Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 15 December 2014

Kerana Mama Aku Berjanji 70

Bab 70

Good morning angel!” Ucap Issac ceria sebaik saja melihat isteri tercinta sedang dia menuruni tangga. Pipi Faryal dikucup membuat Faryal senyum malu sebelum hilang ke dapur.
Issac sengih lebar melihat reaksi Faryal yang masih malu-malu itu. Suka dia melihat muka merah isterinya setiap kali dia bersikap romantik.
Wah! Nasi goreng ikan bilis. Mesti sedap ni.” Matanya merenung nasi goreng yang sudah terhidang diatas meja makan. Dia mengambil tempat dikerusi sementara Faryal hilang ke dapur.

Faryal yang keluar dari dapur dengan teko air menjeling Issac yang tersenyum lebar padanya. “Belum rasa dah cakap sedap. Abang nak pergi mana pakai macam begini? Bukan abang dah tak kerja dekat FS lagi ke?” Hairan dia melihat Issac berpakaian segak seperti mahu ke pejabat. Tapi tiada kot seperti selalu.
Mata Issac mengikut setiap langkah Faryal menuju ke dapur. Masih tidak percaya Faryal yang anggun berbaju kurung kini adalah hak miliknya yang mutlak. Cawan yang tersedia dicapai Faryal lantas dituang air teh ke dalamnya. 

“Abang nak hantar Puan Faryal Shameena pergi pejabatlah. Hari inikan hari pertama dia bertugas.” Ujar Issac dengan hati yang senang.
Abang nak ikut Meen?” Soal Faryal sambil tangan sibuk menyenduk nasi goreng ke dalam pinggan Issac.
Issac angguk, mata tidak lepas dari nasi goreng yang disenduk Faryal. “Yap. Kenapa? Tak boleh ke?” Tersenyum lebar dia bila pinggan yang sudah penuh itu berada didepannya.
Kalau abang ikut. Abang nak buat apa dekat pejabat satu hari suntuk?” Soal Faryal pula. Punggung mendarat sebelah Issac dan disenduk pula nasi ke dalam pinggan sambil memerhati suaminya mengaminkan doa makan dan terus menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
Tengok bidadari abanglah.” Gurau Faizal sambil menyuap sekali lagi ke dalam mulut.
Faryal menampar lengnnya Issac yang berada diatas meja. 

“Abang!” Tegur Faryal. Pasti ada saja putar belitnya. Ditayang muka masamnya. Pura-pura tidak suka dengan gurauan suaminya itu. Sukar sungguh Issac mahu memberi jawapan yang tepat. Ada saja usikkan atau guraunnya.
Issac sengih macam kerang busuk bila melihat riak muka Faryal. “Gurau sajalah sayang. Pagi-pagi tak boleh marah nanti cepat tua. Tapi tua-tua pun abang tetap suka.” Pipi gebunya Faryal dicuitnya geram.
Kenapa pula? Dah tua dah kerepot pun masih nak simpan ke? Selalunya lelaki cari yang lain, yang lebih muda dan ngetop gitu.” Balas Faryal dengan hati yang sebal. 

Ada dia kata aku cepat tua. Tapikan laki aku cakap kalau tua-tua pun dia suka. Hehehe… Manis betullah mulut laki aku ni.
Itu lelaki lain bukan Izzat Danish aka Issac Daimaru. Kalau nak tahu abanglah lelaki yang setia sekali.” Dadanya ditepuk setelah memuji diriinya sendiri. 

Faryal menahan gelak melihat muka Issac yang riak itu. Tak malu betullah laki aku ni. Masuk lif tekan sendiri betul. Bisik Faryal dalam hati sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut.
Issac meminta Faryal tambahkan nasi goreng lagi. “Sedap ke abang?” Issac angguk kepalanya laju mengiakan.
Sedap banget. Kalau sayang nak tahu. Nasi goreng ikan bilis nilah kegemaran abang. Tapi kalau lebih pedas lagi umph.” Ditunjuk ibu jarinya pada Faryal membuat isterinya itu ketawa. Lucu benar suami aku ni.
Meen ada soalan nak tanya abang.” Kening Issac dijungkit sebelum menyambung makan.
Meen nak kena panggil abang Izzat Danish atau Issac Daimaru. Kadang-kadang Meen pening yang mana satu nak pakai.” Soal Faryal.
Bingung dia nama yang mana harus dia pakai. Dia kenali suaminya sebagai Issac Daimaru sementara semua orang disekelilingnya memanggil suaminya itu dengan panggilan Izzat. Jadi dia tidak pasti nama mana yang harus digunanya.
Sayang nak yang mana satu?” Soalan Faryal dibalas dengan pertanyaan.
Faryal berdecit. Ada saja tau akal dia nak kenakan aku. “Yang tengah ada tak?” Soal Kira sedikit bengang.
Lawak.” Usikan Issac disambut jelingan maut daripada Faryal.
Issac ketawa kecil melihat muka Faryal itu. Sebelum kahwin selalu tersenyum sekarang muka asyik cemberut macam tertelan beribu-ribu lemon. Air diteguknya sebelum memberi jawapan yang diinginkan Faryal, takut juga kalau gurau banyak sangat terus merajuk kang. Habislah dia nanti.
Family calls me Izzat Danish. Atok dan arwah nenek saja yang panggil abang Danish sebab nama tu diberi arwah nenek. The others just call me Izzat. Outside of the family circle they call me Issac Daimaru. Does that answer your question angel?” 

Anggukkan Faryal membuat Issac mengukir senyuman manis lantas Faryal turut lakukan perkara yang sama. Sukar untuk bermasam muka dengan Issac lama-lama. He just have one infectious smile.
Meen masuk kerja pukul berapa?” Lamunan Faryal mati dengan pertanyaan Issac itu.
Sembilan. Uncle Alex will wait for me there.
Issac angguk faham lantas melirik jam tangannya. “Okay. Cepat makan. Abang hantar Meen ke sana. Once you’re settled I’ll head to Tuan Kamil Arsyad’s office to get some work done.” Tutur Issac pada isterinya itu.
**
Kedua belah tangan Faryal digenggam Issac lantas dibawanya ke bibir. “Take care sayang. Ingat kalau ada apa-apa telefon abang.” Pesan Issac buat sekian kali.
Yes bos!” Faryal memberi tabik pada suaminya yang sedang tersandar dibucu meja kerjanya.
Sebaik saja tiba dipejabat Lumiere International muka suaminya berubah tegas. Bila ditanya kenapa serius benar. Suaminya kata tidak boleh beri muka pada para pekerja bila pertama berjumpa. Kena tunjuk muka tegas jadi mereka takut dengan kita. Lepas tu perlahan-lahan barulah menunjuk diri kita yang sebenar. Tercetus tawanya Faryal bila muka yang bengis Issac berubah ceria dengan senyuman yang menunjuk gigi. Lawak betul.
Tubuh Faryal ditarik mendekatinya. Sehingga Faryal sekarang berada ditengah –tengah kakinya Issac. Pinggang Faryal dipeluk kemas. Nasib baiklah pejabat Faryal mempunyai tingkap yang gelap. Kalau tidak memang tayang wayang percumalah mereka berdua.
Lagi satu kalau pergi mana-mana beritahu Gerald atau Stacy. Inlcuding…
Including the ladies. Anything else I have to take note?” Soal Faryal dengan pandangan nakal. Tangannya yang melekap didada Issac bermain-main dengan tali leher suaminya itu.
Hidung comel Faryal dicubitnya geram. “Don’t act cute with me. Abang terkam dekat sini juga nanti. Ingat pejabat Meen ni ada kita berdua saja.” Bisik Issac penuh goda ditelinga Faryal.
Mata hazel Issac mengenyit pada Faryal yang sedang dongak memandangnya. Faryal menjinjit kakinya sehingga bibirnya berada berdekatan dengan telinga Issac. 

Later sayang.” Bisik Faryal pula dengan penuh goda. Saja ingin kenakan suaminya itu.
Pelukan dipinggang Faryal dikemaskan Issac. Tegoda dia dengan suara lunak isterinya itu. Kalaulah dekat rumah sekarang memang sudah lama dia terkam Faryal. 

“Nakal. I like.” Bibirnya Faryal digamit bibirnya. Masing-masing lemas dalam pelukan satu sama lain.
Tuk! Tuk!
Terkejut Faryal bila pintu biliknya diketuk. Nasib baik dia sudah mengunci terlebih dahulu. Kalau tidak memang malu habis. 

“Kacau daun betullah.” Dengus Issac berat hati mahu melepaskan Faryal dari pelukannya.
Faryal mencapai tisu dan mengelap kesan pelembap bibir di bibir suaminya itu. Issac sempat mengucup jari-jemari Faryal. 

Behave.” Teguran Faryal disambut kenyitan dan senyuman nakal oleh Issac.
Masuk.” Laung Faryal setelah memastikan keadaan mereka seperti sedia kala.
Pintu bilik dibuka dan kelibat Alex membolos ke dalam. “Sorry to disturb you two love birds but I have to steal the beautiful lady for a meeting with the staff.” Kata Alex pada kedua anak muda didepannya itu.
Issac mengeluh dan berdiri tegak sebelah Faryal. “That’s his other way of saying. Izzat it’s time to leave.” Alex dan Faryal tertawa dengan gurauan Issac itu.
Nanti abang ambil sayang. Wait for me. Love you.” Ubun-ubun Faryal dikucupnya lantas menunjuk ke arah dahinya pula tidak menghiraukan kehadiran Alex disitu.
Faryal melirik Alex yang membelakangi mereka pura-pura melihat kabinet yang penuh dengan buku dibilik itu. Faryal menjinjit dan menggamit kedua belah pipinya Issac sebelum mendarat kucupan hangat didahi suaminya itu. 

Love you too. Assalammualaikum.” Ucap Faryal sedikit berbisik.
Waalaikumsalam.” Balas Issac sebelum berlalu pergi dengan senyuman yang lebar ke telinga. Tidak sangka akan dapat ciuman didahi dari Faryal. Best!
He looks happy. Infact you too.” Suara Alex sebaik saja Issac menutup pintu. Senang dia melihat kebahagiaan pasangan muda itu. 

Pada mulanya dia tidak yakin dengan rancangan Lutfiyah untuk menyatukan Faryal dan Issac. Tetapi apabila dia melihat dan mendengar adegan tadi dia dapat melihat betapa serasi pasangan mempelai itu.
Faryal hanya senyum dengan kata-kata Alex. Memang dia bahagia dapat suami seperti Issac. Nakal, romantik dan seseorang yang dia cintai sepenuh hati. 

“Perjumpaan dengan staf dekat mana uncle?” Soal Faryal ingin menukar topik perbualan.
Sebenarnya bukan dengan staf tetapi dengan orang yang Ayal nak jumpa.” Bertaut keningnya Faryal.
Orang yang dia nak jumpa? Danial ke? Tapi takkan uncle Alex dapat kesan Danial dalam masa yang singkat sementara mama sehingga sekarang tidak tahu dimana lelaki itu berada. Hati kecil Faryal berbisik.
Siapa?”
Ikut uncle.” 

Faryal mengikuti jejak langkah Alex meninggalkan ruang kerjanya. Dia tidak pasti hala tuju mereka. Hatinya semakin tidak keruan dan pelbagai pertanyaan bermain diotak fikiran. Mereka melepasi beberapa ruang kerja dan akhrinya Alex berhenti didepan pintu bilik mesyuarat.
Alex memandang Faryal seketika sebelum memulas tombol pintu bilik mesyuarat itu. Faryal memasuki ke dalam dan matanya jatuh pada seorang lelaki yang sedang berdiri didepannya. Lelaki yang tidak dikenali. Dia pandang lelaki itu dan Alex bersilih ganti.
Ayal meet Danial. Danial Ghazali.”
Tercengang Faryal bila nama itu keluar dari mulut Alex. 

“Da..Danial?” Danial bekas teman lelaki Lutfiyah?
Lelaki bernama Danial itu senyum padanya dan diberi anggukan kecil pada pertanyaan Faryal itu. 

Alex told me you are looking for me. Well here I am.” 

Danial senyum lebar. Alex juga. Faryal hanya berdiri kaku masih tidak percaya lelaki yang berada didepannya itu adalah Danial.
You look just like Fiyah when she’s shock. I’m Danial.” Ucap Danial dengan tawa yang bersisa melihat reaksi anak muda yang banyak mengingatkannya pada masa lalu.
F..Faryal.”
**
Alex menghulur botol mineral pada Faryal yang masih kelihatan terkejut. Faryal senyum dan meneguk air itu untuk mereda rasa gugupnya. Dipandang Danial yang duduk bertentangan dengannya. Dari tadi wajah lelaki itu hanya berhias dengan senyuman yang lebar. Dia masih tidak sangka lelaki bernama Danial kini sedang duduk didepannya.
Dilirk Alex yang mengambil tempat duduk dikepala meja mesyuarat itu. Ditengah-tengah mereka. 

“Ayal ingat uncle Alex tak tahu keberadaan uncle Danial? Mama pun tak tahu dimana uncle Danial berada. How did you find him?” Pertanyaan yang bermain difikiran akhirnya melepasi bibirnya juga.
Ini permintaan uncle. We’ve never lost touch. Afterall, I’ve caused a lot of trouble to your mother, and distance is the only solution. Alex beritahu uncle yang Faryal mahu jumpa dengan uncle. Apa yang uncle boleh bantu? Insyaallah uncle akan jawab apa yang uncle mampu.” Jelas Danial dengan tenang.
Faryal bermain dengan jari-jemarinya diatas riba. Tiba-tiba tidak tahu macam mana dia mahu mulakan. Tambah lagi ia bersangkut-paut dengan sejarah hitam dalam kehidupan lelaki itu. 

“Erm…Tentang kejadian di Paris.” Teragak-agak Faryal bersuara.
“Paris. Sesuatu yang uncle tak mahu ingat tetapi ia tetap ada difikiran uncle sehingga kini. Tapi uncle akan ceritakannya pada kamu.” Dia melihat Danial gelak kecil tidak tahu apa maksud gelakkan itu.
Danial sandar kembali ke kerusi. Dia mula mengimbas kembali setiap detik yang berlaku. 

“Pertemuan yang tidak dijangka sama sekali. Uncle disana untuk menghadiri satu acara klien uncle. Mama kamu juga hadiri acara yang sama. It was pure co-incidence. Sudah lama uncle tak jumpa dengan mama kamu. Maklumlah selepas mama kamu kahwin, uncle jarakkan diri darinya. We had a lot to talk about. A lot of catching up. Jadi kita membuat temujanji untuk jumpa keesokan harinya. Makan malam.”
Makan malam yang membawa banyak kenangan. Selepas beberapa tahun tidak menyapa satu sama lain, padanya malam itu adalah permulaan baru bukan hanya untuknya tetapi hubungan mereka. Dia gembira melihat Lutfiyah sudah mempunyai sebuah keluarga yang sempurna sementara dia masih membujang tidak dapat mencari pengganti kekasih dihati.
“Kita berbual, makan dan balik ke hotel masing-masing. Nothing strange. Uncle sampai dirumah betul-betul penat dan mengantuk. I just pass out on my bed. Selepas itu uncle tak tahu apa yang jadi. Bila uncle bangun uncle ada dekat bilik hotel dan berada diatas katil. Jadi uncle tak terfikir apa-apa pun sehingga uncle dapat panggilan dari mama kamu. She was crying and was not in a good state of mind.” Muka Danial berubah keruh mengingati panggilan yang diterimanya.
Tidak akan dia lupa panggilan dari Lutfiyah itu. Suara bekas kekasihnya yang penuh duka. Dia dapat rasakan sesuatu yang tidak kena. Sungguh dia terperanjat bila Lutfiyah beritahunya apa yang terjadi. Tentang gambar-gambar yang diterima Khaleed. Benar dia langsung tidak ingat apa-apa.
Bila dia datang bertemu Khaleed. Dia biarkan saja lelaki itu menumbuknya sepuas hati. Tetapi dia tetap tidak mengaku salah kerana dia benar. Danial angkat kepalanya memandang Faryal yang dari tadi memerhatinya tanpa lepas. 

Uncle yakin itu semua fitnah. Kami dianiaya oleh seseorang. Tapi kami berdua tak tahu langsung siapa. We’re innocent but a picture tells a thousand words. Mereka lebih percayakan gambar itu daripada apa yang keluar dari mulut kami.” Jelas Danial dengan kepala yang digeleng. Berbayang muka Lutfiyah yang berlinangan dengan air mata. Sakit hatinya melihat Lutfiyah dalam keadaan begitu.
Uncle tak ada musuh ke?” Soal Faryal bila Danial tidak menyambung ceritanya.
“Itu perkara terakhir yang uncle mahukan. I have good relationship with everybody I work with and everbody I know, except your father.” 

Hanya suami Lutfiyah saja yang dari mula tidak menyukainya. Dia tahu itu dari cara pandang dan cara tutur lelaki itu semasa resepsi perkahwinan mereka.
Berkerut dahinya Faryal memikirkan satu andaian. “Mungkinkah papa yang fitnah uncle dan mama?”
Danial hanya senyum herot. Tidak mengia atau menidak andaian Faryal itu. “Mungkin.” Hanya satu perkataan itu membuat Faryal yakin bahawa Khaleed ada kaitan dengan ini semua dan lelaki didepannya itu tahu sesuatu mengenai itu.
Faryal mahu bertanya lanjut tetapi Danial terlebih dahulu memintas. “Selepas itu mama kamu mengandungkan kamu. Uncle yakin yang uncle bukan papa kamu. Uncle setuju buat ujian DNA dan keputusan menunjuk bahawa kamu bukan anak uncle tetapi papa kamu sendiri.” Lega dia bila kandungan itu bukan miliknya. Sedikit sebanyak ia membuktikan bahawa mereka tidak bersalah.
After that you just left. Kenapa?”
“Kerana mama kamu. Uncle tak mahu memberi mama kamu apa-apa masalah lagi selepas apa yang terjadi. Your mother deserves all the happiness in this world and without me, is part of it.” Walaupun sakit untuk diungkap tetapi dikatakannya juga. Padanya kebahagiaan Lutfiyah adalah kebahagiannya juga.
Faryal melepaskan keluhan. Alex dan Danial melihat anak perempuan Lutfiyah itu. “Jujur Ayal cakap. Ayal lebih bahagia kalau keputusan DNA itu menyatakan uncle adalah papa Ayal.” Itu fakta. Walaupun mereka pertama kali bertemu. Dia dapat lihat mengapa Lutfiyah jatuh cinta dengan Danial.
Lelaki didepannya itu benar-benar beza dari Khaleed. Danial sanggup mengorbankan cinta dan kebahagiaannya demi Lutfiyah. Faryal yakin sehingga sekarang Danial masih mencintai mamanya. Kalau tidak pasti lelaki itu tidak hidup membujang sehingga sekarang. Ingin juga dia tahu kalau mamanya itu masih ada perasaan untuk lelaki bernama Danial Ghazali itu.
Danial mengensot badannya mendekati meja. Dipandang Faryal dengan muka yang penuh kasih sayang. 

Sweetheart. Uncle faham apa yang kamu lalui. Uncle Alex beritahu uncle segala-galanya. You’re one strong girl to last this long. Tapi kalau keputusan DNA itu meyatakan uncle adalah papa kamu, uncle tak yakin mama kamu akan terima uncle dalam hidupnya. Uncle masa lalunya dan papa kamu adalah masa depannya.” Tutur Danial lembut.
Faryal senyum hambar.
“Kenapa kamu tanya uncle tentang ini? Uncle yakin mesti kamu sudah tahu serba sikit apa yang telah berlakukan.” Soal Danial, kembali menyandar tubuhnya dikerusi.
“Sebab Ayal lalui perkara sama yang dilalui uncle semasa di Paris.” 

Fitnah yang menyebabkan papa semakin benci padanya. Fitnah yang tidak pernah dia lakukan.
I heard. Tapi apa yang Ayal sedang fikirkan?” 

Dia yakin Faryal tahu apa yang dimaksudnya. Dia tahu perkara pertama yang akan dilakukan Faryal bila fitnah itu ditimpanya. Apa lagi kalau mencari siapa pelakunya. Apa motif pelaku itu dan seterusnya.
“Ayal rasa Ayal tahu siapa yang fitnah uncle dan Ayal.” Balas Faryal dengan tegas.
Alex dan Danial pandang satu sama lain. “Siapa?”
“Papa.” 

Hanya satu orang saja yang disyaknya. Pada mulanya dia mengesyaki Ahdia tetapi bila difikirkan balik, Khaleed sanggup lakukan apa saja untuk mendapat apa yang diinginkan. Tapi apa motifnya Khaleed menfitnah dia? Itu yang dia harus cari tahu.
**
Faryal tersenyum lebar melihat nama yang tertera ditelefon bimbitnya. Talian disambung lantas dilekap ditelinga.

 “Assalammualaikum sayang. Tengah buat apa tu?” Suara ceria Issac menyapa terlebih dahulu.
“Waalaikumsalam. Buat kerjalah abang. Sudah namanya dekat pejabat. Abang telefon Meen ni kenapa?”
“Bosan dekat kerja. Rindu dengan satu-satunya bidadari abang.” Faryal gelak sambil menggeleng kepala dengan kata-kata manis suaminya itu.
“Mengada-ngadalah abang ni. Lagi tiga jam abang dah boleh jumpa Meen. Tadi pun dah jumpakan. Dah beri hadiah istimewa lagi.” Balas Faryal mengingati apa yang dilakukan mereka sebelum Alex masuk tadi.
Dia dapat merasa yang Issac sedang senyum nakal. “Itu tadi. Setiap minit setiap saat abang teringatkan sayang. Tengok fail nampak muka sayang. Tengok komputer nampak muka sayang. Mana saja abang pusing mesti nampak sayang.” Adu Issac sudah angau tahap maksimum.
“Kasihannya suami Meen ni. Nampaknya abang dah kena Meendrome.”
“Meendrome?” Soal Issac tidak faham.
Faryal menahan tawanya. “Iyalah. Mana saja abang tengok nampak Meen. Itu dah tahap kritikal tau.” Guraunya sakan.
“Kalau macam tu sayang berilah ubatnya.” Ujar Issac manja. Meremang bulu romanya Faryal dengan suara penuh goda suaminya itu.
Dia berdehem untuk meredakan rasa gugupnya. “Nanti Meen beri pada abang. Sekarang Meen ada kerja cik abang sayang.” Pintu biliknya diketuk dan Alex membolos ke dalam.
“Betul ni sayang nak beri pada abang nanti?” Duga Issac dihujung talian.
Faryal angguk walaupun tidak dapat dilihat Issac. “Iya. Meen nak kena letak ni. See you later abang. Love you.” Ucapnya sedikit perlahan sebab Alex berada didepannya kini.
Love you too. Muacks! Muacks! Muacks!” Faryal ketawa dengan bunyi ciuman dari suaminya itu. Ada-ada sajalah laki aku ni.
Talian dimatikan. Dipandang Alex yang sedang senyum tersirat padanya. “Sorry uncle.” Ucapnya sedikti malu.
Alex gelak. “Uncle faham. Pengantin baru katakan. So apa yang Ayal perlukan dari uncle?” Soal Alex tidak berbasah basi.
Tentang wasiat mama. Setahu Ayal semua yang papa dapat dari wasiat mama telah diserahkan kepada Ahdiakan?”
Alex angguk mengiakan pertanyaan Faryal. “Betul tu. Tapi sekarang bukan lagi milik mereka setelah dia menandatangani surat perjanjian itu. Kenapa Ayal tanya?”
Dilihat Faryal senyum herot sambil bermain dengan batang pen yang berada dalam tangannya. 

Uncle siap sediakan surat perjanjian itu. Bila sudah masanya Ayal akan beritahu.” Dia tidak mahu apa yang ingin dilakukannya itu diketahui sesiapa hanya dia saja.
Kamu mahu uncle rahsiakan ini pada Izzat juga ke?” 

Faryal angguk. Dia tidak mahu Issac tahu tentang perkara ini. Ini adalah masalahnya. Masalah yang akan dia tangani seorang diri.
Alex melepaskan keluhan. Tersepit ditengah-tengah sekali lagi. Disatu pihak Issac mahu dia beritahu apa saja tentang Faryal pada anak muda itu. Sementara Faryal mahu dia merahsiakannya dari Issac. 

“Tapi uncle sarankan pada Ayal supaya beritahu dia ini semua. He can help you in many ways.” Saran Alex.
Ayal tahu tapi bukan sekarang. Once I have everything settled then I’ll tell him.
Alex angguk faham dengan permintaan Faryal. “Boleh uncle tahu apa yang Ayal mahu lakukan?”
Faryal senyum sinis. Matanya tajam menikam Alex didepannya. Apa yang ingin dilakukannya? Senang saja.

Karma.

8 comments:

  1. oh yeah baby!! karma tu...mmg pon kena .. eh yg last bab tu kn kak...knp rase ade kaitan dgn something called surrogate mother ye...hehe putar meja tengok siape dpt the last laugh...wahahhahaha i like this version of ayal...good job kak^^

    ReplyDelete
  2. Harap Ayal bijak mengatur rencana tp jgn brpisah dgn Izzat. Writer, siapa KIRA?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..Kira character dlm cerita jangan dustai cinta...hahaha:B

      Delete