Bab
62
Setapak
demi setapak diambil Faryal. Mata tidak melepasi raut wajah yang amat
dirinduinya. Raut wajah yang amat diperlukannya ketika itu. Air mata
mula mengumpul ditubir mata. Sesak dadanya dengan rasa rindu yang
menggunung. Ternga-nga sedikit mulutnya tidak percaya dengan siapa
yang berada disebelah Nek Wan.
“Mama…”
Aairah melihat Nek Wan disebelahnya sebelum kembali mengamati perempuan yang sedang menghampiri. Simpati dia melihat wajah yang penuh luka. Melihat sepasang mata yang bersinar dek air mata, hatinya menjadi sayu. Kasihan melihat satu-satunya anak perempuan Lutfiyah dalam keadaan sebegitu.
“Faryal.” Aairah melihat Nek Wan disebelahnya sebelum kembali mengamati perempuan yang sedang menghampiri. Simpati dia melihat wajah yang penuh luka. Melihat sepasang mata yang bersinar dek air mata, hatinya menjadi sayu. Kasihan melihat satu-satunya anak perempuan Lutfiyah dalam keadaan sebegitu.
Terhenti terus langkah Faryal bila namanya disebut. Mata dipejam celik beberapa kali. Ekspresi mukanya berubah. Bertaut kening Faryal memerhati Aairah. Ditilik wajah itu dengan betul.
“You’re
not mama.”
Kepala digeleng perlahan bila dia mula yakin bahawa wanita disebelah Nek Wan yang dia sangka adalah Lutfiyah sebenarnya bukan. Faizan yang baru sedar seperti Faryal melangkah masuk. Dipandang semua yang berada disitu. Dia hairan apa yang sedang berlaku.

Pandangan
jatuh pada Nek Wan yang dilihat mengenggam erat kepala tongkatnya.
“Apa ini semua Nek Wan? Apa yang sedang berlaku?”
Nek Wan menelan air liurnya. Dilihat kedua cucunya yang kelihatan bingung. Faryal yang berada beberapa langkah darinya direnung. Tersayat-sayat hatinya melihat keadaan cucunya itu.
Nek Wan menelan air liurnya. Dilihat kedua cucunya yang kelihatan bingung. Faryal yang berada beberapa langkah darinya direnung. Tersayat-sayat hatinya melihat keadaan cucunya itu.
Faizan
berdiri didepan Faryal. Melindungi sedikit tubuh Faryal dengan
tubuhnya. Entah mengapa dia rasa dia harus melindungi Faryal daripada
apa yang akan bakal diketahui mereka.
Tidak
lari anak mata Issac dari kelibat Faryal. “It’s
time for you to know the truth.”
Tergamam semua bila Issac berkata sedemikian. Semua mahu menghalang
tetapi mereka terpaksa mengalah bila melihat Faryal dan Faizan yang
sedang memerhatikan mereka.
“What
truth?
Apa yang aku dan Ayal tahu?” Soal Faizan tegas. Separuh muka Faryal
yang tidak dilindungi tubuh Faizan diamati Issac.
Sudah
masanya untuk mereka tahu. Dia akur mereka merancang tetapi Tuhan
yang menentukan. Sekarang Tuhan mahu Faryal tahu tentang rahsia
mereka. Dia ragu kalau Faryal dapat menerima. Dilihat Nek Wan
menggeleng kecil kepadanya tidak mahu dia beritahu sekarang. Dia
melarikan panadangan kepada Faizan kembali memberi jawapan kepada
gelengan itu.
“Nama
saya Izzat Danish Eddy Arsyad, CEO sementara FS Companies seperti
yang kamu kenali. Kepada Faryal saya Issac Daimaru CEO Daimaru
International.” Tutur Issac. Dia melihat riak wajah Faryal bertukar
mendung.
Berkerut
dahi Faizan. “Issac Daimaru?”
Dia pernah mendengar nama itu. Daimaru International amat terkenal bukan hanya kerana bisnes yang dilakukan mereka tetapi CEO atau pemilik yang hanya segelintir saja dapat bertemu.
Dia pernah mendengar nama itu. Daimaru International amat terkenal bukan hanya kerana bisnes yang dilakukan mereka tetapi CEO atau pemilik yang hanya segelintir saja dapat bertemu.
“Kami
semua bekerjasama dengan mama kamu kerana satu matlamat. Keadilan.
Keadilan untuk keluarga aku dan kau.” Sambung Issac kepada Faizan.
Faizan
mendengus masih tidak memahami apa yang sedang berlaku. “Apa yang
kau merepek ni? Matlamat apa untuk keluarga aku dan kau? Apa kaitan
keluarga aku dan kau?” Semakin bingung dia dibuatnya.
Nek
Wan yang sedari tadi berdiam diri akhirnya bersuara juga. “Zan, ini
semua adalah rancangan mama kamu. Sebelum mama kamu pergi dia sudah
merancang segalanya. Termasuk kemalangannya.”
Tidak
celik Faizan dan Faryal dengan apa yang baru disampaikan Nek Wan.
Faizan dan Faryal memandang Nek Wan yang menunduk kepalanya.
“Kemalangan?
You’ve
lost me.”
Alex
menapak menghampiri Faizan. “Mungkin ia lebih baik kalau kamu dan
Ayal dengar sendiri dari mama kamu.” Hisham sudah hilang ke bilik
kerja Nek Wan untuk mengambil rakaman video
Lutfiyah.
Berulang
kali Faizan menggeleng kepalanya. Ini semua tidak masuk akal. Sekejap
tentang keadilan. Selepas itu tentang kemalangan Lutfiyah yang
dikatakan sudah dirancang. Kini dia harus dengar sendiri dari mamanya
yang sudah tiada lagi. Dia meraup mukanya kasar.
“Mama
sudah tak ada. Dia sudah selamat dikebumikan. Jangan nak beritahu
perempuan ini mama, sebab aku dapat rasakan dia bukan mama.”
Ditunding Aairah disebelah Nek Wan. Kalau benar itu mamanya, dia tak
akan diam membatu. Mamanya akan mengatakan sesuatu. Mamanya akan
mendapatkan mereka terlebih dahulu.
“Dia
kembar mama.”
Semua mata jatuh kepada Faryal dibelakang Faizan. Tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut Faryal.
Semua mata jatuh kepada Faryal dibelakang Faizan. Tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut Faryal.
Faizan
memusing menghadap adiknya. Mata mereka bertembung. “Apa Ayal
cakap?” Soal Faizan mahu Faryal mengulanginya sekali lagi.
Faryal
mengerling Aairah. “Dia kembar mama. Ayal nampak gambar dalam kotak
disimpan Tok Wan.”
Masa itu dia sedang bermain sembunyi-sembunyi dengan yang lain. Bila dia sedang bersembunyi didalam almari dibilik kerja Tok Wan dia terlanggar sebuah kotak kayu. Sekeping gambar pula terkeluar dari dalamnya. Disitulah dia melihat dua perempuan yang mempunyai muka yang mirip.

Ditenung
Faizan kembali. “Dia kembar mama. Mama tak ada tahi lalat bawa
bibir. Mama panggil Ayal bukan Faryal.” Jawab Faryal dengan polos.
Bahu
Faryal dipegang Faizan. “Kenapa Ayal tak bilang abang tentang ini?”
Pertanyaan Faizan disambut jungkitan bahunya Faryal.
Masa
itu tidak pernah terlintas difikirannya untuk bertanya tentang gambar
itu. Tidak pernah sekali pun. Dia hanya ingat tentang bermain saja.
Tetapi bila melihat muka itu sebaik saja dia menjejak kaki dirumah
Nek Wan, gambar itu tiba-tiba bermain difikirannya.
“Kenapa
awak kenalkan diri awak sebagai Issac Daimaru kepada saya dan Izzat
Danish kepada yang lain?” Soal Faryal kepada Issac. Perlahan saja
Faryal bersuara. Pandangannya beralih dari Faizan kepada Issac
dibelakang.
Issac
maju setapak. Mahu saja dia mendakap Faryal. Memberitahu bahawa bukan
niatnya untuk berbohong dan menipu.
“Ini semua telah dirancang bersama mama Fiyah. Panjang ceritanya.”
“Ini semua telah dirancang bersama mama Fiyah. Panjang ceritanya.”
“Saya
mahu dengar kesemuanya.” Arah Faryal dengan pandangan kosong. Issac
angguk setuju.
“Baiklah.
Tetapi sebelum itu awak harus melihat ini. This
will make you understand.”
CD
ditayang Issac kepada mereka bila Hisham menghulur kepadanya. Faizan
angguk. Dicapai tangannya Faryal mengikuti setiap langkahnya menuju
ke ruang tamu belakang dimana rakaman itu dimainkan hanya untuk
mereka berdua.
Perasaan
Faryal dan Faizan bagaikan menaiki roller-coaster.
Sekejap naik dan sekejap turun. Mendengar sendiri dari mulut Lutfiyah
membuat mereka yakin dengan semua ini. Melihat Lutfiyah setelah
beberapa lama itu membuat mereka menitis air mata.
Sementara
menanti Faizan dan Faryal habis menonton rakaman itu, mereka diluar
sedang berbincang sesama sendiri. Nek Wan sedang berbincang dengan
Issac tentang apa yang harus mereka lakukan bila Hisham tiba
disebelahnya. Dibisik sesuatu ke telinga dan telefon bimbit yang
disua kepadanya dicapai.
“Hello
Yan.”
“Nek
Wan Ayal dan Zan ada dekat sana tak?” Soal Faizan dengan cemas.
“Dah.
Kamu dekat mana ni? Macam mana dengan Ahdia?”
Semua
mata mengamati Nek Wan bila nama Ahdia disebut. “Dia masih belum
sedarkan diri. Doktor cakap impak semasa dia jatuh mengakibatkan ada
darah beku dikepala. Tapi doktor dah mengendalikannya. Semua okay.
Cuma…”
“Cuma
apa Yan?” Tanya Nek Wan bila tutur bicara Shayaan tergantung.
Shayaan
mengeluh. Sukar untuk dia memberitahu berita itu kepada Nek Wan.
Tambah lagi ada perkara lagi penting yang harus difikirkan.
“Nanti Yan ceritakan. Izzat ada tak? Yan nak cakap dengan dia.”
“Nanti Yan ceritakan. Izzat ada tak? Yan nak cakap dengan dia.”
Nek
Wan angguk kepalanya walaupun cucunya itu tak dapat melihatnya.
Dikerling Issac yang sedang berdiri membelakangi mereka. Pandangan
dicampak ke kolam renang dibelakang rumah.
“Issac.
Yan mahu cakap dengan kamu.”
Issac menoleh. Diangkat keningnya hairan bila Shayaan mahu bercakap dengannya. Dia melangkah mendekati Nek Wan dan dicapai telefon bimbit itu.
Issac menoleh. Diangkat keningnya hairan bila Shayaan mahu bercakap dengannya. Dia melangkah mendekati Nek Wan dan dicapai telefon bimbit itu.
“Hello.”
“Kau
dengar apa yang aku nak cakapkan ni. Kau kena bawa Ayal jauh dari
sini. Papa aku sedang merancang sesuatu dekat Ayal dan aku yakin papa
akan pastikan Ayal membayar apa yang telah dia lakukan kepada Ahdia.
Aku terdengar papa memberi arahan untuk orangnya mengawasi setiap
pergerakkan Ayal. Aku yakin papa mahu membalas dendam.” Jelas
Shayaan panjang lebar dihujung talian. Matanya melilau memastikan
Khaleed atau Shariq tidak melihat apa yang sedang dilakukannya.
Issac
angguk akur. “Aku faham.”
Shayaan
berbisik bila kelibat sesorang melintas ruang itu. “Kalau boleh
malam ni juga kau bawa dia keluar. It is not safe for her to be here right now.
Wid terpaksa ditahan dekat hospital. Aku akan tengok-tengokkan dia
dekat sini. Jadi sekarang aku amanahkan adik aku dekat kau. Jaga dia
sepertimana mama aku mahu kau jaganya.”
Kini
Issac saja satu-satu harapannya. Dia tahu Khaleed tidak berani
mengapa-apakan Issac bila sudah ketahui bahawa lelaki itu adalah cucu
kepada Tuan Kamil Arsyad.
“Aku
akan hantar orang aku untuk tengokkan Wid dan keluarganya. Kau jangan
risau aku akan pastikan amanah kau selamat.” Balas Issac
menyakinkan Shayaan.
“Baiklah.
Aku kena pergi. Kalau ada apa-apa aku akan telefon kau.”
“Same
here.”
Talian dimatikan. Semua menanti Issac memberitahu mereka isi
perbualan dia dan Shayaan. Issac memandang Geraldine disebelah Alex.
Sebelum dia dapat memberi arahan pintu ruang tamu belakang dibuka.
Kelibat
Faizan dan Faryal kelihatan. “Mama aku dekat mana?” Soal Faizan.
“Selamat.”
Jawab Issac.
Nek
Wan mengamati Faryal yang membatu disebelah Faizan. Pandangan kosong
terpampar dimuka cucunya itu. Dia tahu cucunya itu sedang menerima
semua yang berlaku. Dia tahu sukar untuk menerimanya kerana dia juga
pernah melaluinya.
“Angel,
is your passport with you?”
Faryal angguk kecil. Hairan kenapa tiba-tiba Issac mengaju soalan itu
kepadanya.
Alex
menghampiri Issac. “Apa Yan cakap?” Itulah soalan yang bermain
difikirian semua.
“Faryal
tak selamat dekat sini. Khaleed tengah merancang sesuatu. Dia sudah
mengarah orang suruhannya mengawasi Faryal. Kita tak tahu bila dia
akan bertindak. Buat masa sekarang kita akan bawa Faryal keluar dari
sini.” Jelas Issac dengan tegas. Faryal mendekati tubuhnya kepada
Faizan bila abangnya itu menariknya dekat.
Semua
mula gelisah bila Issac memberi jawapan pada pertanyaan mereka.
“Uncle
Alex, I need you to get whatever paperwork we need settled A.S.A.P.”
Alex angguk akur. Hisham membawa peguam itu ke bilik kerja Nek Wan
untuk melakukan apa yang patut.
Issac
menghadap Gerladine pula. “Kak Din, dapatkan apa saja flight yang
keluar dari sini malam ini juga.”
“Untuk
semua?”
“Me,
Faryal, Nek Wan…”
“Biar
Nek Wan disini. Kamu jangan risau. Lelaki seperti Khaleed tidak boleh
diberi muka. Bawa Faizan.” Cantas Nek Wan.
Faizan
geleng kepalanya tidak setuju dengan cadangan Nek Wan. “Kalau Zan
pergi mesti papa akan tahu yang Ayal ada dengan Zan. Aku rasa kau,
Ayal dan Aviya patut pergi. Bawa Gerald sekali.” Dipandang sekilas
Gerald yang setia berdiri dipintu utama.
Mata
Faizan menunduk kepada Faryal disebelah bila lengannya dicengkam erat
oleh adiknya itu. Dilihat Faryal mendongak sambil menggeleng
kepalanya tidak mahu ikut rancangan mereka.
“Ayal tak nak pergi. Biar Ayal berdepan dengan papa. Papa nak Ayal. Jadi biar…”
“Ayal tak nak pergi. Biar Ayal berdepan dengan papa. Papa nak Ayal. Jadi biar…”
Dicengkam
bahu Faryal tidak suka dengan apa yang baru dikatakan adiknya itu.
“Jangan nak merepek. Ayal dengar sini baik-baik. Kita tak tahu apa yang akan papa lakukan. Kalau papa boleh membunuh orang tuanya Izzat dalam sekelip mata, apalagi Ayal. Sekarang bukan masanya untuk berdegil. Your safety is the main priority right now.”

Ditarik
Faryal ke dalam dakapannya. Ubun-ubun Faryal dikucupnya.
“Ayal satu-satunya adik perempuan abang. Abang tak mahu apa-apa berlaku kepada Ayal. So please listen and do as you’re told.” Dijauhkan sedikit tubuh Faryal. Mata merayu meminta kerjasama Faryal.
Dia tak sanggup kalau apa-apa terjadi kepada Faryal. Salah dia juga atas apa terjadi kepada Ahdia. Kalau dia tidak asyik bermain dengan permainannya setelah bercakap dengan Faryal dan Widayah, pasti ini semua tidak akan berlaku. Hanya kerana dia lalai sesaat, Faryal harus hadapi semua ini. Faryal angguk kepalanya akur dengan permintaan Faizan.

Geraldine
menerpa masuk ruang itu dengan muka yang cemas. “Issac,
I can’t get any flights. Unless we fly by private jet.”
Dia sudah mencari setiap penerbangan tetapi tidak satu pun yang
dapat.
Issac
berfikir sejenak. “I’ll
handle it.
Buat masa sekarang kak Din tolong Ayal kemas barang keperluannya.
Bawa apa yang penting. Benda lain kita boleh beli saja.” Geraldine
akur dan menghampiri Faryal.
“Viya
kamu juga. Bawa Hakim dan Keith sekali. Mother
you’re coming with us.”
Nila
menggeleng. “No.
Mother
rasa baik mother
disini. Ingat tugas mother
adalah untuk menjadi seorang mama kepada Ahdia. Mother
tak boleh tinggalkan dia dalam saat genting begini.” Aviya
menggenggam lengan Nila. Kalau dia pergi siapa mahu menjaga Nila
dirumah nanti. Melainkan Nila pulang ke Paris.
“Mother
tak boleh tinggal dekat rumah sendirian. It's not safe.” Suara
Aviya tidak setuju dengan keputusan Nila.
Nila
menepuk lembut tangan anak perempuannya itu. Dia tahu Aviya risau
dengan keselamatannya.
“Tapi ini masa yang tepat untuk mother masuk jarum.” Apa yang ditutur Nila ada benarnya. Issac merenung Nila dan Aviya bersilir ganti. Aviya mahu dia menghalang sementara Nila mahu persetujuannya.

akhirnya angguk setuju. “Biar aunty
Nila tinggal dengan kak Din sementara kamu dua tak ada. Okay tak
aunty?”
Cadangan Geraldine meredakan sedikit rasa risau Aviya.
Aairah
yang dari tadi menjadi pemerhati bersama Nek Wan bersuara. “Macam
mana dengan flight
Issac?”
Issac
senyum nipis kepada Aairah. Sementara itu dia melihat kelibat
Geraldine dan Faryal naik ke atas diikuti oleh Faizan. Aviya dan Nila
sudah menapak meninggalkan rumah mahu mengambil barang dirumah
mereka.
“Saya
tahu siapa yang boleh bantu.” Telefon bimbitnya dikeluarkan lantas
menekan nombor yang dicarinya. Dia menanti dengan tenang untuk talian
bersambung.
“Helo,
atok.”
**
Khaleed
mengusap kepala Ahdia yang berbalut. Nasib baik tidak ada apa yang
serius berlaku kepada Ahdia. Cuma satu berita dari doktor benar-benar
buat dia terperanjat. Tidak sangka anak perempuannya bersikap sebodoh
itu.
“Papa
tahu ke siapa teman lelaki Dia?” Pertanyaan Shariq menyapa ke
telinganya.
Khaleed
menggeleng. “Setahu papa dia tak pernah serius dengan mana-mana
lelaki kalau ada pun mesti papa tahu.” Jawab Khaleed dengan dahi
yang berkerut memikirkan tenang kawan-kawan lelaki Ahdia.
“Habis
tu anak siapa yang dia kandungkan tu? Takkan dia kena rogol.”
Khaleed memandang tajam Shayaan yang bersandar didinding sebelah
pintu. Dia kurang senang dengan andaian Shayaan itu.
Shariq
yang berdiri dihujung katil merenung Ahdia tidak celik. Masih tidak
dapat mencerna wajah yang polos itu sanggup melakukan perbuatan
terkutuk itu. Tangannya naik memeluk tubuh.
“Kalau perkara ini tak terjadi mesti kita tak tahu dia sedang berbadan dua. Kalau Riq dapat lelaki tu memang nahas Riq kerjakan.” Keras Shariq melepaskan amarahnya.
“Kalau perkara ini tak terjadi mesti kita tak tahu dia sedang berbadan dua. Kalau Riq dapat lelaki tu memang nahas Riq kerjakan.” Keras Shariq melepaskan amarahnya.
Shayaan
dibelakang gelak sinis dengan reaksi Shariq itu.
“Abang tak patut salahkan lelaki itu. It takes two remember. Kalau lelaki itu bertepuk sebelah tangan pasti ini tak berlaku. Lagipun kita semua tahu diakan liar, jadi tak terperanjat pun kalau dia terlanjur. It’s old news.”

“Yan!”
Tegur Khaleed dengan mata yang membuntang. Membara dia mendengar apa
yang baru keluar dari mulut Shayaan.
Tubuh
Shayaan ditegakkan. Kedua tangan menyeluk poket seluar. Mukanya masih
bersahaja.
“It’s a fact. Cuma papa saja yang berat sebelah. Kalau papa tak manjakan dia dan beri muka sangat dekat dia, mesti dia tak besar kepala macam sekarang. Buat sesuka hati dia. Jadi sekarang papa tanggung sendiri.”

meninggalkan sisi Ahdia dan menghampiri Shayaan.
“Semakin biadap kamu dengan papakan. Kamu tak tahu apa-apa jadi jangan nak berlagak bagus sangat.” Dia diam sahaja dengan tingkah laku anaknya itu. Tetapi Shayaan kini sudah melampau.
“Semakin biadap kamu dengan papakan. Kamu tak tahu apa-apa jadi jangan nak berlagak bagus sangat.” Dia diam sahaja dengan tingkah laku anaknya itu. Tetapi Shayaan kini sudah melampau.
Mata
Shayaan merenung dalam mata Khaleed didepannya.
“Yan biadap bersebab. Cuma papa saja yang tak boleh terimanya.” Keluar juga kata-kata yang sentiasa dikatakannya. Tetapi tidak pernah diambil kisah oleh Khaleed.
“Yan biadap bersebab. Cuma papa saja yang tak boleh terimanya.” Keluar juga kata-kata yang sentiasa dikatakannya. Tetapi tidak pernah diambil kisah oleh Khaleed.
Jari
telunjuk Khaleed naik menundin tepat ke muka Shayaan. Merah mukanya
menahan marah yang amat.
“Kamu…”
“Kamu…”
“Pa…pa…”
Pantas kepala Khaleed menoleh bila mendengar suara Ahdia
memanggilnya. Tanpa lengah dia melangkah ke sebelah Ahdia kembali.
Lupa terus amarahnya terhadap Shayaan.
“Dia,
papa dekat sini sayang.” Tangan Ahdia digenggam dan kepala diusap
lembut. Syukur dia bila Ahdia sudah sedar.
Ahdia
membuka matanya sedikit. Dilihat keadaan sekelilingnya. Dipandang
Khaleed disebelah dengan dahi yang berkerut bila satu badannya mula
rasa sakit.
“Pa, Dia dekat mana? Sakit…” Mata ditutup rapat dan bibir diketap menahan sakit dikepala dan perutnya.
“Pa, Dia dekat mana? Sakit…” Mata ditutup rapat dan bibir diketap menahan sakit dikepala dan perutnya.
Shayaan
menjuling matanya melihat drama percuma didepannya itu. Meluat
melihat perhatian Khaleed terhadap Ahdia. Sendiri yang cari pasal
sendiri tanggunglah. Sekarang siapa yang memalukan? Faryal atau
Ahdia. Dia melihat tiga batang tubuh buat seketika sebelum
meninggalkan bilik itu.
“Sayang
dekat hospital. Tunggu papa panggilkan doktor.” Ujar Khaleed degan
resah bila melihat Ahdia yang sedang menahan kesakitan. Dipandang
Shariq dihujung katil.
“Riq
panggilkan doktor cepat.” Shariq angguk akur dan keluar memanggil
doktor.
Khaleed
mengusap kepala Ahdia acap kalinya. Sekali-sekala tangan Ahdia
dikucupnya lembut. “Jangan banyak bergerak sangat sayang. Badan Dia
masih belum kuat lagi.” Dicegah Ahdia yang mahu bangkit dari
pembaringannya.
Beberapa
minit kemudian doktor yang merawat Ahdia tiba dengan seorang
jururawat. “Tuan sila keluar sebentar biar saya periksa pesakit
sekejap.” Khaleed mengucup dahi Ahdia sebelum meninggalkan bilik
itu.
**
“Bila
Danish sampai nanti, orang atok ada dekat sana untuk jemput kamu.
Jaga diri kamu dekat sana. Ini tanggungjawab besar untuk kamu. Atok
akan doakan kamu semua selamat sampai. Kalau ada apa-apa telefon atok
cepat-cepat.” Pesan Tuan Kamil Arsyad kepada cucunya itu.
Issac
akur dengan pesanan Tuan Kamil Arsyad. “Baik atok, Danish faham.
Nanti dah sampai Danish telefon.” Mereka memeluk satu sama lain.
Nek
Wan tersenyum melihat keakraban Tuan Kamil Arsyad dengan Issac.
Dikerling kapal terbang disebalik tingkap ruang menunggu sebelum
pandangan jatuh kepada Faryal. Tangan naik mengusap kepala Faryal.
“Ayal jaga diri tau. Ayal jangan risau tentang semua dekat sini. Sekarang yang penting adalah keselamatan Ayal. Kalau Ayal perlukan apa-apa bilang Nek Wan okay.”
“Ayal jaga diri tau. Ayal jangan risau tentang semua dekat sini. Sekarang yang penting adalah keselamatan Ayal. Kalau Ayal perlukan apa-apa bilang Nek Wan okay.”
Faryal
angguk kecil. Dicapai tangan Nek Wan dan dikucupnya lama. “Maafkan
Ayal sebab susahkan Nek Wan semua.” Nek Wan menggeleng tidak suka
dengan ucapan Faryal.
Pipi
Faryal diusapnya. “Jangan cakap macam begitu. Kamu tak susahkan
sesiapa. Ini semua takdir. Sudah tersurat dalam buku kehidupan kamu.
Jangan salahkan diri kamu faham.” Dipeluk erat cucunya itu.
Sayang
dia kepada Faryal semakin menggunung. Cucunya itu banyak menukar
perwatakannya. Dahulu dia selalu tegas dan sukar untuk senyum tetapi
dengan kehadiran Faryal, senyuman dan tawa riang sudah sebati dengan
kehidupan hariannya.
Faizan
disebelah Faryal memaut bahu adiknya itu pula. “Adik abang jaga
diri okay. Tentang Wid dan Nek Wan insyaallah abang tengok-tengokkan
mereka dekat sini. Abang Yan pun ada. Jadi Ayal jangan risau. Abang
Zan sayang Ayal.” Didakap erat Faryal. Berat hati mahu melepaskan
Faryal pergi tambah lagi dalam saat genting sebegini.
“Ayal
pun.” Ucap Faryal didada bidang Faizan.
Nek
Wan melarikan pandangan. Hiba dia melihat pemisahan dua beradik itu.
Disenyum nipis kepada Issac dan Tuan Kamil Arsyad yang menghampiri.
“Issac, kamu jaga Ayal untuk Nek Wan ya. Dia satu-satunya cucu perempuan Nek Wan. Kalau kamu hadapi apa-apa kesulitan beritahu kami. Insyaallah kami akan tolong apa yang kami mampu disini.” Ditepuk lembut tangan Issac seperti dilakuaknnya kepada cucunya yang lain.

Wan jangan risau, saya akan jaga dia seperti nyawa saya sendiri.”
Ujar Issac meyakinkan Nek Wan.
Sempat dia mengerling Faizan dan Faryal. Faizan sedang menyeka air matanya Faryal. Tersentuh dia melihat kasih sayang antara dua beradik itu. Tidak pernah dia tahu bagaimana rasanya mempunyai adik-beradik melainkan dengan anak-anaknya Nila.

“Issac,
Ayal the plane is ready.”
Geraldine menyampaikan sebaik saja tiba disebelah lelaki itu. Issac
angguk akur.
Faryal
menghampiri Nek Wan sekali lagi. Mereka memandang satu sama lain
sebelum Faryal memeluk Nek Wan sekali lagi. “Nek Wan jaga diri.
Ayal sayang Nek Wan.” Air matanya tewas sekali lagi.
Nek
Wan mengusap kepala Faryal. Dia turut angguk berkali-kali. “Nek Wan
sayang kamu juga. Dah jangan nangis lagi bukannya kita tak berjumpa
lagikan.” Diseka air mata Faryal dengan jari-jemarinya.
“Cengenglah
adik abang ni. Eee! Berkedut muka tu nangis macam begitu.” Usik
Faizan. Faryal memukul lengan Faizan. Semua gelak dengan pertengkaran
dua beradik itu.
Issac
mengerling jam tangannya. Sudah masanya.
“Kami pergi dulu. Jom angel.” Issac bersalam dan berpeluk dengan semua yang hadir. Aviya dan Faryal juga.
“Kami pergi dulu. Jom angel.” Issac bersalam dan berpeluk dengan semua yang hadir. Aviya dan Faryal juga.
“Percayakan
Issac.” Tutur Nek Wan buat kali terakhir sebelum Faryal mengikut
langkah Aviya dan Issac menuju ke kapal terbang yang sedang menanti.
Air mata yang ditahannya dari tadi akhirnya mengalir jua.
Faizan
memaut bahu tubuh NekWan. Pandangannya juga kabur melihat pemergian
Faryal. Tangan naik melambai bila Faryal berpaling ke arah mereka.
“She’s going to be fine.” Tutur Faizan kepada Nek Wan.
“She’s going to be fine.” Tutur Faizan kepada Nek Wan.
**
Faryal
melempar pandangan ke luar tingkap kecil kapal terbang itu. Tangan
naik masih melambai kepada Nek Wan dan Faizan.
“Angel, awak okay?” Faryal angguk kecil dengan pertanyaan Issac.
“Angel, awak okay?” Faryal angguk kecil dengan pertanyaan Issac.
Lelaki
itu yang sedang berdiri disebelah kerusinya mengamatinya seketika.
Dilihat wajah Faryal yang sugul. Kepenatan dan juga kerana terlalu
banyak menitiskan air mata. Issac mengambil tempat duduk sebelah
tempat duduknya Faryal.
“Kita
nak pergi mana?” Soal Faryal pandangan tidak lari dari bangunan
yang masih ada Nek Wan dan Faizan didalamnya.
Issac
melihat Faryal disebelah.
“Paris. Ada seseorang yang mahu jumpa awak.”
Dia sudah membuat keputusan untuk membawa Faryal ke sana. Disana Faryal boleh berjumpa dengan Lutfiyah. Dia yakin ibu dan anak itu memerlukan satu sama lain disaat ini. Telefon bimbit di dalam kocek seluarnya dikeluarkan.

Paris.
Banyak kenangan disana. Pahit dan manis. Paris dimana dia meraih
segulung ijazah dan menjadi kebanggaan Lutfiyah. Tetapi sayang
Lutfiyah tidak dapat melihat dia genggamanya. Paris juga dimana dia
difitnah. Faryal memejam matanya. Dari hari jadi Eva ke dia bangun
dibilik yang asing, sehingga mendapat panggilan mengejut dari
Lutfiyah tentang kedatangan mereka yang mendadak. Perbalahan antara
dia dan Khaleed. Dia meminta Khaleed mempercayakannya tetapi sebalik
yang dia dapat. Lutfiyah ada bersamanya setiap saat dia memerlukan
seseorang. Kini Issac akan membawanya berjumpa dengan keperluannya
itu.
Kepala
berpaling menghadap Issac disebelah. Tempat duduk mereka dipisah
beberapa langkah.
“Issac.” Panggil Faryal perlahan.
“Issac.” Panggil Faryal perlahan.
“Hmm…”
Pandangan mereka bertaut. Sepasang mata hazel direnungnya dalam.
Pandangan mereka bertaut. Sepasang mata hazel direnungnya dalam.
“I’m
sorry.”
Dia rasa bersalah menarik lelaki itu ke dalam masalahnya. Dia rasa bersalah membuat lelaki itu risau. Dia rasa bersalah kerana dia lelaki itu terpaksa membawanya pergi.
Dia rasa bersalah menarik lelaki itu ke dalam masalahnya. Dia rasa bersalah membuat lelaki itu risau. Dia rasa bersalah kerana dia lelaki itu terpaksa membawanya pergi.
Bertaut
kening Issac dengan ucapan Faryal. “Don’t
be.
Awak tak bersalah apa-apa dengan saya. Saya yang sepatutnya minta
maaf dekat awak. I’ve
been lying and using you all this while.
Awak nak apa-apa? Air? Makan? Biar saya ambilkan.” Dia menukar
topik perbualan. Faryal menggeleng dengan pertanyaan Issac. Dia
kembali memandang ke luar tingkap apabila Issac bangkit untuk ke
belakang.
Beberapa
minit kemudian kelibat Issac kembali disebelahnya. Botol mineral dan
bungkusan sandwich
diletak atas meja kecil didepannya. Faryal mencapi botol air itu.
Tiba-tiba dia rasa dahaga. Issac mengambil botol itu dari tangan
Faryal bila tutup botol itu tidak dapat dibuka Faryal. Dihulurkan
kembali kepada Faryal. Saat tangan mereka bertaut bila Faryal mahu
mengambil botol itu, Issac merenung tajam ke dalam mata Faryal.
“Saya
tahu ada banyak pertanyaan yang awak mahu tanya pada saya. Tapi
sekarang awak berehat dulu. Nanti bila awak dah bersedia mahu tanya
saya, tanyalah. Saya akan jawab. Sekarang awak minum lepas tu rehat.
Nanti dah sampai saya akan kejutkan awak.” Dilepaskan botol itu
lantas mengambil tempat dikerusinya.
Faryal
meneguk sedikit air. Kepala ditunduk memandang bungkusan sandwich
atas
meja.
Percayakan
Issac.
Pesanan
terakhir Nek Wan diingatinya.
Percayakan
Issac. Diamati Issac yang sedang memejam matanya. Lelaki itu saja
yang dia ada sekarang. Abang-abangnya semua disini. Dia tidak ada
sesiapa lagi sekarang hanya Aviya dan Issac. Bolehkah aku percayakan
dia? Percayakan Issac. Dia harus percayakan lelaki itu. Tanpa Issac
pasti dia menjadi mangsanya Khaleed. Tanpa Issac dia yakin yang dia
tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Bolehkah dia percayakan
lelaki itu? Senyuman nipis terukir dibibir Faryal. Dia boleh.
“Issac.”
Mata Issac dibuka bila mendengar suara Faryal memanggilnya. Senyuman nipis dari Faryal dijamah matanya.
Mata Issac dibuka bila mendengar suara Faryal memanggilnya. Senyuman nipis dari Faryal dijamah matanya.
“Terima
kasih.” Ucap Faryal seikhlas hatinya. Dia berhutang budi dengan
lelaki bermata hijau itu. Issac membalas senyumannnya dan mengangguk
kecil.
Issac
bangkit menarik kerusi Faryal ke belakang supaya Faryal boleh baring
dan berehat dengan selesa. Selimut diambil dari Aviya yang menghurlur
kepadanya. Diselimut tubuh Faryal. Mata Faryal memerhati setiap
tingkah lakunya Issac.
Selimut
diperbetulkan Issac. Ditenung Faryal yang kelihatan penat. “Tidur
angel.
Saya ada disini.” Faryal angguk. Dia melihat Issac kembali duduk
ditempatnya. Perlahan matanya mula rasa berat. Muka Issac yang senyum
kepadanya adalah apa perkara terakhir yang dilihatnya sebelum dia
melelapkan mata.
tq mai sbb buat citer yg paling besttt. citer ni buat saya sentiasa tertunggu2 setiap hari utk membacanya dan x sabar nk tahu kesudahannya.
ReplyDeleteHehe...TQ sbb sudi membaca:B
Deletekak!!tiap hari tunggu...btw lari ayal buat drama kuch kuch hota hai dgn issac..ish si ahdia yg sah2 buat kerja x senonoh boleh lg si khaleed tu bersyg2...eee bengang thp maksima..nasib si yan ade siap julingkn mata lg..knp rasa mcm kwn baik mama ayal yg kena fitnah sekali dulu tu ade terlibat as in org yg issac curiga tu..hehe good job kak^^
ReplyDeleteHahaha... tgk byk cite Hindustan ni...hahah..tkpe Mai pun giler Hindustan jugak..hmmm kawan mama ayal yg kena fitnah terlibat? Soon kot dia muncul..heheh:B
Deletememang terbaik laju2 saya baca nak lagi.
ReplyDeleteHahaha...kalau mcm ni mai kena laju2 updatelah ni...bsk Mai akan upload nxt bab..hehehe:B
Deletetq mai hari nih nk upload erk huhu x sabarnya, asal dtg pg2 ofis terus bukak blog mai dulu
ReplyDeleteHehehe...Mai dah upload..njoys:B
Delete