Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Wednesday, 29 October 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 59

Bab 59

Macam mana uncle?” Soal Shayaan kepada Alex sebaik saja dia dan Issac memasuki pejabat peguam itu.
Alex menyilakan mereka duduk. Pelapisnya dipicit seketika. Penat. Issac dan Shayaan menanti dengan sabar. Alex angkat kepalanya, diperhati dua anak muda didepannya. Kepala digeleng.
Nothing.” Mendengar perkataan itu saja riak wajah Issac dan Shayaan berubah menjadi mendung. Secebis harapan yang mereka menantikan sepertinya hilang melayang begitu saja.
Baru seminggu pulang dari Paris, banyak pekerjaan yang perlu mereka lakukan. Nasib baik keadaan Widayah tidak seteruk yang mereka sangkakan. Pulang saja dari Paris, Shayaan terus menjenguk Widayah yang masih berada di hospital. Lega hatinya mendegar gelak ketawa Widayah dan Faryal. Tangan patah tapi mulut Widayah tetap lancar seperti sedia kala.
Bila disuruh Mak Limah dan Pak Halim tinggal saja di villa Nur kembali supaya senang tengok-tengokkan Widayah, cadangan itu ditolak mentah-mentah oleh mereka. Mahu saja mereka bawa Widayah tinggal dirumah mak cik Mak Limah tetapi dia tidak membenarkan sebab jarak hospital dan rumah itu jauh dan memakan masa. Bila Nek Wan mendengar masalah itu, dengan spontan neneknya itu menawar Widayah untuk tinggal dirumahnya. Alasan supaya Faryal ada teman. Sekarang sunyi villa Nur bila tak ada Widayah. Jadi setiap kali pulang dari pejabat, mesti dia akan ke rumah Nek Wan.
Suara Alex menarik kembali tumpuan Shayaan yang melencong seketika. “Saksi semasa kemalangan itu pun tak nampak plat motosikal. Hanya kereta hitam itu saja yang kita dapat. Tapi plat kereta itu plat yang dicuri. Susah untuk kita mengesan kereta sebenar.” Jelas Alex.
Issac meraup mukanya dengan jawapan Alex. Nampaknya mereka menemu jalan buntu sekali lagi. Dia mati-mati mahu tahu siapa seorang lagi yang terlibat selain Khaleed. Kalau Ahdia? Mungkin. Tetapi entah mengapa dia mengesyaki seseorang tetapi disimpannya terlebih dahulu sehingga dia mendapat bukti yang kukuh.
Alex mencapai sebuah fail dibelakangnya, dibuka dan ditatap isi kandungannya sebelum memberinya kepada Shayaan. “Tapi Geraldine cam lelaki yang memandu kereta itu. Thank god for her photographic memory.” Sekeping kertas dengan cakaran seseorang ditatap Shayaan dan Issac.
Lelaki dengan sepasang mata yang galak dan garang. Bibir yang tipis dan mempunyai parut panjang dikening sebelah kanan diamati mereka. Dari gambar itu kelihatan lelaki itu dalam jangkaan 30-an.
Uncle dah suruh kawan uncle tolong proses lukisan ini. Sebaik saja dia dapat keputusannya, dia akan hantar kepada uncle.” Shayaan angguk dan serah lukisan itu kepada Issac.
Ditatap muka Alex. Ada sesuatu yang sedang bermain difikirannya dari cerita Widayah dan Faryal tentang kemalangan itu. “Adakah ia sebuah kemungkinan bahawa sasaran mereka bukan Faryal tetapi Geraldine?” Alex mengerdip matanya dengan pertanyaan Shayaan. Issac turut melakukan perkara yang sama.
“Maksud kamu?”
Duduknya dikerusi diperbetulkan. “Ayal dan Wid ceritakan bahawa Geraldine yang berada didepan mereka bukan?” Anggukkan Alex mengiakan pertanyaan peguam muda itu.
Shayaan memandang Alex dan Issac bersilih ganti sambil menyambung penjelasannya. “Sementara Ayal, Wid dan Aviya berada dibelakangnya. Malah Aviya yang dibelakang sekali dapat menarik Faryal yang berada dekatnya tapi Widayah terpaksa maju ke depan untuk menolak Geraldine daripada dilanggar.”
Issac menyambung apa yang dikatakan Shayaan disebelahnya. Satu butir mengenai perbualannya dengan Geraldine mengenai perkara ini bermain-main difikirkannya. “Kak Din pun ada beritahu yang mata lelaki itu menikam tajam matanya bila dia berpaling ke arah kereta itu. Bukan Faryal. Apa yang baru dicakapkan Yan mungkin ada benarnya juga.” Dikerling Shayaan sebelum memerhati Alex yang angguk-angguk kepalanya sedang memahami fakta baru itu.
Tangan naik mengusap dagunya. Memikir. “Kalau sasaran sebenarnya adalah Geraldine itu maknanya, Ahdia kita tak boleh terkecualikan dalam hal ini. Lagipun dia ada motif terbesar untuk mengapa-apakan Geraldine.”
Layanan Ahdia terhadap Geraldine sejak dia mengambil alih kembali Butik Bidadari sudah cukup meyakinkan mereka bahawa Ahda mempunyai sebab untuk menyingkirkan Geraldine.
Saya akan suruh orang perhatikan Ahdia dan menjaga Geraldine. Takut kalau perkara ini berlaku sekali lagi. We don’t need this kind of distraction at this moment.
Semua angguk setuju dengan cadangan Issac. Memang sekarang mereka harus tumpukan dengan rancangan mereka. Terlalu banyak perkara yang menarik mereka dari landasan yang perlu mereka berada sekarang.
Alex duduk tegak dan menghampiri tubuh ke meja kerjanya. “Uncle dengar yang Khaleed sedang cuba menambat hati Faryal.” Shayaan gelak sinis.
Memang dia perasan juga dengan perubahan drastis papanya yang tiba-tiba baik dengan Widayah. Kalau Ahdia dan Widayah bertengkar, Khaleed pasti akan membelakangi Widayah. Terperanjat beruk Widayah dibuatnya sehingga dia bercerita perkara itu kepada dia dan Faizan.
Apa yang pelik juga bila Khaleed mula bertanya tentang Faryal. Sejak adiknya itu pergi tinggal dengan Nek Wan tidak pernah sekali pun Khaleed bertanya tentang Faryal apatah lagi menyebut nama itu. Memang dia mula syak sesuatu bila Nek Wan memberitahu mengenai kedatangan Khaleed ke Ivic International. Alasan mahu meminta maaf dan ingin Faryal menerimanya kembali. Tetapi dia tahu itu semua hanya sebuah helah.
Dia sudah mula mengorak ke langkah seterusnya. Tapi dia tersekat sebab Faryal sentiasa memberi pelbagai alasan untuk bertemu dengannya. Ini sesuatu yang sukar untuknya tapi saya yakin yang ada sesuatu yang akan dilakukannya.” Ujar Issac dengan tenang.
Shayaan menyilang kakinya. Tangan naik memeluk tubuh. Pandangan jatuh ke kasutnya. “Papa tak akan pernah putus asa selagi tak dapat apa yang dia ingini. Sekarang apa yang diingininya adalah kepercayaan dan hak Ayal sekali gus.”
**
Khaleed membetulkan kolar bajunya. Kunci kereta diatas rak dicapainya. Bersiulan kecil dia melintas ruang tamu utama. “Papa nak pergi mana ni?” Ahdia yang sedang duduk disofa bertanya. Pelik melihat Khaleed sudah bersiap mahu keluar. Dia yakin papanya keluar bukan untuk bermain golf seperti selalu sebab bag golf tidak dibawanya sekali.
“Rumah Nek Wan. Kamu nak ikut tak? Boleh jenguk Ayal dan Wid sekali.” Stokin disarungnya lantas melirik Ahdia yang menjulingkan mata. Dia gelak kecil tahu benar reaksi anak perempuannya itu.
Ahdia menunjuk mimik tidak suka dengan ajakan tahi ayam Khaleed itu. “Tak naklah pergi sana. Buat apa nak jenguk dua belon tu. Buat sakit hati saja. Lagipun kalau Dia pergi sana pun kena sindir saja, baik lepak dekat rumah lagi bagus.” Majalah yang berada diatas riba dibacanya kembali.
“Suka hati kamulah.” Kasut dicapai Khaleed dan dipakainya.
Dari ekor mata Ahdia memerhati Khaleed. Tangan yang membelek majalah terhenti. “Tak ada angin tak ada ribut papa nak pergi rumah orang tua tu kenapa? Bukan dia suka denga papa pun. Mana tahu bila papa sampai sana nanti kena backlist macam dekat Ivic lagi. Buat malu saja papa.”
Khaleed bangkit dari duduknya setelah selesai mengikat tali kasut. “Seperti apa yang papa beritahu kamu tadi. Papa ke sana mahu jenguk Ayal dan Wid.” Baju dan seluarnya dirapikan. Kedengaran gelak sinis dari Ahdia.
That’s pure bull.” Tutur Ahdia tidak menghiraukan pandangan tidak suka Khaleed dengan apa yang baru dikatakannya.
Majalah dicampak Ahdia atas meja dan dia menapak ke arah Khaleed. “Cakap sajalah papa mahu berbaik semula dengan anak kesayangan papa tu. Afterall she’s the only person who is in your way in getting what you want right.” Tubuh meyandar dibingkai pintu sambil memeluk tubuh.
Khaleed berdiri disebelah Ahdia yang sedang memerhatikannya. “Ingat tak papa selalu cakap dekat kamu?” Satu kening Ahdia terangkat. Otaknya cuba memahami pertanyaan Khaleed itu.
Mata dikerdipkan bila sudah tahu jawapannya. “Sambil menyelam minum airkan?”
Hidung Ahdia dicuit Khaleed. “Pandai.” Bibir menguntum senyuman lebar bila semua yang diajarnya kepada Ahdia tidak sia-sia belaka. Memang kedatangannya ke rumah mak mertuanya itu bukan hanya untuk bertemu dengan Faryal tetapi untuk memastikan tiada sesiapa akan menghalang dia dari mendapat semuanya harta milik Lutfiyah.
Okay, papa pergi dulu.”
Kepala Ahdia diusapnya sebelum menuju ke kereta.
Good luck pa!” Laung Ahdia bila Khaleed mahu membolos dirinya ke tempat pemandu. Ahdia melambai dengan senyuman lebar bila kereta Khaleed mula mengundur keluar. Biarkan papa buat apa yang dia harus lakukan. Nanti aku juga yang untung. Bisik hati kecil Ahdia kesukaan.
**
Pak Atan yang sedang mencuci kereta diluar garaj mengangkat kepala bila sebuah kereta mewah memasuki perkarangan rumah majikannya. Kain yang basah diletaknya ke dalam baldi dan menghampiri ke arah kereta itu. Mata fokus kepada kelibat disebalik tempat pemandu. Terkocoh-kocoh kakinya menghampiri bila melihat pemandu itu keluar dari kereta.
Tuan Khaleed.” Tegur Pak Atan dengan hormat.
Khaleed memandang sekilas Pak Atan sebelum memanjang lehernya ke dalam rumah melalui pintu yang terbuka luas. Matanya juga melilau ke garaj dibelakang Pak Atan sepertinya mencari sesuatu.
Dipandang Pak Atan kembali tanpa membuka cermin mata hitam yang dipakainya. “Nek Wan ada?” Soal Khaleed dengan bongkak.
Gelengan pantas Pak Atan adalah jawapan yang Khaleed inginkan. “Tengah keluar Tuan.” Balas Pak Atan dan tergesa-gesa mengikut langkah Khaleed yang menuju ke pintu utama rumah agam Nek Wan itu.
“Faryal?” Pak Atan dibelakang berhenti secara mendadak bila Khaleed bertanya.
Jari telunjuk Pak Atan menunjuk ke arah dapur. “Dekat dalam. Sekejap saya panggilkan. Tuan duduklah dulu.” Tangan didepa ke arah sofa diruang tamu utama lantas berlangkah pergi untuk memanggil Faryal. Tetapi dicegah Khaleed.
Khaleed membuka cermin mata hitamnya. “Tak apa, biar aku cari dia sendiri.” Terhenti langkah Pak Atan.
Dipandang Khaleed yang sedang memerhati sekeliling rumah itu sambil bercekak pinggang. “Baiklah. Kalau Tuan perlukan apa-apa. Panggil saj…”
“Aku tahulah. Bukannya aku tak pernah datang sini pun. Dah pergi sana.” Pak Atan menunduk dan angguk akur dengan arahan Khaleed. Tanpa lengah dia kembali ke garaj meninggalkan Khaleed seorang diri ditengah-tengah ruang tamu itu.
Tanpa Khaleed tahu Pak Atan mengeluarkan telefon bimbit dan menghantar pesanan ringkas sambil matanya sekali-sekala memerhati ke arah pintu utama. Takut kalau Khaleed menangkap apa yang sedang dilakukannya.
Sebaik saja pesanan ringkas selamat dihantar, dia cepat menghabis kerjanya yang tergendala dan pergi ke dalam rumah dengan pintu belakang.
**
Dengan lidah yang digigit kepingan buah mangga dalam tangan diatur cantik seperti yang diajarinya semasa disekolah dahulu. “Lebih sikitlah buah mangga tu.Kedekutlah kau ni Meena.” Adu Widayah yang duduk dikerusi tinggi bertentangan dengan Faryal yang berada disebalik kitchen island didapur Nek Wan itu.
Sambil mata memerhati dekorasi tart buah yang sedang dibuatnya Faryal membalas aduan dari kawan baiknya itu. “Bukan kedekutlah. Kalau banyak sangat mana cantik tart buah nanti. Kau ni pun. Aku chef ke kau?” Ditunjuk dirinya dan Widayah dengan pisau yang berada dalam tangannya.
Kau. Hehehe.” Ujar Widayah. Ditayang gigi dan tanda peace kepada Faryal yang menjeling pura-pura marah.
Kedudukkan tangannya yang masih berbalut diperbetulkan Widayah bila ia mula rasa lenguh. Inilah jadinya kalau nak jadi heroin. Ibunya pula tidak habis membebel setiap kali datang menjenguknya disiang hari. Terpaksalah dia menada telinga.
Sudah hampir dua minggu dia berada disatu bumbung dengan Faryal. Jujur dia benar-benar lega bila tidak serumah dengan si piranha tu. Tak payah gaduh saja tiap hari. Tapi kurangnya dia tidak tinggal di Villa Nur adalah tak dapat mengusik si kembar seperti selalu. Nasib baiklah mereka datang menjenguk kalau ada masa lapang. Itu yang dikatakan Shayaanlah.
Tak semua barangnya diangkut ke rumah Nek Wan sebab Shayaan menyuruhnya supaya bawa apa yang perlukan saja. Kalau sudah baik dia boleh duduk di villa Nur kembali. Macamlah aku nak duduk sana balik. Mati hidup kembali pun aku tak nak duduk sebumbung dengan piranha tu. Desis hati kecil Widayah.
Mata menyorot memandang Faryal yang sedang memotong tart buah yang telah dibuatnya. Meleleh air liurnya Widayah yang hanya melihat sedari tadi. Tambah lagi bau dia bila tengah masak. Huish! Nikmat babe!
Nek Wan pergi mana dengan abang Sham dan kak Viya?”
Faryal menjungkit bahunya. “Entah. Kebelakangan ni mereka selalu sibuk. Terutama sekali Nek Wan dan abang Sham. Sejak balik dari Paris susah nak nampak dekat ofis. Merayap saja kerja dia orang.” Sepotong tart buah diletak atas piring kecil.
Baru sahaja Widayah yang sudah memegang sudu kecil mahu mengambil, Faryal menampar tangannya dan mata dicerlung. Tak bolehlah tu. Widayah menjuih bibirnya. Dipandang Faryal yang mencapai gula aising dan penapis kecil dalam laci
Kak Viya pula kadang-kadang dia lesap entah ke mana pun aku tak tau. Bila aku tanya dia cakap ada hal. Aku pun malas nak tanya lebih-lebih. Setahu akulah mama kak Viya ada dekat sini. Mungkin itu sebab dia sibuk kot.” Sambung Faryal sambil menapis gula aising ke atas potongan tart itu.
Dengan senyuman lebar Faryal angkat kepala memandang Widayah yang sedang bermain dengan sudu kecil didalam tangan. “Okay dah siap.” Terus tegak duduknya Widayah.
“Jap-jap aku ambil gambar dulu.” Telefon bimibit dalam kocek seluar dikeluarkannya.
Faryal mengemas sedikit permukaan dapur itu sementara menanti Widayah mengambil gambar dari setiap sudut. Macam jurugambar professional tapi kurang satu tangan saja. “Satu untuk kau.” Tutur Faryal bila Widayah sudah selesai, ditolak piring itu ke arah Widayah.
“Satu saja?”
Mendengar pertanyaan itu Faryal menarik piring kembali menghampirinya saja mahu mengenakan kawannya itu. Dengan pantas Widayah menahan pergerakkan Faryal. Ditayang senyuman kambingnya lagi. “Terima kasih.” Tahu pun takut tak dapat makan. Bisik Faryal.
Beberapa potong yang lain diagih-agihkan. “Ini untuk Mak Leha, Pak Atan dan abang-abang dan kakak-kakak sekurity. Ini untuk…”
Untuk papa tak ada?” Terangkat kepala Faryal bila mendengar suara garau yang amat dikenalinya. Matanya jatuh pada susuk tubuh yang sedang menyandar dipembukaan pintu dapur. Bibir yang menguntum senyuman kini tercengang.
Uhuk! Uhuk!
Terbatuk-batuk Widayah mendengar suara yang sudah lali ditelinganya. Tak payah pusing dia sudah tahu siapa yang sedang berada dibelakang sekarang.
Faryal mencapai tisu dan dihulurkan kepada Widayah yang sedang meneguk segelas air yang berada berdekatan dengannya. Matanya kembali memandang Khaleed yang tersenyum lebar padanya. Dia seakan terkaku dibalik dapur melihat kelibat lelaki yang selama ini dielak dari bertemu. Pelbagai alasan diberinya setiap kali Khaleed mahu berjumpa dengannya. Nasib baik Nek Wan okay kalau dia pakai namanya neneknya itu sebagai alasan.
Pa…Papa buat apa dekat sini?” Akhirnya bersuara juga dia bila melihat Khaleed sudah berdiri tegak dari sandarannya.
Khaleed gelak kecil dengan pertanyaan Faryal. Mata memerhati anaknya yang sedang berdiri ditengah-tengah dapur dengan apron tersarung cantik dibadan. “Jumpa anak papa yang sukar sangat nak temu.” Faryal menelan air liur melihat Khaleed menghampiri mereka.
Tuan Khaleed.” Ucap Widayah bila dia berpaling ke belakang.
Khaleed angguk kecil. Dilihat tangan Widayah yang berbalut. “Macam mana dengan tangan kamu Wid?” Ditunjuk balutan itu dengan gerakkan kecil kepalanya.
Widayah memegang tangannya seketika dan kembali menghadap Khaleed yang kini sudah berdiri disebelahnya. Sempat mata dia dan Faryal bertembung seketika. Dia dapat melihat kawan baiknya itu sedang keresahan. Macam mana tak resah bila lelaki yang sentiasa bersikap dingin dan terang-terang menunjuk kebenciannya terhadap anaknya sendiri kini sedang senyum hingga ke telinga. Tambah lagi bahasa kasar yang sentiasa digunakan bagaikan hilang begitu saja.
Alhamdulillah okay.” Jawab Widayah sedikit kendur daripada selalu. Dengan Khaleed sahaja kelantangan suaranya jatuh beberapa tahap. Takut punya pasallah. Kalau bapa piranha si jaws baham, memang habis Widayah dibuatnya.
Faryal masih membatu mendengar perbualan antara Khaleed dan Widayah. Bila matanya dan Khaleed berlaga, dia sambung mengagih-agih potongan tart ke dalam bekas kecil. Khaleed gelak sinis dengan tindakan Faryal. Dia tahu anaknya itu tidak keruan dengan kehadirannya.
Oh! Uncle lupa buah tangan Wid ada dekat dalam kereta. Ada kek ais krim dari yang Ayal dan Wid suka tu. Hmm…Wid pergi cari Pak Atan suruh dia tolong bawa masuk.” Dikeluarkan kunci kereta kepada Widayah.
Widayah memandang kunci itu dan Faryal yang sedang melihatnya dari ekor mata. Masih menyibuk dirinya menyusun tart buah. Widayah buntu. Hatinya tidak mahu meninggalkan Faryal dengan Khaleed sendirian takut kalau kawannya itu diapa-apakan.
Pergilah nanti lembik pula kek dia. Jangan takut, uncle tak habiskan tart yang Ayal buat ni.” Khaleed cuba menyakinkan Widayah yang masih tercegat tidak mencapai kuncinya itu. Melihat Widayah yang masih tidak berganjak, dia akhirnya mencapai tangan anak muda itu dan diletak kuncinya dalam genggaman.
Terhenti seketika nafas Widayah bila Khaleed meletak kunci kereta itu dalam tangannya. “Widayah.” Khaleed yang sudah nipis kesabarannya dengan anak bekas orang gajinya itu bersuara.
Ayal, aku pergi sekejap tau. Nanti aku datang cepat-cepat. Jangan makan aku punya.” Tutur Widayah kepada Faryal sebelum berganjak dari pintu belakang untuk mencari Pak Atan. Sempat dia berpaling melihat Faryal yang memandangnya dengan mata minta tolong. Tanpa lengah Widayah mencari Pak Atan. Dia tak mahu meninggalkan Faryal dengan bapak jaws terlalu lama.
Aura yang tegang di dapur itu dapat dirasa Khaleed dan Faryal. Masing-masing diam melayan perasaan sendiri. Khaleed sendang melabuh duduk dikerusi tinggi yang diduduki Widayah sebentar tadi sambil memikirkan bagaimana dia harus memulakan langkah. Sementara Faryal pula sedang berdoa supaya Widayah cepat kembali dan Khaleed cepat pergi. Dia tak suka dengan pandangan lelaki itu terhadapnya. Macam singa kelaparan saja.
Kenapalah papa datang bila Nek Wan tak ada dekat rumah ni? Cepatlah Wid datang balik! Tutur hati kecil Faryal. Tangan mengelap permukaan dapur selepas menolak piring berisi tart buah kepada Khaleed.
Sedap! Pandai anak papa buat.” Puji Khaleed setelah menyuap sesudu tart buah ke dalam mulutnya. Faryal senyum nipis masih tidak bersuara.
Khaleed menyuap suapan ke dua ke dalam mulut sebelum meletak sudu atas piring kembali. Dipandang Faryal yang masih tidak melihatnya. “Macam mana kerja?”
Baik.”
Macam mana projek dekat Resort Island?”
Baik.” Sepatah dibalas Faryal sekali lagi.
Khaleed yang sedang mengunyah suapan ketiganya meletak sudu kecil yang dipegangnya diatas piring. Tangan disilang dan diletak atas permukaan marmar kitchen island itu setelah menolak sedikit piring ke tepi. Diamati Faryal yang masih tidak mahu memandangnya. Kesabarannya semakin tipis dengan jawapan sama yang diberi Faryal. Tetapi dia tahu kalau mahu memastikan dia dapat apa yang dimahukannya dia tidak boleh bersikap kasar dengan Faryal. Layanan Faryal terhadapnya kini sudah sedikit banyak menunjuknya bahawa gadis itu tidak mengalu-alukan kedatangannya sama sekali.
Badannya disandar ke depan. “Kenapa Ayal tak mahu jumpa dengan papa? Setiap kali papa ajak ada saja alasan yang Ayal beri.” Tiada jawapan dari Faryal malah anaknya itu sedang sibuk mencuci perkakas yang digunanya tadi.
Matanya jatuh kepada air yang deras bercurahan dari paip sinki. “Baiklah kalau Ayal tak mahu cakap dengan papa. Biar papa saja yang cakap. Ayal dengar saja.” Faryal mengerling sekilas dengan pantas. Tidak mengangguk atau menggeleng sebagai jawapan.
Dia tidak tahu macam mana mahu memberitahu alasan dia tidak mahu bersemuka dengan Khaleed. Dia takut kalau mereka berjumpa, dia akan bersikap kurang ajar dengan Khaleed. Jujur dia tidak dapat menerima perubahan drastis Khaleed itu. Tambah lagi pesanan Fadi bahawa supaya jangan jatuh ke dalam umpan lelaki dipanggil papa sentiasa terngiang-ngiang difikirannya.
Papa tahu selama ini papa tak pernah layan Ayal sepatutnya. Papa minta maaf. Tapi kalau papa beritahu alasan mengapa papa bersikap sedemikian mesti kamu tak salahkan papa dengan sikap dingin papa pada kamu.” Suara Khaleed dengan penuh kekesalan. Kepala ditunduk seperti orang bersalah.
Mama kamu bukan sebaik yang kamu sangkakan. Sebelum dia mengandungkan kamu dia bersikap curang dengan papa dengan kawan baik dan bekas teman lelaki dia sendiri. Danial namanya. Ada gambar sebagai bukti kalau kamu tak percaya.” Sambung Khaleed memulakan ceritanya. Badan disandar ke belakang kerusi tinggi itu. Dipeluk tubuhnya sambil merenung Faryal yang sedang mencapai kain untuk mengelap perkakas yang baru dicucinya.
Faryal dapat melihat dari ekor mata, Khaleed sedang memerhatinya dengan mata yang menunjuk betapa sedih dan sakit perasaan lelakinya ketika itu. Khaleed mahu menagih simpati. Dia masih sedaya upaya tidak mengendah pandangan Khaleed itu.
Sanggup mama kamu mendua cinta papa kepadanya. Papa marah. Papa tak tahu apa yang harus dilakukan. Kalau ikut hati mahu saja papa tinggalkan mama kamu. Tapi memikirkan abang-abang kamu yang masih kecil dan cinta papa terhadap mama kamu, papa lupakan niat papa itu. Hati papa benar-benar tersiat-siat. Siapa sangka mama kamu yang berhati mulia dan berperwatakan baik itu sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.”
Mata Khaleed mula bergenang dengan air mata lelakinya. Betapa sakit dia memikirkan saat-saat getir itu. Setiap detik dimana dia menyalahkan Lutfiyah dan isterinya itu pula melindungi dan menegakkan kebenaran.
Faryal yang sedang menyimpan pisau dan perkakas yang lain dalam laci dapat melihat Khaleed sedang memicit matanya, pasti sedang menahan dari menangis. Derapan kaki menyapa telinganya. Hatinya semakin berdegup kencang bila suara Khaleed semakin sayup-sayup ditelinganya.
Khaleed berdiri bertentangan dengan Faryal yang baru menegakkan tubuhnya. Mata mereka bertembung seketika namun cepat dilarikan Faryal. Khaleed tergelak sinis bila Faryal mula menapak beberapa langkah menjauhinya. Sekarang tangan sibuk menutup bekas-bekas yang berisi tart buah didalam.
Bila mama kamu disahkan mengandung dengan kamu, papa sangsi bahawa kamu adalah anak papa. Itu semua kerana kecurangan mama kamu itu. Entah berapa lama dia sudah menduakan papa. Entah berapa ramai lelaki yang…”
Mama difitnah.” Terhenti kata-kata Khaleed bila suara yang perlahan namun tegas meyapa telinganya. Kening diangkat meminta Faryal menjelaskan apa yang baru dikatakannya.
Mama tak akan lakukan perbuatan terkutuk sebegitu. Ayal tahu siapa mama. Mama sendiri tak tahu apa yang berlaku sehingga mama melihat foto-foto yang diterima papa.” Tercengang Khaleed mendengar penjelasan Faryal. Tidak sangka Faryal sudah tahu tentang itu semua.
Macam mana…”
Dipandang Faryal yang sedang menutup setiap bekas dengan kasar seperti menahan marah yang dirasainya. Namun setiap perbicaraan Faryal masih tidak memandang ke arahnya.
Kalau papa ragu-ragu bahawa kandungan mama itu adalah dari benih papa, Ayal faham. Tetapi mengapa selepas hasil DNA keluar juga papa tak percaya bahawa Ayal anak papa? Darah daging papa sendiri? Malah Papa menuduh mama memalsukan keputusan DNA itu.” Berdatar suara Faryal menahan perasaan yang sedang berkecamuk menjadi satu.
Khaleed angguk sudah dapat meneka siapa yang menceritakan segala-galanya kepada Faryal. Hanya satu orang saja yang sentiasa berada dekat dengan anaknya itu. Siapa lagi kalau bukan nenek sihir yang tidak menyukainya itu.
Ini mesti Nek Wan cerita kepada kamukan?” Memang sah! Dia yakin Faryal sudah jatuh dalam perangkap Nek Wan. Itu sebab anaknya itu mengelak daripada bertemu dengannya. Ini pasti ada kena mengena dengan nenek sihir itu.
Gelengan kepala Faryal membuat dahi Khaleed semakin berkerut tidak faham. Kalau bukan dari Nek Wan siapa lagi? “Ayal dengar perbualan antara Nek Wan dan papa di Ivic. Nek Wan hanya cerita bila Ayal memaksa.”
Khaleed mengetap bibirnya. Mata dipejam rapat dan nafas ditarik dalam cuba menenangkan dirinya. Dia tidak mahu cepat gelabah. Berapa banyak yang Faryal dengar ketika itu dia tidak pasti. Tetapi dia harus meyakinkan anaknya itu dengan ceritanya pula.
Khaleed tersenyum hambar. “Itu sebab kamu mengelak dari berjumpa dengan papa? Sebab Nek Wan kamu ceritakan apa yang dia mahu kamu dengar. You must listen to both side. Mine as well.
Faryal menggeleng buat sekian kalinya. Tidak mahu mendengar apa yang mahu Khaleed beritahunya. “You’ve told me your side of the story and I heard enough. All you say is about how much you love mama and how hurt you are. But do you have any idea how hurt mama is when you said she faked the DNA results?” Dicapai tutup untuk bekas yang terakhir.
I do love mama. Kamu masih mentah lagi tak…”
Pap!
Faham apa yang sedang berlaku? Sekarang papa duduk dan biar Ayal yang cakap. Kalau Ayal tanya baru papa boleh jawab. Other than that I’ll do the talking.” Tergamam Khaleed dengan sikap Faryal yang tidak pernah dilihatnya selama ini.
Terperanjat dia juga bila Faryal menekan dengan kuat bekas tutup itu sehingga pecah tutup dan juga bekas itu. Matanya menatap tart yang sudah hancur sebab hentakkan itu dengan sepasang mata yang sedang galak menikamnya. Dada Faryal pula berombak.
Faryal tidak menghiraukan kesakitan ditapak tangannya akibat perbuatannya tadi. Apa yang dia fikirkan sekarang adalah kemarahannya terhadap lelaki bernama Khaleed. Inilah mengapa dia mahu menghindar dari Khaleed. Dia tidak mahu bersikap biadap dengan papanya sendiri. Tetapi sekarang dia benar-benar sudah tidak boleh tahan lagi. Dia mengundur setapak ke belakang menjarakkan dirinya dari Khaleed. Dia sudah buat keputusan. Dia harus meluahkan segalanya pada hari itu. Segala-galanya.
Mak jangan hina Ahdia. Dia tidak pernah bersalah dalam hal kerluarga kita.
Terngiang-ngiang kata-kata itu ditelinganya. Mengapa Khaleed sentiasa melebihkan Ahdia darinya.
Dari kecil Ayal menyimpan semua yang terbuku dalam hati. Walaupun papa tolak Ayal jauh tapi Ayal tetap mahu dekati papa. Dimata papa Ayal bukan darah daging papa. Bukan anak kandung papa. Tetapi Ahdialah anak papa. Darah daging papa.”
Khaleed melihat mata Faryal yang mula berkaca. Dia masih tidak sangka anak yang sentiasa mendengar kata dan sentiasa menunduk kepadanya berani melawannya kini. Tidak takut menikam matanya seperti sekarang.
Ayal cemburu lihat kemesraan papa dengan Ahdia. Ayal cemburu melihat layanan penuh kasih dan sayang papa terhadap Ahdia. Ayal cemburu bukan harta benda yang Ahdia ada tetapi Ayal cemburu sebab dia dapat tumpuan sepenuhnya seorang papa. Sementara Ayal mahu dipandang pun jijik.” Ujar Faryal dengan geram. Jari telunjuknya menunding ke dadanya berkali-kali sementara tangannya yang lagi satu menggengam erat bucu permukaan marmar dapur itu.
Apa yang Ahdia ada yang Ayal tak ada?” Akhirnya keluar juga soalan yang sentiasa disoalnya setiap hari, setiap saat.
Bibir Faryal mula bergetar tanpa dia sedari air mata yang dia mati-mati tidak mahu mengalir berjuraian juga dipipi. Dilihat bibir Khaleed yang buka tutup mahu berkata tetapi tidak tahu macam mana.
Faryal gelak sinis dengan reaksi Khaleed. “Papa tak sangka ini semua dari Ayalkan? Papa tak sangka Ayal berani menyoal papakan?”
Dia mula melangkah menghampiri Khaleed yang masih tercegat seperti batu. “Dulu Ayal budak mentah yang menagih kasih sayang seorang papa. Terima kasih kepada layanan papa itu juga Ayal dapat berdiri sendiri walaupun acap kali Ayal jatuh tersungkur. Hanya mama saja yang berada disisi menolong Ayal bangkit. Dimana papa bila Ayal perlukan papa?” Nowhere. Desis hati kecil Faryal.
Dari kecil Khaleed tidak pernah ada untuknya bila dia memerlukan seorang figura lelaki bernama Papa. Lutfiyahlah mama dan papanya dari kecil lagi. Kadang-kala dia menumpang kasih seorang papa dengan Pak Halim.
I’m not that lost girl whom craves for your love anymore. I’ve long given up hope and it’s better that way. Have I forgiven you? Yes. If god can forgive why can’t I?” Bahu dijungkit sambil berlangkah ke Khaleed.
Mata mereka bertembung bila langkah Faryal berhenti dihujung kitchen Island. Khaleed mencerna setiap butir yang keluar dari mulut Faryal. Sementara Faryal pula sedang memikirkan sesuatu perkara. Perkara yang dia yakin mengapa Khaleed tiba-tiba mencarinya dan sanggup meminta maaf dengannya.
Kamu mahu ke semua harta milik Lutfiyah dan juga keluarga aku. Aku tahu Faryal salah satu kunci kamu untuk mendapat apa yang kamu inginkan.”
“Ayal tahu mengapa papa datang berjumpa dengan Ayal. Sebab Ayal halangan papa untuk memiliki harta mamakan?” Keningnya diangkat meminta jawapan dari Khaleed.
Khaleed tunduk kepalanya. Perlahan senyuman sinis bermain dibibirnya. Mendengar pertanyaan Faryal membuat bebannya selama ini bagaikan hilang dengan sekelip mata. Badannya mula terhinggut-hinggut. Gelakan sinis kedengaran ditelinga Faryal. Bila Khaleed mengangkat kepalanya sepasang mata yang tadi menagih simpatinya kini bersinar dengan dendam dan kebencian.
Baguslah kau tahu. Tak payah aku penat-penat berbuat baik dengan kau.” Hilang terus kelembutan disuara itu. Sekarang tiada lagi Ayal dan Papa. Tetapi ia sudah kembali kepada aku-kau.
Sepertimana Khaleed senyum sinis, Faryal turut membalas dengan senyuman sinis yang sama. Semakin berani menentang Khaleed. Tangan naik memeluk tubuh. “Lain kali papa tak perlu susah payah berlakon dengan Ayal untuk dapat apa yang papa mahukan. Just ask and I’ll be glad to give it to you.” Tutur Faryal dengan tenang.
Api kemarahan Khaleed naik dua tahap. Melihat perempuan didepannya kini persis Lutfiyah acap kali dia sedang berdepan dengan klien yang tidak mahu mendengar kata. Lutfiyah yang penuh keyakinan dan berada dalam mood menundukkan orang yang bertentang dengannya. Lirikan mata yang galak dan senyuman sinis kini benar-benar seperti Lutfiyah.
Kau semakin sombong sama seperti Nek Wan dan Tok Wan kau tu. Termasuk mama kamu.”
“Sombong bersebab.” Balas Faryal bersahaja. Tersentap Khaleed dengan tindak balas Faryal. Dia semkain tercabar dengan sikap biadap perempuan itu.
Faryal mengambil setapak ke depan. “Macam beginilah papa. Nanti Ayal akan suruh uncle Alex sediakan surat penyerahan harta kepada papa. Ayal tak perlukan itu semua. I’m happy with what I have, unlike you.”
Pang!
“Kau jangan nak tunjuk lagak dengan aku. Kau ingat lepas aku dapat kesemuanya, satu sen pun kau tak akan dapat. Kau akan miskin seperti orang tepi jalan.”
Berpinar seketika pandangan Faryal denan tamparan kuat Khaleed. Hampir dia tersungkur. Pipi yang rasa perit tidak dihiraukannya. Dia kembali memandang tajam Khaleed yang sudah menyinga.
“Miskin harta tapi kaya budi pekerti.”
Pang!
Sebelah pipi Faryal pula menjadi sasaran. “Kau tak akan hidup dengan budi pekerti. Siapa mahu bagi kau makan kalau bukan harta kekayaan? Siapa mahu bagi kau tempat berteduh kalau bukan harta kekayaan?”
Suami yang kaya akan memberi semua itu.”
Khaleed gelak dengan kuat. Geli hati dengan jawapan Faryal. “Kau? Kahwin orang kaya? Jangan buat lawaklah. Mari sini.” Ditarik Faryal ke arah cermin yang tergantung elok belakang kerusi panjang yang terdapat didapur itu.
Pipi Faryal ditekan memaksa dia memandang ke arah cermin itu. “Kau tengok betul-betul. Tengok! Kau lihat tak apa yang aku lihat?” Genggamannya di lengan Faryal dieratkan sehingga dapat merasa kukunya menekan dengan kuat. Faryal dapat merasa darah bila ditelan air liurnya.
Faryal menahan kesakitan yang dirasainya kini. Dipandang muka Khaleed dicermin itu. “Perempuan macam kau, orang yang terkaya satu dunia pun tak ingin ambil kau jadi isteri apatah lagi orang yang miskin. Tengok sekali saja tak payah tengok lagi. Kau tu buruk, gemuk tak seperti Ahdia yang mempunyai badan seperti seorang model dan raut muka kegilaan ramai.”
Bila Faryal mula menarik tangannya dari genggaman Khaleed suara seseorang menyapa ke telinga mereka membuat Khaleed memusing ke arah suara itu.
“Lepaskan cucu aku.”
Khaleed senyum sinis. Bersilir ganti dia memandang nenek sihir yang sedang berdiri dengan sekutunya dan muka Faryal yang masih berada dalam genggamamannya. Masih tidak mahu melepaskan Faryal.
“Lepaskan cucu aku.” Arah Nek Wan lebih kuat dan tegas dari tadi.
Akhirnya Khaleed akur. Ditolak tubuh Faryal kuat sehingga terjatuh meyembam lantai. Pantas Hisham dan Aviya menolong Faryal bangkit. Mahu sahaja Hisham mengajar lelaki yang sedang senyum herot kepada mereka. Melihat Faryal yang berada dalam dakapan Aviya membuat hatinya membakar. Tangannya dikepal.
Nek Wan menapak ke depan. Disenyum penuh makna kepada menantu hantunya itu. Bila Hisham memberitahunya tentang pesanan ringkas yang diterimanya oleh Pak Atan dia terus meninggalkan perbincangan mereka bersama Issac dan yang lain. Shayaan yang turut serta mahu ikut tetapi dicegahnya. Buat sementara dia tak mahu cucunya yang lain berbalah dengan Khaleed. Cukuplah Faryal dan Fadi.
Siapa kata tak ada orang mahu berkahwin dengan cucu aku? Untuk pengetahuan kau aku baru saja balik dari bertemu bakal suaminya Ayal. Anak kau.” Ditekan dua perkataan terakhir. Semua terperanjat. Terutama sekali Faryal.
Khaleed gelak sinis. “Buta ke apa lelaki tu. Memang cari bala saja. Kalau dia nak kahwin, silakan. Tapi jangan harap aku akan mewalikannya.” Ditunjuk ke arah Faryal namun ditepis Hisham kasar.
Bila Hisham mahu mara, Nek Wan menghalang dengan mengangkat tongkatnya di depan Hisham. Kepala digeleng sebelum menghadap Khaleed kembali.
“Buta tapi berharta. Aku rasa kau pun tahu siapa dia.”
“Siapa? Anak raja? Anak ushawan terkenal? Anak…”
“CEO FS Companies. Izzat Danish.” Cantas Nek Wan dengan senyuman lebar dibibir. Widayah menekup mulutnya tidak percaya. Sementara Faryal sudah terlopong besar.
Tawa kuat dari Khaleed pecah juga mengisi ruang dapur itu. Geli hati dia mendengar nama Izzat Danish sebagai calon suaminya Faryal. Kalau nak reka cerita biar yang benar. Jika benar Izzat Danish mahu berkahwin dia pasti akan tahu.
“Jangan nak merepeklah. Izzat Danish sudah berpunya dan aku yakin bukan dia.”
“Tak percaya? Kamu tunggu gambar kahwin atau lebih senang kamu tanya dengannya sendiri. Aku sudah pun terima lamaran dia dan dalam masa terdekat ini, mungkin dua atau tiga minggu akan berlangsung pernikahan mereka. Nak jemput kau? Memang tak akan.” Nek Wan gelak sendiri. Memang dia tak akan sekali menjemput lelaki itu. Tidak akan!
Khaleed menapak ke depan. Ditunding jari pada Nek Wan. “Kau memang gila orang tua. Izzat Danish mahu kahwin dengan dia? Tengok pun belum. Ini mesti kerja kaukan sebab mahu dia lantik Faryal sebagai CEO. Kau mahu haknya Faryal juga cakap sajalah.” Tuduh Khaleed.
Siapa punya kerja lagi kalau bukan nenek sihir itu. Dia tahu Tuan Kamli Arsyad dan bapa mertuanya itu adalah kawan rapat. Kenal antara satu sama lain. Dia yakin mesti Nek Wan menyuruh Tuan Kamil Arsyad menyatukan Faryal dengan cucu lelakinya itu sebab mahukan harta Faryal.
“Aku tak heran dengan jawatan CEO tu. Syarikat aku lagi besar kalau FS dan syarikat keluarga kau yang entah milik siapa sekarang tu disatukan. Sekarang aku beri amaran terakhir kepada kau.” Nek Wan dengan berani mendekati Khaleed. Mata membunuh anak mata Khaleed. Dua-dua tak mahu berundur. Dua-dua tak mahu kalah.
Kalau aku nampak kau dekat dengan Ayal, aku akan pastikan kau akan menyesal seumur hidup kau. Kalau apa-apa terjadi kepada cucu aku, aku akan pastikan kau orang pertama yang aku akan tarik ke balai polis. Aku akan pastikan kau terima hukuman yang setimpal.” Ugut Nek Wan hanya didengar sayup-sayup yang lain dibelakangnya tetapi cukup jelas untuk Khaleed.
Selangkah ke belakang diambil Nek Wan. “Sekarang kau mahu orang-orang aku tunjuk pintu mana yang harus kau ambil? Atau kaki kau tahu yang mana harus kau ambil?”
Khaleed mengamati setiap wajah yang berada dalam ruang dapur itu. Akhrinya pandangannya jatuh kepada Faryal yang berada dalam dakapan seorang perempuan yang mengingatkannya dengan seseorang.
Dia berhenti didepan Faryal tetapi pantas Hisham berdiri ditengah-tengah mereka. Tidak membenarkan Khaleed menyentuh Faryal. “Kau dengar sini Faryal. Kalau kau tak mahu apa-apa terjadi pada semua yang kau sayang baik kau buat seperti yang kau kata tadi. Aku akan tunggu.” Tutur Khaleed dengan tegas sebelum berlalu pergi dengan hati yang sebal.
Nek Wan melepaskan nafas lega. “Bawa Ayal naik. Pergi rehat. Besok kita sambung.” Arah Nek Wan sebelum mereka dapat membuka mulut. Nek Wan meninggalkan mereka diikuti Hisham dan beberapa pengawal peribadinya. Diberi arahan terperinci sambil menapak ke lif peribadinya untuk ke atas.



4 comments:

  1. omg!! sakit hatinye and never ever ayal bagi ape yg si jaws tu mintak.. ayal be strong...tapi siape org yg issac syak tuu?org yg same lggr mama ayal ke...hehe good job kak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siape yg Issac syak? Nanti kita tahu..hehehe:B

      Delete
  2. wau penuh debaran x sabar rasanya nk baca kemuncak cerita ini dan x sabar rasanya nk tunggu kejatuhan khaleed. kalau buat drama tv nih mesti besttt. good job mai

    ReplyDelete