Bab
64
Mata
dicelik bila telefon bimbitnya berbunyi. “Hmm…Tunggu, sekejap
lagi aku keluar.” Talian dimatikan dan telefon bimbit diletak atas
meja kecil tepi katil. Disandar badannya dikepala katil lantas
mengucup bibir buah hati disebelah.
Perempuan
itu mengenyeh matanya dengan senyuman menggoda dibibir. “You nak
lagi ke?” Khaleed gelak kecil faham dengan maksud perempuan itu.
“Later.
Sekarang I ada temujanji dekat luar.”
Bathrobe atas lantai dicapainya lantas dipakainya. Rangkulan dari belakang membuat Khaleed tersenyum lebar. Dia kucup lengan yang memeluk erat lehernya.
Bathrobe atas lantai dicapainya lantas dipakainya. Rangkulan dari belakang membuat Khaleed tersenyum lebar. Dia kucup lengan yang memeluk erat lehernya.
“Jangan
lama-lama. Nanti I rindu.”
“Me
too. Rest while you still can sweetheart.”
Dikucup bibir mungil itu sebelum melangkah keluar bilik. Sempat dia
mengenyit mata kepada sekujur tubuh yang mengiur diatas katil itu.
Sebaik
saja pintu ditutup rapat, sebatang rokok dikeluarkan dari kotaknya
dan dinyalakan. Bathrobe
yang tersarung diperbetul ikatannya. Sebelum melabuh duduk disofa
diruang tamu itu. Dikerling lelaki yang sedang duduk bertentangan
dengannya.
“Macam
mana?” Gumpalan asap dihembus keluar.
Lelaki
itu mengeluh dan digeleng kepalanya. Tidak ada apa-apa berita baik
yang ingin disampaikan.
“Masih tak jumpa bos. Semua kita sudah intip tetapi tak ada sesiapa yang mencurigakan pun. Mungkin mereka tahu kita tengah mengawasi mereka itu sebab mereka tidak membuat apa-apa langkah yang membawa kita ke Faryal. Saya yakin dia tak ada dekat sini bos. Mesti mereka bawa dia keluar negara.”
“Masih tak jumpa bos. Semua kita sudah intip tetapi tak ada sesiapa yang mencurigakan pun. Mungkin mereka tahu kita tengah mengawasi mereka itu sebab mereka tidak membuat apa-apa langkah yang membawa kita ke Faryal. Saya yakin dia tak ada dekat sini bos. Mesti mereka bawa dia keluar negara.”
Khaleed
gelak kecil dengan penjelasan lelaki itu. Batang rokok dihisapnya
sekali lagi. “Aku dah agak. Dengan kenalan yang Tuan Kamil Arsyad
ada tak terperanjat kalau mereka dapat melakukan itu tanpa dapat
dikesan. Mereka memang bijak. Tetapi tak selicik aku.” Dengan penuh
bongkak Khaleed bersuara.
Sejak
pertemuannya dengan Issac dia mula memikirkan kembali setiap
strateginya. Tertanya-tanya dia kalau Lutfiyah ketahui bahawa dialah
dalang disebalik kematian orang tua lelaki itu. Mungkinkah itu
sebabnya Lutfiyah membuat wasiat baru dan melantik peguam peribadinya
sendiri tanpa pengetahuannya.
Apa
yang membuat dia benar-benar marah adalah tentang wasiatnya Tok Wan.
Dia yakin seratus peratus yang Lutfiyah tahu tentang wasiat baru itu.
Tetapi menyembunyikan darinya. Kalau dia tahu Faryallah kuncinya
untuk mendapat kesemua harta nenek sihir itu dia pasti tidak
bertindak kasar seperti yang telah dilakukannya. Kini dia kembali di
tingkat pertama. Langkah seterusnya harus sesuatu yang tidak akan
pernah mereka sangkakan sama sekali.
“Sekarang
bos nak buat apa?” Soal lelaki itu bila sekian lama Khaleed hanya
diam tidak bersuara.
Kaki
disilang Khaleed. “Untuk keluarkan mangsa yang bersembunyi apa
harus kita lakukan?”
Bertaut
kening lelaki itu memikirkan jawapan teka-teki itu. “Menarik
perhatiannya supaya dia keluar.”
Anggukkan
kepala Khaleed membuat lelaki itu senyum bangga. “Tepat. Untuk
mengeluarkan mangsa yang dicari kita harus mencari kambing hitam yang
perlu dikorbankan. Kau masih ada gambar-gambar yang aku beri kepada
kau?”
Lelaki
itu angguk “Ada bos.” Dikeluarkan tiga keping gambar dari poket
jaketnya dan diletak ketiga-tiga gambar itu atas meja.
Khaleed
mengensot ke hujung sofa. Ketiga-tiga gambar itu dipandangnya. Satu
gambar ditolak ke tepi meninggalkan dua keping saja. Khaleed dan
lelaki itu mengamati kedua gambar itu.
Puntung
rokok diletak atas gambar yang diinginkannya. “Kita korban yang
ini. Aku yakin dia akan keluar dari persembunyiannya nanti.” Tutur
Khaleed lantas menyandar tubuhnya kembali disofa.
Lelaki
itu mencapai gambar itu. Dia gelak sinis. Mangsa terbarunya. “Bila
bos nak saya lakukannya?”
Meleret
senyuman Khaleed dengan pertanyaan itu. Dia sudah tahu bila masa yang
paling sesuai. “Pada hari paling istimewa sekali. Hari yang mereka
tak akan lupa buat selama-lamanya.” Khaleed gelak sinis dengan apa
yang dibayang dalam fikirannya.
**
“Sayang
tengah buat apa tu? Sedapnya bau.” Soal Lutfiyah sebaik saja
memasuki dapur. Faryal senyum lebar dengan pertanyaan itu.
“Buat
kek keju.” Tangannya lincah menghiasi kek keju perisa mangga itu.
Lutfiyah
melabuh duduk dikerusi yang terdapat didapur itu. Senyum penuh makna
melihat senyuman puterinya itu.
“Untuk buah hati yang nak balik ke?”
“Untuk buah hati yang nak balik ke?”
Gerak-geri
Faryal terhenti dengan usikkan mamanya itu. Dijuih bibirnya pura-pura
tidak suka. “Mama ni. Mana ada.” Dalam hati dia sebenarnya
mengiakan pertanyaan Lutfiyah. Sejak tahu Issac suka dengan kek keju
buatannya dia ingin membuatnya khas untuk lelaki itu.
“Jangan
nak tipulah. I’ve
been there before.
Tengok muka saja mama tahu yang anak mama dah jatuh cinta.” Mata
mengikut langkah Faryal yang menyimpan kek keju ke dalam peti sejuk.
Faryal
memusing kepalanya. “Nampak sangat ke mama?” Soalnya dengan mata
yang dikecilkan.
“Dengan
mama Ayal tak boleh tipu.” Balas Lutfiyah. Faryal gelak. Memang
benar dengan mamanya kalau dia tipu pasti tertangkap. Lutfiyah saja
yang benar-benar tahu isi hatinya itu.
Pintu
peti sejuk ditutup. Dia kembali ke kitchen
island
untuk membersihkan apa yang patut. Sedang dia asyik mengemas matanya
melirik Lutfiyah yang merenung kosong padanya.
“Kenapa mama tengok Ayal macam begitu?”
“Kenapa mama tengok Ayal macam begitu?”
Tersentap
Lutfiyah bila kantoi sedang berkhayal. “Tak sangka anak mama dah
besar sekarang. Tak lama lagi dah nak bersuami. Lepas tu bila ada
anak, mama jadi nenek. Time
pass so fast.”
Jelas Lutfiyah sedikit sayu.
Melihat
Faryal melangkah sana sini membuatnya sedar yang anak perempuannya
itu sudah menjadi seorang anak dara. Dia rasa baru semalam dia
mengendong Faryal dalam tangannya. Memimpin tangan si kecil yang baru
belajar berjalan. Kini anaknya sudah boleh berjalan dengan kakinya
sendiri. Boleh berfikir yang mana betul dan mana tidak. Sebak hatinya
memikirkan bahawa anak-anaknya sudah boleh ada keluarga mereka
sendiri. Satu-persatu akan memulakan hidup baru dengan orang baru.
Dia? Entahlah.
Faryal
mengabaikan kerja mengemasnya dan mendekati Lutfiyah. Kerusi
disebelah Lutfiyah didudukinya. Tangan mamanya yang berada atas meja
digenggam.
“Masa tak akan henti untuk kita mama. Sekarang dan selama-lamanya Ayal tetap akan jadi anak mama walaupun Ayal dah kahwin, dah ada anak atau dah jadi nenek pun. Ayal tetap anak mama. Tapi Ayal terfikir kalau perkahwinan Ayal ni terlalu cepat. We’re still young.”
“Masa tak akan henti untuk kita mama. Sekarang dan selama-lamanya Ayal tetap akan jadi anak mama walaupun Ayal dah kahwin, dah ada anak atau dah jadi nenek pun. Ayal tetap anak mama. Tapi Ayal terfikir kalau perkahwinan Ayal ni terlalu cepat. We’re still young.”
“Trust
me
sayang, tak ada istilah terlalu muda kalau bab berkahwin. Issac
is whom you need right now. Mama
sebenarnya nak beri Ayal ni.” Sampul surat coklat diberi kepada
Faryal.
Surat
itu dibuka Faryal sambil memandang Lutfiyah meminta penjelasan. “Apa
ni mama?” Lantas matanya jatuh diisi surat itu.
“Ini
surat wasiat terakhir Tok Wan. Nek Wan sepatutnya beri kepada kamu.
Tetapi keadaan tidak mengizinkan. Ayal tahukan Tok Wan beli syarikat
keluarga papa tanpa pengetahuannya. Kini syarikat itu dinamakan
Lumiere International dan dikendali oleh orang kepercayaan Tok Wan.
Tapi sekarang, orang kepercayaan Tok Wan mahu bersara. Sekarang
masanya untuk Ayal ambil alih syarikat itu.” Jelas Lutfiyah sambil
memerhati Faryal membaca setiap butir isi kandungan surat itu
Faryal
angkat kepala. “Papa macam mana?”
“Papa
hanya memegang 20% syer syarikat. 80% milik Ayal. Tok Wan tinggalkan
Lumiere International kepada Ayal sebab dia tahu papa mahu menguasai
kesemua harta kekayaan Tok Wan. Itu sebab wasiat terbaru ini tidak
dibaca depan papa sama sekali.” Faryal melipat surat itu dan
disimpan kembali ke dalam sampul. Keningnya bertaut menanda satu
perkara sedang mengganggu fikirannya.
“Tapi
Ayal tak yakin boleh…”
Lutfiyah
menggeleng kepala memotong kata-kata Faryal. Tangan anaknya dicapai.
Faryal memandang Lutfiyah.
“Mama yakin Ayal boleh. Kita semua yakin Ayal boleh. Papa tak tahu yang Ayal sekarang pemilik syarikat keluarganya sendiri. Kalau dia tahu mesti mengamuk sakan dia. Sebab papa kamu dah tak ada apa-apa lagi. Dia fikir dia telah mengusai semua harta mama tetapi dia tak tahu bahawa dia telah dipermainkan. Ini sebab Ayal dan Issac harus disatukan. Issac ada apa yang Ayal tak ada dan Issac tak ada apa yang Ayal ada.”
“Mama yakin Ayal boleh. Kita semua yakin Ayal boleh. Papa tak tahu yang Ayal sekarang pemilik syarikat keluarganya sendiri. Kalau dia tahu mesti mengamuk sakan dia. Sebab papa kamu dah tak ada apa-apa lagi. Dia fikir dia telah mengusai semua harta mama tetapi dia tak tahu bahawa dia telah dipermainkan. Ini sebab Ayal dan Issac harus disatukan. Issac ada apa yang Ayal tak ada dan Issac tak ada apa yang Ayal ada.”
Jari-jemari
yang bertaut diamati Faryal. “Apa yang Issac ada, Ayal tak ada?”
Dilirik Lutfiyah meminta jawapan.
“Connections.
Dia
ada ramai kenalan yang boleh membantu kita.”
Dengan kenalan yang Tuan Kamil Arsyad ada termasuk kenalan Issac sendiri di seluruh dunia, membuat lelaki itu mempunyai sumber-sumber yang amat sukar Faryal perolehi sendiri.
Dengan kenalan yang Tuan Kamil Arsyad ada termasuk kenalan Issac sendiri di seluruh dunia, membuat lelaki itu mempunyai sumber-sumber yang amat sukar Faryal perolehi sendiri.
“Apa
yang Ayal ada Issac tak ada?”
“Apa
yang papa kamu mahukan.” Bibir Faryal dinipiskan. Memikir. Kepala dimereng ke kanan.
“Kalau
harta, Issac pun ada. Lagi lebih dari kita.”
Lutfiyah
angguk kecil mengiakan. Senyuman nipis bermain dibibir. Memang lelaki
itu mempunyai harta yang tidak akan habis. Dia tahu bagaimana Khaleed
berfikir. Suaminya itu tidak akan mengejar sesuatu yang dia tidak
akan dapat gapai, dan harta Issac adalah salah satunya.
“Harta
Issac bukan senang untuk dia kecapi. Tambah lagi Issac cucunya Tuan
Kamil Arsyad lagilah dia tak berani nak usik. Walaupun harta benda
mereka sampai bila-bila tak habis, papa kamu hanya akan mengusai apa
yang paling dekat dengannya. Apa yang Tok Wan dan mama miliki adalah
paling senang untuk digapai. It’s
within his reach.”
Faryal
mencerna penjelasan Lutfiyah itu. Akhirnya dia mengeluh bila membuat
sesuatu kesimpulan.
“Cuma sekarang Ayal penghalangnya. In order for him to have everything he has to get rid of me right mama?”
“Cuma sekarang Ayal penghalangnya. In order for him to have everything he has to get rid of me right mama?”
Memang
benar apa yang dikatakan Faryal. Cuma dia berat mahu mengiakan
pertanyaan anak perempuannya itu. Mulut buka tutup tetapi tidak apa
pun yang keluar.
“Which
he won’t without getting rid of me first.”
Mereka berdua berpaling ke pintu memasuki dapur. Disitu tercegatnya
tubuh tegap Issac yang sedang berpeluk tubuh.
Tersenyum
lebar Lutfiyah melihat Issac. Tambah lagi lelaki itu menyelamatnya
dari menjawab persoalan Faryal. Dilihat Faryal senyum nipis kepada
lelaki itu membuat dia Lutfiyah senyum nakal.
“Hmm…Buah hati kamu dah balik.” Bisik Lutfiyah membuat Faryal memukul lembut lengan mamanya itu.
Mama ni ada cakap macam tu depan buah hati aku tu. Malu tau! Pantas dia memaling kepalanya menghadap dulang berisi buah-buahan ditengah meja makan. Segan tiba-tiba.
“Hmm…Buah hati kamu dah balik.” Bisik Lutfiyah membuat Faryal memukul lembut lengan mamanya itu.
Mama ni ada cakap macam tu depan buah hati aku tu. Malu tau! Pantas dia memaling kepalanya menghadap dulang berisi buah-buahan ditengah meja makan. Segan tiba-tiba.
“How
long have you been there?”
Soal Lutfiyah kepada Issac.
Dengan
langkah panjang dia menghampiri Lutfiyah dan Faryal. “Just.
Yang lain mana? Senyap saja?” Hairan bila tidak ada celotehnya Nat
atau suara pasangan kembar itu bertekak tentang sesuatu yang mereka
tak bersependapat.
“Viya
dan Nat keluar pergi cari apa entah untuk akad nikah nanti. Sekejap
lagi baliklah tu.” Ditampar tangan Issac yang mencapai buah epal di
atas meja lantas menggigitnya tanpa mencucinya terlebih dahulu. Issac
tayang muka tidak bersalahnya walaupun dia tahu apa kesalahannya itu.
“Macam
mana semua dekat sana Izzat?”
Issac
menyandar tubuhnya dikerusi sebelah Lutfiyah. Masih asyik mengigit
epal dalam tangan.
“Lusa mereka akan sampai. Yan dan Adi akan datang esok pagi. Zan akan tiba dengan Nek Wan pada hari perkahwinan itu. Sebaik saja Nek Wan semua sampai, baru akad nikah kami berdua akan berlangsung. Kak Din dan yang lain akan membereskan segala-galanya disana. Sehari lepas itu kita akan berangkat kembali ke Naraya.” Lutfiyah angguk akur dengan penjelasan Issac.
“Lusa mereka akan sampai. Yan dan Adi akan datang esok pagi. Zan akan tiba dengan Nek Wan pada hari perkahwinan itu. Sebaik saja Nek Wan semua sampai, baru akad nikah kami berdua akan berlangsung. Kak Din dan yang lain akan membereskan segala-galanya disana. Sehari lepas itu kita akan berangkat kembali ke Naraya.” Lutfiyah angguk akur dengan penjelasan Issac.
Faryal
hanya diam sedari tadi. Menjadi pendengar perbualan mereka. Bila
Issac kenyit kepadanya dia membalas dengan menjulingkan matanya
sebagai balasan.
“Khaleed?”
Kunyahan
mulut Issac yang rancak berubah perlahan secara mendadak bila
mendengar nama itu. Pertemuaan dengan Khaleed di pejabat diimbas
kembali. Sejak hari itu Khaleed terus senyap. Dia tidak tahu apa yang
lelaki itu sedang rancangkan. Cuma apa yang dia tahu dari
orang-orangnya yang mengawasi setiap gerak-geri Khaleed adalah lelaki
itu lebih banyak meluang masa dengan perempuan-perempuan
simapanannya. Tiada apa-apa yang mencurigakan. Sesuatu yang tidak
disukainya.
“Quiet.
Too quiet for my liking. My guess he’s already setting up his next
move.
Cuma kita tak tahu bila. Kita harus berwaspada. Kita tak tahu apa
yang dia akan lakukan.” Lutfiyah dan Faryal memandang satu sama
lain. Masing-masing resah dengan kata-kata Issac.
**
“Yan!”
Langkah lajunya diperlahankan dan jam tangan dilirik Shayaan. Lagi beberapa jam dia harus ke lapangan terbang. Dia telah mengubah rancangannya. Sebelum ke Paris dia akan ke Australia bertemu Fadi terlebih dahulu.
Langkah lajunya diperlahankan dan jam tangan dilirik Shayaan. Lagi beberapa jam dia harus ke lapangan terbang. Dia telah mengubah rancangannya. Sebelum ke Paris dia akan ke Australia bertemu Fadi terlebih dahulu.
Shariq
yang muncul disebelah diliriknya. Tercungap-cungap abang sulungnya
itu sebab mengejarnya.
“Ayal dekat mana?”
Shayaan membalas dengan jungkitan bahu lantas meneruskan langkah.
“Ayal dekat mana?”
Shayaan membalas dengan jungkitan bahu lantas meneruskan langkah.
Pantas
bahu Shayaan dipaut Shariq. Serta-merta memati langkah adiknya itu.
“Aku tahu kau tahu Ayal dekat mana. Aku hanya nak pastikan dia
okay.”
Sejak
malam itu dia tidak dengar apa-apa tentang Faryal. Apa yang dia tahu
Faryal tidak berada dirumah Nek Wan atau di Ivic International. Bila
dia ke pejabat Ivic, dia diberitahu bahawa Faryal bercuti dan tidak
tahu bila pulangnya. Nek Wan pula tidak mahu memberitahunya apa-apa.
Malah dia dimarahi sebab tidak mempercayai Faryal.
Dia
rasa betul-betul bersalah terhadap adik perempuannya itu. Tidak
mungkin dia boleh memutar masa kembali. Apa yang dia tahu, dia harus
minta maaf kepada Faryal. Dia harus meyakinkan Faryal bahawa dia
percaya bahawa adiknya itu tidak bersalah. Dia tidak dapat tidur
memikirkan yang dia telah menyakiti Faryal, darah dagingnya sendiri.
Mahu saja menghentak kepalanya ditembok berkali-kali kerana mengikut
sangat perasaannya ketika itu. Sekarang dia harus mencari Faryal dan
dia yakin pasangan kembar itu pasti tahu keberadaan Faryal.
“Dia
okay. Aku pergi dulu. Banyak kerja aku kena buat.” Balas Shayaan
dengan sahaja sebelum membolos dirinya ke dalam perut lif yang
terbuka.
Baru
Shariq mahu menekan butang lif, pintu sudah tertutup rapat. “Yan!
Aku belum habis tanya ni. Yan!” Ditendang tembok. Geram. Macam mana
nak cari Ayal? Si kembar dah tak tinggal serumah lagi. Entah dimana
mereka bermalam. Desis hati kecil Shariq.
Dia mengangkat kepala. Mata dia dan Faizan yang baru keluar dari
pejabat bersatu. Cepat Faizan melangkah ke arah tangga kecemasan.
Malas sebenarnya mahu berdepan dengan Shariq.
“Zan!”
Shariq tanpa lengah mengejar Faizan. Penat dia satu hari ini main kejar-kejar dengan sepasang kembar itu.
Shariq tanpa lengah mengejar Faizan. Penat dia satu hari ini main kejar-kejar dengan sepasang kembar itu.
“Zan!”
Dipanggil Faizan yang dengan lincah menuruni tangga.
“Kalau
abang Riq nak tanya tentang Ayal, Zan tak ada apa yang nak
dikatakan.” Tutur Faizan tanpa melambatkan langkahnya.
Akhirnya
Shariq dapat juga menghalang langkah Faizan dengan berdiri didepan
adiknya itu. Tercungap-cungap dia sekali lagi. Faizan mengetap bibir.
Mahu saja dia cekik-cekik abang sulungnya itu.
“Abang
nak tahu Ayal dekat mana. Abang nak minta maaf dekat dia atas apa
abang buat dekat dia hari itu. I
feel bad for doubting and hurting her.”
Jelas Shariq lantas mengatur kembali nafasnya.
Faizan
merenung abang sulungnya itu. “Sedar pun. Itulah darah daging
sendiri tak percaya. Piranha yang bunting anak siapa entah juga yang abang
percaya.” Marah Faizan.
Kasihan
juga dia melihat Shariq. Dia dan Shayaan sejak hari itu tidak lagi
tinggal di Villa Nur tetapi mereka menetap dipansapuri yang dibeli
mereka sendiri. Panggilan Shariq juga tidak dijawab mereka. Kalau
dipejabat pula mereka akan sedaya-upaya menghindar dari bertembung
dengan Shariq. Mereka masih terasa dengan kelakuan Shariq terhadap
Faryal. Tambah lagi pada mereka, Shariq berpihak dengan Khaleed,
musuh mereka kini.
Dia
tahu keputusan yang dibuatnya ini akan membuat Shayaan bersikap
dingin padanya. Tetapi lelaki didepannya itu berhak tahu. Kalau
Shariq tahu tentang semua yang berlaku pasti abangnya itu akan
menyebelahi mereka. Dia yakin dengan itu.
Diraup
rambutnya kasar. Mata dipejam seketika. “Macam beginilah abang Riq.
Besok abang kemas barang untuk beberapa hari. Bawa passport
lepas tu jumpa Zan dekat lapangan terbang. Kalau papa tanya
pandai-pandailah abang temberang. Cakaplah abang ada temujanji dengan
klien ke atau pergi cuti dengan teman wanita abang ke. Asalkan papa
tak tahu abang Riq pergi dengan Zan.” Bertaut kening Shariq bingung
dengan arahan yang diberi Faizan.
Passport?
Lapangan terbang? Dia nak bawa aku pergi mana? Aku tanya fasal Faryal
dia nak bawa aku ke tempat aku tak tahu. Bisik Shariq.
“Kau
nak bawa abang pergi mana?”
“Perkahwinan
Ayal dan Izzat.” Balas Faizan dengan tenang. Diamati perubahan riak
wajahnya Shariq.
“Izzat?
Maksud Zan, Izzat Danish?” Shariq bertanya dengan suara sedikit
meninggi ingin kepastian. Faizan angguk mengiakan.
Biar
betul Izzat Danish? Setahu aku Ayal dan Izzat mana pernah berjumpa.
Tup-tup dah nak kahwin. Lelaki itu pun entah ke mana beberapa hari
ini. Sibuk memanjang.
“Macam
mana mereka kenal?”
Nafas
ditarik dalam sebelum menghembusnya keluar. Banyak yang Shariq tidak
tahu. Kalau diceritakan sekarang memang sampai besok pun tidak akan
habis. Bila dalam perjalanan ke Paris nanti akan dia ceritakan.
Maklumlah dekat awan mana abang dia boleh mengamuk sembarangan. Kena
tendang turun baru tahu.
“Panjang
cerita. Nanti kalau ada masa abang Riq akan tahu juga. Zan sepatutnya merahsiakan
perkara ini daripada abang, tetapi Zan tahu Ayal mesti nak abang ada
dekat situ. This
time don’t bring anyone that is not suppose to be there please.
Kita dah cukup masalah sekarang.” Diberi amaran kepada Shariq.
Takut
juga jika abangnya itu membawa tetamu istimewa bersama. Teringat dia
semasa mereka makan malam untuk menyambut kejayaan Faryal mendapat
projek Resort Island. Shariq membawa Ahdia tanpa pengetahuan mereka.
Terus berubah suasana makan malam itu.
“Papa
tahu ke?”
Papa? Papa? Papa? Tak ada orang lain ke abang aku ni? Desis hati kecil Faizan.
Papa? Papa? Papa? Tak ada orang lain ke abang aku ni? Desis hati kecil Faizan.
Dengusan
kasar dilepaskan Faizan. “Papa tahu tentang pernikahan mereka
tetapi tak tahu bila. Jadi abang kena rahsiakan ini daripada papa.
Zan takut papa akan lakukan sesuatu pada Ayal. Ingat biar pecah diperut
jangan pecah dimulut. This
is the least you could do for Ayal after everything.”
Dengan itu Faizan berlangkah pergi meninggalkan Shariq tercegat
seorang diri.
**
Nek
Wan memandang Mak Leha yang sedang rancak mengemas keperluannya untuk
ke Paris esok. Dia duduk diatas sofa sambil menghirup air teh yang
dibawa Mak Leha tadi. Tidak sangka masa berlalu begitu pantas. Pejam
celik satu-satu cucu perempuannya akan mendirikan rumah tangga. Mata
dipejam. Sejak beberapa hari ini dia tidak sedap hati. Dia rasa
seperti sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
“Tak
sangkakan Ayal yang nakal tu dah nak jadi isteri orang? Macam baru
semalam saja dia tinggal disini.” Ujar Mak Leha kepada Nek Wan
sambil tangan ligat melipat baju majikannya dan diatur elok didalam
bagasi.
Nek
Wan senyum nipis. Hari pertama Faryal jejak kakinya dirumah agamnya
itu diingatinya. Dia yang mendirikan benteng setinggi gunung Everest
supaya bersikap tegas dengan Faryal, tetapi akhirnya tewas juga.
Dengan layanan Faryal padanya, sedikit demi sedikit benteng itu
runtuh dengan sendirinya. Kasih sayangnya semakin berlimpah ruah pada
cucunya itu.
“Senang
kerja aku. Tak pening kepala harus fikirkan dia. Sekarang biar suami
dia pening kepala dengan perangai gila-gila dia tu.”
Mak Leha gelak kecil dengan kata-kata majikannya itu. Dia tahu sebenarnya Nek Wan berat hati mahu melepaskan Faryal. Mulut kata lain hati pula sebaliknya.
Mak Leha gelak kecil dengan kata-kata majikannya itu. Dia tahu sebenarnya Nek Wan berat hati mahu melepaskan Faryal. Mulut kata lain hati pula sebaliknya.
Satu
pertanyaan sentiasa bermain difikirannya sejak dapat tahu yang Faryal
akan bekahwin tidak lama lagi.
“Lepas ni Ayal tinggal dekat rumah Izzat atau dekat sini? Kalau Ayal tinggal dekat sinikan best. Mesti semakin meriah rumah ni kan.”
“Lepas ni Ayal tinggal dekat rumah Izzat atau dekat sini? Kalau Ayal tinggal dekat sinikan best. Mesti semakin meriah rumah ni kan.”
“Semakin
semak adalah.” Balas Nek Wan yang sekali lagi disambut gelak kecil
Mak Leha.
Ketukkan
dipintu memati perbualan mereka. Kelibat Hisham membolos diri ke
dalam.
“Hmm…Sham. Macam mana? Semua sudah sedia?” Hisham angguk mengiakan.
“Hmm…Sham. Macam mana? Semua sudah sedia?” Hisham angguk mengiakan.
“Sham
dah brief
Geraldine. She’ll
know what to do.
Nek Wan okay tak? Muka pucat saja? Nak Sham pangilkan doktor?” Soal
Hisham dengan rasa prihatin.
Sejak kebelakangan ini Nek Wan banyak mendiamkan diri. Tambah lagi tiada kehadiran Faryal dirumah itu. Kesunyian yang dirasai sebelum Faryal menatap dirumah agam itu kembali sekali lagi.
Sejak kebelakangan ini Nek Wan banyak mendiamkan diri. Tambah lagi tiada kehadiran Faryal dirumah itu. Kesunyian yang dirasai sebelum Faryal menatap dirumah agam itu kembali sekali lagi.
Nek
Wan senyum hambar. “Dah tua Sham. Kalau tak cepat penat memang tak
sah. Ada apa-apa lagi tak?” Hisham membuka mulutnya namun
ditutupnya kembali lantas kepala digeleng.
“Kalau
macam begitu kamu boleh balik. Kerja kamu sudah selesai untuk hari
ini.” Arah Nek Wan.
Hisham
angguk akur dan meminta diri untuk pergi. Tombol pintu dipegang
tetapi tidak dipulasnya. Dia memejam matanya dan menarik nafas
sebelum membuka pintu dan membolos dirinya keluar.
“Have
you told her?”
Hisham memandang Geraldine dan sekali lagi menggeleng kepalanya. Dia menapak menghampiri Geraldine. Diurut lehernya yang rasa tidak selesa. Dia berada dalam dilemma kini. Melihat keadaan Nek Wan yang sepertinya kurang sihat itu membantuti apa yang ingin dilakukannya.
Hisham memandang Geraldine dan sekali lagi menggeleng kepalanya. Dia menapak menghampiri Geraldine. Diurut lehernya yang rasa tidak selesa. Dia berada dalam dilemma kini. Melihat keadaan Nek Wan yang sepertinya kurang sihat itu membantuti apa yang ingin dilakukannya.
“I
tak nak dia risau. She
has enough on her plate right now.”
Geraldine yang sedang peluk tubuh angguk akur. Beberapa minggu ini mereka semua terpaksa bekerja dengan lebih cekap dari sebelumnya. Kejadian yang menimpa Ahdia benar-benar membuat rancangan mereka semua bertukar arah.
Geraldine yang sedang peluk tubuh angguk akur. Beberapa minggu ini mereka semua terpaksa bekerja dengan lebih cekap dari sebelumnya. Kejadian yang menimpa Ahdia benar-benar membuat rancangan mereka semua bertukar arah.
Diangkat
kepala memandang orang kuatnya Nek Wan. “Habis tu you nak buat apa
sekarang?”
Mereka
berdua berjalan beriringan menurun ke bawah. “I dah suruh beberapa
orang awas gerak-geri lelaki itu. I yakin itu pasti orangnya Khaleed.
There’s
something up his sleeve and I know it’s not something good.
Buat masa sekarang I sudah suruh semua pengawal berwaspada. We
can’t afford to even take a breather until Khaleed is caught.”
Jelas Hisham panjang.
Beberapa
hari ini mereka semua dapati ada seseorang sedang memantau rumah agam
Nek Wan dan juga setiap gerak-geri mereka. Bila diberitahu tentang
perkara ini dari para pengawal, dia juga lebih berwaspada dengan
sekeliling mereka. Setiap kali mereka berada bersama Nek Wan, sebuah
motosikal hitam pasti akan mengikuti mereka. Dia yakin itu pasti
orangnya Khaleed. Tetapi menjadi satu persoalan, apa yang Khaleed
rancangkan?
Tegang
muka mereka berdua sehingga ke pintu depan. “Kalau benar apa yang
kita berdua sangkakan. We
have to get rid of him before he gets rid of us.”
Mereka berdua angguk kecil sama-sama setuju.
“Mana
aunty Irah?” Soal Hisham bila kelibat Aairah tidak kelihatan
beberapa hari itu.
Geraldine
mengeluarkan kunci keretanya lantas ditekan. “Out
on some errands is what I’m told.
Okay,
I pergi dulu ada beberapa benda I kena buat before
the big day tommorrow.
Besok pagi I datang.” Hisham membalas lambaian perempuan itu.
“Hati-hati.”
Geraldine senyum nipis sebelum menuju ke keretanya.
Geraldine senyum nipis sebelum menuju ke keretanya.
**
Gatal
dihidung membuat tangannya tidak senang duduk. Mahu saja dia
menggarunya tetapi setiap kali dia ingin melakukannya tangannya
ditepis kuat. Punggungnya pula panas dari tadi. Entah apa yang dibuat
pasangan kembar didepannya kini pun dia tidak tahu. Tambah lagi
belakangnya menghadap cermin solek. Tidak dibenarkan sama sekali
melihat apa yang sedang dilakukan Nat dan Aviya padanya.
Tidak
boleh tahan dengan hidungnya yang gatal itu Faryal menggarunya juga
dan pada saat yang sama tamaparan lekap ditangannya.
“Don’t move. We’re almost done.” Nat kembar sulung Aviya memarahinya.
“Don’t move. We’re almost done.” Nat kembar sulung Aviya memarahinya.
Sejak
dia berada disini dia semakin dapat lihat betapa beza pasangan kembar
itu. Persis dengan abang kembarnya juga. Nat lebih berani dan garang
semetara Aviya lebih lemah lembut. Seperti sekarang. Habis mukanya
dicat dengan pelbagai alat solek oleh Nat.
“Dari
tadi cakap sama benda tapi tak habis-habis pun.” Rungut Faryal dan
dijuih bibirnya seperti ditunjuk Nat untuk memakaikan gincu ke bibir.
Seumur
hidupnya tidak pernah dia mengambil selama ini untuk berdandan.
Selalunya lima belas minit dah siap. Itu pun ala kadar saja. Bedak
alas, pemerah pipi, eyeshadow
dan lipgloss
itu
saja yang dipakainya bukan seperti sekarang. Mesti macam opera cina
ni.
Nat
dengan penuh fokus mencalit gincu dibibir mungil Faryal berdiri tegak
dengan senyuman lebar.
“Okay dah siap. Macam mana Viya?” Ditanya Aviya yang sedang tertiarap atas katil dengan majalah berselerakkan dikelilingnya.
“Okay dah siap. Macam mana Viya?” Ditanya Aviya yang sedang tertiarap atas katil dengan majalah berselerakkan dikelilingnya.
Aviya
bangkit dari katil dan menghampiri Faryal. Diamati muka Faryal.
Berdebar hati Faryal menanti jawapan Aviya. Diperhati pasangan kembar
didepannya. Nat turut memeluk tubuhnya seperti Aviya disebelah. Jari
Aviya mengetuk-negtuk dagunya sendiri memikir.
“Different
in a good way. You should have gone for simple. Ayal
tak payah bertepek pun dia dah lawa.” Kata Aviya dibalas anggukkan
Nat.
“Betul
tu. Besok kita buat make-up
simple saja.” Nat akur dengan kata kembarnya. Sejak beberapa hari
ini Faryal menjadi model percuma mereka. Dari mencari baju untuk
nikah sehingga ke sekarang ni. Bertepek muka dia dikerjakan Nat.
Nasib baiklah jerawat batu tak timbul. Kalau tidak memang nak kena
mereka dua ni.
“Ayal.”
Tiga pasang mata menoleh melihat kelibat Lutfiyah yang berdiri di
tengah-tengah pintu. Tersenyum dia melihat Faryal.
“Mama.
Opah dah dalam perjalanan?” Soal Faryal sebaik saja Lutfiyah berada
didepannya.
“Din
baru telefon. Mereka dalam perjalanan ke lapangan terbang. Lawa anak
mama ni.” Faryal tersenyum tetapi senyuman Nat yang panggil lebar
bila mendengar pujian itu.
“Mama
Fiyah, kita turun dulu. Ada kerja nak buat.” Tutur Aviya lantas
menarik tangan Nat keluar.
Dia
mahu meninggalkan pasangan emak dan anak itu sendirian. Pasti ada
perkara penting yang ingin dikatakan Lutfiyah kepada anaknya itu.
Terkocoh-kocoh Nat mengikuti langkahnya Aviya. Bukan kakinya saja
tetapi mulut juga berjalan sama. Maklumlah Nat ni, mulut dan kakinya
satu package.
Lutfiyah
geleng kepala. Melihat telatah pasangan kembar itu mengingatkannya
kepada pasangan kembarnya sendiri. Muka iras tetapi perangai
benar-benar berbeza. Nat seperti Faizan yang kuat mengusik dan lebih
aktif. Sementara Aviya pula seperti Shayaan. Lebih pendiam dan banyak
memikir.
“Ma…”
Panggilan Faryal membuat Lutfiyah paling mukanya.
“Hmm…”
Faryal
mencapai jari-jemari Lutfiyah. “Ayal tak sedap hatilah mama. Macam
sesuatu tak baik akan berlaku.” Semakin hari pernikahan dia dengan
Issac hampiri, semakin kuat rasa tidak sedap hatinya itu. Sukar dia
mahu melelapkan mata memikirkan apa yang akan terjadi.
Garisan
nipis ditayang kepada Faryal sambil mengusap kepala anaknya itu.
“Rasa sayang saja tu. Mesti gelisah fasal besok ni, itu sebab tak
sedap hati. Jangan risau insyaallah semua okay.” Pujuk Lutfiyah
tidak mahu Faryal memikir bukan-bukan. Sebab dia sendiri pun beberapa
hari ini juga rasa tidak sedap hati. Tetapi dia enggan memikirkannya
sangat.
“Adi,
abang rasa kita salah biliklah. Ini bilik opera cina mana entah.”
Suara garau Shayaan dimuka pintu menarik perhatian Faryal. Fadi
disebelah hanya gelak.
Apa
lagi cemerutlah mukanya si Faryal. Sampai hati abang Yan panggil aku
opera cina. Ni nak kena ni.
“Gelak-gelak. Tumbuk kang.” Ugut Faryal lantas menujuk tumbukkan sulungnya.
“Gelak-gelak. Tumbuk kang.” Ugut Faryal lantas menujuk tumbukkan sulungnya.
Semakin
galak tawanya Fadi dan Shayaan. Sejak mereka tiba semalam tidak ada
habisnya mereka meyakat adik mereka itu. Ada saja yang diguraukan
mereka. Sehingga Lutfiyah hanya boleh menggeleng kepala seperti
sekarang.
“Ayal.”
Tegur Lutfiyah kurang senang dengan perangai anak perempuannya itu.
“Dah
nak jadi bini orang pun perangai brutal
tetap sama. Habislah Izzat tu nanti.” Usik Shayaan sekali lagi.
Faryal bangkit dari duduknya mahu menumbuk lengan Shayaan tetapi
abangnya itu lebih pantas mengelak.
“Mama
tengok abang Yan.” Adu dia kepada mamanya yang hanya menjadi
pemerhati yang setia.
Fadi
yang berada disebelah Shayaan berkata. “Ayal langkah bendul tau.
Nampaknya kita kena minta Izzat hadiah untuk kitakan bang.” Soal
Fadi kepada abangnya.
Faryal
memerhati kedua abangnya memeluk tubuh didedepannya. Mahu komplot
kenakan dialah ni. Tak aci! Benci!
“Betul
juga cakap kau. Abang Yan nak kereta Ferari
sebiji. Rumah tepi pantai sebuah. Kau nak apa pula?”
Fadi berfikir sejenak dengan mengurut-urut dagunya. Dilirik Faryal yang sedang merenungnya tajam. Suka dia dapat mengusik adiknya itu. Rindu dia sebenarnya kerana tidak dapat bergurau sebegitu. Kira tengah lepaskan gianlah ni.
Fadi berfikir sejenak dengan mengurut-urut dagunya. Dilirik Faryal yang sedang merenungnya tajam. Suka dia dapat mengusik adiknya itu. Rindu dia sebenarnya kerana tidak dapat bergurau sebegitu. Kira tengah lepaskan gianlah ni.
“Hmm…Pulau
boleh tak?” Bercekak pinggang Faryal. Mata pula dijengil keluar.
Mahu saja dia menelan abang-abangnya saat itu juga.
Shayaan
dan Fadi senyum nakal dengan reaksi Faryal yang sudah dijangka
mereka. Lutfiyah pula gelak dengan gaduh-gaduh sayang depannya itu.
Sudah lali dengan drama sebegini sejak dulu lagi.
“Banyak cantik. Nanti Ayal bawa abang pergi Toy ‘R’Us kita pergi beli kereta Ferrari dan rumah sekali dekat sana. Nak cari bini ala-ala Barbie pun boleh. Abang Adi pun boleh ikut sekali. Kita cari pulau mana yang abang nak. Tak payah minta Issac. Ayal belanja.” Tutur Faryal dengan geram.
“Banyak cantik. Nanti Ayal bawa abang pergi Toy ‘R’Us kita pergi beli kereta Ferrari dan rumah sekali dekat sana. Nak cari bini ala-ala Barbie pun boleh. Abang Adi pun boleh ikut sekali. Kita cari pulau mana yang abang nak. Tak payah minta Issac. Ayal belanja.” Tutur Faryal dengan geram.
Mentang-mentanglah
Issac tu poket tebal dan tambah lagi aku bernikah terlebih dahulu
dari mereka, minta melampau betul. Dijeling abang-abangnya itu. Dia
tahu mereka hanya bergurau dengannya tetapi dia saja buat begitu.
Faryal sebenarnya suka diperlakukan sebegitu. Macam tak betulkan suka
menjadi mangsa gurauan dan usikkan abang-abangnya? Tetapi itulah
kebenarannya.
Faryal
peluk tubuh. Tunjuk protesnya. Shayaan menumbuk manja pipinya Faryal.
Itulah caranya bila mahu memujuk adik kesayangannya itu. Dilihat
kasar tetapi itulah dia. Kalau bab memujuk memang fail.
Terutama sekali kalau perempuan.
“Tak
sangkakan adik kesayangan kita dah nak kahwin. Macam baru semalam dia
terkencing dekat seluar sebab kena marah dengan Nek Wan.” Ujar
Shayaan dengan sahaja.
“Abang!”
Marah Faryal. Sempat dia hentak-hentak kakinya. Macam Ahdia pula.
Fadi
ketawa. “Mana boleh tak ingat. Ada sekali tu dia buat flash
show
depan tetamu. Abang ingat tak?”
“Mestilah.
Dengan penuh keyakinan dia buka baju dia semua tinggalkan pampers
saja.
Nasib baik masa tu belum ada pampers
pull-up.
Kalau tak memang dah tertanggal dah pampers dia tu.” Ketawa sakan
sekali Shayaan dan Fadi bila mengingati kenakalan Faryal semasa
kecil.
“Mama
tengok abang ni.” Adu Faryal kepada Lutfiyah buat sekian kali.
Lutfiyah
memaut tubuh anak perempuannya itu. Monyok muka opera cina itu.
“Alah, sayang. Bila lagi mereka boleh kacau Ayal lagi kalau tak
sekarang ni. Nanti Ayal dah jadi isteri Izzat dah tak boleh ganggu
selalu.”
Semakin
berkerut seribu muka Faryal bila Lutfiyah memihak abang-abangnya itu.
“Mama ni pun. Bencilah!” Apa yang menjengkelkan adalah Shayaan
dan Fadi menjungkit-jungkit kening mereka berkali-kali kepadanya.
Sukalah tu!
“Mama
Fiyah! Mama Fiyah!” Laungan Aviya dari bawah menarik perhatian
empat beranak itu.
“Suara
Viya tu. Kenapa dia?”
Mereka langkah laju keluar dari bilik Faryal untuk ke bawah. Gelisah mereka bila Aviya memanggil Lutfiyah bertalu-talu.
Mereka langkah laju keluar dari bilik Faryal untuk ke bawah. Gelisah mereka bila Aviya memanggil Lutfiyah bertalu-talu.
“Mama
Fiyah!” Panggil Aviya dengan cemas bila melihat kelibat empat
beranak itu menuruni tangga.
Lutfiyah
mendapat Aviya yang sedang berdiri dihujung tangga. Bertaut keningnya
melihat Aviya yang kelihatan resah.
“Kenapa ni Viya? Kenapa kamu kelam-kabut semacam?” Soal dia sebaik saja berada didepan Aviya.
“Kenapa ni Viya? Kenapa kamu kelam-kabut semacam?” Soal dia sebaik saja berada didepan Aviya.
“Sham…Nek
Wan…”
Aviya tidak tahu bagaimana mahu memberitahu berita yang baru diterimanya. Fikirannya seperti tidak boleh fokus pada saat itu.
Aviya tidak tahu bagaimana mahu memberitahu berita yang baru diterimanya. Fikirannya seperti tidak boleh fokus pada saat itu.
“Cuba
bertenang. Kenapa dengan Sham, Viya?” Empat mata memerhatikan
Aviya. Sabar menanti penjelasan daripada anak muda itu.
Nafas
ditarik dalam beberapa kali. “Hisham baru telefon. Mereka
kemalangan dalam perjalanan ke lapangan terbang. Nek Wan kritikal.”
“Ya
Allah.” Tersungkur Lutfiyah ditangga terakhir bila mendengar apa
yang baru dikatakan Aviya.
“Mama!”
Faryal dan Shayaan pantas menangkap tubuh Lutfiyah terlebih dahulu. Faryal mendakap erat bahunya Lutfiyah.
Faryal dan Shayaan pantas menangkap tubuh Lutfiyah terlebih dahulu. Faryal mendakap erat bahunya Lutfiyah.
“Mengucap
mama. Adi ambilkan air.” Arah Shayaan kepada adik lelakinya itu.
Aviya mengipas-gipas mukanya Lutfiyah dengan majalah yang dicapainya.
Faryal pula sudah menitiskan air matanya. Pilu dia melihat keadaan
mamanya kini.
“Nek
Wan tak boleh tinggalkan mama. Nek Wan tak boleh pergi. Mama belum
minta maaf kepada dia. Mama banyak dosa dengan Nek Wan.”
Meracau-racau Lutfiyah dengan degupan jantung yang semakin rancak. Nafasnya semakin tidak teratur. Kepalanya digeleng berkali-kali. Tidak dapat menerima berita itu. Dia belum bersedia kehilangan orang tuanya itu. Belum lagi.
Meracau-racau Lutfiyah dengan degupan jantung yang semakin rancak. Nafasnya semakin tidak teratur. Kepalanya digeleng berkali-kali. Tidak dapat menerima berita itu. Dia belum bersedia kehilangan orang tuanya itu. Belum lagi.
Fadi
kembali dengan segelas air didalam tangan. Faryal pantas terimanya
dan disua dibibir Lutfiyah. Lutfiyah meneguknya beberapa kali sebelum
kembali tenang. Dia bangkit dari pembaringannya diriba Shayaan.
Dipandang
Aviya dengan mata yang berair. “Mana Izzat? Beritahu dia mama mahu
balik sekarang. Nek Wan perlukan kita sekarang.”
“Izzat
tengah dalam perjalanan ke sini. Sekejap lagi dia datang.” Fadi dan
Shayaan membantu Lutfiyah bangkit untuk duduk atas sofa yang
berdekatan.
“Macam
mana boleh jadi begini?” Soal Faryal sebaik saja punggung dia dan
Lutfiyah darat disofa.
Shayaan
mendengus kasar. Jawapan Faryal hanya mempunyai satu jawapan. “Ini
mesti kerja papa. Kalau tak dia siapa lagi?” Faryal menelan air
liurnya. Dia mengusap lembut belakangnya Lutfiyah mahu menenangkan
hati mamanya yang gundah itu.
Shayaan
berpaling menghadap Fadi. “Telefon Zan. Dia sepatutnya naik
penerbangan sama dengan Nek Wan.” Fadi angguk akur dan meninggalkan
ruang tamu itu. Dia harus mencari penjelasan.
“Sham
ada beritahu kamu apa-apa lagi tak?” Soal Lutfiyah kepada Aviya.
Gelengan
kepala Aviya membuat Lutfiyah mengurut kepalanya yang tiba-tiba rasa
berat. “Tak. Talian terputus. Bila Viya telefon balik tak
diangkat.” Jelas Aviya sama-sama cemas.
Semasa
dia melambai kepada Nat yang memandu pergi keluar dia mendapat
panggilan dari nombor Hisham. Hairan juga dia mendapat panggilan
daripada lelaki itu. Selalunya Hisham akan hanya menelefonnya bila
dia ada hal kerja saja. Bila Hisham sampaikan berita kemalangan itu
hampir terlepas telefon bimbitnya. Tanpa lengah dia memberitahu Issac
yang berada dengan Pablo ketika itu. Seperti yang dia sangkakan
lelaki itu kedengaran risau tetapi dia tahu Issac pandai mengawal
perasaannya.
“Astarghfirullah.
Dugaan apa lagi ni Ya Allah.” Rintih Lutfiyah dengan esakan yang
tidak mahu reda. Dia tidak tenteram memikirkan keadaan Nek Wan
disana.
Faryal
disebelah mengenggam erat jari-jemari Lutfiyah. Dia turut menitiskan
air mata. Kepalanya ditunduk memandang riba.
“Ini semua salah Ayal. Kalau Ayal tak larikan diri mesti ini semua tak terjadi. Semua salah Ayal.” Peralahan dan mendatar Faryal bertutur.
“Ini semua salah Ayal. Kalau Ayal tak larikan diri mesti ini semua tak terjadi. Semua salah Ayal.” Peralahan dan mendatar Faryal bertutur.
Shayaan
yang sedang melempar padangannya diluar pintu gelungsur memandang
Faryal. Tidak suka dia mendengar Faryal menyalahkan dirinyam sendiri.
Lutfiyah menarik muka Faryal supaya memandangnya. Dikesat air mata
anaknya itu.
“Sayang, tak baik cakap macam begitu. Ini semua ketentuan Allah. Kita tak tahu apa yang tertulis untuk kita. Kita hanya boleh redha kepada-NYA.”
“Sayang, tak baik cakap macam begitu. Ini semua ketentuan Allah. Kita tak tahu apa yang tertulis untuk kita. Kita hanya boleh redha kepada-NYA.”
“Tapi
mama…” Laju Lutfiyah menggeleng kepalanya.
“Dengar
cakap mama. Stop
blaming yourself.
Ini bukan salah Ayal. Mama yakin Nek Wan akan lawan ini semua.
Insyaallah she’s
going to be okay.
Kita doakan untuk keselamatan mereka semua disana.” Ditarik Faryal
ke dalam dakapannya. Dikucup ubun-ubunnya Faryal.
Shayaan
menapak ke depan. Dia memikirkan satu perkara yang amat penting.
“Mama macam mana dengan pernikahan Ayal dan Izzat esok? Kita
batalkan ke?”
Rancangan asal mereka adalah menyatukan Faryal dan Issac sebelum mereka kembali ke Naraya. Tetapi dengan masalah genting ini, haruskah mereka menukar rancangan mereka sekali lagi?
Rancangan asal mereka adalah menyatukan Faryal dan Issac sebelum mereka kembali ke Naraya. Tetapi dengan masalah genting ini, haruskah mereka menukar rancangan mereka sekali lagi?
Lutfiyah
membuka mulut mahu menjawab tetapi suara garau Issac terlebih dahulu
memintas.
“Kita
lakukannya sekarang juga.”
Mereka semua melihat kelibat Issac dengan Pablo dan seorang lelaki yang tidak dikenali mereka memasuki ruang itu.
Mereka semua melihat kelibat Issac dengan Pablo dan seorang lelaki yang tidak dikenali mereka memasuki ruang itu.
“Assalammualaikum.”
Ucap lelaki itu kepada semua. Mereka membalas.
“Siapa
ni?” Soal Shayaan melihat lelaki disebelah Issac itu.
Issac
memandang sekilas lelaki disebelahnya itu. “Ini uztaz Imran, dia
akan menikahkan kami malam ini juga. Selepas itu kita akan balik ke
Naraya secepat mungkin.” Ujar Issac. Matanya bertembung dengan anak
mata Faryal.
Faryal
menggeleng kepalanya tidak setuju. “Ayal tak setuju. Nek Wan tengah
bertarung nyawa pun awak masih boleh utamakan perkara ini. Awak tak
berhati perut ke?” Soal Faryal dengan suara sedikit tinggi. Tidak
faham macam mana Issac masih mahu meneruskan perkahwinan ini dalam
saat kacau sebegini.
“Ayal…”
Lengan Faryal dipegang Lutfiyah disebelah. Dia tidak mahu anaknya
mengikut sangat perasaannya itu.
“Saya
lakukan ini semua sebab sebaik saja kita pulang ke Naraya, awak akan
menjadi tanggungjawab saya. Itu janji saya kepada Nek Wan sebelum
saya ke sini.”
Benar apa yang baru dikataknnya itu. Sebelum dia mahu berangkat kelmarin, dia telah berjumpa dengan Nek Wan dan dia tidak akan lupa permintaan Nek Wan itu.
Benar apa yang baru dikataknnya itu. Sebelum dia mahu berangkat kelmarin, dia telah berjumpa dengan Nek Wan dan dia tidak akan lupa permintaan Nek Wan itu.
“Janji
dengan Nek Wan. Kalau Nek Wan tak sempat untuk menghadiri pernikahan
kamu dengan Ayal, pernikahan itu harus berlangsung juga. With or
without me. Apa yang Nek Wan tahu sebelum kamu menjejak kaki kembali
ke sini. Kamu berdua harus sudah bergelar suami isteri. Janji
dengan Nek Wan.”
Dia
harus pegang kepada janjinya. Sekurang-kurangnya dia telah tepati
permintaan terakhir Nek Wan itu. Sebelum mereka
kembali, Faryal sudah sah menjadi isterinya.
Dipandang
tajam Faryal minta difahami. Bukan dia tidak berhati perut tetapi dia
harus pegang kepada janjinya.
“Saya yakin Khaleed melakukan ini supaya awak keluar dari tempat persembunyian. Sebaik saja awak jejak kaki disana, awaklah orang pertama yang Khaleed akan cari dan saya tak akan benarkan itu berlaku. Tak akan.”
Faryal menunduk kalah dengan renungan lelaki bermata hazel itu.
“Saya yakin Khaleed melakukan ini supaya awak keluar dari tempat persembunyian. Sebaik saja awak jejak kaki disana, awaklah orang pertama yang Khaleed akan cari dan saya tak akan benarkan itu berlaku. Tak akan.”
Faryal menunduk kalah dengan renungan lelaki bermata hazel itu.
“Betul
tu cakap Izzat. Mama yakin ini mesti rancangan papa untuk perangkap
kita. Lagipun mesti Nek Wan mahu kita teruskan pernikahan ini tanpa
kehadiran dia sekalipun. Sebab Nek Wan tahu hanya Izzat saja yang
boleh membantu kamu dalam hal ini. Hanya dia.” Lutfiyah memberi
sokongan kepada keputusan Issac.
“Tapi
mama…”
Tangan
Faryal ditepuk Lutfiyah. “Percayalah sayang, ini keputusan yang
terbaik. Ayal setuju?” Faryal diam sejenak. Memikirkan apa yang
harus dikatakannya. Haruskah dia setuju? Dipandang satu-persatu yang
hadir diruang itu. Dipejam matanya seketika sebelum mengangguk
kepalanya setuju.
Lutfiyah
melepaskan nafas lega. Diangguk kepalanya kepada Issac sementara dia
memeluk erat tubuh anak perempuannya itu.
“Baik
ustaz, kita mulakan.” Ujar Issac kepada Ustaz Imran.
**
Faryal
menatap jari-jemari dia dan Lutfiyah yang bertaut atas riba.
Sekali-sekali dia dapat merasa genggaman erat dari mamanya itu. Kini
dia sedang menanti saat-saat menjadi isteri sah kepada lelaki bernaam
Issac Daimaru atau Izzat Danish.
“Aku terima nikahnya Faryal Shameena Binti Khaleed dengan…”
“Aku terima nikahnya Faryal Shameena Binti Khaleed dengan…”
Suara
garau Issac hilang dari pendengarannya. Dia tidak sama sekali memikir
hari pernikahannya akan dalam keadaan sebegitu. Tiada Shariq, Faizan
dan juga Widayah bersamanya. Paling penting sekali tiada Nek Wan.
Memikirkan
Nek Wan yang sedang bertarung nyawa di hospital. Dia menjadi sebak.
Bibirnya diketap kuat tidak mahu tewas. Digenggam erat tangannya
Lutfiyah.
“Mama ada dekat sini sayang.” Bisik Lutfiyah ditelinga Faryal. Dia tahu anaknya itu sedang resah. Resah memikirkan pelbagai perkara.
“Mama ada dekat sini sayang.” Bisik Lutfiyah ditelinga Faryal. Dia tahu anaknya itu sedang resah. Resah memikirkan pelbagai perkara.
“Sah?”
“Sah.”
“Sah.”
“Alhamdulillah.”
Mereka semua mengangkat tangan membaca doa.
Tubuh
Faryal dipeluk Aviya, Nat dan Eva yang datang bila Faryal
menelefonnya. Akhirnya Lutfiyah mendakap erat tubuh anak perempuannya
itu. Gugur juga air matanya mereka berdua.
“Tahniah sayang. Sekarang Ayal tanggungjawab Izzat. Mama doakan kebahagiaan sayang. Mama sayang Ayal.” Dikucup pipi dan ubun-ubun Faryal.
“Tahniah sayang. Sekarang Ayal tanggungjawab Izzat. Mama doakan kebahagiaan sayang. Mama sayang Ayal.” Dikucup pipi dan ubun-ubun Faryal.
Sukar
untuk Lutfiyah melepaskan puterinya itu. Sementara pada Faryal pula
sukar untuk dia menerima statutsnya yang kini bergelar isteri, tetapi
bila difikirkan lelaki yang menjadi suaminya sudah mendapat tempat
penting didalam lubuk hatinya, dia bersyukur dengan takdirnya.
“Ayal
pun sayang mama.” Tutur Faryal dengan esakan kecil.
Issac
yang melihat adegan itu memicit matanya menahan tangisan. Shayaan dan
Fadi menghampiri Faryal dan Lutfiyah yang sepertinya tidak mahu
melepaskan satu sama lain.
“Izzat nak sarung cincin tu.” Fadi bersuara baru pelukkan mereka terlerai.
“Izzat nak sarung cincin tu.” Fadi bersuara baru pelukkan mereka terlerai.
Issac
berlutut depan Faryal. Mata mereka berlaga seketika. Secara
automatis, tangan Issac menyeka air matanya Faryal. Dicapai tangan
Faryal lantas menyarung cincin pernikahan mereka dijari manis
masing-masing. Berketar-ketar tangannya Faryal bila menyarung cincin
dijarinya Issac.
Sejuk.
Itulah apa yang dirasai Issac bila tangan mereka bersatu. Bila Faryal
mengucup tangannya buat pertama kali pula, kehangatan yang
dirasainya. Sama dengan Faryal. Mata dipejam rapat bila ubun-ubunnya
dikucupi Issac.
Gembira
dan sedih besatu pada saat itu. Gembira kerana memiliki seorang suami
yang dicintainya. Sementara dia sedih kerana pernikahannya tidak
disaksi orang yang penting dalam kehidupannya. Air mata tidak henti
menitis.
Dia
dapat rasa jari kasar Issac meyeka air matanya sekali lagi. Mata yang
terpejam dibuka. Mata mereka bersambung sekali lagi. Jari-jemari
bertaut sesama sendiri. Issac senyum manis sambil mengusap pipi
Faryal tidak menghiraukan mata-mata yang memerhati. Mereka seperti
berada dalam dunia mereka sendiri.
Akhirnya
bidadari yang menghulur sapu tangan kepadanya suatu ketika dulu,
bidadari yang membuat dia tersenyum pada saat dukanya kini sudah
menjadi hak miliknya yang sah.
“Setiap
detik, setiap saat dan setiap nafas saya. Saya berjanji akan
melindungi dan membahagiakan satu-satunya bidadari saya. Walauapapun
yang terjadi saya tak akan melepaskan tangan bidadari yang saya
cintai. Itu janji saya kepada bidadari Izzat Danish iaitu Faryal
Shameena.”
nak lg huhuu resah je baca episod nih....takut sgt apa jd seterusnya pada nek wan, kenapa body guard nek wan xda utk halang mereka, kan hisyam dah arah body guard buat kawalan ketat.
ReplyDeleteHehehe...ada lobang tu dlm bab kawalan..mai dah upload nxt bab...njoy!:B
Deletebest sangat2 nak lagi.
ReplyDeleteMai dah upload..selamat membaca:B
Deletehuh diabetes..sweet sgt issac! ish seram sejuk dgn perangai khaleed yg serupa org kafir je...itulh iman dh melyg ke mane..hmm siape tiga2 org dlm gmbr tu ye? hehe good job kak^^
ReplyDeleteTq dik:B Anyhoo...satu gambar tu Nek Wan...lagi dua? Cuba teka..heheh:B
Delete