Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 18 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 64

Bab 64

Mata dicelik bila telefon bimbitnya berbunyi. “Hmm…Tunggu, sekejap lagi aku keluar.” Talian dimatikan dan telefon bimbit diletak atas meja kecil tepi katil. Disandar badannya dikepala katil lantas mengucup bibir buah hati disebelah.
Perempuan itu mengenyeh matanya dengan senyuman menggoda dibibir. “You nak lagi ke?” Khaleed gelak kecil faham dengan maksud perempuan itu.
Later. Sekarang I ada temujanji dekat luar.”

Bathrobe atas lantai dicapainya lantas dipakainya. Rangkulan dari belakang membuat Khaleed tersenyum lebar. Dia kucup lengan yang memeluk erat lehernya.

Jangan lama-lama. Nanti I rindu.”
Me too. Rest while you still can sweetheart.” Dikucup bibir mungil itu sebelum melangkah keluar bilik. Sempat dia mengenyit mata kepada sekujur tubuh yang mengiur diatas katil itu.
Sebaik saja pintu ditutup rapat, sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya dan dinyalakan. Bathrobe yang tersarung diperbetul ikatannya. Sebelum melabuh duduk disofa diruang tamu itu. Dikerling lelaki yang sedang duduk bertentangan dengannya.
Macam mana?” Gumpalan asap dihembus keluar.
Lelaki itu mengeluh dan digeleng kepalanya. Tidak ada apa-apa berita baik yang ingin disampaikan.

“Masih tak jumpa bos. Semua kita sudah intip tetapi tak ada sesiapa yang mencurigakan pun. Mungkin mereka tahu kita tengah mengawasi mereka itu sebab mereka tidak membuat apa-apa langkah yang membawa kita ke Faryal. Saya yakin dia tak ada dekat sini bos. Mesti mereka bawa dia keluar negara.”
Khaleed gelak kecil dengan penjelasan lelaki itu. Batang rokok dihisapnya sekali lagi. “Aku dah agak. Dengan kenalan yang Tuan Kamil Arsyad ada tak terperanjat kalau mereka dapat melakukan itu tanpa dapat dikesan. Mereka memang bijak. Tetapi tak selicik aku.” Dengan penuh bongkak Khaleed bersuara.
Sejak pertemuannya dengan Issac dia mula memikirkan kembali setiap strateginya. Tertanya-tanya dia kalau Lutfiyah ketahui bahawa dialah dalang disebalik kematian orang tua lelaki itu. Mungkinkah itu sebabnya Lutfiyah membuat wasiat baru dan melantik peguam peribadinya sendiri tanpa pengetahuannya.
Apa yang membuat dia benar-benar marah adalah tentang wasiatnya Tok Wan. Dia yakin seratus peratus yang Lutfiyah tahu tentang wasiat baru itu. Tetapi menyembunyikan darinya. Kalau dia tahu Faryallah kuncinya untuk mendapat kesemua harta nenek sihir itu dia pasti tidak bertindak kasar seperti yang telah dilakukannya. Kini dia kembali di tingkat pertama. Langkah seterusnya harus sesuatu yang tidak akan pernah mereka sangkakan sama sekali.
Sekarang bos nak buat apa?” Soal lelaki itu bila sekian lama Khaleed hanya diam tidak bersuara.
Kaki disilang Khaleed. “Untuk keluarkan mangsa yang bersembunyi apa harus kita lakukan?”
Bertaut kening lelaki itu memikirkan jawapan teka-teki itu. “Menarik perhatiannya supaya dia keluar.”
Anggukkan kepala Khaleed membuat lelaki itu senyum bangga. “Tepat. Untuk mengeluarkan mangsa yang dicari kita harus mencari kambing hitam yang perlu dikorbankan. Kau masih ada gambar-gambar yang aku beri kepada kau?”
Lelaki itu angguk “Ada bos.” Dikeluarkan tiga keping gambar dari poket jaketnya dan diletak ketiga-tiga gambar itu atas meja.
Khaleed mengensot ke hujung sofa. Ketiga-tiga gambar itu dipandangnya. Satu gambar ditolak ke tepi meninggalkan dua keping saja. Khaleed dan lelaki itu mengamati kedua gambar itu.
Puntung rokok diletak atas gambar yang diinginkannya. “Kita korban yang ini. Aku yakin dia akan keluar dari persembunyiannya nanti.” Tutur Khaleed lantas menyandar tubuhnya kembali disofa.
Lelaki itu mencapai gambar itu. Dia gelak sinis. Mangsa terbarunya. “Bila bos nak saya lakukannya?”
Meleret senyuman Khaleed dengan pertanyaan itu. Dia sudah tahu bila masa yang paling sesuai. “Pada hari paling istimewa sekali. Hari yang mereka tak akan lupa buat selama-lamanya.” Khaleed gelak sinis dengan apa yang dibayang dalam fikirannya.
**
Sayang tengah buat apa tu? Sedapnya bau.” Soal Lutfiyah sebaik saja memasuki dapur. Faryal senyum lebar dengan pertanyaan itu.
“Buat kek keju.” Tangannya lincah menghiasi kek keju perisa mangga itu.
Lutfiyah melabuh duduk dikerusi yang terdapat didapur itu. Senyum penuh makna melihat senyuman puterinya itu.

 “Untuk buah hati yang nak balik ke?”
Gerak-geri Faryal terhenti dengan usikkan mamanya itu. Dijuih bibirnya pura-pura tidak suka. “Mama ni. Mana ada.” Dalam hati dia sebenarnya mengiakan pertanyaan Lutfiyah. Sejak tahu Issac suka dengan kek keju buatannya dia ingin membuatnya khas untuk lelaki itu.
“Jangan nak tipulah. I’ve been there before. Tengok muka saja mama tahu yang anak mama dah jatuh cinta.” Mata mengikut langkah Faryal yang menyimpan kek keju ke dalam peti sejuk.
Faryal memusing kepalanya. “Nampak sangat ke mama?” Soalnya dengan mata yang dikecilkan.
“Dengan mama Ayal tak boleh tipu.” Balas Lutfiyah. Faryal gelak. Memang benar dengan mamanya kalau dia tipu pasti tertangkap. Lutfiyah saja yang benar-benar tahu isi hatinya itu.
Pintu peti sejuk ditutup. Dia kembali ke kitchen island untuk membersihkan apa yang patut. Sedang dia asyik mengemas matanya melirik Lutfiyah yang merenung kosong padanya.

“Kenapa mama tengok Ayal macam begitu?”
Tersentap Lutfiyah bila kantoi sedang berkhayal. “Tak sangka anak mama dah besar sekarang. Tak lama lagi dah nak bersuami. Lepas tu bila ada anak, mama jadi nenek. Time pass so fast.” Jelas Lutfiyah sedikit sayu.
Melihat Faryal melangkah sana sini membuatnya sedar yang anak perempuannya itu sudah menjadi seorang anak dara. Dia rasa baru semalam dia mengendong Faryal dalam tangannya. Memimpin tangan si kecil yang baru belajar berjalan. Kini anaknya sudah boleh berjalan dengan kakinya sendiri. Boleh berfikir yang mana betul dan mana tidak. Sebak hatinya memikirkan bahawa anak-anaknya sudah boleh ada keluarga mereka sendiri. Satu-persatu akan memulakan hidup baru dengan orang baru. Dia? Entahlah.
Faryal mengabaikan kerja mengemasnya dan mendekati Lutfiyah. Kerusi disebelah Lutfiyah didudukinya. Tangan mamanya yang berada atas meja digenggam.

 “Masa tak akan henti untuk kita mama. Sekarang dan selama-lamanya Ayal tetap akan jadi anak mama walaupun Ayal dah kahwin, dah ada anak atau dah jadi nenek pun. Ayal tetap anak mama. Tapi Ayal terfikir kalau perkahwinan Ayal ni terlalu cepat. We’re still young.
Trust me sayang, tak ada istilah terlalu muda kalau bab berkahwin. Issac is whom you need right now. Mama sebenarnya nak beri Ayal ni.” Sampul surat coklat diberi kepada Faryal.
Surat itu dibuka Faryal sambil memandang Lutfiyah meminta penjelasan. “Apa ni mama?” Lantas matanya jatuh diisi surat itu.
“Ini surat wasiat terakhir Tok Wan. Nek Wan sepatutnya beri kepada kamu. Tetapi keadaan tidak mengizinkan. Ayal tahukan Tok Wan beli syarikat keluarga papa tanpa pengetahuannya. Kini syarikat itu dinamakan Lumiere International dan dikendali oleh orang kepercayaan Tok Wan. Tapi sekarang, orang kepercayaan Tok Wan mahu bersara. Sekarang masanya untuk Ayal ambil alih syarikat itu.” Jelas Lutfiyah sambil memerhati Faryal membaca setiap butir isi kandungan surat itu
Faryal angkat kepala. “Papa macam mana?”
Papa hanya memegang 20% syer syarikat. 80% milik Ayal. Tok Wan tinggalkan Lumiere International kepada Ayal sebab dia tahu papa mahu menguasai kesemua harta kekayaan Tok Wan. Itu sebab wasiat terbaru ini tidak dibaca depan papa sama sekali.” Faryal melipat surat itu dan disimpan kembali ke dalam sampul. Keningnya bertaut menanda satu perkara sedang mengganggu fikirannya.
“Tapi Ayal tak yakin boleh…”
Lutfiyah menggeleng kepala memotong kata-kata Faryal. Tangan anaknya dicapai. Faryal memandang Lutfiyah.

“Mama yakin Ayal boleh. Kita semua yakin Ayal boleh. Papa tak tahu yang Ayal sekarang pemilik syarikat keluarganya sendiri. Kalau dia tahu mesti mengamuk sakan dia. Sebab papa kamu dah tak ada apa-apa lagi. Dia fikir dia telah mengusai semua harta mama tetapi dia tak tahu bahawa dia telah dipermainkan. Ini sebab Ayal dan Issac harus disatukan. Issac ada apa yang Ayal tak ada dan Issac tak ada apa yang Ayal ada.”
Jari-jemari yang bertaut diamati Faryal. “Apa yang Issac ada, Ayal tak ada?” Dilirik Lutfiyah meminta jawapan.
Connections. Dia ada ramai kenalan yang boleh membantu kita.”

Dengan kenalan yang Tuan Kamil Arsyad ada termasuk kenalan Issac sendiri di seluruh dunia, membuat lelaki itu mempunyai sumber-sumber yang amat sukar Faryal perolehi sendiri.
“Apa yang Ayal ada Issac tak ada?”
“Apa yang papa kamu mahukan.” Bibir Faryal dinipiskan. Memikir. Kepala dimereng ke  kanan.
“Kalau harta, Issac pun ada. Lagi lebih dari kita.”
Lutfiyah angguk kecil mengiakan. Senyuman nipis bermain dibibir. Memang lelaki itu mempunyai harta yang tidak akan habis. Dia tahu bagaimana Khaleed berfikir. Suaminya itu tidak akan mengejar sesuatu yang dia tidak akan dapat gapai, dan harta Issac adalah salah satunya.
Harta Issac bukan senang untuk dia kecapi. Tambah lagi Issac cucunya Tuan Kamil Arsyad lagilah dia tak berani nak usik. Walaupun harta benda mereka sampai bila-bila tak habis, papa kamu hanya akan mengusai apa yang paling dekat dengannya. Apa yang Tok Wan dan mama miliki adalah paling senang untuk digapai. It’s within his reach.
Faryal mencerna penjelasan Lutfiyah itu. Akhirnya dia mengeluh bila membuat sesuatu kesimpulan.

“Cuma sekarang Ayal penghalangnya. In order for him to have everything he has to get rid of me right mama?
Memang benar apa yang dikatakan Faryal. Cuma dia berat mahu mengiakan pertanyaan anak perempuannya itu. Mulut buka tutup tetapi tidak apa pun yang keluar.
Which he won’t without getting rid of me first.” Mereka berdua berpaling ke pintu memasuki dapur. Disitu tercegatnya tubuh tegap Issac yang sedang berpeluk tubuh.
Tersenyum lebar Lutfiyah melihat Issac. Tambah lagi lelaki itu menyelamatnya dari menjawab persoalan Faryal. Dilihat Faryal senyum nipis kepada lelaki itu membuat dia Lutfiyah senyum nakal.

“Hmm…Buah hati kamu dah balik.” Bisik Lutfiyah membuat Faryal memukul lembut lengan mamanya itu.

Mama ni ada cakap macam tu depan buah hati aku tu. Malu tau! Pantas dia memaling kepalanya menghadap dulang berisi buah-buahan ditengah meja makan. Segan tiba-tiba.
How long have you been there?” Soal Lutfiyah kepada Issac.
Dengan langkah panjang dia menghampiri Lutfiyah dan Faryal. “Just. Yang lain mana? Senyap saja?” Hairan bila tidak ada celotehnya Nat atau suara pasangan kembar itu bertekak tentang sesuatu yang mereka tak bersependapat.
“Viya dan Nat keluar pergi cari apa entah untuk akad nikah nanti. Sekejap lagi baliklah tu.” Ditampar tangan Issac yang mencapai buah epal di atas meja lantas menggigitnya tanpa mencucinya terlebih dahulu. Issac tayang muka tidak bersalahnya walaupun dia tahu apa kesalahannya itu.
“Macam mana semua dekat sana Izzat?”
Issac menyandar tubuhnya dikerusi sebelah Lutfiyah. Masih asyik mengigit epal dalam tangan.

“Lusa mereka akan sampai. Yan dan Adi akan datang esok pagi. Zan akan tiba dengan Nek Wan pada hari perkahwinan itu. Sebaik saja Nek Wan semua sampai, baru akad nikah kami berdua akan berlangsung. Kak Din dan yang lain akan membereskan segala-galanya disana. Sehari lepas itu kita akan berangkat kembali ke Naraya.” Lutfiyah angguk akur dengan penjelasan Issac.
Faryal hanya diam sedari tadi. Menjadi pendengar perbualan mereka. Bila Issac kenyit kepadanya dia membalas dengan menjulingkan matanya sebagai balasan.
“Khaleed?”
Kunyahan mulut Issac yang rancak berubah perlahan secara mendadak bila mendengar nama itu. Pertemuaan dengan Khaleed di pejabat diimbas kembali. Sejak hari itu Khaleed terus senyap. Dia tidak tahu apa yang lelaki itu sedang rancangkan. Cuma apa yang dia tahu dari orang-orangnya yang mengawasi setiap gerak-geri Khaleed adalah lelaki itu lebih banyak meluang masa dengan perempuan-perempuan simapanannya. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Sesuatu yang tidak disukainya.
Quiet. Too quiet for my liking. My guess he’s already setting up his next move. Cuma kita tak tahu bila. Kita harus berwaspada. Kita tak tahu apa yang dia akan lakukan.” Lutfiyah dan Faryal memandang satu sama lain. Masing-masing resah dengan kata-kata Issac.
**
Yan!”

Langkah lajunya diperlahankan dan jam tangan dilirik Shayaan. Lagi beberapa jam dia harus ke lapangan terbang. Dia telah mengubah rancangannya. Sebelum ke Paris dia akan ke Australia bertemu Fadi terlebih dahulu.
Shariq yang muncul disebelah diliriknya. Tercungap-cungap abang sulungnya itu sebab mengejarnya.

“Ayal dekat mana?”

Shayaan membalas dengan jungkitan bahu lantas meneruskan langkah.
Pantas bahu Shayaan dipaut Shariq. Serta-merta memati langkah adiknya itu. “Aku tahu kau tahu Ayal dekat mana. Aku hanya nak pastikan dia okay.”
Sejak malam itu dia tidak dengar apa-apa tentang Faryal. Apa yang dia tahu Faryal tidak berada dirumah Nek Wan atau di Ivic International. Bila dia ke pejabat Ivic, dia diberitahu bahawa Faryal bercuti dan tidak tahu bila pulangnya. Nek Wan pula tidak mahu memberitahunya apa-apa. Malah dia dimarahi sebab tidak mempercayai Faryal.
Dia rasa betul-betul bersalah terhadap adik perempuannya itu. Tidak mungkin dia boleh memutar masa kembali. Apa yang dia tahu, dia harus minta maaf kepada Faryal. Dia harus meyakinkan Faryal bahawa dia percaya bahawa adiknya itu tidak bersalah. Dia tidak dapat tidur memikirkan yang dia telah menyakiti Faryal, darah dagingnya sendiri. Mahu saja menghentak kepalanya ditembok berkali-kali kerana mengikut sangat perasaannya ketika itu. Sekarang dia harus mencari Faryal dan dia yakin pasangan kembar itu pasti tahu keberadaan Faryal.
“Dia okay. Aku pergi dulu. Banyak kerja aku kena buat.” Balas Shayaan dengan sahaja sebelum membolos dirinya ke dalam perut lif yang terbuka.
Baru Shariq mahu menekan butang lif, pintu sudah tertutup rapat. “Yan! Aku belum habis tanya ni. Yan!” Ditendang tembok. Geram. Macam mana nak cari Ayal? Si kembar dah tak tinggal serumah lagi. Entah dimana mereka bermalam. Desis hati kecil Shariq.
Dia mengangkat kepala. Mata dia dan Faizan yang baru keluar dari pejabat bersatu. Cepat Faizan melangkah ke arah tangga kecemasan. Malas sebenarnya mahu berdepan dengan Shariq.
“Zan!”

Shariq tanpa lengah mengejar Faizan. Penat dia satu hari ini main kejar-kejar dengan sepasang kembar itu.
“Zan!” Dipanggil Faizan yang dengan lincah menuruni tangga.
“Kalau abang Riq nak tanya tentang Ayal, Zan tak ada apa yang nak dikatakan.” Tutur Faizan tanpa melambatkan langkahnya.
Akhirnya Shariq dapat juga menghalang langkah Faizan dengan berdiri didepan adiknya itu. Tercungap-cungap dia sekali lagi. Faizan mengetap bibir. Mahu saja dia cekik-cekik abang sulungnya itu.
“Abang nak tahu Ayal dekat mana. Abang nak minta maaf dekat dia atas apa abang buat dekat dia hari itu. I feel bad for doubting and hurting her.” Jelas Shariq lantas mengatur kembali nafasnya.
Faizan merenung abang sulungnya itu. “Sedar pun. Itulah darah daging sendiri tak percaya. Piranha yang bunting anak siapa entah juga yang abang percaya.” Marah Faizan.
Kasihan juga dia melihat Shariq. Dia dan Shayaan sejak hari itu tidak lagi tinggal di Villa Nur tetapi mereka menetap dipansapuri yang dibeli mereka sendiri. Panggilan Shariq juga tidak dijawab mereka. Kalau dipejabat pula mereka akan sedaya-upaya menghindar dari bertembung dengan Shariq. Mereka masih terasa dengan kelakuan Shariq terhadap Faryal. Tambah lagi pada mereka, Shariq berpihak dengan Khaleed, musuh mereka kini.
Dia tahu keputusan yang dibuatnya ini akan membuat Shayaan bersikap dingin padanya. Tetapi lelaki didepannya itu berhak tahu. Kalau Shariq tahu tentang semua yang berlaku pasti abangnya itu akan menyebelahi mereka. Dia yakin dengan itu.
Diraup rambutnya kasar. Mata dipejam seketika. “Macam beginilah abang Riq. Besok abang kemas barang untuk beberapa hari. Bawa passport lepas tu jumpa Zan dekat lapangan terbang. Kalau papa tanya pandai-pandailah abang temberang. Cakaplah abang ada temujanji dengan klien ke atau pergi cuti dengan teman wanita abang ke. Asalkan papa tak tahu abang Riq pergi dengan Zan.” Bertaut kening Shariq bingung dengan arahan yang diberi Faizan.
Passport? Lapangan terbang? Dia nak bawa aku pergi mana? Aku tanya fasal Faryal dia nak bawa aku ke tempat aku tak tahu. Bisik Shariq.
“Kau nak bawa abang pergi mana?”
“Perkahwinan Ayal dan Izzat.” Balas Faizan dengan tenang. Diamati perubahan riak wajahnya Shariq.
Izzat? Maksud Zan, Izzat Danish?” Shariq bertanya dengan suara sedikit meninggi ingin kepastian. Faizan angguk mengiakan.
Biar betul Izzat Danish? Setahu aku Ayal dan Izzat mana pernah berjumpa. Tup-tup dah nak kahwin. Lelaki itu pun entah ke mana beberapa hari ini. Sibuk memanjang.
Macam mana mereka kenal?”
Nafas ditarik dalam sebelum menghembusnya keluar. Banyak yang Shariq tidak tahu. Kalau diceritakan sekarang memang sampai besok pun tidak akan habis. Bila dalam perjalanan ke Paris nanti akan dia ceritakan. Maklumlah dekat awan mana abang dia boleh mengamuk sembarangan. Kena tendang turun baru tahu.
Panjang cerita. Nanti kalau ada masa abang Riq akan tahu juga. Zan sepatutnya merahsiakan perkara ini daripada abang, tetapi Zan tahu Ayal mesti nak abang ada dekat situ. This time don’t bring anyone that is not suppose to be there please. Kita dah cukup masalah sekarang.” Diberi amaran kepada Shariq.
Takut juga jika abangnya itu membawa tetamu istimewa bersama. Teringat dia semasa mereka makan malam untuk menyambut kejayaan Faryal mendapat projek Resort Island. Shariq membawa Ahdia tanpa pengetahuan mereka. Terus berubah suasana makan malam itu.
“Papa tahu ke?”

Papa? Papa? Papa? Tak ada orang lain ke abang aku ni? Desis hati kecil Faizan.
Dengusan kasar dilepaskan Faizan. “Papa tahu tentang pernikahan mereka tetapi tak tahu bila. Jadi abang kena rahsiakan ini daripada papa. Zan takut papa akan lakukan sesuatu pada Ayal. Ingat biar pecah diperut jangan pecah dimulut. This is the least you could do for Ayal after everything.” Dengan itu Faizan berlangkah pergi meninggalkan Shariq tercegat seorang diri.
**
Nek Wan memandang Mak Leha yang sedang rancak mengemas keperluannya untuk ke Paris esok. Dia duduk diatas sofa sambil menghirup air teh yang dibawa Mak Leha tadi. Tidak sangka masa berlalu begitu pantas. Pejam celik satu-satu cucu perempuannya akan mendirikan rumah tangga. Mata dipejam. Sejak beberapa hari ini dia tidak sedap hati. Dia rasa seperti sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
“Tak sangkakan Ayal yang nakal tu dah nak jadi isteri orang? Macam baru semalam saja dia tinggal disini.” Ujar Mak Leha kepada Nek Wan sambil tangan ligat melipat baju majikannya dan diatur elok didalam bagasi.
Nek Wan senyum nipis. Hari pertama Faryal jejak kakinya dirumah agamnya itu diingatinya. Dia yang mendirikan benteng setinggi gunung Everest supaya bersikap tegas dengan Faryal, tetapi akhirnya tewas juga. Dengan layanan Faryal padanya, sedikit demi sedikit benteng itu runtuh dengan sendirinya. Kasih sayangnya semakin berlimpah ruah pada cucunya itu.
“Senang kerja aku. Tak pening kepala harus fikirkan dia. Sekarang biar suami dia pening kepala dengan perangai gila-gila dia tu.”

Mak Leha gelak kecil dengan kata-kata majikannya itu. Dia tahu sebenarnya Nek Wan berat hati mahu melepaskan Faryal. Mulut kata lain hati pula sebaliknya.
Satu pertanyaan sentiasa bermain difikirannya sejak dapat tahu yang Faryal akan bekahwin tidak lama lagi. 

 “Lepas ni Ayal tinggal dekat rumah Izzat atau dekat sini? Kalau Ayal tinggal dekat sinikan best. Mesti semakin meriah rumah ni kan.”
“Semakin semak adalah.” Balas Nek Wan yang sekali lagi disambut gelak kecil Mak Leha.
Ketukkan dipintu memati perbualan mereka. Kelibat Hisham membolos diri ke dalam.

“Hmm…Sham. Macam mana? Semua sudah sedia?” Hisham angguk mengiakan.
Sham dah brief Geraldine. She’ll know what to do. Nek Wan okay tak? Muka pucat saja? Nak Sham pangilkan doktor?” Soal Hisham dengan rasa prihatin.

Sejak kebelakangan ini Nek Wan banyak mendiamkan diri. Tambah lagi tiada kehadiran Faryal dirumah itu. Kesunyian yang dirasai sebelum Faryal menatap dirumah agam itu kembali sekali lagi.
Nek Wan senyum hambar. “Dah tua Sham. Kalau tak cepat penat memang tak sah. Ada apa-apa lagi tak?” Hisham membuka mulutnya namun ditutupnya kembali lantas kepala digeleng.
Kalau macam begitu kamu boleh balik. Kerja kamu sudah selesai untuk hari ini.” Arah Nek Wan.
Hisham angguk akur dan meminta diri untuk pergi. Tombol pintu dipegang tetapi tidak dipulasnya. Dia memejam matanya dan menarik nafas sebelum membuka pintu dan membolos dirinya keluar.
Have you told her?

Hisham memandang Geraldine dan sekali lagi menggeleng kepalanya. Dia menapak menghampiri Geraldine. Diurut lehernya yang rasa tidak selesa. Dia berada dalam dilemma kini. Melihat keadaan Nek Wan yang sepertinya kurang sihat itu membantuti apa yang ingin dilakukannya.
“I tak nak dia risau. She has enough on her plate right now.

Geraldine yang sedang peluk tubuh angguk akur. Beberapa minggu ini mereka semua terpaksa bekerja dengan lebih cekap dari sebelumnya. Kejadian yang menimpa Ahdia benar-benar membuat rancangan mereka semua bertukar arah.
Diangkat kepala memandang orang kuatnya Nek Wan. “Habis tu you nak buat apa sekarang?”
Mereka berdua berjalan beriringan menurun ke bawah. “I dah suruh beberapa orang awas gerak-geri lelaki itu. I yakin itu pasti orangnya Khaleed. There’s something up his sleeve and I know it’s not something good. Buat masa sekarang I sudah suruh semua pengawal berwaspada. We can’t afford to even take a breather until Khaleed is caught.” Jelas Hisham panjang.
Beberapa hari ini mereka semua dapati ada seseorang sedang memantau rumah agam Nek Wan dan juga setiap gerak-geri mereka. Bila diberitahu tentang perkara ini dari para pengawal, dia juga lebih berwaspada dengan sekeliling mereka. Setiap kali mereka berada bersama Nek Wan, sebuah motosikal hitam pasti akan mengikuti mereka. Dia yakin itu pasti orangnya Khaleed. Tetapi menjadi satu persoalan, apa yang Khaleed rancangkan?
Tegang muka mereka berdua sehingga ke pintu depan. “Kalau benar apa yang kita berdua sangkakan. We have to get rid of him before he gets rid of us.” Mereka berdua angguk kecil sama-sama setuju.
“Mana aunty Irah?” Soal Hisham bila kelibat Aairah tidak kelihatan beberapa hari itu.
Geraldine mengeluarkan kunci keretanya lantas ditekan. “Out on some errands is what I’m told. Okay, I pergi dulu ada beberapa benda I kena buat before the big day tommorrow. Besok pagi I datang.” Hisham membalas lambaian perempuan itu.
“Hati-hati.”

Geraldine senyum nipis sebelum menuju ke keretanya.
**
Gatal dihidung membuat tangannya tidak senang duduk. Mahu saja dia menggarunya tetapi setiap kali dia ingin melakukannya tangannya ditepis kuat. Punggungnya pula panas dari tadi. Entah apa yang dibuat pasangan kembar didepannya kini pun dia tidak tahu. Tambah lagi belakangnya menghadap cermin solek. Tidak dibenarkan sama sekali melihat apa yang sedang dilakukan Nat dan Aviya padanya.
Tidak boleh tahan dengan hidungnya yang gatal itu Faryal menggarunya juga dan pada saat yang sama tamaparan lekap ditangannya.

Don’t move. We’re almost done.” Nat kembar sulung Aviya memarahinya.
Sejak dia berada disini dia semakin dapat lihat betapa beza pasangan kembar itu. Persis dengan abang kembarnya juga. Nat lebih berani dan garang semetara Aviya lebih lemah lembut. Seperti sekarang. Habis mukanya dicat dengan pelbagai alat solek oleh Nat.
“Dari tadi cakap sama benda tapi tak habis-habis pun.” Rungut Faryal dan dijuih bibirnya seperti ditunjuk Nat untuk memakaikan gincu ke bibir.
Seumur hidupnya tidak pernah dia mengambil selama ini untuk berdandan. Selalunya lima belas minit dah siap. Itu pun ala kadar saja. Bedak alas, pemerah pipi, eyeshadow dan lipgloss itu saja yang dipakainya bukan seperti sekarang. Mesti macam opera cina ni.
Nat dengan penuh fokus mencalit gincu dibibir mungil Faryal berdiri tegak dengan senyuman lebar.

“Okay dah siap. Macam mana Viya?” Ditanya Aviya yang sedang tertiarap atas katil dengan majalah berselerakkan dikelilingnya.
Aviya bangkit dari katil dan menghampiri Faryal. Diamati muka Faryal. Berdebar hati Faryal menanti jawapan Aviya. Diperhati pasangan kembar didepannya. Nat turut memeluk tubuhnya seperti Aviya disebelah. Jari Aviya mengetuk-negtuk dagunya sendiri memikir.
Different in a good way. You should have gone for simple. Ayal tak payah bertepek pun dia dah lawa.” Kata Aviya dibalas anggukkan Nat.
“Betul tu. Besok kita buat make-up simple saja.” Nat akur dengan kata kembarnya. Sejak beberapa hari ini Faryal menjadi model percuma mereka. Dari mencari baju untuk nikah sehingga ke sekarang ni. Bertepek muka dia dikerjakan Nat. Nasib baiklah jerawat batu tak timbul. Kalau tidak memang nak kena mereka dua ni.
“Ayal.” Tiga pasang mata menoleh melihat kelibat Lutfiyah yang berdiri di tengah-tengah pintu. Tersenyum dia melihat Faryal.
“Mama. Opah dah dalam perjalanan?” Soal Faryal sebaik saja Lutfiyah berada didepannya.
“Din baru telefon. Mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang. Lawa anak mama ni.” Faryal tersenyum tetapi senyuman Nat yang panggil lebar bila mendengar pujian itu.
“Mama Fiyah, kita turun dulu. Ada kerja nak buat.” Tutur Aviya lantas menarik tangan Nat keluar.
Dia mahu meninggalkan pasangan emak dan anak itu sendirian. Pasti ada perkara penting yang ingin dikatakan Lutfiyah kepada anaknya itu. Terkocoh-kocoh Nat mengikuti langkahnya Aviya. Bukan kakinya saja tetapi mulut juga berjalan sama. Maklumlah Nat ni, mulut dan kakinya satu package.
Lutfiyah geleng kepala. Melihat telatah pasangan kembar itu mengingatkannya kepada pasangan kembarnya sendiri. Muka iras tetapi perangai benar-benar berbeza. Nat seperti Faizan yang kuat mengusik dan lebih aktif. Sementara Aviya pula seperti Shayaan. Lebih pendiam dan banyak memikir.
Ma…” Panggilan Faryal membuat Lutfiyah paling mukanya.
“Hmm…”
Faryal mencapai jari-jemari Lutfiyah. “Ayal tak sedap hatilah mama. Macam sesuatu tak baik akan berlaku.” Semakin hari pernikahan dia dengan Issac hampiri, semakin kuat rasa tidak sedap hatinya itu. Sukar dia mahu melelapkan mata memikirkan apa yang akan terjadi.
Garisan nipis ditayang kepada Faryal sambil mengusap kepala anaknya itu. “Rasa sayang saja tu. Mesti gelisah fasal besok ni, itu sebab tak sedap hati. Jangan risau insyaallah semua okay.” Pujuk Lutfiyah tidak mahu Faryal memikir bukan-bukan. Sebab dia sendiri pun beberapa hari ini juga rasa tidak sedap hati. Tetapi dia enggan memikirkannya sangat.
“Adi, abang rasa kita salah biliklah. Ini bilik opera cina mana entah.” Suara garau Shayaan dimuka pintu menarik perhatian Faryal. Fadi disebelah hanya gelak.
Apa lagi cemerutlah mukanya si Faryal. Sampai hati abang Yan panggil aku opera cina. Ni nak kena ni.

“Gelak-gelak. Tumbuk kang.” Ugut Faryal lantas menujuk tumbukkan sulungnya.
Semakin galak tawanya Fadi dan Shayaan. Sejak mereka tiba semalam tidak ada habisnya mereka meyakat adik mereka itu. Ada saja yang diguraukan mereka. Sehingga Lutfiyah hanya boleh menggeleng kepala seperti sekarang.
“Ayal.” Tegur Lutfiyah kurang senang dengan perangai anak perempuannya itu.
“Dah nak jadi bini orang pun perangai brutal tetap sama. Habislah Izzat tu nanti.” Usik Shayaan sekali lagi. Faryal bangkit dari duduknya mahu menumbuk lengan Shayaan tetapi abangnya itu lebih pantas mengelak.
“Mama tengok abang Yan.” Adu dia kepada mamanya yang hanya menjadi pemerhati yang setia.
Fadi yang berada disebelah Shayaan berkata. “Ayal langkah bendul tau. Nampaknya kita kena minta Izzat hadiah untuk kitakan bang.” Soal Fadi kepada abangnya.
Faryal memerhati kedua abangnya memeluk tubuh didedepannya. Mahu komplot kenakan dialah ni. Tak aci! Benci!
Betul juga cakap kau. Abang Yan nak kereta Ferari sebiji. Rumah tepi pantai sebuah. Kau nak apa pula?”

Fadi berfikir sejenak dengan mengurut-urut dagunya. Dilirik Faryal yang sedang merenungnya tajam. Suka dia dapat mengusik adiknya itu. Rindu dia sebenarnya kerana tidak dapat bergurau sebegitu. Kira tengah lepaskan gianlah ni.
“Hmm…Pulau boleh tak?” Bercekak pinggang Faryal. Mata pula dijengil keluar. Mahu saja dia menelan abang-abangnya saat itu juga.
Shayaan dan Fadi senyum nakal dengan reaksi Faryal yang sudah dijangka mereka. Lutfiyah pula gelak dengan gaduh-gaduh sayang depannya itu. Sudah lali dengan drama sebegini sejak dulu lagi.

“Banyak cantik. Nanti Ayal bawa abang pergi Toy ‘R’Us kita pergi beli kereta Ferrari dan rumah sekali dekat sana. Nak cari bini ala-ala Barbie pun boleh. Abang Adi pun boleh ikut sekali. Kita cari pulau mana yang abang nak. Tak payah minta Issac. Ayal belanja.” Tutur Faryal dengan geram.
Mentang-mentanglah Issac tu poket tebal dan tambah lagi aku bernikah terlebih dahulu dari mereka, minta melampau betul. Dijeling abang-abangnya itu. Dia tahu mereka hanya bergurau dengannya tetapi dia saja buat begitu. Faryal sebenarnya suka diperlakukan sebegitu. Macam tak betulkan suka menjadi mangsa gurauan dan usikkan abang-abangnya? Tetapi itulah kebenarannya.
Faryal peluk tubuh. Tunjuk protesnya. Shayaan menumbuk manja pipinya Faryal. Itulah caranya bila mahu memujuk adik kesayangannya itu. Dilihat kasar tetapi itulah dia. Kalau bab memujuk memang fail. Terutama sekali kalau perempuan.
“Tak sangkakan adik kesayangan kita dah nak kahwin. Macam baru semalam dia terkencing dekat seluar sebab kena marah dengan Nek Wan.” Ujar Shayaan dengan sahaja.
“Abang!” Marah Faryal. Sempat dia hentak-hentak kakinya. Macam Ahdia pula.
Fadi ketawa. “Mana boleh tak ingat. Ada sekali tu dia buat flash show depan tetamu. Abang ingat tak?”
“Mestilah. Dengan penuh keyakinan dia buka baju dia semua tinggalkan pampers saja. Nasib baik masa tu belum ada pampers pull-up. Kalau tak memang dah tertanggal dah pampers dia tu.” Ketawa sakan sekali Shayaan dan Fadi bila mengingati kenakalan Faryal semasa kecil.
“Mama tengok abang ni.” Adu Faryal kepada Lutfiyah buat sekian kali.
Lutfiyah memaut tubuh anak perempuannya itu. Monyok muka opera cina itu. “Alah, sayang. Bila lagi mereka boleh kacau Ayal lagi kalau tak sekarang ni. Nanti Ayal dah jadi isteri Izzat dah tak boleh ganggu selalu.”
Semakin berkerut seribu muka Faryal bila Lutfiyah memihak abang-abangnya itu. “Mama ni pun. Bencilah!” Apa yang menjengkelkan adalah Shayaan dan Fadi menjungkit-jungkit kening mereka berkali-kali kepadanya. Sukalah tu!
Mama Fiyah! Mama Fiyah!” Laungan Aviya dari bawah menarik perhatian empat beranak itu.
“Suara Viya tu. Kenapa dia?”

Mereka langkah laju keluar dari bilik Faryal untuk ke bawah. Gelisah mereka bila Aviya memanggil Lutfiyah bertalu-talu.
“Mama Fiyah!” Panggil Aviya dengan cemas bila melihat kelibat empat beranak itu menuruni tangga.
Lutfiyah mendapat Aviya yang sedang berdiri dihujung tangga. Bertaut keningnya melihat Aviya yang kelihatan resah.

“Kenapa ni Viya? Kenapa kamu kelam-kabut semacam?” Soal dia sebaik saja berada didepan Aviya.
“Sham…Nek Wan…”

Aviya tidak tahu bagaimana mahu memberitahu berita yang baru diterimanya. Fikirannya seperti tidak boleh fokus pada saat itu.
“Cuba bertenang. Kenapa dengan Sham, Viya?” Empat mata memerhatikan Aviya. Sabar menanti penjelasan daripada anak muda itu.
Nafas ditarik dalam beberapa kali. “Hisham baru telefon. Mereka kemalangan dalam perjalanan ke lapangan terbang. Nek Wan kritikal.”
“Ya Allah.” Tersungkur Lutfiyah ditangga terakhir bila mendengar apa yang baru dikatakan Aviya.
Mama!”

Faryal dan Shayaan pantas menangkap tubuh Lutfiyah terlebih dahulu. Faryal mendakap erat bahunya Lutfiyah.
Mengucap mama. Adi ambilkan air.” Arah Shayaan kepada adik lelakinya itu. Aviya mengipas-gipas mukanya Lutfiyah dengan majalah yang dicapainya. Faryal pula sudah menitiskan air matanya. Pilu dia melihat keadaan mamanya kini.
Nek Wan tak boleh tinggalkan mama. Nek Wan tak boleh pergi. Mama belum minta maaf kepada dia. Mama banyak dosa dengan Nek Wan.”

Meracau-racau Lutfiyah dengan degupan jantung yang semakin rancak. Nafasnya semakin tidak teratur. Kepalanya digeleng berkali-kali. Tidak dapat menerima berita itu. Dia belum bersedia kehilangan orang tuanya itu. Belum lagi.
Fadi kembali dengan segelas air didalam tangan. Faryal pantas terimanya dan disua dibibir Lutfiyah. Lutfiyah meneguknya beberapa kali sebelum kembali tenang. Dia bangkit dari pembaringannya diriba Shayaan.
Dipandang Aviya dengan mata yang berair. “Mana Izzat? Beritahu dia mama mahu balik sekarang. Nek Wan perlukan kita sekarang.”
“Izzat tengah dalam perjalanan ke sini. Sekejap lagi dia datang.” Fadi dan Shayaan membantu Lutfiyah bangkit untuk duduk atas sofa yang berdekatan.
“Macam mana boleh jadi begini?” Soal Faryal sebaik saja punggung dia dan Lutfiyah darat disofa.
Shayaan mendengus kasar. Jawapan Faryal hanya mempunyai satu jawapan. “Ini mesti kerja papa. Kalau tak dia siapa lagi?” Faryal menelan air liurnya. Dia mengusap lembut belakangnya Lutfiyah mahu menenangkan hati mamanya yang gundah itu.
Shayaan berpaling menghadap Fadi. “Telefon Zan. Dia sepatutnya naik penerbangan sama dengan Nek Wan.” Fadi angguk akur dan meninggalkan ruang tamu itu. Dia harus mencari penjelasan.
“Sham ada beritahu kamu apa-apa lagi tak?” Soal Lutfiyah kepada Aviya.
Gelengan kepala Aviya membuat Lutfiyah mengurut kepalanya yang tiba-tiba rasa berat. “Tak. Talian terputus. Bila Viya telefon balik tak diangkat.” Jelas Aviya sama-sama cemas.
Semasa dia melambai kepada Nat yang memandu pergi keluar dia mendapat panggilan dari nombor Hisham. Hairan juga dia mendapat panggilan daripada lelaki itu. Selalunya Hisham akan hanya menelefonnya bila dia ada hal kerja saja. Bila Hisham sampaikan berita kemalangan itu hampir terlepas telefon bimbitnya. Tanpa lengah dia memberitahu Issac yang berada dengan Pablo ketika itu. Seperti yang dia sangkakan lelaki itu kedengaran risau tetapi dia tahu Issac pandai mengawal perasaannya.
“Astarghfirullah. Dugaan apa lagi ni Ya Allah.” Rintih Lutfiyah dengan esakan yang tidak mahu reda. Dia tidak tenteram memikirkan keadaan Nek Wan disana.
Faryal disebelah mengenggam erat jari-jemari Lutfiyah. Dia turut menitiskan air mata. Kepalanya ditunduk memandang riba.

“Ini semua salah Ayal. Kalau Ayal tak larikan diri mesti ini semua tak terjadi. Semua salah Ayal.” Peralahan dan mendatar Faryal bertutur.
Shayaan yang sedang melempar padangannya diluar pintu gelungsur memandang Faryal. Tidak suka dia mendengar Faryal menyalahkan dirinyam sendiri. Lutfiyah menarik muka Faryal supaya memandangnya. Dikesat air mata anaknya itu.

“Sayang, tak baik cakap macam begitu. Ini semua ketentuan Allah. Kita tak tahu apa yang tertulis untuk kita. Kita hanya boleh redha kepada-NYA.”
“Tapi mama…” Laju Lutfiyah menggeleng kepalanya.
“Dengar cakap mama. Stop blaming yourself. Ini bukan salah Ayal. Mama yakin Nek Wan akan lawan ini semua. Insyaallah she’s going to be okay. Kita doakan untuk keselamatan mereka semua disana.” Ditarik Faryal ke dalam dakapannya. Dikucup ubun-ubunnya Faryal.
Shayaan menapak ke depan. Dia memikirkan satu perkara yang amat penting. “Mama macam mana dengan pernikahan Ayal dan Izzat esok? Kita batalkan ke?”

Rancangan asal mereka adalah menyatukan Faryal dan Issac sebelum mereka kembali ke Naraya. Tetapi dengan masalah genting ini, haruskah mereka menukar rancangan mereka sekali lagi?
Lutfiyah membuka mulut mahu menjawab tetapi suara garau Issac terlebih dahulu memintas.
“Kita lakukannya sekarang juga.”

Mereka semua melihat kelibat Issac dengan Pablo dan seorang lelaki yang tidak dikenali mereka memasuki ruang itu.
“Assalammualaikum.” Ucap lelaki itu kepada semua. Mereka membalas.
“Siapa ni?” Soal Shayaan melihat lelaki disebelah Issac itu.
Issac memandang sekilas lelaki disebelahnya itu. “Ini uztaz Imran, dia akan menikahkan kami malam ini juga. Selepas itu kita akan balik ke Naraya secepat mungkin.” Ujar Issac. Matanya bertembung dengan anak mata Faryal.
Faryal menggeleng kepalanya tidak setuju. “Ayal tak setuju. Nek Wan tengah bertarung nyawa pun awak masih boleh utamakan perkara ini. Awak tak berhati perut ke?” Soal Faryal dengan suara sedikit tinggi. Tidak faham macam mana Issac masih mahu meneruskan perkahwinan ini dalam saat kacau sebegini.
“Ayal…” Lengan Faryal dipegang Lutfiyah disebelah. Dia tidak mahu anaknya mengikut sangat perasaannya itu.
“Saya lakukan ini semua sebab sebaik saja kita pulang ke Naraya, awak akan menjadi tanggungjawab saya. Itu janji saya kepada Nek Wan sebelum saya ke sini.”

Benar apa yang baru dikataknnya itu. Sebelum dia mahu berangkat kelmarin, dia telah berjumpa dengan Nek Wan dan dia tidak akan lupa permintaan Nek Wan itu.
Janji dengan Nek Wan. Kalau Nek Wan tak sempat untuk menghadiri pernikahan kamu dengan Ayal, pernikahan itu harus berlangsung juga. With or without me. Apa yang Nek Wan tahu sebelum kamu menjejak kaki kembali ke sini. Kamu berdua harus sudah bergelar suami isteri. Janji dengan Nek Wan.”
Dia harus pegang kepada janjinya. Sekurang-kurangnya dia telah tepati permintaan terakhir Nek Wan itu. Sebelum mereka kembali, Faryal sudah sah menjadi isterinya.
Dipandang tajam Faryal minta difahami. Bukan dia tidak berhati perut tetapi dia harus pegang kepada janjinya.

“Saya yakin Khaleed melakukan ini supaya awak keluar dari tempat persembunyian. Sebaik saja awak jejak kaki disana, awaklah orang pertama yang Khaleed akan cari dan saya tak akan benarkan itu berlaku. Tak akan.”

Faryal menunduk kalah dengan renungan lelaki bermata hazel itu.
“Betul tu cakap Izzat. Mama yakin ini mesti rancangan papa untuk perangkap kita. Lagipun mesti Nek Wan mahu kita teruskan pernikahan ini tanpa kehadiran dia sekalipun. Sebab Nek Wan tahu hanya Izzat saja yang boleh membantu kamu dalam hal ini. Hanya dia.” Lutfiyah memberi sokongan kepada keputusan Issac.
“Tapi mama…”
Tangan Faryal ditepuk Lutfiyah. “Percayalah sayang, ini keputusan yang terbaik. Ayal setuju?” Faryal diam sejenak. Memikirkan apa yang harus dikatakannya. Haruskah dia setuju? Dipandang satu-persatu yang hadir diruang itu. Dipejam matanya seketika sebelum mengangguk kepalanya setuju.
Lutfiyah melepaskan nafas lega. Diangguk kepalanya kepada Issac sementara dia memeluk erat tubuh anak perempuannya itu.
“Baik ustaz, kita mulakan.” Ujar Issac kepada Ustaz Imran.
**
Faryal menatap jari-jemari dia dan Lutfiyah yang bertaut atas riba. Sekali-sekali dia dapat merasa genggaman erat dari mamanya itu. Kini dia sedang menanti saat-saat menjadi isteri sah kepada lelaki bernaam Issac Daimaru atau Izzat Danish.

“Aku terima nikahnya Faryal Shameena Binti Khaleed dengan…”
Suara garau Issac hilang dari pendengarannya. Dia tidak sama sekali memikir hari pernikahannya akan dalam keadaan sebegitu. Tiada Shariq, Faizan dan juga Widayah bersamanya. Paling penting sekali tiada Nek Wan.
Memikirkan Nek Wan yang sedang bertarung nyawa di hospital. Dia menjadi sebak. Bibirnya diketap kuat tidak mahu tewas. Digenggam erat tangannya Lutfiyah.

“Mama ada dekat sini sayang.” Bisik Lutfiyah ditelinga Faryal. Dia tahu anaknya itu sedang resah. Resah memikirkan pelbagai perkara.
“Sah?”
“Sah.”
“Sah.”
“Alhamdulillah.” Mereka semua mengangkat tangan membaca doa.
Tubuh Faryal dipeluk Aviya, Nat dan Eva yang datang bila Faryal menelefonnya. Akhirnya Lutfiyah mendakap erat tubuh anak perempuannya itu. Gugur juga air matanya mereka berdua.

“Tahniah sayang. Sekarang Ayal tanggungjawab Izzat. Mama doakan kebahagiaan sayang. Mama sayang Ayal.” Dikucup pipi dan ubun-ubun Faryal.
Sukar untuk Lutfiyah melepaskan puterinya itu. Sementara pada Faryal pula sukar untuk dia menerima statutsnya yang kini bergelar isteri, tetapi bila difikirkan lelaki yang menjadi suaminya sudah mendapat tempat penting didalam lubuk hatinya, dia bersyukur dengan takdirnya.
“Ayal pun sayang mama.” Tutur Faryal dengan esakan kecil.
Issac yang melihat adegan itu memicit matanya menahan tangisan. Shayaan dan Fadi menghampiri Faryal dan Lutfiyah yang sepertinya tidak mahu melepaskan satu sama lain.

“Izzat nak sarung cincin tu.” Fadi bersuara baru pelukkan mereka terlerai.
Issac berlutut depan Faryal. Mata mereka berlaga seketika. Secara automatis, tangan Issac menyeka air matanya Faryal. Dicapai tangan Faryal lantas menyarung cincin pernikahan mereka dijari manis masing-masing. Berketar-ketar tangannya Faryal bila menyarung cincin dijarinya Issac.
Sejuk. Itulah apa yang dirasai Issac bila tangan mereka bersatu. Bila Faryal mengucup tangannya buat pertama kali pula, kehangatan yang dirasainya. Sama dengan Faryal. Mata dipejam rapat bila ubun-ubunnya dikucupi Issac.
Gembira dan sedih besatu pada saat itu. Gembira kerana memiliki seorang suami yang dicintainya. Sementara dia sedih kerana pernikahannya tidak disaksi orang yang penting dalam kehidupannya. Air mata tidak henti menitis.
Dia dapat rasa jari kasar Issac meyeka air matanya sekali lagi. Mata yang terpejam dibuka. Mata mereka bersambung sekali lagi. Jari-jemari bertaut sesama sendiri. Issac senyum manis sambil mengusap pipi Faryal tidak menghiraukan mata-mata yang memerhati. Mereka seperti berada dalam dunia mereka sendiri.
Akhirnya bidadari yang menghulur sapu tangan kepadanya suatu ketika dulu, bidadari yang membuat dia tersenyum pada saat dukanya kini sudah menjadi hak miliknya yang sah.
Setiap detik, setiap saat dan setiap nafas saya. Saya berjanji akan melindungi dan membahagiakan satu-satunya bidadari saya. Walauapapun yang terjadi saya tak akan melepaskan tangan bidadari yang saya cintai. Itu janji saya kepada bidadari Izzat Danish iaitu Faryal Shameena.”



6 comments:

  1. nak lg huhuu resah je baca episod nih....takut sgt apa jd seterusnya pada nek wan, kenapa body guard nek wan xda utk halang mereka, kan hisyam dah arah body guard buat kawalan ketat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...ada lobang tu dlm bab kawalan..mai dah upload nxt bab...njoy!:B

      Delete
  2. huh diabetes..sweet sgt issac! ish seram sejuk dgn perangai khaleed yg serupa org kafir je...itulh iman dh melyg ke mane..hmm siape tiga2 org dlm gmbr tu ye? hehe good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq dik:B Anyhoo...satu gambar tu Nek Wan...lagi dua? Cuba teka..heheh:B

      Delete