Bab
66
Tangannya
Faryal digenggam erat. Bau ubat-ubatan menusuk hidung mereka sebaik
saja menjejak kaki membolos pintu automatis hospital. Faryal mengikut
setiap langkahnya Issac memasuki ke dalam ruang hospital itu. Tangan
Issac ditarik sedikit membuat lelaki yang dipanggil suami itu
menunduk memandangnya. Dia menunjuk ke arah dua kelibat yang sedang
menyandar tubuh mereka ditembok pemisah. Masing-masing dengan muka
yang sugul.
Mereka
padang sama sendiri sebelum menuju ke arah yang ditunjuk Faryal itu.
Semakin mereka menghampiri Shariq yang mendegar derapan kaki
mengangkat kepalanya. Terdiri tegak dia melihat adiknya itu. Fadi
didepannya turut melakukan perkara yang sama.
Issac
melepaskan tangannya Faryal. Tanpa lengah Faryal terus berlari ke
dalam dakapan abang sulungnya itu. Rindu dia bersama Shariq
sebenarnya. Walaupun kali terakhir mereka bersua muka hatinya
disakiti, tetapi dia faham ketika itu fikiran abangnya sedang kacau.
“Maafkan
abang Ayal. Maafkan abang.” Didakap erat tubuh adiknya dan dikucup
dahinya Faryal seperti selalu.
Sejak
malam dia melukai hati Faryal dia rasa bersalah. Bersalah kerana
tidak mempercayai darah dagingnya sendiri. Tapi apa yang membuat dia
semakin bersalah adalah tidak mengetahui keberadaan adiknya itu. Seperti
orang gila dia mencari Faryal. Ditanya kepada semua yang dekat dengan
Faryal tetapi semua tidak memberitahunya, malah memarahinya ada lagi.
Sehinggalah Faizan memecahkan rahsia yang dipegang ketat mereka semua.
Bila
Fadi menyampaikan berita bahawa Faryal berada dalam tahanan polis,
dia benar-benar tidak sangka papanya akan bertindak sehingga begitu sekali.
Kini dia sudah tahu semuanya, tentang apa yang telah berlaku. Dia
sedar bahawa selama ini dia berada dipihak yang salah. Dia membela
pihak yang menyakiti orang disekelilingnya dan menentang pihak yang
benar. Sungguh kesal sekali dia kerana buta selama ini. Buta tidak
lihat kejahatan lelaki yang dipanggil papa.
Fadi
dan Issac yang tadi memerhati Shariq dan Faryal kini sedang berbincang sesama sendiri.
Faryal meleraikan pelukan mereka. Ditayang senyuman kepada Shariq
sambil menepuk-nepuk lembut pipi abangnya itu.
“Lain kali abang Riq buat macam begitu lagi. Tiada maaf bagimu.” Gurau Faryal. Tergelak kecil Shariq dibuatnya. Tangan Faryal dipipinya digapai lantas mengucup jari-jemari adiknya itu.
“Lain kali abang Riq buat macam begitu lagi. Tiada maaf bagimu.” Gurau Faryal. Tergelak kecil Shariq dibuatnya. Tangan Faryal dipipinya digapai lantas mengucup jari-jemari adiknya itu.
“Nek
Wan macam mana abang?” Soal Faryal kepada Shariq.
Sempat dia pandang sekilas Fadi disebelah Shariq pula. Abang-abangnya memandang satu sama lain sebelum kembali menghadapnya.
Sempat dia pandang sekilas Fadi disebelah Shariq pula. Abang-abangnya memandang satu sama lain sebelum kembali menghadapnya.
“Nek
Wan dekat dalam. Alhamdulillah dah tak kritikal. Abang Yan dan Zan
dekat dalam. Pergilah masuk. Abang yakin Nek Wan sedang tunggu Ayal.”
Tutur Shariq dengan senyuman nipis.
Bila
doktor maklum kepada mereka bahawa Nek Wan sudah melepasi tahap
kritikal, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa bersyukur dan lega sekali mereka
semua.
Nek
Wan memang kuat. Nek Wan tak akan menyerah selagi dia mampu bertahan.
Ayal tahu Nek Wan tak akan tinggalkan Ayal seorang diri. Bisik hati
kecil Faryal.
Baru
saja dia mahu melangkah dia teringatkan sesuatu. “Abang Sham dan
kak Din mana?” Hairan dia tidak melihat kelibat pembantu peribadi
Nek Wan yang setia itu.
“Sham
teman Din dekat wad. Doktor cakap inysaallah lusa dah boleh keluar.”
Maklum Fadi kepada adiknya itu.
Faryal
angguk sambil melepaskan nafas lega bila ketahui kecederaan Geraldine
tidak seteruk yang disangkanya. Issac meletak tapak tanganya dibelakang
Faryal bila isterinya itu memandangnya memberi isyarat mahu berjumpa
dengan Nek Wan.
“Sayang masuk dulu. Abang ada perkara nak bincang dengan abang Riq dan Adi.” Faryal angguk akur.
“Sayang masuk dulu. Abang ada perkara nak bincang dengan abang Riq dan Adi.” Faryal angguk akur.
Dia
melangkah menuju ke depan pintu bilik dimana tempatnya Nek Wan sedang
rehat. Tangannya terhenti apabila perasaan takut menguasainya. Takut
untuk melihat Nek Wan terlantar tidak berdaya kerana dia sudah biasa
melihat Nek Wan yang ligat ke sana sini.
Dipusing
melihat Issac sedang berbincang rancak dengan Shayaan dan Fadi.
Masing-masing dengan riak muka yang serius. Seperti dapat merasakan
kegelisahan yang dirasai Faryal, Issac mengangkat kepalanya. Mata mereka
bertembung. Senyuman manis terukir dibibir lantas diberi anggukkan
kecil kepada Faryal memberi dorongan untuk mengambil langkah seterusnya.
Dengan
nafas yang ditarik dalam dan mata yang dipejam seketika, Faryal rasa
kuat kembali. Tangannya mendarat ditombol pintu dan memulasnya.
Perkara pertama yang dilihatnya sebaik saja membuka pintu wad itu
adalah kelibat abang kembarnya. Terdiri tegak mereka bila melihat
Faryal membolos masuk.
Faizan
mendapatkan Faryal sebaik saja pintu wad ditutup rapat. “Ayal tak
apa-apakan? Mereka tak sakiti Ayalkan?” Tubuh Faryal ditilik
Faizan.
Gila kepalang dia bila mengetahui Faryal ditangkap polis. Tidak dapat dia membayangkan adiknya itu diinterogasi macam-macam seperti ditontonnya ditelevisyen.
Gila kepalang dia bila mengetahui Faryal ditangkap polis. Tidak dapat dia membayangkan adiknya itu diinterogasi macam-macam seperti ditontonnya ditelevisyen.
Faryal
ketawa dengan sikap prihatin abangnya itu. “Aduh! Kenapa kau buat
macam tu Sakit tau!” Marah Faizan bila kepalanya ditonjol oleh
siapa lagi kalau bukan Shayaan.
“Sebab
giliran aku pula. Sana.”
Ditolak sedikit tubuhnya Faizan yang masih menggosok-gosok kepalanya dan ditarik Faryal ke dalam dakapannya. Rasa tenang dia bila melihat Faryal berada didepannya kini. Tadi mahu saja dia ke balai polis untuk membela adiknya itu tetapi dihalang oleh Alex. Dikatanya bahawa Issac sedang menangani masalah itu.
Ditolak sedikit tubuhnya Faizan yang masih menggosok-gosok kepalanya dan ditarik Faryal ke dalam dakapannya. Rasa tenang dia bila melihat Faryal berada didepannya kini. Tadi mahu saja dia ke balai polis untuk membela adiknya itu tetapi dihalang oleh Alex. Dikatanya bahawa Issac sedang menangani masalah itu.
Pada
mulanya dia sangsi Issac dapat mengeluarkan Faryal tetapi bila
melihat Faryal didepannya tanpa parut luka, dia sedar dia sudah salah
faham dengan adik iparnya itu. Dia gelak dengan kebodohannya itu.
Sebaik
saja pelukan terlerai. Mata Faryal jatuh kepada sekujur tubuh yang
terlantar diatas katil. Mesin disana sini. Wayar pula melingkari
keluar dari tubuh itu. Matanya Faryal mula berair melihat keadaan Nek
Wan yang tidak berdaya itu. Kepala yang dibalut. Leher yang tersarung
pendakap leher. Dadanya mula berombak. Selangkah demi selangkah dia
ambil menghampiri Nek Wan, satu-persatu luka Nek Wan dapat dilihatnya
dengan lebih jelas. Kaki kanan yang dibalut rapi. Pipi yang diciumnya
setiap hari mempunyai jahitan yang panjang.
Setitik
demi setitik air matanya mula mengalir. Rasa simpati dia melihat
keadaan Nek Wan ketika itu. Punggungnya jatuh dikerusi yang
berdekatan. Bibirnya digigit-gigit menahan perasaannya yang
berkucar-kacir ketika itu.
Faizan
dan Shayaan pula keluar dari ruang itu secara senyap. Mereka mahu
memberi Faryal peluang untuk bersama Nek Wan. Pasti ada banyak yang
ingin diluah Faryal pada saat itu.
Tangan
Faryal terketar-ketar menyentuh jari-jemarinya Nek Wan. Perlahan
digenggam tangan neneknya itu. Semakin deras air matanya merembes
keluar. Tangan Nek Wan dibawa ke bibir dan dikucupnya lama.
“Maafkan
Ayal Nek Wan. Maafkan Ayal. Ini semua salah Ayal. Kalau Ayal tak lari
mesti ini semua takkan terjadi. Mesti Nek Wan tak terlantar disini.
Mesti Nek Wan tak tanggung semua kesakitan ini. Maafkan Ayal Nek
Wan.” Ucap Faryal teresak-esak.
Ini
semua kerana dia. Kalau dia tidak lari mesti ini semua tidak terjadi.
Kalau dia mengalah dengan memberi apa yang diinginkan Khaleed mesti
ini semua tidak terjadi. Ini semus salah dia. Salah dia.
“Nek
Wan kena kuat. Nek Wankan dah janji dengan Ayal, akan berada
disamping Ayal sehingga semuanya selesai. Ayal perlukan Nek Wan. Ayal
perlukan Nek Wan untuk menghadapi papa. Nek Wan kena lawan sakit
untuk sembuh sepertimana Ayal akan lawan papa untuk kebahagiaan dan
keadilan keluarga kita.” Suara Faryal keras.
Selama
ini dia terlalu lemah sehingga Khaleed memanfaatkan setiap detik
kelemahannya itu. Ini tidak akan berlaku lagi. Tidak akan.
Air
mata yang mengalir disekanya kasar. Bibir diketap bila api
kemarahannya meledak. “Ayal akan balas balik apa yang mereka
lakukan kepada kita.” Dipandang raut wajah Nek Wan yang terlantar
didepannya.
“Dulu
Ayal buta kerana menagih kasih sayang seorang papa tetapi sekarang
Ayal dah tak kisah lagi. Kejahatan patut dibalas dengan kejahatan dan
Ayal janji akan pastikan mereka semua rasa apa yang Ayal rasa selama
ini. Ayal akan memastikannya.” Tegas Faryal walaupun tiada respon
dari NekWan.
Dia
tahu Nek Wan tidak akan suka dengan apa yang baru dikatakannya itu
tetapi inilah janji kepada dirinya sendiri. Tiada lagi Faryal yang
mengalah dan buta. Sekarang mereka akan tahu siapa sebenarnya Faryal
Shameena.
“Jaga
kau Khaleed. Mimpi ngeri baru saja bermula.” Bisik Faryal dengan dada
yang berombak kencang.
Tanpa
Faryal sedari setiap tutur bicaranya sudah didengari Issac yang ingin
memasuk tadi. Pintu yang dibuka sedikit ditutup kembali. Tubuh
disandar di daun pintu. Kepala diangkat memandang siling dengan mata
yang dipejam rapat. Nafas ditariknya dalam.
Dari
apa yang dikatakan Faryal dia yakin isterinya itu tidak akan
melepaskan Khaleed begitu saja. Dia sendiri tidak tahu apa yang akan
dilakukan Faryal kerana dia tidak pernah ketahui Faryal yang penuh
amarah. Faryal inilah yang tidak dia ingini sama sekali. Tidak sama sekali.
**
Bingkai
gambar dalam tangannya ditatap sekali lagi sebaik saja selesai
perbualannya bersama Faryal. Bersyukur kerana Faryal tidak apa-apa.
Risau dia apabila dapat berita bahawa Faryal ditahan pihak polis.
Tetapi nasib baik Issac ada untuk menyelesaikannya. Dia banyak sekali
berhutang budi kepada anak lelaki itu. Rasa bersalah dia atas
kematian kedua orang tua anak muda itu masih bersarang dihati
walaupun Issac tidak menyalahkannya lagi.
Menyatukan
Issac dan Faryal sesuatu perkara bijak yang dilakukan mereka.
Masing-masing mengisi kekurangan sama sendiri. Dia memandang sayu
gambar dia bersama anak-anaknya itu. Kebahagiaan yang dirasai mereka
semasa gambar itu dipetik hilang begitu saja. Rindu dia kepada
senyuman dan tawa riang anak-anaknya. Bilalah dia akan bersama mereka
semua tanpa apa-apa halangan?
Khaleed
fikir dia sudah mati. Begitu juga Ahdia dan seluruh negeri. Dia tidak
boleh bayangkan reaksi mereka bila ketahui dia masih bernafas lagi.
Teringat dia kepada kakak kembarnya itu. Tidak banyak berita yang dia
dapat dari Aairah. Tapi lebih bagus begitu. Dia tidak mahu kakak
kembarnya itu terganggu kehidupannya hanya kerana masalah yang sedang
dihadapinya.
Tuk!
Tuk!
Pantas
air mata disekanya. Pipi yang basah dilap kering dengan lengan
bajunya. Kedengaran pintu terkuak dari luar. Dia berpaling. Senyuman
secara automatis terlakar dibibirnya.
“Mama
buat apa tu?” Soal Shariq yang menghampiri Lutfiyah. Leher
dipanjangkan ingin melihat apa yang sedang dipegang mamanya itu.
Lutfiyah
senyum. Ditunjuk bingkai gambar yang berada diribanya. “Tengok
gambar anak-anak mama yang nakal ni hah. Kenapa kamu tak balik Villa?
Nanti papa kamu syak sesuatu.” Kata Lutfiyah risau.
Bahunya
dipaut Shariq. “Don’t
worry Riq dah tanganinya.
Dah lewat ni kenapa mama tak tidur lagi?”
Tangan
anak sulungnya yang berada dibahu ditepuk lembut. “Tak mengantuk.
Jet
lag
kot. Macam mana Nek Wan?” Sudah acap kali dia bertanya soalan itu.
Dari Faryal yang menelefonnya tadi sehingga Shariq yang sedang duduk
bertenggek ditempat letak tangan sofa yang didudukinya.
“Alhamdulillah
semua stabil. Sekarang kita kena tunggu Nek Wan sedar saja. Zan dan
Adi ada dekat sana jaga Nek Wan.” Balas Shariq.
Kalau boleh memang dia tidak mahu pulang sehingga satu-satu neneknya itu sedarkan diri. Walaupun dia tidak selalu menjenguk Nek Wan, dia tetap menyayangi wanita itu.
Kalau boleh memang dia tidak mahu pulang sehingga satu-satu neneknya itu sedarkan diri. Walaupun dia tidak selalu menjenguk Nek Wan, dia tetap menyayangi wanita itu.
Riak
wajah Lutfiyah berubah sayu memikirkan keadaan Nek Wan yang terlantar
di hospital. “Mama teringin sangat jumpa Nek Wan.” Tutur Lutfiyah
perlahan. Shariq menunduk kepalanya mengamati Lutfiyah yang sedang
merenung bingkai gambar diriba.
Dia
faham apa yang dilalui mamanya kini. Rasa sedih dan takut bercampur
baur kerana orang yang tersayang sedang bertarung nyawa. Tambah lagi
mamanya itu tak dapat melakukan apa-apa untuk satu-satu orang yang
dipanggil mama.
Tetapi
kini keselamatan Lutfiyah lebih penting dari segala-galanya. Takut
juga kalau ada mata-mata Khaleed sedang mengawasi Nek Wan
dihospital. Kedudukan mereka akan terancam kalau Khaleed tahu bahawa
Lutfiyah masih hidup. Dia tidak sanggup kehilangan mamanya buat kali
kedua.
Shariq
mengeluh. “Nantilah Riq bincang dengan yang lain. Bahaya kalau mama
keluar dari sini. Kita tak tahu kalau papa ada upah orang untuk mengawasi Nek
Wan. We
can’t take the risk at the moment.”
Lutfiyah angguk kecil akur walaupun pada hakikatnya dia rasa
terkilan. Dia faham dengan situasi mereka kini.
Suasana
dibilik kembali sepi. Masing-masing sepi melayani perasaan sendiri.
“Ma…” Panggil Shariq.
“Hmm…”
Kepala diangkat sedikit memandang anak lelakinya itu.
Tersenyum
Lutfiyah bila Shariq menguntum senyuman manis padanya. Diperhatikan
setiap tingkah anaknya itu. Dilirik tangannya yang kini berada dalam
genggaman Shariq.
“I’m
glad you’re still here.
Riq betul-betul tak sanggup kehilangan mama. I
miss you.”
Dikucup belakang tangan Lutfiyah syahdu. Tersentuh hati Lutfiyah dengan apa yang dilakukan Shariq. Pipi Shariq diusap lembut. Air liur yang tersekat dikerongkong cuba ditelannya. Nafas ditarik dalam.
Dikucup belakang tangan Lutfiyah syahdu. Tersentuh hati Lutfiyah dengan apa yang dilakukan Shariq. Pipi Shariq diusap lembut. Air liur yang tersekat dikerongkong cuba ditelannya. Nafas ditarik dalam.
“Lambat-laun
mama kena pergi juga. Kita hidup hanya sementara. Sebab itu dalam
surat yang mama tulis kepada kamu. Mama suruh kamu berhenti jadi
buaya darat dan cari perempuan yang boleh dibuat isteri. Kamu sudah
jumpa belum calon yang sesuai?” Soal Lutfiyah dengan mata yang
dikerdip meminta jawapan.
Shariq
sengih macam kambing. Tidak akan pernah dia lupa permintaan terakhir
Lutfiyah dalam surat yang diterimanya pada hari wasiat dibacakan.
Salah satu permintaan Lutfiyah kepadanya adalah untuk henti bertukar
pasangan dan mencari seorang calon untuk dijadikan isteri.
Pada
mulanya memang dia bingung dengan apa yang diinginkan mamanya itu.
Tetapi akhirnya dia faham juga apa yang dimaksudkan Lutfiyah. Selama
ini dia sentiasa bertukar teman wanita macam menukar baju. Dia tidak
tahu erti setia atau cinta. Sehinggalah dia menerima surat itu dan
paling dia tidak sangka sekali, calon yang dicarinya itu berada
didepan matanya selama ini. Cuma dia saja yang buta.
Tersipu
Shariq tiba-tiba bila Lutfiyah merenungnya dengan mata yang nakal.
“Dah.” Satu patah jawapan diberinya. Wajah gadis itu sudah
dibayangnya.
“Siapa?”
Soal Lutfiyah kembali.
Shariq
garu pipinya. “Nantilah. Belum tembak lagilah ma. Nanti dah tembak
Riq beritahu mama.”
Lutfiyah
senyum nipis. “Hmm…Tembak pun tembak. Lepas tu jangan ada Shima,
Linda, Fina ke minah mana entah pula dekat pinggang kamu tu. Kalau
tidak memang mama sebat kamu sekeliling pinggang.” Lutfiyah memberi
amaran yang disambut gelak ketawa anak lelakinya itu.
**
Berdebar
hati Faryal yang sedang duduk dibirai katil. Duduk salah. Berdiri
salah. Kepala yang tidak gatal digaru tidak tahu apa yang harus
dilakukannya. Tiba-tiba rasa gelisah memikirkan hanya dia dan Issac
berada dirumah itu kini.
Pertama
kali menjejak kaki ke dalam rumah Issac dia menjadi kaku. Gugup
sebenarnya bila memikirkan yang sekarang dia sudah ada suami dan
statusnya bukan lagi bujang, tetapi seorang isteri.
Kepala
digaru sekali lagi sambil matanya menatap pintu bilik air yang
ditutup rapat. Kedengaran pancutan air menandakan Issac belum selesai
mandi. Telefon bimbit atas meja menjerit minta diangkat. Tersenyum
Faryal melihat nama yang tertera di skrin telefon. Pantas disambung
dan dilekap ke telinga.
“Widayah!
Rindu aku dengan kau!”
“Assalammualaikum.”
Ucap Widayah dihujung talian.
Faryal
sengih sendiri sedar dengan kesalahannya. “Hehe…Waalaikumsalam.
Teruja sangat tengok nama kau itu sebab aku macam keretapi tak ada
brek. Kau sihat? Ibu dan ayah?”
Lama benar dia tidak berjumpa dengan Mak Limah dan Pak Halim. Bagaimana agaknya mereka sekarang ni?
Lama benar dia tidak berjumpa dengan Mak Limah dan Pak Halim. Bagaimana agaknya mereka sekarang ni?
“Semua
sihat. Kalau aku tak sihat pun mulut aku ni tetap jalan. Kau dekat
mana ni sekarang? Abang Adi cakap tadi kau kena tahan dekat balai
polis. Risau aku bila dapat tahu. Mereka tak apa-apakan kaukan?”
Suara Widayah kedengaran cemas.
Faryal
menuju ke pintu gelungsur di hujung bilik itu. “Alhamdullilah tak.
Aku pun terperanjat. Baru balik sini saja kena tahan dengan polis.
Pertama kali aku kena gari lepas tu masuk dalam kereta polis lagi.
Lagi seram dari cerita hantu tau.”
Memang lagi seram dari cerita hantu. Nasib baik tak terkencing dekat seluar macam kecil-kecil dulu. Kalau tidak memang memalukan.
Memang lagi seram dari cerita hantu. Nasib baik tak terkencing dekat seluar macam kecil-kecil dulu. Kalau tidak memang memalukan.
“Nasib
baiklah bos aka suami kau ada. Kalau tidak aku pun tak tahu apa yang
akan terjadi.” Ujar Widayah tidak dapat membayang nasib kawan
baiknya itu kalau tidak dapat dibebaskan.
Kedua-dua
mengeluh. “Itulah…”
“Aku
terlupa pula nak ucap tahniah dekat kau atas perkahwinan kau dengan
bos. Macam tak percaya aku yang kau dah jadi isteri orang. Nampaknya
dah tak boleh lepak-lepak dengan aku macam selalulah ni.” Tertawa
Faryal dengan ucapan Widayah.
Tapi
memang ada betulnya juga apa yang Wid cakap. Sekarang aku dah kahwin.
Kena utamakan suami. Kalau keluar rumah atau nak pergi mana-mana,
kena minta izin dulu. Masa bujang dulu keluar rumah lepak dekat
tempat beli-belah sampai malam pun hanya mama, ibu dan ayah akan
bising. Tetapi sekarang kalau aku buat perangai masih bujang. Memang
tak kena dengan status aku kini. Faryal garu kepalanya. Bingung.
Jarinya
dipetik dan matanya dicelik besar bila satu idea difikirkannya. “Kau
lepak dekat rumah akulah. Jimat duit tak payah keluar. Aku masakkan
kau. Cakap saja kau nak makan apa nanti cef Faryal Shameena
masakkan.” Tutur Faryal dengan bangga.
“Betul
ni?” Faryal mengangguk kepalanya walaupun tidak dapat dilihat
Widayah.
Faryal
menjauhkan telefon bimbit dari telinganya bila Widayah menjerit
kesukaan. Boleh pekak telinga aku. “Bestnya!
Tak sabar aku. Ada bagus juga kau kawhinkan. Mana laki kau?” Soal
Widayah dengan hati yang senang.
“Tengah
mandi.” Dipusing melihat pintu bilik air yang masih tertutup rapat.
“Kau
dekat mana?”
Berkerut
dahinya Faryal dengan soalan cepu emas kawan baiknya itu. “Dekat
dalam biliklah Cik Widayah oi. Kenapa kau tanya banyak soalan ni?”
“Kira
kau dalam satu biliklah ni?”
“Iyalah.”
Jawab Faryal sudah tahu arah pertanyaan Widayah.
“Kira
kau orang tidur sekatillah ni?”
Senyuman
nakal bermain dibibir Faryal. Jari telunjuk mengetuk dagu, memikir
apa yang harus dijawabnya. “Hmm…Mungkin kot.” Dia pantas
menekup mulut. Mesti terperanjat beruk Widayah sekarang.
“Mana
ada mungkin-mungkin dalam bab ni Meena oi. Yes
or no?”
Soal Widayah lagi.
Faryal
geleng kepala sudah arif dengan perangai Widayah yang tidak akan
mengalah sehingga mendapat jawapan yang diinginkannya. “Kau ni
banyak songehlah. Jantung aku ni tengah dup dap dup dap. Macam nak
terputus fikirkan apa akan berlaku.” Tangannya melekap didadanya.
Memang berdegup kencang jantungnya kini.
“Maksud
kau bab tut eh? Kau tak payah takut. Aku tak rasa laki kau akan paksa
kau malam ni. Kalau dia nak juga kau lempeng sama dia.” Gelak kecil
Faryal memikirkan bagaimana kalau dia benar-benar lempeng Issac.
Memang kena satu strike
dari Allah.
“Lempeng-lempeng
juga. Dia suami aku isteri. Isteri kena dengar cakap suami kalau tak
berdosa. Kalau dia nak tut juga…”
“Ayal
akan bagi.” Tergamam Faryal bila telefon bimbitnya dirampas. Oleh
siapa lagi kalau bukan Issac.
Bila
masa pula dia keluar bilik air ni? Aku tak dengar pun? Dilihat Issac
mengenyit mata kepadanya.
“Eh
bos! Lama tak dengar suara.” Widayah dihujung talian sedikit gugup
bila suara Faryal berubah garau.
Issac
bercekak pinggang sambil mengamati Faryal yang tersipu malu
didepannya. “Cik Widayah oi. Sekarang bukan dekat pejabat. Tak
payah nak panggil saya bos. Panggil Izzat cukup.” Dia senyum nakal
tahu benar mengapa Faryal sedang memandang ke luar pintu gelungsur.
“Alah.
Kekoklah lidah ni bos.” Balas Widayah rasa kekok bila harus
memanggil bosnya dengan nama.
“Saya
potong gaji awak kang.” Ugut Issac.
“Iya-iya
saya panggil awak Izzat. Kalau awak potong gaji saya habis kena sound
dengan Mak Limah nanti. Ayal mana bos? Senyap saja.” Dia dapat
melihat Faryal curi-curi pandangnya.
“Ada
dekat sebelah ni. Terperanjat sebab saya datang mengejut. Okaylah
Wid. Saya dan isteri saya nak berbulan madu. Awak tu tak lama lagi
akan merasakannya juga dengan Adi. Nanti Meen boleh beri awak tips.”
Gurauan Issac disambut pukulan Faryal dilengannya. Muncung Faryal
bila Issac berkata begitu tambah lagi dengan kawan baiknya itu.
Habislah dia kalau jumpa dengan Widayah nanti.
“Meen?
Siapa Meen?” Tanya Widayah hairan.
“Meenalah,
kawan baik awak tu. Okay Wid. Saya nak letak ni. Besok jangan lupa
masuk kerja. Tangan awak yang patah bukan mulut. Sayang cakap selamat
malam dekat Wid.” Telefon bimbit disua kepada Faryal. Butang
speaker
ditekannya.
Kaget
sebentar Faryal bila Issac mendekati telefon bimbit kepadanya. “Besok
aku telefon kau.”
Belum
sempat Faryal sambung Issac sudah pintas terlebih dahulu. “Untuk
beritahu awak tentang apa yang berlaku malam ni. Aduh. Sakitlah
sayang.” Faryal membuntang matanya sebaik saja memberi sepit
ketamnya diperut Faizal yang terdedah.
Pantas
telefon bimbit ditangan Issac ditarik menghampirinya. “Jangan
dengar cakap dia ni. Kirim salam ibu ayah tau. Insyaallah bila aku
senang aku singgah rumah kau.”
Faryal
menekup mulutnya Issac bila melihat suaminya itu ingin mengatakan
sesuatu. Issac menepis. Dia melekapnya kembali. “Hmm…iyalah-iyalah.
Jangan nakal-nakal. Jangan kasar-kasar. Jangan terburu-buru nanti
melepas pula.” Usik Widayah yang mendengar suara bisik-bisik
dihujung talian.
“Okay
Wid. Bye. Assalammualaikum.” Ucap Faryal pantas. Talian dimatikan
sebelum Issac dapat bersuara.
Issac
gelak kecil. Telefon bimbit diberi kembali pada Faryal lantas menuju
ke almari untuk mengenakan baju tidurnya. “Nasib baiklah dekat
negeri ni hanya ada satu Widayah Halim. Kalau tidak memang huru-hara
dibuatnya. Macam mana Adi boleh jatuh cinta dengan dia?” Soal Issac
sambil mengeluarkan baju dari almari.
“Cik
abang. Cinta itu universal.
Kalau abang nak tahu. Abang Adi suka dengan Wid sebab mulut dia yang
tak tahu diam tu.” Balas Faryal. Tuala yang tadi tersarung
dipinggang suaminya itu digantung ditempat penyidai.
“Iya
ke?” Soal Issac yang sedang menyarung baju ke tubuhnya.
Faryal
angguk. Dia membelakangi Issac tidak berani melihat tubuh suaminya
itu. Boleh kena serangan jantung aku dibuatnya. Dia berlengah-lengah
ditempat menyidai.
“Abang
Adi cakap. Apa yang dia tertarik sangat dengan Wid sebab Wid tu kalau
cakap tak ada hentinya. Kalau cakap kadang-kala tu terbabas terus.
Kira straight
forward.
Jujur. Itu sebab abang Adi suka dengan Wid.” Jelas Faryal panjang.
Memang semua orang hairan bagaimana lelaki seperti Fadi boleh jatuh
cinta dengan perempuan yang tidak boleh henti bercakap seperti
Widayah. Pot pet pot pet dua puluh empat jam.
Issac
yang sudah selesai berpakaian keluar dari sebalik ruang pakaian itu.
Dihampiri Faryal yang berada disisi penyidai. “Ahh…Kalau Adi suka
dengan mulut bertih Wid. Angel
abang
ni suka apa tentang abang?” Soal dia ingin tahu.
Faryal
berpaling menghadap Issac. “Betul nak tahu?” Jari telunjuk naik
menginginkan kepastian. Issac angguk mengiakan pertanyaan Faryal.
“Cuba
abang senyum.” Pinta Faryal.
Ternaik
keningnya Issac dengan permintaan Faryal. “Kenapa pula?”
“Senyum
sajalah.” Rasa sedikit ragu dan bila melihat muka comel isterinya
itu dia akhirnya akur. Meleret senyuman hingga ke telinga.
Faryal
pun terikut tersenyum melihat senyuman yang berjangkit Issac itu.
“Ini.” Ditunjuk kedua-dua lesung pipit dipipi suaminya itu.
“Ini
yang Meen suka tentang abang. These
dimples are pure cute.
Geram!” Tanpa disangka Issac, Faryal mencubit kuat kedua belah
pipinya.
“Sakitlah
sayang.” Adu Issac sambil memegang tangannya Faryal. Issac masih
dengan senyuman sementara Faryal dengan tawanya yang masih bersisa.
Suka dia melihat lesung pipit Issac.
“Sayang
kita tidur. Abang ngantuklah sayang.” Ditarik Faryal menuju ke
katil. Namun langkahnya terhenti bila Faryal tidak berganjak.
Dipusing melihat Faryal yang membatukan diri.
Faryal
menelan air liurnya. Alamak macam mana ni? “Err…abang tidurlah
dulu. Meen tak mengantuk lagi.” Dalih Faryal sedikit gugup.
Mata
Issac mengamati Faryal. Setiap kali mata mereka bertembung Faryal
akan melarikannya terlebih dahulu. Bibirnya diherotkan.
“Kalau macam begitu abang teman Meen sampai sayang mengantuklah.”
“Kalau macam begitu abang teman Meen sampai sayang mengantuklah.”
Laju
kepala Faryal menggeleng. “Tak apa. Abang tidur dulu. Nanti Meen
tidur.” Ditolak tubuhnya Issac menuju ke katil.
“I
won’t hurt you.”
Terhenti
aksi tolak menolak Faryal. “Huh?”
Issac
mendekati Faryal. Kepala ditunduk sedikit. Dagu Faryal ditarik
menghadapnya. Tidak berkelip mata Faryal memandangnya. “I
won’t force you into doing something you don’t want to. I’m not
a bad person you know angel. Come.”
Tangan Faryal dicapainya sekali lagi. Kali ini kaki Faryal mengikut
saja langkahnya Issac ke katil.
Issac
menarik gebar lantas menyuruhnya baring. Seperti terpukau dia
melakukannya tanpa sembarang bantahan. Sebaik saja kepalanya selamat
mendarat atas bantal. Issac duduk dibirai kati. Gebar yang ditarik
tadi kini menyelubungi tubuh Faryal.
Mata
Faryal memerhatikan Issac didepannya. “Tidur. Jangan fikir sangat.
Sekarang tidur. Lepas ni banyak perkara yang harus kita lakukan.”
Gebar diperbetulkan Issac. Dahi Faryal dikucupnya sebelum bangkit dan
mahu melangkah pergi.
Baru
dia mahu pergi tangannya dicapai Faryal. Dia pusing melihat Faryal.
“Abang nak pergi mana?” Soal isterinya polos.
“Sayang
tidur. Abang tidur bilik sebelah.” Dia tahu Faryal masih belum
sedia dengan semua ini dan dia tidak mahu memaksa.
Faryal
geleng kepala. Dia bangkit dari pembaringannya tadi. “Tak payah.
Abang tidur sebelah Meen. Tempat seorang suami disisi isterinya. Jadi
tempat abang dekat sini. Sebelah Meen.” Ditepuk ruang kosong
disebelah.
“Tapi
sayangkan belum bersedia. Nanti abang terkam sayang macam mana?”
Gurau Issac.
“Kalau
abang terkam Meen. Meen lempeng abang hidup-hidup.” Balas Faryal
dengan sahaja.
Issac
memanjat juga ke sebelah Faryal. “Ganasnya isteri abang ni.” Usik
Issac. Bantal diperbetulkan. Faryal menjeling sebelum kembali
mendarat kepalanya atas bantal.
Mata
Faryal memandang siling cuba berlagak tenang. Tetapi hanya Tuhan saja
yang tahu betapa kencang degupan jantungnya kini. Dia dapat merasa
katil bergoyang dengan setiap gerakan suaminya itu.
“Abang
peluk Meen bolehkan?”
Terhenti jantung Faryal dengan pertanyaan Issac. Dilirik Issac yang sedang baring menghadapnya. Tambah lagi dengan muka yang boleh tahan gatalnya. Akhirnya Faryal angguk jua.
Terhenti jantung Faryal dengan pertanyaan Issac. Dilirik Issac yang sedang baring menghadapnya. Tambah lagi dengan muka yang boleh tahan gatalnya. Akhirnya Faryal angguk jua.
Jerit
riang hatinya Issac dengan persetujuan Faryal. Tanpa lengah tangannya
mendarat di pinggang isterinya itu. Senyuman tidak lekang dari bibir.
Dipandang tepi mukanya Faryal. Ditilik setiap bentuk dan lekuk wajah
isterinya itu. Dulu dia hanya dapat melihat dari jauh. Tetapi dengan
dekat dia dapat melihat segala-galanya, termasuk tahi lalat dileher
jinjang Faryal.
“Abang…”
“Hmm…”
“Lepas
ni kita nak buat apa?” Soal Faryal. Dia sedang berfikir apa yang
harus dilakukannya untuk mendapatkan keadilan untuk Nek Wan.
Terangkat
kepala Issac dengan pertanyaan itu. Keningnya bertaut memandang
Faryal. “Maksud sayang?” Tangan menongkat kepalanya.
Jari-jemari
Faryal menguis-nguis hujung gebar. “Tentang papa.” Mata mereka
bersambung. Issac menarik nafas dalam, faham.
Tangan
Faryal diatas gebar dicapainya. “Lepas ni kita harus lebih
berhati-hati. Kita tak tahu senjata apa yang akan dia keluarkan. Dia
sudah dapat Meen depan mata dia. Apa yang abang tahu dia tak akan
duduk diam selagi tak dapat apa yang dia inginkan.” Iaitu
keseluruhan harta kekayaan keluarga Lutfiyah. Sambung Issac dalam
hati. Faryal angguk faham.
“Besok
abang pergi kerja ke?” Badan diiring menghadap Issac yang angguk
mengiakan pertanyaannya itu.
“Kenapa?
Sayang tak nak abang pergi ke?” Soal Issac nakal.
Kepala darat kembali ke bantal. Tangan pula melingkari pinggangnya Faryal kembali. Dia mengengsot mengurangkan jarak antara mereka.
Kepala darat kembali ke bantal. Tangan pula melingkari pinggangnya Faryal kembali. Dia mengengsot mengurangkan jarak antara mereka.
Tangan
Faryal melekap didada Issac. “Tak. Abang pergilah. Meen nak teman
Nek Wan dekat hospital. Kasihan Nek Wan sendirian.”
Berat hatinya tadi mahu meninggalkan Nek Wan seorang diri. Tetapi bila sudah acap kali dipujuk abang-abangnya dan juga Issac, dia akhirnya akur untuk pulang.
Berat hatinya tadi mahu meninggalkan Nek Wan seorang diri. Tetapi bila sudah acap kali dipujuk abang-abangnya dan juga Issac, dia akhirnya akur untuk pulang.
“Iyalah.
Tapi mulai esok ke mana saja sayang pergi. Gerald kena ikut.”
“Termasuk
dalam tandas ke?” Tanya Faryal dengan senyuman nakal.
Issac
mencubit hidung tak mancungnya Faryal. “Kalau untuk menjamin
keselamatan sayang. Then
yes including the ladies.”
Kalau
Gerald masuk dalam ladies
dia kena buat make
over
dulu. Rambut botak kena pakai rambut palsu. Lepas tu pakai skirt
atau lebih senang jubah. Mesti lawakan Gerald. Hehehe…
“Kenapa
ni senyum-senyum. Mesti tengah fikir Gerald tukar jadi Geraldinekan?”
Tebak Issac sambil jari telunjuk digawang-gawang dimukanya Faryal.
“Macam
mana abang tahu? Abang pasang spy
eh?” Jari telunjuk dia juga digawang-gawang dimukanya Issac.
Berlawan jari-jemari mereka.
“Meenkan
isteri abang. Semua rahsia sayang ada dalam poket abang.” Tutur
Issac dengan penuh bangga.
Tapi
senyuman bangganya perlahan-lahan mati bila Faryal menilik-nilik
badannya. “Apa yang sayang cari-cari tu? Gelilah sayang.”
Tergelak dia bila tangan Faryal menjalar-jalar badannya mencari
sesuatu.
Faryal
berdecit sambil menepis tangan Issac yang sedang menghindari apa yang
dia sedang dilakukannya. “Poket abanglah. Meen nak curi semua
rahsia tu. Sekarang Meen dah tahu satu rahsia abang.” Issac
menjungkit keningnya meminta Faryal menyambung kata-katanya.
Issac
menelan air liur melihat senyuman nakal Faryal. “Ini.” Pantas
jari-jemari Faryal bergerak diperutnya Issac. Galak dia menggeletek
suaminya itu.
Terjerit-jerit
Issac kegelian yang amat. Inilah kelemahannya. Dia tidak boleh tahan
kalau digeletek terutama sekali dibadannya. Seperti sekarang ini.
“Gelilah sayang.”
Bila dia mengelak Faryal mendapatkannya. Riuh bilik tidur itu dengan gelak ketawa mereka. Semoga kebahagiaan yang dirasakan mereka kini akan untuk selama-lamanya.
“Gelilah sayang.”
Bila dia mengelak Faryal mendapatkannya. Riuh bilik tidur itu dengan gelak ketawa mereka. Semoga kebahagiaan yang dirasakan mereka kini akan untuk selama-lamanya.
sweet!!!!!!!! kak..bukak byk kali tau hr ni...hmm go faryal..jd jht sekali-sekala...wahahhahahaha...kesian nek wan...riq...tembak geraldine cept2 hihi good job kak^^
ReplyDeleteHehehe...sebab adik buka byk kali hari ini dan lame juga Mai tak update..Mai upload lagi satu bab hari ini:B
Deletekak, kak ada tertuka nama izzat dgn faizal..
ReplyDeleteHehehe...Nasib baik adik bilang..Tq sbb beritahu..Mai dah tukar dah:B
Delete