Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 14 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 63

Bab 63


Angel, bangun. Kita dah sampai.”
Faryal menggosok dan dibuka perlahan matanya. Muka Issac yang dekat dengannya membuat dia tersentak. Dia baru sedar kepalanya berada dibahu lelaki itu. Merah mukanya malu dengan apa yang terjadi. Mengapalah banyak-banyak port yang ada, bahu dia juga aku cari?
Issac senyum kepadanya. “Kita dah sampai.” Tutur Issac sekali lagi.
Faryal memusing melihat sekelilingnya yang gelap. Dia membolos dirinya keluar dari kereta yang dinaiki mereka sebaik saja mendarat di lapangan terbang.
Dilihat seorang lelaki memeluk Aviya dengan erat. Matanya melilau melihat perseketirannya. Sebuah rumah agam berdiri didepannya kini. Sekeliling hanya kegelapan diterangi cahaya bulan dan lampu.
Angel, come.” Issac mengajak Faryal supaya mengikuti langkahnya. Faryal menapak ke dalam. Tergamam dia melihat setiap sudut dekorasi dalam rumah itu.

Sedang matanya sibuk menilik setiap barang dan hiasan yang terdapat, pandangannya jatuh pada kelibat sesorang yang sedang berdiri dengan tongkat ditangan dihujung ruang depan itu. Langkahnya terhenti secara mendadak dan mata tidak celik memandang kelibat itu.
Wanita itu senyum kepadanya.

“Ayal.”
Ma…mama?” Dikerling Issac meminta kepastian.

Lelaki itu angguk kecil mengiakan pertanyaannya. Ditatapi wanita itu yang sedang menitiskan air mata. Pandangannya mula kabur. Hatinya mula sebak. Perlahan dibuka langkah mendekati. Setiap langkah yang diambil setiap kenangan dimbas kembali.
Kerana tidak boleh main kejar-kejar saja anak mama ni mahu jadi ceflah, hendak jadi cikgu memasaklah. Mesti ada sebab lain nikan?”
Langkah Faryal sedikit laju dari sebelumnya. Bibirnya digigit menahan tangisan. Nafas semakin kencang. Mama.
Setiap yang hidup dan bernyawa akan mati. Kita hanya dipinjamkan didunia ini. Jadi kalau mama ditakdirkan pergi dahulu, Ayal jangan sedih-sedih okay. Sebab satu hari nanti kita akan bersatu kembali.”
Ayal anak mama.” Tangan Lutfiyah terdepa luas ingin memeluk anaknya itu.
Faryal lari ke dalam tangan Lutfiyah. Dipeluk erat tubuh itu tidak mahu melepaskannya sama sekali. Lutfiyah memejamkan mata.

“Ayal anak mama.” Titik demi setitik air matanya berjuraian kembali.
Aviya dan Nat memeluk Pablo yang berada diantara mereka. Mereka turut menitiskan air mata melihat pertemuan kembali antara Faryal dan Lutfiyah. Issac senyum nipis. Tiba-tiba teringatkan orang tuanya yang tiada lagi. Dia menunduk menyembunyi rasa sedihnya. Nat yang melihat Issac, menarik lengan lelaki itu menghampiri mereka. Dia sudah anggap Issac sebahagian dari keluarga mereka. Diselerakkan rambut Issac seperti dilakukannya.
Teresak-esak Faryal dibahu Lutfiyah. Tidak dia sangka akan dapat merasa pelukan hangat Lutfiyah lagi. Dikucup bahu Lutfiyah lama. “Ayal rindu mama. Ayal rindu mama sangat-sangat.” Mendatar Faryal meluah apa yang terbuku selama ini. Rindu yang sarat terluah akhirnya.
Mama pun sayang. Mama sayang Ayal. Mama rindu dengan Ayal.” Diusap kepala Faryal berkali-kali. Rindu dia kepada anak perempuannya itu. Lama dia menanti saat ini. Tidak sangka saatnya tiba juga.
Dijarak tubuh mereka. Air mata Faryal diseka. Senyuman terlakar dibibir masing-masing. Lutfiyah mengapit muka Faryal dengan kedua belah tangannya. Dikucup bertalu-talu muka anaknya itu. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersyukur dia dapat melihat Faryal lagi. Ditarik Faryal ke dalam dakapannya sekali lagi.
Terima kasih Ya Allah kerana memberi hamba peluang bertemu kembali dengan orang yang hamba sayangi. Alhamdulillah.
Mama Fiyah, Faryal.” Nat meleraikan diri dari pelukan Pablo dan menghampiri dua beranak itu.
Faryal dan Lutfiyah menjarakkan diri tetapi tangan masing-masing masih melingkar ditubuh satu sama lain tak mahu lepas. Faryal memandang perempuan yang persis mukanya dengan Aviya. Cuma perempuan didepannya mempunyai rambut berwarna-warna.
Nat menghulur tangan. “I’m Nat the eldest among those two.” Salam perkenalan Nat disambut julingan mata Issac dan Aviya dibelakang. Faryal tersenyum dengan sikap riang Nat.
Eldest by age. Youngest in attiude.” Balas Aviya dengan sahaja.
Nat menoleh ke belakang dan menjelir lidahnya kepada Aviya sebelum menghadap Faryal kembali. “She’s just jealous. Mari I tunjuk bilik you. Boleh you bersihkan diri dan apa yang patut. Nanti you boleh sambung bersembang dengan mama Fiyah lagi.” Ajak Nat dengan ceria.
Faryal merenung Lutfiyah disebelah. Berat dia mahu berpisah dengan mamanya kembali. Dia sebenarnya takut kalau dia pergi walaupun hanya sesaat, Lutfiyah akan hilang sekali lagi.
Jangan risau angel, mama Fiyah tak akan ke mana. She’ll be here.” Kata Nat bila melihat riak wajah Faryal. Issac dibelakang berkerut dahinya bila Nat mengguna nama timangannya untuk Faryal.
Lutfiyah senyum kepada puterinya itu dan diusap pipinya Faryal. Kasihan dia melihat muka Faryal yang kepenatan. Tambah lagi parut luka diwajah anak perempuannya itu. Sungguh meruntun hatinya.

“Pergilah sayang. Mama ada dekat sini. Ayal naik pergi rehat dulu. Nanti mama usul.” Pujuk Lutfiyah meyakinkan Faryal untuk mengikuti Nat untuk naik ke atas.
Faryal akhirnya akur dan memeluk Lutfiyah sekali lagi. “Sayang mama.” Dikucup kedua pipi dan ubun-ubun Lutfiyah seperti selalu.
Me too. Pergi sana. Busuklah anak mama ni.” Gurau Lutfiyah sambil membuat mimik muka. Faryal menjuih bibirnya seketika sebelum ketawa kecil lantas mengikut jejak Nat dam Aviya ke atas.
**
Berkerut dahi Lutfiyah memikirkan apa yang bari diceritakan Issac kepadanya. Khaleed sudah melampau. Sanggup dia membuat begitu kepada darah dagingnya sendiri. Mahu saja dia kembali ke sana dan menghabiskan Khaleed dengan tangannya sendiri. Tapi bila difikirkan rancangan mereka dia terpaksa menahan diri.
Faryal saja yang memegang kesemuanya. Puterinya itulah satu-satunya kunci untuk memerangkap Khaleed yang tamakkan harta dan kedudukkan. Membayang Faryal yang manja itu membuat dia tidak yakin dengan rancangannya tiba-tiba.
Mama tak tahu kalau Ayal bersedia untuk hadapi ini semua. Mama takut kalau Khaleed apa-apakan Ayal nanti.”
Issac yang duduk bertentangan mengeluh. Dia tahu Lutfiyah tengah risaukan Faryal, tetapi dia yakin Faryal sudah lebih dari sedia.
She’s stronger than we think. She even wants to stay at Naraya to face Khaleed. Issac tahu dia dah bersedia. Apa yang dia perlukan adalah kepercayaan kita.” Balas Issac dengan tenang. Badan disandarkan ke belakang sofa.
Pablo menepuk-nepuk lembut ribanya Issac yang sedang kepenatan. “Bagaimana dengan perkahwinan Issac dan Faryal. Is it still going on?” Nat yang baru masuk ruang tamu itu bersuara lantas melabuh duduk dikerusi piano.
“Kita tangguhkan dulu.” Issac bersuara. Mereka harus selesaikan masalah ini terlebih dahulu. Lagipun dia tidak yakin Faryal dapat menerimanya setelah ketahui siapa dia sebenarnya.
Lutfiyah menggeleng tidak setuju dengan kata-katanya Issac. “No. Mama tak setuju. Kita teruskan juga. Issac seorang saja yang boleh lindungi Ayal. She needs you more than anyone else.” Anak muda itu mengeluh, buntu.
Nat menyilang kakinya. Dagu ditongkat tangannya. Memikirkan sesuatu. “Tapi dia setuju tak? Maksud Nat, dia dah tahu siapa sebenarnya Issac. You young man basically lied about who you really are. In a women’s book that is a big no-no.” Digoyang-goyang jari telunjuknya kepada Issac yang sedang memandangnya kosong.
Nat, you’re not helping.” Aviya yang diam sedari tadi bersuara. Inilah sikap kembar dua minitnya itu. Cakap melepas saja.
Bahu dijungkit Nat tidak bersalah. Aviya merenung kembarnya dengan kening yang bertaut. “I know. Just saying what I’m thinking.” Pablo menggeleng kepalanya dengan perangai anak sulungnya itu.
Issac akan balik ke Naraya besok pagi. Ada beberapa perkara yang harus diselesaikan disana. We need to regroup.”

Dia sudah menyuruh Geraldine menempah tiket untuk penerbangan pertama kembali ke Naraya. Kalau boleh dia tidak mahu meninggalkan Faryal disini. Tetapi dia terpaksa kembali ke sana. Kerjanya di FS belum selesai dan dia masih ada Khaleed yang harus diurusnya.
Lutfiyah rasa bersalah bila Issac mahu kembali ke Naraya. Kalau boleh mahu saja dia membawa semua yang dia sayangi ke sini. Tinggalkan Naraya buat selamanya. Diamati Issac dengan muka sayu dan bersalah.
Issac bangkit dari duduknya dan menghampiri Lutfiyah. Dicangkung depan Lutfiyah lantas mengenggam erat kedua belah tangan wanita yang sudah dianggap seperti mamanya.
Mama jangan risau, Issac tahu apa yang perlu dilakukan. Sekarang Ayal perlukan mama. Be with her. Biar Issac selesaikan semua dekat sana sebelum kepulangan mama dan Ayal nanti.” Lega Issac bila Lutfiyah angguk faham. Tersenyum dia bila tangan Lutfiyah naik mengusap rambut dan pipinya.
**
Issac mengurut tengkoknya yang tidak selesa. Dia menapak ingin menuju ke bilik tidurnya. Rumah agam inilah yang didudukinya setelah pemergian kedua orang tuanya. Walaupun dia disini tidak lama sebelum tinggal bersama Tuan Kamil Arsyad, tetapi akhirnya dia kembali juga ke sini untuk mengendali Daimaru International.
Kardigan yang tersarung ditubuhnya dibetulkan. Dia melihat ke luar tingkap. Terhenti langkahnya bila melihat kelibat Faryal sedang duduk dibalkoni seorang diri. Kakinya menapak menghampiri Faryal. Tubuh disandar dirangka pintu, diamati Faryal seketika.
Kenapa tak tidur?” Terperanjat Faryal dengan sergahan Issac itu. Dia paling sekilas sebelum membelakangi Issac kembali.
“Tak mengantok. Jet lag.” Balas Faryal. Kedua belah tangan naik mengusap lengannya. Kesejukkan.
Issac berdiri tegak. Mata tidak lepas memandang Faryal.

It’s cold here. Masuk dalam angel.” Arahan Issac tidak dihirau Faryal yang masih membatu. Issac mengeluh dengan kedegilan Faryal. Dia menghampiri Faryal sambil membuka kardigan yang dipakainya lantas menyarungnya ditubuh Faryal.
Faryal mendongak ke langit. Kardigan yang tersarung ditubuhnya diperbetulkan. 

 “Bulan dia cantikkan? Tapi kalau ada bintang, bulan sentiasa dilupakan.” Ditunjuk bulan penuh yang terpampang diatas langit. Menerangi dunia dengan cahayanya pada waktu malam.
Issac mengikut melihat bulan yang satu itu sebaik saja duduk disebelah Faryal. “Sebab manusia kadang-kala leka dengan berjuta berlian yang berkerlipan sehingga terlupa permata yang satu.” Dikerling Faryal disebelah yang masih mengamati bulan.
What are you thinking Angel?
Faryal senyum nipis masih teruja melihat bulan.

 “Antara bulan dan bintang, yang mana awak pilih?”

Issac gelak kecil dengan pertanyaan Faryal. Dia ingat Faryal akan bertanya tentang apa yang dia baru sahaja tahu mengenainya. Tentang rahsia mereka semua. Tetapi bidadarinya itu masih memikirkan bulan dan bintang dilangit yang tinggi.
“Bulan. Sebab bulan hanya satu. Bintang berjuta dilangit tak akan dapat menyaingi cahaya bulan yang dapat menerangi dunia. Seperti awak. Berjuta-juta perempuan didunia, hanya awak yang memiliki sekeping hati ini.”

Faryal memandang Issac disebelah. Bila lelaki itu toleh menghadapnya, matanya jatuh kepada sepasang mata hazel yang sentiasa membuat hatinya berdebar seperti sekarang.
Awak tak jumpa dengan setiap satu juta itu. Kalau awak jumpa mesti awak tak akan pandang saya.” Balas Faryal dengan perlahan.

Semua lelaki yang dia kenali sebegitu. Pandang dia hanya sekali, tetapi kalau terpandang perempuan yang mengiur seperti Ahdia, bukan sekali saja diamati tetapi berkali-kali.
“Siapa cakap? Sekarang saya pandang awak apa.”

Pandangan dilarikan Faryal. Dia tewas dengan pandangan lelaki itu. Dilihat kembali ke depan sambil membetulkan kardigan Issac yang tersarung dibadan. Bau minyak wangi lelaki itu menusuk hidungnya. Membuat dia terbuai seketika.
Mereka senyap kembali. Masing-masing melayan perasaan sendiri. “ Kembali ke sini buatkan saya teringat semua yang terjadi sepanjang saya berada disini. Debaran hari pertama menghadiri kelas. Debaran pertama kali berjauhan dengan keluarga. Debaran hidup berdikari ditempat yang asing. Nasib baik Eva, teman serumah saya banyak membantu.”
Dia dekat mana sekarang?” Soal Issac.
Dekat sini. Dia mengurus syarikat keluarganya sekarang.”

Walaupun mereka ambil jurusan yang berlainan, banyak yang dikongsi sesama sendiri. Terutama sekali bab makanan. Sekarang Eva masih menetap disini dan setahunya kawannya itu akan berpinda ke Jepun pula sebab keluarganya berada disana.
Senyuman Faryal mula pudar bila mengingati kenangan pahitnya disini. “Dekat sini juga pertama kali saya memalukan keluarga saya.”

 Kepala ditunduk seketika. Jari-jemari bermain dengan satu sama lain diatas riba. Dia mahu menangis bila mengingati setiap detik itu. Dimarahi Khaleed. Di tampar Khaleed. Tetapi Lutfiyah saja yang berpihak padanya. Mamanya saja yang mempercayainya. Kalau dia tahu siapa yang memerangkapnya tidak akan dia lepaskan orang itu begitu saja.
Issac mengamati muka Faryal yang mendung. Sukar untuk Faryal mengingatinya kembali. Dia tahu. Lutfiyah sudah ceritakan segala-gala kepadanya.

“Bukan salah awak. You’ve been framed.” Gelakkan sinis dibalas Faryal. Kelakar benar lelaki yang baru dikenalinya itu sudah tahu semua tentangnya. Tetapi dia?
Banyak yang awak tahu tentang saya. Saya ingat saya sudah tahu siapa awak sepanjang perkenalan kita. Tapi banyak yang saya tak tahu tentang awak. I wonder if I even know you. The real Issac Daimaru or should I say Izzat Danish.” Dikerling sekilas Issac.
Angin malam membuat hatinya tenang dan sejuk. Dia tidak rasa semarah kepada Issac seperti bila diketahui tentang identiti sebenar lelaki itu. Memang dia marah ketika itu sebab ditipu bulat-bulat bukan hanya oleh Issac tetapi semua yang berada disekelilingnya. Orang yang dipercayainya dan Lutfiyah.
Angel just ask me what’s playing in that head of yours. I’ll answer everything.” Mereka bertentang mata antara satu sama lain. Faryal memikir sejenak apa yang ingin dia tanyakan Issac.
Awak suka makan apa?” Dengan muka serius Faryal bertanya.
Terletus tawa lelaki itu. “Itu yang awak nak tanya saya?” Faryal angguk laju. Tersenyum dia melihat dan mendengar Issac ketawa.
Awak suka warna apa, hobi awak apa?” Soal Faryal sambil menghitung dengan jarinya.
Issac senyum lebar. Comel dia melihat telatah Faryal ketika ini. Dia ingat Faryal akan bertanya tentang rancangan mereka tetapi lain pula yang ditanya. Dia berfikir sejenak pertanyaan bertalu-talu bidadari hatinya itu.

“Hmm…Saya suka cheesecake. Terutama sekali yang awak buat.” Mata dikenyit membuat Faryal tersipu malu.
Saya suka semua warna kecuali merah jambu. Too girly. Hobi. Jangan ketawa okay.” Issac memberi amaran. Faryal angguk kecil mengiakan.
Janji?”
Janji.” Faryal mengangkat sumpah.
Issac mendekati Faryal. Ditekup telinga Faryal lantas dibisik perlahan.

“M.A.K.A.N.”

Terhambur tawanya Faryal. Polos benar jawapan lelaki itu, persis jawapannya suatu ketika dahulu kepada Lutfiyah.
Dari ekor mata Faryal dapat melihat Issac sudah mencebik. Merajuklah tu. Tapi, tetap kacak.

You promised you won’t laugh angel.” Rajuknya Issac sekejap saja. Melihat senyuman dan tawa riang Faryal membuat dia senang hati. Dia berjaya juga membuat Faryal gembira walaupun dia tahu hanya untuk seketika.
Bila tawa Faryal reda dia memandang Issac sekali lagi. Tubir matanya dikesat sebab terlalu banyak ketawa. “Last question.” Kening Issac jungkit naik menyuruh Faryal meneruskannya.
Bila awak cakap awak sayangkan saya. Do you mean it?” Dia ingin tahu itu saja. Dia tidak kisah tentag masa lalu lelaki itu atau apa yang telah terjadi. Dia berhutang kepada lelaki bernama Issac Daimaru atau Izzat Danish. Tambah lagi dia sudah jatuh sayang dengan lelaki itu. Sayang saja? Cinta sekali kot.
Senyuman manis dilakar Issac. Lesung pipitnya terserlah membuat hati Faryal tidak boleh duduk diam.

I do. Saya tak akan bohong kalau ia mengenai perasaan saya. Saya tahu sukar untuk awak percaya apa yang saya katakan setelah semua rahsia selama ini terbongkar. Tapi percayalah, cinta Issac Daimaru atau Izzat Danish hanya milik satu. Iaitu Faryal Shameena dari dulu, sekarang dan buat selama-lamanya.”

Terharu Faryal dengan kata-kata Issac. Dia tenggelam dalam sepasang mata hazel itu. Dia dapat merasa betapa ikhlas Issac bila menuturkannya. Dia senyum manis kepada lelaki yang amat dicintainya itu.
“Mama Fiyah, Nat rasa kita kahwinkan mereka secepat mungkinlah. Sebab ada orang tu nampaknya dah tak sabar.” Tersentap Faryal bila suara Nat kedengaran ditelinga. Dia pantas bangkit dari duduknya. Dia tersipu malu bila Lutfiyah turut ada bersama. Dia menunduk malu tiba-tiba.
Nat dan Lutfiyah gelak kecil dengan reaksi Faryal. Issac mencerlung matanya kepada Nat yang membalas dengan menjelir lidahnya.
Lutfiyah mengamati anak perempuannya yang teripu-sipu malu disebelah lelaki yang dia yakin akan menjadi lelaki pertama dan terakhir dalam hidup Faryal. Anak mama dah besar rupanya. Dah pandai menilai hati seseorang itu. How I wish I could still cradle you in my arms. Smother you with kisses till you giggle with laughter.
**
Pintu masuk ke pejabat ditolak kasar. Terperanjat semua pekerja FS yang sedang melakukan kerja mereka. Gerun mereka melihat Khaleed melintasi mereka dengan muka yang bengis. Tiada senyuman. Walaupun mereka sudah lali tetapi kali ini mereka dapat merasakan angin lelaki itu benar-benar tidak baik.
Terus dia menerpa bilik kerjanya Issac tanpa mengetuk terlebih dahulu. Alia yang mengambil alih kerjanya Widayah yang sedang cuti sakit berdiri secara mendadak.
Mana Izzat?” Soal Khaleed bila Issac tiada dalam bilik itu.
“B…bos belum masuk Tuan Khaleed.” Tergagap Alia membalas. Sekali-sekala menelan air liurnya. Pertama kali dia bersemuka dengan Khaleed.
Alia tunduk tidak berani menentang mata lelaki didepannya itu. Seram. “Ke mana dia pergi?” Ditanya Alia dengan suara yang lantang. Terperanjat Alia dibuatnya. Alia menjungkit bahunya tiak tahu.
Khaleed mendengus kasar.

 “Takkan satu orang pun tak tahu? Kau orang ni betul-betul tak guna. Bos seorang pun tak tahu.” Tengking Khaleed tidak puas hati dengan jawapannya Alia. Semua karyawan mula berbisik sesama sendiri bila kelibat seseorang berada dibelakang Khaleed.
“Ada banyak kerja yang mereka harus lakukan dari ambil tahu setiap gerak langkah saya. Tuan mahu apa cari saya disini?”

Khaleed merenung tajam anak muda dibelakangnya. Bila entah Issac masuk dia pun tidak pasti.
“Aku rasa kau tahu sebabnya.”
Memang dia tahu apa yang dimahukan Khaleed. Siapa lagi kalau Faryal. Setelah pulang dari Paris dia terus berjumpa dengan yang lain. Rancangan baru harus difikirkan mereka. Meninggalkan Faryal di Paris dengan kawalan ketat sedikit sebanyak menenangkan hatinya. Faryal berada jauh dari Khaleed adalah yang terbaik buat masa ini. Kini dia harus memastikan bila Faryal dan Lutfiyah kembali, Khaleed tahu dengan siapa dia sedang bermain api kini.
Issac memandang Khaleed dengan muka yang tegas. “Kita bual didalam. Alia, panggil semua ketua jabatan untuk mesyuarat lagi setengah jam.” Setiausahanya angguk akur. Issac megerling Khaleed sekilas sebelum memasuki pejabatnya.
“Saya ada setengah jam. Katakan apa yang Tuan mahu katakan.” Ujar Issac sambil mengeluarkan komputer riba dari beg bimbit yang dibawanya.
Khaleed mengamati Issac. “Mana Faryal?”
Issac mengangkat kepalanya. Kening diangkat kepada Khaleed pura-pura terperanjat dengan pertanyaan Khaleed itu.
“Bukankah dia di rumah Nek Wan? Lagipun dia anak Tuan jadi mengapa harus bertanya kepada saya pula.” Dengan gelak kecil Issac menyindir.
Khaleed menapak bertentangan Issac. Kedua belah tangannya mencengkam kuat dua buah kerusi didepannya.

“Kau jangan nak tipu aku. Aku yakin kau tahu dimana dia berada. Baik kau beritahu aku sekarang.” Arah Khaleed dengan bibir yang diketap, menahan kemarahan yang perlahan-lahan semakin meningkat.
Badan disandar ke belakang kerusi. Mata Issac menikam mata Khaleed yang sedang memandangnya. Tangannya naik memeluk tubuh. Senyuman herot bermain dibibir.
Tuan Khaleed, Tuan Khaleed. Tuan lupa dengan siapa Tuan sedang bercakap.”
“Aku tak kisah siapa kau. Kau cucu Tuan Kamil Arsyad ke. Kau cucu raja ke. Aku dah tak kisah lagi. Sekarang aku nak tahu dimana Faryal.” Tegang suara Khaleed. Dia tercabar dengan sikap Issac terhadapnya.
Apabila mendapat tahu bahawa Faryal tidak berada dirumah Nek Wan dia mengarah semua orangnya mencari. Bila mereka pulang dengan berita kosong tambah lagi diberitahu bahawa tiada nama Faryal dimana-mana penerbangan keluar dari Naraya, dia yakin anak muda didepan ini pasti ada melakukan sesuatu. Dengan status Tuan Kamil Arsyad dia yakin mereka pasti meminta pertolongan beberapa orang untuk membawa Faryal keluar dari sini tanpa dikesan.
Matanya menyoroti kelibat Issac yang menuju ke arah tingkap. Belakang anak muda itu dihadapnya.

“Apa Tuan mahu buat dengannya? Bunuh dia dengan melanggar lari atau bunuh dia dengan menyeksanya terlebih dulu dengan dadah, baru Tuan akan campak dia ke dalam sungai?” Soal Issac tanpa memusing ke belakang.
Tergamam Khaleed dengan pertanyaan Issac. Kejadian langgar lari Kat dan juga kematian Eddy bermain difikirannya. Macam mana budak ni tahu tentang itu? Apa kaitan dia dengan mereka? Melainkan…
Ma…macam…”
Issac berpaling menghadap Khaleed yang kelihatan terkejut. Dia sudah agak. Langkah dibuka menghampiri Khaleed. Tidak kelip Khaleed memandangnya.
“Macam mana aku tahu? Kau cuba teka. Kau tengok betul-betul siapa didepan kau sekarang.” Khaleed mengamati lelaki didepannya.
Direnung tajam sepasang anak mata hazel itu cuba mengaitkan Issac dengan kedua kejadian itu. Buntang matanya bila sepasang mata hazel yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu sebiji mata yang menikamnya sekarang. Edward Daimaru. Dirumah buruk dimana dia menahan lelaki itu. Dimana lelaki itu sudah khayal dengan dadah yang diberinya. Sepasang mata itu tidak akan sama sekali dilupanya.
Senyuman sinis Issac. Tercengang besar Khaleed bila bayangan seseorang bermain difikirannya. Senyuman Kat bila dia tidak menyukai sesuatu. Kepala digeleng berkali-kali. Tidak. Tidak. Aku sudah cari dia ke mana saja tetapi tidak dapat ditemui.
Issac? Issac Daimaru?”

 Akhirnya. Lebar senyuman Issac bila Khaleed sudah dapat tebak identiti sebenarnya.
Tangan diseluk dalam poket seluarnya. “Ingat pun. Kau tak sangkakan anak bekas teman wanita kau berada didepan kau sekarang. Anak yang kau bunuh kedua orang tuanya tanpa memikirkannya. Kau tamatkan kehidupan mereka tanpa belas kasihan.” Dengan penuh amarah Issac bertutur.
Dia berpaling dan duduk bertenggek dilengan sofa.

“Kau memang bodoh tak syak apa-apa dari hari pertama kau jumpa aku. Aku didepan mata pun kau tak dapat cam.”

Benar-benar bodoh lelaki didepannya itu. Dia sangka Khaleed dapat mengagak siapa dia tetapi lelaki itu langsung tidak mengesyaki apa-apa.
“Ma…Macam mana kau kenal dengan Fiyah?”

Keluar juga suara Khaleed setelah dia dapat menenangkan dirinya. Dipandang Issac Daimaru, lelaki yang dicari-carinya tetapi anak muda itu bagai hilang ditelan bumi. Orangnya semua tidak dapat mengesan keberadaan anak muda itu. Hanya cerita saja yang dia dengari itupun hanya desas-desus saja.
Issac gelak dan dipeluk tubuhnya. “Siapa tak kenal Puan Lutfiyah. Senang saja untuk mendekatinya apatahlagi membuat dia percayakan aku dengan syarikatnya ini. Nanti aku dah kahwin dengan Faryal, ini semua akan menjadi milik aku.”
Membakar telinga Khaleed dengan angan-angan Issac. Inilah motif anak muda itu. Ingin membalas dendam terhadap apa yang telah dilakukannya dan juga membolot kesemua harta keluarganya. Dia tidak akan membenarkan itu berlaku. Ini semua hak miliknya bukan lelaki itu.
Kau jangan nak berangan. Faryal hanya pegang 20% saham syarikat. Kau lupa surat penyerahan harta yang aku beri pada kau untuk dapat tandatangan anak-anak aku. Syer mereka sudah jatuh dalam tangan aku. Jadi akulah pemilik sah syarikat ini.” Balas Khaleed sambil menunding ke dirinya sendiri.
Issac berdiri tegak. Senyuman sinis tak pernah lekang dari bibir. “Jangan yakin sangat Tuan Khaleed. Dunia ini bagai roda yang memutar. Sekarang tuan berada diatas sekejap lagi tuan akan berada dibawa. Bukan untuk seketika tetapi buat selama-lamanya.”
Baru sahaja Khaleed ingin membalas, Issac terlebih dahulu menyambung kata-katanya. “Kalau kau nak tahu, Faryal satu-satunya kunci aku untuk dapat bukan sahaja kekayaan keluarga Lutfiyah, tetapi kekayaan mertua kau dan Ivic International juga.”
Khaleed mengerdip matanya tidak faham dengan apa yang dikatakan Issac.

“Apa maksud kau?”
Issac gelak sambil menggeleng kepalanya. “Kau tak tahu? Kasihan-kasihan. Untuk pengetahuan kau, Tok Wan telah membuat wasiat baru dimana semua harta kekayaannya termasuk Ivic International akan dimiliki Faryal sebaik saja dia mencecah dua puluh tahun. Bukan diagih-agihkan kepada badan-badan kebajikan yang kau sangkakan.”
Terdiam Khaleed. Setahunya wasiat Tok Wan itu adalah yang terakhir. Tidak sangka orang tua itu bijak dengan membuat wasiat baru tanpa dia ketahui. Tapi adakah Lutfiyah mengetahui tentang perkara itu?
Jadi aku tak heran tentang syarikat ini sebab Ivic International sepuluh ganda lebih besar, dan dengan berkahwin bersama Faryal semua akan menjadi milik aku dalam sekelip mata. Kau ambil orang tua aku. Aku ambil kekayaan keluarga kau yang tak akan pernah habis itu. Your loss my gain.” Dengan tawa dibibir Issac berkata. Senang dia melihat Khaleed mengepal tangannya menahan marah.
“Bangsat kau! Kau tahu dimana Faryalkan?” Tangan Khaleed yang ingin mendarat dimukanya ditepis kuat sehingga lelaki itu terdorong beberapa langkah ke belakang.
Riak muka Issac berubah tegang. “Memang aku tahu. Dia bakal bini aku dan aku tak akan benarkan sesiapa menyentuh hujung rambut dia pun. Terutama sekali kau.” Ditunding Khaleed.
Khaleed menerpa Issac, dicengkam kolar baju anak muda itu. “Bilang aku dimana dia sekarang.” Soal Khaleed dengan bibir yang diketap dan mata yang merah.
Gelakan sinis Issac membuat dia semakin membara.

“Kau jaga anak kau yang terlantar dekat hospital tu. Sejahat-jahat Faryal yang kau fikirkan tu, tak pernah dia mengandung anak luar nikah. Sekarang baik kau pergi.” Dicengkam kedua tangan Khaleed kuat sehingga lelaki itu melepaskan kolar bajunya. Ditolak Khaleed ke belakang tetapi tidak kuat pun, Khaleed tu lembik saja.
“Kau jangan ingat kau ada kuasa, kau boleh singkirkan aku.” Suara Khaleed dengan tegas. Dia semakin berani. Bisik hati kecil Issac.
“Aku beri amaran kepada kau. Kalau kau tak mahu rahsia terbesar kau bocor. Baik kau jauhkan diri daripada Faryal. Suruh orang kau berhenti mencari dan mengawasi Faryal dan yang lain. Kalau aku dapat tahu apa-apa jadi kepada mereka, aku akan pastikan kau akan terimanya balasannya. Sepertimana kau lakukan kepada kedua orang tua aku, begitu juga aku akan lakukan kepada kau dan anak kesayangan kau, Ahdia.” Ugut Issac tanpa senyuman dibibir.
Dia tidak bermain dengan apa yang baru dikatakannya. Kalau apa-apa jadi kepada mereka semua terutama sekali Faryal, dia akan menhabiskan Khaleed dalam sekelip mata.
This is not the end.” Kata Khaleed sebelum meninggalkan pejabat itu. Pintu ditutup kasar menunjuk kemarahannya.
Issac membetulkan kolar bajunya.

This is just the beginning Khaleed. Ini hanya permulaan.” Tawa sinis melepasi bibirnya.

6 comments:

  1. tq mai, semakin menarik dan penuh debaran fuhhh, i like....

    ReplyDelete
  2. issac..i love you!! walaupun baca mcm dia ni materialistik je...jgnlh ayal igt mcm tu..ish si khaleed ni pon pi bunuh org tak tau ke org tu anak tuan kamil arsyad..pdn muke dia..mesti meeting nnt psl saham2 kn...hehe good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....no worries issac tk materialistik:B

      Delete