Bab
59
“Macam
mana uncle?”
Soal Shayaan kepada Alex sebaik saja dia dan Issac memasuki pejabat
peguam itu.
Alex
menyilakan mereka duduk. Pelapisnya dipicit seketika. Penat. Issac
dan Shayaan menanti dengan sabar. Alex angkat kepalanya, diperhati
dua anak muda didepannya. Kepala digeleng.
“Nothing.”
Mendengar perkataan itu saja riak wajah Issac dan Shayaan berubah
menjadi mendung. Secebis harapan yang mereka menantikan sepertinya
hilang melayang begitu saja.
Baru
seminggu pulang dari Paris, banyak pekerjaan yang perlu mereka
lakukan. Nasib baik keadaan Widayah tidak seteruk yang mereka
sangkakan. Pulang saja dari Paris, Shayaan terus menjenguk Widayah
yang masih berada di hospital. Lega hatinya mendegar gelak ketawa
Widayah dan Faryal. Tangan patah tapi mulut Widayah tetap lancar
seperti sedia kala.
Bila
disuruh Mak Limah dan Pak Halim tinggal saja di villa Nur kembali
supaya senang tengok-tengokkan Widayah, cadangan itu ditolak
mentah-mentah oleh mereka. Mahu saja mereka bawa Widayah tinggal
dirumah mak cik Mak Limah tetapi dia tidak membenarkan sebab jarak
hospital dan rumah itu jauh dan memakan masa. Bila Nek Wan mendengar
masalah itu, dengan spontan neneknya itu menawar Widayah untuk
tinggal dirumahnya. Alasan supaya Faryal ada teman. Sekarang sunyi
villa Nur bila tak ada Widayah. Jadi setiap kali pulang dari pejabat,
mesti dia akan ke rumah Nek Wan.
Suara
Alex menarik kembali tumpuan Shayaan yang melencong seketika. “Saksi
semasa kemalangan itu pun tak nampak plat motosikal. Hanya kereta
hitam itu saja yang kita dapat. Tapi plat kereta itu plat yang
dicuri. Susah untuk kita mengesan kereta sebenar.” Jelas Alex.
Issac
meraup mukanya dengan jawapan Alex. Nampaknya mereka menemu jalan
buntu sekali lagi. Dia mati-mati mahu tahu siapa seorang lagi yang
terlibat selain Khaleed. Kalau Ahdia? Mungkin. Tetapi entah mengapa
dia mengesyaki seseorang tetapi disimpannya terlebih dahulu sehingga
dia mendapat bukti yang kukuh.
Alex
mencapai sebuah fail dibelakangnya, dibuka dan ditatap isi
kandungannya sebelum memberinya kepada Shayaan. “Tapi Geraldine cam
lelaki yang memandu kereta itu. Thank
god for her photographic memory.”
Sekeping kertas dengan cakaran seseorang ditatap Shayaan dan Issac.
Lelaki
dengan sepasang mata yang galak dan garang. Bibir yang tipis dan
mempunyai parut panjang dikening sebelah kanan diamati mereka. Dari
gambar itu kelihatan lelaki itu dalam jangkaan 30-an.
“Uncle
dah
suruh kawan uncle
tolong proses lukisan ini. Sebaik saja dia dapat keputusannya, dia
akan hantar kepada uncle.”
Shayaan angguk dan serah lukisan itu kepada Issac.
Ditatap
muka Alex. Ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya dari cerita
Widayah dan Faryal tentang kemalangan itu. “Adakah ia sebuah
kemungkinan bahawa sasaran mereka bukan Faryal tetapi Geraldine?”
Alex mengerdip matanya dengan pertanyaan Shayaan. Issac turut
melakukan perkara yang sama.
“Maksud
kamu?”
Duduknya
dikerusi diperbetulkan. “Ayal dan Wid ceritakan bahawa Geraldine
yang berada didepan mereka bukan?” Anggukkan Alex mengiakan
pertanyaan peguam muda itu.
Shayaan
memandang Alex dan Issac bersilih ganti sambil menyambung
penjelasannya. “Sementara Ayal, Wid dan Aviya berada dibelakangnya.
Malah Aviya yang dibelakang sekali dapat menarik Faryal yang berada
dekatnya tapi Widayah terpaksa maju ke depan untuk menolak Geraldine
daripada dilanggar.”
Issac
menyambung apa yang dikatakan Shayaan disebelahnya. Satu butir
mengenai perbualannya dengan Geraldine mengenai perkara ini
bermain-main difikirkannya. “Kak Din pun ada beritahu yang mata
lelaki itu menikam tajam matanya bila dia berpaling ke arah kereta
itu. Bukan Faryal. Apa yang baru dicakapkan Yan mungkin ada benarnya
juga.” Dikerling Shayaan sebelum memerhati Alex yang angguk-angguk
kepalanya sedang memahami fakta baru itu.
Tangan
naik mengusap dagunya. Memikir. “Kalau sasaran sebenarnya adalah
Geraldine itu maknanya, Ahdia kita tak boleh terkecualikan dalam hal
ini. Lagipun dia ada motif terbesar untuk mengapa-apakan Geraldine.”
Layanan
Ahdia terhadap Geraldine sejak dia mengambil alih kembali Butik
Bidadari sudah cukup meyakinkan mereka bahawa Ahda mempunyai sebab
untuk menyingkirkan Geraldine.
“Saya
akan suruh orang perhatikan Ahdia dan menjaga Geraldine. Takut kalau
perkara ini berlaku sekali lagi. We
don’t need this kind of distraction at this moment.”
Semua
angguk setuju dengan cadangan Issac. Memang sekarang mereka harus
tumpukan dengan rancangan mereka. Terlalu banyak perkara yang menarik
mereka dari landasan yang perlu mereka berada sekarang.
Alex
duduk tegak dan menghampiri tubuh ke meja kerjanya. “Uncle
dengar
yang Khaleed sedang cuba menambat hati Faryal.” Shayaan gelak
sinis.
Memang
dia perasan juga dengan perubahan drastis papanya yang tiba-tiba baik
dengan Widayah. Kalau Ahdia dan Widayah bertengkar, Khaleed pasti
akan membelakangi Widayah. Terperanjat beruk Widayah dibuatnya
sehingga dia bercerita perkara itu kepada dia dan Faizan.
Apa
yang pelik juga bila Khaleed mula bertanya tentang Faryal. Sejak
adiknya itu pergi tinggal dengan Nek Wan tidak pernah sekali pun
Khaleed bertanya tentang Faryal apatah lagi menyebut nama itu. Memang
dia mula syak sesuatu bila Nek Wan memberitahu mengenai kedatangan
Khaleed ke Ivic International. Alasan mahu meminta maaf dan ingin
Faryal menerimanya kembali. Tetapi dia tahu itu semua hanya sebuah
helah.
“Dia
sudah mula mengorak ke langkah seterusnya. Tapi dia tersekat sebab
Faryal sentiasa memberi pelbagai alasan untuk bertemu dengannya. Ini
sesuatu yang sukar untuknya tapi saya yakin yang ada sesuatu yang
akan dilakukannya.” Ujar Issac dengan tenang.
Shayaan
menyilang kakinya. Tangan naik memeluk tubuh. Pandangan jatuh ke
kasutnya. “Papa tak akan pernah putus asa selagi tak dapat apa yang
dia ingini. Sekarang apa yang diingininya adalah kepercayaan dan hak
Ayal sekali gus.”
**
Khaleed
membetulkan kolar bajunya. Kunci kereta diatas rak dicapainya.
Bersiulan kecil dia melintas ruang tamu utama. “Papa nak pergi mana
ni?” Ahdia yang sedang duduk disofa bertanya. Pelik melihat Khaleed
sudah bersiap mahu keluar. Dia yakin papanya keluar bukan untuk
bermain golf
seperti selalu sebab bag golf
tidak
dibawanya sekali.
“Rumah
Nek Wan. Kamu nak ikut tak? Boleh jenguk Ayal dan Wid sekali.”
Stokin disarungnya lantas melirik Ahdia yang menjulingkan mata. Dia
gelak kecil tahu benar reaksi anak perempuannya itu.
Ahdia
menunjuk mimik tidak suka dengan ajakan tahi ayam Khaleed itu. “Tak
naklah pergi sana. Buat apa nak jenguk dua belon tu. Buat sakit hati
saja. Lagipun kalau Dia pergi sana pun kena sindir saja, baik lepak
dekat rumah lagi bagus.” Majalah yang berada diatas riba dibacanya
kembali.
“Suka
hati kamulah.” Kasut dicapai Khaleed dan dipakainya.
Dari
ekor mata Ahdia memerhati Khaleed. Tangan yang membelek majalah
terhenti. “Tak ada angin tak ada ribut papa nak pergi rumah orang
tua tu kenapa? Bukan dia suka denga papa pun. Mana tahu bila papa
sampai sana nanti kena backlist macam dekat Ivic lagi. Buat malu saja
papa.”
Khaleed
bangkit dari duduknya setelah selesai mengikat tali kasut. “Seperti
apa yang papa beritahu kamu tadi. Papa ke sana mahu jenguk Ayal dan
Wid.” Baju dan seluarnya dirapikan. Kedengaran gelak sinis dari
Ahdia.
“That’s
pure bull.”
Tutur Ahdia tidak menghiraukan pandangan tidak suka Khaleed dengan
apa yang baru dikatakannya.
Majalah
dicampak Ahdia atas meja dan dia menapak ke arah Khaleed. “Cakap
sajalah papa mahu berbaik semula dengan anak kesayangan papa tu.
Afterall
she’s the only person who is in your way in getting what you want
right.”
Tubuh meyandar dibingkai pintu sambil memeluk tubuh.
Khaleed
berdiri disebelah Ahdia yang sedang memerhatikannya. “Ingat tak
papa selalu cakap dekat kamu?” Satu kening Ahdia terangkat. Otaknya
cuba memahami pertanyaan Khaleed itu.
Mata
dikerdipkan bila sudah tahu jawapannya. “Sambil menyelam minum
airkan?”
Hidung
Ahdia dicuit Khaleed. “Pandai.” Bibir menguntum senyuman lebar
bila semua yang diajarnya kepada Ahdia tidak sia-sia belaka. Memang
kedatangannya ke rumah mak mertuanya itu bukan hanya untuk bertemu
dengan Faryal tetapi untuk memastikan tiada sesiapa akan menghalang
dia dari mendapat semuanya harta milik Lutfiyah.
“Okay,
papa pergi dulu.”
Kepala
Ahdia diusapnya sebelum menuju ke kereta.
“Good
luck
pa!” Laung Ahdia bila Khaleed mahu membolos dirinya ke tempat
pemandu. Ahdia melambai dengan senyuman lebar bila kereta Khaleed
mula mengundur keluar. Biarkan papa buat apa yang dia harus lakukan.
Nanti aku juga yang untung. Bisik hati kecil Ahdia kesukaan.
**
Pak
Atan yang sedang mencuci kereta diluar garaj mengangkat kepala bila
sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah majikannya. Kain yang
basah diletaknya ke dalam baldi dan menghampiri ke arah kereta itu.
Mata fokus kepada kelibat disebalik tempat pemandu. Terkocoh-kocoh
kakinya menghampiri bila melihat pemandu itu keluar dari kereta.
“Tuan
Khaleed.” Tegur Pak Atan dengan hormat.
Khaleed
memandang sekilas Pak Atan sebelum memanjang lehernya ke dalam rumah
melalui pintu yang terbuka luas. Matanya juga melilau ke garaj
dibelakang Pak Atan sepertinya mencari sesuatu.
Dipandang
Pak Atan kembali tanpa membuka cermin mata hitam yang dipakainya.
“Nek Wan ada?” Soal Khaleed dengan bongkak.
Gelengan
pantas Pak Atan adalah jawapan yang Khaleed inginkan. “Tengah
keluar Tuan.” Balas Pak Atan dan tergesa-gesa mengikut langkah
Khaleed yang menuju ke pintu utama rumah agam Nek Wan itu.
“Faryal?”
Pak Atan dibelakang berhenti secara mendadak bila Khaleed bertanya.
Jari
telunjuk Pak Atan menunjuk ke arah dapur. “Dekat dalam. Sekejap
saya panggilkan. Tuan duduklah dulu.” Tangan didepa ke arah sofa
diruang tamu utama lantas berlangkah pergi untuk memanggil Faryal.
Tetapi dicegah Khaleed.
Khaleed
membuka cermin mata hitamnya. “Tak apa, biar aku cari dia sendiri.”
Terhenti langkah Pak Atan.
Dipandang
Khaleed yang sedang memerhati sekeliling rumah itu sambil bercekak
pinggang. “Baiklah. Kalau Tuan perlukan apa-apa. Panggil saj…”
“Aku
tahulah. Bukannya aku tak pernah datang sini pun. Dah pergi sana.”
Pak Atan menunduk dan angguk akur dengan arahan Khaleed. Tanpa lengah
dia kembali ke garaj meninggalkan Khaleed seorang diri
ditengah-tengah ruang tamu itu.
Tanpa
Khaleed tahu Pak Atan mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar
pesanan ringkas sambil matanya sekali-sekala memerhati ke arah pintu
utama. Takut kalau Khaleed menangkap apa yang sedang dilakukannya.
Sebaik
saja pesanan ringkas selamat dihantar, dia cepat menghabis kerjanya
yang tergendala dan pergi ke dalam rumah dengan pintu belakang.
**
Dengan
lidah yang digigit kepingan buah mangga dalam tangan diatur cantik
seperti yang diajarinya semasa disekolah dahulu. “Lebih sikitlah
buah mangga tu.Kedekutlah kau ni Meena.” Adu Widayah yang duduk
dikerusi tinggi bertentangan dengan Faryal yang berada disebalik
kitchen
island
didapur Nek Wan itu.
Sambil
mata memerhati dekorasi tart buah yang sedang dibuatnya Faryal
membalas aduan dari kawan baiknya itu. “Bukan kedekutlah. Kalau
banyak sangat mana cantik tart buah nanti. Kau ni pun. Aku chef
ke kau?” Ditunjuk dirinya dan Widayah dengan pisau yang berada
dalam tangannya.
“Kau.
Hehehe.” Ujar Widayah. Ditayang gigi dan tanda peace
kepada
Faryal yang menjeling pura-pura marah.
Kedudukkan
tangannya yang masih berbalut diperbetulkan Widayah bila ia mula rasa
lenguh. Inilah jadinya kalau nak jadi heroin. Ibunya pula tidak habis
membebel setiap kali datang menjenguknya disiang hari. Terpaksalah
dia menada telinga.
Sudah
hampir dua minggu dia berada disatu bumbung dengan Faryal. Jujur dia
benar-benar lega bila tidak serumah dengan si piranha
tu. Tak payah gaduh saja tiap hari. Tapi kurangnya dia tidak tinggal
di Villa Nur adalah tak dapat mengusik si kembar seperti selalu.
Nasib baiklah mereka datang menjenguk kalau ada masa lapang. Itu yang
dikatakan Shayaanlah.
Tak
semua barangnya diangkut ke rumah Nek Wan sebab Shayaan menyuruhnya
supaya bawa apa yang perlukan saja. Kalau sudah baik dia boleh duduk
di villa Nur kembali. Macamlah aku nak duduk sana balik. Mati hidup
kembali pun aku tak nak duduk sebumbung dengan piranha
tu. Desis hati kecil Widayah.
Mata
menyorot memandang Faryal yang sedang memotong tart buah yang telah
dibuatnya. Meleleh air liurnya Widayah yang hanya melihat sedari
tadi. Tambah lagi bau dia bila tengah masak. Huish! Nikmat babe!
“Nek
Wan pergi mana dengan abang Sham dan kak Viya?”
Faryal
menjungkit bahunya. “Entah. Kebelakangan ni mereka selalu sibuk.
Terutama sekali Nek Wan dan abang Sham. Sejak balik dari Paris susah
nak nampak dekat ofis. Merayap saja kerja dia orang.” Sepotong tart
buah diletak atas piring kecil.
Baru
sahaja Widayah yang sudah memegang sudu kecil mahu mengambil, Faryal
menampar tangannya dan mata dicerlung. Tak bolehlah tu. Widayah
menjuih bibirnya. Dipandang Faryal yang mencapai gula aising dan
penapis kecil dalam laci
“Kak
Viya pula kadang-kadang dia lesap entah ke mana pun aku tak tau. Bila
aku tanya dia cakap ada hal. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih.
Setahu akulah mama kak Viya ada dekat sini. Mungkin itu sebab dia
sibuk kot.” Sambung Faryal sambil menapis gula aising ke atas
potongan tart itu.
Dengan
senyuman lebar Faryal angkat kepala memandang Widayah yang sedang
bermain dengan sudu kecil didalam tangan. “Okay
dah siap.” Terus tegak duduknya Widayah.
“Jap-jap
aku ambil gambar dulu.” Telefon bimibit dalam kocek seluar
dikeluarkannya.
Faryal
mengemas sedikit permukaan dapur itu sementara menanti Widayah
mengambil gambar dari setiap sudut. Macam jurugambar professional
tapi kurang satu tangan saja. “Satu untuk kau.” Tutur Faryal bila
Widayah sudah selesai, ditolak piring itu ke arah Widayah.
“Satu
saja?”
Mendengar
pertanyaan itu Faryal menarik piring kembali menghampirinya saja
mahu mengenakan kawannya itu. Dengan pantas Widayah menahan
pergerakkan Faryal. Ditayang senyuman kambingnya lagi. “Terima
kasih.” Tahu pun takut tak dapat makan. Bisik Faryal.
Beberapa
potong yang lain diagih-agihkan. “Ini untuk Mak Leha, Pak Atan dan
abang-abang dan kakak-kakak sekurity. Ini untuk…”
“Untuk
papa tak ada?” Terangkat kepala Faryal bila mendengar suara garau
yang amat dikenalinya. Matanya jatuh pada susuk tubuh yang sedang
menyandar dipembukaan pintu dapur. Bibir yang menguntum senyuman kini
tercengang.
Uhuk!
Uhuk!
Terbatuk-batuk
Widayah mendengar suara yang sudah lali ditelinganya. Tak payah
pusing dia sudah tahu siapa yang sedang berada dibelakang sekarang.
Faryal
mencapai tisu dan dihulurkan kepada Widayah yang sedang meneguk
segelas air yang berada berdekatan dengannya. Matanya kembali
memandang Khaleed yang tersenyum lebar padanya. Dia seakan terkaku
dibalik dapur melihat kelibat lelaki yang selama ini dielak dari
bertemu. Pelbagai alasan diberinya setiap kali Khaleed mahu berjumpa
dengannya. Nasib baik Nek Wan okay kalau dia pakai namanya neneknya
itu sebagai alasan.
“Pa…Papa
buat apa dekat sini?” Akhirnya bersuara juga dia bila melihat
Khaleed sudah berdiri tegak dari sandarannya.
Khaleed
gelak kecil dengan pertanyaan Faryal. Mata memerhati anaknya yang
sedang berdiri ditengah-tengah dapur dengan apron tersarung cantik
dibadan. “Jumpa anak papa yang sukar sangat nak temu.” Faryal
menelan air liur melihat Khaleed menghampiri mereka.
“Tuan
Khaleed.” Ucap Widayah bila dia berpaling ke belakang.
Khaleed
angguk kecil. Dilihat tangan Widayah yang berbalut. “Macam mana
dengan tangan kamu Wid?” Ditunjuk balutan itu dengan gerakkan kecil
kepalanya.
Widayah
memegang tangannya seketika dan kembali menghadap Khaleed yang kini
sudah berdiri disebelahnya. Sempat mata dia dan Faryal bertembung
seketika. Dia dapat melihat kawan baiknya itu sedang keresahan. Macam
mana tak resah bila lelaki yang sentiasa bersikap dingin dan
terang-terang menunjuk kebenciannya terhadap anaknya sendiri kini
sedang senyum hingga ke telinga. Tambah lagi bahasa kasar yang
sentiasa digunakan bagaikan hilang begitu saja.
“Alhamdulillah
okay.” Jawab Widayah sedikit kendur daripada selalu. Dengan Khaleed
sahaja kelantangan suaranya jatuh beberapa tahap. Takut punya
pasallah. Kalau bapa piranha
si
jaws
baham, memang habis Widayah dibuatnya.
Faryal
masih membatu mendengar perbualan antara Khaleed dan Widayah. Bila
matanya dan Khaleed berlaga, dia sambung mengagih-agih potongan tart
ke dalam bekas kecil. Khaleed gelak sinis dengan tindakan Faryal. Dia
tahu anaknya itu tidak keruan dengan kehadirannya.
“Oh!
Uncle
lupa buah tangan Wid ada dekat dalam kereta. Ada kek ais krim dari
yang Ayal dan Wid suka tu. Hmm…Wid pergi cari Pak Atan suruh dia
tolong bawa masuk.” Dikeluarkan kunci kereta kepada Widayah.
Widayah
memandang kunci itu dan Faryal yang sedang melihatnya dari ekor mata.
Masih menyibuk dirinya menyusun tart buah. Widayah buntu. Hatinya
tidak mahu meninggalkan Faryal dengan Khaleed sendirian takut kalau
kawannya itu diapa-apakan.
“Pergilah
nanti lembik pula kek dia. Jangan takut, uncle
tak habiskan tart yang Ayal buat ni.” Khaleed cuba menyakinkan
Widayah yang masih tercegat tidak mencapai kuncinya itu. Melihat
Widayah yang masih tidak berganjak, dia akhirnya mencapai tangan anak
muda itu dan diletak kuncinya dalam genggaman.
Terhenti
seketika nafas Widayah bila Khaleed meletak kunci kereta itu dalam
tangannya. “Widayah.” Khaleed yang sudah nipis kesabarannya
dengan anak bekas orang gajinya itu bersuara.
“Ayal,
aku pergi sekejap tau. Nanti aku datang cepat-cepat. Jangan makan aku
punya.” Tutur Widayah kepada Faryal sebelum berganjak dari pintu
belakang untuk mencari Pak Atan. Sempat dia berpaling melihat Faryal
yang memandangnya dengan mata minta tolong. Tanpa lengah Widayah
mencari Pak Atan. Dia tak mahu meninggalkan Faryal dengan bapak jaws
terlalu lama.
Aura
yang tegang di dapur itu dapat dirasa Khaleed dan Faryal.
Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Khaleed sendang melabuh
duduk dikerusi tinggi yang diduduki Widayah sebentar tadi sambil
memikirkan bagaimana dia harus memulakan langkah. Sementara Faryal
pula sedang berdoa supaya Widayah cepat kembali dan Khaleed cepat
pergi. Dia tak suka dengan pandangan lelaki itu terhadapnya. Macam
singa kelaparan saja.
Kenapalah
papa datang bila Nek Wan tak ada dekat rumah ni? Cepatlah Wid datang
balik! Tutur hati kecil Faryal. Tangan mengelap permukaan dapur
selepas menolak piring berisi tart buah kepada Khaleed.
“Sedap!
Pandai anak papa buat.” Puji Khaleed setelah menyuap sesudu tart
buah ke dalam mulutnya. Faryal senyum nipis masih tidak bersuara.
Khaleed
menyuap suapan ke dua ke dalam mulut sebelum meletak sudu atas piring
kembali. Dipandang Faryal yang masih tidak melihatnya. “Macam mana
kerja?”
“Baik.”
“Macam
mana projek dekat Resort Island?”
“Baik.”
Sepatah dibalas Faryal sekali lagi.
Khaleed
yang sedang mengunyah suapan ketiganya meletak sudu kecil yang
dipegangnya diatas piring. Tangan disilang dan diletak atas permukaan
marmar kitchen
island
itu setelah menolak sedikit piring ke tepi. Diamati Faryal yang masih
tidak mahu memandangnya. Kesabarannya semakin tipis dengan jawapan
sama yang diberi Faryal. Tetapi dia tahu kalau mahu memastikan dia
dapat apa yang dimahukannya dia tidak boleh bersikap kasar dengan
Faryal. Layanan Faryal terhadapnya kini sudah sedikit banyak
menunjuknya bahawa gadis itu tidak mengalu-alukan kedatangannya sama
sekali.
Badannya
disandar ke depan. “Kenapa Ayal tak mahu jumpa dengan papa? Setiap
kali papa ajak ada saja alasan yang Ayal beri.” Tiada jawapan dari
Faryal malah anaknya itu sedang sibuk mencuci perkakas yang digunanya
tadi.
Matanya
jatuh kepada air yang deras bercurahan dari paip sinki. “Baiklah
kalau Ayal tak mahu cakap dengan papa. Biar papa saja yang cakap.
Ayal dengar saja.” Faryal mengerling sekilas dengan pantas. Tidak
mengangguk atau menggeleng sebagai jawapan.
Dia
tidak tahu macam mana mahu memberitahu alasan dia tidak mahu
bersemuka dengan Khaleed. Dia takut kalau mereka berjumpa, dia akan
bersikap kurang ajar dengan Khaleed. Jujur dia tidak dapat menerima
perubahan drastis Khaleed itu. Tambah lagi pesanan Fadi bahawa supaya
jangan jatuh ke dalam umpan lelaki dipanggil papa sentiasa
terngiang-ngiang difikirannya.
“Papa
tahu selama ini papa tak pernah layan Ayal sepatutnya. Papa minta
maaf. Tapi kalau papa beritahu alasan mengapa papa bersikap
sedemikian mesti kamu tak salahkan papa dengan sikap dingin papa pada
kamu.” Suara Khaleed dengan penuh kekesalan. Kepala ditunduk
seperti orang bersalah.
“Mama
kamu bukan sebaik yang kamu sangkakan. Sebelum dia mengandungkan kamu
dia bersikap curang dengan papa dengan kawan baik dan bekas teman
lelaki dia sendiri. Danial namanya. Ada gambar sebagai bukti kalau
kamu tak percaya.” Sambung Khaleed memulakan ceritanya. Badan
disandar ke belakang kerusi tinggi itu. Dipeluk tubuhnya sambil
merenung Faryal yang sedang mencapai kain untuk mengelap perkakas
yang baru dicucinya.
Faryal
dapat melihat dari ekor mata, Khaleed sedang memerhatinya dengan mata
yang menunjuk betapa sedih dan sakit perasaan lelakinya ketika itu.
Khaleed mahu menagih simpati. Dia masih sedaya upaya tidak mengendah
pandangan Khaleed itu.
“Sanggup
mama kamu mendua cinta papa kepadanya. Papa marah. Papa tak tahu apa
yang harus dilakukan. Kalau ikut hati mahu saja papa tinggalkan mama
kamu. Tapi memikirkan abang-abang kamu yang masih kecil dan cinta
papa terhadap mama kamu, papa lupakan niat papa itu. Hati papa
benar-benar tersiat-siat. Siapa sangka mama kamu yang berhati mulia
dan berperwatakan baik itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.”
Mata
Khaleed mula bergenang dengan air mata lelakinya. Betapa sakit dia
memikirkan saat-saat getir itu. Setiap detik dimana dia menyalahkan
Lutfiyah dan isterinya itu pula melindungi dan menegakkan kebenaran.
Faryal
yang sedang menyimpan pisau dan perkakas yang lain dalam laci dapat
melihat Khaleed sedang memicit matanya, pasti sedang menahan dari
menangis. Derapan kaki menyapa telinganya. Hatinya semakin berdegup
kencang bila suara Khaleed semakin sayup-sayup ditelinganya.
Khaleed
berdiri bertentangan dengan Faryal yang baru menegakkan tubuhnya.
Mata mereka bertembung seketika namun cepat dilarikan Faryal. Khaleed
tergelak sinis bila Faryal mula menapak beberapa langkah menjauhinya.
Sekarang tangan sibuk menutup bekas-bekas yang berisi tart buah
didalam.
“Bila
mama kamu disahkan mengandung dengan kamu, papa sangsi bahawa kamu
adalah anak papa. Itu semua kerana kecurangan mama kamu itu. Entah
berapa lama dia sudah menduakan papa. Entah berapa ramai lelaki
yang…”
“Mama
difitnah.” Terhenti kata-kata Khaleed bila suara yang perlahan
namun tegas meyapa telinganya. Kening diangkat meminta Faryal
menjelaskan apa yang baru dikatakannya.
“Mama
tak akan lakukan perbuatan terkutuk sebegitu. Ayal tahu siapa mama.
Mama sendiri tak tahu apa yang berlaku sehingga mama melihat
foto-foto yang diterima papa.” Tercengang Khaleed mendengar
penjelasan Faryal. Tidak sangka Faryal sudah tahu tentang itu semua.
“Macam
mana…”
Dipandang
Faryal yang sedang menutup setiap bekas dengan kasar seperti menahan
marah yang dirasainya. Namun setiap perbicaraan Faryal masih tidak
memandang ke arahnya.
“Kalau
papa ragu-ragu bahawa kandungan mama itu adalah dari benih papa, Ayal
faham. Tetapi mengapa selepas hasil DNA keluar juga papa tak percaya
bahawa Ayal anak papa? Darah daging papa sendiri? Malah Papa menuduh
mama memalsukan keputusan DNA itu.” Berdatar suara Faryal menahan
perasaan yang sedang berkecamuk menjadi satu.
Khaleed
angguk sudah dapat meneka siapa yang menceritakan segala-galanya
kepada Faryal. Hanya satu orang saja yang sentiasa berada dekat
dengan anaknya itu. Siapa lagi kalau bukan nenek sihir yang tidak
menyukainya itu.
“Ini
mesti Nek Wan cerita kepada kamukan?” Memang sah! Dia yakin Faryal
sudah jatuh dalam perangkap Nek Wan. Itu sebab anaknya itu mengelak
daripada bertemu dengannya. Ini pasti ada kena mengena dengan nenek
sihir itu.
Gelengan
kepala Faryal membuat dahi Khaleed semakin berkerut tidak faham.
Kalau bukan dari Nek Wan siapa lagi? “Ayal dengar perbualan antara
Nek Wan dan papa di Ivic. Nek Wan hanya cerita bila Ayal memaksa.”
Khaleed
mengetap bibirnya. Mata dipejam rapat dan nafas ditarik dalam cuba
menenangkan dirinya. Dia tidak mahu cepat gelabah. Berapa banyak yang
Faryal dengar ketika itu dia tidak pasti. Tetapi dia harus meyakinkan
anaknya itu dengan ceritanya pula.
Khaleed
tersenyum hambar. “Itu sebab kamu mengelak dari berjumpa dengan
papa? Sebab Nek Wan kamu ceritakan apa yang dia mahu kamu dengar. You
must listen to both side. Mine as well.”
Faryal
menggeleng buat sekian kalinya. Tidak mahu mendengar apa yang mahu
Khaleed beritahunya. “You’ve
told me your side of the story and I heard enough. All you say is
about how much you love mama and how hurt you are. But do you have
any idea how hurt mama is when you said she faked the DNA results?”
Dicapai tutup untuk bekas yang terakhir.
“I
do love mama.
Kamu masih mentah lagi tak…”
Pap!
“Faham
apa yang sedang berlaku? Sekarang papa duduk dan biar Ayal yang
cakap. Kalau Ayal tanya baru papa boleh jawab. Other
than that I’ll do the talking.”
Tergamam Khaleed dengan sikap Faryal yang tidak pernah dilihatnya
selama ini.
Terperanjat
dia juga bila Faryal menekan dengan kuat bekas tutup itu sehingga
pecah tutup dan juga bekas itu. Matanya menatap tart yang sudah
hancur sebab hentakkan itu dengan sepasang mata yang sedang galak
menikamnya. Dada Faryal pula berombak.
Faryal
tidak menghiraukan kesakitan ditapak tangannya akibat perbuatannya
tadi. Apa yang dia fikirkan sekarang adalah kemarahannya terhadap
lelaki bernama Khaleed. Inilah mengapa dia mahu menghindar dari
Khaleed. Dia tidak mahu bersikap biadap dengan papanya sendiri.
Tetapi sekarang dia benar-benar sudah tidak boleh tahan lagi. Dia
mengundur setapak ke belakang menjarakkan dirinya dari Khaleed. Dia
sudah buat keputusan. Dia harus meluahkan segalanya pada hari itu.
Segala-galanya.
“Mak
jangan hina Ahdia. Dia tidak pernah bersalah dalam hal kerluarga
kita.”
Terngiang-ngiang
kata-kata itu ditelinganya. Mengapa Khaleed sentiasa melebihkan Ahdia
darinya.
“Dari
kecil Ayal menyimpan semua yang terbuku dalam hati. Walaupun papa
tolak Ayal jauh tapi Ayal tetap mahu dekati papa. Dimata papa Ayal
bukan darah daging papa. Bukan anak kandung papa. Tetapi Ahdialah
anak papa. Darah daging papa.”
Khaleed
melihat mata Faryal yang mula berkaca. Dia masih tidak sangka anak
yang sentiasa mendengar kata dan sentiasa menunduk kepadanya berani
melawannya kini. Tidak takut menikam matanya seperti sekarang.
“Ayal
cemburu lihat kemesraan papa dengan Ahdia. Ayal cemburu melihat
layanan penuh kasih dan sayang papa terhadap Ahdia. Ayal cemburu
bukan harta benda yang Ahdia ada tetapi Ayal cemburu sebab dia dapat
tumpuan sepenuhnya seorang papa. Sementara Ayal mahu dipandang pun
jijik.” Ujar Faryal dengan geram. Jari telunjuknya menunding ke
dadanya berkali-kali sementara tangannya yang lagi satu menggengam
erat bucu permukaan marmar dapur itu.
“Apa
yang Ahdia ada yang Ayal tak ada?” Akhirnya keluar juga soalan yang
sentiasa disoalnya setiap hari, setiap saat.
Bibir
Faryal mula bergetar tanpa dia sedari air mata yang dia mati-mati
tidak mahu mengalir berjuraian juga dipipi. Dilihat bibir Khaleed
yang buka tutup mahu berkata tetapi tidak tahu macam mana.
Faryal
gelak sinis dengan reaksi Khaleed. “Papa tak sangka ini semua dari
Ayalkan? Papa tak sangka Ayal berani menyoal papakan?”
Dia
mula melangkah menghampiri Khaleed yang masih tercegat seperti batu.
“Dulu Ayal budak mentah yang menagih kasih sayang seorang papa.
Terima kasih kepada layanan papa itu juga Ayal dapat berdiri sendiri
walaupun acap kali Ayal jatuh tersungkur. Hanya mama saja yang berada
disisi menolong Ayal bangkit. Dimana papa bila Ayal perlukan papa?”
Nowhere.
Desis hati kecil Faryal.
Dari
kecil Khaleed tidak pernah ada untuknya bila dia memerlukan seorang
figura lelaki bernama Papa. Lutfiyahlah mama dan papanya dari kecil
lagi. Kadang-kala dia menumpang kasih seorang papa dengan Pak Halim.
“I’m
not that lost girl whom craves for your love anymore. I’ve long
given up hope and it’s better that way. Have I forgiven you? Yes.
If god can forgive why can’t I?”
Bahu dijungkit sambil berlangkah ke Khaleed.
Mata
mereka bertembung bila langkah Faryal berhenti dihujung kitchen
Island.
Khaleed mencerna setiap butir yang keluar dari mulut Faryal.
Sementara Faryal pula sedang memikirkan sesuatu perkara. Perkara yang
dia yakin mengapa Khaleed tiba-tiba mencarinya dan sanggup meminta
maaf dengannya.
“Kamu
mahu ke semua harta milik Lutfiyah dan juga keluarga aku. Aku tahu
Faryal salah satu kunci kamu untuk mendapat apa yang kamu inginkan.”
“Ayal
tahu mengapa papa datang berjumpa dengan Ayal. Sebab Ayal halangan
papa untuk memiliki harta mamakan?” Keningnya diangkat meminta
jawapan dari Khaleed.
Khaleed
tunduk kepalanya. Perlahan senyuman sinis bermain dibibirnya.
Mendengar pertanyaan Faryal membuat bebannya selama ini bagaikan
hilang dengan sekelip mata. Badannya mula terhinggut-hinggut. Gelakan
sinis kedengaran ditelinga Faryal. Bila Khaleed mengangkat kepalanya
sepasang mata yang tadi menagih simpatinya kini bersinar dengan
dendam dan kebencian.
“Baguslah
kau tahu. Tak payah aku penat-penat berbuat baik dengan kau.”
Hilang terus kelembutan disuara itu. Sekarang tiada lagi Ayal dan
Papa. Tetapi ia sudah kembali kepada aku-kau.
Sepertimana
Khaleed senyum sinis, Faryal turut membalas dengan senyuman sinis
yang sama. Semakin berani menentang Khaleed. Tangan naik memeluk
tubuh. “Lain kali papa tak perlu susah payah berlakon dengan Ayal
untuk dapat apa yang papa mahukan. Just
ask and I’ll be glad to give it to you.”
Tutur Faryal dengan tenang.
Api
kemarahan Khaleed naik dua tahap. Melihat perempuan didepannya kini
persis Lutfiyah acap kali dia sedang berdepan dengan klien yang tidak
mahu mendengar kata. Lutfiyah yang penuh keyakinan dan berada dalam
mood
menundukkan orang yang bertentang dengannya. Lirikan mata yang galak
dan senyuman sinis kini benar-benar seperti Lutfiyah.
“Kau
semakin sombong sama seperti Nek Wan dan Tok Wan kau tu. Termasuk
mama kamu.”
“Sombong
bersebab.” Balas Faryal bersahaja. Tersentap Khaleed dengan tindak
balas Faryal. Dia semkain tercabar dengan sikap biadap perempuan itu.
Faryal
mengambil setapak ke depan. “Macam beginilah papa. Nanti Ayal akan
suruh uncle
Alex sediakan surat penyerahan harta kepada papa. Ayal tak perlukan
itu semua. I’m
happy with what I have, unlike you.”
Pang!
“Kau
jangan nak tunjuk lagak dengan aku. Kau ingat lepas aku dapat
kesemuanya, satu sen pun kau tak akan dapat. Kau akan miskin seperti
orang tepi jalan.”
Berpinar
seketika pandangan Faryal denan tamparan kuat Khaleed. Hampir dia
tersungkur. Pipi yang rasa perit tidak dihiraukannya. Dia kembali
memandang tajam Khaleed yang sudah menyinga.
“Miskin
harta tapi kaya budi pekerti.”
Pang!
Sebelah
pipi Faryal pula menjadi sasaran. “Kau tak akan hidup dengan budi
pekerti. Siapa mahu bagi kau makan kalau bukan harta kekayaan? Siapa
mahu bagi kau tempat berteduh kalau bukan harta kekayaan?”
“Suami
yang kaya akan memberi semua itu.”
Khaleed
gelak dengan kuat. Geli hati dengan jawapan Faryal. “Kau? Kahwin
orang kaya? Jangan buat lawaklah. Mari sini.” Ditarik Faryal ke
arah cermin yang tergantung elok belakang kerusi panjang yang
terdapat didapur itu.
Pipi
Faryal ditekan memaksa dia memandang ke arah cermin itu. “Kau
tengok betul-betul. Tengok! Kau lihat tak apa yang aku lihat?”
Genggamannya di lengan Faryal dieratkan sehingga dapat merasa kukunya
menekan dengan kuat. Faryal dapat merasa darah bila ditelan air
liurnya.
Faryal
menahan kesakitan yang dirasainya kini. Dipandang muka Khaleed
dicermin itu. “Perempuan macam kau, orang yang terkaya satu dunia
pun tak ingin ambil kau jadi isteri apatah lagi orang yang miskin.
Tengok sekali saja tak payah tengok lagi. Kau tu buruk, gemuk tak
seperti Ahdia yang mempunyai badan seperti seorang model dan raut
muka kegilaan ramai.”
Bila
Faryal mula menarik tangannya dari genggaman Khaleed suara seseorang
menyapa ke telinga mereka membuat Khaleed memusing ke arah suara itu.
“Lepaskan
cucu aku.”
Khaleed senyum sinis. Bersilir ganti dia memandang nenek sihir yang sedang berdiri dengan sekutunya dan muka Faryal yang masih berada dalam genggamamannya. Masih tidak mahu melepaskan Faryal.
Khaleed senyum sinis. Bersilir ganti dia memandang nenek sihir yang sedang berdiri dengan sekutunya dan muka Faryal yang masih berada dalam genggamamannya. Masih tidak mahu melepaskan Faryal.
“Lepaskan
cucu aku.” Arah Nek Wan lebih kuat dan tegas dari tadi.
Akhirnya
Khaleed akur. Ditolak tubuh Faryal kuat sehingga terjatuh meyembam
lantai. Pantas Hisham dan Aviya menolong Faryal bangkit. Mahu sahaja
Hisham mengajar lelaki yang sedang senyum herot kepada mereka.
Melihat Faryal yang berada dalam dakapan Aviya membuat hatinya
membakar. Tangannya dikepal.
Nek
Wan menapak ke depan. Disenyum penuh makna kepada menantu hantunya
itu. Bila Hisham memberitahunya tentang pesanan ringkas yang
diterimanya oleh Pak Atan dia terus meninggalkan perbincangan mereka
bersama Issac dan yang lain. Shayaan yang turut serta mahu ikut
tetapi dicegahnya. Buat sementara dia tak mahu cucunya yang lain
berbalah dengan Khaleed. Cukuplah Faryal dan Fadi.
“Siapa
kata tak ada orang mahu berkahwin dengan cucu aku? Untuk pengetahuan
kau aku baru saja balik dari bertemu bakal suaminya Ayal. Anak kau.”
Ditekan dua perkataan terakhir. Semua terperanjat. Terutama sekali
Faryal.
Khaleed
gelak sinis. “Buta ke apa lelaki tu. Memang cari bala saja. Kalau
dia nak kahwin, silakan. Tapi jangan harap aku akan mewalikannya.”
Ditunjuk ke arah Faryal namun ditepis Hisham kasar.
Bila
Hisham mahu mara, Nek Wan menghalang dengan mengangkat tongkatnya di
depan Hisham. Kepala digeleng sebelum menghadap Khaleed kembali.
“Buta
tapi berharta. Aku rasa kau pun tahu siapa dia.”
“Siapa?
Anak raja? Anak ushawan terkenal? Anak…”
“CEO
FS Companies. Izzat Danish.” Cantas Nek Wan dengan senyuman lebar
dibibir. Widayah menekup mulutnya tidak percaya. Sementara Faryal
sudah terlopong besar.
Tawa
kuat dari Khaleed pecah juga mengisi ruang dapur itu. Geli hati dia
mendengar nama Izzat Danish sebagai calon suaminya Faryal. Kalau nak
reka cerita biar yang benar. Jika benar Izzat Danish mahu berkahwin
dia pasti akan tahu.
“Jangan
nak merepeklah. Izzat Danish sudah berpunya dan aku yakin bukan dia.”
“Tak
percaya? Kamu tunggu gambar kahwin atau lebih senang kamu tanya
dengannya sendiri. Aku sudah pun terima lamaran dia dan dalam masa
terdekat ini, mungkin dua atau tiga minggu akan berlangsung
pernikahan mereka. Nak jemput kau? Memang tak akan.” Nek Wan gelak
sendiri. Memang dia tak akan sekali menjemput lelaki itu. Tidak akan!
Khaleed
menapak ke depan. Ditunding jari pada Nek Wan. “Kau memang gila
orang tua. Izzat Danish mahu kahwin dengan dia? Tengok pun belum. Ini
mesti kerja kaukan sebab mahu dia lantik Faryal sebagai CEO. Kau mahu
haknya Faryal juga cakap sajalah.” Tuduh Khaleed.
Siapa
punya kerja lagi kalau bukan nenek sihir itu. Dia tahu Tuan Kamli
Arsyad dan bapa mertuanya itu adalah kawan rapat. Kenal antara satu
sama lain. Dia yakin mesti Nek Wan menyuruh Tuan Kamil Arsyad
menyatukan Faryal dengan cucu lelakinya itu sebab mahukan harta
Faryal.
“Aku
tak heran dengan jawatan CEO tu. Syarikat aku lagi besar kalau FS dan
syarikat keluarga kau yang entah milik siapa sekarang tu disatukan.
Sekarang aku beri amaran terakhir kepada kau.” Nek Wan dengan
berani mendekati Khaleed. Mata membunuh anak mata Khaleed. Dua-dua
tak mahu berundur. Dua-dua tak mahu kalah.
“Kalau
aku nampak kau dekat dengan Ayal, aku akan pastikan kau akan menyesal
seumur hidup kau. Kalau apa-apa terjadi kepada cucu aku, aku akan
pastikan kau orang pertama yang aku akan tarik ke balai polis. Aku
akan pastikan kau terima hukuman yang setimpal.” Ugut Nek Wan hanya
didengar sayup-sayup yang lain dibelakangnya tetapi cukup jelas untuk
Khaleed.
Selangkah
ke belakang diambil Nek Wan. “Sekarang kau mahu orang-orang aku
tunjuk pintu mana yang harus kau ambil? Atau kaki kau tahu yang mana
harus kau ambil?”
Khaleed
mengamati setiap wajah yang berada dalam ruang dapur itu. Akhrinya
pandangannya jatuh kepada Faryal yang berada dalam dakapan seorang
perempuan yang mengingatkannya dengan seseorang.
Dia
berhenti didepan Faryal tetapi pantas Hisham berdiri ditengah-tengah
mereka. Tidak membenarkan Khaleed menyentuh Faryal. “Kau dengar
sini Faryal. Kalau kau tak mahu apa-apa terjadi pada semua yang kau
sayang baik kau buat seperti yang kau kata tadi. Aku akan tunggu.”
Tutur Khaleed dengan tegas sebelum berlalu pergi dengan hati yang
sebal.
Nek
Wan melepaskan nafas lega. “Bawa Ayal naik. Pergi rehat. Besok kita
sambung.” Arah Nek Wan sebelum mereka dapat membuka mulut. Nek Wan
meninggalkan mereka diikuti Hisham dan beberapa pengawal peribadinya.
Diberi arahan terperinci sambil menapak ke lif peribadinya untuk ke
atas.
omg!! sakit hatinye and never ever ayal bagi ape yg si jaws tu mintak.. ayal be strong...tapi siape org yg issac syak tuu?org yg same lggr mama ayal ke...hehe good job kak ^^
ReplyDeleteSiape yg Issac syak? Nanti kita tahu..hehehe:B
Deletewau penuh debaran x sabar rasanya nk baca kemuncak cerita ini dan x sabar rasanya nk tunggu kejatuhan khaleed. kalau buat drama tv nih mesti besttt. good job mai
ReplyDeleteHahaha..TQ:B
Delete