahan dengan
tangannya. Khaleed mendengus kasar. “Kenapa dengan awak ni? Saya
sudah lambat tahu tak.”
Mata
Lutfiyah tajam menikam Khaleed yang kelihatan gelisah. Resah bagai
cacing kepanasan. “Fiyah tak tahu abang. Sebab abang tak beritahu
Fiyah. Abang nak ke mana ni? Mendadak sangat sampai bawa beg semua
ni.”
“Abangkan
dah cakap abang ada kerja dekat luar.” Khaleed meraup rambutnya
kasar. Bingit dengan tindakan dan pertanyaan bertubi-tubi Lutfiyah.
“Kerja
apa? Kalau berkaitan dengan kerja mengapa Fiyah tak tahu apa-apa?Atau
abang ada perempuan lain?” Tersentak sedikit Khaleed dengan soalan
terakhir Lutfiyah. Adakah isterinya tahu tentang perempuan sekeliling
pinggangnya? Oh tidak! Ini pasti dia mendengar buah mulut orang lagi.
“Apa
yang awak merepek ni? Bila masa pula saya ada perempuan lain? Lagipun
ini bukan berkaitan dengan kerja. Ini hal dengan syarikat saya.
Sanalah.” Ditolak tubuh Lutfiyah ke tepi sebelum membuka dan
membolos diri ke dalam kereta. Kereta dihidupkan dan diundur keluar
tanpa menghirau Lutfiyah yang sedang mengetuk-ngetuk tingkap
keretanya.
“Abang!
Fiyah belum habis cakap ni. Abang!” Laung Lutfiyah tidak
mempedulikan sakit ditapak tangan akibat mengetuk tingkap kereta
berkali-kali. Terhenti dia didepan gril yang dibuka luas. Kereta
Khaleed yang semakin menjauh dan mengecil dipandangnya.
“Kak
Fiyah, telefon bimbit akak berbunyi.” Mak Limah menghulur telefon
bimbit kepada Lutfiyah dan berlalu pergi memasuki rumah kembali.
Puan,
Eddy baru keluar dari rumah.- Syafiq
Jari-jemari
bergerak pantas membalas pesanan ringkas Syafiq.
Ikut
dia. Jangan hilang jejak. Suami saya baru keluar. Gopal sedang
mengekorinya.-Faryal
Kalau
benar apa yang difikirkannya. Dia harus tahu tempat mereka bertemu.
Dia harus pastikan tiada nyawa terkorban. Dia takut dengan apa yang
akan dilakukan Khaleed jika terasa diancam.
**
Tombol
pintu bilik kerjanya ditutup rapat lantas dikunci dari dalam.
Suratkhabar yang diberi Halim sebentar tadi dibacanya. Terlopong
mulutnya bila membaca apa yang terbentang dimuka pertama akhbar pagi
itu. Mata membulat tidak percaya apa yang tertulis.
“Mayat
seorang lelaki yang dikenal pasti sebagai Edward Daimaru ditemui
dipinggiran Sungai Api pagi semalam.”
Edward
Daimaru. Eddy. Ya Allah!
“Dari
keputusan bedah siasat yang dijalankan, mangsa dipercayai telah
mengambil campuran dadah sebelum mangsa membunuh dirinya di Sungai
Api.”
Campuran
dadah? Membunuh diri? Lutfiyah menggeleng kepala tidak mahu termakan
dengan apa yang tertulis. Tak mungkin. Eddy pernah beritahunya
dipertemuan pertama mereka bahawa dia telah masuk pusat pemulihan.
Tidak mungkin lelaki itu kembali mengambil najis itu.
Teringat
kembali panggilan dari Gopal memberitahu bahawa mereka kehilangan
jejak Eddy selepas Khaleed dan Eddy bertemu disebuah kedai kopi.
Kelibat Eddy tidak muncul dari kedai kopi itu, hanya Khaleed saja
yang kelihatan meninggal kedai kopi. Bila Gopal memasuki kedai kopi,
Eddy tidak ada disitu. Apabila ditanya para pekerja disana, mereka
beritahu bahawa mereka nampak Eddy keluar dari pintu belakang dengan
seorang lelaki. Bila ditanya kalau mereka dapat mengecam lelaki itu,
hanya gelengan dan kata maaf menjadi jawapan.
Khaleed
pula setelah berjumpa dengan Eddy, Syafiq memberitahu bahawa suaminya
telah check-in
di sebuah hotel lima bintang. Pada malam hari baru Khaleed keluar
dari hotel berjumpa dengan beberapa kawannya dipusat hiburan hotel
itu. Keesokan hari pula suaminya itu tidak keluar dari bilik sehari
suntuk. Aktiviti dari bilik itu hanya bila dua orang perempuan yang
bersama dipusat hiburan keluar dari bilik itu pada lewat petang.
Tidak payah tanya apa yang mereka lakukan. Lutfiyah sudah tahu.
Hari
seterusnya Khaleed telah check-out
dari hotel lima bintang itu, dan memandu ke sebuah pangsapuri bersama
seorang perempuan yang diambilnya semasa dalam perjalanan. Tidak
banyak aktiviti yang berlaku. Hanya Khaleed dan perempuan itu sehari
suntuk didalam pangsapuri itu. Khaleed hanya keluar pagi seterusnya.
Dihantar perempuan itu pulang sebelum dia sendiri tiba dirumah bila
Lutfiyah sekeluarga sedang menikmati sarapan pagi.
Tidak
akan dia lupa riak wajah Khaleed yang kelihatan senang pada pagi itu.
Senyuman tidak pernah lekang dari bibir. Kata-kata manis pula tidak
pernah henti melepasi bibir itu. Bertubi-tubi andaian mula menerpa
fikirannya melihat angin baik Khaleed. Adakah kerana layanan dari
perempuan yang bersama Khaleed atau kerana apa yang terjadi kepada
Eddy?
Kalau
suaminya hanya berjumpa dengan Eddy hari itu saja, siapakah lelaki
yang pekerja dikedai kopi itu lihat bersama Eddy? Adakah dia orang
suruhan Khaleed atau lelaki yang membunuh Eddy?
“Issac
masih perlukan aku.”
Ayat
yang keluar dari mulut Eddy suatu ketika dahulu membuat dia yakin
bahawa Eddy tidak akan sama sekali kembali mengambil dadah apatahlagi
membunuh diri. Eddy berubah dan berjuang hidup demi anak lelakinya.
Demi Issac.
**
Kotak
kayu dalam tangannya dipegang erat.
“Kotak
itu aku mahu kau berikan kepada Issac, satu-satunya anak lelaki aku
dengan Kat kalau apa-apa terjadi kepada aku nanti.”
Hari
yang dinanti-nanti Eddy sudah tiba. Amanah terakhir lelaki itu harus
dilaksanakan. Kotak itu harus dikembali kepada yang berhak. “Kotak
apa tu mama? Cantik.” Faryal disebelahnya bertanya. Jari telunjuk
menunding kotak berukiran kayu atas riba Lutfiyah.
Senyuman
nipis diberi Lutfiyah. “Kotak ini kawan mama suruh beri kepada
anaknya.” Kepala Faryal yang dibaluti tudung putih diusapnya. Kawan
yang mengorban dirinya kerana kebenaran.
“Kenapa
kawan mama tak bagi sendiri? Diakan duduk satu rumah.” Dengan polos
Faryal bertanya. Fadi dikerusi depan gelak kecil dengan pertanyaan
adiknya itu. Banyak sangat pertanyaan.
Tubuh
Faryal ditarik Lutfiyah ke sisinya. “Sebab kawan mama dah meninggal
sayang. Kotak ini amanah terakhir kawan mama kepada mama. Dia suruh
beri kepada anaknya bila dia tiada lagi didunia.” Jelas Lutfiyah
supaya mudah difahami Faryal.
Anaknya
itu angguk faham. Bibir kecil dibulatkan. “Ohh…”
Pandangan
dilempar kembali ke luar tingkap kereta. Sukar untuk dia menerima apa
yang telah berlaku. Dia masih tertanya-tanya tentang kematian Eddy
yang dikatakan telah membunuh diri. Dia masih menanti hasil
penyelidikkan dari Syafiq. Dia harus tahu apa yang terjadi selepas
Eddy bertemu Khaleed, dan siapa lelaki yang bersama Eddy. Dia harus
mencari demi keadilan dua keluarga.
Setibanya
dirumah yang pernah didiami Eddy dan Kat suatu ketika dahulu dia
dapat melihat beberapa orang mahu beransur pulang setelah
menyampaikan ucapan takziah mereka. Berat kaki Lutfiyah untuk
melangkah masuk ke dalam. Bila dirasa tangannya digenggam hangat oleh
Faryal, dia tersenyum manis. Semangatnya berada disisi. Dipandang
pula Fadi disebelah Faryal. Entah angin apa anak lelakinya itu mahu
mengikutnya ke mari. Khaleed? Ke Paris atas urusan kerja katanya.
Salam
yang diberi disambut pasangan suami isteri. Seorang lelaki asing dan
seorang wanita berkacukan. Tangan dihulur mengenalkan diri
masing-masing. Salam takziah juga diberi. Pasangan suami isteri itu
adalah saudara kepada Kat. Pablo nama si suami dan Nila nama si
isteri. Dia juga dimaklumkan bahawa jenazah sudah selamat dikebumikan
pagi itu.
“Boleh
saya tahu dimana Issac anak arwah Eddy? Saya mahu berjumpa dia kalau
tak keberatan.”
“Dia
ada didalam biliknya tak salah. Marilah saya tunjukkan.” Setelah
menyuruh Fadi dan Faryal supaya tunggunya disatu sudut rumah itu, dia
mengekori Nila ke dalam rumah. Semasa mahu menjinjit tangga ada juga
dia bertanya serba sikit tentang orang tuanya Eddy. Dikatanya mereka
sudah pulang ke rumah untuk rehat sebab baru, Tuan Kamil Arsyad baru
saja tiba dari Jepun semalam malam.
Tiba
saja ditingkat dua Nila menunjuk ke arah balkoni. Seorang anak muda
sedang duduk termenung dikerusi. Sebelum Nila dapat membuka mulut
memanggil Issac, suara sesorang dari bawa memanggil Nila terlebih
dahulu. “Awak pergilah. Saya turun sekejap.” Lutfiyah angguk
kecil sambil melihat Nila menuruni tangga.
Setelah
kelibat Nila hilang dari pandangan, Lutfiyah kembali melihat anak
muda yang masih tidak berganjak dari tadi. Nafas ditarik dalam. Kotak
yang dalam genggaman diperbetulkan. Dengan Bismillah, dia mula
menapak menghampiri Issac. Anak muda itu tidak berpaling ke arahnya
tetapi hanya merenung jauh pandangan yang luas didepannya.
“Assalammualaikum
Issac.”
Anak
muda itu memandang sekilas Lutfiyah sebelum kembali menyambung apa
yang dibuatnya sebentar tadi. “Waalaikumsalam.” Perlahan saja
suara itu menyapa.
Lutfiyah
mengambil tempat duduk dikerusi kosong sebelah Issac. Kedua-dua diam
seketika melayan perasaan sendiri. Lutfiyah sedang mengatur kata-kata
untuk Issac. Nafas dalam diambil. “Salam takziah atas pemergian
papa kamu.” Issac tidak membalas. Hanya merenung ke depan. Kosong.
“Aunty
sebenarnya disini kerana amanah terakhir arwah papa kamu. Dia suruh
aunty
beri kotak ini kepada kamu.” Kotak kayu atas ribanya dihulur kepada
Issac. Untuk beberapa saat kotak itu masih berada dalam genggamannya
sebelum Issac memusing dan mengamati kotak kayu dan muka Lutfiyah
bersilih ganti. Senyuman dan anggukkan kecil diberi Lutfiyah memberi
galakkan kepada Issac untuk mengambil kotak itu.
Dahi
Issac berkerut sebelum tangannya teragak-agak mencapai kotak kayu itu
dari Lutfiyah. “Papa kamu kata kunci kepada kotak itu akan diberi
kepada kamu kemudian.” Jelas Lutfiya hampa bila melihat Issac hanya
meletak kotak kayu itu diatas riba. Sepertinya tidak mahu tahu apa
isi kandungannya.
‘Aku
dapat rasakan kebencian dia terhadap aku kerana ini dan kotak itu
satu-satunya jawapan untuk dia.’
Kata-kata
akhir Eddy melalui telefon diingatinya. Besar kemungkinan Issac
sepertinya tidak berminat dengan pemberiannya itu kerana apa yang
telah dilakukan Eddy kepadanya. Mengabainya. Memilih terjerumus dalam
dunia syaitan dari Issac. Anak lelaki didepannya itu tidak mengetahui
siapa sebenarnya lelaki yang dipanggil papa. Issac tidak tahu mengapa
Eddy tenggelam sebegitu dan kotak itu satu-satu jawapannya. Issac
tidak tahu bahawa Eddy melakukan ini semua demi anaknya. Anak yang
disayangi tetapi tidak diberi peluang untuk menunjuknya.
“Mungkin
pada kamu, papa kamu bukan seorang papa yang bertanggungjawab. Tetapi
pada masa singkat yang aunty
kenal dengan dia, aunty
dapat merasakan yang dia benar-benar sayangkan kamu. Dia melakukan
ini semua kerana kamu. Dia mengorbankan nyawanya kerana kamu.”
Issac
gelak sinis bila mendengar Lutfiyah berkata begitu. Geli hati bila
Lutfiyah mengatak bahawa papanya menyayanginya. Geli hati dia
mendengar bahawa papanya mengorban nyawa sendiri kerana dia. Papa
yang suatu ketika dahulu dia sangka telah berubah sebenarnya kembali
mengambil najis bernama dadah, dan kerana benda itu juga, papanya
pergi buat selamanya.
“Sejak
mama saya meninggal, saya tak kenal siapa lelaki yang bernama papa.
Pada saya dia tak wujud dalam buku kehidupan saya. Saya hanya ada
satu papa, iaitu uncle
Pablo.”
Mendatar suara Issac menutur apa yang difikirkannya selama ini.
Lutfiyah
dapat rasa aura yang berkecamuk dari anak muda itu. Dari kata-katanya
ia mencerminkan kemarahan Issac kepada Eddy, tetapi bila melihat
dengan dalam sepasang mata hazel persis seperti Eddy, dia dapat
melihat seorang budak kecil yang kehilangan. Seorang anak kecil yang
menagih kasih sayang ibu bapa yang tidak akan dapat dia rasakan.
“Semua
orang didunia tidak akan boleh lari dari membuat kesilapan.
Kadang-kala ia akan memakan masa yang lama untuk kita sedari bahawa
apa yang kita lakukan telah melukai orang disekeliling kita, orang
yang menyayangi kita dan orang yang amat memerlukan kita. Kita harus
juga tahu bahawa tiada istilah terlambat untuk berubah. Tiada istilah
terlambat untuk menyedari dari kesilapan. Tiada istilah terlambat
untuk meminta maaf. Allah bersikap adil. Jika DIA boleh memaafkan
dosa dan kesilapan hambanya, mengapa tidak hambanya memaafkan dosa
antara satu sama lain?”
“Aunty
tak ada ditempat saya. Aunty
tak akan faham apa yang saya rasakan.” Issac bingkas bangun
meninggalkan Lutfiyah terpinga-pinga. Langkah Issac yang mahu
menuruni tangga terhenti bila suara Lutfiyah kedengaran ditelinga.
“Betul
cakap kamu aunty
tak ada ditempat kamu, tetapi aunty
faham apa yang kamu rasakan. Papa kamu sayangkan kamu. Dia beritahu
aunty
bahawa kamulah pembakar semangatnya untuk terus berjuang hidup, untuk
berubah. Dia kesal kerana dimata kamu dia hanya orang asing yang kamu
kenali. Seorang lelaki yang hanya meminta duit dari datok kamu dan
lesap bagai angin sebelum dia datang kembali. Dia tahu kamu
membencinya. Tetapi aunty
tahu dilubuk hati kamu, ada secebis rasa sayang terhadapnya.”
Lutfiyah
maju setapak menghampiri Issac. “Mungkin sekarang kamu tak faham
pengorbanan yang telah papa kamu lakukan demi kamu. Tapi aunty
yakin satu hari kamu akan faham semuanya.” Dengan itu Issac menurun
tangga tidak sekali pun menoleh ke belakang. Lutfiyah mengeluh. Kotak
kayu yang terletak elok atas meja kecil dibalkoni itu ditatapnya.
“Kotak
itu satu-satunya jawapan.”
Semoga
jawapan itu dapat memberi ketenteraman kepada hidup anak muda bernama
Issac itu.
OMG..rasa sedih lh pulak...ish issac keep smiling ok..dh lh mama ayal kena bunuh ngan si ahdia...huh...hehe good job kak ^^
ReplyDeleteTerima kasih dik:B
Delete