Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 28 November 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 66

Bab 66

Tangannya Faryal digenggam erat. Bau ubat-ubatan menusuk hidung mereka sebaik saja menjejak kaki membolos pintu automatis hospital. Faryal mengikut setiap langkahnya Issac memasuki ke dalam ruang hospital itu. Tangan Issac ditarik sedikit membuat lelaki yang dipanggil suami itu menunduk memandangnya. Dia menunjuk ke arah dua kelibat yang sedang menyandar tubuh mereka ditembok pemisah. Masing-masing dengan muka yang sugul.
Mereka padang sama sendiri sebelum menuju ke arah yang ditunjuk Faryal itu. Semakin mereka menghampiri Shariq yang mendegar derapan kaki mengangkat kepalanya. Terdiri tegak dia melihat adiknya itu. Fadi didepannya turut melakukan perkara yang sama.

Issac melepaskan tangannya Faryal. Tanpa lengah Faryal terus berlari ke dalam dakapan abang sulungnya itu. Rindu dia bersama Shariq sebenarnya. Walaupun kali terakhir mereka bersua muka hatinya disakiti, tetapi dia faham ketika itu fikiran abangnya sedang kacau.
“Maafkan abang Ayal. Maafkan abang.” Didakap erat tubuh adiknya dan dikucup dahinya Faryal seperti selalu.
Sejak malam dia melukai hati Faryal dia rasa bersalah. Bersalah kerana tidak mempercayai darah dagingnya sendiri. Tapi apa yang membuat dia semakin bersalah adalah tidak mengetahui keberadaan adiknya itu. Seperti orang gila dia mencari Faryal. Ditanya kepada semua yang dekat dengan Faryal tetapi semua tidak memberitahunya, malah memarahinya ada lagi. Sehinggalah Faizan memecahkan rahsia yang dipegang ketat mereka semua.
Bila Fadi menyampaikan berita bahawa Faryal berada dalam tahanan polis, dia benar-benar tidak sangka papanya akan bertindak sehingga begitu sekali. Kini dia sudah tahu semuanya, tentang apa yang telah berlaku. Dia sedar bahawa selama ini dia berada dipihak yang salah. Dia membela pihak yang menyakiti orang disekelilingnya dan menentang pihak yang benar. Sungguh kesal sekali dia kerana buta selama ini. Buta tidak lihat kejahatan lelaki yang dipanggil papa.
Fadi dan Issac yang tadi memerhati Shariq dan Faryal kini sedang berbincang sesama sendiri. Faryal meleraikan pelukan mereka. Ditayang senyuman kepada Shariq sambil menepuk-nepuk lembut pipi abangnya itu.

“Lain kali abang Riq buat macam begitu lagi. Tiada maaf bagimu.” Gurau Faryal. Tergelak kecil Shariq dibuatnya. Tangan Faryal dipipinya digapai lantas mengucup jari-jemari adiknya itu.
“Nek Wan macam mana abang?” Soal Faryal kepada Shariq.

Sempat dia pandang sekilas Fadi disebelah Shariq pula. Abang-abangnya memandang satu sama lain sebelum kembali menghadapnya.
“Nek Wan dekat dalam. Alhamdulillah dah tak kritikal. Abang Yan dan Zan dekat dalam. Pergilah masuk. Abang yakin Nek Wan sedang tunggu Ayal.” Tutur Shariq dengan senyuman nipis.
Bila doktor maklum kepada mereka bahawa Nek Wan sudah melepasi tahap kritikal, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukur dan lega sekali mereka semua.
Nek Wan memang kuat. Nek Wan tak akan menyerah selagi dia mampu bertahan. Ayal tahu Nek Wan tak akan tinggalkan Ayal seorang diri. Bisik hati kecil Faryal.
Baru saja dia mahu melangkah dia teringatkan sesuatu. “Abang Sham dan kak Din mana?” Hairan dia tidak melihat kelibat pembantu peribadi Nek Wan yang setia itu.
“Sham teman Din dekat wad. Doktor cakap inysaallah lusa dah boleh keluar.” Maklum Fadi kepada adiknya itu.
Faryal angguk sambil melepaskan nafas lega bila ketahui kecederaan Geraldine tidak seteruk yang disangkanya. Issac meletak tapak tanganya dibelakang Faryal bila isterinya itu memandangnya memberi isyarat mahu berjumpa dengan Nek Wan.

“Sayang masuk dulu. Abang ada perkara nak bincang dengan abang Riq dan Adi.” Faryal angguk akur.
Dia melangkah menuju ke depan pintu bilik dimana tempatnya Nek Wan sedang rehat. Tangannya terhenti apabila perasaan takut menguasainya. Takut untuk melihat Nek Wan terlantar tidak berdaya kerana dia sudah biasa melihat Nek Wan yang ligat ke sana sini.
Dipusing melihat Issac sedang berbincang rancak dengan Shayaan dan Fadi. Masing-masing dengan riak muka yang serius. Seperti dapat merasakan kegelisahan yang dirasai Faryal, Issac mengangkat kepalanya. Mata mereka bertembung. Senyuman manis terukir dibibir lantas diberi anggukkan kecil kepada Faryal memberi dorongan untuk mengambil langkah seterusnya.
Dengan nafas yang ditarik dalam dan mata yang dipejam seketika, Faryal rasa kuat kembali. Tangannya mendarat ditombol pintu dan memulasnya. Perkara pertama yang dilihatnya sebaik saja membuka pintu wad itu adalah kelibat abang kembarnya. Terdiri tegak mereka bila melihat Faryal membolos masuk.
Faizan mendapatkan Faryal sebaik saja pintu wad ditutup rapat. “Ayal tak apa-apakan? Mereka tak sakiti Ayalkan?” Tubuh Faryal ditilik Faizan.

Gila kepalang dia bila mengetahui Faryal ditangkap polis. Tidak dapat dia membayangkan adiknya itu diinterogasi macam-macam seperti ditontonnya ditelevisyen.
Faryal ketawa dengan sikap prihatin abangnya itu. “Aduh! Kenapa kau buat macam tu Sakit tau!” Marah Faizan bila kepalanya ditonjol oleh siapa lagi kalau bukan Shayaan.
“Sebab giliran aku pula. Sana.”

Ditolak sedikit tubuhnya Faizan yang masih menggosok-gosok kepalanya dan ditarik Faryal ke dalam dakapannya. Rasa tenang dia bila melihat Faryal berada didepannya kini. Tadi mahu saja dia ke balai polis untuk membela adiknya itu tetapi dihalang oleh Alex. Dikatanya bahawa Issac sedang menangani masalah itu.
Pada mulanya dia sangsi Issac dapat mengeluarkan Faryal tetapi bila melihat Faryal didepannya tanpa parut luka, dia sedar dia sudah salah faham dengan adik iparnya itu. Dia gelak dengan kebodohannya itu.
Sebaik saja pelukan terlerai. Mata Faryal jatuh kepada sekujur tubuh yang terlantar diatas katil. Mesin disana sini. Wayar pula melingkari keluar dari tubuh itu. Matanya Faryal mula berair melihat keadaan Nek Wan yang tidak berdaya itu. Kepala yang dibalut. Leher yang tersarung pendakap leher. Dadanya mula berombak. Selangkah demi selangkah dia ambil menghampiri Nek Wan, satu-persatu luka Nek Wan dapat dilihatnya dengan lebih jelas. Kaki kanan yang dibalut rapi. Pipi yang diciumnya setiap hari mempunyai jahitan yang panjang.
Setitik demi setitik air matanya mula mengalir. Rasa simpati dia melihat keadaan Nek Wan ketika itu. Punggungnya jatuh dikerusi yang berdekatan. Bibirnya digigit-gigit menahan perasaannya yang berkucar-kacir ketika itu.
Faizan dan Shayaan pula keluar dari ruang itu secara senyap. Mereka mahu memberi Faryal peluang untuk bersama Nek Wan. Pasti ada banyak yang ingin diluah Faryal pada saat itu.
Tangan Faryal terketar-ketar menyentuh jari-jemarinya Nek Wan. Perlahan digenggam tangan neneknya itu. Semakin deras air matanya merembes keluar. Tangan Nek Wan dibawa ke bibir dan dikucupnya lama.
“Maafkan Ayal Nek Wan. Maafkan Ayal. Ini semua salah Ayal. Kalau Ayal tak lari mesti ini semua takkan terjadi. Mesti Nek Wan tak terlantar disini. Mesti Nek Wan tak tanggung semua kesakitan ini. Maafkan Ayal Nek Wan.” Ucap Faryal teresak-esak.
Ini semua kerana dia. Kalau dia tidak lari mesti ini semua tidak terjadi. Kalau dia mengalah dengan memberi apa yang diinginkan Khaleed mesti ini semua tidak terjadi. Ini semus salah dia. Salah dia.
“Nek Wan kena kuat. Nek Wankan dah janji dengan Ayal, akan berada disamping Ayal sehingga semuanya selesai. Ayal perlukan Nek Wan. Ayal perlukan Nek Wan untuk menghadapi papa. Nek Wan kena lawan sakit untuk sembuh sepertimana Ayal akan lawan papa untuk kebahagiaan dan keadilan keluarga kita.” Suara Faryal keras.
Selama ini dia terlalu lemah sehingga Khaleed memanfaatkan setiap detik kelemahannya itu. Ini tidak akan berlaku lagi. Tidak akan.
Air mata yang mengalir disekanya kasar. Bibir diketap bila api kemarahannya meledak. “Ayal akan balas balik apa yang mereka lakukan kepada kita.” Dipandang raut wajah Nek Wan yang terlantar didepannya.
Dulu Ayal buta kerana menagih kasih sayang seorang papa tetapi sekarang Ayal dah tak kisah lagi. Kejahatan patut dibalas dengan kejahatan dan Ayal janji akan pastikan mereka semua rasa apa yang Ayal rasa selama ini. Ayal akan memastikannya.” Tegas Faryal walaupun tiada respon dari NekWan.
Dia tahu Nek Wan tidak akan suka dengan apa yang baru dikatakannya itu tetapi inilah janji kepada dirinya sendiri. Tiada lagi Faryal yang mengalah dan buta. Sekarang mereka akan tahu siapa sebenarnya Faryal Shameena.
Jaga kau Khaleed. Mimpi ngeri baru saja bermula.” Bisik Faryal dengan dada yang berombak kencang.
Tanpa Faryal sedari setiap tutur bicaranya sudah didengari Issac yang ingin memasuk tadi. Pintu yang dibuka sedikit ditutup kembali. Tubuh disandar di daun pintu. Kepala diangkat memandang siling dengan mata yang dipejam rapat. Nafas ditariknya dalam.
Dari apa yang dikatakan Faryal dia yakin isterinya itu tidak akan melepaskan Khaleed begitu saja. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan dilakukan Faryal kerana dia tidak pernah ketahui Faryal yang penuh amarah. Faryal inilah yang tidak dia ingini sama sekali. Tidak sama sekali.
**
Bingkai gambar dalam tangannya ditatap sekali lagi sebaik saja selesai perbualannya bersama Faryal. Bersyukur kerana Faryal tidak apa-apa. Risau dia apabila dapat berita bahawa Faryal ditahan pihak polis. Tetapi nasib baik Issac ada untuk menyelesaikannya. Dia banyak sekali berhutang budi kepada anak lelaki itu. Rasa bersalah dia atas kematian kedua orang tua anak muda itu masih bersarang dihati walaupun Issac tidak menyalahkannya lagi.
Menyatukan Issac dan Faryal sesuatu perkara bijak yang dilakukan mereka. Masing-masing mengisi kekurangan sama sendiri. Dia memandang sayu gambar dia bersama anak-anaknya itu. Kebahagiaan yang dirasai mereka semasa gambar itu dipetik hilang begitu saja. Rindu dia kepada senyuman dan tawa riang anak-anaknya. Bilalah dia akan bersama mereka semua tanpa apa-apa halangan?
Khaleed fikir dia sudah mati. Begitu juga Ahdia dan seluruh negeri. Dia tidak boleh bayangkan reaksi mereka bila ketahui dia masih bernafas lagi. Teringat dia kepada kakak kembarnya itu. Tidak banyak berita yang dia dapat dari Aairah. Tapi lebih bagus begitu. Dia tidak mahu kakak kembarnya itu terganggu kehidupannya hanya kerana masalah yang sedang dihadapinya.
Tuk! Tuk!
Pantas air mata disekanya. Pipi yang basah dilap kering dengan lengan bajunya. Kedengaran pintu terkuak dari luar. Dia berpaling. Senyuman secara automatis terlakar dibibirnya.
Mama buat apa tu?” Soal Shariq yang menghampiri Lutfiyah. Leher dipanjangkan ingin melihat apa yang sedang dipegang mamanya itu.
Lutfiyah senyum. Ditunjuk bingkai gambar yang berada diribanya. “Tengok gambar anak-anak mama yang nakal ni hah. Kenapa kamu tak balik Villa? Nanti papa kamu syak sesuatu.” Kata Lutfiyah risau.
Bahunya dipaut Shariq. “Don’t worry Riq dah tanganinya. Dah lewat ni kenapa mama tak tidur lagi?”
Tangan anak sulungnya yang berada dibahu ditepuk lembut. “Tak mengantuk. Jet lag kot. Macam mana Nek Wan?” Sudah acap kali dia bertanya soalan itu. Dari Faryal yang menelefonnya tadi sehingga Shariq yang sedang duduk bertenggek ditempat letak tangan sofa yang didudukinya.
Alhamdulillah semua stabil. Sekarang kita kena tunggu Nek Wan sedar saja. Zan dan Adi ada dekat sana jaga Nek Wan.” Balas Shariq.

Kalau boleh memang dia tidak mahu pulang sehingga satu-satu neneknya itu sedarkan diri. Walaupun dia tidak selalu menjenguk Nek Wan, dia tetap menyayangi wanita itu.
Riak wajah Lutfiyah berubah sayu memikirkan keadaan Nek Wan yang terlantar di hospital. “Mama teringin sangat jumpa Nek Wan.” Tutur Lutfiyah perlahan. Shariq menunduk kepalanya mengamati Lutfiyah yang sedang merenung bingkai gambar diriba.
Dia faham apa yang dilalui mamanya kini. Rasa sedih dan takut bercampur baur kerana orang yang tersayang sedang bertarung nyawa. Tambah lagi mamanya itu tak dapat melakukan apa-apa untuk satu-satu orang yang dipanggil mama.
Tetapi kini keselamatan Lutfiyah lebih penting dari segala-galanya. Takut juga kalau ada mata-mata Khaleed sedang mengawasi Nek Wan dihospital. Kedudukan mereka akan terancam kalau Khaleed tahu bahawa Lutfiyah masih hidup. Dia tidak sanggup kehilangan mamanya buat kali kedua.
Shariq mengeluh. “Nantilah Riq bincang dengan yang lain. Bahaya kalau mama keluar dari sini. Kita tak tahu kalau papa ada upah orang untuk mengawasi Nek Wan. We can’t take the risk at the moment.” Lutfiyah angguk kecil akur walaupun pada hakikatnya dia rasa terkilan. Dia faham dengan situasi mereka kini.
Suasana dibilik kembali sepi. Masing-masing sepi melayani perasaan sendiri. “Ma…” Panggil Shariq.
Hmm…” Kepala diangkat sedikit memandang anak lelakinya itu.
Tersenyum Lutfiyah bila Shariq menguntum senyuman manis padanya. Diperhatikan setiap tingkah anaknya itu. Dilirik tangannya yang kini berada dalam genggaman Shariq.
I’m glad you’re still here. Riq betul-betul tak sanggup kehilangan mama. I miss you.

Dikucup belakang tangan Lutfiyah syahdu. Tersentuh hati Lutfiyah dengan apa yang dilakukan Shariq. Pipi Shariq diusap lembut. Air liur yang tersekat dikerongkong cuba ditelannya. Nafas ditarik dalam.
Lambat-laun mama kena pergi juga. Kita hidup hanya sementara. Sebab itu dalam surat yang mama tulis kepada kamu. Mama suruh kamu berhenti jadi buaya darat dan cari perempuan yang boleh dibuat isteri. Kamu sudah jumpa belum calon yang sesuai?” Soal Lutfiyah dengan mata yang dikerdip meminta jawapan.
Shariq sengih macam kambing. Tidak akan pernah dia lupa permintaan terakhir Lutfiyah dalam surat yang diterimanya pada hari wasiat dibacakan. Salah satu permintaan Lutfiyah kepadanya adalah untuk henti bertukar pasangan dan mencari seorang calon untuk dijadikan isteri.
Pada mulanya memang dia bingung dengan apa yang diinginkan mamanya itu. Tetapi akhirnya dia faham juga apa yang dimaksudkan Lutfiyah. Selama ini dia sentiasa bertukar teman wanita macam menukar baju. Dia tidak tahu erti setia atau cinta. Sehinggalah dia menerima surat itu dan paling dia tidak sangka sekali, calon yang dicarinya itu berada didepan matanya selama ini. Cuma dia saja yang buta.
Tersipu Shariq tiba-tiba bila Lutfiyah merenungnya dengan mata yang nakal. “Dah.” Satu patah jawapan diberinya. Wajah gadis itu sudah dibayangnya.
Siapa?” Soal Lutfiyah kembali.
Shariq garu pipinya. “Nantilah. Belum tembak lagilah ma. Nanti dah tembak Riq beritahu mama.”
Lutfiyah senyum nipis. “Hmm…Tembak pun tembak. Lepas tu jangan ada Shima, Linda, Fina ke minah mana entah pula dekat pinggang kamu tu. Kalau tidak memang mama sebat kamu sekeliling pinggang.” Lutfiyah memberi amaran yang disambut gelak ketawa anak lelakinya itu.
**
Berdebar hati Faryal yang sedang duduk dibirai katil. Duduk salah. Berdiri salah. Kepala yang tidak gatal digaru tidak tahu apa yang harus dilakukannya. Tiba-tiba rasa gelisah memikirkan hanya dia dan Issac berada dirumah itu kini.
Pertama kali menjejak kaki ke dalam rumah Issac dia menjadi kaku. Gugup sebenarnya bila memikirkan yang sekarang dia sudah ada suami dan statusnya bukan lagi bujang, tetapi seorang isteri.
Kepala digaru sekali lagi sambil matanya menatap pintu bilik air yang ditutup rapat. Kedengaran pancutan air menandakan Issac belum selesai mandi. Telefon bimbit atas meja menjerit minta diangkat. Tersenyum Faryal melihat nama yang tertera di skrin telefon. Pantas disambung dan dilekap ke telinga.
Widayah! Rindu aku dengan kau!”
Assalammualaikum.” Ucap Widayah dihujung talian.
Faryal sengih sendiri sedar dengan kesalahannya. “Hehe…Waalaikumsalam. Teruja sangat tengok nama kau itu sebab aku macam keretapi tak ada brek. Kau sihat? Ibu dan ayah?”

Lama benar dia tidak berjumpa dengan Mak Limah dan Pak Halim. Bagaimana agaknya mereka sekarang ni?
Semua sihat. Kalau aku tak sihat pun mulut aku ni tetap jalan. Kau dekat mana ni sekarang? Abang Adi cakap tadi kau kena tahan dekat balai polis. Risau aku bila dapat tahu. Mereka tak apa-apakan kaukan?” Suara Widayah kedengaran cemas.
Faryal menuju ke pintu gelungsur di hujung bilik itu. “Alhamdullilah tak. Aku pun terperanjat. Baru balik sini saja kena tahan dengan polis. Pertama kali aku kena gari lepas tu masuk dalam kereta polis lagi. Lagi seram dari cerita hantu tau.”

Memang lagi seram dari cerita hantu. Nasib baik tak terkencing dekat seluar macam kecil-kecil dulu. Kalau tidak memang memalukan.
Nasib baiklah bos aka suami kau ada. Kalau tidak aku pun tak tahu apa yang akan terjadi.” Ujar Widayah tidak dapat membayang nasib kawan baiknya itu kalau tidak dapat dibebaskan.
Kedua-dua mengeluh. “Itulah…”
Aku terlupa pula nak ucap tahniah dekat kau atas perkahwinan kau dengan bos. Macam tak percaya aku yang kau dah jadi isteri orang. Nampaknya dah tak boleh lepak-lepak dengan aku macam selalulah ni.” Tertawa Faryal dengan ucapan Widayah.
Tapi memang ada betulnya juga apa yang Wid cakap. Sekarang aku dah kahwin. Kena utamakan suami. Kalau keluar rumah atau nak pergi mana-mana, kena minta izin dulu. Masa bujang dulu keluar rumah lepak dekat tempat beli-belah sampai malam pun hanya mama, ibu dan ayah akan bising. Tetapi sekarang kalau aku buat perangai masih bujang. Memang tak kena dengan status aku kini. Faryal garu kepalanya. Bingung.
Jarinya dipetik dan matanya dicelik besar bila satu idea difikirkannya. “Kau lepak dekat rumah akulah. Jimat duit tak payah keluar. Aku masakkan kau. Cakap saja kau nak makan apa nanti cef Faryal Shameena masakkan.” Tutur Faryal dengan bangga.
Betul ni?” Faryal mengangguk kepalanya walaupun tidak dapat dilihat Widayah.
Faryal menjauhkan telefon bimbit dari telinganya bila Widayah menjerit kesukaan. Boleh pekak telinga aku. “Bestnya! Tak sabar aku. Ada bagus juga kau kawhinkan. Mana laki kau?” Soal Widayah dengan hati yang senang.
Tengah mandi.” Dipusing melihat pintu bilik air yang masih tertutup rapat.
Kau dekat mana?”
Berkerut dahinya Faryal dengan soalan cepu emas kawan baiknya itu. “Dekat dalam biliklah Cik Widayah oi. Kenapa kau tanya banyak soalan ni?”
Kira kau dalam satu biliklah ni?”
Iyalah.” Jawab Faryal sudah tahu arah pertanyaan Widayah.
Kira kau orang tidur sekatillah ni?”
Senyuman nakal bermain dibibir Faryal. Jari telunjuk mengetuk dagu, memikir apa yang harus dijawabnya. “Hmm…Mungkin kot.” Dia pantas menekup mulut. Mesti terperanjat beruk Widayah sekarang.
“Mana ada mungkin-mungkin dalam bab ni Meena oi. Yes or no?” Soal Widayah lagi.
Faryal geleng kepala sudah arif dengan perangai Widayah yang tidak akan mengalah sehingga mendapat jawapan yang diinginkannya. “Kau ni banyak songehlah. Jantung aku ni tengah dup dap dup dap. Macam nak terputus fikirkan apa akan berlaku.” Tangannya melekap didadanya. Memang berdegup kencang jantungnya kini.
Maksud kau bab tut eh? Kau tak payah takut. Aku tak rasa laki kau akan paksa kau malam ni. Kalau dia nak juga kau lempeng sama dia.” Gelak kecil Faryal memikirkan bagaimana kalau dia benar-benar lempeng Issac. Memang kena satu strike dari Allah.
Lempeng-lempeng juga. Dia suami aku isteri. Isteri kena dengar cakap suami kalau tak berdosa. Kalau dia nak tut juga…”
Ayal akan bagi.” Tergamam Faryal bila telefon bimbitnya dirampas. Oleh siapa lagi kalau bukan Issac.
Bila masa pula dia keluar bilik air ni? Aku tak dengar pun? Dilihat Issac mengenyit mata kepadanya.
Eh bos! Lama tak dengar suara.” Widayah dihujung talian sedikit gugup bila suara Faryal berubah garau.
Issac bercekak pinggang sambil mengamati Faryal yang tersipu malu didepannya. “Cik Widayah oi. Sekarang bukan dekat pejabat. Tak payah nak panggil saya bos. Panggil Izzat cukup.” Dia senyum nakal tahu benar mengapa Faryal sedang memandang ke luar pintu gelungsur.
Alah. Kekoklah lidah ni bos.” Balas Widayah rasa kekok bila harus memanggil bosnya dengan nama.
Saya potong gaji awak kang.” Ugut Issac.
Iya-iya saya panggil awak Izzat. Kalau awak potong gaji saya habis kena sound dengan Mak Limah nanti. Ayal mana bos? Senyap saja.” Dia dapat melihat Faryal curi-curi pandangnya.
Ada dekat sebelah ni. Terperanjat sebab saya datang mengejut. Okaylah Wid. Saya dan isteri saya nak berbulan madu. Awak tu tak lama lagi akan merasakannya juga dengan Adi. Nanti Meen boleh beri awak tips.” Gurauan Issac disambut pukulan Faryal dilengannya. Muncung Faryal bila Issac berkata begitu tambah lagi dengan kawan baiknya itu. Habislah dia kalau jumpa dengan Widayah nanti.
Meen? Siapa Meen?” Tanya Widayah hairan.
Meenalah, kawan baik awak tu. Okay Wid. Saya nak letak ni. Besok jangan lupa masuk kerja. Tangan awak yang patah bukan mulut. Sayang cakap selamat malam dekat Wid.” Telefon bimbit disua kepada Faryal. Butang speaker ditekannya.
Kaget sebentar Faryal bila Issac mendekati telefon bimbit kepadanya. “Besok aku telefon kau.”
Belum sempat Faryal sambung Issac sudah pintas terlebih dahulu. “Untuk beritahu awak tentang apa yang berlaku malam ni. Aduh. Sakitlah sayang.” Faryal membuntang matanya sebaik saja memberi sepit ketamnya diperut Faizal yang terdedah.
Pantas telefon bimbit ditangan Issac ditarik menghampirinya. “Jangan dengar cakap dia ni. Kirim salam ibu ayah tau. Insyaallah bila aku senang aku singgah rumah kau.”
Faryal menekup mulutnya Issac bila melihat suaminya itu ingin mengatakan sesuatu. Issac menepis. Dia melekapnya kembali. “Hmm…iyalah-iyalah. Jangan nakal-nakal. Jangan kasar-kasar. Jangan terburu-buru nanti melepas pula.” Usik Widayah yang mendengar suara bisik-bisik dihujung talian.
Okay Wid. Bye. Assalammualaikum.” Ucap Faryal pantas. Talian dimatikan sebelum Issac dapat bersuara.
Issac gelak kecil. Telefon bimbit diberi kembali pada Faryal lantas menuju ke almari untuk mengenakan baju tidurnya. “Nasib baiklah dekat negeri ni hanya ada satu Widayah Halim. Kalau tidak memang huru-hara dibuatnya. Macam mana Adi boleh jatuh cinta dengan dia?” Soal Issac sambil mengeluarkan baju dari almari.
Cik abang. Cinta itu universal. Kalau abang nak tahu. Abang Adi suka dengan Wid sebab mulut dia yang tak tahu diam tu.” Balas Faryal. Tuala yang tadi tersarung dipinggang suaminya itu digantung ditempat penyidai.
Iya ke?” Soal Issac yang sedang menyarung baju ke tubuhnya.
Faryal angguk. Dia membelakangi Issac tidak berani melihat tubuh suaminya itu. Boleh kena serangan jantung aku dibuatnya. Dia berlengah-lengah ditempat menyidai.
Abang Adi cakap. Apa yang dia tertarik sangat dengan Wid sebab Wid tu kalau cakap tak ada hentinya. Kalau cakap kadang-kala tu terbabas terus. Kira straight forward. Jujur. Itu sebab abang Adi suka dengan Wid.” Jelas Faryal panjang. Memang semua orang hairan bagaimana lelaki seperti Fadi boleh jatuh cinta dengan perempuan yang tidak boleh henti bercakap seperti Widayah. Pot pet pot pet dua puluh empat jam.
Issac yang sudah selesai berpakaian keluar dari sebalik ruang pakaian itu. Dihampiri Faryal yang berada disisi penyidai. “Ahh…Kalau Adi suka dengan mulut bertih Wid. Angel abang ni suka apa tentang abang?” Soal dia ingin tahu.
Faryal berpaling menghadap Issac. “Betul nak tahu?” Jari telunjuk naik menginginkan kepastian. Issac angguk mengiakan pertanyaan Faryal.
Cuba abang senyum.” Pinta Faryal.
Ternaik keningnya Issac dengan permintaan Faryal. “Kenapa pula?”
Senyum sajalah.” Rasa sedikit ragu dan bila melihat muka comel isterinya itu dia akhirnya akur. Meleret senyuman hingga ke telinga.
Faryal pun terikut tersenyum melihat senyuman yang berjangkit Issac itu. “Ini.” Ditunjuk kedua-dua lesung pipit dipipi suaminya itu.
Ini yang Meen suka tentang abang. These dimples are pure cute. Geram!” Tanpa disangka Issac, Faryal mencubit kuat kedua belah pipinya.
Sakitlah sayang.” Adu Issac sambil memegang tangannya Faryal. Issac masih dengan senyuman sementara Faryal dengan tawanya yang masih bersisa. Suka dia melihat lesung pipit Issac.
Sayang kita tidur. Abang ngantuklah sayang.” Ditarik Faryal menuju ke katil. Namun langkahnya terhenti bila Faryal tidak berganjak. Dipusing melihat Faryal yang membatukan diri.
Faryal menelan air liurnya. Alamak macam mana ni? “Err…abang tidurlah dulu. Meen tak mengantuk lagi.” Dalih Faryal sedikit gugup.
Mata Issac mengamati Faryal. Setiap kali mata mereka bertembung Faryal akan melarikannya terlebih dahulu. Bibirnya diherotkan.

“Kalau macam begitu abang teman Meen sampai sayang mengantuklah.”
Laju kepala Faryal menggeleng. “Tak apa. Abang tidur dulu. Nanti Meen tidur.” Ditolak tubuhnya Issac menuju ke katil.
I won’t hurt you.
Terhenti aksi tolak menolak Faryal. “Huh?”
Issac mendekati Faryal. Kepala ditunduk sedikit. Dagu Faryal ditarik menghadapnya. Tidak berkelip mata Faryal memandangnya. “I won’t force you into doing something you don’t want to. I’m not a bad person you know angel. Come.” Tangan Faryal dicapainya sekali lagi. Kali ini kaki Faryal mengikut saja langkahnya Issac ke katil.
Issac menarik gebar lantas menyuruhnya baring. Seperti terpukau dia melakukannya tanpa sembarang bantahan. Sebaik saja kepalanya selamat mendarat atas bantal. Issac duduk dibirai kati. Gebar yang ditarik tadi kini menyelubungi tubuh Faryal.
Mata Faryal memerhatikan Issac didepannya. “Tidur. Jangan fikir sangat. Sekarang tidur. Lepas ni banyak perkara yang harus kita lakukan.” Gebar diperbetulkan Issac. Dahi Faryal dikucupnya sebelum bangkit dan mahu melangkah pergi.
Baru dia mahu pergi tangannya dicapai Faryal. Dia pusing melihat Faryal. “Abang nak pergi mana?” Soal isterinya polos.
Sayang tidur. Abang tidur bilik sebelah.” Dia tahu Faryal masih belum sedia dengan semua ini dan dia tidak mahu memaksa.
Faryal geleng kepala. Dia bangkit dari pembaringannya tadi. “Tak payah. Abang tidur sebelah Meen. Tempat seorang suami disisi isterinya. Jadi tempat abang dekat sini. Sebelah Meen.” Ditepuk ruang kosong disebelah.
Tapi sayangkan belum bersedia. Nanti abang terkam sayang macam mana?” Gurau Issac.
Kalau abang terkam Meen. Meen lempeng abang hidup-hidup.” Balas Faryal dengan sahaja.
Issac memanjat juga ke sebelah Faryal. “Ganasnya isteri abang ni.” Usik Issac. Bantal diperbetulkan. Faryal menjeling sebelum kembali mendarat kepalanya atas bantal.
Mata Faryal memandang siling cuba berlagak tenang. Tetapi hanya Tuhan saja yang tahu betapa kencang degupan jantungnya kini. Dia dapat merasa katil bergoyang dengan setiap gerakan suaminya itu.
Abang peluk Meen bolehkan?”

Terhenti jantung Faryal dengan pertanyaan Issac. Dilirik Issac yang sedang baring menghadapnya. Tambah lagi dengan muka yang boleh tahan gatalnya. Akhirnya Faryal angguk jua.
Jerit riang hatinya Issac dengan persetujuan Faryal. Tanpa lengah tangannya mendarat di pinggang isterinya itu. Senyuman tidak lekang dari bibir. Dipandang tepi mukanya Faryal. Ditilik setiap bentuk dan lekuk wajah isterinya itu. Dulu dia hanya dapat melihat dari jauh. Tetapi dengan dekat dia dapat melihat segala-galanya, termasuk tahi lalat dileher jinjang Faryal.
Abang…”
Hmm…”
Lepas ni kita nak buat apa?” Soal Faryal. Dia sedang berfikir apa yang harus dilakukannya untuk mendapatkan keadilan untuk Nek Wan.
Terangkat kepala Issac dengan pertanyaan itu. Keningnya bertaut memandang Faryal. “Maksud sayang?” Tangan menongkat kepalanya.
Jari-jemari Faryal menguis-nguis hujung gebar. “Tentang papa.” Mata mereka bersambung. Issac menarik nafas dalam, faham.
Tangan Faryal diatas gebar dicapainya. “Lepas ni kita harus lebih berhati-hati. Kita tak tahu senjata apa yang akan dia keluarkan. Dia sudah dapat Meen depan mata dia. Apa yang abang tahu dia tak akan duduk diam selagi tak dapat apa yang dia inginkan.” Iaitu keseluruhan harta kekayaan keluarga Lutfiyah. Sambung Issac dalam hati. Faryal angguk faham.
Besok abang pergi kerja ke?” Badan diiring menghadap Issac yang angguk mengiakan pertanyaannya itu.
Kenapa? Sayang tak nak abang pergi ke?” Soal Issac nakal.

Kepala darat kembali ke bantal. Tangan pula melingkari pinggangnya Faryal kembali. Dia mengengsot mengurangkan jarak antara mereka.
Tangan Faryal melekap didada Issac. “Tak. Abang pergilah. Meen nak teman Nek Wan dekat hospital. Kasihan Nek Wan sendirian.”

 Berat hatinya tadi mahu meninggalkan Nek Wan seorang diri. Tetapi bila sudah acap kali dipujuk abang-abangnya dan juga Issac, dia akhirnya akur untuk pulang.
Iyalah. Tapi mulai esok ke mana saja sayang pergi. Gerald kena ikut.”
Termasuk dalam tandas ke?” Tanya Faryal dengan senyuman nakal.
Issac mencubit hidung tak mancungnya Faryal. “Kalau untuk menjamin keselamatan sayang. Then yes including the ladies.
Kalau Gerald masuk dalam ladies dia kena buat make over dulu. Rambut botak kena pakai rambut palsu. Lepas tu pakai skirt atau lebih senang jubah. Mesti lawakan Gerald. Hehehe…
Kenapa ni senyum-senyum. Mesti tengah fikir Gerald tukar jadi Geraldinekan?” Tebak Issac sambil jari telunjuk digawang-gawang dimukanya Faryal.
Macam mana abang tahu? Abang pasang spy eh?” Jari telunjuk dia juga digawang-gawang dimukanya Issac. Berlawan jari-jemari mereka.
Meenkan isteri abang. Semua rahsia sayang ada dalam poket abang.” Tutur Issac dengan penuh bangga.
Tapi senyuman bangganya perlahan-lahan mati bila Faryal menilik-nilik badannya. “Apa yang sayang cari-cari tu? Gelilah sayang.” Tergelak dia bila tangan Faryal menjalar-jalar badannya mencari sesuatu.
Faryal berdecit sambil menepis tangan Issac yang sedang menghindari apa yang dia sedang dilakukannya. “Poket abanglah. Meen nak curi semua rahsia tu. Sekarang Meen dah tahu satu rahsia abang.” Issac menjungkit keningnya meminta Faryal menyambung kata-katanya.
Issac menelan air liur melihat senyuman nakal Faryal. “Ini.” Pantas jari-jemari Faryal bergerak diperutnya Issac. Galak dia menggeletek suaminya itu.
Terjerit-jerit Issac kegelian yang amat. Inilah kelemahannya. Dia tidak boleh tahan kalau digeletek terutama sekali dibadannya. Seperti sekarang ini.

“Gelilah sayang.”

Bila dia mengelak Faryal mendapatkannya. Riuh bilik tidur itu dengan gelak ketawa mereka. Semoga kebahagiaan yang dirasakan mereka kini akan untuk selama-lamanya.





4 comments:

  1. sweet!!!!!!!! kak..bukak byk kali tau hr ni...hmm go faryal..jd jht sekali-sekala...wahahhahahaha...kesian nek wan...riq...tembak geraldine cept2 hihi good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sebab adik buka byk kali hari ini dan lame juga Mai tak update..Mai upload lagi satu bab hari ini:B

      Delete
  2. kak, kak ada tertuka nama izzat dgn faizal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...Nasib baik adik bilang..Tq sbb beritahu..Mai dah tukar dah:B

      Delete