Bab
60
Ahdia
bernyanyi kecil sambil berbaring santai di atas kerusi malas ditepi
kolam renang. Senang hati dia bila Widayah tak tinggal di Villa Nur
lagi. Aman sentosa rumah itu. Tak asyik sakit mata saja. Majalah atas
riba dibelek. Hari minggu begini itulah kerjanya. Lepak ditepi kolam
itupun kalau tak ada temujanji untuk keluar. Tapi pada malam hari
lain cerita. Kalau tak keluar bukan hari minggu namanya. Rambut yang
menurun diselaknya ke belakang telinga. Tersenyum lebar melihat
gelang tangan yang dibeli Nila sebagai hadiah untuknya.
Sejak
berkenalan dengan Nila memang jarang sekali dia berada di butik
Bidadari. Dalam seminggu hampir empat kali dia bertemu dengan Nila.
Alasan sebagai teman selama dia berada disini. Kalau Nila ke salon
membuat rambut, dia juga disuruh buat rambut sekali. Kalau Nila ke
spa, dia juga diberi rawatan yang sama dengan Nila. Semua ditanggung
oleh Nila. Suka benar dia dengan Nila. Tapi sayangnya dia bari
diberitahu bahawa Nila akan pulang semula ke tanah air lagi dua
minggu itupun kalau kerjanya disini selesai.
Kalaulah
Nila jadi ibunya memang gembira habis dia sebab mereka mempunyai
citarasa yang sama. Bila memikirkan yang selepas ini dia terpaksa
berdepan dengan Geraldine lagi, dia rela berhenti dari terpaksa
bekerja dibawah arahan perempuan itu. Khabar tentang Widayah yang
terlibat dalam kemalangan kecil sehingga terpatah tangannya membuat
dia sorak sakan. Apatah lagi mendegar bahawa kereta itu hampir-hampir
melanggar Geraldine. Dia patut mengucapkan terima kasih kepada dalang
disebalik itu. Tapi kalau boleh mahu sahaja dia habiskan Geraldine
supaya dia dapat kembali apa yang sepatutnya menjadi miliknya.
“Huish
papa. Terperanjat Dia.” Terduduk tegak Ahdia bila tiba-tiba saja
Khaleed menghempas tubuh atas kerusi malas disebelahnya. Hampir
tercampak majalah yang dipegangnya sebab terperanjat. Maklumlah hanya
dia saja yang berada dirumah ketika itu. Abang-abangnya semua entah
hilang ke mana sejak pagi.
Berkerut
dahi Ahdia bila melihat muka Khaleed yang merah menyala. Mesti kes
tengah marah ni. Dia teringat semalam papanya pergi berjumpa dengan
Faryal, tertanya-tanya juga apa yang berlaku. Tetapi bila Khaleed
tidak ada tanda-tanda akan pulang dan dia pula ada temujanji dengan
kawannya pada malam itu dia pun biarkan saja.
Sekarang
didepannya kini Khaleed duduk dengan tangan yang dikepal. “Kenapa
ni papa? Apa terjadi?” Soal Ahdia ingin tahu.
Khaleed
mendengus kasar. Setelah dia meninggalkan rumah Nek Wan dia terus
menelefon Issac tetapi tidak dapat. Ditelefon Tuan Kamil Arsyad pula
dimaklum bahawa lelaki itu baru sahaja berangkat ke Australia sejam
yang lalu untuk hal kerja. Membakar hatinya mengingati kata-kata
nenek sihir itu kepadanya. Betulkah Issac dan Faryal akan disatukan?
Tapi kalau benar bagaimana?
Kali
ketiga dia menelefon Issac baru ia bersambung. Dia pergi bertemu
dengan anak muda itu di Dine
by Fraisers.
Tiba saja disana dia ditunjuk ke sebuah meja yang berada disudut
tersembunyi restoran itu. Disitulah anak muda itu sedang
menantikannya sambil membelek telefon bimbit. Senyuman seperti selalu
ditayang Issac kepadanya lantas menyilakannya duduk.
**
“Tuan
Khaleed, apa yang penting sangat sehingga Tuan mahu berjumpa dengan
saya malam ini juga?” Issac memulakan bicara sebaik saja pelayan
beransur pergi. Ditatap muka tegang Khaleed didepannya.
Telefon
bimbit yang dipegangnya tadi diletak atas meja. Jari-jemari yang
bertaut diletak atas riba. Dia sebenarnya sedang menahan marahnya
setelah mendapat panggilan dari Nek Wan tentang apa yang telah
dilakukan Khaleed terhadap Faryal tadi. Bila ditelefon Aviya untuk
bertanya tentang kondisi Faryal, dia hampir-hampir mahu menumbuk
bingkai cermin dirumahnya itu. Nasib baik ditahan Nila. Bila dibayang
bibir Faryal yang pecah akibat tamparan Khaleed dan kesan-kesan lebam
ditangan Faryal, mahu saja dia mencengkam kolar baju lelaki itu dan
melepaskan tumbukan bertalu-talu dimuka Khaleed.
Tak
sangka ada juga seorang bapa yang sanggup melakukan begitu kepada
darah dagingnya sendiri. Tetapi bila difikirkan bapa itu adalah
Khaleed, lelaki yang merancang kematian kedua orang tuanya dia tidak
terperanjat langsung.
“Saya
tak tahu apa permainan kamu.” Tutur Khaleed dengan bibir yang
diketap menahan marah yang membuak.
Kening
Issac ternaik. “Permainan? Saya tak faham.” Dia menayang muka
kebingungannya. Tapi sebenarnya dia sudah tahu apa yang mahu
dibualkan Khaleed.
“Kamu
pernah kata yang kamu sudah ada buah hati disini.” Issac angguk
kecil.
“Betul,
saya memang ada.”
Khaleed
mengengsot tubuhnya dekat dengan meja makan ditengah-tengah mereka.
Mata melilau ke sekeliling sebelum jatuh kembali ke anak muda
didepannya itu.
“Adakah
buah hati kamu itu Faryal Shameena, anak perempuan saya?”
Issac
pura-pura terperanjat dengan pertanyaan Khaleed. Tapi didalam dia
sedang galak sakan. Khaleed. Khaleed.
“Mengapa
Tuan tanya begitu?”
“Saya
baru dapat berita daripada mak mertua saya bahawa kamu akan disatukan
dengan Faryal lagi tiga minggu.” Jawab Khaleed dengan tegas. Dia
benar-benar ingin tahu adakah ia benar kerana ini akan menukar rentak
permainannya.
Diperhatikan
Issac yang senyum herot setelah menghirup secawan kopi yang dipesan.
Dilengah-lengahkan jawapannya membuat Khaleed ternanti-nanti. “Jujur
saya katakan saya memang tahu tentang perkara ini. Tentang
perkahwinan saya dengan Faryal.”
Khaleed
mengerdip matanya. Kemarahannya meledak dengan tiba-tiba. “Apa
sebenarnya yang kamu inginkan hah?! Kamu jangan lupa perjanjian kita.
Kalau apa-apa yang kamu mahu lakukan harus beritahu saya dahulu.”
Melenting Khaleed sehingga beberapa kepala memusing ke arah mereka.
Issac
senyum kepada mereka sebelum kembali kepada Khaleed yang sedang
merenungnya dengan sepasang mata yang galak.
“Sabar
Tuan Khaleed. Biar saya jelaskan.”
Tapi
Khaleed sudah hilang kesabarannya. “Apa yang kamu nak jelaskan?
Pernikahan kamu lagi tiga minggu! Tiga minggu. Kamu belum buat
keputusan untuk melantik CEO baru lagi sekarang kamu mahu berkahwin
dengan dia pula. Kalau saya dapat tahu kamu mempermainkan saya…”
“Tuan
ugut saya?” Cantas Issac dengan muka yang tukar serius.
Baru
sahaja Khaleed mahu membuka mulut Issac mengangkat tangannya menyuruh
Khaleed tidak berkata apa-apa. “Tuan lupakah siapa yang membantu
Tuan mendapat tandatangan ketiga-tiga anak Tuan untuk surat
penyerahan harta untuk Tuan? Saya.” Ditunding jari telunjuk ke
dadanya.
Tapi
Issac belum habis bercakap. “Siapa pula yang meyakinkan Geraldine
supaya kembali bekerja di butik Bidadari? Saya. Tuan jangan ingat
Tuan ada harta dan kedudukkan Tuan boleh bersikap sebegitu dengan
saya.” Kerusi ditolak ke belakang. Khaleed pula sudah mula rasa
kesal dengan keterlanjurannya.
“You’ve
forgotten who you’re speaking to.
Cucu Tuan Kamil Arsyad. Sebelum Tuan dapat menghabiskan saya, saya
yang akan menghabiskan Tuan terlebih dahulu.” Ugut Issac dengan
peralahan tidak mahu didengari orang disekelilingnya. Khaleed
tersentap seketika dengan tutur bicara Issac.
Anak
muda yang sentiasa tidak banyak berkata. Kini berubah seratus
peratus. Sepertimana Faryal berubah menunjuk taring, Issac juga
begitu. Dalam sehari dia dikejutkan. Dia akur Tuan Kamil Arsyad
mempunyai pengaruh yang kuat dimana saja. Dia pernah mendengar
desas-desus dimana lelaki itu pernah membuat syarikat seseorang itu
lingkup dalam sekelip mata. Dia tahu dia sedang bermain dengan api
sekarang.
Issac
menggamit pelayan untuk membuat bayaran. Selama ini Khaleed hanya
diam tidak terkata. “Kalau Tuan mahu tahu, datuk saya yang mahu
menyatukan kami. Saya tidak setuju sebab saya masih muda. Tetapi
kerana hormat dengan kehendaknya saya terpaksa.” Dikeluarkan
dompetnya bila pelayan tiba kembali membawa bil. Dikeluarkan beberapa
keping wang kepada pelayan dan disuruh menyimpan saja bakinya.
Khaleed
tahu dia telah membuat Issac marah. Dia tahu anak muda itu tidak mahu
berbincang dengannya tentang ini lagi. Issac mencapai telefon bimbit
diatas meja lantas merenung tajam Khaleed.
“Apa
yang saya tahu dia mahu menyatukan kami sepertimana Tuan dan isteri
Tuan disatukan. Kerana janji antara dua sahabat. Janji antara Tuan
Kamil Arsyad dan bapa mertua Tuan.”
Mata
Khaleed mengikut Issac yang sedang bangkit dari kerusi. Dibetulkan
jaket yang dipakainya sebelum berpaling ke arah Khaleed. Tiada
senyuman.
“Kalau
tak ada apa-apa yang ingin Tuan katakan saya minta diri dulu. Banyak
perkara yang harus saya selesaikan. Saya tak tahu apa yang terjadi
antara Tuan dan anak perempuan Tuan itu. Tetapi apa yang saya boleh
katakan sepertimana Tuan tak mahu saya disatukan dengan dia begitulah
juga saya.” Dengan itu Issac meninggalkan Khaleed terpinga-pinga
dimeja itu.
**
“Papa!
Papa!”
Khaleed
bangkit dari duduk sebaik saja sedar dari lamunannya. Dia menapak ke
hujung kolam renang.
Ahdia
hairan melihat Khaleed yang sedang membelakanginya. “Apa terjadi
sampai papa tak balik semalam?” Soal Ahdia buat sekain kali. Dia
tidak sedap hati dengan sikap dingin Khaleed itu. Dia pasti sesuatu
yang tidak diingini telah berlaku semalam.
“Faryal
akan kahwin lagi tiga minggu.” Terlopong besar mulut Ahdia.
“You’ve
got to be joking right papa?”
Melihat Khaleed menggeleng, tangan Ahdia naik menekup mulut tidak
percaya.
“Siapa
lelaki malang yang sanggup kahwin dengan dia? Oh
my god! Seriously that guy has no taste at all.
Dia buta ke apa? Wow!”
Tutur Ahdia masih tidak dapat percaya berita itu. Tangan yang menekup
mulutnya kini bercekak dipinggang sementara tangan lagi satu naik
memicit dahinya.
Khaleed
gelak sinis. Mengingati setiap perbualan dia dengan Nek Wan dan
Issac. Sampai sekarang dia masih tidak dapat mencerna berita itu.
Kalau benar Issac dan Faryal akan bernikah, dia harus menukar
permainannya. Tapi apa yang buat dia lega sedikit adalah, dia telah
memegang bahagian terbesar di FS. Dengan adanya bahagian Shariq,
Faizan dan Shayaan dia berhak duduk dikerusi CEO itu walaupun Issac
memilih orang lain.
“Siapa
lelaki tak bernasib baik tu papa? Mesti orang tua miangkan.” Ahdia
gelak sinis membuat andaiannya tersendiri.
“Izzat
Danish.”
“Hah?”
Khaleed
menoleh melihat Ahdia yang sedang tercengang besar. “Izzat Danish
lelaki malang itu.” Ujar Khaleed sekali lagi.
Buntang
besar mata Ahdia. Kepalanya rasa terpanar seketika dengan berita itu.
Dia pusing dan menapak kembali ke kerusi malas yang didudukinya tadi.
“Wow!
Seriously wow!”
Ucap Ahdia tidak percaya.
Khaleed
menyeluk tangannya ke dalam kocek seluar. Dipandang pokok-pokok bunga
yang ditanam Lutfiyah. “Dia cakap ini semua pengaturan Tuan Kamil
Arsyad, datuknya. Ini semua kerana janji yang dibuat Tuan Kamil
Arsyad dan Tok Wan. Dia tak ada pilihan.”
Ahdia
menjuling matanya. “Semua orang ada pilihan. Dia saja yang bodoh
ikut rentak datoknya itu. Atau mungkin…” Khaleed memusing
menghadap Ahdia bila anaknya itu membiarkan kata-katanya tergantung
begitu saja.
Jari
telunjuk digoyang-goyang bila memikirkan sesuatu perkara. “Atau
mungkin dia setuju kahwin dengan Faryal sebab mahukan harta kita.
Sebab kalau dia kahwin dengan Faryal dia boleh kawal FS. Maybe
he has been planning that all along. Dia
ikut kemahuan papa selepas itu dia pusing balik untuk keuntungan
dia.” Dipetik jarinya bila selesai menyuarakan pendapatnya.
Mata
mereka menikam satu sama lain. Khaleed memikirkan kemungkinan apa
yang baru dikatakan Ahdia itu. Akhirnya dia menggeleng kepalanya
tidak setuju dengan buah fikiran Ahdia.
“Papa
tak fikir begitu. Empayar Tuan Kamil Arsyad sepuluh kali ganda lagi
besar dari kita. Dia tak perlukan harta kita. Seperti yang papa cakap
tadi ini semua kerana perjanjian bodoh yang dibuat Tok Wan kamu tu.”
Dilabuh duduk bertentangan dengan Ahdia dikerusi malas.
“Sudah
mampus masih menyusahkan orang.” Tutur Khaleed dengan geram.
Tok
Wan lelaki yang banyak menyusahkan dia semasa perkahwinannya dengan
Lutfiyah. Setiap pergerakannya diawasi tajam Tok Wan. Bila lelaki itu
akhirnya mati ia bagaikan sebuah beban yang terangkat dari bahunya.
“Cakap
tentang Tok Wankan. Kita tak boleh buat apa-apakah tentang harta Tok
Wan itu?” Soalan Ahdia membuat Khaleed mengjunkit keningnya tidak
faham.
“Maksud
kamu?”
Ahdi
menjuling matanya buat sekian kali. Lembab betullah orang tua ni.
“Iyalah, Dia rasa harta mama memang lebih dari cukup. Tapikan Pa,
kalau kita dapat harta Tok Wan tu mesti lagi baikkan.”
Tergamam
Ahdia bila Khaleed menggelakkannya. Dia mula menjuih bibirnya tidak
senang dengan tindakan Khaleed itu. Tangan naik memeluk tubuh
menunjuk tanda protesnya.
Khaleed
meraup mukanya masih ada sisa tawa dengan kata-kata Ahdia. “Kita
tak boleh lakukan apa-apa tentang itu sayang. Kalau apa-apa terjadi
kepada orang tua keparat tu, semua harta kekayaan akan diagih-agihkan
kepada rumah kebajikan.” Jelas Khaleed buat sekian kali. Dahulu
memang dia mahu membolot semua harta mereka tetapi bila wasiat Tok
Wan dibacakan dan tertulis kalau apa-apa terjadi Nek Wan, secara
automatis harta kekayaan mereka akan diagih-agihkan. Kerana itulah
dia terpaksa menukar rancangannya. Dia terpaksa melupakan tentang
harta mertuanya itu. Kalau bukan kerana wasiat itu memang harta Tok
Wan sudah menjadi miliknya.
“Well,
atleast I tried asking.”
Senyuman nipis dibalas Khaleed.
Dagu
Ahdia ditongkat tangannya. Sekarang rancangan Khaleed berantakan
kerana berita itu. Takkan Khaleed tak ada rancangan mahu menghalang
perkahwinan Faryal? “Jadi sekarang papa nak buat apa? Papa nak
halang perkahwinan mereka ke?” Khaleed menggeleng.
“Tak.
Biarkan mereka berkahwin. Lambat-laun mereka akan bercerai juga sebab
si Izzat tu ada buah hati dekat sini.” Balas Khaleed lantas
membaringkan tubuhnya di kerusi malas yang didudukinya.
“Siapa?”
Soal Ahdia ingin tahu. Tapi Khaleed menjungkit bahunya tidak tahu.
“Kira
sekarang papa tak ada rancangan barulah ni.” Lirikan mata Khaleed
pada Ahdia membuat anaknya itu menaikkan kedua-dua keningnya, ingin
penjelasan.
Nafas
dalam diambil Khaleed sebelum senyuman penuh makna bermain
dibibirnya. Hanya dia saja tahu apa yang tersirat disebalik senyuman
itu. “I
do have a plan.
Sesuatu yang mereka tak akan sangka sama sekali.” Dengan itu mata
dipejam ingin menenangkan fikirannya.
Ahdia
tersenyum dan berbaring kembali diatas kerusi malas. Majalah
dicapainya. Dilirik Khaleed disebelah yang masih tersenyum lebar. Apa
saja rancangan terbaru Khaleed itu dia akan sokong sepenuhnya kerana
dia tahu papanya itu tidak mudah mengalah.
**
Faryal
mengeliat tubuhnya yang rasa tegang. Mata yang dipejam rapat dapat
merasa cahaya matahari telah menyusuk masuk ke dalam bilik tidurnya.
Digosok sedikit tubir mata sebelum membukanya dengan perlahan.
Seperti biasa, telefon bimbit adalah benda pertama yang dicapainya
sebaik saja dia celik dari tidurnya.
Bibir
yang mula bengkak akibat tamparan Khaleed dipegangnya. Apa yang
berlaku semalam menerpa otak difikirannya. Dibelek lengannya pula
yang rasa sakit. Dipicit tanda jari-jemari Khaleed yang mula melebam
warnanya. Faryal bedecit bila kesakitan dirasainya. Telefon bimbit
yang berada dalam tangannya yang lagi satu dibeleknya.
Tiada
pesanan ringkas dari Issac seperti selalu. Faryal menjuih bibirnya
sebelum menurun katil untuk ke bilik mandi. Bila dia keluar beberapa
minit kemudian terkejut beruk dia melihat kelibat Nek Wan sedang
duduk dibirai katilnya. Dibalas senyuman Nek Wan itu.
“Macam
mana keadaan kamu?”
“Sakit
sikit. Nanti-nanti okaylah.”
Tutur Faryal sambil menapak ke arah Nek Wan bila neneknya itu
menggamitnya. Tangan Nek Wan naik membelek muka Faryla. Dengan
kerutan dahi diperiksa luka Faryal akibat kelakuan Khaleed. Mahu saja
dia membuat laporan polis tetapi cucu perempuannya itu membantah.
Berkerut
muka Faryal bila Nek Wan menekan lebam dilengannya. Dia melihat
senyuman nipis Nek Wan. Ini mesti kes sengaja tau. Benci! Diusap-usap
lengannya itu dan bibir pula dijuih, merajuk. Tetapi Nek Wan buat tak
layan.
“Nanti
surah Aviya tolong ubatkan luka kamu tu. Bukan Nek Wan tak mahu buat
tetapi bab-bab begini memang tak reti langsung. Sudah Nek Wan tunggu
kamu dekat bawah. Nek Wan nak kejutkan Wid pula. Kamu dua anak dara
perangai kalahkan anak teruna. Tidur mati.” Rungut Nek Wan dengan
gelengan kepala. Dia sudah mula menuju ke pintu bilik Faryal.
Faryal
gelak kecil dengan bebelan Nek Wan pagi itu. Sejak ada Widayah
dirumah itu dia perasan semakin lebar senyuman Nek Wan. Bab
sindir-menyindir janganlah cakap. Widayah pun kena juga. Nek Wan ada
juga mengajak Pak Halim dan Mak Limah duduk dirumah itu tetapi
ditolak mereka. Nek Wan tahu mereka tidak mahu menyusahkannya tetapi
dia sudah mengenal Mak Limah sejak kecil lagi. Orang tuanya Mak Limah
sudah lama bekerja dengan dia sekeluarga. Mereka berdua sudah Nek Wan
anggap seperti anaknya sendiri. Sebahagian keluarga besarnya.
Melihat
kelibat Nek Wan yang mahu melapasi pintu ukiran kayu biliknya itu
membuatnya teringat dengan hal semalam.
“Errm…
Nek Wan…” Teragak-agak Faryal bertutur. Tidak tahu macam mana
mahu memulakannya.
Nek
Wan berpaling memandang cucunya yang sedang berdiri ditengah bilik
yang diubah suai Lutfiyah sebelum dia ‘pergi’. Dia tahu apa yang
Faryal ingin bicarakan. Apa lagi kalau bukan pernikahannya dengan
lelaki bernama Izzat Danish itu.
“Kalau
kamu mahu cakap tentang apa yang Nek Wan katakan semalam, lepas
sarapan. Sekarang kamu pergi periksa telefon bimbit kamu tu. Dari
tadi asyik berdering saja. Bingit telinga Nek Wan. Lagu apa yang
melalak entah.” Dijuih bibir kepada telefon bimbit Faryal atas
katil.
Faryal
pura-pura kecil hati dengan aduan Nek Wan itu. “Apa pula melalak?
Lagu sedap tau.” Dilihat Nek Wan menjulingkan mata.
“Sedap
bukannya boleh dibuat makan pun. Dah, kemas katil kamu tu lepas tu
turun sarapan.”Arahan Nek Wan disambut kenakalan Faryal yang
menabik seperti seorang askar.
“Yes
Boss!”
Senyuman ditahan Faryal.
“Banyaklah
kamu punya bos.” Aju Nek Wan sambil menutup pintu bilik Faryal.
Ada-ada saja cucunya itu. Ini nak kejut lagi satu punya cucu. Tangan
patah tapi mulut lancar saja. Siapa lagi kalau bukan Widayah.
Sebaik
saja pintu tertutup rapat Faryal mencapai telefon bimbitnya atas
katil. Tersenyum dia dengan beberapa missed
call
dari Issac. Pesanan ringkas yang selalunya diterima setiap kali dia
baru bangun tidur pun baru diterimanya.
**
“Sudah
turun dah kedua-dua tuan puteri Nek Wan, Sham.” Faryal dan Widayah
yang baru turun bermain mata dengan satu sama lain bila mendengar
sindiran Nek Wan.
Kurang
asam punya abang Sham, boleh pula dia ketawa sakan. Bisik hati kecil
dua tuan puteri itu. Hisham yang sedang sedap ketawakan mereka
ditumbuk Faryal bila mahu mengambil tempat duduknya dimeja bulat itu.
Widayah pula mencerlung matanya kepada Hisham. Tergelak kecil Nek Wan
melihat Faryal menunjuk tumbuknya bila tawa Hisham semakin galak.
Brutal
betullah dua anak dara ni.
“Perangai
tuan puteri berdua ni betul-betul kalahkan sang ratu. Kasar pula tu.
Siapa jadi laki hang berdua memang kena pasang padding
banyak-banyak. Gangster.”
Gurau Hisham dengan tawa yang bersisa. Faryal dan Widayah memberi
jelingan maut kepada Hisham. Tetapi lelaki itu masih selamba saja
gelakkan mereka.
Widayah
menunjuk roti telor yang berada dimeja bila Faryal bertanya apa yang
dia mahu makan. Nasib baik Faryal tak banyak songeh sanggup menolong
apa yang dia tak boleh lakukan sebab tangannya yang sedang berbalut.
“Alah abang Sham ni. Baru kena sikit nak mengadu. Badan saja tough
tapi…”
“Lembik.
Kalau depan kak Viya bukan main macho
dia. Betul tak Wid?” Sambung Faryal lantas meletak dua keping roti
telor dipinggan Widayah.
Widayah
angguk setuju dengan apa yang baru dikatakan Faryal.“Bukan macho
tapi ego.
Kau perasan tak berapa minggu ni pasangan sejoli tu selalu curi-curi
pandang satu sama lain?” Pertanyaan Widayah membuat Hisham yang
sedang menyuap mi goreng ke dalam mulut terbatuk-batuk. Pantas dia
meneguk jus epal miliknya. Nek Wan yang mendengar perbualan dua kawan
baik itu tersenyum. Dia sebenarnya sedang ketawa kecil disebalik
suratkhabar yang sedang dibacanya.
Suara
Faryal kedengaran ditelinganya pula. “Nampak. Kalau satu pandang
tempat lain, lagi satu curi pandang. Kalau mata bertembung dua-dua
terus tengok tempat lain. Kan? Kan? Kan?” Hisham mengamati Faryal
dan Widayah dengan muka yang berkerut.
Nasib
baik Aviya tak ada. Kalau tidak memang teruk aku dan Aviya kena
dengan mulut laser
budak dua ni. Macam manalah budak dua ni perasan apa yang aku buat
selama ini? Tapikan kalau betullah Aviya pun curi pandang dekat aku
maknanya aku tak bertepuk sebelah tanganlah. Seukir senyuman bermain
dibibirnya. Garfu yang penuh dengan mi goreng disuap ke dalam mulut
masih memikirkan kemungkinan perasaan Aviya terhadapnya.
Widayah
menyiku Faryal yang sedang leka menikmati roti telor buatan Mak Leha.
Sedap! Dia memusing ke sebelah sambil mengangkat kepalanya sedikit
bertanya kepada Widayah apa yang dimahunya. Widayah pula balas dengan
menjuih bibirnya kepada Hisham yang sedang pandang kosong gelas
berisi jus epal sambil tersenyum-senyum kambing. Tangan pula meyuap
mi ke dalam mulut. Faryal mengenyit matanya kepada Widayah. Nek Wan
yang sedang menghirup airnya melihat perbualan dengan isyarat mereka
lantas menggeleng kepala. Habislah Hisham. Teruk kamu kena dengan
mereka pagi ni.
“Kalau
suka…” Terhenti suapan Hisham sepertinya sudah sedar dari
lamunannya. Dilirik dua anak dara didepannya. Tangan sedang memegang
roti telor tetapi mulut sedang lancar berbicara.
“Cakap
suka. Kalau sayang?” Widayah menyambung apa yang mahu dikatakan
Faryal. Mereka berdua membuat muka selamba, sekali-sekala mengerling
sekilas satu sama lain.
“Cakap
sayang. Kalau cinta?” Faryal meyumbat roti telor ke dalam mulutnya.
Widayah senyum herot kepada Hisham sebelum menjawab. Nak beri suspens
katakan.
“Cakap
I
love you.”
Berdekah-dekah mereka berdua ketawa dapat mengena Hisham buat sekian
kalinya. Bila Faryal mengangkat tapak tangannya kepada Widayah,
kawannya itu menampar tapak tangannya bersama. High-five!
Hisham hanya dapat merenung mereka tidak tahu macam mana mahu
membalas. Kalau budak dua ni bersama memang teruk dia kena. Nek Wan
menggeleng buat sekian kali.
Mereka
memaling kepala ke arah koridor memasuki dapur bila mendengar
seseorang bersuara. “Mulalah merepek meraban kamu berdua ni. Jangan
layankan sangat Sham. Kalau dilayankan sampai besok tak habis budak
dua ni. Assalammualaikum.” Widayah meletak kembali gelas air yang
dipegangnya dan menerpa ke arah Pak Halim dan Mak Limah yang sedang
meghampiri.
“Mummy!
Daddy!”
Disalam dan dipeluk erat kedua orang tuanya seperti tak jumpa
beberapa tahun tapi baru semalam mereka datang.
“Apa
mummy-mummy?
Kamu ingat ibu ni dari zaman purba ke apa panggil mummy-mummy.”
Ujar Mak Limah kepada Widayah yang tersengih-sengih macam kerang
busuk.
Faryal
dan Hisham turut menyalami mereka. “Limah, Halim. Duduk makan
sekali. Banyak ni makanan. Membazir pula kalau tak dimakan.” Ajak
Nek Wan yang masih duduk dikerusi.
Pasangan
suami isteri itu angguk. Terima kasih. “Ni Limah ada buatkan kuih
lapis nyonya kegemaran mama.” Ditunjuk bungkusan yang dibawanya.
Sebelum mengambil tempat dimeja makan itu Nek Wan disalami mereka.
Senang Nek Wan dengan kehadiran mereka.
“Ingat
juga kamu ya.” Lengan Mak Limah ditepuk lembut. Dia sudah anggap
pasangan isteri yang muda dari Lutfiyah seperti anaknya sendiri.
Mereka juga yang banyak membantu keluarganya.
Pak
Halim mengambil tempat disebelah Hisham yang menuangkan secawan air
teh untuknya. “Dengan budak dua ni kamu kena bersabar sikit Sham.
Sebab masa kecil-kecil dulu dia orang selalu main kelentang-kelentung
dekat dapur. Bukan diketuk senduk tu dengan kuali yang diberi Mak
Limah ni hah.Tapi diketuk kepala masing-masing. Itu sebab mereka
berdua ni kurang sikit dekat sini.” Ditunjuk disisi kepalanya.
Faryal
dan Widayah sudah menjuih bibir merajuk dengan kata-kata Pak Halim
itu. Sampai hati panggil kita kurang.
Hisham
sudah angguk faham. “Ah! Padanlah bila Sham tanya pakar psikologi
dia cakap tak ada penawar. Sebab dah teruk rupanya. Dari kecil pula
tu. Kasihan-kasihan.”
Semua
gelak sakan kecuali dua kawan baik dimeja itu. Ditayang muka masam
mereka kepada Hisham dan Pak Halim. Hisham dapat merasa kakinya
ditendang sepasang kaki. Siapa lagi kalau bukan kedua-dua tuan puteri
yang sedang merajuk sakan didepannya tu.
**
Usai
makan pagi, Mak Limah dan Widayah membantu Mak Leha didapur.
Sementara Pak Halim dan Pak Atan berada dikebun mini belakang rumah
Nek Wan. Faryal melirik matanya kepada sepasang lelaki dan perempuan
yang sedang berdiri disebelah Hisham.“Ini Stacy dan Gerald.” Nek
Wan mengenalkan pasangan itu.
Faryal
membalas anggukan mereka sedikit gerun melihat ketul-ketulan otot
dibadan lelaki bernama Gerald itu. Stacy pula tinggi orangnya. Rambut
diikat kuda. Muka tidak seserius Gerald yang sepertinya mahu
menelannya hidup-hidup.
“Mulai
hari ini ke mana saja kamu pergi mereka akan ikut sama.” Ternaik
kening Faryal dengan apa yang baru diberitahu Nek Wan. Ikut ke mana
saja?
“Termasuk
ke tandas?” Soalan Faryal disambut julingan mata Hisham dan Nek
Wan. Stacy pula gelak kecil sementara Gerald masih tidak ubah riak
wajahnya.
Nek
Wan menggeleng dengan soalan bodoh Faryal itu. “Termasuk ke tandas.
Tapi hanya Stacy.” Faryal angguk faham.
“Tapikan
kenapa mereka kena ikut Ayal? Ayalkan dah belajar seni pertahanan.”
“Kalau
papa kamu sanggup lakukan begitu kepada kamu semalam, tidak hairan
kalau dia lakukannya sekali. Orang yang terdesak sanggup lakukan
apa-apa saja. Nama saja ada seni pertahanan, tapi semalam tak gunakan
pun.” Kejadian semalam bermain sekali lagi dikepalanya. Muka
Khaleed yang penuh kebencian dibayangnya. Ketawa yang sinis
kedengaran ditelinganya.
“Baiklah
kamu berdua boleh pergi.” Arahan Nek Wan disambut anggukan kecil
Stacy dan Gerald. Hisham mengambil tempat disofa sebelah Faryal.
Sebaik
saja pintu bilik kerja Nek Wan ditutup rapat, Nek Wan dipandang
Faryal. Teringat tentang semalam mengingatkannya kepada perkara yang
dikatakan neneknya kepada Khaleed. “Betul ke Nek Wan terima lamaran
Izzat Danish tu?” Anggukkan kepala diganti sebagai jawapan yang
dimahu didengari Faryal.
“Ini
yang terbaik. Nek Wan tak boleh lindungi kamu selama-lamanya dari
papa kamu.”
“Stacy
dan Geraldkan ada. Abang-abang pun ada boleh jaga Ayal.” Tanpa
lengah Faryal bersuara tidak sempat untuk Nek Wan menjelaskan
sebabnya.
Hisham
bangkit dari duduknya untuk menghidupkan komputer diatas meja kerja
Nek Wan. “Abang-abang kamu semua ada kehidupan mereka sendiri.
Lambat-laun mereka akan ada keluarga mereka sendiri. Tengok sekarang.
Kamu dekat sini. Abang-abang kamu dekat sana.”
Ada
betul juga apa yang dikatakan Nek Wan. Abang-abangnya bukan akan
selalu ada untuknya. Sekarang pun masing-masing sibuk dengan kerja
dan hal peribadi. Sekali-sekala datang berjumpa dengannya itupun
sekejap saja.
Melihat
Faryal senyap dengan pandangang kosong Nek Wan menyambung. “Kamu
ingat kata-kata papa kamu semalamkan? Dia mahu kamu serahkan segala
harta mama kamu kepadanya. Dia mahu semua hasil kerja keras mama kamu
selama ini untuk dirinya sendiri. Sementara kepada mama kamu itu
semua adalah untuk anak-anaknya. Masa depannya. Papa kamu tidak akan
senang selagi semua berada dalam genggamannya.” Jelas Nek Wan
dengan suara yang tegang. Setiap kali menyentuh tentang Khaleed api
kemarahannya akan membuak.
“Ayal
boleh berdepan dengan papa.” Maklum Faryal dengan yakin. Nek Wan
menggeleng.
“Tak
sendirian. Kamu tengok apa dia lakukan kepada kamu. Lebam sana sini.
Bibir kamu pecah. Itu baru sikit. Kalau kami tak terima pesanan
ringkas dari Pak Atan memang teruk kamu dikerjakannya.” Khaleed
bukan lebih teruk apa yang disangka Faryal. Cucunya itu tidak sekuat
sendirian. Buktinya, melihat muka bibir Faryal yang bengkak itu
meruntun hati tuanya itu. Kesal kerana tidak dapat melindungi Faryal,
satu-satunya amanah Lutfiyah kepadanya.
Faryal
mengamati Nek Wan yang sedang menulis sesuatu dalam diarinya. “Tapi
kenapa Nek Wan tak tanya Ayal dulu? Kalau Ayal tak mahu macam mana?”
Benar. Kalau dia lari pada hari pernikahan macam mana? Tak ke haru
Nek Wan nanti?
“Sebab
itulah Nek Wan tak tanya kepada kamu.” Sahut Nek Wan tanpa henti
dengan apa yang sedang dilakukannya. Keluhan melepasi bibir Faryal.
Badan dihenyak ke belakang sofa. Tubuh dipeluk tidak sesekali
melepaskan padangan dari kelibat Nek Wan.
“Tapi
ini masa depan Ayal Nek Wan. Ayal pun tak tahu siapa Izzat Danish.
Ayal cuma dengar tentang dia dari Wid, kak Din dan abang-abang yang
lain. Ayal tak pernah lihat dia sekali pun.”
Ada
sekali dia minta Widayah ambil gambar lelaki itu sebab orang
disekelilingnya berbicara tentang lelaki itu. Tetapi keinginannya
perlahan-lahan mula pudar bila Issac muncul dalam kehidupannya.
Terhenti
perlakuan Nek Wan yang sedang menulis. Diangkat kepala lantas
direnung Faryal seketika sebelum menutup diarinya itu. Melihat riak
wajah Faryal yang monyok itu dia tahu dia harus memyakinkan cucunya
itu tentang rancangan mereka ini.
Bila
diberitahu kepada Issac tentang perkara itu, anak muda itu pada
mulanya tidak setuju kerana itu bukan dalam perancangan mereka.
Tetapi bila dia jelaskan apa yang baru saja berlaku dan bahawa
Khaleed sudah berani bertindak dari luar jangkaan mereka, anak muda
itu akhirnya setuju.
Tadi
pagi baru dia mendapat panggilan dari Issac tentang pertemuannya
dengan Khaleed. Nampaknya Khaleed tidak berani mengapa-apakan cucu
kepada Tuan Kamil Arsyad. Kalau dahulu Khaleed sanggup membunuh
anaknya Tuan Kamil Arsyad sebab tidak tahu bahawa lelaki yang
dibunuhnya itu adalah darah daging usahawan yang terpengaruh dan amat
ditakutinya. Dia yakin kalau Khaleed tahu tentang itu dahulu, pasti
Khaleed tak berani mengapa-apakan Eddy dan Kat.
Ditikam
matanya Faryal. “Kadang-kala bercinta selepas bernikah ni lagi
manis dan kekal lama dari bercinta dahulu. Nek Wan tahu kamu sudah
ada pilihan hati sendiri. Tentang buah hati kamu tu tak payah risau.
Nek Wan yakin dia mesti faham dengan situasi kamu. Percayalah kepada
NekWan bahawa Izzat Danish tidak jauh beza dengan Issac Daimaru.”
Cuma nama saja yang beza. Orangnya tetap sama. Sambung Nek Wan dalam
hati.
Hisham
dari meja kerja melirik sekali-sekala ke arah mereka. Dilihat nenek
dan cucu itu sedang merenung satu sama lain. Dua-dua sedang melayan
perasaan masing-masing.
Faryal
duduk tegak dengan tiba-tiba. “Besok Ayal pergi jumpa dia.”
Faryal tekad mahu berjumpa lelaki itu yang selalu disebut-sebut.
Izzat Danish. Apa istimewa sampai Nek Wan setuju untuk satukan kita?
Nek
Wan pantas geleng. Tidak setuju. “Tak payah jumpa. Hari pernikahan
kamu, nanti baru boleh berjumpa. Tak sabar betul.” Dia tak mahu
mereka bersemuka. Kalau Faryal tahu bahawa Izzat Danish dan Issac
Daimaru adalah orang yang sama, pasti cucunya itu tidak akan setuju
dengan pernikahan mereka. Sebab mereka semua sudah menipunya. Jadi
bukan masanya untuk Faryal ketahui tentang ini. Belum masanya lagi.
“Nek
Wan.” Rungut Faryal. Tidak faham dengan Nek Wan. Itu tak boleh. Ini
tak boleh.
Pandangan
mereka berlaga sekali lagi. “Trust
me. You’re going to love him like you love Issac. Maybe more.”
Faryal mendengus. Macam mana dia mahu cintakan lelaki itu bila
hatinya sudah terikat kepada yang satu? Dia benar-benar tak tahu
macam mana mahu memberitahu Issac tentang perkara ini. Lagi dua
minggu dia akan kahwin. Dua minggu! Singkat sangat. Ah!! Benci!
“Tapi
kenapa cepat sangat?” Soal Faryal dengan kerutan didahi.
“Lagi
cepat lagi bagus. Bila kamu sudah berkahwin nanti papa kamu tak
berani melakukan apa-apa kepada kamu. Kamu lihat dan dengar
sendirikan semalam?” Faryal angguk. Buat sekian kali Nek Wan
membawa masuk mengenai semalam.
“He
is the only person whom can protect you from Khaleed. Only him.”
Nek Wan tutur tegas. Faryal tidak membalas.
Apa
maksud Nek Wan bahawa Izzat Danish saja yang boleh melindunginya dari
Khaleed? Apa yang lelaki itu ada yang Issac tak ada? Bukankah mereka
berdua lelaki? Faryal bangkit dari duduknya dengan serta-merta.
“Nak
pergi mana tu?” Hisham turut memandang Faryal bila perempuan itu
berdiri dengan mendadak.
“Dapur.”
Sepatah dijawab Faryal lantas meninggalkan bilik itu. Dia harus
berfikir. Dia harus menghilangkan tekanan yang dirasainya kini.
Didapur saja tempatnya melakukan itu semuan. Nek Wan menyandar
dibelakang kerusi. Dia tahu Faryal akan mendengar katanya. Dia tahu.
oh ayal...your love is the izzat...hehehe go die lh jaws...issac tumbuk je si khaleed mcm lempeng pon tk pe! hmm good job kak^^
ReplyDeleteHahaha! :B
Deleteaduhh pening. kenapa issac guna nama "issac"dpn khaleed sdgkn khaleed x tau pun identiti sbnar issac. ni trsalah type nama atau apa ni T^T help me T^T minyak kapak please..
ReplyDeleteHahaha...Kan Mai dah ckp mesti pening punya..hehehe...hmmm..sbb issac dan Izzat org yg sama, Mai letak in general Issac as e main name...so kalau ada scene yg ada Khaleed dan 'Izzat'.. we all tau he's issac..hehe:B
Delete