Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 7 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 61

Bab 61

Issac, I’m getting married.” Faryal melepaskan keluhan. Dipandang tasik didepannya itu. Memikir seketika kata-kata selanjutnya.
Nek Wan yang setuju. Saya cuba menolak tetapi Nek Wan tak mahu dengar. Sudah beberapa hari ini saya cuba meyakinkannya bahawa perkahwinan ini tak akan terjadi. Tetapi dia mengugut saya bahawa dia akan mengunci saya dalam bilik sehari sebelum saya dinikahkan.” Kepala ditunduk melihat jari-jemari yang bermain dengan satu sama lain.
Sejak Nek Wan menjelaskan alasan tentang perkahwinannya itu, setiap kali bertembung dengan Nek Wan dia pasti akan cuba memujuk Nek Wan supaya memikirkan sekali keputusan itu. Dia tahu itu adalah untuk kebaikkannya tetapi dia tak mahu.
Kita lari. Kita jumpa Nek Wan sekarang. Biar saya yakinkan Nek Wan tentang kita.” Faryal menggeleng tidak setuju.
Nek Wan tak mahu dengar. Saya dah cuba. I’m sorry it has to end this way.” Hanya Tuhan saja tahu betapa sakit hatinya terpaksa mengakhir hubungan mereka. Sukar dia menyukai mana-mana lelaki. Sukar untuk mana-mana lelaki menerimanya dengan seadanya.
No. Saya yakin ada cara lain. Saya tak boleh kehilangan awak.”
Tali beg tangannya digenggam erat. Dia harus tahu mengapa. Dia mahu dengar pengakuan itu buat sekian kali. “Kenapa?” Soalnya.
Sebab saya cintakan awak.”
I love you too.” Pantas kepala Faryal berpaling ke belakang. Buntang matanya melihat kelibat Issac sedang menyandar disebuah pokok sambil tersenyum lebar kepadanya.
Faryal bangkit dari duduknya. Terperanjat dia dengan kehadiran Issac itu. “Issac! Berapa lama awak dekat sini?” Dia takut kalau lelaki itu mendengar dialog yang direka-rekanya tadi. Mata mereke bertembung seketika sebelum Issac menghampirinya.
Lama untuk dengar awak cakap yang awak cintakan saya. Roses for my dear angel.” Jambangan bunga ros disua kepada Faryal. Senyuman nipis diberi Faryal. Hatinya berat mahu menerima pemberian lelaki itu bila difikirkan nanti hati Issac akan dilukainya.
Issac menarik pergelangan Faryal dan meletak jambangan bunga itu dalam genggaman bidadarinya. Pemandangan tasik dibelakang Faryal ditatapnya sebelum mengamati wajah Faryal kembali. Dahi bertaut melihat bibir Faryal yang sedikit bengkak.
What happen to your lips?” Pantas Faryal berpaling dan menapak ke kerusi kayu yang didudukinya tadi sebelum Issac meniliknya lebih lanjut. Jari naik mengusap bibirnya.
Faryal gelak kecil. Jambangan bunga diletak atas riba. “Jatuh dekat tandas. I’m a klutz.” Tawa kecil dilepaskan Faryal. Issac yang masih tercegat ditempat tadi tahu Faryal menipu.
Itulah kesan apa yang Khaleed lakukan kepada Faryal malam kelmarin. Dia tidak bertemu dengan lelaki itu sejak pertemuan mereka di restoran. Ada Tuan Kamil Arsyad memberitahunya bahawa Khaleed ada bertanya kepada pekerjanya bila datuknya itu akan pulang ke Naraya. Jawapannya? Tidak pasti.
Dia melabuh duduk disebelah Faryal. Dipandang muka Faryal dari tepi. “Ini sebab mengapa saya harus kahwin dengan awak secepat mungkin. Once I’ve cleared a few things, I’ll meet Nek Wan.” Dilihat Faryal menunduk. Dia tahu apa yang ingin disampaikan Faryal kepadanya. Perpisahan yang akhirnya akan menemukan mereka kembali.
Kenapa ni? Awak tak gembira dengan apa yang saya baru katakan?”
Faryal mengangkat kepala. Mengangguk tidak. Geleng pun tidak. Dikerling sekilas Issac yang duduk menghadapnya sebelum memandang ke tasik didepan. Dia tidak berani menatap sepasang mata hazel itu.
Saya tak tahu macam mana nak beritahu awak.” Mereka senyap seketika. Faryal memejam mata sesaat lantas menarik nafas yang dalam cuba mereda perasaan gementar yang sedang dirasainya.
Issac saya…”
Nak kahwin dengan pilihan Nek Wan?” Cantas Issac dengan tenang. Faryal memusing menghadap Issac disebelah. Tercengang Faryal bila Issac mengatakan apa yang ingin diberitahunya.
Awak…”
I heard. I guess I’m too late then.” Issac gelak kecil ingin menyembunyi rasa bersalahnya terhadap Faryal.
I’m sorry.” Bisik Faryal dengan kepala yang ditunduk buat sekian kali.
Issac geleng kepalanya. Pandangan dilempar ditasik yang luas. “Don’t be. Mungkin awak bukan jodoh dengan lelaki bernama Issac Daimaru. Tetapi dengan bakal suami awak. Siapa nama lelaki bertuah tu?”
Izzat. Izzat Danish.” Walaupun perlahan, ia dapat didengari Issac dengan terang. Izzat Danish itulah dia. Issac mahu mengatakan rahsia itu kepada Faryal. Dia tidak sanggup melihat rasa bersalah dan kesedihan Faryal, yang sepatutnya merasa itu semua adalah dia kerana dialah yang menipu perempuan itu bulat-bulat.
CEO syarikat mama awak. Pilihan yang tepat. Awak jangan risau. Saya kenal dengan dia. A very gentleman indeed.” Tutur Issac memuji diri sendiri.
Mahu gelak dia saat itu tetapi melihat riak wajah Faryal yang mendung, dia menelannya. Maafkan saya Faryal. Maafkan saya terpaksa berbohong. Getus hati kecilnya.
Kalau dia pilihan keluarga awak saya tak boleh kata apa-apa. Kadang-kala pilihan keluarga adalah yang terbaik buat kita dari pilihan hati kita sendiri. Saya tahu awak sedang dalam dilemma sekarang. Demi keinginan awak dan keinginan keluarga. Saya faham. Kalau saya ada ditempat awak. Keluarga juga akan saya pilih. Kita tak boleh melawan takdir. Ini semua sudah tertulis. Kita hanya perlu redha dan terima.” Tersentuh hati Faryal mendengar luahan hati Issac. Pandangannya mula kabur. Sedih kerana terpaksa melepaskan lelaki yang telah mencuri hatinya.
Air liur yang kesat ditelannya. Bibir diketap kuat menahan daripada mengalirkan air mata. “Saya…”
Love him like how you love me. Maybe even more. Beri peluang kepada Izzat Danish bertakhta dihati awak sepertimana Issac Daimaru pernah singgah suatu ketika. Lelaki bernama Issac Daimaru berakhir disini dalam hidup awak. Masa untuk awak buka lembaran baru.” Tutur Issac dengan tenang.
Pandangan mereka berlaga. Issac dapat melihat sinaran yang berkaca di sepasang anak mata Faryal. Runtun hatinya melihat Faryal berperang dengan perasaannya.
Kita masih boleh jadi kawankan?” Kecewa Faryal bila Issac menggeleng kepala. Tertumpah akhirnya empangan air yang ditahannya dari tadi. Sakit hatinya bila melihat reaksi Issac. Lelaki yang dicintainya.
Saya tak boleh berkawan dengan orang yang harus saya lepaskan. Orang yang saya cintai.” Mendatar suara Issac memberi alasan. Dipandang ke depan tidak mahu melihat air mata yang berjuraian dipipi Faryal. Air mata yang disebabkan olehnya.
Setitik demi setitik jatuh membasahi kelopak bunga ros yang berada diriba. “Maafkan saya.” Ucap Faryal dengan suara yang sayu. Apa yang Faryal tidak dapat lihat adalah mata Issac yang turut berkaca.
Issac berdeham ingin meredah rasa bersalah dihati. “It’s okay. Saya kenal dengan Izzat Danish. Awak boleh percayakan dia sepertimana mama awak percayakannya mengendali syarikatnya. Semua yang berlaku bersebab. Semua yang berlaku ada hikmahnya.”
Air mata dikesat Faryal dengan jari-jemarinya. Issac menghulur sapu tangan miliknya. Faryal mengambilnya lantas mengelap pipinya yang sudah lencun basah.
Issac memerhati setiap gerak-geri Faryal. Perempuan yang ayu bertudung disebelahnya. Menangis kerana terpaksa memilih antara hati dan tanggungjawab. Mahu saja dia beritahu Faryal bahawa Issac Daimaru dan Izzat Danish adalah orang yang sama. Hatinya menjerit terpaksa melihat air mata menodai pipi gebu Faryal.
Mata beralih kepada kelopak bunga ros yang mempunyai beberapa titis air jernih dipermukaannya. “Promise me you’ll trust him like how you trust me?” Faryal memandang Issac yang sedang renung jambangan bunga yang diterimanya itu.
Promise me you’ll lean on him like how you lean on me? Promise me you’ll give him a chance like how you gave me? Promise me.” Issac melihat Faryal angguk perlahan. Dia tersenyum nipis dengan respon Faryal.
Saya janji.”
Nafas ditarik Issac senang mendengar Faryal berjanji dengannya. Sukar untuk Faryal tuturkannya tapi dia terpaksa. Dia tak mahu membuat hati Issac yang sudah dilukainya itu semakin terluka. Ini semua kerana dia.
Pandangan Faryal jatuh di bibir merekah Issac yang sedang menguntum senyuman kepadanya. “Terima kasih kerana beri peluang saya, Issac Daimaru untuk mengenal hati budi awak. Terima kasih kerana beri saya sekepaing hati awak itu. Terima kasih kerana beri saya kenangan manis dan lucu yang tak akan pernah saya lupakan. Mulai pertama kali saya jumpa awak sehingga ke akhir hayat saya, awak akan sentiasa menjadi bidadari saya. No one can replace my angel.” Dia bangkit dari duduknya. Dilirik Faryal yang sedang mendongak sedikit mengamatinya.
Merah sepasang mata dan hidung comel Faryal akibat tangisan tadi. “Jaga diri.” Dengan itu dia melangkah pergi meninggalkan Faryal terpinga-pinga. That’s it? Jambangan bunga diletak disisi dan Faryal pantas meyeluk dalam beg tangannya mencari sesutau yang baru diingatnya.
Faryal genggam benda itu lantas mengejar Issac yang tidak jauh dari tempatnya itu. Dilaung kuat nama lelaki itu. “Issac!” Terhenti langkah lelaki itu. Issac berpaling dengan raut wajah yang tertanya-tanya. Apa yang dimahukan Faryal?
Your key.” Huluran tangan Faryal dipandang Issac. Kunci yang diberinya kepada Faryal semasa di Resort Island. Melihat kunci itu, setiap detik bersama Faryal ditempat itu bermain difikirannya. Secara automatik senyuman manis terlukis dimukanya. Tidak akan dia lupa saat-saat itu.
Diamati Faryal yang sedang berdiri beberapa langkah darinya. Tangan diseluk dalam poket. Dia membayang kotak kayu yang berada dalam laci dibiliknya. Kotak yang memegang seribu rahsia kehidupannya. Kotak yang hanya akan menerima kunci yang berada dalam tangan Faryal kini.
Keep it. Awak akan perlukannya untuk hadiah perkahwinan awak yang akan saya bagi nanti. See you angel.” Mata dikenyit. Tangan naik melambai sebelum berpaling meninggalkan Faryal sekali lagi.
Melihat kelibat Issac yang semakin menjauh air mata Faryal mula mengalir sekali lagi. Cinta yang terpaksa dilepaskannya. Cinta yang datang dan pergi. Kunci digenggam erat sehingga dia dapat merasa setiap lengkuk kunci itu. Mata dipejam rapat.
Mama why does love hurt? Why is it painful to say goodbye?
**
Sementara menanti mesin pencetak menyetak beberapa keping kertas yang diperlukannya, Hisham membelek Ipad setianya. Membalas emel yang diterimanya. Kepingan kertas dicapainya sebaik saja ia selesai dicetak. Dibaca sekilas apa yang tertulis diatas kertas itu sebelum menuju ke bilik kerjanya. Dalam perjalanan dia melintas Aviya yang sedang khusyuk menaip sesuatu dikomputer ribanya. Dikerling Aviya semasa melepasai meja kerja perempuan itu. Mencuri-curi pandang Aviya adalah hobi terbarunya. Sedang dari ekor mata dia mengamati Aviya, kaki pula berjalan ke tempat tujunya.
Aduh!”
Terjatuh kertas dan Ipad setianya itu diatas lantai yang berkarpet itu. Nasib baik ada permaidani. Kalau tak habislah Ipad ni. Baru saja dia mahu menghutip, Faryal yang melanggarnya itu menghulur kepadanya terlebih dahulu.
Terima kasih. Petang nanti kita makan nasi goreng mamak nak tak Ayal?” Ajak Hisham. Dia tahu kalau bab makan Faryal mesti setuju tetapi senyumannya sedikit kendur melihat Faryal menggeleng kepala. Senyuman yang ditayang kepadanya pula tidak seceria selalu.
Kening bertaut mengamati Faryal yang kelihatan sugul itu. “Kenapa ni? Macam tertelan satu botol jus lemon saja. Cuba cerita dekat abang Sham, mana tahu abang boleh tolong.”
Ada doktor boleh ubat hati Ayal tak?”
Hah?” Dilirik Aviya dibelakang yang sedang menggerakkan mulut mengatakan nama Issac. Dipandang Faryal yang kelihatan sugul. Cermin mata pula bertenggek dihidungnya. Tapi Hisham dapat melihat mata Faryal yang sembap. Dia sudah faham apa yang dimaksudkan Faryal.
Hati yang sakit.” Tutur Faryal menunjuk ke dadanya.
Hisham mengetap bibir. Rasa simpati terhadap perempuan didepannya itu. Faryal yang selalu ceria dan penuh semangat tidak dapat dilihatnya kini. Sepasang mata pula sudah hilang sinaran yang selalu dilihatnya.
Bahu Faryal dipegangnya. Faryal berdiri tidak terkutik. “Macam beginilah Ayal. Kadang-kala kita harus mengorban keinginan kita demi orang lain. Ayal kena ingat yang kalau seseorang itu bukan untuk kita, kita harus melepaskan mereka. Walaupun betapa sakit dan merana kita rasa ketika itu. Kita harus percaya dan redha kepada-NYA sebab semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. He’s taking away the good to give us the best.” Pujuk Hisham dengan berjelah. Dipandang Faryal yang merenungnya kosong entah faham atau tidak apa yang baru dikatakannya.
Faryal melepaskan keluhan. Cermin mata yang menorot sedikit ditolak ke atas. “I guess so.” Dengan itu Faryal meninggalkan Issac tanpa menunggu tindak balas lelaki itu. Terpinga seketika Hisham melihat kelibat Faryal semakin menjauh.
Aviya menjungkit bahu sebelum mencapai tas tangannya diatas meja. “Kalau Nek Wan cari you beritahu yang I dan Ayal pergi teman Wid untuk temujanjinya dengan doktor. Selepas itu I akan ke butik Bidadari jumpa dengan Geraldine.” Ujar Aviya sebelum meninggalkan Hisham juga.
Pantas dia melangkah mengikuti jejak Faryal yang sudah jalan jauh ke depan. Hisham turut menjungkit bahunya sebaik saja kelibat Aviya hilang dari pandangan. Dia mula menapak ke ruang kerjanya yang terletak dibelakang.
Sham kamu sudah siapkan nama-nama para jemputan untuk majilis Ayal nanti? Kamu sudah tanya Ayal tentang senarai dia?” Soal Nek Wan yang sedang berdiri didepan pintu bilik kerjanya sebaik saja Hisham dilihatnya.
Hisham menghulur kepingan kertas yang dicetaknya tadi. Nek Wan membaca dengan teliti senarai nama untuk majilis perkahwinan Faryal nanti. Keningnya bertaut bila melihat senarai nama yang diberi Faryal. “Ini saja senarai Ayal? Biar betul budak ni.” Dibelek muka surat seterusnya tetapi tidak ada.
“Sham ada tanya dia cakap itu saja kawan yang dia ada.” Senarai nama yang ingin dijemput Faryal hanya ada beberapa orang saja. Boleh dikira dengan jari.
Keluhan dilepaskan Nek Wan. Memang dia akur cucunya itu tidak banyak kawan. Satu-satu kawan yang paling dekat pun si Widayah. “Hmm…Tak apalah. Ayal mana?” Soal Nek Wan lantas berjalan menuju ke bilik kerjanya disebelah bilik Hisham.
“Teman Wid pergi temujanji dengan doktor. Lepas tu dia ada temujanji dengan Geraldine untuk mencuba baju untuk majilis nanti. Kenapa kita tak gunakan saja khidmat butik lain Nek Wan? Bukankah Ahdia dan Ayal akan bertemu. Habis satu butik kecoh nanti.”
Pintu berukiran kayu bilik Nek Wan dibuka Hisham terlebih dahulu. Nek Wan mengambil tempat di sebalik meja kerjanya. Dipandang Hisham yang sedang berdiri didepannya.
Nek Wan tak rasa begitu. Kamu perasan tak sejak pertemuan dia dengan Issac dia sedikit pendiam. Suka sangat termenung.”
Hisham angguk mengiakan. “Kasihan Sham tengok Ayal tu Nek Wan. Makan tak lalu. Muka pula tak ada senyuman seperti selalu. Muka pula tak seceria sebelum ini. Seperti yang Wid kata. Macam zombie.” Nek Wan gelak. Ada-ada sajalah Widayah ni. Beberapa dokumen yang telah disemaknya dihulur kepada Hisham.
Diangkat kepalanya kepada Hisham bila mengingati sesuatu perkara penting yang ingin dikatakan kepada Hisham. “Sebleum Nek Wan lupa, kamu tempah empat tiket ke Paris.”
“Untuk bila?” Nek Wan fikir sejenak.
Open ticket. Nek Wan belum tahu bila mahu pergi lagi.” Hisham angguk akur. Dicatat dalam data fikirannya.
“Pukul berapa temujanji kita dengan Issac semua?”
“Jam lima.” Balas Hisham. Nek Wan angguk sebelum Hisham meminta diri.
**
“Assalammualaikum!” Laung Faryal dan Widayah didepan pintu gril Villa Nur. Dipanjangkan leher masing-masing untuk lihat ke dalam.
Ayal tak ada orang ke?” Soal Widayah sambil mengibas-ngibas tangannya kepanasan.
Faryal mengerdip matanya. Kereta abang Zan ada dekat dalam. Tetapi pintu tingkap semua tertutup rapat. “Abang Yan cakap abang Zan ada sebab kerja setengah hari saja. Tengah tidur dekat atas kot. Macamlah kau tak tahu kasanova Naraya tu, kalau dapat cuti membuta sajalah kerja dia. Kita masuk sajalah.”
Kunci pintu pagar dibukanya. Dilirik Stacy dan Gerald yang sedang menunggu didalam kereta. Mereka sepatutnya berada dibutik Bidadari untuk memilih baju tetapi Faryal meminta diri setelah memilih warna baju. Rekaan diserahkan kepada Geraldine dan Aviya membuat pilihan. Dia tidak ada mood ingin menyentuh tentang perkara itu.
Widayah yang mengikut langkah Faryal membuka mulutnya. “Piranha dengan papa kau tak adakan?” Faryal menggeleng. Dibuka pintu utama dengan kunci yang masih dipegangnya.
“Tak. Papa keluar. Si piranha kerja, pukul enam baru dia habis. Lagipun kita datang sekejap saja.” Sebaik saja pintu dibuka, kakinya terhenti mengamati rekaan dalaman Villa itu.
Rindu dia dengan tempat dia dibesarkan. Diimbas kembali setiap saat yang diluangkan dirumah itu bersama keluarganya. Senyuman nipis terukir bila pandangannya jatuh pada gambar keluarganya ditengah-tengah ruang tamu itu. Kaki menapak ke sana muka Lutfiyah ditatapinya. Rindu benar dia dengan senyuman yang dilihatnya itu.
“Kau tahu ke selendang tu macam mana?” Pertanyaan Widayah membuat Faryal sedar daripada merenung gambar yang tergantung elok didinding.
“Selendang tu mama pakai masa hari perkahwinan dia. Jadi aku nak pakailah masa hari pernikahan aku nanti. Something to make her presence felt during that day. Kalau orang putih cakap something used.” Jelas Faryal sambil menjejak kaki naik tangga untuk ke atas.
Semasa melihat rekaan demi rekaan yang ditunjuk Geraldine tadi dia teringat dengan selendang yang dipakainya Lutfiyah pada hari perkahwinannya. Ada beberapa kali Lutfiyah menunjuk kepadanya, itupun kerana dia yang mahu melihatnya. Kata Lutfiyah, selendang itu diberi sebagai hadiah pernikahan oleh Tok Wan.
“Cepatlah. Nanti papa kau ke piranha tu balik habis kita kena.” Widayah menolak sedikit tubuh Faryal didepannya. Takut sebenarnya kalau piranha dan jaws balik tiba-tiba. Habis kena hang mereka berdua.
“Hah!” Terjerit mereka berdua bila disergah dengan tiba-tiba.
Muncung sedepa mereka bila melihat Faizan sedang menggelak sakan dibelakang. Widayah yang mengurut dada menampar lengan Faizan dengan kuat. “Hish abang Zan ni terperanjat tahu tak.” Ujar Widayah dengan geram.
Faryal pula hanya menjadi permerhati. Dia naik ke tingkat atas meninggalkan Widayah. Kalau bab bergaduh dengan Faizan memang Widayahlah lawannya. Dia tidak mahu masuk campur. Hehehe.
Tawa Faizan semakin reda. Mug yang berada dalam genggaman dihirupnya. Mata memerhati dua anak dara didepannya kini.
“Kamu berdua ni masuk rumah macam penyamun. Bukan nak beri salam ke apa.” Naik ke pinggang tangan Widayah mendengar tuduhan Faizan. Ada pula dia panggil kita penyamun?
“Helo! Kita dah beri salam sampai serak suara ni tahu tak. Orang yang dekat dalam rumah ni yang pekak badak. Terpekik terlolong dari tadi tapi tak jawab. Abang Zan tengah buat tahi mata eh?” Ditunding jari telunjuknya pada Faizan.
Widayah melarikan pantas jarinya bila Faizan mahu menggigitnya. Hish! Macam harimau. Rungut Widayah dalam hati. “Suka hati cakap orang tengah buat tahi mata eh. Abang tengah main game bolalah. Telinga pula sumbat dengan earphone itu sebab tak dengar sayang-sayang abang ni beri salam.” Ditunjuk earphone ditelinganya. Widayah menjuling matanya sementara Faryal gelak kecil. Setiap kali kalau Faizan dan Widayah berjumpa mesti bergaduh, macam kucing dan anjing. Riuh satu rumah.
Faizan gelak lantas menapak naik ke tingkat atas. Sempat dia menarik hujung selendang yang dipakai Widayah. Pantas dia memanjat tangga bila tangan Widayah mahu melayang. Bahaya you tamparan anak-anak dara ni. Kalau kena mesti ada tanda nanti.
Dah dapat apa yang Ayal nak tak?” Ditanya kepada Faryal sebaik saja berdiri disebelah adiknya itu ditingkat atas.
“Baru nak pergi ambil.” Faizan angguk faham.
“Hmm…Pergi sana ambil. Abang nak naik atas sambung main game. Jangan ganggu abang.” Diberi peringatan kepada Faryal dan Widayah yang sempat dicubit pipinya.
“Sengal!” Marah Widayah. Sakit hati mendengar ketawa Faizan yang sedang naik ke biliknya ditingkat tiga.
Dipusing mencari kelibat Faryal. Dia menghampiri Faryal yang mahu memulas tombol pintu bilik tidurnya Lutfiyah dan Khaleed. “Nasib baik tak kunci. Selendang dia dekat mana?” Disoal Faryal sebaik saja memasuki ruang tidur itu. Faryal menunjuk ke almari yang berderet dihujung bilik itu. Mereka berdua menapak ke situ.
Dibuka pintu almari yang setahu mereka menempat barang-barangnya Lutfiyah. “Selendang dia macam mana Meena?” Sambil mata dan tangan bekerja mencari selendang yang dicari-cari mereka. Mulut Widayah juga pasti akan berjalan juga.
Faryal berdiri tegak. Satu tangan diletak dipinggang. Bibir dimuncung membayang selendang yang dilihatnya berkali-kali itu. “Tak salah dalam kotak warna emas. Selendang dia warna putih ada lace dekat hujung.” Widayah menggaru kepalanya sebelum sambung mencari kotak yang digambarkan Faryal. Kotak emas. Kotak emas mana kau?
“Dah jumpa!” Jerit Widayah dengan girang setelah hampir lima belas minit buka tutup setiap pintu almari. Faryal menghampiri Widayah yang sedang membuka kotak itu.
Terlopong mulut Widayah dengan isi kandungan itu. Bersinar mata mereka berdua melihat manik-manik yang keemasan diselendang itu. “Wah, cantiknya Meena. Mesti kau cantik hari pernikahan kau nanti. Ternga-nga bos aku tu nanti.” Tutur Widayah lantas memakai selendang itu dikepala Faryal. Tersenyum lebar dia melihat penampilan Faryal. Kalau dipadankan dengan baju pengantin yang sesuai mesti tercantik kawan aku ni.
Selendang itu dilipat Faryal dan diberinya kepada Widayah untuk disimpan kembali dalam kotak. “Okay jomlah.” Sebelum meninggalkan bilik itu mereka memastikan semua seperti sedia kala. Kalau tidak mesti Khaleed akan tertanya-tanya siapa yang memasuki biliknya itu.
Baru sahaja mereka ingin menapak ke tangga untuk ke bawah. Langkah mereka terhenti melihat kelibat yang amat mereka kenali sedang berdiri ditengah-tengah tangga. Muka pula galak macam mahu menelan mereka hidup-hidup.
Apa kau orang buat hah?”
**
Faryal menyorok kotak yang dipegangnya itu dibelakang. Tapi tindakan Faryal itu dapat ditangkap Ahdia. Dipanjat tangga menghampiri dua musuh ketatnya dari kecil lagi. Widayah melirik ke atas kalau-kalau kelibat Faizan kelihatan dari tingkat atas.
Apa kau ambil tu? Kau nak curi ke? Bawa mari kotak tu.” Dipanjang tangannya ke belakang Faryal namun Faryal lebih pantas mengelak.
“Ini mama aku punya jadi secara automatik ini hak aku.” Tutur Faryal masih bergelut dengan Ahdia yang tidak putus asa mahu mencapai kotak emas itu.
Pergelutan terhenti sebaik saja Faryal bersuara. Mata Ahdia merenung tajam Faryal didepannya. “Mama kau mama aku juga. Jadi aku juga ada hak.” Gelak ketawa Faryal membuat api kemarahan Ahdia meledak dengan tiba-tiba.
“Hak? Tak sedar diri betul. Kau tu anak angkat saja. Kau bukan darah daging mama pun. Apa hak yang kau ada? Kau hanya ada butik saja.”
Berombak dadanya Ahdia dengan sindiran Faryal itu. Mahu saja tangannya naik mendarat dipipi Faryal tetapi ditahannya.
“Kurang ajar kau. Semakin berani kau sekarang sejak tinggal dekat rumah nenek sihir tukan.”
“Memang aku dah berani. Nek Wan yang kau panggil nenek sihir tulah yan ubah aku jadi begini. Dia yang sedarkan aku supaya menundukkan orang seperti kau.” Balas Faryal dengan tegas. Tidak setapak ke belakang pun diambilnya seperti dilakukannya dahulu.
Berkerut dahi Ahdia melihat siapa yang berani melawannya itu. Diperhati dari atas ke bawah. Tiada perbezaan secara fizikal. Tetap sama tetapi apa yang dia lihat bila menikam sepasang anak mata itu adalah keyakinan. Tiada lagi sepasang mata yang menggambarkan ketakutan dan kesedihan yang sentiasa dilihatnya suatu ketika dahulu.
Perempuan yang berdiri didepannya kini bukan Faryal Shameena yang dikenalinya sejak kecil. Bukan lagi Faryal yang senang dibulinya. Bukan Faryal yang sentiasa berdiam diri tidak berani melawannya. Perempuan dihadapannya kini seperti apa yang Khaleed beritahu kepadanya kelmarin. Kucing sudah membesar menjadi harimau. Harimau yang berani menunjuk taring kalau diprovok.
Untuk pengetahuan kau berdua, rumah ini sekarang sudah menjadi milik aku. Papa serahkan segala harta kepunyaannya kepada aku. Atas nama aku. Kau berdua tak ada hak untuk datang sini lagi.”
Widayah tergamam dengan maklumat yang baru didengarinya. Dia melirik Faryal yang tidak kelihatan terkejut sedikit pun tetapi senyuman herot yang bermain dibibir Faryal itu benar-benar menakutkan. Tidak pernah dia melihat Faryal yang ini. Sepertinya Faryal sudah bertanduk dua dikepala.
“Ada aku kisah?” Balas Faryal dengan sahaja.
Rasa tercabar Ahdia menyinga. “Biadap!” Direntap kasar kotak emas yang berada dalam genggaman Faryal.
Widayah dan Faryal terperanjat dengan tindakan luar jangakaan Ahdia itu. Faryal menapak ke depan bila melihat Ahdia mengeluarkan selendang putih itu dari dalam kotak. Lirikan sinis dituju kepada Faryal
Bawa mari selendang tu.” Baru saja Faryal merampas kembali selendang itu Ahdia menapak ke belakang, menjauhkan diri dari Faryal.
Widayah melihat pergelutan kedua antara Faryal dan Ahdia sekali lagi. Tidak tahu macam mana mahu menghentikannya dengan hanya satu tangan. “Sanalah. Kau beranikan kurang ajar dengan aku. Kau tengok apa aku buat ni.” Ahdia yang membelakang Faryal mengoyak selendang itu dengan seluruh tenaganya.
Terbeliak mata Widayah dengan apa yang sudah dilakukan Ahdia. Dilihat Faryal yang menolak Ahdia kuat sehingga jatuh terjelepuk atas lantai.
Aduh!” Ahdia memegang punggungnya yang rasa sakit itu. Muka berkerut menahan sakit yang mula menjalar. Namun dia pantas berdiri tak mahu tewas ditangan musuhnya itu. Faryal maju ke depan. Dengan mata yang galak dan dada yang kencang dia mencengkam kuat lengan Ahdia seperti dilakukan Khaleed kepadanya.
Aku sudah lama sabar dengan kau. Berani kau rosakkan selendang mama. Kau tak tahu api mana yang kau sedang bermain.”
“Lepaslah bodoh!” Laung Ahdia kuat cuba melepaskan cengakaman maut Faryal itu.
Gelak kecil kedengarang ditelinga Ahdia. “Kalau aku tak nak?” Senyuman herot bermain dibibir Faryal.
Meena dahlah. Lepaskanlah si piranha tu.” Seram sejuk Widayah melihat Faryal yang sepertinya macam Khaleed. Faryal tidak menghiraukan permintaan Widayah. Rasa amarahnya mengatasi segala-galanya.
Aku pecahkan mulut kau macam mana papa buat.” Terjerit Ahdia bila Faryal menarik Ahdia dekat dengannya. Cengkamannya dieratkan lagi.
Sebelum tu aku pastikan mulut kau pecah dulu.” Bisik Faryal dengan bibir yang diketap. Dendam yang selama ini tersirat sedang menyelam keluar.
Widayah terpinga-pinga dipujuk Faryal sekali lagi untuk melepaskan Ahdia bila dia melihat muka piranha yang sudah berkerut. Tambah lagi lengan Ahdia sudah kemerahan. “Ayal dahlah. Abang Zan! Abang Zan!” Dipanggil Faizan yang dari tadi tak kelihatan. Takkan lelaki itu tak mendengar pertengkaran antara Faryal danWidayah?
Lepaslah setan!” Tangan Ahdia sedaya upaya menarik genggaman Faryal itu tetapi gagal.
Mata mereka menikam satu sama lain. “Aku tak akan lepaskan kau setan.”
Kenapa ni?” Terkejut mereka bertiga dengan sergahan tiba-tiba dibawah tangga. Tanpa Ahdia sedari Faryal melepaskan cengakamannya secara mendadak membuat Ahdia hilang imbangannya.
Papa!”
Dia!”
Nafas Faryal dan Widayah terhenti melihat kelibat Ahdia yang sedang terbaring lesu hujung tangga depan Khaleed. Membulat mata mereka dengan apa yang telah berlaku.
Khaleed mendapatkan Ahdia. Dipangku kepala anak perempuannya itu. Ditepuk lembut pipi itu tetapi masih tidak terkutik. Mata dipejam rapat. Cemas dia melihat Ahdia. Jari diletak depan lubang hidung Ahdia memastikan dia masih bernafas. “Dia! Dia! Bangun sayang. Jangan takutkan papa sayang.” Ditampar pipi dan dikucup dahi Ahdia berkali-kali. Tetapi tiada respon juga.
Diangkat kepalanya ditingkat atas. Pandangan tajam penuh dendam diberi Khaleed. “Kau tengok apa kau dah buat.” Tanpa Khaleed sedari air mata lelakinya tumpah.
Faryal yang menekup mulutnya menggeleng-geleng kepala tidak percaya dengan apa yang sedang berlaku dan dilihatnya. Ya Allah apa telah aku lakukan? “Ayal…” Widayah disebelah turut membatu. Pandangannya tidak lepas melihat sekujur tubuh Ahdia yang terdampar atas lantai.
Khaleed bangkit dan maju menghampiri Faryal. “Kurang ajar kau!” Ditampar pipi Faryal kuat sehingga terjelepok Faryal atas lantai. Widayah pantas mendapatkan Faryal yang sudah menangis teresak-esak.
Khaleed menolak tubuh Widayah ke tepi. Ditampar Faryal sekali lagi. “Aku bunuh kau sekarang juga. Hidup susahkan aku. Sial kau!” Widayah menerpa melindungi Faryal sekali lagi tetapi Khaleed menolaknya sehingga dia tersungkur atas permaidani. Tangan yang patah itu mula berdenyut. Kesakitan yang dirasai ditahannya. Didalam fikirannya kini adalah Faryal. Faryal yang sedang ditampar berkali-kali oleh Khaleed.
“Wid!” Terangkat kepala Widayah mendengar suara garau memanggilnya. Dipandang Faizan yang pantas menuruni tangga.
“Abang Zan. Ayal!”
Mencerlung mata Faizan dengan apa yang dilihatnya. Diterpa ke arah Khaleed yang seperti orang gila memukul Faryal bertalu-talu. “Papa stop it!” Faizan menarik tubuh Khaleed menjauhi Faryal.
“Jangan masuk campur. Ini antara aku dan dia. Biar aku ajar dia cukup-cukup.” Lantang Khaleed bersuara. Tudung Faryal yang tidak dilindungi Faizan dicapainya. Namun tindakan seterusnya terbantut bila kedengaran suara Shariq dibawa.
Dia!” Berlutut Shariq disisi Ahdia. Diletak kepala Ahdia diribanya. Tangan memengang tangan Ahdia yang kesejukkan. Baru saja dia mahu mengangkat Ahdia, dia berhenti. Tapak tangan dibawa pahanya Ahdia dipandangnya. Buntang mata semua melihat tangan Shariq yang mempunyai cecair merah.
Ya Allah darah.” Khaleed pantas menurun tangga.
Cepat Riq bawa Dia pergi hospital. Cepat.” Cemas mereka dengan keadaan Ahdia itu. Shariq tanpa lengah mengangkat tubuh Ahdia yang lemah itu menuju ke keretanya.
Baru saja Khaleed mahu mengikut, dia sempat berpaling memandang Faryal yang berada dalam dakapan Faizan. “Kau jaga. Aku tak akan lepaskan kau.” Sebaik saja amaran diberi dia berlari ke depan.
Faizan memeluk erat Faryal yang memandang tanpa kelip kesan darah dihujung tangga.
**
“Zan! Macam mana?” Faizan yang sedang bersandar didinding tidak jauh dari kerusi panjang yang diduduki Faryal melepaskan keluhan sebaik saja melihat kembarnya itu.
Masih dekat dalam. Papa dan abang Riq dekat waiting area.” Jelas Faizan. Bila dia mahu membawa Faryal pulang ke rumah Nek Wan, adiknya itu berdegil mahu ke hospital. Dia mahu tahu keadaan Ahdia. Dia terpaksa mengalah. Gerald yang sedang berdiri disebelah Faryal bagai sebuah pokok yang tidak goyah menayang muka yang tegas.
Shayaan mengamati Faryal. Luhur hatinya melihat keadaan Faryal. Muka yang mempunyai plaster disana-sini ditatapnya. Dia dalam perjalanan ke rumah Nek Wan bila dia mendapat panggilan dari Faizan memberitahunya tetang apa yang berlaku. Jantungnya bagai direntap keluar dengan apa yang baru didengarinya. Pantas dia memandu kereta menuju ke hospital tidak menghiraukan had kelajuan jalan raya.
Wid mana?” Bila dilihat kelibat Widayah tidak berada dengan Faryal.
Dengan Stacy. Papa tolak dia tadi. Doktor tengah buat pemeriksaan dekat tangan dia.” Shayaan meraup mukanya. Risau dengan keadaan Widayah dan Faryal. Kalau dia tahu ini akan terjadi dia tidak akan benarkan mereka pulang ke Villa itu tanpa kehadirannya.
Kau patut tengok muka Ayal tadi. Putih macam nampak hantu.” Tidak akan dia lupa muka Faryal yang pucat bila melihat tompokkan darah Ahdia dihujung tangga.
Shayaan memeluk tubuh. Mata lari dari memandang Faryal dan dilihat kembarnya yang sedang memandang kosong ke lantai hospital. “Apa yang terjadi?” Shayaan dengar dengan tekun cerita kembarnya bila ditanyakan kepada Widayah tadi.
Kau! Ini semua kau punya pasal! Aku tahu kau sengaja tolak dia sebab mahu bunuh diakan? Kau pembunuh. Aku akan lapor kau dekat polis. Biar kau meringkuk dipenjara. Jaga kau.” Suara Khaleed yang memenuhi ruang itu membuat Shayaan dan Faizan yang sedang berbicara memusing ke arah Faryal. Tanpa lengah mereka menghampiri Faryal yang ditolak Khaleed kasar. Nasib baik Gerald cepat menangkap tubuh Faryal.
Ayal tak sengaja papa. Dia yang…” Bila Khaleed mahu mendekati Faryal, tubuh Gerald terlebih dahulu melindungi cucu majikannya itu.
Khaleed tidak peduli dengan mata yang sedang memandang mereka. Melihat Faryal saja api kemarahannya meletup keluar. Apabila Faryal menafikannya dia naik gila. “Kau masih nak berbohong? Aku nampak dengan kepala mata aku sendiri. Kau tolak Dia dari tangga. Aku dengar kau berdua bertekak sebaik saja aku sampai rumah. Kau memang dengkikan? Selama ini kau cemburu dengan Dia sebab aku lebih sayangkan dia daripada kau. Aku tahu kau memang mahu cederakan diakan?” Faryal menggeleng kepalanya berkali-kali. Berjuraian air matanya mengalir.
Shariq yang berada dibelakang Khaleed memaut bahu papanya itu. “Papa dahlah.” Kasihan dia melihat dan mendengar tangisan Faryal.
Pautan Shariq ditepis Khaleed. Dia melirik Shariq sekilas sebelum memandang tajam Faryal. “Tidak! Papa tak akan diamkan perkara ini. Kalau apa-apa jadi kepada Dia aku akan bunuh kau!” Ditunding jarinya pada Faryal.
Papa!” Faizan dan Shariq bersuara tidak senang dengan apa yang baru dikatakan Khaleed. Mereka tahu hubungan Faryal dan Khaleed tidak seelok hubungan Khaleed dengan Ahdia. Tapi untuk Khaleed berkata sebegitu ia benar-benar keterlaluan.
Aku tak akan lepaskan kau. Sejauh mana kau lari aku akan cari kau. Aku akan pastikan kau terima padahnya.” Ugut Khaleed sekian kali. Berkerut dahi anak-anak lelakinya terutama sekali Shayaan bila Khaleed dengan berani menutur sebegitu.
Faizan memandang Shariq. “Abang Riq.” Faizan meminta pertolongan abang sulungnya itu. Hanya Shariq saja yang boleh menjauhkan Khaleed dari Faryal.
Sekali lagi tangannya memaut bahu Khaleed. “Papa tunggu dekat dalam. Mana tahu sekejap lagi doktor keluar.”
Ingat kata-kata aku. Aku akan pastikan kau terima padahnya.” Setelah menyuara amarannya yang terakhir, Khaleed mahu menyakiti Faryal sekali lagi tetapi tubuh Gerald menghalang.
Sebaik saja Khaleed memasuki kembali ruang menunggu Shariq melepaskan keluhan. Diurut dahinya yang rasa berat itu. “Abang tak tahu apa yang terjadi tapi sebaiknya kamu semua balik dulu. Nanti apa-apa abang telefon.” Diarah adik-adiknya itu untuk pulang dahulu. Tak ada gunanya mereka semua berada disini kalau hanya untuk menyemarakkan lagi api kemarahan Khaleed.
Abang Riq.” Suara perlahan Faryal membuat dia melihat ke arah adik perempuannya itu. Diamati muka Faryal yang luka akibat tamparan Khaleed tadi. Melihat sepasang mata itu mengingatkannya kepada Lutfiyah. Kalau mamanya ada pasti keluarganya tidak jadi huru-hara sebgini.
Ayal tak sengaja. Dia yang hilang imbangan dan terjatuh. Ayal tak tolak pun. Dia yang jatuh sendiri.” Faryal membela diri. Mata Shariq pejam celik memerhatikannya.
Belakang tengkuk diurut Shariq. Penat seluruh badannya kini. Fikirannya kusut buat masa ini. “Abang tak boleh fikir sekarang. Bawa Ayal balik.” Arah Shariq sekali lagi kepada pasangan kembar disebelahnya.
Faryal meghampiri Shariq. Tangan abangnya itu dicapai. Matanya yang galak itu merenung dalam anak mata abangnya itu. “Abang Riq percayakan yang Ayal tak bersalah?” Berair mata Faryal melihat reaksi Shariq. Hatinya terguris bila Shariq melarikan pandangannya ke Shayaan dibelakang.
Yan.” Tangan ditarik dari genggaman Faryal lantas meninggalkan adik-beradiknya tercegat disitu.
Entah mengapa buat masa sekarang dia tidak mahu melihat Faryal. Melihat Ahdia terlantar diatas lantai dan melihat Faryal diatas sedang menangis, dia dapat tebak bahawa adiknya itu pasti yang membuat Ahdia menjadi begitu. Hatinya sukar untuk menerima apa yang terjadi. Mengingat layanan adik-adiknya terhadap Ahdia membuat dia menyebelahi Ahdia. Dari kecil dialah pembelah setia Ahdia.
Tergamam Faryal dengan tindakan Shariq. Bergetar bibirnya. Hatinya sakit dengan penolakkan Shariq. Nafasnya bagaikan tersekat didada. “Abang Riq tak percayakan Ayal.” Perlahan saja tutur bicaranya tetapi dapat didengari Shayaan yang menarik tubuhnya dalam dakapan.
Dikucup ubun-ubun Faryal. “Dia tengah terperanjat tu. Ayal jangan ambil hati okay. Zan kau pergi hantar mereka balik dulu.” Mata melihat kelibat Shariq hilang memasuki ruang menunggu. Mahu saja dia tumbuk Shariq pada saat itu.Tetapi ditahannya.
Faryal menggeleng tak mahu. “Tapi abang, Ayal nak tung…”
Dengar cakap abang. Sekarang bukan masanya untuk bersikap degil. Ayal dengarkan apa papa cakap tadi. He’s not going to let this matter slide. Now you have to listen to me.” Terus diam Faryal bila suara Shayaan kedengaran tegas.
Faizan disebelah direnung Shayaan. “Zan kamu pergi hantar Ayal ke rumah Nek Wan sekarang. Kalau Wid boleh pulang abang akan suruh Stacy hantar dia. Papa biar abang yang selesaikan. Nanti abang akan telefon Nek Wan tentang apa yang terjadi. Pergi sekarang.” Ditolak tubuh Faryal menghampiri Faizan.
Abang Ayal tak salah.” Buat sekian kali Faryal membela dirinya.
Shayaan mengusap pipi Faryal. “Abang tahu sayang. Sekarang Ayal kena dengar cakap abang. Abang Zan akan hantar adik balik rumah Nek Wan. Buat masa sekarang Nek Wan saja yang boleh tolong kita. Dah pergi.” Faizan memimpin Faryal pergi. Gerald mengikuti mereka dibelakang.
Shayaan mengeluarkan telefon bimbitnya lantas melekapnya ditelinga. Sementara menanti panggilan disambung, kakinya menapak mencari Widayah pula.
Hello Nek Wan.”
**
Talian dimatikan sebaik saja perbualan bersama Shayaan berakhir. Nek Wan merenung kosong meja kopi didepannya. Setiap bibit tutur bicara yang disampaikan Shayaan dicernanya. Cuba memahami apa yang telah berlaku. Bayangan Faryal bermain difikirannya. Mata dipejam rasa lelah tiba-tiba.
Kenapa dengan Ayal Nek Wan?” Hisham yang berdiri disebelah sofa yang diduduk Nek Wan bertanya. Risau dia melihat riak keadaan Nek Wan yang berubah drastis setelah menamat perbualan dengan Shayaan.
Sedari tadi tujuh pasang mata memerhati setiap perubahan riak wajah Nek Wan bila menerima panggilan dari Shayaan. Pada mula mereka semua berbual sesama sendiri tetapi bila nama Ahdia, Faryal dan hospital disebut tumpuan masing-masing beralih kepada apa yang sedang dibualkan Nek Wan.
“Ahdia dekat hospital.” Jawab Nek Wan sedikit mendatar.
Nila yang sudah duduk dihujung sofa bertanya. Cemas dia tiba-tiba. “Hospital? Apa terjadi?” Mereka semua memandang sesama sendiri sementara menanti jawapan dari Nek Wan.
“Jatuh dari tangga. Khaleed cakap Ayal yang tolak.”
Tercengang semua dengan berita itu. Nila menekup mulutnya sementara Aviya disebelah mengusap lembut belakang Nila. “Macam mana dengan Ahdia?” Sekali lagi Nila bertanya. Nek Wan mengeluh. Diangkat kepalanya dan dipandang setiap satu wajah yang ada diruang tamunya.
“Yan cakap Khaleed marah sangat. Dia ugut akan membuat laporan polis dan akan pastikan Ayal terima balasannya. Dia akan lakukan sesuatu.” Bergetar suara Nek Wan.
Aariah disebelah mengenggam erat dua belah tangan itu. Walaupun Nek Wan bukan ibu kandungnya tetapi wanita itulah yang membesarkan kembarnya. Dia terhutang budi. Simpati dia melihat Nek Wan terpaksa mengharungi ini semua sendirian.
“Dia tak akan berani melakukannya.” Semua berpaling ke arah Issac yang sedang berdiri dibelakang sofa yang diduduki Nila dan Aviya. Muka tegang. Bibir lurus tanpa senyuman seperti selalu. Memikirkan apa yang akan dibuat Khaleed
Aviya meraup mukanya. “Ini semua salah Viya. Kalau Viya halang dia dari tinggalkan butik tadi, mesti ini tak berlaku.” Suara Aviya kesal.
Dia bersalah kerana membiarkan Faryal pergi tanpa dia. Kalau dia tahu Faryal mahu ke Villa Nur pasti dia tidak akan ikut sekali sebab tidak mahu keadaan menjadi huru-hara sekiranya Faryal bertemu dengan Ahdia.
Buk!
“Nek Wan!” Faizan yang membolos dirinya ke dalam sebaik saja membuka kasar pintu utama menjerit memanggil neneknya. Tetapi langkahnya mati bila melihat ruang tamu dilihatnya penuh dengan orang.
Izzat?” Matanya jatuh kepada Issac yang sedang berdiri dibelakang pembantu peribadinya Faryal. Dahinya berkerut tidak faham apa yang sedang berlaku.
Terlopong dan terduduk tegak masing-masing dengan siapa yang sedang berdiri didepan pintu. Geraldine bangkit dari duduknya secara mendadak. Dipandang Issac yang terpaku ditempatnya. Mata mereka semua jatuh dikelibat belakang Faizan.
“Issac?” Tidak terkelip matanya Faryal melihat siapa yang sedang berdiri dihadapannya kini. Matanya berlaga dengan Issac. Adakah Issac disini untuk berjumpa Nek Wan? Tetapi mengapa uncle Alex, kak Din, kak Viya, abang Sham dan…
“Mama?”



6 comments:

  1. terover excited pulak baca bab ni xD cerita ni ada brapa bab semuanya?

    ReplyDelete
  2. omg!!gile cool...ah biar si piranha tu rase...jaws tu ngek betol..ayal kena tegas lg tau..shariq x boleh blah betol...kejam..hmm good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe TQ...ini baru permulaan utk ayal..more to come:B

      Delete
  3. alah nk lg minggu nih bg la dua huhu x sabaq nih nk baca reaksi ayal lepas terjumpa mereka semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...this wk In Shaa Allah Mai akan upload dua:B

      Delete