Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 21 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 65

Bab 65

Khaleed menghisap batang rokok yang baru dinyalanya. Dilempar pandangannya keluar tingkap bilik tidur. Telefon bimbit atas meja dicapainya dan ditekan nombor yang dicarinya lantas dilekapnya ke telinga. Asap rokok dihembus keluar sementara menanti talian bersambung.
Bagaimana?”

Tanpa memberi salam dia terus bertanyakan soalan itu kepada lelaki yang berada dihujung talian. Diperhati Ahdia yang baru keluar dari kolam renang. Tangan diangkat membalas lambaian anak perempuannya itu.
Beres bos. Orang tua tu dalam keadaan kritikal sekarang.”

Lebar senyuman Khaleed bila mendengar Nek Wan berada dalam keadaan kritikal. Itu yang dia mahu. Kambing hitam yang perlu dikorbankan bagi mengeluarkan mangsa yang diingininya.

Gelak puas dia dengan apa yang baru saja berlaku. Kalau boleh mahu saja dia menamatkan riwayat si nenek sihir itu tetapi dia tidak sejahat itu. Dia masih perlukan khidmat mak mertuanya itu.

“Bagus. Tak rugi aku bayar kau tinggi.” Kedengaran lelaki dihujung talian tawa sinis.
Bos nak buat apa sekarang?” Batang rokok dihisapnya sekali lagi. Dia berfikir sejenak pertanyaan itu.
Senyuman yang lebar bertukar sinis bila sudah dapati jawapan. “Kita tunggu. Tunggu kepulangan puteri kayangan. Ada hadiah perkahwinan paling istimewa sedang menantikan mereka sebaik saja mereka tiba.”

Hadiah perkahwinan paling istimewa dari seorang papa kepada anak perempuannya. Sambung Khaleed dalam hati.
Papa.”

Khaleed memusing bila suara Ahdia memanggilnya kedengaran. Dilihat Ahdia sedang berdiri dibelakangnya tubuh dengan rambut pula masih basah.
Telefon bimbit dijarak dari telinga seketika. “Tunggu sekejap sayang. Kau teruskan pantau keadaan dekat sana. Kalau ada apa-apa kau telefon aku secepat mungkin.”
Baik bos.” Akur lelaki itu dan talian dimatikan kedua-dua pihak. Khaleed menghampiri Ahdia yang sedang memerhatikannya sambil tubuh dipeluk.
I just heard the news. Papa ada kaitan dengan kemalangan nenek sihir tu ke?” Soal Ahdia tanpa tapis.

Sebentar tadi dia baru saja membuka televisyen bila berita mengenai kemalangan Nek Wan terpampang dipermukaan televisyen. Tanpa lengah dia terus mencari Khaleed kerana dia yakin papanya itu pasti ada kaitan dengan perkara itu.
Khaleed melepasi Ahdia. Puntung rokok dicampak atas dulang abu atas meja. Ahdia mengikut setiap rentak Khaleed menanti jawapan. “Apa yang buat Dia fikir macam tu? Ada kemungkinan orang lain yang melakukannya. Maklumlah, orang seperti Nek Wan banyak musuhnya.” Dihenyak tubuhnya atas sofa lantas menyilang kakinya dengan sahaja.
Termasuk papa.” Kening dijungkit meminta kepastian dengan andaiannya itu. Tetapi Khaleed hanya menjungkit bahunya tidak menggeleng atau mengangguk dengan apa yang baru dikatakannya.
Diamati senyuman Khaleed yang sepertinya mempunyai sesuatu yang tersirat. Dia mendengar perbualan Khaleed dengan orang upahannya itu. Khaleed sandar tenang dibelakang sofa. Ahdia bukannya bodoh. Anak perempuannya itu tahu setiap rancangannya.
Ahdia duduk bersila disebelah Khaleed. “Apa yang papa rancang sehingga papa buat macam tu dekat nenek sihir tu?” Mata dikerdip.
Herot senyuman Khaleed memikirkan apa yang telah dia sedia untuk perempuan bernama Faryal Shameena. “Sesuatu yang istimewa. Just wait and see. You’re going to enjoy every moment of it. Trust me.” Dikenyit matanya kepada Ahdia.
**
Cincin berlian yang tersarung dijari manis diamati Faryal. Baru beberapa jam yang lalu dia masih berstatus bujang, sekarang dia sudah bergelar isteri. Isteri kepada Izzat Danish aka Issac Daimaru.
Sayang tak tidur?” Pandangan beralih kepada Issac yang mengambil tempat disisinya. Faryal geleng kecil sambil membetulkan kedudukkannya dikerusi pesawat itu.
Setelah pernikahan mereka. Tiada sambutan atau apa saja, tetapi pakaian mereka dikemaskan untuk berangkat ke lapangan terbang. Lagi beberapa jam mereka akan tiba di Naraya. Sungguh pantas sekali masa berlalu.
Tak mengantuk. Mama?” Ditanya tentang keadaan Lutfiyah yang dari tadi banyak mendiamkan diri. Risau Faryal memikirkan keadaan mamanya itu.
Mama dah tidur dah. Kenapa ni?” Soal Issac bila melihat Faryal melempar pandangan ke luar tingkap pesawat. Tidak ada yang dilihat mereka. Hanya kanvas hitam.
Faryal bermain dengan cincin dijari manisnya. “Betul ke apa yang kita lakukan?”
Berkerut dahi Issac dengan pertanyaan Faryal. “Maksud sayang?” Faryal mengeluh. Dia yakin Issac memahami apa yang dimaksudkannya.
Tak terburu-buru ke?” Soal Faryal sekali lagi. Dihadap Issac yang sedang memerhatikannya sedari tadi.
Issac menghembuskan nafas. Tangan Faryal dicapainya. Faryal membiarkan Issac menggenggam tangannya. Lagipun hubungan mereka sudah sah dimata Allah. “Lambat laun kita akan kahwin juga. Abang janji lepas ini semua selesai, abang akan adakan majilis perkahwinan kita.” Dibawa tangan Faryal ke bibir lantas dikucupnya lama.
Itu yang dia berjanji kepada dirinya. Setelah semua ini selesai dia akan pastikan Faryal akan mendapat resepsi perkahwinan yang sepatutnya. Isterinya itu berhak merasa kemeriahan menjadi raja sehari. Faryal hanya memerhati. Tersentuh dia dengan tindakan Issac.
Ayal risau tentang Nek Wan. Kak Din macam mana? Abang Sham?”

Tidak mempunyai banyak berita mengenai keadaan mereka membuat Faryal tidak senang hati. Dia ingin tahu setiap saat perkembangan mereka disana. Terutama sekali kondisi Nek Wan.
Belakang tangan Faryal diusap Issac lembut. Dia baru saja menamatkan perbualan dengan Hisham dan Faizan yang masih berada dihospital. Apa yang dia tahu Nek Wan saja yang masih berada dalam bilik kecemasan.
Sham cedera ringan saja. Kak Din Alhamdulillah tak apa yang teruk sangat kecuali luka dimuka dan tangannya. Tentang Nek Wan sayang jangan risau. Abang yakin Nek Wan tak akan apa-apa.” Faryal senyum hambar dengan jawapan suaminya itu.
Kepala dipusing menghadap belakang kerusi depannya. “Ayal tak sedap hati selama ini kerana kejadian ini akan berlaku. Kalaulah Ayal tahu…” Terhenti bicaranya Faryal bila jari telunjuk Issac mendarat dibibirnya. Dia kembali menatap Issac disebelah yang menggeleng kepala tidak suka dengan kata-kata Faryal.
Sayang bukan Tuhan untuk ketahui itu semua. Kita hanya manusia yang boleh merancang. Kita tak tahu masa depan kita. Kita tak boleh ubah masa lalu kita. Apa yang kita boleh lakukan adalah menjalani kehidupan kita yang sekarang.” Mata Issac megunci matanya Faryal.
Terkejut Issac seketika bila Faryal melentok kepala dibahunya. Perlahan dia senyum sendiri dengan aksi Faryal itu. “Bestkan kalau kita ada kuasa untuk melihat masa depan kita.” Tutur Faryal tiba-tiba.
Itu memang abang setuju. Kalau sayang dapat lihat masa depan kita, cuba tengokkan berapa orang anak kita ada boleh tak? Ingin juga abang tahu.” Gurauan Issac itu membuat mereka berdua lupa seketika rasa sedih yang berselubung dilubuk hati mereka.
Faryal mengherot bibirnya ke kiri dan kanan memikir keinginan Issac. “Dua saja kot.” Balas Faryal.
Dua saja? Bukan dua puluh?” Terangkat kepala Faryal memandang Issac yang sedang senyum nakal kepadanya.
Matanya dibulatkan. Gila ke apa dua puluh. Dia ingat ada anak ni macam buat anak patung dekat kilang ke? Hish! Lelaki cakap sedap mulut jer.

“Abang terbiat ke nak dua puluh? Abanglah yang beranak kalau macam begitu.” Bentak Faryal geram. Ingat orang ni kilang buat anak patung ke?
Tawa yang ingin meletus mati serta-merta bila telinganya menangkap sesuatu yang tidak disangka akan keluar dari mulutnya Faryal.

“Jap,jap,jap. What did you just call me?” Soal Issac dengan mata yang dikerdip.
Faryal menunjuk muka tidak bersalahnya. “Abang. Kenapa? Abang tak suka ke?” Dengan polos Faryal bertanya. Salah ke dia menggunakan ganti nama itu? Tak salahkan? Lagipun dah sah apa. Hehehe.
Selalunya kalau orang kahwin petik jari macam kita selalunya susah nak panggil suami dia abang. Senang pula Meen panggil saya abang?”
Mungkin dia banyak sangat tengok drama dimana pasangan suami isteri yang disatukan tanpa kerelaan kedua belah pihak pasti si perempuan mendapati sukar untuk memanggil suaminya ‘abang’. Selalunya pasangan suami isteri baru akan rasa kekok. Tetapi Faryal sebaliknya. Tindakan Faryal melentok kepala dibahunya juga dluar jangkaannya. Bukan dia tidak suka dengan panggilan Faryal untuknya. Malah dia senang dengan panggilan itu. Tak payah dia menyuruh Faryal berbuat sebegitu.
Alah abang yang panggil diri abang tu abang. Ayal ikut ajalah. Lagi satu ni, abang panggil Ayal apa tadi?” Sekarang giliran Faryal pula bertanya. Dia duduk tegak sambil mengecilkan matanya.
Meen. Since sayang panggil abang, abang. Jadi abang panggil sayang Meen.” Dicubit pipi gebu Faryal geram.
Kenapa tak Ayal?” Soal Faryal ingin tahu.
Issac senyum dengan pertanyaan Faryal. “Khas untuk abang saja. Lagipun semua orang panggil sayang Ayal. Jadi kalau sayang dengar orang panggil Meen sayang tahulah abang yang panggil. Kalau Meena tu, kawan baik sayang yang panggillah.” Gurau Issac. Memang dia mahu memanggil Faryal dengan nama itu. Istimewa hanya untuknya saja. Panggilan manja katakan.
Faryal senyum lebar dengan penjelasan panjang lebar suaminya itu. “Meen. Ayal suka.” Semakin lebar senyumannya.

Mengapalah mama tak panggil aku nama tu eh? Ini semua abang Yan punya kerja. Sebab mahu unik nama panggilan untuknya. Ayal menjadi pilihan. Widayah jangan cakaplah. Meena juga dia panggil aku.
Gembira Issac bila melihat keceriaan dimuka bidadarinya itu. Senyuman yang sudah lama hilang kini kembali. “That is what I’ve been missing this past few weeks angel. That angelic smile of yours.” Faryal tersipu malu bila Issac tidak lepas dari memerhatinya.
Malu punya pasal dia kembali melentok kepalanya dibahu suaminya itu. Kepala ditunduk sedikit. Issac ketawa kecil melihat reaksi Faryal. Malu-malu kucing pula isteri aku ni.
Mereka dua diam kembali. Masing-masing melayan perasaan sendiri. Tenang. Itulah yang dirasai Faryal kini berada disamping Issac. Dilirik tangannya yang masih berada dalam genggaman Issac. Inikah kebahagiaan yang tercari-carinya? Pencarian yang penuh suka dan duka. Kisah pahit dan manis menyatukan mereka. Akhirnya kebahagiaan telah dikecapinya. Dengan Issac disebalah dia yakin dia akan dapat mengharungi masalah yang akan dihadapinya nanti. Insyaallah.
Nanti kita sampai dekat lapangan terbang kita pergi hospital terus okay abang?” Soal Faryal memecah kesepian antara mereka.
Issac angguk mengiakan pertanyaan Faryal. “Atok dah hantar orangnya untuk menjemput kita. Mereka akan hantar mama ke tempat yang selamat bersama Nat. Sementara kita akan pergi hospital. Tapi kalau sayang tak larat, kita balik rumah kita dulu. Esok pagi kita pergi sama-sama.” Kasihan dia melihat riak Faryal yang kelihatan letih itu.
Pantas Faryal geleng tidak setuju. “Meen nak pergi hospital. Meen nak ada disisi Nek Wan bila dia sedar nanti.” Ujar Faryal pegang kukuh dengan pendiriannya.
Issac senyum nipis akur. Dia tahu sukar untuk menukar keputusan Faryal. Sama seperti Lutfiyah. Kalau hitam yang dikatanya malah hitam yang harus dikatanya juga.
Kalau macam tu sayang tidur dulu.” Faryal memejam matanya seketika. Tiba-tiba dia rasa lelah. Dia menguap besar. Tapi belum sempat tangannya naik mahu menutup mulut, tangannya Issac terlebih dahulu melakukannya. Tersenyum mereka berdua. Faryal membetulkan kedudukan kepalanya dibahu Issac.
Abang...”
Hmm…”
Abang jangan tinggalkan Meen tau.” Genggaman tangan dieratkan sebagai jawapan kepada permintaan Faryal itu.
I won’t. Close your eyes angel. I’ll be here.” Faryal akur dengan permintaan Issac. Dipejam matanya yang sudah berat itu.
Dia dapat rasa kucupan hangat diubun-ubunnya. Garisan terukir dibibirnya . “I love you angel.” Bisik Issac dengan penuh ikhlas.
Me too.” Balas Faryal dengan mata yang masih terpejam rapat. Beberapa saat dia sudah tenggelam dalam dunia lenanya.
**
“Nanti Ayal telefon mama sebaik saja Ayal dapat berita tentang Nek Wan. Sekarang mama balik dan rehat. Mama masuk cepat. Tak selamat untuk mama ada disini lama-lama.” Ujar Faryal kepada Lutfiyah.
Mereka kini sudah selamat berada di Naraya. Sekarang dia harus berpisah dengan mamanya itu. Amat sukar untuk melakukannya tetapi dia faham mengapa ini harus dilakukan. Keselamatan Lutfiyah lebih penting dari segala-galanya.
Dilirik Issac yang sedang berbual sesuatu kepada Faizan dan Shayaan dikereta belakang. Nat pula sedang berbual dengan Pablo dan Aviya tentang sesuatu.
Halau mama nampak? Mentang-mentang orang tu dah ada pengganti baru.” Gurau Lutfiyah.
Faryal muncung sedepa. “Mama…”
Mama gurau sajalah sayang. I’m just happy yang kamu berdua sudah bersatu akhirnya. Mama pergi dulu. Jangan lupa update mama tentang Nek Wan.” Pesan Lutfiyah.
Faryal memeluk mamanya itu erat buat terakhir kali sebelum menyalam tangan mamanya itu. Issac yang muncul disebelahnya juga melakukan perkara yang sama. Dilihat Fadi dan Shayaan sudah membolos diri ke dalam kereta dengan Pablo. Nat pula membolos diri ke dalam kereta yang dinaiki Lutfiyah.
Lutfiyah memasuki kereta dan dilambai tangannya pada Faryal. Sayu tiba-tiba bila terpaksa berpisah dengan puterinya. Dia melihat Issac memaut bahunya Faryal. Lutfiyah senyum sendiri. Anak mama sudah ada pelindungnya. Alhamdulillah.
Faryal dan Issac memerhati kereta yang dinaiki Lutfiyah dan Pablo pandu pergi diikuti dengan beberapa kereta pegawai keselamatan mereka.

 “Jom sayang. Kereta kita dekat depan.” Ajak Issac. Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta yang terparkir didepan lapangan terbang. Aviya terlebih dahulu sudah menanti mereka.
Issac membukakan pintu untuk Faryal. “Cik Faryal Shameena Binte Khaleed?” Terhenti langkahnya Faryal. Dia berpaling melihat beberapa orang berdiri berdekatan.
Iya.” Sahut Faryal.

Issac menghampiri isterinya itu. Dia tidak rasa sedap hati melihat sekumpulan itu. Pengawal peribadinya semua juga sudah menghampiri mereka.
Seorang lelaki yang berdiri paling depan mengeluarkan sesuatu dan ditayangkan kepada mereka. “Saya inspektor Rahim dan ini inspektor Alina. Kami perlukan kerjasama Cik Faryal supaya mengikut kami ke balai bagi siasatan kes cuba membunuh Cik Ahdia Abdullah dan juga Puan Wanda Ivic.” Jelas lelaki itu dengan tegas.
Tercengang Faryal, Aviya dan Issac serentak. Faryal menggeleng kepalanya dan dipaut erat lengannya Issac.

“Kes bunuh? Sa…saya tak lakukannya. Wanda Ivic nenek saya. Saya tak akan sama sekali membunuhnya.”
Cik boleh jelaskan dibalai nanti. Sekarang sila ikut kami.”

Inspektor Alina pula berkata. Dikeluarkan gari dari poket seluarnya dan dia menapak menghampiri Faryal tetapi dihalang pantas oleh Issac.
Abang…” Suara Faryal ketakutan. Genggamannya dilengan Issac semakin erat. Tidak dia sangka sama sekali bila dia pulang kembali dia akan ditahan pihak polis.
Inspekotr Rahim memandang Issac yang berdiri dihadapan Faryal. Berkerut dahinya bila tugasannya terganggu.

“Siapa yang membuat laporan tak masuk akal ini? Isteri saya tak ada kaitan langsung dengan kemalangan yang menimpa Wanda Ivic. ”
Maaf cik. Tapi encik siapa?” Soal inspektor Rahim kepada Issac.
Saya Izzat Danish suami kepada Faryal Shameena.” Jawab Issac dengan tenang tetapi tegas. Dia tidak suka dengan apa yang sedang berlaku. Ini mesti kerjanya Khaleed. Dia yakin dengan itu.
Inspektor Rahim menapak ke depan sementara inspektor Alina memberi lalauan kepada lelaki itu untuk maju ke depan. Mata Issac dan lelaki itu bertaut.

“Begini Tuan Izzat, Kami hanya ingin membawa Puan Faryal untuk disoal siasat kerana dia adalah suspek utama dalam kes ini. Saya cadangkan Tuan sediakan peguam. Buat sementara kita harus membawa isteri Tuan ke balai.”
Apa bukti yang inspektor ada untuk bawa isteri saya ke balai?” Soal Issac.
Bapa mertua Tuan iaitu Tuan Khaleed sendiri telah melaporkan bahawa kemalangan yang menimpa Puan Wanda adalah kes percubaan membunuh. Kalau Tuan mahu ketahui lebih lanjut sila ke balai. Kami harap kerja sama Tuan. Alina.” Inspektor Rahim memberi signal kepada inspektor Alina supaya membawa Faryal.
Issac mendepa tangannya sekali lagi. “Tunggu. Biar saya cakap dengan isteri saya sebentar.” Pinta Issac. Lelaki itu angguk akur sebelum memberi ruang untuk Issac berbicara dengan Faryal.
Abang, Meen tak buat. Meen tak buat.” Kepala digeleng laju sebaik saja Issac menghadapnya. Matanya terpancar ketakutan yang dirasainya kini.
Kedua belah tangan Issac menggapit mukanya Faryal supaya menghadapnya. “Abang tahu sayang. Abang percaya cakap sayang. Sekarang Meen dengar cakap abang. Meen akan ikut mereka ke balai.” Mencerlung mata Faryal bila Issac mahu dia ikut mereka ke balai. Dia ingin menarik tangannya Issac tetapi lelaki itu lebih kuat darinya.
Tapi Meen tak salah abang.” Bela Faryal sekali lagi.
Abang tahu sayang. Kita tak perlu takut sebab kita tak bersalah. Disana nanti sayang cakap apa saja yang sayang tahu. Say the truth. Abang dan uncle Alex akan datang untuk bawa Meen balik secepat mungkin.” Pipi Faryal diusapnya.
Tapi Meen takut abang. Kalau dia orang paksa macam mana? Meen takut.” Gugur air matanya bila membayang apa yang akan berlaku nanti.

Dia tidak tahu kalau dia sekuat yang disangkakan Issac. Dia takut dia akan tewas dengan setiap pertanyaan pihak polis nanti.
Ibu jari Issac menyeka titik demi setitik air mata Faryal. “I need you to be strong. Abang janji akan selesaikan masalah ini secepat mungkin dan bawa Meen pulang. Sayang percayakan abangkan?” Faryal angguk kepalanya. Dia percaya.
Issac menarik Faryal ke dalam dakapannya. Faryal turut memabalas. Dia tidak mahu melepaskan Issac saat itu. Issac mengucup ubunnya Faryal. Tangannya mengusap belakangnya isterinya yang terhinggut-hinggut. Dia dapat mendengar esakan Faryal didada bidangnya itu.
Maaf Tuan. Kami harus bawa Puan Faryal ke balai sekarang. Saya cadangkan Tuan ke balai dengan peguam.” Ujar inpsektor Rahim.
Dakapan mereka terlerai. Inspektor Alina mencapai kedua belah tangannya Faryal lantas menggarinya. Faryal tersentap dengan apa yang sedang berlaku.

“Abang…” Dipanggil Issac.
Inspektor saya rasa tak perlu menggari isteri saya. Dia bukan…”
Maaf Tuan ini prosedur yang kami harus ikut.” Pintas inspektor Rahim bila Issac ingin melawan.
Abang…” Mendatar suaranya Faryal memanggil Issac buat sekian kali. Air mata semakin deras mengalir.
Issac menghampiri. Diusap pipinya Faryal. “Ingat pesan abang. Kerjasama dengan mereka. Just tell the truth. Abang dan uncle Alex akan keluarkan sayang secepat mungkin.” Faryal angguk faham.
Mari puan.”

Inspektor Alina mengiring Faryal menjauhi Issac. Bila Issac ingin menyusul dia ditahan inspektor Rahim. Dia hanya dapat melihat isterinya itu dibawa pergi dengan tangan yang digari. Bila Faryal memusing dengan muka ketakutan, kemarahannya semakin meledak. Tangannya digempal kuat.
Melihat Faryal memasuki ke dalam kereta polis. Dia mengetap bibir menahan rasa. Melihat Faryal pusing sekian kali membuat dia rasa seperti seorang suami yang gagal melindungi isterinya. Maafkan abang sayang. Abang tak dapat melindungi Meen. Maafkan abang.
Gerald, awak pergi sana sekarang dengan Viya.” Arah Issac sebaik saja kereta yang dinaiki Faryal beransur pergi.
Dipaling pada Aviya pula yang sedang meitiskan air mata juga. “Telefon uncle Alex. Suruh dia jumpa dekat balai sekarang. Kunci.”

Tangan didepa kepada pemandunya. Tanpa lengah lelaki itu menghulur kunci kereta kepada Issac. Dengan muka yang tegang Issac membuka pintu bahagian pemandu. Baru saja dia ingin menutup pintu, tangan Aviya menghalang.
You nak pergi mana?” Soal Aviya resah.
I ada perhitungan yang perlu diselesaikan.” Enjin kereta dihidupkan Issac.
Aviya meraup rambutnya. Dia tahu Issac mahu bersemuka dengan Khaleed. “Izzat jangan buat benda bodoh boleh tak. Kita pergi balai sekarang. Ayal perlukan you sekarang ni.”

Aviya cuba membuat Issac menukar keputusannya. Saudaranya itu sedang marah. Bertindak pun mengikut perasaannya yang tidak tenteram.
Issac mendengus kasar. Dia merenung tajam Aviya. “Kalau I tak buat macam ni. Meen tak akan dilepaskan. So please don’t stop me.” Pintu ditutup kasar sebelum memandu pergi untuk membuat perhitungan dengan bapa mertuanya bernama Khaleed.
Aviya memandang kereta yang dipandu Issac memancut pergi. Dengan pantas dia memanggil Gerald.

“Awak bawa beberapa orang dan ikut dia sekarang. Saya akan pergi ke balai dengan yang lain. Saya yakin Izzat pergi ke Villa Nur untuk bertemu dengan Khaleed. Cepat.” Tanpa lengah Gerald dan beberapa pengawal peribadi memandu pergi mengikuti arahannya Aviya.
**
MMS yang diterima membuat Khaleed tersenyum hingga ke telinga. Senang hati dia melihat beberapa gambar yang dihantar kepadanya.

“Setiap perkahwinan pasti akan ada ombaknya. Ini hanya pukulan kecil untuk kau.” Beredekah-dekah Khaleed ketawa.
Ahdia yang baru menuruni tangga hairan melihat Khaleed sedang tersenyum dan ketawa seorang diri.

“Kenapa papa suka sangat ni?” Soal Ahdia.
Tengok ni.” Telefon bimbtnya disua kepada Ahdia.
Dengan penuh tanda tanya dia melihat apa yang terpampang diskrin telefon bimbit Khaleed. Terjungil mata Ahdia memandang Khaleed dan gambar itu sekali. Tercengang mulutnya tidak tahu apa yang mahu dikatakan.
Oh my god! Serius ke ni papa? When did this happen?” Bertalu-talu Ahdia bertanya.
Khaleed angguk kepalanya mengiakan pertanyaan Ahdia. “About half an hour ago. Sekarang mereka tahu siapa Khaleed. Bukan senang untuk tipu Khaleed.” Tuturnya dengan penuh bangga.
Mata Ahdia masih menilik gambar itu. Sungguh tidak percaya dia akan dapat melihat Faryal digari seperti itu. Sungguh bijak sekali lelaki yang dipanggil papa.

Wow! This really made my day. Papa you’re just amazing.” Dipeluk dan dikucup pipinya Khaleed. Gembira betul dengan berita itu.
Ofcourse. Tengoklah papa siapakan? Sekarang Faryal Shameena suspek utama bagi siasatan kemalangan yang menimpa Wanda Ivic. I bet she’s shaken right now.” Mereka berdua senyum herot. Masing-masing sudah membayangkan bagaimana Faryal bila disoal siasat nanti. Pasti dalam ketakutan.
Semua sudah berjalan seperti yang dirancangnya. Pertama sekali kemalangan Nek Wan. Selepas itu penangkapan Faryal. Apa pula langkah seterusnya? Tunggu dan lihat.
Telefon bimbit dihulur kembali kepada Khaleed.

“Sekarang papa nak buat apa?”

Dia yakin Khaleed mesti sudah rancang langkah seterusnya. Ingin juga dia tahu. Mana tahukan dia boleh membantu sekali. Lagipun melihat kejatuhan Faryal adalah impiannya sejak kecil lagi.
Khaleed memandang sekilas telefon bimbitnya sebelum disimpan ke dalam poket seluar. Dia berfikir sejenak jawapan untuk pertanyaan Ahdia. Dipandang Ahdia yang sedang menanti kata balasnya.

“Telefon semua kawan Dia. We’re going to celebrate.

Ahdia bersorak kesukaan. Kalau papanya kata ingin meraikan. Hanya satu tempat akan mereka tuju. Apalagi kalau bukan ke kelab malam.
Not so fast.
Baru saja mereka mahu melangkah untuk ke atas. Suara garau seorang tetamu yang tidak diundang kedengaran.
Buk!
Belum sempat Khaleed bertindak dia sudah terjelepok atas lantai bila satu tumbukan darat dimukanya dengan tiba-tiba. Ahdia yang terkejut dengan tindakan tetamu yang tidak diundang itu mendapatkan Khaleed.
Papa! Papa okay tak?” Soal Ahdia cemas. Risau dia melihat Khaleed tersungkur dan sekarang sedang memegang mukanya. Semakin panik Ahdia bila melihat Issac mencengkam bajunya Khaleed dan sekali lagi melepaskan pukulan dimuka papanya itu.
Dengan sekuat hati Ahdia menolak tubuhnya Issac tetapi gagal. Malah dengan satu tepisan dari Issac saja, dia sudah jatuh ke belakang. Sakit dipinggang janganlah cakap. Berkerut dahinya menahan kesakitan yang mula dirasai. Dipandang Issac yang merenung tajam Khaleed yang sedang tersenyum sinis.
Aku tahu kau dalang disebalik semua ini. Kau yang merancang kemalangannya Nek Wan dan perangkap Faryal. Setan kau.”

Dilepaskan tumbukan sekali lagi. Kalau boleh mahu saja dia melepaskan kemarahannya sehingga setan yang bertopengkan manusia itu mati. Tetapi memikirkan bahawa dia masih perlukan Khaleed untuk membebaskan Faryal dia terpaksa melupakan keinginannya itu.
Khaleed menggenggam erat tangannya Issac. Cuba melepaskan cengkaman anak muda itu tetapi gagal. Walaupun dia dapat merasa darah bila ditelan air liurnya dia masih mengukir senyuman yang sungguh menjengkelkan pada Issac.
Apa bukti yang kau ada untuk babitkan aku dengan kemalangan itu?”
“Kau tak perlu risau tentang bukti. Sekarang masalahnya adalah kau yang buat tuntutan itu dan aku beri kau satu peluang saja untuk menggugur tuntutan kau terhadap Faryal. Kalau tidak…”
Kalau tidak kau mahu bunuh aku?” Pintas Khaleed dengan berani. Ahdia yang memerhati dari tempatnya itu mula ketakutan kalau benar-benar Issac membunuh papanya itu.
Cengkaman baju Khaleed dipereratkan lagi. Ditarik Khaleed menghampirinya. Matanya tajam menikam anak matanya Khaleed.

“Aku mahu saja melakukannya. Tapi aku tak sudi kotorkan tangan aku dengan darah yang jijik seperti kau. Aku ada cara aku sendiri.” Ujar Issac dengan keras. Memang dia mempunyai caranya tersendiri tetapi menamatkan nyawa seseorang itu bukan salah satunya.
Apa? Kau nak lapor aku bunuh orang tua kau? Mana buktinya?”

Khaleed balas dengan riak muka yang tenang. Tetapi dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu betapa takutnya dia kalau anak lelakinya Eddy dan Kat mempunyai bukti untuk mengaitnya dengan kejadian yang menimpa mereka.
Tersenyum sinis Issac dengan pertanyaan bertubi-tubi Khaleed itu. Dia memang ada bukti untuk mengheret Khaleed ke penjara tetapi belum masa untuk dia melakukannya. Dia belum puas melihat Khaleed tersungkur didepan matanya sendiri. Dia pernah berjanji bahawa dia akan melupakan dendamnya terhadap Khaleed, tetapi apa yang dilakukan lelaki itu kepada Faryal sudah keterlaluan. Faryal kini isterinya, tanggungjawabnya dan dia tidak akan membenarkan sesiapa menyakiti bidadarinya itu.
Dimana atau apakah buktinya kau tak perlu tahu. Sekarang aku nak kau tarik balik semua tuntutan kau terhadap Faryal.” Arah Issac.
Kalau aku tak mahu?”

 Ahdia berkerut dengan kata balas papanya itu. Apa yang Issac ada yang boleh heret papa ke penjara?
Issac menarik muka Khaleed mendekatinya. “Kau akan tahu siapa cucu Tuan Kamil Arsyad ini sebenarnya, dan aku yakin kau tak akan suka walaupun sesaat.” Bisik Issac yang membuat bulu romanya Khaleed naik.
Tangan Issac mencapai telefon bimbit Khaleed yang terjatuh dari poket seluar semasa dia terjatuh mencium lantai. “Sekarang kau telefon inspektor Rahim dan beritahu dia apa yang patut kau katakan.” Sekali lagi Issac mengarah Khaleed.
Selalunya Issac boleh bersabar tetapi kini dia tidak dapat menahannya bila Khaleed tiada tanda-tanda mahu melakukan apa yang disuruhnya.

“Cepat! Atau kau nak lihat semua hasil titik peluh kau lesap dengan begitu saja? Dengan satu panggilan aku boleh melakukannya. Kau akan merempat ditepi jalan hanya dengan baju yang kau pakai sekarang ini.” Ugut Issac.
Ahdia sudah tidak senang hati bila Issac mengatakan sebegitu. Sudah dibayang dikepalanya kalau dia benar-benar kehilangan segala-galanya kerana kedegilan Khaleed. Tidak boleh dia bayangkan dirinya merempat ditepi jalan dengan pakaian yang dipakainya sekarang. Oh tidak!
So? Aku telefon atau kau?” Soal Issac dengan kening yang dijungkit.
Aku tak mahu!” Balas Khaleed enggan. Dia tidak mahu menarik apa yang telah dilakukannya. Dia tidak mahu menjilat ludahnya sendiri.
Issac menarik nafas yang dalam dengan kedegilan lelaki itu. Dari hujung mata dia melihat kelibat Ahdia yang kelihatan gelisah. Pandangannya beralih kepada Ahdia pula.
Ahdia mesti kau tak nak merempat tepi jalankan? Kau bayangkan tak ada kereta. Kredit kad semua dibekukan. Tiada lagi ke kelab malam. Tiada lagi shopping. Boleh ke kau hidup tanpa itu semua? Sanggupkah kau kehilangan semua itu kerana papa kau yang kepala batu ni?” Issac tersenyum dalam hati bila melihat Ahdia menggigit bibirnya, resah.
Perempuan seperti Ahdia yang sudah biasa hidup senang pasti tidak akan dapat membiasakan hidup tanpa kemewahan. Kalau gertakan dia kepada Khaleed tidak menjadi. Dia yakin gertakan dia kepada Ahdia adalah solusinya.
Papa, just do what he says.” Pinta Ahdia.
Khaleed menggeleng masih tidak mahu berganjak dari keputusannya. “No. Papa tak akan menarik balik tuntutan itu. Biarkan anak derhaka itu rasakan sakit derita kehilangan segala-galanya.”
Issac menumbuk Khaleed sekali lagi. “Dia tak akan hilang segala-galanya sebab aku Issac Daimaru akan pastikannya. Jadi kau nak telefon atau aku?”
Khaleed menelan air liurnya. Dibelakangnya Ahdia meminta dia melakukannya tetapi didalam fikiran dia mahu melakukan sebaliknya.
Papa please just do it. Takkan papa nak hilang semuanya? After everything you had to do.” Rintih Ahdia sekali lagi. Dia tidak mahu semua kerja keras mereka selama ini hilang begitu saja. Dia tidak mahu hidup papa kedana atau merempat ditepi jalan. Dia tidak mahu!
So?” Soal Issac kepada Khaleed buat sekian kalinya.
Teragak-agak Khaleed mencapai telefon bimbit yang berada dalam genggaman Issac. Ditekan nombor yang dicarinya dan mahu melekapnya ditelinga tetapi diarah Issac untuk membuka ‘speaker’ supaya diad apat mendengarinya. Setiap pergerakkan Khaleed diamati tajam oleh Issac yang masih tidak melepaskan cengkaman bajunya Khaleed.
Hello inspektor Rahim. Saya ni Khaleed Jamaluddin.” Ucap Khaleed sebaik saja talian bersambung. Dia memandang sekilas Issac didepannya.
Tuan Khaleed. Saya baru mahu menelefon bahawa Faryal Shameena sudah kami tahan dan sedang disoal siasat sekarang.” Inspektor Rahim membalas.
Sepasang mata hazel Issac menikamnya tidak celik. “Saya nak beritahu yang saya tak rasa kemalangan yang menimpa mertua saya Winda Ivic itu adalah angkaranya Faryal Shameena.”

Issac membuntangkan matanya menyuruh Khaleed teruskan kata-katanya bila tiada kata balas dari inspektor Rahim.
Malah saya yakin apa yang menimpa mertua saya itu hanya satu kemalangan saja, seperti yang dikatakan semua yang terlibat dalam kemalangan itu sebelum ini. Maafkan saya kerana memyusahkan inspektor.” Ucap Khaleed tanpa rasa gentar atau gugup disuaranya. Ahdia hanya mendengar perbualan itu. Tidak berani memasuki campur.
Baiklah. Kalau begitu Tuan Khaleed harus turun ke balai bagi menarik laporan yang dibuat tuan.” Issac memanjatkan syukur dengan jawapannya inspektor itu. Takut juga kalau inspektor itu akan banyak bertanya.
Khaleed angguk kepalanya walaupun tidak dapat dilihat inspektor Rahim dihujung talian. “Baiklah. Sebentar lagi saya datang. Maafkan saya sekali lagi inspektor sebab menyusahkan inspektor. Ini semua kerana sikap paranoia saya.” Ketawa kecil melepasi bibirnya. Lakonan yang mantap.
Tak mengapa tuan.Sebaik saja tuan menandatangani beberapa dokumen baru kami boleh membebaskan Puan Faryal.” Talian pantas dimatikan Khaleed.
Issac mencapai telefon bimbit itu dari genggaman Khaleed dan disimpannya dalam poket seluarnya. Dia menarik Khaleed supayay bangkit dari kedudukannya diatas lantai. Terdorong Khaleed dengan tindakan mendadak anak muda itu. Kakinya menikuti setiap langkah Issac keluar dari ruang tamu itu. Ahdia panik.
Kau nak bawa mana papa aku hah? Dia dah lakukan apa yang kau mahukan. Sekarang lepaskan dia.” Arah Ahdia bila melihat Issac mahu melangkah keluar dari Villa itu.
Issac memusing menghadap Ahdia. Dilirik sekilas sebelum pandangannya jatuh kepada Khaleed. “Kerja dia belum habis selagi Faryal belum keluar. Sekarang ikut aku ke balai kita selesaikan semua malam ini juga.” Dengan itu dia maju ke keretanya dengan Khaleed dalam genggaman. Ahdia pula menyoroti dibelakang.
Keluhan melepasi bibirnya Issac bila melihat Gerald dan beberapa pengawal peribadinya sedang menanti di tepi kereta. Diserahkan Khaleed kepada Gerald.

 “Kita ke balai sekarang.” Gerald angguk akur.
Dengan isyarat kepala, pengawal peribadi yang lain membawa Ahdia ke kereta yang lagi satu. Terkejut Ahdia dengan tindakan mereka itu. Issac masuk ke bahagian pemandu keretanya sementara Khaleed duduk dibelakang diawasi ketat oleh Gerald.
**
Issac menanti dengan sabar sebaik saja beberapa dokumen yang ditandatangan Khaleed diserah kepada inspektor Rahim. Khaleed bangkit dari kerusinya dan mendapatkan Ahdia. Dia sempat melihat Issac yang turut memerhatikannya.
“Abang!”

Tumpuan Issac terus beralih kepada kelibat Faryal sebaik suara isterinya itu kedengaran. Beberapa langkah Faryal sudah berada dalam dakapannya. Dipeluk erat Faryal yang sedang menangis teresak-esak didadanya.
It’s okay angel. I’m here.” Dikucup ubun-ubun Faryal sambil tangan naik mengusap-usap belakang isterinya itu.
Faryal mengangkat kepalanya. Issac menyeka air mata Faryal yang sedang mengalir dengan deras. Sayu hatinya melihat mata Faryal yang sembap dan muka yang kelihatan pucat.

“Meen ingat abang tak datang.” Balas Faryal dengan sendu.
Buat pertama kali dalam hidupnya dia berada dalam tahanan polis. Buat pertama kali dia digari dan dibawa pergi. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa takutnya dia bila berada dalam sebuah bilik seorang diri. Selalunya dia melihat adegan siasat-menyiasat melalui televisyen, tetapi bila terjadi kepada dirinya sendiri dia terus gelabah. Tidak tahu apa harus dilakukannya.
Issac mengucup dahinya Faryal. “Abangkan dah janji yang abang akan selesaikan masalah ini.”
Faryal angguk mengiakan. “Dan abang tepati janji. Terima kasih abang.” Ucap Faryal.

Dia bersyukur kerana Issac berada disisinya kini. Inikah salah satu maksud bahawa hanya Issac yang boleh menolongnya? Kalau benar memang dia bertuah sekali.
“Itu tanggungjawab abang. Tak perlu sayang ucapkan terima kasih. Kita balik okay.” Issac mengangkat kepalanya, dipandang Aviya dan Alex. Mereka angguk akur.
Ahdia yang melihat adegan pasangan suami isteri itu menjeling meluat. Tidak sangka musuhnya dari kecil itu mendapat lelaki seperti Issac sebagai pendamping hidup. Khaleed disebelah juga melakukan perkara yang sama. Mata merenung tajam pasangan muda itu. Membakar dia melihat dan mendengar perbualan mereka. Tetapi sebenarnya dia sedang menyembunyi senyumannya. Semua berjalan seperti dirancangnya. Sekarang apa yang penting. Faryal berada didepan matanya sekarang. Kambing hitam sudah keluarkan apa yang dicarinya selama ini.
Dia melangkah menghampiri mereka. Issac yang melihat kelibat Khaleed mendekat sepantas kilat menolak Faryal ke belakangnya. Tersembunyi dari penglihatan lelaki itu. Memang Khaleed itu bapa mertuanya, tetapi dia tidak pasti kalau lelaki itu berhak digelar sebegitu.
Khaleed berhenti tepat didepan Issac. Dilirik Faryal yang berada dibelakang Issac. Budak ni dah ada pembela nampaknya. Issac memandang tajam Khaleed didepannya. Sementara dibelakang dia dapat merasa tangan Faryal mencengkam erat pakaiannya.
“Tahniah atas perkahwinan kamu berdua. Semoga perkahwinan kamu berdua aman dan damai.” Ucap Khaleed dengan makna yang tersirat. Dia senyum herot dengan bibir yang sudah membengkak.
Issac gelak kecil.

“Terima kasih atas ucapannya papa. Saya janji akan jaga anak papa ni seperti nyawa saya sendiri. Seperti dilakukan papa sejak dulu lagi. Maaf sebab kami nikah tak jemput papa. Insyaallah majilis resepsi nanti akan kami jemput.” Balas Issac berbasa-basi. Tangannya dihulur untuk menyalami Khaleed.
Khaleed memandang tangan itu sebelum menyambutnya. Perlahan dia mendekati Issac tanpa melepas genggaman tangan mereka.

“Jangan ingat kau dah menang sebab ini hanya satu permulaan. Jaga isteri kamu baik-baik.” Bisik Khaleed sebelum menjarakkan dirinya. Tangan dilerai. Mereka berdua menikam mata satu sama lain. Dua-dua tidak mahu kalah. Dua-dua tahu pertarungan baru sahaja bermula.
Papa pergi dulu Ayal. Jangan lupa jenguk Nek Wan kamu dekat hospital. Mana tahu tak sempat nanti.” Tutur Khaleed sebelum melangkah pergi bersama Ahdia.
Faryal dibelakang mencengkam erat bajunya Issac yang berada dalam genggamannya. Entah mengapa mendengar kata-kata Khaleed kepada Issac membuat hatinya membara. Marah. Memikirkan Nek Wan yang terlantar dihospital membuat dia geram. Ini semua salah dia. Hanya dia.



8 comments:

  1. ish si issac bg diabetes+seram sejuk...khaleed bg sakit hati..waaa virus2..dlm dua gambar tu ade wid x? or maybe issac...tp takkanlh dia nk cederakan cucu tuan kamil arsyad..name pon jaws semua dia bhm...kesian ayal...x pe ur sweet husband ade...wahahaha good job kak^^

    ReplyDelete
  2. Best!! Best!! Best!! Cepat2 sambung Kak!

    ReplyDelete
  3. yela mai cepat sambunganya huhu x sabar dah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai dah upload nxt bab...In Sha Allah Mai akan upload lagi satu:B

      Delete