Bab
69
“Papa!
Papa!” Laung Shariq kuat sebaik saja menjejak kaki ke dalam rumah.
Beg kerjanya dicampak atas sofa dan dilaung memanggil Khaleed sekali
lagi.
Terkocoh-kocoh
Khaleed menuruni tangga sebaik saja mendengar suara anak sulungnya
itu.
“Kenapa kamu terjerit-jerit ni Riq? Apa kena dengan kamu ni?” Dilihat Shariq melonggarkan tali leher dengan kasar.
“Kenapa kamu terjerit-jerit ni Riq? Apa kena dengan kamu ni?” Dilihat Shariq melonggarkan tali leher dengan kasar.
Mata
Shariq menikam tajam Khaleed yang semakin menghampiri. “Tergamak
papa buat Riq macam beginikan? Tergamak papa buat cara kotor untuk
dapat apa yang bukan milik papa? Kenapa papa tak tanya saja dekat Riq
secara terus terang yang papa mahu syer Riq di FS? I’ll
be more than glad to give it to you.”
Khaleed
mengeluh. Ini punca kemarahan Shariq rupa-rupanya. Dia sudah agak
pasti Faizan akan beritahu abangnya itu tentang apa yang terjadi
dipejabat tadi. Tapi dia harus berbincang dan menjelaskannya terlebih
dahulu.
“Calm
down.”
Arah Khaleed pada Shariq yang sudah bercekak pinggang dengan dada
yang berombak kencang.
“Papa
mahu Riq bertenang bila sudah ditipu hidup-hidup oleh papa Riq
sendiri? My
own flesh and blood? Guess what? I can’t.
Zan dah ceritakan segala-galanya pada Riq. Papa licik seperti Izzat.
Gilakan harta dan kedudukan. Kalau mama ada mesti ini semua tak
terjadi. This
is all because of you.”
Jari telunjuk ditunding tepat ke muka Khaleed.
Jari
telunjuk Shariq ditepis kasar. Kini giliran Khaleed pula untuk
melepaskan api kemarahan pada anaknya yang bersikap biadap padanya.
“Jaga
mulut kamu tu. I’m
not to be blamed for what happened to you mother.
Tetapi adik kesayangan kamu yang sudah gatal sangat nak kahwin tu.
Kalau dia tak buat hal dekat Paris dan hanya tumpukan perhatian
dengan pelajaran, ini semua takkan terjadi.” Ujar Khaleed
menyalahkan Faryal atas apa yang terjadi pada Lutfiyah.
Baru
sahaja Shariq mahu membalas, suara Ahdia kedengaran memintas
kata-katanya pada Khaleed. “Papa, abang Riq kenapa ni? Sampai luar
Dia boleh dengar suara abang dan papa bertekak.” Soal Ahdia dengan
muka yang resah.
Sebaik
saja dia keluar dari kereta, suara Khaleed dan Shariq menyapa
telinganya. Bertekak sesama sendiri. Dia kini berdiri ditengah-tengah
abang dan papanya. Dua-dua memandang satu sama lain tidak mahu kalah.
“Kamu
tanya papa apa yang telah dia buat.” Suruh Shariq pada Ahdia.
“Papa
buat apa sampai abang Riq marah begini?”
“Kalau
Dia nak tahu, papa telah merampas syer abang Riq, abang Zan dan abang
Yan untuk kepentingan dirinya sendiri. He
even used Geraldine to get what he wants.”
Jelas Shariq dengan bibir yang diketap. Dia masih ingat Geraldine
datang berjumpa dengannya meminta dia melunas hutangnya pada
perempuan itu.
“You
owe me a favour Shariq, and I’m claiming it today. You tandatangan
saja surat itu, tapi you kena janji yang you tak akan sama sekali
bertanya kepada papa you tentang ini. I perlu you percayakan I
tentang ini. Demi Ayal, mama dan keluarga you.”
Itulah
kata-kata Geraldine padanya bila mereka bertemu. Dia mempunyai
pelbagai pertanyaan yang ingin ditanya dan akhirnya dia tahu mengapa
Geraldine dan yang lain melakukan sedemikian. Mengapa mereka tidak
memberitahunya apa-apa tentang rancangan mereka, kerana keakraban dia
pada Ahdia dan Khaleed membuat mereka soalkan kejujurannya.
Adakah
dia berada di pihak mereka atau Khaleed? Mungkin dulu dia akan
berpihak kepada Khaleed, tetapi tidak lagi. Bila semua rahsia telah
diketahuinya, dia benar-benar jijik dengan lelaki yang dipanggilnya
papa selama ini. Hanya kerana harta dan kekayaan dunia, Khaleed
sanggup mengotorkan tangannya sendiri.
“Betul
ke papa?” Soal Ahdia pura-pura tidak tahu. Walhal dia sudah tahu
tentang rancangan papanya itu terlebih dahulu.
Khaleed
melihat dua pasang mata memandang tepat padanya. “Tak guna kamu
tanya. Papa tak akan jawab.” Balas Shariq dengan kasar. Dijeling
Khaleed yang tidak bersuara.
Ahdia
menghampiri Shariq. Tangannya mendarat diatas lengan Shariq. “Abang
Riq. Dia yakin papa mesti ada alasan dia berbuat begitu. Cuba kita
beri papa jelaskan terlebih dahulu.” Pujuk Ahdia dengan suara yang
lembut. Dia tidak mahu perang terletus seperti yang terjadi dengan
Fadi.
“Tak
ada gunanya dengar apa yang papa mahu cakapkan. Entah betul ke tidak.
Sekali seorang itu menipu, buat selamanya mereka akan menipu.”
Dengus Shariq kasar, sudah tidak peduli dengan tonasi suaranya lagi.
Khaleed
mara setapak tetapi dihalang oleh Ahdia. Matanya buntang melihat anak
lelakinya itu yang sudah keterlaluan.
“Kamu jangan nak biadap dengan papa Riq. Kalau kamu nak tahu papa lakukan itu sebab papa tak mahu FS jatuh pada tangan orang yang salah.”
“Kamu jangan nak biadap dengan papa Riq. Kalau kamu nak tahu papa lakukan itu sebab papa tak mahu FS jatuh pada tangan orang yang salah.”
Shariq
gelak sinis. Lucu apa yang baru saja keluar dari mulut Khaleed.
“Orang yang salah? Papa dengar tak apa yang papa cakapkan ni? Orang yang salah? Setahu Shariq, mama melantik Izzat adalah perkara yang betul. Selama dia di FS, kita merai banyak keuntungan. Kalau papa nak tahu dia jauh lebih baik dari papa.”
“Orang yang salah? Papa dengar tak apa yang papa cakapkan ni? Orang yang salah? Setahu Shariq, mama melantik Izzat adalah perkara yang betul. Selama dia di FS, kita merai banyak keuntungan. Kalau papa nak tahu dia jauh lebih baik dari papa.”
Pang!
“Abang
Riq!” Ahdia mendapatkan Shariq yang tidak terkutik walaupun telah
ditampar oleh Khaleed.
Semakin
membara api kemarahan Khaleed bila senyuman sinis bermain dibibir
anaknya itu.
“Papa
lupa selama papa berkerja di FS, what
good did you bring? Nothing.
Selama ini pun mama yang selalu menutupi segala kesalahan yang papa
lakukan sebab papa suaminya. Seorang isteri harus menjaga air muka
suaminya. Itu yang mama beritahu Riq bila Riq tanya kenapa dia
lakukan ini semua untuk papa. Sekarang Riq tak yakin bahawa
kestabilan FS akan kekal sebaik saja papa ambil alih jawatan sebagai
CEO. I’m
not confident at all.”
Memang
benar apa yang disampaikannya itu. Khaleed bernasib baik Lutfiyah
sentiasa menyelesai apa-apa saja masalah yang dibuat Khaleed
dipejabat. Kadang-kala dia tidak faham mengapa mamanya itu menyimpan
seorang pekerja seperti papa yang tidak tahu buat kerja langusng.
“Kurang
ajar!” Tangan Khaleed naik sekali lagi.
“Papa
stop it please.”
Ahdia menghalang kelakuan papanya itu. Secara automatis tangan Khaleed berhenti bila Ahdia sudah berdiri didepan Shariq.
Ahdia menghalang kelakuan papanya itu. Secara automatis tangan Khaleed berhenti bila Ahdia sudah berdiri didepan Shariq.
Ditunding
tepat ke muka Shariq. “Kamu kemas barang kamu dan keluar dari rumah
ni. Aku tak mahu tengok muka kau dekat sini lagi.” Arah Khaleed
dengan tegas. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia tak boleh membiarkan
sesiapa saja memijak kepalanya termasuk anak-anaknya sekali.
“Papa
tak perlu usir. Riq memang mahu pergi. Dari dulu lagi Riq sepatutnya
ikut langkah Zan, Yan dan Adi. Rumah ni sudah macam neraka.”
Shariq mula angkat kaki untuk ke atas. Ahdia pandang Khaleed sekilas sebelum mengikut jejak langkah Shariq.
Shariq mula angkat kaki untuk ke atas. Ahdia pandang Khaleed sekilas sebelum mengikut jejak langkah Shariq.
“Pergilah
dan jangan kamu jejak dekat neraka ni lagi.”
“Abang
Riq please
don’t go.”
Pinta Ahdia sebaik saja jejak di bilik Shariq.
Matanya resah mengikuti setiap langkah Shariq yang menyimpan semua barang-barangnya ke dalam bagasi yang sudah terdampar diatas katil.
Matanya resah mengikuti setiap langkah Shariq yang menyimpan semua barang-barangnya ke dalam bagasi yang sudah terdampar diatas katil.
Inilah
yang tidak diinginkannya. Dia tidak sanggup kehilangan semua yang dia
sayang. Termasuk Shariq yang dari kecil lagi sentiasa membelanya dari
yang lain. Shariq satu-satunya yang membuat dia rasa diterima dalam
keluarga itu. Hanya Shariq.
“Abang
dah tak boleh tahan lagi dengan perangai papa. He’s
too much.”
Ucap Shariq sambil menutupi bagasinya itu.
Ahdia
mencapai tangannya Shariq dan memeluk erat tubuh abangnya itu bagi
menghalang pemergian Shariq. “Abang…” Air matanya mula
mengalir. Dia dapat rasa tangan Shariq mengusap rambutnya.
Ubun-ubun
Ahdia dikucupnya sebelum menarik tangan Ahdia supaya melepaskannya.
Jari-jemarinya menyeka titisan air mata yang turun.
“Jangan risau abang tahu jaga diri abang. Dia kalau perlukan apa-apa telefon abang tau. Abang pergi dulu.” Dengan senyuman yang terakhir dia mencapai barang-barangnya dan melangkah pergi meninggalkan bilik yang telah dia duduk sejak kecil lagi.
“Jangan risau abang tahu jaga diri abang. Dia kalau perlukan apa-apa telefon abang tau. Abang pergi dulu.” Dengan senyuman yang terakhir dia mencapai barang-barangnya dan melangkah pergi meninggalkan bilik yang telah dia duduk sejak kecil lagi.
**
Matanya
Khaleed melihat kereta yang dipandu Shariq pergi meninggalkan rumah.
Senyuman terukir dibibir. Dia melepaskan nafas lega.
“Satu masalah selesai.” Katanya dengan senang.
“Satu masalah selesai.” Katanya dengan senang.
“Apa
maksud papa? Sekarang papa sukalah abang Riq dah pergi?” Ahdia yang
mendengar apa yang dikatakan Khaleed bertanya. Air mata masih
membasahi pipi.
Khaleed
menghampiri Ahdia dengan senyuman yang tidak lekang dari bibir.
“Lambat laun dia harus pergi juga. Lagipun kita sudah dapat apa
yang kita ingikan selama ini. FS, rumah ni, aset-aset yang lain. What
else do you need?”
Soalnya dengan sahaja.
Apalagi
yang mereka perlukan? Semua telah mereka perolehi. Tetapi sekarang
dia mahu lebih daripada apa yang mereka ada sekarang. Senyuman lebar
bertukar herot bila memikirkan rancangan barunya itu.
“A
friend.
Selama ini abang Riq sentiasa membela Dia. He’s
the only person in this house that make me feel appreciated and
you’ve taken it from me.”
Tuduh Ahdia tegas.
Air mata mula mengalir memikirkan sekarang hanya dia dan Khaleed saja dirumah itu tidak kira pembantu rumah mereka yang baru.
Air mata mula mengalir memikirkan sekarang hanya dia dan Khaleed saja dirumah itu tidak kira pembantu rumah mereka yang baru.
Bertaut
keningnya Khaleed melihat keadaan Ahdia. Dia menarik Ahdia ke dalam
dakapannya. Pada mulanya Ahdia meronta untuk dilepaskan tetapi
akhirnya dia layu juga dalam pelukan Khaleed.
“Dia. Jangan menangis. Papa tak suka tengok Dia nangis macam ni.” Diusap lembut belakang dan kepala Ahdia.
“Dia. Jangan menangis. Papa tak suka tengok Dia nangis macam ni.” Diusap lembut belakang dan kepala Ahdia.
“Dia
rela tak hidup mewah kalau Dia terpaksa kehilangan semua orang yang
Dia sayang.” Ucap Ahdia dengan suara yang tersekat-sekat.
Khaleed
gelak dengan kata-katanya Ahdia. Dia menjarak tubuh mereka. Diapit
mukanya Ahdia dengan kedua belah tangannya.
“Kelakarlah anak papa ni. Sanggup ke Dia hidup merempat ditepi jalan? Sanggup ke Dia tak ada duit untuk berbelanja? Sanggup ke Dia berkerja keras hanya untuk mendapat sesuap nasi? Sanggup ke?” Soalnya bertalu-talu. Mereka pandang sesama sendiri sebelum Ahdia menggeleng dan mendarat kepalanya kembali didada Khaleed.
“Kelakarlah anak papa ni. Sanggup ke Dia hidup merempat ditepi jalan? Sanggup ke Dia tak ada duit untuk berbelanja? Sanggup ke Dia berkerja keras hanya untuk mendapat sesuap nasi? Sanggup ke?” Soalnya bertalu-talu. Mereka pandang sesama sendiri sebelum Ahdia menggeleng dan mendarat kepalanya kembali didada Khaleed.
“Itu
sebab papa buat ini semua. Kadang-kala kita harus korbankan apa yang
kita sayang supaya kita dapat berdiri diatas. Now
we have almost everthing.”
Ucap Khaleed dengan tenang.
Ahdia
angkat kepalanya memandang Khaleed. “Almost?”
Soalnya kurang faham.
Khaleed
angguk. “We
have the icing on the cake but not the cherry on top. Two cherries to
be precise.”
Semakin
berkerut dahinya Ahdia bila papanya berputar belit kata-katanya. “Apa
maksud papa? Dia ingat papa hanya mahukan semua harta mama saja.”
Hidung
Ahdia dicuitnya. “Pada mulanya memang begitu. Sekarang kita sudah
dapat kesemua harta mama dan kini papa sudah ada sasaran baru. Kita
akan dapatkan apa yang sepatutunya menjadi milik kita. Seluruh harta
keluarga Ivic. Kesemuanya dan juga papa baru untuk Dia. Kita akan ada
keluarga baru.” Papa, Dia dan bakal isteri papa. Nila.
Bergema
tawanya Khaleed diseluruh Villa itu. Kesemuanya. Ahdia yang tadi
hanya memandang Khaleed denga kebingungan kini turut tersenyum lebar
bila sudah faham apa yang dimaksudkan Khaleed. Kesemuanya.
**
“Angel!”
Hampir
terlepas pisau yang sedang dicucinya. Faryal memusing melihat Issac
berdiri dibelakang dengan senyuman lebar ke telinga.
“Abang, terperanjat Meen. Abang nak apa? Bukan abang cakap ada panggilan penting dari klien.” Soal Faryal sambil tangannya ligat mencuci perkakas yang digunanya tadi.
“Abang, terperanjat Meen. Abang nak apa? Bukan abang cakap ada panggilan penting dari klien.” Soal Faryal sambil tangannya ligat mencuci perkakas yang digunanya tadi.
“Dah
selesai dah. Tapi sekarang abang nak bidadari abang ni.” Tutur
Issac lantas tangannya melingkari pinggang isterinya itu. Dihidu
rambut Faryal yang wangi macam bunga.
“Hah?
Tak naklah Meen.” Tangan Issac ditamparnya tetapi semakin menjadi
pula pelukan suaminya itu.
Dia
dapat merasa rambutnya disisir ke tepi lantas kucupan hangat darat
dilehernya. “Apa yang tak nak?” Soal Issac dengan senyuman nakal.
Faryal
menelan air liur. Malu untuk cakapkan apa yang dimaksudkannya. Suami
aku ni pun satu dah tahu tapi masih nak tanya. “Tak naklah yang
tut. Semalamkan dah.” Balas Faryal dengan pipi yang sudah merah
malu.
Issac
sengih dan didekatkan bibirnya ke telinga Faryal. “Itu malam nanti
abang claim.
Sekarang abang tak fikir pun tentang tut. Sayanf abang ni saja yang
fikir benda tut.” Bisik Issac.
Faryal
pusing tubuhnya menghadap Issac. “Habis tu?” Soalnya ingin tahu.
Mata
hazel Issac dipandangnya dan tangannya kini melingkari pinggangnya
Issac. “Abang nak bawa bidadari sayang abang ni jumpa beberapa
orang yang amat penting pada abang.” Digigit hidungnya Faryal
membuat isterinya itu menggosok hidung yang tidak seberapa mancung
itu.
Orang
yang paling penting dalam hidup diakan datok dia sekarang. Bisik
Faryal dalam hati.
“ Abang nak jumpa Tuan Kamil Ar…”
“ Abang nak jumpa Tuan Kamil Ar…”
Terhenti
kata-kata Farual bila jari telunjuk Issac darat dibibirnya. Dilihat
suaminya itu menggeleng kepala.
“Bukan Tuan Kamil tapi atok. He’s my grandfather so he’s yours too.” Faryal angguk faham dan sempat dia menggigit jarinya Issac yang masih lekang dibibirnya.
“Bukan Tuan Kamil tapi atok. He’s my grandfather so he’s yours too.” Faryal angguk faham dan sempat dia menggigit jarinya Issac yang masih lekang dibibirnya.
Mereka
berdua gelak. “Atok tak ada dekat sini. Dia dekat Amerika ada
urusan bisnes dekat sana. Jadi kita jumpa dia nanti-nanti.”
“Habis
tu abang nak bawa Meen pergi mana?”
“Ikut
sajalah. Tapi pakai yang sopan ya sayang.” Pesan Issac
“Selama
ni tak sopan ke?” Selalunya dia pakai sopan apa? Laki aku ni suka
sangat cari pasal tau.
Issac
menggeleng kepalanya. “Tak. Itu sebab iman abang tergugat.”
Pantas bibir Faryal dikucupnya sebelum bergegas pergi meninggalkan
Faryal terpinga-pinga seorang diri.
Tangan
Faryal naik ke bibir. Dia mula mengukirkan senyuman. Pipi pula
semakin merah dengan apa yang dilakukan Issac tadi.
“Cepat
siap. Lagi setengah jam kita pergi.” Laung Issac dari ruang tamu.
**
Faryal
mengusap tangannya Issac yang berada dalam genggamannya. “Abang
okay?” Soal Faryal bila melihat muka sayu suaminya itu.
Semakin mereka jauh melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan semakin sebak dia melihat kelakuan Issac yang tiba-tiba diam tidak berbual banyak.
Semakin mereka jauh melangkah pergi meninggalkan tanah perkuburan semakin sebak dia melihat kelakuan Issac yang tiba-tiba diam tidak berbual banyak.
Issac
mengukir senyuman pada Faryal dan angguk kepalanya. “Okay. Lama
abang tak datang sini. Selalunya setiap hari jumaat abang akan
datang. Duduk dan berbual seorang diri.” Jelas Issac pada Faryal.
“Mesti
abang rindukan mereka.”
“Very
much.
Tapi abang redha. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita hanya tidak
tahu bila dan abang bersyukur sangat Faryal Shameena jadi pendamping
hidup abang. I
love you angel.”
Ucap Issac dengan ikhlas menanti kata balas dari Faryal.
“Eh
abang. Bukan tu aunty
Nila dan uncle
Pablo ke?” Soal Faryal dan ditunding menunjuk pada dua batang tubuh
yang baru saja keluar dari kereta. Issac membetulkan cermin mata
hitam yang dipakainya.
“Iyalah
sayang. Jom kita pergi sana.” Mereka berdua menghampiri pasangan
suami isteri itu.
“Assalammualaikum.”
Ucap Issac bila mereka hanya berada beberapa langkah dari Pablo dan
Nila.
“Waalaikumsalam.
Izzat, Ayal. Kamu pun ada disini.” Kata Nila sambil tangannya
disalam Issac dan Faryal.
“Dah
nak balik dah. Kembar mana?” Soal Issac bertanyakan Nat dan Aviya.
Nila
menjungkit bahunya. Tidak tahu keberadaan kedua anak daranya itu.
“Mother
pun tak tahu. Pagi-pagi lagi dah keluar. Bila telefon tak dijawab
tapi sempat hantar pesanan cakap nak keluar. Kamu tahukan dua beradik
ni kalau tak berkeliuran memang tak sah.” Kata-kata Nila disambut
gelak ketawa mereka.
Issac
mengalih pandangan kepada Pablo yang setia berdiri disebelah Nila.
“Father,
Izzat nak cakap sekejap boleh tak. Tentang Daimaru International.”
Pablo
mengangguk mengiakan. “Sure.
Excuse us.”
Dua lelaki itu menapak sedikit jauh dari Nila dan Faryal untuk
berbincang secara peribadi.
“Hari
minggu pun nak cakap tentang kerja. Kamu kena biasakan dengan ni
Ayal. Izzat tu kalau sehari tak cakap tentang kerja memang tak sah.”
Pesan Nila sudah lali dengan perangai anak muda itu. Matanya
memandang dua pasang tubuh yang amat disayanginya.
Dia
kembali pandang Faryal yang kelihatan berseri dari kali terakhir
mereka berjumpa. “Macam mana hidup baru dengan Izzat? Seronok tak?”
Soal Nila dengan senyuman nakal.
Faryal
menunduk tersipu malu bila faham apa yang dimaksudkan Nila. Dia
bermain dengan tikar yang berada didalam tangannya. “Alhamdulillah
semua okay. Abang selalu jaga Ayal. Aunty…”
“Bukan
aunty
tapi mother.
Kamukan dah jadi sebahagian keluarga kami. Jadi tak ada lagi
aunty-aunty.”
Pintas Nila kurang senang dengan panggilan Faryal terhadapnya. Kini
mereka sudah menjadi sebuah keluarga. Tiada lagi panggilan aunty yang
harus keluar dari mulut Faryal.
Faryal
angguk dengan teguran Nila. “Nek Wan kamu bagaimana? Maaflah mother
tak dapat ziarah. Kamu tahukan situasi sekarang macam mana.”
Tangan Faryal digenggamnya rasa simpati terhadap anak muda itu.
Memang
dia mahu sangat ziarah Nek Wan di hospital tetapi dicegah Issac dan
yang lain. Mereka takut orang-orangnya Khaleed akan tahu tentang
keberadaan Nila sekarang kerana setahu Khaleed, Nila sudah kembali ke
Paris.
Tangan
Nila ditepuk lembut oleh Faryal. Dia angguk faham dengan situasi
mereka sekarang.
“Ayal faham mother. Nek Wan Alhamdulillah dah lepasi tahap kritikal. Doktor pula cakap perkembangan Nek Wan semakin membaik. Sekarang kita hanya perlu tunggu Nek Wan bangun dari tidurnya.” Jelas Faryal meningati Nek Wan yang masih tidak menyedarkan diri.
“Ayal faham mother. Nek Wan Alhamdulillah dah lepasi tahap kritikal. Doktor pula cakap perkembangan Nek Wan semakin membaik. Sekarang kita hanya perlu tunggu Nek Wan bangun dari tidurnya.” Jelas Faryal meningati Nek Wan yang masih tidak menyedarkan diri.
Nila
senyum manis. “Insyaallah tak lama lagi. Mother
akan doakan. Lambat pula dua beranak ni berbual. Kita duduk dekat
situ dululah Ayal.” Ujar Nila bila melihat Pablo dan Issac semakin
rancak berbual. Mereka menuju ke kerusi yang terdapat berdekatan.
“Ayal.”
Faryal berpaling melihat Nila bila namanya dipanggil wanita itu.
Nila
mencapai tangannya Faryal sekali lagi. “Mother
minta
pertolongan kamu iya.” Pinta Nila dengan penuh berharap.
“Pertolongan
apa? Insyaallah kalau boleh Ayal akan tolong mama.” Kata-katanya
membuat Nila senyum nipis.
Nila
menarik nafas yang dalam. Kepala ditunduk seketika sebelum kembali
memandang Faryal disebelahnya. “Ayal tolong jagakan Izzat iya.”
Berkerut dahinya Faryal dengan permintaan Nila itu. Perasaannya
tiba-tiba jadi kurang enak dengan ucapan Nila.
Melihat
muka Faryal yang berubah drastis Nila pantas menjelaskan apa yang
dimaksudkannya.
“Dahulu mother dan arwah nenek dialah yang jaga semua keperluan dia. Sekarang dia sudah ada kamu sebagai isteri. Tulang belakang dia. Kalau kamu nak tahu dia lihat saja kuat diluar tetapi didalam dia seorang yang sensitif. Kamu jangan terperanjat pula kalau dia bersikap terlebih manja dengan kamu. Itulah sikap dia yang sebenarnya. Dari kecil lagi dia kurang kasih sayang dari kedua orang tuanya. Mother, father, datok dan neneknya adalah tempat dia rasa kasih sayang itu. Kini giliran kamu pula. Berilah dia semua kasih sayang kamu kerana mother tahu dia sedang melakukan perkara yang sama pada kamu. He loves you with all his heart.” Jelas Nila sedikit sebak memikirkan sekarang Issac sudah ada penggantinya.
“Dahulu mother dan arwah nenek dialah yang jaga semua keperluan dia. Sekarang dia sudah ada kamu sebagai isteri. Tulang belakang dia. Kalau kamu nak tahu dia lihat saja kuat diluar tetapi didalam dia seorang yang sensitif. Kamu jangan terperanjat pula kalau dia bersikap terlebih manja dengan kamu. Itulah sikap dia yang sebenarnya. Dari kecil lagi dia kurang kasih sayang dari kedua orang tuanya. Mother, father, datok dan neneknya adalah tempat dia rasa kasih sayang itu. Kini giliran kamu pula. Berilah dia semua kasih sayang kamu kerana mother tahu dia sedang melakukan perkara yang sama pada kamu. He loves you with all his heart.” Jelas Nila sedikit sebak memikirkan sekarang Issac sudah ada penggantinya.
Faryal
angguk janji dengan permintaan Nila itu. Dia tahu tanggungjawabnya
sebagai seorang isteri. Dia tahu sepertimana dia menyandar pada Issac
begitu juga suaminya.
“Abang
macam mana masih kecil dulu?” Soal Faryal ingin menukar topik
perbualan. Tertanya-tanya juga dia macam mana suaminya itu semasa
kecil.
Nila
geleng kepala sambil ketawa kecil. Lucu bila mengingati zaman
kanak-kanak Issac. “Izzat masa kecil? Kalau kamu nak tahu dia
selalu kena buli dengan Nat dan dia pula suka buli Viya. Tak padan
kecil kalau menyakat orang memang nombor satu. Sama seperti arwah
mamanya.” Senyuman lebar Nila perlahan-lahan mula pudar bila
menyebut tentang mamanya Issac.
“Arwah
mamanya abang macam mana orangnya?” Soal Faryal sekali lagi. Dia
tahu topik itu amat sensitif kepada mereka sekeluarga tetapi dia
berhak tahu.
Faryal
mengamati Nila yang sedang pandang jauh ke depan. Senyuman nipis
kembali terukir. “She’s
lively.
Kamu pasti sudah dengar tentang kehidupan dia yang liar tukan?”
Faryal angguk.
“Dari
kecil lagi Kat dibesarkan dengan penuh kebebasan. Kedua orang tua
kami berikan apa saja yang diinginkannya. Duit, kereta, baju. Semua
mereka beri padanya. Kasih sayang diganti dengan kemewahan dunia. Dia
terjurumus dalam dunianya sendiri. Tidak menghiraukan orang lain.”
Ini
semua kerana orang tua mereka. Kalau mereka tidak sibuk dengan hal
dunia dan memberi mereka sedikit perhatian dan kasih sayang pasti Kat
tidak jadi seperti itu.
“Tetapi
semuanya berubah bila dia kandungkan Izzat. Itupun hanya sementara.
Izzat ditinggalkan bawa jagaan papanya Izzat. Dia pula kembali ke
dunianya.”
Disitulah Kat berjumpa dengan Khaleed. Lelaki yang akhirnya menghancurkan bukan sahaja hidup Kat tetapi mereka sekeluarga.
Disitulah Kat berjumpa dengan Khaleed. Lelaki yang akhirnya menghancurkan bukan sahaja hidup Kat tetapi mereka sekeluarga.
“Arwah
mama tetap beurbah jugakan akhirnya.” Nila angguk dengan
kata-katanya Faryal.
“Memang
dia berubah. Mother
bahagia sekali melihat kebahagiaan mereka. Tapi tak sangka
kebahagiaan itu hanya sementara. Mother
bukan sahaja kehilangan seorang adik tetapi satu-satunya penambah
keluarga mother
yang dikandungkan Kat.” Terpusing mendadak kepalanya Faryal bila
mendengar kata-kata terakhir dari mulut Nila.
Baru
saja dia mahu bertanya suara Issac kedengaran dibelakangnya. “Sorry
it took so long.
Jom sayang cakap nak pergi hospital tadi.” Faryal senyum kecil
sebelum dia dan Nila bangkit pada masa yang sama.
Faryal
memeluk erat tubuh Nila. “Mother
jangan risau. Ayal akan jaga abang sepenuh hati Ayal.” Faryal
janji.
Nila
mengusap kepala Faryal. Dia senyum yakin Faryal akan mengota
kata-katanya itu.
“Thank you.” Kedua belah pipi Faryal dikucupnya.
“Thank you.” Kedua belah pipi Faryal dikucupnya.
“Izzat
pergi dulu. Nanti Izzat telefon.” Tutur Issac kepada Pablo sebelum
berjalan menuju ke kereta bersama Faryal.
“Assalammualaikum.”
Ucap mereka berdua.
“Waalaikumsalam.”
Sambut Nila dan Pablo.
Faryal
yang berada disebelah Issac pusing buat terakhir kali. Dia melihat
Nila menangis terhinggut-hinggut dibahu suaminya itu.
Apa
yang dimaksudkan mother
dengan satu-satunya penambah keluarga yang dikandungkan Nila?
Mungkinkah anak yang dikandungkan Kat bukan anaknya dia dan Eddy
tetapi anak Nila dan Pablo? Tetapi kenapa tiada sesiapa yang tahu
tentang perkara ini? Dia yakin Issac tidak tahu menahu tentang
perkara ini. Kalau dia tahu pasti Issac akan memberitahunya. Dia
harus cari tahu dimana bayi itu. Harus.
kak...knp tetibe anak Nila ngan Pablo pulak tu...hehe still sweet as ever... Khaleed dh gile eh..cpt2 masukkn dia dlm hospital sakit jiwa tau...gile nk ambik wife org..ish Nila tu pon ckp mcm dia nk pergi je..hmm good job kak ^^
ReplyDeletekalau nak tahu..kene tunggu nxt few bab..hehe:B
Deletebest 3x.
ReplyDeleteTQ:B
Delete