Bab
61
“Issac,
I’m getting married.”
Faryal melepaskan keluhan. Dipandang tasik didepannya itu. Memikir
seketika kata-kata selanjutnya.
“Nek
Wan yang setuju. Saya cuba menolak tetapi Nek Wan tak mahu dengar.
Sudah beberapa hari ini saya cuba meyakinkannya bahawa perkahwinan
ini tak akan terjadi. Tetapi dia mengugut saya bahawa dia akan
mengunci saya dalam bilik sehari sebelum saya dinikahkan.” Kepala
ditunduk melihat jari-jemari yang bermain dengan satu sama lain.
Sejak
Nek Wan menjelaskan alasan tentang perkahwinannya itu, setiap kali
bertembung dengan Nek Wan dia pasti akan cuba memujuk Nek Wan supaya
memikirkan sekali keputusan itu. Dia tahu itu adalah untuk
kebaikkannya tetapi dia tak mahu.
“Kita
lari. Kita jumpa Nek Wan sekarang. Biar saya yakinkan Nek Wan tentang
kita.” Faryal menggeleng tidak setuju.
“Nek
Wan tak mahu dengar. Saya dah cuba. I’m
sorry it has to end this way.”
Hanya Tuhan saja tahu betapa sakit hatinya terpaksa mengakhir
hubungan mereka. Sukar dia menyukai mana-mana lelaki. Sukar untuk
mana-mana lelaki menerimanya dengan seadanya.
“No.
Saya yakin ada cara lain. Saya tak boleh kehilangan awak.”
Tali
beg tangannya digenggam erat. Dia harus tahu mengapa. Dia mahu dengar
pengakuan itu buat sekian kali. “Kenapa?” Soalnya.
“Sebab
saya cintakan awak.”
“I
love you too.”
Pantas kepala Faryal berpaling ke belakang. Buntang matanya melihat
kelibat Issac sedang menyandar disebuah pokok sambil tersenyum lebar
kepadanya.
Faryal
bangkit dari duduknya. Terperanjat dia dengan kehadiran Issac itu.
“Issac! Berapa lama awak dekat sini?” Dia takut kalau lelaki itu
mendengar dialog yang direka-rekanya tadi. Mata mereke bertembung
seketika sebelum Issac menghampirinya.
“Lama
untuk dengar awak cakap yang awak cintakan saya. Roses
for my dear angel.”
Jambangan bunga ros disua kepada Faryal. Senyuman nipis diberi
Faryal. Hatinya berat mahu menerima pemberian lelaki itu bila
difikirkan nanti hati Issac akan dilukainya.
Issac
menarik pergelangan Faryal dan meletak jambangan bunga itu dalam
genggaman bidadarinya. Pemandangan tasik dibelakang Faryal ditatapnya
sebelum mengamati wajah Faryal kembali. Dahi bertaut melihat bibir
Faryal yang sedikit bengkak.
“What
happen to your lips?”
Pantas Faryal berpaling dan menapak ke kerusi kayu yang didudukinya
tadi sebelum Issac meniliknya lebih lanjut. Jari naik mengusap
bibirnya.
Faryal
gelak kecil. Jambangan bunga diletak atas riba. “Jatuh dekat
tandas. I’m
a klutz.”
Tawa kecil dilepaskan Faryal. Issac yang masih tercegat ditempat tadi
tahu Faryal menipu.
Itulah
kesan apa yang Khaleed lakukan kepada Faryal malam kelmarin. Dia
tidak bertemu dengan lelaki itu sejak pertemuan mereka di restoran.
Ada Tuan Kamil Arsyad memberitahunya bahawa Khaleed ada bertanya
kepada pekerjanya bila datuknya itu akan pulang ke Naraya.
Jawapannya? Tidak pasti.
Dia
melabuh duduk disebelah Faryal. Dipandang muka Faryal dari tepi. “Ini
sebab mengapa saya harus kahwin dengan awak secepat mungkin. Once
I’ve cleared a few things, I’ll meet Nek Wan.”
Dilihat Faryal menunduk. Dia tahu apa yang ingin disampaikan Faryal
kepadanya. Perpisahan yang akhirnya akan menemukan mereka kembali.
“Kenapa
ni? Awak tak gembira dengan apa yang saya baru katakan?”
Faryal
mengangkat kepala. Mengangguk tidak. Geleng pun tidak. Dikerling
sekilas Issac yang duduk menghadapnya sebelum memandang ke tasik
didepan. Dia tidak berani menatap sepasang mata hazel itu.
“Saya
tak tahu macam mana nak beritahu awak.” Mereka senyap seketika.
Faryal memejam mata sesaat lantas menarik nafas yang dalam cuba
mereda perasaan gementar yang sedang dirasainya.
“Issac
saya…”
“Nak
kahwin dengan pilihan Nek Wan?” Cantas Issac dengan tenang. Faryal
memusing menghadap Issac disebelah. Tercengang Faryal bila Issac
mengatakan apa yang ingin diberitahunya.
“Awak…”
“I
heard. I guess I’m too late then.”
Issac gelak kecil ingin menyembunyi rasa bersalahnya terhadap Faryal.
“I’m
sorry.”
Bisik Faryal dengan kepala yang ditunduk buat sekian kali.
Issac
geleng kepalanya. Pandangan dilempar ditasik yang luas. “Don’t
be.
Mungkin awak bukan jodoh dengan lelaki bernama Issac Daimaru. Tetapi
dengan bakal suami awak. Siapa nama lelaki bertuah tu?”
“Izzat.
Izzat Danish.” Walaupun perlahan, ia dapat didengari Issac dengan
terang. Izzat Danish itulah dia. Issac mahu mengatakan rahsia itu
kepada Faryal. Dia tidak sanggup melihat rasa bersalah dan kesedihan
Faryal, yang sepatutnya merasa itu semua adalah dia kerana dialah
yang menipu perempuan itu bulat-bulat.
“CEO
syarikat mama awak. Pilihan yang tepat. Awak jangan risau. Saya kenal
dengan dia. A
very gentleman indeed.”
Tutur Issac memuji diri sendiri.
Mahu
gelak dia saat itu tetapi melihat riak wajah Faryal yang mendung, dia
menelannya. Maafkan saya Faryal. Maafkan saya terpaksa berbohong.
Getus hati kecilnya.
“Kalau
dia pilihan keluarga awak saya tak boleh kata apa-apa. Kadang-kala
pilihan keluarga adalah yang terbaik buat kita dari pilihan hati kita
sendiri. Saya tahu awak sedang dalam dilemma sekarang. Demi keinginan
awak dan keinginan keluarga. Saya faham. Kalau saya ada ditempat
awak. Keluarga juga akan saya pilih. Kita tak boleh melawan takdir.
Ini semua sudah tertulis. Kita hanya perlu redha dan terima.”
Tersentuh hati Faryal mendengar luahan hati Issac. Pandangannya mula
kabur. Sedih kerana terpaksa melepaskan lelaki yang telah mencuri
hatinya.
Air
liur yang kesat ditelannya. Bibir diketap kuat menahan daripada
mengalirkan air mata. “Saya…”
“Love
him like how you love me. Maybe even more.
Beri peluang kepada Izzat Danish bertakhta dihati awak sepertimana
Issac Daimaru pernah singgah suatu ketika. Lelaki bernama Issac
Daimaru berakhir disini dalam hidup awak. Masa untuk awak buka
lembaran baru.” Tutur Issac dengan tenang.
Pandangan
mereka berlaga. Issac dapat melihat sinaran yang berkaca di sepasang
anak mata Faryal. Runtun hatinya melihat Faryal berperang dengan
perasaannya.
“Kita
masih boleh jadi kawankan?” Kecewa Faryal bila Issac menggeleng
kepala. Tertumpah akhirnya empangan air yang ditahannya dari tadi.
Sakit hatinya bila melihat reaksi Issac. Lelaki yang dicintainya.
“Saya
tak boleh berkawan dengan orang yang harus saya lepaskan. Orang yang
saya cintai.” Mendatar suara Issac memberi alasan. Dipandang ke
depan tidak mahu melihat air mata yang berjuraian dipipi Faryal. Air
mata yang disebabkan olehnya.
Setitik
demi setitik jatuh membasahi kelopak bunga ros yang berada diriba.
“Maafkan saya.” Ucap Faryal dengan suara yang sayu. Apa yang
Faryal tidak dapat lihat adalah mata Issac yang turut berkaca.
Issac
berdeham ingin meredah rasa bersalah dihati. “It’s
okay.
Saya kenal dengan Izzat Danish. Awak boleh percayakan dia sepertimana
mama awak percayakannya mengendali syarikatnya. Semua yang berlaku
bersebab. Semua yang berlaku ada hikmahnya.”
Air
mata dikesat Faryal dengan jari-jemarinya. Issac menghulur sapu
tangan miliknya. Faryal mengambilnya lantas mengelap pipinya yang
sudah lencun basah.
Issac
memerhati setiap gerak-geri Faryal. Perempuan yang ayu bertudung
disebelahnya. Menangis kerana terpaksa memilih antara hati dan
tanggungjawab. Mahu saja dia beritahu Faryal bahawa Issac Daimaru dan
Izzat Danish adalah orang yang sama. Hatinya menjerit terpaksa
melihat air mata menodai pipi gebu Faryal.
Mata
beralih kepada kelopak bunga ros yang mempunyai beberapa titis air
jernih dipermukaannya. “Promise
me you’ll trust him like how you trust me?”
Faryal memandang Issac yang sedang renung jambangan bunga yang
diterimanya itu.
“Promise
me you’ll lean on him like how you lean on me? Promise me you’ll
give him a chance like how you gave me? Promise me.”
Issac melihat Faryal angguk perlahan. Dia tersenyum nipis dengan
respon Faryal.
“Saya
janji.”
Nafas
ditarik Issac senang mendengar Faryal berjanji dengannya. Sukar untuk
Faryal tuturkannya tapi dia terpaksa. Dia tak mahu membuat hati Issac
yang sudah dilukainya itu semakin terluka. Ini semua kerana dia.
Pandangan
Faryal jatuh di bibir merekah Issac yang sedang menguntum senyuman
kepadanya. “Terima kasih kerana beri peluang saya, Issac Daimaru
untuk mengenal hati budi awak. Terima kasih kerana beri saya
sekepaing hati awak itu. Terima kasih kerana beri saya kenangan manis
dan lucu yang tak akan pernah saya lupakan. Mulai pertama kali saya
jumpa awak sehingga ke akhir hayat saya, awak akan sentiasa menjadi
bidadari saya. No
one can replace my angel.”
Dia bangkit dari duduknya. Dilirik Faryal yang sedang mendongak
sedikit mengamatinya.
Merah
sepasang mata dan hidung comel Faryal akibat tangisan tadi. “Jaga
diri.” Dengan itu dia melangkah pergi meninggalkan Faryal
terpinga-pinga. That’s
it?
Jambangan bunga diletak disisi dan Faryal pantas meyeluk dalam beg
tangannya mencari sesutau yang baru diingatnya.
Faryal
genggam benda itu lantas mengejar Issac yang tidak jauh dari
tempatnya itu. Dilaung kuat nama lelaki itu. “Issac!” Terhenti
langkah lelaki itu. Issac berpaling dengan raut wajah yang
tertanya-tanya. Apa yang dimahukan Faryal?
“Your
key.”
Huluran tangan Faryal dipandang Issac. Kunci yang diberinya kepada
Faryal semasa di Resort Island. Melihat kunci itu, setiap detik
bersama Faryal ditempat itu bermain difikirannya. Secara automatik
senyuman manis terlukis dimukanya. Tidak akan dia lupa saat-saat itu.
Diamati
Faryal yang sedang berdiri beberapa langkah darinya. Tangan diseluk
dalam poket. Dia membayang kotak kayu yang berada dalam laci
dibiliknya. Kotak yang memegang seribu rahsia kehidupannya. Kotak
yang hanya akan menerima kunci yang berada dalam tangan Faryal kini.
“Keep
it.
Awak akan perlukannya untuk hadiah perkahwinan awak yang akan saya
bagi nanti. See
you angel.”
Mata dikenyit. Tangan naik melambai sebelum berpaling meninggalkan
Faryal sekali lagi.
Melihat
kelibat Issac yang semakin menjauh air mata Faryal mula mengalir
sekali lagi. Cinta yang terpaksa dilepaskannya. Cinta yang datang dan
pergi. Kunci digenggam erat sehingga dia dapat merasa setiap lengkuk
kunci itu. Mata dipejam rapat.
Mama
why does love hurt? Why is it painful to say goodbye?
**
Sementara
menanti mesin pencetak menyetak beberapa keping kertas yang
diperlukannya, Hisham membelek Ipad setianya. Membalas emel yang
diterimanya. Kepingan kertas dicapainya sebaik saja ia selesai
dicetak. Dibaca sekilas apa yang tertulis diatas kertas itu sebelum
menuju ke bilik kerjanya. Dalam perjalanan dia melintas Aviya yang
sedang khusyuk menaip sesuatu dikomputer ribanya. Dikerling Aviya
semasa melepasai meja kerja perempuan itu. Mencuri-curi pandang Aviya
adalah hobi terbarunya. Sedang dari ekor mata dia mengamati Aviya,
kaki pula berjalan ke tempat tujunya.
“Aduh!”
Terjatuh
kertas dan Ipad setianya itu diatas lantai yang berkarpet itu. Nasib
baik ada permaidani. Kalau tak habislah Ipad ni. Baru saja dia mahu
menghutip, Faryal yang melanggarnya itu menghulur kepadanya terlebih
dahulu.
“Terima
kasih. Petang nanti kita makan nasi goreng mamak nak tak Ayal?”
Ajak Hisham. Dia tahu kalau bab makan Faryal mesti setuju tetapi
senyumannya sedikit kendur melihat Faryal menggeleng kepala. Senyuman
yang ditayang kepadanya pula tidak seceria selalu.
Kening
bertaut mengamati Faryal yang kelihatan sugul itu. “Kenapa ni?
Macam tertelan satu botol jus lemon saja. Cuba cerita dekat abang
Sham, mana tahu abang boleh tolong.”
“Ada
doktor boleh ubat hati Ayal tak?”
“Hah?”
Dilirik Aviya dibelakang yang sedang menggerakkan mulut mengatakan
nama Issac. Dipandang Faryal yang kelihatan sugul. Cermin mata pula
bertenggek dihidungnya. Tapi Hisham dapat melihat mata Faryal yang
sembap. Dia sudah faham apa yang dimaksudkan Faryal.
“Hati
yang sakit.” Tutur Faryal menunjuk ke dadanya.
Hisham
mengetap bibir. Rasa simpati terhadap perempuan didepannya itu.
Faryal yang selalu ceria dan penuh semangat tidak dapat dilihatnya
kini. Sepasang mata pula sudah hilang sinaran yang selalu dilihatnya.
Bahu
Faryal dipegangnya. Faryal berdiri tidak terkutik. “Macam beginilah
Ayal. Kadang-kala kita harus mengorban keinginan kita demi orang
lain. Ayal kena ingat yang kalau seseorang itu bukan untuk kita, kita
harus melepaskan mereka. Walaupun betapa sakit dan merana kita rasa
ketika itu. Kita harus percaya dan redha kepada-NYA sebab semua yang
berlaku ada hikmah disebaliknya. He’s
taking away the good to give us the best.”
Pujuk Hisham dengan berjelah. Dipandang Faryal yang merenungnya
kosong entah faham atau tidak apa yang baru dikatakannya.
Faryal
melepaskan keluhan. Cermin mata yang menorot sedikit ditolak ke atas.
“I
guess so.”
Dengan itu Faryal meninggalkan Issac tanpa menunggu tindak balas
lelaki itu. Terpinga seketika Hisham melihat kelibat Faryal semakin
menjauh.
Aviya
menjungkit bahu sebelum mencapai tas tangannya diatas meja. “Kalau
Nek Wan cari you beritahu yang I dan Ayal pergi teman Wid untuk
temujanjinya dengan doktor. Selepas itu I akan ke butik Bidadari
jumpa dengan Geraldine.” Ujar Aviya sebelum meninggalkan Hisham
juga.
Pantas
dia melangkah mengikuti jejak Faryal yang sudah jalan jauh ke depan.
Hisham turut menjungkit bahunya sebaik saja kelibat Aviya hilang dari
pandangan. Dia mula menapak ke ruang kerjanya yang terletak
dibelakang.
“Sham
kamu sudah siapkan nama-nama para jemputan untuk majilis Ayal nanti?
Kamu sudah tanya Ayal tentang senarai dia?” Soal Nek Wan yang
sedang berdiri didepan pintu bilik kerjanya sebaik saja Hisham
dilihatnya.
Hisham
menghulur kepingan kertas yang dicetaknya tadi. Nek Wan membaca
dengan teliti senarai nama untuk majilis perkahwinan Faryal nanti.
Keningnya bertaut bila melihat senarai nama yang diberi Faryal. “Ini
saja senarai Ayal? Biar betul budak ni.” Dibelek muka surat
seterusnya tetapi tidak ada.
“Sham
ada tanya dia cakap itu saja kawan yang dia ada.” Senarai nama yang
ingin dijemput Faryal hanya ada beberapa orang saja. Boleh dikira
dengan jari.
Keluhan
dilepaskan Nek Wan. Memang dia akur cucunya itu tidak banyak kawan.
Satu-satu kawan yang paling dekat pun si Widayah. “Hmm…Tak
apalah. Ayal mana?” Soal Nek Wan lantas berjalan menuju ke bilik
kerjanya disebelah bilik Hisham.
“Teman
Wid pergi temujanji dengan doktor. Lepas tu dia ada temujanji dengan
Geraldine untuk mencuba baju untuk majilis nanti. Kenapa kita tak
gunakan saja khidmat butik lain Nek Wan? Bukankah Ahdia dan Ayal akan
bertemu. Habis satu butik kecoh nanti.”
Pintu
berukiran kayu bilik Nek Wan dibuka Hisham terlebih dahulu. Nek Wan
mengambil tempat di sebalik meja kerjanya. Dipandang Hisham yang
sedang berdiri didepannya.
“Nek
Wan tak rasa begitu. Kamu perasan tak sejak pertemuan dia dengan
Issac dia sedikit pendiam. Suka sangat termenung.”
Hisham
angguk mengiakan. “Kasihan Sham tengok Ayal tu Nek Wan. Makan tak
lalu. Muka pula tak ada senyuman seperti selalu. Muka pula tak
seceria sebelum ini. Seperti yang Wid kata. Macam zombie.”
Nek Wan gelak. Ada-ada sajalah Widayah ni. Beberapa dokumen yang
telah disemaknya dihulur kepada Hisham.
Diangkat
kepalanya kepada Hisham bila mengingati sesuatu perkara penting yang
ingin dikatakan kepada Hisham. “Sebleum Nek Wan lupa, kamu tempah
empat tiket ke Paris.”
“Untuk
bila?” Nek Wan fikir sejenak.
“Open
ticket.
Nek Wan belum tahu bila mahu pergi lagi.” Hisham angguk akur.
Dicatat dalam data fikirannya.
“Pukul
berapa temujanji kita dengan Issac semua?”
“Jam
lima.” Balas Hisham. Nek Wan angguk sebelum Hisham meminta diri.
**
“Assalammualaikum!”
Laung Faryal dan Widayah didepan pintu gril Villa Nur. Dipanjangkan
leher masing-masing untuk lihat ke dalam.
“Ayal
tak ada orang ke?” Soal Widayah sambil mengibas-ngibas tangannya
kepanasan.
Faryal
mengerdip matanya. Kereta abang Zan ada dekat dalam. Tetapi pintu
tingkap semua tertutup rapat. “Abang Yan cakap abang Zan ada sebab
kerja setengah hari saja. Tengah tidur dekat atas kot. Macamlah kau
tak tahu kasanova Naraya tu, kalau dapat cuti membuta sajalah kerja
dia. Kita masuk sajalah.”
Kunci
pintu pagar dibukanya. Dilirik Stacy dan Gerald yang sedang menunggu
didalam kereta. Mereka sepatutnya berada dibutik Bidadari untuk
memilih baju tetapi Faryal meminta diri setelah memilih warna baju.
Rekaan diserahkan kepada Geraldine dan Aviya membuat pilihan. Dia
tidak ada mood
ingin
menyentuh tentang perkara itu.
Widayah
yang mengikut langkah Faryal membuka mulutnya. “Piranha
dengan papa kau tak adakan?” Faryal menggeleng. Dibuka pintu utama
dengan kunci yang masih dipegangnya.
“Tak.
Papa keluar. Si piranha
kerja, pukul enam baru dia habis. Lagipun kita datang sekejap saja.”
Sebaik saja pintu dibuka, kakinya terhenti mengamati rekaan dalaman
Villa itu.
Rindu
dia dengan tempat dia dibesarkan. Diimbas kembali setiap saat yang
diluangkan dirumah itu bersama keluarganya. Senyuman nipis terukir
bila pandangannya jatuh pada gambar keluarganya ditengah-tengah ruang
tamu itu. Kaki menapak ke sana muka Lutfiyah ditatapinya. Rindu benar
dia dengan senyuman yang dilihatnya itu.
“Kau
tahu ke selendang tu macam mana?” Pertanyaan Widayah membuat Faryal
sedar daripada merenung gambar yang tergantung elok didinding.
“Selendang
tu mama pakai masa hari perkahwinan dia. Jadi aku nak pakailah masa
hari pernikahan aku nanti. Something
to make her presence felt during that day. Kalau
orang putih cakap something
used.”
Jelas Faryal sambil menjejak kaki naik tangga untuk ke atas.
Semasa
melihat rekaan demi rekaan yang ditunjuk Geraldine tadi dia teringat
dengan selendang yang dipakainya Lutfiyah pada hari perkahwinannya.
Ada beberapa kali Lutfiyah menunjuk kepadanya, itupun kerana dia yang
mahu melihatnya. Kata Lutfiyah, selendang itu diberi sebagai hadiah
pernikahan oleh Tok Wan.
“Cepatlah.
Nanti papa kau ke piranha
tu balik habis kita kena.” Widayah menolak sedikit tubuh Faryal
didepannya. Takut sebenarnya kalau piranha
dan jaws
balik tiba-tiba. Habis kena hang mereka berdua.
“Hah!”
Terjerit mereka berdua bila disergah dengan tiba-tiba.
Muncung
sedepa mereka bila melihat Faizan sedang menggelak sakan dibelakang.
Widayah yang mengurut dada menampar lengan Faizan dengan kuat. “Hish
abang Zan ni terperanjat tahu tak.” Ujar Widayah dengan geram.
Faryal
pula hanya menjadi permerhati. Dia naik ke tingkat atas meninggalkan
Widayah. Kalau bab bergaduh dengan Faizan memang Widayahlah lawannya.
Dia tidak mahu masuk campur. Hehehe.
Tawa
Faizan semakin reda. Mug yang berada dalam genggaman dihirupnya. Mata
memerhati dua anak dara didepannya kini.
“Kamu
berdua ni masuk rumah macam penyamun. Bukan nak beri salam ke apa.”
Naik ke pinggang tangan Widayah mendengar tuduhan Faizan. Ada pula
dia panggil kita penyamun?
“Helo!
Kita dah beri salam sampai serak suara ni tahu tak. Orang yang dekat
dalam rumah ni yang pekak badak. Terpekik terlolong dari tadi tapi
tak jawab. Abang Zan tengah buat tahi mata eh?” Ditunding jari
telunjuknya pada Faizan.
Widayah
melarikan pantas jarinya bila Faizan mahu menggigitnya. Hish! Macam
harimau. Rungut Widayah dalam hati. “Suka hati cakap orang tengah
buat tahi mata eh. Abang tengah main game
bolalah. Telinga pula sumbat dengan earphone
itu sebab tak dengar sayang-sayang abang ni beri salam.” Ditunjuk
earphone
ditelinganya.
Widayah menjuling matanya sementara Faryal gelak kecil. Setiap kali
kalau Faizan dan Widayah berjumpa mesti bergaduh, macam kucing dan
anjing. Riuh satu rumah.
Faizan
gelak lantas menapak naik ke tingkat atas. Sempat dia menarik hujung
selendang yang dipakai Widayah. Pantas dia memanjat tangga bila
tangan Widayah mahu melayang. Bahaya you tamparan anak-anak dara ni.
Kalau kena mesti ada tanda nanti.
“Dah
dapat apa yang Ayal nak tak?” Ditanya kepada Faryal sebaik saja
berdiri disebelah adiknya itu ditingkat atas.
“Baru
nak pergi ambil.” Faizan angguk faham.
“Hmm…Pergi
sana ambil. Abang nak naik atas sambung main game.
Jangan ganggu abang.” Diberi peringatan kepada Faryal dan Widayah
yang sempat dicubit pipinya.
“Sengal!”
Marah Widayah. Sakit hati mendengar ketawa Faizan yang sedang naik ke
biliknya ditingkat tiga.
Dipusing
mencari kelibat Faryal. Dia menghampiri Faryal yang mahu memulas
tombol pintu bilik tidurnya Lutfiyah dan Khaleed. “Nasib baik tak
kunci. Selendang dia dekat mana?” Disoal Faryal sebaik saja
memasuki ruang tidur itu. Faryal menunjuk ke almari yang berderet
dihujung bilik itu. Mereka berdua menapak ke situ.
Dibuka
pintu almari yang setahu mereka menempat barang-barangnya Lutfiyah.
“Selendang dia macam mana Meena?” Sambil mata dan tangan bekerja
mencari selendang yang dicari-cari mereka. Mulut Widayah juga pasti
akan berjalan juga.
Faryal
berdiri tegak. Satu tangan diletak dipinggang. Bibir dimuncung
membayang selendang yang dilihatnya berkali-kali itu. “Tak salah
dalam kotak warna emas. Selendang dia warna putih ada lace
dekat hujung.” Widayah menggaru kepalanya sebelum sambung mencari
kotak yang digambarkan Faryal. Kotak emas. Kotak emas mana kau?
“Dah
jumpa!” Jerit Widayah dengan girang setelah hampir lima belas minit
buka tutup setiap pintu almari. Faryal menghampiri Widayah yang
sedang membuka kotak itu.
Terlopong
mulut Widayah dengan isi kandungan itu. Bersinar mata mereka berdua
melihat manik-manik yang keemasan diselendang itu. “Wah, cantiknya
Meena. Mesti kau cantik hari pernikahan kau nanti. Ternga-nga bos aku
tu nanti.” Tutur Widayah lantas memakai selendang itu dikepala
Faryal. Tersenyum lebar dia melihat penampilan Faryal. Kalau
dipadankan dengan baju pengantin yang sesuai mesti tercantik kawan
aku ni.
Selendang
itu dilipat Faryal dan diberinya kepada Widayah untuk disimpan
kembali dalam kotak. “Okay jomlah.” Sebelum meninggalkan bilik
itu mereka memastikan semua seperti sedia kala. Kalau tidak mesti
Khaleed akan tertanya-tanya siapa yang memasuki biliknya itu.
Baru
sahaja mereka ingin menapak ke tangga untuk ke bawah. Langkah mereka
terhenti melihat kelibat yang amat mereka kenali sedang berdiri
ditengah-tengah tangga. Muka pula galak macam mahu menelan mereka
hidup-hidup.
“Apa
kau orang buat hah?”
**
Faryal
menyorok kotak yang dipegangnya itu dibelakang. Tapi tindakan Faryal
itu dapat ditangkap Ahdia. Dipanjat tangga menghampiri dua musuh
ketatnya dari kecil lagi. Widayah melirik ke atas kalau-kalau kelibat
Faizan kelihatan dari tingkat atas.
“Apa
kau ambil tu? Kau nak curi ke? Bawa mari kotak tu.” Dipanjang
tangannya ke belakang Faryal namun Faryal lebih pantas mengelak.
“Ini
mama aku punya jadi secara automatik ini hak aku.” Tutur Faryal
masih bergelut dengan Ahdia yang tidak putus asa mahu mencapai kotak
emas itu.
Pergelutan
terhenti sebaik saja Faryal bersuara. Mata Ahdia merenung tajam
Faryal didepannya. “Mama kau mama aku juga. Jadi aku juga ada hak.”
Gelak ketawa Faryal membuat api kemarahan Ahdia meledak dengan
tiba-tiba.
“Hak?
Tak sedar diri betul. Kau tu anak angkat saja. Kau bukan darah daging
mama pun. Apa hak yang kau ada? Kau hanya ada butik saja.”
Berombak
dadanya Ahdia dengan sindiran Faryal itu. Mahu saja tangannya naik
mendarat dipipi Faryal tetapi ditahannya.
“Kurang
ajar kau. Semakin berani kau sekarang sejak tinggal dekat rumah nenek
sihir tukan.”
“Memang
aku dah berani. Nek Wan yang kau panggil nenek sihir tulah yan ubah
aku jadi begini. Dia yang sedarkan aku supaya menundukkan orang
seperti kau.” Balas Faryal dengan tegas. Tidak setapak ke belakang
pun diambilnya seperti dilakukannya dahulu.
Berkerut
dahi Ahdia melihat siapa yang berani melawannya itu. Diperhati dari
atas ke bawah. Tiada perbezaan secara fizikal. Tetap sama tetapi apa
yang dia lihat bila menikam sepasang anak mata itu adalah keyakinan.
Tiada lagi sepasang mata yang menggambarkan ketakutan dan kesedihan
yang sentiasa dilihatnya suatu ketika dahulu.
Perempuan
yang berdiri didepannya kini bukan Faryal Shameena yang dikenalinya
sejak kecil. Bukan lagi Faryal yang senang dibulinya. Bukan Faryal
yang sentiasa berdiam diri tidak berani melawannya. Perempuan
dihadapannya kini seperti apa yang Khaleed beritahu kepadanya
kelmarin. Kucing sudah membesar menjadi harimau. Harimau yang berani
menunjuk taring kalau diprovok.
“Untuk
pengetahuan kau berdua, rumah ini sekarang sudah menjadi milik aku.
Papa serahkan segala harta kepunyaannya kepada aku. Atas nama aku.
Kau berdua tak ada hak untuk datang sini lagi.”
Widayah
tergamam dengan maklumat yang baru didengarinya. Dia melirik Faryal
yang tidak kelihatan terkejut sedikit pun tetapi senyuman herot yang
bermain dibibir Faryal itu benar-benar menakutkan. Tidak pernah dia
melihat Faryal yang ini. Sepertinya Faryal sudah bertanduk dua
dikepala.
“Ada
aku kisah?” Balas Faryal dengan sahaja.
Rasa
tercabar Ahdia menyinga. “Biadap!” Direntap kasar kotak emas yang
berada dalam genggaman Faryal.
Widayah
dan Faryal terperanjat dengan tindakan luar jangakaan Ahdia itu.
Faryal menapak ke depan bila melihat Ahdia mengeluarkan selendang
putih itu dari dalam kotak. Lirikan sinis dituju kepada Faryal
“Bawa
mari selendang tu.” Baru saja Faryal merampas kembali selendang itu
Ahdia menapak ke belakang, menjauhkan diri dari Faryal.
Widayah
melihat pergelutan kedua antara Faryal dan Ahdia sekali lagi. Tidak
tahu macam mana mahu menghentikannya dengan hanya satu tangan.
“Sanalah. Kau beranikan kurang ajar dengan aku. Kau tengok apa aku
buat ni.” Ahdia yang membelakang Faryal mengoyak selendang itu
dengan seluruh tenaganya.
Terbeliak
mata Widayah dengan apa yang sudah dilakukan Ahdia. Dilihat Faryal
yang menolak Ahdia kuat sehingga jatuh terjelepuk atas lantai.
“Aduh!”
Ahdia memegang punggungnya yang rasa sakit itu. Muka berkerut menahan
sakit yang mula menjalar. Namun dia pantas berdiri tak mahu tewas
ditangan musuhnya itu. Faryal maju ke depan. Dengan mata yang galak
dan dada yang kencang dia mencengkam kuat lengan Ahdia seperti
dilakukan Khaleed kepadanya.
“Aku
sudah lama sabar dengan kau. Berani kau rosakkan selendang mama. Kau
tak tahu api mana yang kau sedang bermain.”
“Lepaslah
bodoh!” Laung Ahdia kuat cuba melepaskan cengakaman maut Faryal
itu.
Gelak
kecil kedengarang ditelinga Ahdia. “Kalau aku tak nak?” Senyuman
herot bermain dibibir Faryal.
“Meena
dahlah. Lepaskanlah si piranha
tu.” Seram sejuk Widayah melihat Faryal yang sepertinya macam
Khaleed. Faryal tidak menghiraukan permintaan Widayah. Rasa amarahnya
mengatasi segala-galanya.
“Aku
pecahkan mulut kau macam mana papa buat.” Terjerit Ahdia bila
Faryal menarik Ahdia dekat dengannya. Cengkamannya dieratkan lagi.
“Sebelum
tu aku pastikan mulut kau pecah dulu.” Bisik Faryal dengan bibir
yang diketap. Dendam yang selama ini tersirat sedang menyelam keluar.
Widayah
terpinga-pinga dipujuk Faryal sekali lagi untuk melepaskan Ahdia bila
dia melihat muka piranha yang sudah berkerut. Tambah lagi lengan
Ahdia sudah kemerahan. “Ayal dahlah. Abang Zan! Abang Zan!”
Dipanggil Faizan yang dari tadi tak kelihatan. Takkan lelaki itu tak
mendengar pertengkaran antara Faryal danWidayah?
“Lepaslah
setan!” Tangan Ahdia sedaya upaya menarik genggaman Faryal itu
tetapi gagal.
Mata
mereka menikam satu sama lain. “Aku tak akan lepaskan kau setan.”
“Kenapa
ni?” Terkejut mereka bertiga dengan sergahan tiba-tiba dibawah
tangga. Tanpa Ahdia sedari Faryal melepaskan cengakamannya secara
mendadak membuat Ahdia hilang imbangannya.
“Papa!”
“Dia!”
Nafas
Faryal dan Widayah terhenti melihat kelibat Ahdia yang sedang
terbaring lesu hujung tangga depan Khaleed. Membulat mata mereka
dengan apa yang telah berlaku.
Khaleed
mendapatkan Ahdia. Dipangku kepala anak perempuannya itu. Ditepuk
lembut pipi itu tetapi masih tidak terkutik. Mata dipejam rapat.
Cemas dia melihat Ahdia. Jari diletak depan lubang hidung Ahdia
memastikan dia masih bernafas. “Dia! Dia! Bangun sayang. Jangan
takutkan papa sayang.” Ditampar pipi dan dikucup dahi Ahdia
berkali-kali. Tetapi tiada respon juga.
Diangkat
kepalanya ditingkat atas. Pandangan tajam penuh dendam diberi
Khaleed. “Kau tengok apa kau dah buat.” Tanpa Khaleed sedari air
mata lelakinya tumpah.
Faryal
yang menekup mulutnya menggeleng-geleng kepala tidak percaya dengan
apa yang sedang berlaku dan dilihatnya. Ya Allah apa telah aku
lakukan? “Ayal…” Widayah disebelah turut membatu. Pandangannya
tidak lepas melihat sekujur tubuh Ahdia yang terdampar atas lantai.
Khaleed
bangkit dan maju menghampiri Faryal. “Kurang ajar kau!” Ditampar
pipi Faryal kuat sehingga terjelepok Faryal atas lantai. Widayah
pantas mendapatkan Faryal yang sudah menangis teresak-esak.
Khaleed
menolak tubuh Widayah ke tepi. Ditampar Faryal sekali lagi. “Aku
bunuh kau sekarang juga. Hidup susahkan aku. Sial kau!” Widayah
menerpa melindungi Faryal sekali lagi tetapi Khaleed menolaknya
sehingga dia tersungkur atas permaidani. Tangan yang patah itu mula
berdenyut. Kesakitan yang dirasai ditahannya. Didalam fikirannya kini
adalah Faryal. Faryal yang sedang ditampar berkali-kali oleh Khaleed.
“Wid!”
Terangkat kepala Widayah mendengar suara garau memanggilnya.
Dipandang Faizan yang pantas menuruni tangga.
“Abang
Zan. Ayal!”
Mencerlung
mata Faizan dengan apa yang dilihatnya. Diterpa ke arah Khaleed yang
seperti orang gila memukul Faryal bertalu-talu. “Papa
stop it!”
Faizan menarik tubuh Khaleed menjauhi Faryal.
“Jangan
masuk campur. Ini antara aku dan dia. Biar aku ajar dia cukup-cukup.”
Lantang Khaleed bersuara. Tudung Faryal yang tidak dilindungi Faizan
dicapainya. Namun tindakan seterusnya terbantut bila kedengaran suara
Shariq dibawa.
“Dia!”
Berlutut Shariq disisi Ahdia. Diletak kepala Ahdia diribanya. Tangan
memengang tangan Ahdia yang kesejukkan. Baru saja dia mahu mengangkat
Ahdia, dia berhenti. Tapak tangan dibawa pahanya Ahdia dipandangnya.
Buntang mata semua melihat tangan Shariq yang mempunyai cecair merah.
“Ya
Allah darah.” Khaleed pantas menurun tangga.
“Cepat
Riq bawa Dia pergi hospital. Cepat.” Cemas mereka dengan keadaan
Ahdia itu. Shariq tanpa lengah mengangkat tubuh Ahdia yang lemah itu
menuju ke keretanya.
Baru
saja Khaleed mahu mengikut, dia sempat berpaling memandang Faryal
yang berada dalam dakapan Faizan. “Kau jaga. Aku tak akan lepaskan
kau.” Sebaik saja amaran diberi dia berlari ke depan.
Faizan
memeluk erat Faryal yang memandang tanpa kelip kesan darah dihujung
tangga.
**
“Zan!
Macam mana?” Faizan yang sedang bersandar didinding tidak jauh dari
kerusi panjang yang diduduki Faryal melepaskan keluhan sebaik saja
melihat kembarnya itu.
“Masih
dekat dalam. Papa dan abang Riq dekat waiting
area.”
Jelas Faizan. Bila dia mahu membawa Faryal pulang ke rumah Nek Wan,
adiknya itu berdegil mahu ke hospital. Dia mahu tahu keadaan Ahdia.
Dia terpaksa mengalah. Gerald yang sedang berdiri disebelah Faryal
bagai sebuah pokok yang tidak goyah menayang muka yang tegas.
Shayaan
mengamati Faryal. Luhur hatinya melihat keadaan Faryal. Muka yang
mempunyai plaster
disana-sini ditatapnya. Dia dalam perjalanan ke rumah Nek Wan bila
dia mendapat panggilan dari Faizan memberitahunya tetang apa yang
berlaku. Jantungnya bagai direntap keluar dengan apa yang baru
didengarinya. Pantas dia memandu kereta menuju ke hospital tidak
menghiraukan had kelajuan jalan raya.
“Wid
mana?” Bila dilihat kelibat Widayah tidak berada dengan Faryal.
“Dengan
Stacy. Papa tolak dia tadi. Doktor tengah buat pemeriksaan dekat
tangan dia.” Shayaan meraup mukanya. Risau dengan keadaan Widayah
dan Faryal. Kalau dia tahu ini akan terjadi dia tidak akan benarkan
mereka pulang ke Villa itu tanpa kehadirannya.
“Kau
patut tengok muka Ayal tadi. Putih macam nampak hantu.” Tidak akan
dia lupa muka Faryal yang pucat bila melihat tompokkan darah Ahdia
dihujung tangga.
Shayaan
memeluk tubuh. Mata lari dari memandang Faryal dan dilihat kembarnya
yang sedang memandang kosong ke lantai hospital. “Apa yang
terjadi?” Shayaan dengar dengan tekun cerita kembarnya bila
ditanyakan kepada Widayah tadi.
“Kau!
Ini semua kau punya pasal! Aku tahu kau sengaja tolak dia sebab mahu
bunuh diakan? Kau pembunuh. Aku akan lapor kau dekat polis. Biar kau
meringkuk dipenjara. Jaga kau.” Suara Khaleed yang memenuhi ruang
itu membuat Shayaan dan Faizan yang sedang berbicara memusing ke arah
Faryal. Tanpa lengah mereka menghampiri Faryal yang ditolak Khaleed
kasar. Nasib baik Gerald cepat menangkap tubuh Faryal.
“Ayal
tak sengaja papa. Dia yang…” Bila Khaleed mahu mendekati Faryal,
tubuh Gerald terlebih dahulu melindungi cucu majikannya itu.
Khaleed
tidak peduli dengan mata yang sedang memandang mereka. Melihat Faryal
saja api kemarahannya meletup keluar. Apabila Faryal menafikannya dia
naik gila. “Kau masih nak berbohong? Aku nampak dengan kepala mata
aku sendiri. Kau tolak Dia dari tangga. Aku dengar kau berdua
bertekak sebaik saja aku sampai rumah. Kau memang dengkikan? Selama
ini kau cemburu dengan Dia sebab aku lebih sayangkan dia daripada
kau. Aku tahu kau memang mahu cederakan diakan?” Faryal menggeleng
kepalanya berkali-kali. Berjuraian air matanya mengalir.
Shariq
yang berada dibelakang Khaleed memaut bahu papanya itu. “Papa
dahlah.” Kasihan dia melihat dan mendengar tangisan Faryal.
Pautan
Shariq ditepis Khaleed. Dia melirik Shariq sekilas sebelum memandang
tajam Faryal. “Tidak! Papa tak akan diamkan perkara ini. Kalau
apa-apa jadi kepada Dia aku akan bunuh kau!” Ditunding jarinya pada
Faryal.
“Papa!”
Faizan dan Shariq bersuara tidak senang dengan apa yang baru
dikatakan Khaleed. Mereka tahu hubungan Faryal dan Khaleed tidak
seelok hubungan Khaleed dengan Ahdia. Tapi untuk Khaleed berkata
sebegitu ia benar-benar keterlaluan.
“Aku
tak akan lepaskan kau. Sejauh mana kau lari aku akan cari kau. Aku
akan pastikan kau terima padahnya.” Ugut Khaleed sekian kali.
Berkerut dahi anak-anak lelakinya terutama sekali Shayaan bila
Khaleed dengan berani menutur sebegitu.
Faizan
memandang Shariq. “Abang Riq.” Faizan meminta pertolongan abang
sulungnya itu. Hanya Shariq saja yang boleh menjauhkan Khaleed dari
Faryal.
Sekali
lagi tangannya memaut bahu Khaleed. “Papa tunggu dekat dalam. Mana
tahu sekejap lagi doktor keluar.”
“Ingat
kata-kata aku. Aku akan pastikan kau terima padahnya.” Setelah
menyuara amarannya yang terakhir, Khaleed mahu menyakiti Faryal
sekali lagi tetapi tubuh Gerald menghalang.
Sebaik
saja Khaleed memasuki kembali ruang menunggu Shariq melepaskan
keluhan. Diurut dahinya yang rasa berat itu. “Abang tak tahu apa
yang terjadi tapi sebaiknya kamu semua balik dulu. Nanti apa-apa
abang telefon.” Diarah adik-adiknya itu untuk pulang dahulu. Tak
ada gunanya mereka semua berada disini kalau hanya untuk
menyemarakkan lagi api kemarahan Khaleed.
“Abang
Riq.” Suara perlahan Faryal membuat dia melihat ke arah adik
perempuannya itu. Diamati muka Faryal yang luka akibat tamparan
Khaleed tadi. Melihat sepasang mata itu mengingatkannya kepada
Lutfiyah. Kalau mamanya ada pasti keluarganya tidak jadi huru-hara
sebgini.
“Ayal
tak sengaja. Dia yang hilang imbangan dan terjatuh. Ayal tak tolak
pun. Dia yang jatuh sendiri.” Faryal membela diri. Mata Shariq
pejam celik memerhatikannya.
Belakang
tengkuk diurut Shariq. Penat seluruh badannya kini. Fikirannya kusut
buat masa ini. “Abang tak boleh fikir sekarang. Bawa Ayal balik.”
Arah Shariq sekali lagi kepada pasangan kembar disebelahnya.
Faryal
meghampiri Shariq. Tangan abangnya itu dicapai. Matanya yang galak
itu merenung dalam anak mata abangnya itu. “Abang Riq percayakan
yang Ayal tak bersalah?” Berair mata Faryal melihat reaksi Shariq.
Hatinya terguris bila Shariq melarikan pandangannya ke Shayaan
dibelakang.
“Yan.”
Tangan ditarik dari genggaman Faryal lantas meninggalkan
adik-beradiknya tercegat disitu.
Entah
mengapa buat masa sekarang dia tidak mahu melihat Faryal. Melihat
Ahdia terlantar diatas lantai dan melihat Faryal diatas sedang
menangis, dia dapat tebak bahawa adiknya itu pasti yang membuat Ahdia
menjadi begitu. Hatinya sukar untuk menerima apa yang terjadi.
Mengingat layanan adik-adiknya terhadap Ahdia membuat dia menyebelahi
Ahdia. Dari kecil dialah pembelah setia Ahdia.
Tergamam
Faryal dengan tindakan Shariq. Bergetar bibirnya. Hatinya sakit
dengan penolakkan Shariq. Nafasnya bagaikan tersekat didada. “Abang
Riq tak percayakan Ayal.” Perlahan saja tutur bicaranya tetapi
dapat didengari Shayaan yang menarik tubuhnya dalam dakapan.
Dikucup
ubun-ubun Faryal. “Dia tengah terperanjat tu. Ayal jangan ambil
hati okay. Zan kau pergi hantar mereka balik dulu.” Mata melihat
kelibat Shariq hilang memasuki ruang menunggu. Mahu saja dia tumbuk
Shariq pada saat itu.Tetapi ditahannya.
Faryal
menggeleng tak mahu. “Tapi abang, Ayal nak tung…”
“Dengar
cakap abang. Sekarang bukan masanya untuk bersikap degil. Ayal
dengarkan apa papa cakap tadi. He’s
not going to let this matter slide. Now you have to listen to me.”
Terus diam Faryal bila suara Shayaan kedengaran tegas.
Faizan
disebelah direnung Shayaan. “Zan kamu pergi hantar Ayal ke rumah
Nek Wan sekarang. Kalau Wid boleh pulang abang akan suruh Stacy
hantar dia. Papa biar abang yang selesaikan. Nanti abang akan telefon
Nek Wan tentang apa yang terjadi. Pergi sekarang.” Ditolak tubuh
Faryal menghampiri Faizan.
“Abang
Ayal tak salah.” Buat sekian kali Faryal membela dirinya.
Shayaan
mengusap pipi Faryal. “Abang tahu sayang. Sekarang Ayal kena dengar
cakap abang. Abang Zan akan hantar adik balik rumah Nek Wan. Buat
masa sekarang Nek Wan saja yang boleh tolong kita. Dah pergi.”
Faizan memimpin Faryal pergi. Gerald mengikuti mereka dibelakang.
Shayaan
mengeluarkan telefon bimbitnya lantas melekapnya ditelinga. Sementara
menanti panggilan disambung, kakinya menapak mencari Widayah pula.
“Hello
Nek Wan.”
**
Talian
dimatikan sebaik saja perbualan bersama Shayaan berakhir. Nek Wan
merenung kosong meja kopi didepannya. Setiap bibit tutur bicara yang
disampaikan Shayaan dicernanya. Cuba memahami apa yang telah berlaku.
Bayangan Faryal bermain difikirannya. Mata dipejam rasa lelah
tiba-tiba.
“Kenapa
dengan Ayal Nek Wan?” Hisham yang berdiri disebelah sofa yang
diduduk Nek Wan bertanya. Risau dia melihat riak keadaan Nek Wan yang
berubah drastis setelah menamat perbualan dengan Shayaan.
Sedari
tadi tujuh pasang mata memerhati setiap perubahan riak wajah Nek Wan
bila menerima panggilan dari Shayaan. Pada mula mereka semua berbual
sesama sendiri tetapi bila nama Ahdia, Faryal dan hospital disebut
tumpuan masing-masing beralih kepada apa yang sedang dibualkan Nek
Wan.
“Ahdia
dekat hospital.” Jawab Nek Wan sedikit mendatar.
Nila
yang sudah duduk dihujung sofa bertanya. Cemas dia tiba-tiba.
“Hospital? Apa terjadi?” Mereka semua memandang sesama sendiri
sementara menanti jawapan dari Nek Wan.
“Jatuh
dari tangga. Khaleed cakap Ayal yang tolak.”
Tercengang
semua dengan berita itu. Nila menekup mulutnya sementara Aviya
disebelah mengusap lembut belakang Nila. “Macam mana dengan Ahdia?”
Sekali lagi Nila bertanya. Nek Wan mengeluh. Diangkat kepalanya dan
dipandang setiap satu wajah yang ada diruang tamunya.
“Yan
cakap Khaleed marah sangat. Dia ugut akan membuat laporan polis dan
akan pastikan Ayal terima balasannya. Dia akan lakukan sesuatu.”
Bergetar suara Nek Wan.
Aariah
disebelah mengenggam erat dua belah tangan itu. Walaupun Nek Wan
bukan ibu kandungnya tetapi wanita itulah yang membesarkan kembarnya.
Dia terhutang budi. Simpati dia melihat Nek Wan terpaksa mengharungi
ini semua sendirian.
“Dia
tak akan berani melakukannya.” Semua berpaling ke arah Issac yang
sedang berdiri dibelakang sofa yang diduduki Nila dan Aviya. Muka
tegang. Bibir lurus tanpa senyuman seperti selalu. Memikirkan apa
yang akan dibuat Khaleed
Aviya
meraup mukanya. “Ini semua salah Viya. Kalau Viya halang dia dari
tinggalkan butik tadi, mesti ini tak berlaku.” Suara Aviya kesal.
Dia
bersalah kerana membiarkan Faryal pergi tanpa dia. Kalau dia tahu
Faryal mahu ke Villa Nur pasti dia tidak akan ikut sekali sebab tidak
mahu keadaan menjadi huru-hara sekiranya Faryal bertemu dengan Ahdia.
Buk!
“Nek
Wan!” Faizan yang membolos dirinya ke dalam sebaik saja membuka
kasar pintu utama menjerit memanggil neneknya. Tetapi langkahnya mati
bila melihat ruang tamu dilihatnya penuh dengan orang.
“Izzat?”
Matanya jatuh kepada Issac yang sedang berdiri dibelakang pembantu
peribadinya Faryal. Dahinya berkerut tidak faham apa yang sedang
berlaku.
Terlopong
dan terduduk tegak masing-masing dengan siapa yang sedang berdiri
didepan pintu. Geraldine bangkit dari duduknya secara mendadak.
Dipandang Issac yang terpaku ditempatnya. Mata mereka semua jatuh
dikelibat belakang Faizan.
“Issac?”
Tidak terkelip matanya Faryal melihat siapa yang sedang berdiri
dihadapannya kini. Matanya berlaga dengan Issac. Adakah Issac disini
untuk berjumpa Nek Wan? Tetapi mengapa uncle Alex, kak Din, kak Viya,
abang Sham dan…
“Mama?”
terover excited pulak baca bab ni xD cerita ni ada brapa bab semuanya?
ReplyDeleteTotal ade 84 bab...so lagiiiiii...23 bab:B
Deleteomg!!gile cool...ah biar si piranha tu rase...jaws tu ngek betol..ayal kena tegas lg tau..shariq x boleh blah betol...kejam..hmm good job kak^^
ReplyDeleteHehe TQ...ini baru permulaan utk ayal..more to come:B
Deletealah nk lg minggu nih bg la dua huhu x sabaq nih nk baca reaksi ayal lepas terjumpa mereka semua..
ReplyDeleteHaha...this wk In Shaa Allah Mai akan upload dua:B
Delete