Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 12 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 62

Bab 62

Setapak demi setapak diambil Faryal. Mata tidak melepasi raut wajah yang amat dirinduinya. Raut wajah yang amat diperlukannya ketika itu. Air mata mula mengumpul ditubir mata. Sesak dadanya dengan rasa rindu yang menggunung. Ternga-nga sedikit mulutnya tidak percaya dengan siapa yang berada disebelah Nek Wan.
“Mama…” 

Aairah melihat Nek Wan disebelahnya sebelum kembali mengamati perempuan yang sedang menghampiri. Simpati dia melihat wajah yang penuh luka. Melihat sepasang mata yang bersinar dek air mata, hatinya menjadi sayu. Kasihan melihat satu-satunya anak perempuan Lutfiyah dalam keadaan sebegitu.
“Faryal.” 

Terhenti terus langkah Faryal bila namanya disebut. Mata dipejam celik beberapa kali. Ekspresi mukanya berubah. Bertaut kening Faryal memerhati Aairah. Ditilik wajah itu dengan betul.



You’re not mama.” 

Kepala digeleng perlahan bila dia mula yakin bahawa wanita disebelah Nek Wan yang dia sangka adalah Lutfiyah sebenarnya bukan. Faizan yang baru sedar seperti Faryal melangkah masuk. Dipandang semua yang berada disitu. Dia hairan apa yang sedang berlaku.
Pandangan jatuh pada Nek Wan yang dilihat mengenggam erat kepala tongkatnya. “Apa ini semua Nek Wan? Apa yang sedang berlaku?”

 Nek Wan menelan air liurnya. Dilihat kedua cucunya yang kelihatan bingung. Faryal yang berada beberapa langkah darinya direnung. Tersayat-sayat hatinya melihat keadaan cucunya itu.
Faizan berdiri didepan Faryal. Melindungi sedikit tubuh Faryal dengan tubuhnya. Entah mengapa dia rasa dia harus melindungi Faryal daripada apa yang akan bakal diketahui mereka.
Tidak lari anak mata Issac dari kelibat Faryal. “It’s time for you to know the truth.” Tergamam semua bila Issac berkata sedemikian. Semua mahu menghalang tetapi mereka terpaksa mengalah bila melihat Faryal dan Faizan yang sedang memerhatikan mereka.
What truth? Apa yang aku dan Ayal tahu?” Soal Faizan tegas. Separuh muka Faryal yang tidak dilindungi tubuh Faizan diamati Issac.
Sudah masanya untuk mereka tahu. Dia akur mereka merancang tetapi Tuhan yang menentukan. Sekarang Tuhan mahu Faryal tahu tentang rahsia mereka. Dia ragu kalau Faryal dapat menerima. Dilihat Nek Wan menggeleng kecil kepadanya tidak mahu dia beritahu sekarang. Dia melarikan panadangan kepada Faizan kembali memberi jawapan kepada gelengan itu.
“Nama saya Izzat Danish Eddy Arsyad, CEO sementara FS Companies seperti yang kamu kenali. Kepada Faryal saya Issac Daimaru CEO Daimaru International.” Tutur Issac. Dia melihat riak wajah Faryal bertukar mendung.
Berkerut dahi Faizan. “Issac Daimaru?”

 Dia pernah mendengar nama itu. Daimaru International amat terkenal bukan hanya kerana bisnes yang dilakukan mereka tetapi CEO atau pemilik yang hanya segelintir saja dapat bertemu.
“Kami semua bekerjasama dengan mama kamu kerana satu matlamat. Keadilan. Keadilan untuk keluarga aku dan kau.” Sambung Issac kepada Faizan.
Faizan mendengus masih tidak memahami apa yang sedang berlaku. “Apa yang kau merepek ni? Matlamat apa untuk keluarga aku dan kau? Apa kaitan keluarga aku dan kau?” Semakin bingung dia dibuatnya.
Nek Wan yang sedari tadi berdiam diri akhirnya bersuara juga. “Zan, ini semua adalah rancangan mama kamu. Sebelum mama kamu pergi dia sudah merancang segalanya. Termasuk kemalangannya.”
Tidak celik Faizan dan Faryal dengan apa yang baru disampaikan Nek Wan. Faizan dan Faryal memandang Nek Wan yang menunduk kepalanya.
Kemalangan? You’ve lost me.
Alex menapak menghampiri Faizan. “Mungkin ia lebih baik kalau kamu dan Ayal dengar sendiri dari mama kamu.” Hisham sudah hilang ke bilik kerja Nek Wan untuk mengambil rakaman video Lutfiyah.
Berulang kali Faizan menggeleng kepalanya. Ini semua tidak masuk akal. Sekejap tentang keadilan. Selepas itu tentang kemalangan Lutfiyah yang dikatakan sudah dirancang. Kini dia harus dengar sendiri dari mamanya yang sudah tiada lagi. Dia meraup mukanya kasar.
Mama sudah tak ada. Dia sudah selamat dikebumikan. Jangan nak beritahu perempuan ini mama, sebab aku dapat rasakan dia bukan mama.” Ditunding Aairah disebelah Nek Wan. Kalau benar itu mamanya, dia tak akan diam membatu. Mamanya akan mengatakan sesuatu. Mamanya akan mendapatkan mereka terlebih dahulu.
“Dia kembar mama.” 

Semua mata jatuh kepada Faryal dibelakang Faizan. Tidak percaya dengan apa yang baru keluar dari mulut Faryal.
Faizan memusing menghadap adiknya. Mata mereka bertembung. “Apa Ayal cakap?” Soal Faizan mahu Faryal mengulanginya sekali lagi.
Faryal mengerling Aairah. “Dia kembar mama. Ayal nampak gambar dalam kotak disimpan Tok Wan.” 

Masa itu dia sedang bermain sembunyi-sembunyi dengan yang lain. Bila dia sedang bersembunyi didalam almari dibilik kerja Tok Wan dia terlanggar sebuah kotak kayu. Sekeping gambar pula terkeluar dari dalamnya. Disitulah dia melihat dua perempuan yang mempunyai muka yang mirip.
Ditenung Faizan kembali. “Dia kembar mama. Mama tak ada tahi lalat bawa bibir. Mama panggil Ayal bukan Faryal.” Jawab Faryal dengan polos.
Bahu Faryal dipegang Faizan. “Kenapa Ayal tak bilang abang tentang ini?” Pertanyaan Faizan disambut jungkitan bahunya Faryal.
Masa itu tidak pernah terlintas difikirannya untuk bertanya tentang gambar itu. Tidak pernah sekali pun. Dia hanya ingat tentang bermain saja. Tetapi bila melihat muka itu sebaik saja dia menjejak kaki dirumah Nek Wan, gambar itu tiba-tiba bermain difikirannya.
Kenapa awak kenalkan diri awak sebagai Issac Daimaru kepada saya dan Izzat Danish kepada yang lain?” Soal Faryal kepada Issac. Perlahan saja Faryal bersuara. Pandangannya beralih dari Faizan kepada Issac dibelakang.
Issac maju setapak. Mahu saja dia mendakap Faryal. Memberitahu bahawa bukan niatnya untuk berbohong dan menipu. 

“Ini semua telah dirancang bersama mama Fiyah. Panjang ceritanya.”
“Saya mahu dengar kesemuanya.” Arah Faryal dengan pandangan kosong. Issac angguk setuju.
“Baiklah. Tetapi sebelum itu awak harus melihat ini. This will make you understand.CD ditayang Issac kepada mereka bila Hisham menghulur kepadanya. Faizan angguk. Dicapai tangannya Faryal mengikuti setiap langkahnya menuju ke ruang tamu belakang dimana rakaman itu dimainkan hanya untuk mereka berdua.
Perasaan Faryal dan Faizan bagaikan menaiki roller-coaster. Sekejap naik dan sekejap turun. Mendengar sendiri dari mulut Lutfiyah membuat mereka yakin dengan semua ini. Melihat Lutfiyah setelah beberapa lama itu membuat mereka menitis air mata.
Sementara menanti Faizan dan Faryal habis menonton rakaman itu, mereka diluar sedang berbincang sesama sendiri. Nek Wan sedang berbincang dengan Issac tentang apa yang harus mereka lakukan bila Hisham tiba disebelahnya. Dibisik sesuatu ke telinga dan telefon bimbit yang disua kepadanya dicapai.
“Hello Yan.”
“Nek Wan Ayal dan Zan ada dekat sana tak?” Soal Faizan dengan cemas.
“Dah. Kamu dekat mana ni? Macam mana dengan Ahdia?”
Semua mata mengamati Nek Wan bila nama Ahdia disebut. “Dia masih belum sedarkan diri. Doktor cakap impak semasa dia jatuh mengakibatkan ada darah beku dikepala. Tapi doktor dah mengendalikannya. Semua okay. Cuma…”
“Cuma apa Yan?” Tanya Nek Wan bila tutur bicara Shayaan tergantung.
Shayaan mengeluh. Sukar untuk dia memberitahu berita itu kepada Nek Wan. Tambah lagi ada perkara lagi penting yang harus difikirkan. 

“Nanti Yan ceritakan. Izzat ada tak? Yan nak cakap dengan dia.”
Nek Wan angguk kepalanya walaupun cucunya itu tak dapat melihatnya. Dikerling Issac yang sedang berdiri membelakangi mereka. Pandangan dicampak ke kolam renang dibelakang rumah.
“Issac. Yan mahu cakap dengan kamu.” 

Issac menoleh. Diangkat keningnya hairan bila Shayaan mahu bercakap dengannya. Dia melangkah mendekati Nek Wan dan dicapai telefon bimbit itu.
“Hello.”
“Kau dengar apa yang aku nak cakapkan ni. Kau kena bawa Ayal jauh dari sini. Papa aku sedang merancang sesuatu dekat Ayal dan aku yakin papa akan pastikan Ayal membayar apa yang telah dia lakukan kepada Ahdia. Aku terdengar papa memberi arahan untuk orangnya mengawasi setiap pergerakkan Ayal. Aku yakin papa mahu membalas dendam.” Jelas Shayaan panjang lebar dihujung talian. Matanya melilau memastikan Khaleed atau Shariq tidak melihat apa yang sedang dilakukannya.
Issac angguk akur. “Aku faham.”
Shayaan berbisik bila kelibat sesorang melintas ruang itu. “Kalau boleh malam ni juga kau bawa dia keluar. It is not safe for her to be here right now. Wid terpaksa ditahan dekat hospital. Aku akan tengok-tengokkan dia dekat sini. Jadi sekarang aku amanahkan adik aku dekat kau. Jaga dia sepertimana mama aku mahu kau jaganya.”
Kini Issac saja satu-satu harapannya. Dia tahu Khaleed tidak berani mengapa-apakan Issac bila sudah ketahui bahawa lelaki itu adalah cucu kepada Tuan Kamil Arsyad.
“Aku akan hantar orang aku untuk tengokkan Wid dan keluarganya. Kau jangan risau aku akan pastikan amanah kau selamat.” Balas Issac menyakinkan Shayaan.
“Baiklah. Aku kena pergi. Kalau ada apa-apa aku akan telefon kau.”
Same here.” Talian dimatikan. Semua menanti Issac memberitahu mereka isi perbualan dia dan Shayaan. Issac memandang Geraldine disebelah Alex. Sebelum dia dapat memberi arahan pintu ruang tamu belakang dibuka.
Kelibat Faizan dan Faryal kelihatan. “Mama aku dekat mana?” Soal Faizan.
Selamat.” Jawab Issac.
Nek Wan mengamati Faryal yang membatu disebelah Faizan. Pandangan kosong terpampar dimuka cucunya itu. Dia tahu cucunya itu sedang menerima semua yang berlaku. Dia tahu sukar untuk menerimanya kerana dia juga pernah melaluinya.

Angel, is your passport with you?” Faryal angguk kecil. Hairan kenapa tiba-tiba Issac mengaju soalan itu kepadanya.
Alex menghampiri Issac. “Apa Yan cakap?” Itulah soalan yang bermain difikirian semua.
“Faryal tak selamat dekat sini. Khaleed tengah merancang sesuatu. Dia sudah mengarah orang suruhannya mengawasi Faryal. Kita tak tahu bila dia akan bertindak. Buat masa sekarang kita akan bawa Faryal keluar dari sini.” Jelas Issac dengan tegas. Faryal mendekati tubuhnya kepada Faizan bila abangnya itu menariknya dekat.
Semua mula gelisah bila Issac memberi jawapan pada pertanyaan mereka.
Uncle Alex, I need you to get whatever paperwork we need settled A.S.A.P.” Alex angguk akur. Hisham membawa peguam itu ke bilik kerja Nek Wan untuk melakukan apa yang patut.
Issac menghadap Gerladine pula. “Kak Din, dapatkan apa saja flight yang keluar dari sini malam ini juga.”
“Untuk semua?”
“Me, Faryal, Nek Wan…”
“Biar Nek Wan disini. Kamu jangan risau. Lelaki seperti Khaleed tidak boleh diberi muka. Bawa Faizan.” Cantas Nek Wan.
Faizan geleng kepalanya tidak setuju dengan cadangan Nek Wan. “Kalau Zan pergi mesti papa akan tahu yang Ayal ada dengan Zan. Aku rasa kau, Ayal dan Aviya patut pergi. Bawa Gerald sekali.” Dipandang sekilas Gerald yang setia berdiri dipintu utama.
Mata Faizan menunduk kepada Faryal disebelah bila lengannya dicengkam erat oleh adiknya itu. Dilihat Faryal mendongak sambil menggeleng kepalanya tidak mahu ikut rancangan mereka. 

“Ayal tak nak pergi. Biar Ayal berdepan dengan papa. Papa nak Ayal. Jadi biar…”
Dicengkam bahu Faryal tidak suka dengan apa yang baru dikatakan adiknya itu. 

“Jangan nak merepek. Ayal dengar sini baik-baik. Kita tak tahu apa yang akan papa lakukan. Kalau papa boleh membunuh orang tuanya Izzat dalam sekelip mata, apalagi Ayal. Sekarang bukan masanya untuk berdegil. Your safety is the main priority right now.
Ditarik Faryal ke dalam dakapannya. Ubun-ubun Faryal dikucupnya.

“Ayal satu-satunya adik perempuan abang. Abang tak mahu apa-apa berlaku kepada Ayal. So please listen and do as you’re told.” Dijauhkan sedikit tubuh Faryal. Mata merayu meminta kerjasama Faryal. 

Dia tak sanggup kalau apa-apa terjadi kepada Faryal. Salah dia juga atas apa terjadi kepada Ahdia. Kalau dia tidak asyik bermain dengan permainannya setelah bercakap dengan Faryal dan Widayah, pasti ini semua tidak akan berlaku. Hanya kerana dia lalai sesaat, Faryal harus hadapi semua ini. Faryal angguk kepalanya akur dengan permintaan Faizan.
Geraldine menerpa masuk ruang itu dengan muka yang cemas. “Issac, I can’t get any flights. Unless we fly by private jet.” Dia sudah mencari setiap penerbangan tetapi tidak satu pun yang dapat.
Issac berfikir sejenak. “I’ll handle it. Buat masa sekarang kak Din tolong Ayal kemas barang keperluannya. Bawa apa yang penting. Benda lain kita boleh beli saja.” Geraldine akur dan menghampiri Faryal.
“Viya kamu juga. Bawa Hakim dan Keith sekali. Mother you’re coming with us.
Nila menggeleng. “No. Mother rasa baik mother disini. Ingat tugas mother adalah untuk menjadi seorang mama kepada Ahdia. Mother tak boleh tinggalkan dia dalam saat genting begini.” Aviya menggenggam lengan Nila. Kalau dia pergi siapa mahu menjaga Nila dirumah nanti. Melainkan Nila pulang ke Paris.
Mother tak boleh tinggal dekat rumah sendirian. It's not safe.” Suara Aviya tidak setuju dengan keputusan Nila.
Nila menepuk lembut tangan anak perempuannya itu. Dia tahu Aviya risau dengan keselamatannya. 

“Tapi ini masa yang tepat untuk mother masuk jarum.” Apa yang ditutur Nila ada benarnya. Issac merenung Nila dan Aviya bersilir ganti. Aviya mahu dia menghalang sementara Nila mahu persetujuannya.
Issac akhirnya angguk setuju. “Biar aunty Nila tinggal dengan kak Din sementara kamu dua tak ada. Okay tak aunty?” Cadangan Geraldine meredakan sedikit rasa risau Aviya.
Aairah yang dari tadi menjadi pemerhati bersama Nek Wan bersuara. “Macam mana dengan flight Issac?
Issac senyum nipis kepada Aairah. Sementara itu dia melihat kelibat Geraldine dan Faryal naik ke atas diikuti oleh Faizan. Aviya dan Nila sudah menapak meninggalkan rumah mahu mengambil barang dirumah mereka.
Saya tahu siapa yang boleh bantu.” Telefon bimbitnya dikeluarkan lantas menekan nombor yang dicarinya. Dia menanti dengan tenang untuk talian bersambung.
“Helo, atok.”
**
Khaleed mengusap kepala Ahdia yang berbalut. Nasib baik tidak ada apa yang serius berlaku kepada Ahdia. Cuma satu berita dari doktor benar-benar buat dia terperanjat. Tidak sangka anak perempuannya bersikap sebodoh itu.
“Papa tahu ke siapa teman lelaki Dia?” Pertanyaan Shariq menyapa ke telinganya.
Khaleed menggeleng. “Setahu papa dia tak pernah serius dengan mana-mana lelaki kalau ada pun mesti papa tahu.” Jawab Khaleed dengan dahi yang berkerut memikirkan tenang kawan-kawan lelaki Ahdia.
“Habis tu anak siapa yang dia kandungkan tu? Takkan dia kena rogol.” Khaleed memandang tajam Shayaan yang bersandar didinding sebelah pintu. Dia kurang senang dengan andaian Shayaan itu.
Shariq yang berdiri dihujung katil merenung Ahdia tidak celik. Masih tidak dapat mencerna wajah yang polos itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Tangannya naik memeluk tubuh. 

“Kalau perkara ini tak terjadi mesti kita tak tahu dia sedang berbadan dua. Kalau Riq dapat lelaki tu memang nahas Riq kerjakan.” Keras Shariq melepaskan amarahnya.
Shayaan dibelakang gelak sinis dengan reaksi Shariq itu. 

“Abang tak patut salahkan lelaki itu. It takes two remember. Kalau lelaki itu bertepuk sebelah tangan pasti ini tak berlaku. Lagipun kita semua tahu diakan liar, jadi tak terperanjat pun kalau dia terlanjur. It’s old news.
“Yan!” Tegur Khaleed dengan mata yang membuntang. Membara dia mendengar apa yang baru keluar dari mulut Shayaan.
Tubuh Shayaan ditegakkan. Kedua tangan menyeluk poket seluar. Mukanya masih bersahaja. 

It’s a fact. Cuma papa saja yang berat sebelah. Kalau papa tak manjakan dia dan beri muka sangat dekat dia, mesti dia tak besar kepala macam sekarang. Buat sesuka hati dia. Jadi sekarang papa tanggung sendiri.”
Khaleed meninggalkan sisi Ahdia dan menghampiri Shayaan. 

“Semakin biadap kamu dengan papakan. Kamu tak tahu apa-apa jadi jangan nak berlagak bagus sangat.” Dia diam sahaja dengan tingkah laku anaknya itu. Tetapi Shayaan kini sudah melampau.
Mata Shayaan merenung dalam mata Khaleed didepannya.

“Yan biadap bersebab. Cuma papa saja yang tak boleh terimanya.” Keluar juga kata-kata yang sentiasa dikatakannya. Tetapi tidak pernah diambil kisah oleh Khaleed.
Jari telunjuk Khaleed naik menundin tepat ke muka Shayaan. Merah mukanya menahan marah yang amat.

 “Kamu…”
“Pa…pa…” Pantas kepala Khaleed menoleh bila mendengar suara Ahdia memanggilnya. Tanpa lengah dia melangkah ke sebelah Ahdia kembali. Lupa terus amarahnya terhadap Shayaan.
“Dia, papa dekat sini sayang.” Tangan Ahdia digenggam dan kepala diusap lembut. Syukur dia bila Ahdia sudah sedar.
Ahdia membuka matanya sedikit. Dilihat keadaan sekelilingnya. Dipandang Khaleed disebelah dengan dahi yang berkerut bila satu badannya mula rasa sakit.

“Pa, Dia dekat mana? Sakit…” Mata ditutup rapat dan bibir diketap menahan sakit dikepala dan perutnya.
Shayaan menjuling matanya melihat drama percuma didepannya itu. Meluat melihat perhatian Khaleed terhadap Ahdia. Sendiri yang cari pasal sendiri tanggunglah. Sekarang siapa yang memalukan? Faryal atau Ahdia. Dia melihat tiga batang tubuh buat seketika sebelum meninggalkan bilik itu.
“Sayang dekat hospital. Tunggu papa panggilkan doktor.” Ujar Khaleed degan resah bila melihat Ahdia yang sedang menahan kesakitan. Dipandang Shariq dihujung katil.
“Riq panggilkan doktor cepat.” Shariq angguk akur dan keluar memanggil doktor.
Khaleed mengusap kepala Ahdia acap kalinya. Sekali-sekala tangan Ahdia dikucupnya lembut. “Jangan banyak bergerak sangat sayang. Badan Dia masih belum kuat lagi.” Dicegah Ahdia yang mahu bangkit dari pembaringannya.
Beberapa minit kemudian doktor yang merawat Ahdia tiba dengan seorang jururawat. “Tuan sila keluar sebentar biar saya periksa pesakit sekejap.” Khaleed mengucup dahi Ahdia sebelum meninggalkan bilik itu.
**
“Bila Danish sampai nanti, orang atok ada dekat sana untuk jemput kamu. Jaga diri kamu dekat sana. Ini tanggungjawab besar untuk kamu. Atok akan doakan kamu semua selamat sampai. Kalau ada apa-apa telefon atok cepat-cepat.” Pesan Tuan Kamil Arsyad kepada cucunya itu.
Issac akur dengan pesanan Tuan Kamil Arsyad. “Baik atok, Danish faham. Nanti dah sampai Danish telefon.” Mereka memeluk satu sama lain.
Nek Wan tersenyum melihat keakraban Tuan Kamil Arsyad dengan Issac. Dikerling kapal terbang disebalik tingkap ruang menunggu sebelum pandangan jatuh kepada Faryal. Tangan naik mengusap kepala Faryal.

“Ayal jaga diri tau. Ayal jangan risau tentang semua dekat sini. Sekarang yang penting adalah keselamatan Ayal. Kalau Ayal perlukan apa-apa bilang Nek Wan okay.”
Faryal angguk kecil. Dicapai tangan Nek Wan dan dikucupnya lama. “Maafkan Ayal sebab susahkan Nek Wan semua.” Nek Wan menggeleng tidak suka dengan ucapan Faryal.
Pipi Faryal diusapnya. “Jangan cakap macam begitu. Kamu tak susahkan sesiapa. Ini semua takdir. Sudah tersurat dalam buku kehidupan kamu. Jangan salahkan diri kamu faham.” Dipeluk erat cucunya itu.
Sayang dia kepada Faryal semakin menggunung. Cucunya itu banyak menukar perwatakannya. Dahulu dia selalu tegas dan sukar untuk senyum tetapi dengan kehadiran Faryal, senyuman dan tawa riang sudah sebati dengan kehidupan hariannya.
Faizan disebelah Faryal memaut bahu adiknya itu pula. “Adik abang jaga diri okay. Tentang Wid dan Nek Wan insyaallah abang tengok-tengokkan mereka dekat sini. Abang Yan pun ada. Jadi Ayal jangan risau. Abang Zan sayang Ayal.” Didakap erat Faryal. Berat hati mahu melepaskan Faryal pergi tambah lagi dalam saat genting sebegini.
“Ayal pun.” Ucap Faryal didada bidang Faizan.
Nek Wan melarikan pandangan. Hiba dia melihat pemisahan dua beradik itu. Disenyum nipis kepada Issac dan Tuan Kamil Arsyad yang menghampiri. 

“Issac, kamu jaga Ayal untuk Nek Wan ya. Dia satu-satunya cucu perempuan Nek Wan. Kalau kamu hadapi apa-apa kesulitan beritahu kami. Insyaallah kami akan tolong apa yang kami mampu disini.” Ditepuk lembut tangan Issac seperti dilakuaknnya kepada cucunya yang lain.
“Nek Wan jangan risau, saya akan jaga dia seperti nyawa saya sendiri.” Ujar Issac meyakinkan Nek Wan. 

Sempat dia mengerling Faizan dan Faryal. Faizan sedang menyeka air matanya Faryal. Tersentuh dia melihat kasih sayang antara dua beradik itu. Tidak pernah dia tahu bagaimana rasanya mempunyai adik-beradik melainkan dengan anak-anaknya Nila.
Issac, Ayal the plane is ready.” Geraldine menyampaikan sebaik saja tiba disebelah lelaki itu. Issac angguk akur.
Faryal menghampiri Nek Wan sekali lagi. Mereka memandang satu sama lain sebelum Faryal memeluk Nek Wan sekali lagi. “Nek Wan jaga diri. Ayal sayang Nek Wan.” Air matanya tewas sekali lagi.
Nek Wan mengusap kepala Faryal. Dia turut angguk berkali-kali. “Nek Wan sayang kamu juga. Dah jangan nangis lagi bukannya kita tak berjumpa lagikan.” Diseka air mata Faryal dengan jari-jemarinya.
“Cengenglah adik abang ni. Eee! Berkedut muka tu nangis macam begitu.” Usik Faizan. Faryal memukul lengan Faizan. Semua gelak dengan pertengkaran dua beradik itu.
Issac mengerling jam tangannya. Sudah masanya.

“Kami pergi dulu. Jom angel.” Issac bersalam dan berpeluk dengan semua yang hadir. Aviya dan Faryal juga.
“Percayakan Issac.” Tutur Nek Wan buat kali terakhir sebelum Faryal mengikut langkah Aviya dan Issac menuju ke kapal terbang yang sedang menanti. Air mata yang ditahannya dari tadi akhirnya mengalir jua.
Faizan memaut bahu tubuh NekWan. Pandangannya juga kabur melihat pemergian Faryal. Tangan naik melambai bila Faryal berpaling ke arah mereka.

 “She’s going to be fine.” Tutur Faizan kepada Nek Wan.
**
Faryal melempar pandangan ke luar tingkap kecil kapal terbang itu. Tangan naik masih melambai kepada Nek Wan dan Faizan.

 “Angel, awak okay?” Faryal angguk kecil dengan pertanyaan Issac.
Lelaki itu yang sedang berdiri disebelah kerusinya mengamatinya seketika. Dilihat wajah Faryal yang sugul. Kepenatan dan juga kerana terlalu banyak menitiskan air mata. Issac mengambil tempat duduk sebelah tempat duduknya Faryal.
Kita nak pergi mana?” Soal Faryal pandangan tidak lari dari bangunan yang masih ada Nek Wan dan Faizan didalamnya.
Issac melihat Faryal disebelah.

“Paris. Ada seseorang yang mahu jumpa awak.”

Dia sudah membuat keputusan untuk membawa Faryal ke sana. Disana Faryal boleh berjumpa dengan Lutfiyah. Dia yakin ibu dan anak itu memerlukan satu sama lain disaat ini. Telefon bimbit di dalam kocek seluarnya dikeluarkan.
Paris. Banyak kenangan disana. Pahit dan manis. Paris dimana dia meraih segulung ijazah dan menjadi kebanggaan Lutfiyah. Tetapi sayang Lutfiyah tidak dapat melihat dia genggamanya. Paris juga dimana dia difitnah. Faryal memejam matanya. Dari hari jadi Eva ke dia bangun dibilik yang asing, sehingga mendapat panggilan mengejut dari Lutfiyah tentang kedatangan mereka yang mendadak. Perbalahan antara dia dan Khaleed. Dia meminta Khaleed mempercayakannya tetapi sebalik yang dia dapat. Lutfiyah ada bersamanya setiap saat dia memerlukan seseorang. Kini Issac akan membawanya berjumpa dengan keperluannya itu.
Kepala berpaling menghadap Issac disebelah. Tempat duduk mereka dipisah beberapa langkah. 

“Issac.” Panggil Faryal perlahan.
“Hmm…”

Pandangan mereka bertaut. Sepasang mata hazel direnungnya dalam.
I’m sorry.” 

Dia rasa bersalah menarik lelaki itu ke dalam masalahnya. Dia rasa bersalah membuat lelaki itu risau. Dia rasa bersalah kerana dia lelaki itu terpaksa membawanya pergi.
Bertaut kening Issac dengan ucapan Faryal. “Don’t be. Awak tak bersalah apa-apa dengan saya. Saya yang sepatutnya minta maaf dekat awak. I’ve been lying and using you all this while. Awak nak apa-apa? Air? Makan? Biar saya ambilkan.” Dia menukar topik perbualan. Faryal menggeleng dengan pertanyaan Issac. Dia kembali memandang ke luar tingkap apabila Issac bangkit untuk ke belakang.
Beberapa minit kemudian kelibat Issac kembali disebelahnya. Botol mineral dan bungkusan sandwich diletak atas meja kecil didepannya. Faryal mencapi botol air itu. Tiba-tiba dia rasa dahaga. Issac mengambil botol itu dari tangan Faryal bila tutup botol itu tidak dapat dibuka Faryal. Dihulurkan kembali kepada Faryal. Saat tangan mereka bertaut bila Faryal mahu mengambil botol itu, Issac merenung tajam ke dalam mata Faryal.
Saya tahu ada banyak pertanyaan yang awak mahu tanya pada saya. Tapi sekarang awak berehat dulu. Nanti bila awak dah bersedia mahu tanya saya, tanyalah. Saya akan jawab. Sekarang awak minum lepas tu rehat. Nanti dah sampai saya akan kejutkan awak.” Dilepaskan botol itu lantas mengambil tempat dikerusinya.
Faryal meneguk sedikit air. Kepala ditunduk memandang bungkusan sandwich atas meja.
Percayakan Issac.
Pesanan terakhir Nek Wan diingatinya.
Percayakan Issac. Diamati Issac yang sedang memejam matanya. Lelaki itu saja yang dia ada sekarang. Abang-abangnya semua disini. Dia tidak ada sesiapa lagi sekarang hanya Aviya dan Issac. Bolehkah aku percayakan dia? Percayakan Issac. Dia harus percayakan lelaki itu. Tanpa Issac pasti dia menjadi mangsanya Khaleed. Tanpa Issac dia yakin yang dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya kini. Bolehkah dia percayakan lelaki itu? Senyuman nipis terukir dibibir Faryal. Dia boleh.
“Issac.”

 Mata Issac dibuka bila mendengar suara Faryal memanggilnya. Senyuman nipis dari Faryal dijamah matanya.
“Terima kasih.” Ucap Faryal seikhlas hatinya. Dia berhutang budi dengan lelaki bermata hijau itu. Issac membalas senyumannnya dan mengangguk kecil.
Issac bangkit menarik kerusi Faryal ke belakang supaya Faryal boleh baring dan berehat dengan selesa. Selimut diambil dari Aviya yang menghurlur kepadanya. Diselimut tubuh Faryal. Mata Faryal memerhati setiap tingkah lakunya Issac.
Selimut diperbetulkan Issac. Ditenung Faryal yang kelihatan penat. “Tidur angel. Saya ada disini.” Faryal angguk. Dia melihat Issac kembali duduk ditempatnya. Perlahan matanya mula rasa berat. Muka Issac yang senyum kepadanya adalah apa perkara terakhir yang dilihatnya sebelum dia melelapkan mata.



8 comments:

  1. tq mai sbb buat citer yg paling besttt. citer ni buat saya sentiasa tertunggu2 setiap hari utk membacanya dan x sabar nk tahu kesudahannya.

    ReplyDelete
  2. kak!!tiap hari tunggu...btw lari ayal buat drama kuch kuch hota hai dgn issac..ish si ahdia yg sah2 buat kerja x senonoh boleh lg si khaleed tu bersyg2...eee bengang thp maksima..nasib si yan ade siap julingkn mata lg..knp rasa mcm kwn baik mama ayal yg kena fitnah sekali dulu tu ade terlibat as in org yg issac curiga tu..hehe good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tgk byk cite Hindustan ni...hahah..tkpe Mai pun giler Hindustan jugak..hmmm kawan mama ayal yg kena fitnah terlibat? Soon kot dia muncul..heheh:B

      Delete
  3. memang terbaik laju2 saya baca nak lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...kalau mcm ni mai kena laju2 updatelah ni...bsk Mai akan upload nxt bab..hehehe:B

      Delete
  4. tq mai hari nih nk upload erk huhu x sabarnya, asal dtg pg2 ofis terus bukak blog mai dulu

    ReplyDelete