Bab
72
Beberapa
paket coklat diletak ke dalam troli yang sudah sarat dengan barang
yang menarik perhatiannya. Sedang matanya melilau ke barang yang
terdapat di pasar raya itu telefon bimbitnya berbunyi. Stacy
mengambil alih menolak trolinya bila melihat isteri majikannya itu
mengeluarkan telefon bimbit dari beg tangan.
Senyum
lebar Faryal melihat nama yang tertera. “Helo sayang. Sori tadi
abang ada urgent
meeting.
Sayang dekat mana ni? Abang telefon dekat pejabat tak ada.” Issac
memulakan bicara tidak memberi Faryal peluang untuk bersuara.
“Assalammualaikum.”
Tegur Faryal sambil berjalan disebelah troli. Tangan mencapai makanan
ringan dan dibeleknya seketika sebelum meletaknya kembali ditempat
asal.
Apa
yang Faryal tidak dapat lihat adalah suaminya menggaru kepalanya yang
tidak gatal kerana sedar kesilapannya. Dia tersengih sendiri.
“Waalaikumsalam. Sori sayang. Abang teruja sangat nak cakap dengan cinta hati abang ni. Sayang dekat mana ni?”
“Waalaikumsalam. Sori sayang. Abang teruja sangat nak cakap dengan cinta hati abang ni. Sayang dekat mana ni?”
“Meen
dekat pasar raya nak beli beberapa barang. Meen nak minta izin dengan
abang untuk pergi rumah An-Nur sekejap. Bolehkan abang?” Soal
Faryal meminta kebenaran Issac. Dia sedar ke mana saja dia mahu pergi
sekarang harus meminta izin daripada si suami. Kalau tidak berdosa.
An-Nur.
Sudah lama dia tidak ke sana. Dahulu Lutfiyah selalu bawa dia dan
abang-abangnya semua ke sana setiap hujung minggu. Disana dia banyak
belajar mensyukuri kehidupannya kerana ada orang diluar sana yang
tidak bernasib baik sepertinya. Dia mempunyai segala-gala kecuali
kasih sayang seorang papa. Tetapi di rumah An-Nur ada yang tidak
dapat kasih sayang kedua orang tuanya kerana tidak tahu siapa mereka
sebenarnya. Seperti kawannya di An-Nur. Ana Kira namanya.
Walaupun
kawannya itu tidak ketahui siapa kedua orang tuanya atau kalau dia
mempunyai keluarga diluar sana, dia tetap bersikap positif. Betapa
orang lain memperkecilkannya kerana tiada latar belakang yang jelas, Kira tetap tabah mengharungi kehidupannya. Malah setiap kali
ditanya dimana orang tuanya, kawannya itu akan berkata bahawa mereka
ada dihatinya. Loket berbetuk hati yang tergantung elok dilehernya.
Rantai leher yang satu-satunya mengingatkan Kira kepada orang
tuanya yang tidak dia ketahui.
“Gerald
dan Stacy ada dengan sayangkan?” Pertanyaan Issac membuat Faryal
tersedar dari lamunannya dan dia kembali berjalan menuju ke kaunter
pembayaran.
Dilirk
Gerald yang berjalan dihadapan troli. Mata tajam merenung sekeliling
mereka. Macam helang mencari mangsa. “Ada. Gerald ada dekat depan
ni. Tengah pantau sekeliling macam nak makan orang. Kalau abang nak
tahu ada budak kecil ni nampak dia terus sembunyi belakang mak dia.
He’s
scaring the kids.”
Balas Faryal disambut bukan sahaja gelak ketawa suaminya tetapi Stacy
disebelah dan juga tawa kecil Gerald yang tidak dapat dilihat Faryal.
“You’re
hurting his feeling sayang. Afterall that’s his job.
Lagi satu, abang izinkan sayang pergi An-Nur. Makan malam dekat sana
sekali. Hari ni abang balik lambat ada beberapa kerja abang kena
buat. Nanti sayang balik dengan Gerald dan Stacy terus ke rumah.”
Pesan Issac bertalu-talu. Risau dia dengan keselamatan Faryal.
“Yes
boss!”
Faryal tersenyum malu bila sedar perempuan disebalik kaunter pembayaran itu sedang senyum padanya. Mana tak tersenyum bila dia sedang tabik didepannya. Ah! Malu-malu.
Faryal tersenyum malu bila sedar perempuan disebalik kaunter pembayaran itu sedang senyum padanya. Mana tak tersenyum bila dia sedang tabik didepannya. Ah! Malu-malu.
Issac
memusing kerusi menghadap meja kerja. “Don’t
act all cute with me.
Kalau Meen ada depan abang ni, habis abang kerjakan Meen.” Ugutnya
dengan nada sedikit serius.
“Takut
seh!” Bisik Faryal kali ini supaya tidak didengari perempuan di
kaunter pembayaran itu.
Kepala
Issac geleng berkali-kali. Inilah salah satu sifat Faryal yang
disukainya. Kalau nakal, nakal habis. Kalau malu, malu habis.
“Nakal. Okay abang kena letak ni ada panggilan yang masuk. Ingat pesanan abang. Love you sayang.” Telefon pejabatnya berbunyi sekali lagi.
“Nakal. Okay abang kena letak ni ada panggilan yang masuk. Ingat pesanan abang. Love you sayang.” Telefon pejabatnya berbunyi sekali lagi.
“Love
you too.”
Ucap Faryal sebelum mematikan panggilan dengan Issac. Setelah bayaran
dibuat mereka bergerak untuk ke tempat letak kereta.
“Eh
belon!”
Terhenti
langkah Faryal bila mendengar suara dan panggilan yang sungguh dia
kenali sekali. Dia merengus dan membolak-balik matanya. Kenapalah
banyak-banyak orang, aku terserempak si piranha
ni
juga yang aku jumpa. Faryal menoleh melihat kelibat Ahdia berjalan ke
arahnya penuh gaya dan diikuti oleh seseorang lelaki dibelakang.
Ahdia
membuka cermin mata hitamnya. Buta ke apa piranha
ni? Dalam pusat membeli-belah pun dia nak pakai cermin mata? Entah
matahari manalah yang dia nak elak. Desis hati kecilnya.
“Eh piranha. Kau buat apa dekat sini? Gaji baru masuk ke? Banyak beli barang.” Sindir Faryal bila melihat tangan lelaki dibelakang Ahdia sarat dengan beg kertas. Apa lagi mesti habiskan duitlah ni.
“Eh piranha. Kau buat apa dekat sini? Gaji baru masuk ke? Banyak beli barang.” Sindir Faryal bila melihat tangan lelaki dibelakang Ahdia sarat dengan beg kertas. Apa lagi mesti habiskan duitlah ni.
Dilihat
Ahdia gelak sinis dengan muka angkuhnya. “Untuk pengetahuan kau,
aku sudah tak kerja bawa perempuan sihir tu lagi. Sekarang aku dah
ambil alih kembali butik Bidadari. Lagipun aku punya duit apa yang
kau nak tahu? Sibuk saja.” Dijuling matanya pada Faryal.
“Aku
sibuk sebab aku orang yang prihatin. Kalau tup-tup kau tak ada duit
macam mana? Hidup tepi jalanlah namanya.” Sekali lagi Faryal
menyindir. Dipandang lelaki dibelakanya Ahdia yang merenungnya tajam
dari tadi. Aku korek kang mata tu. Buat sop baru tahu.
Ahdia
mengambil setapak ke depan dan secara automatis Gerald bergerak
menghalang Ahdia daripada mendekati Faryal. Terperanjat Ahdia dan dia
kembali ke belakang. Faryal dibelakang sudah gelak. Padan muka kau
piranha.
Ini hulk
kau jangan main. Dia pijak kau sampai lempeng nanti.
Tetapi
Ahdia tetapi melancar kemarahannya terhadap Faryal. “Hei belon!
Kalau kau nak tahu aku ada lebih banyak duit dari kau dan aku tak
perlu kerja pun. Ini semua pun kerana kerja keras papa.” Balasnya
bongkak.
Gerald
kembali ke tempatnya. Faryal tawa sinis. “Kerja keras menipu orang.
Haram namanya tu. Berdosa tau.” Dilihat tangan Ahdia mengepal dan
bibir pula diketap. Telinga pula berasap.
“Kau
jangan nak ajar aku. Kau tu sama juga. Mana laki kau? Dah kena
tinggal ke?” Soal Ahdia keras.
Faryal
memeluk tubuhnya. “Adalah aku sembunyikan dia dari perempuan lintah
darat seperti kau. Kerja asyik nak sedut darah orang saja.”
Semakin berombak kencang dadanya Ahdia. Bila tangannya mahu bergerak ia kembali ke sebelahnya bila melihat mata Gerald menikamnya.
Semakin berombak kencang dadanya Ahdia. Bila tangannya mahu bergerak ia kembali ke sebelahnya bila melihat mata Gerald menikamnya.
“Eh
perempuan!” Ditunding Faryal akhirnya.
Gerald
bersuara memotong apa saja yang ingin dikatakan Ahdia. “Puan
Faryal, kita harus pergi ada temujanji dengan klien penting.”
Terjungkit keningnya Faryal tidak faham. Bila masa pula aku ada temujanji dengan klien? Aku terlupa ke? Mereka memandang satu sama lain buat seketika. Masing-masing bermain mata untuk menyampaikan apa yang ingin dikatakan.

“Ah!
Temujanji dengan Encik Adi Putra untuk pengiklanan Resort Island.”
Laung Faryal sedikit kuat bila faham apa yang dimaksudkan Gerald.
Faryal mendengar Gerald mengeluh sementara dari ekor matanya dia
dapat melihat Stacy menunduk kepalanya menahan gelak.
Lengan
Gerald ditampar kuat dengan gelak tawa. “Nasib baik awak ingatkan
saya Gerald. Tak sia-sia saya upah awak mahal. Marilah kita
pergi nanti terlambat pula.” Ajak Faryal kepada mereka. Hehehe…
Terima kasihlah Gerald. Nanti aku suruh Issac naikkan gaji.
“Adi
Putra? That
Adi Putra?!”
Soal Ahdia sebelum Faryal dapat bergerak pergi.
Kelakar pula lihat mulut si piranha ni ternga-nga. Mata pula tidak pejam. Terperanjatlah tu. Faryal menolak dagunya Ahdia supaya mulut yang ternganga itu kembali tutup. Tersentak Ahdia dengan apa yang dilakukan Faryal.
“Aku nampak lalat nak masuk tadi. And yes that Adi Putra.” Ujar Faryal. Entah mengapa banyak-banyak nama, Adi Putra juga yang terkeluar. Mungkin sebab si piranha ni peminat nombor satu abang Adi kot.

mesti nak kenakan aku. Adi Putra mana nak datang sini. Apa lagi untuk
kerja dengan kau.” Suara Ahdia tidak percaya.
Bahu
dijungkit Faryal. “Suka hati kaulah nak percaya ke tak. Aku nak
pergi jumpa dia dan beritahu dia perempuan bernama Ahdia Abdullah tu
stalker
nombor
satu dia dekat Naraya. Aku pun nak dia blacklist
kau dari semua fan-meet
dia. Nanti aku minta tandatangan abang Adi untuk kau. Ta-ta.”
Faryal melambai tangannya. Senang hati melihat Ahdia terpinga-pinga dengan kata-katanya. Nak jumpa Adi Putra? Dalam televisyen sajalah.
Faryal melambai tangannya. Senang hati melihat Ahdia terpinga-pinga dengan kata-katanya. Nak jumpa Adi Putra? Dalam televisyen sajalah.
Faryal
mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan nombornya Alex. “Helo
uncle
Alex, esok jumpa Meen dekat pejabat Ivic. Ada perkara penting Ayal
nak bincang.” Sebelum Alex dapat bertanya mengapa, Faryal sudah
mematikan talian.
Kau
suka-sukalah sekarang Ahdia kerana sekejap lagi kau akan tahu siapa
belon ni. Belon yang mempunyai angin yang berbisa ataupun tidak.
Bisik hati kecil Faryal sambil melangkah pergi menginggalkan Ahdia
dengan lelaki itu seorang diri.
**
“Papa!
Papa!” Jerita Ahdia sebaik saja menjejak kaki ke dalam rumah.
Barang belanjanya dicampak atas sofa. Dia bercekak pinggang sambil
bermundar-mandir diruang tamu utama itu.
Khaleed
muncul hairan mengapa Ahdia terpekik-pekik bila baru saja pulang dari
hobi kegemarannya itu. “Kenapa ni Dia terpekik-pekik ni?” Soalnya
pada Ahdia yang kini sedang memandangnya.
“Papa
teka siapa Dia jumpa tadi?”
Kening
Khaleed ternaik meminta jawapan. Dia mengambil tempat disalah satu
sofa dengansepucuk surat didalam tangan. “Siapa?” Mana dia tahu
siapa yang Ahdia nampak.
“Anak
perempuan papa tulah.” Balas Ahdia keras. Rambutnya yang panjang
disisir ke belakang. Rimas.
“Faryal.
Kenapa dengan dia? Apa dia buat dekat Dia?” Bertalu-talu Khaleed
bertanya. Takut kalau Faryal telah melakukan apa-apa untuk membalas
dendam padanya.
Ahdia
mendenfus kasar dan menghenyak kasar tubuhnya disofa berdekatan.
“Biasalah papa. Sakitkan hati Dialah.” Tubuhnya dipeluk dengan
muka yang masam memikirkan pertemuannya dengan Faryal.
Kalau dia tahu perbualan dia dengan Faryal akan berakhir dengan dia disakiti pasti dia tidak sama sekali menegur perempuan itu. Buat sakit hati saja.
Kalau dia tahu perbualan dia dengan Faryal akan berakhir dengan dia disakiti pasti dia tidak sama sekali menegur perempuan itu. Buat sakit hati saja.
“Surat
apa tu papa?” Soal Ahdia bila Khaleed kelihatan khusyuk membaca
surat didalam genggaman dari mendegar apa yang dikatakannya.
“Surat
dari Lumiere International. CEO lama sudah bersara dan ada pengganti
baru.” Jelas Khaleed dan dihulur surat itu kepada Ahdia. Sebaik
saja dia pulang dari kerja dia telah terima surat itu dari pembantu
barunya itu.
“Siapa?”
Ahdia bertanya sebaik saja membaca isi surat itu sekilas.
Khaleed
menjungkit bahunya kurang pasti. “Entah. Tak tulis pun nama dia
siapa. Tadi papa telefon sana, mereka hanya cakap CEO baru tu tak ada
dekat pejabat. Bila papa tanya nama dia, mereka kata Puan Angel. Dari
apa yang papa dapat tahu dia adalah cucu kepada pemilik sebenar
Lumiere.”
Siapa pemilik sebenar Lumiere? Dia hanya tahu pembeli syarikatnya itu bernama Franco Hill. Lelaki itu pula berada di Paris.
Siapa pemilik sebenar Lumiere? Dia hanya tahu pembeli syarikatnya itu bernama Franco Hill. Lelaki itu pula berada di Paris.
“Perempuan?”
Khaleed angguk.
“Papa
tak pergi jumpa dengan Puan Angel ni ke?” Buat sekian kali Ahdia
bertanya.
Dilihat
Khaleed menyandar tubuhnya dibelakang sofa lantas dipejamkan mata.
Kepenatan. “Nantilah bukan penting pun syarikat ni. I’ve
got better things to do at FS right now.
Kamu tahu tak ketiga-tiga abang kamu telah berhenti kerja.”
Terlopong
Ahdia mendengarnya. “Seriously?
Habis tu papa terima?”
“Papa
terima.”
Hampir
terkeluar biji matanya. “What?!
Papa gila ke apa? Kalau mereka berhenti susah kita nanti pa.”
Dia benar-benar tidak setuju dengan apa yang dilakukan Khaleed. Kalau ketiga-tiga berhenti sekali gus, pasti syarikat akan terjejas. Lagipun abang-abangnya itu adalah terbaik dalam setiap jabatan yang dipegang mereka.

tahu. Itu sebab papa beri mereka berhenti dengan notis selama dua
bulan. Dalam masa itu papa akan cari pengganti mereka.” Suara
Khaleed tidak melegakan rasa resah hatinya Ahdia.
Ahdia
kembali menyandar tubuhnya disofa. Direnung tajam Khaleed yang sedang
memicit kepalanya. “It’s
getting complicated papa. Anyhoo,
macam mana dengan rancangan kedua papa tu?” Dia menukar topik
perbualan sepantas kilat.
Ahdia
mengerut dahi bila Khaleed menghulur sekeping kertas kepadanya. “Ini
alamat pengantin baru itu. Papa dapat tahu yang Issac sekarang
berulang-alik ke pejabat Tuan Kamil Arsyad dan Faryal ke Ivic selepas
Issac bertolak pergi. That
means she’s going to be alone at home and I’m going to strike a
deal with her.”
Khaleed menjelaskan informasi yang diterima dari orang-orangnya.
“Dia
rasa ia tak akan semudah itu. Selepas semua yang terjadi Dia yakin si
belon tu mesti tak akan percaya dengan apa yang papa akan cakapkan.
Lagi satu, sekarang dia ada pengawal peribadi yang ikut dia ke mana
saja dia pergi. They
mean business papa and I have a strong feeling you are on their
man-to-watch-out-for list.”
Ahdia
tidak yakin apa saja yang mereka akan lakukan kepada Faryal akan
berjalan begitu lancar sekali. Dengan adanya kawalan yang ketat dan
Issac disisi Faryal, mereka harus berfikir dari setiap sudut untuk
memastikan rancangan mereka berjaya.
Khaleed
ketawa. Dia sudah fikirkan semua itu. Malah dia dengan yakin boleh
katakan yang dia sudah berada beberapa langkah didepan Ahdia.
“Itu sebab papa perlukan kamu.” Ahdia terdiam seketika.
“Itu sebab papa perlukan kamu.” Ahdia terdiam seketika.
“Dia?”
Ditunding pada dirinya sendiri tidak percaya.
Khaleed
angguk mengiakan pertanyaan anak perempuannya itu. “Dia akan
menjadi umpan untuknya. Papa yakin kalau dia akan berlembut bila
lihat muka simpati sayang. Afterall,
she has a soft heart like you mother.”
Ahdia berfikir sejenak.
Betul
juga apa yang dikatakan papa. Si belon tu tak boleh lihat orang
disakiti atau berada dalam kesusahan. Mesti rasa kasihan terus. Ini
juga masanya untuk aku berbalas dendam kepadanya. Desis Ahdia dalam
hati. Dia mengukir senyuman sinis.
“Dia
kena buat apa?”
Khaleed tersenyum lebar dengan pertanyaan yang pada masa yang sama adalah kata setuju Ahdia. Khaleed mengensot mendekati Ahdia dan mula berbicara.
“Macam ni…”
Khaleed tersenyum lebar dengan pertanyaan yang pada masa yang sama adalah kata setuju Ahdia. Khaleed mengensot mendekati Ahdia dan mula berbicara.
“Macam ni…”
**
Baru
saja roti bakar yang dibuatnya mahu mendarat ke dalam mulut, loceng
rumah berbunyi pula. “Siapa yang datang pagi-pagi ni? Mesti abang
lupa apa-apa ni. Orang suruh kemas barang semalam tapi tak nak
dengar. Pagi tadi juga dia nak kemas.” Bisik Faryal.
Issac
baru sahaja berangkat ke lapangan terbang kerana terpaksa pergi ke
Singapura untuk berjumpa dengan klien. Diajaknya tetapi Faryal
menolak. Alasan kerana banyak kerja di Ivic dan Lumiere yang harus
dilakukannya.
Faryal
menuju ke ruang tamu. Diselak langsir rumahnya. Buntang matanya
melihat musuh nombor satunya berada didepan rumahnya.
“Piranha? Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu aku tinggal dekat mana?” Hairan bila Ahdia muncul secara tiba-tiba didepan rumahnya.
“Piranha? Apa dia buat dekat sini? Macam mana dia tahu aku tinggal dekat mana?” Hairan bila Ahdia muncul secara tiba-tiba didepan rumahnya.
“Faryal!
Faryal!” Kedengaran Ahdia memanggilnya dengan kuat.
Faryal
menggaru kepalanya. Dia melihat kelibat Stacy dan Gerald
menghampirinya. “Stacy.” Digamit Stacy menghampirinya secepat
mungkin.
“Awak
tolong periksa si piranha
tu sebelum masuk. Apa entah dia nak pagi-pagi macam ni. Kacau orang
saja.” Pinta Faryal pada Stacy.
“Tapi
Puan. Tuan Izzat sudah beri kami arahan supaya tidak membenarkan dia
mendekati puan.” Jelas Stacy teragak-agak setelah dia dan Gerald
memandang satu sama lain.
Selepas
Issac dapat tahu bahawa Faryal terserempak dengan Ahdia di pusat
beli-belah, mereka semua telah diberi arahan supaya tidak membenarkan
perempuan it mendekati Faryal lagi. Sekarang mereka buntu siapa harus
mereka turut.
“Awak
berdua jangan risau. Dia tak ada dekat sini pun. Jadi dia pun tak
akan tahu kalau kita tak beritahu. Pergilah Stacy. Nanti roboh juga
pagar depan tu hah.” Sempat lagi Faryal bergurau. Stacy bergerak ke
depan meninggalkan Faryal dan Gerald memerhatinya.
Bila
Stacy muncul, beberapa orang pengawal turut mengekorinya. Ahdia diam
kembali bila melihat Stacy menghampirinya. Gerald disebelah berdehem.
“Puan tahukan, kalau puan tak beritahu tuan tentang perkara ini. Lambat-laun dia akan tahu juga.” Suara Gerald serius.
“Puan tahukan, kalau puan tak beritahu tuan tentang perkara ini. Lambat-laun dia akan tahu juga.” Suara Gerald serius.
Faryal
melirik Gerald disebelah sebelum kembali melihat Ahdia tidak mahu
diperiksa oleh Stacy. “Saya tahu. Biar saya yang handle dia.
Tahulah saya caranya. Awak nak saya kenalkan dengan piranha
tu tak? Awak pun single
mingle ready to minglekan?”
Faryal mengusik pengawal peribadinya itu pula.
Dia
dapat melihat Gerald senyum herot padanya. “Saya tak suka piranha
yang boleh menjadi lintah darat puan. Lagipun saya sudah ada piranha
saya sendiri puan.”
Ternga-nga mulutnya Faryal dengan kejujuran Gerald. Sudah ada yang punya rupanya. Boleh tahan juga hulk aku ni. Dilihat Stacy mengembalikan beg tangan kepada Ahdia yang memuncung bibirnya tidak suka dilayan sebegitu.

“Ahh…hulk
dah berpunya rupyanya. Mesti
bodybuilder
macam awakkan?” Gurau Faryal tetapi hanya disambut gelengan dari
Gerald yang kini kembali serius bila Ahdia kian menghampiri diiringi
oleh Stacy.
“Faryal!”
Ahdia memanggilnya bila melihat kelibat Faryal dimuka pintu. Muka
tegang habis.
“Ubat
apalah yang dia makan sampai muka cemberut macam ni?” Bisik Faryal
tetapi dapat didengari jelas oleh Gerald.
Ahdia
menerpa masuk. “Faryal!”
Alamak! Apa benda dia peluk-peluk aku ni. Tergamam Faryal bila tidak ada angin tidak ada ribut, si piranha terus memeluknya. Faryal tidak membalas kerana rasa janggal.
Alamak! Apa benda dia peluk-peluk aku ni. Tergamam Faryal bila tidak ada angin tidak ada ribut, si piranha terus memeluknya. Faryal tidak membalas kerana rasa janggal.
Stacy
yang berada dibelakang memperingati Ahdia kata-katanya sebentar tadi
dan secara automatis pelukan dilerai. Tetapi seperti biasa Ahdia
merungut kerana dilayan seperti seorang pesalah.
“Kenapa
dengan kau ni? Kau tertelan ubat insaf ke sampai berbaik dengan aku
ni? Lagi satu macam mana kau dapat alamat aku ni?” Bertalu-talu
Faryal bertanya tidam mempelawa Ahdia duduk.
Tangan
Faryal dicapai Ahdia dan bila Stacy berdehem dia melepaskannya.
Faryal gelak sakan dalam hati.
“Kau kena tolong aku. Papa.” Papa? Apa pula yang mereka rancangkan ni?
“Kau kena tolong aku. Papa.” Papa? Apa pula yang mereka rancangkan ni?
Faryal
memeluk tubuh sebaik saja mendengar nama Khaleed keluar dari mulut
Ahdia. “Kalau tentang dia aku tak nak tolong kau.” Tuturnya
muktamad.
Ahdia
menayang muka kasihannya seperti diarah Khaleed. “Kau tolong dengar
cakap aku dulu baru kau boleh buat keputusan. Please.” Rayu Ahdia.
Tergamam dia bila Ahdia mengatakan perkataan ajaib itu. Tambah lagi buat pertama kalinya Ahdia telah meminta pertolongannya. Benar-benar ganjil. Faryal memandang Ahdia yang masih dengan lakonannya. Dia melepaskan keluhan. Kalau piranha boleh berlakon kenapa tidak dia?
“Hmm…Masuk dulu aku buatkan air untuk kau.” Ahdia bersorak riang dalam hatinya bila Faryal mengajaknya ke dalam.

terkeluar biji matanya melihat hiasan dalaman rumah itu. Melilau
matanya melihat setiap perabot dan perhiasan yang dia agak boleh
mencecah berjuta dollar. Faryal menyilanya duduk disofa yang
berukiran kayu. Matanya jatuh melihat hiasan kristal dimeja kopi
didepannya.
“Biar
saya buatkan puan.” Suara Stacy membuat Ahdia berpaling ke
belakang.
“Air
sejuk. Air batu lebih. Panas dekat luar tu.” Ahdia mengipas-ngipas
mukanya yang sedikit bahang sebab berdiri diluar terlalu lama.
Faryal
menjuling matanya dengan permintaan si permaisuri tak tahu malu itu
dan melabuh punggungnya disofa sebelah Ahdia. Gerald pula setia
disisinya.
“Kau
nak cakap apa dengan aku tadi?” Soal Faryal tidak mahu membuang
masa.
Ahdia
menayang muka gelisahnya. “Aku tak tahu apa nak jadi dengan papa
sekarang. Kau mesti tolong aku.” Dia mengensot ke hujung sofa.
Jari-jemari Faryal dicapainya tetapi tidak dihalang oleh Gerald
seperti Stacy.
“Apa
maksud kau?” Soal Faryal sekali lagi meminta Ahdia menjelaskan
kata-katanya itu.
“Aku
terdengar papa berbual dalam telefon yang dia nak bunuh seseorang.
Aku tak mahu dia lakukan ini semua lagi. Bila aku nak undur pergi aku
terlanggar meja dekat luar bilik kerja papa dan papa tangkap aku
mencuri dengar perbualannya.” Cerita Ahdia setiap butir seperti
disuruh Khaleed.
Dia melihat muka Faryal berubah drastis. Dia tahu Faryal hampir termakan umpannya. Bodoh punya perempuan.
Dia melihat muka Faryal berubah drastis. Dia tahu Faryal hampir termakan umpannya. Bodoh punya perempuan.
Faryal merenung
tajam Ahdia didepannya. Sangsi. “Siapa yang dia nak bunuh?”
“Nek
Wan.” Jawab Ahdia.
Faryal pura-pura marah dan terperanjat. Stacy tiba dengan air yang dibuatnya. Mukanya tegang melihat Ahdia memegang tangannya Faryal. Gerald hanya membiarkan saja.
Faryal pura-pura marah dan terperanjat. Stacy tiba dengan air yang dibuatnya. Mukanya tegang melihat Ahdia memegang tangannya Faryal. Gerald hanya membiarkan saja.
“Nek
Wan? Kenapa pula?”
Ahdia
cuba mengeluarkan air mata untuk menarik perhatian Faryal. “Papa
sekarang semakin tamak. Bila Izzat beritahu papa yang kau sekarang
adalah pemegang saham terbesar di Ivic, papa terus membuat rancangan
baru. Papa mahukan segala-galanya dan papa cakap kalau terpaksa
membunuh Nek Wan hanya untuk mendapat apa yang diinginkannya dia
sanggup. Asalkan semua kekayaan jatuh ke dalam tangannya.” Skrip
yang dihafal semakin mantap tetapi apa yang dia tidak tahu Faryal
tidak terpedaya dengan cerita palsu itu.
“Habis
tu kau dapat apa datang sini dan beritahu aku ini semua?”
Ahdia tergamam dengan pertanyaan Faryal yang tidak didiskusinya dengan Khaleed. Dia terdiam tidak tahu apa yang harus dia katakan. Sorakkan Ahdia mati serta-merta. Apa aku nak jawab ni? Takkan aku nak cakap yang aku pun dapat harta kekayaannya juga? Habis hancur rancangan aku dan papa. Menangis? Menangis sajalah.

Terkejut
Faryal bila Ahdia tiba-tiba menangis melalak didepannya. Hancur
betullah lakonan piranha
ni. Ahdia melutut didepannya. Tidak melepas genggaman tangannya
Faryal sama sekali.
“Aku
datang sini sebab aku ugut papa akan beritahu kau tentang semua ini
kalau dia tak hentikan apa yang dirancangnya. Tetapi kau sendirikan
tahu papa macam mana orangnya. Kalau dia inginkan sesuatu dia tak
akan henti selagi dia mendapatkannya.” Teresak-esak Ahdia menangis
dilututnya Faryal.
Faryal
memandang Stacy dan Gerald yang menjungkit bahu mereka tidak tahu apa
yang terjadi.
Kau
nak berlakon sangatkan. Aku bagi kau. Faryal meletak tangannya
dikepala Ahdia. Pura-pura simpati. Ahdia mengangkat kepalanya dengan
muka yang berkerut. Buruk betullah piranha
ni nangis.
“Papa sempat beritahu aku supaya beritahu kau yang dia tidak akan mengapa-apakan Nek Wan kalau kau berikan dia apa yang diinginkannya. Semua harta kekayaan Nek Wan.”
“Papa sempat beritahu aku supaya beritahu kau yang dia tidak akan mengapa-apakan Nek Wan kalau kau berikan dia apa yang diinginkannya. Semua harta kekayaan Nek Wan.”
Faryal
menyeka pipinya Ahdia. Kalau Widayah nampak ni memang tercengang
sepuluh hari sepuluh malam mulut kawannya itu. Faryal menayang muka
kasihannya terhadapa Ahdia.
“Tolonglah Faryal. Aku tak tahu nak buat apa lagi sekarang. Aku buntu. Aku tak mahu papa buat perkara yang bodoh.” Sakit telinga Faryal dengan tangis lalaknya piranha didepannya itu.
“Tolonglah Faryal. Aku tak tahu nak buat apa lagi sekarang. Aku buntu. Aku tak mahu papa buat perkara yang bodoh.” Sakit telinga Faryal dengan tangis lalaknya piranha didepannya itu.
“Kau
tahukan dengan kau beritahu aku ini semua, aku boleh buat laporan
polis dan dia akan dipenjarakan. Aku ada saksi.” Dipandang Stacy
dan Gerald yang setia disisi. Ahdia menelan air liurnya melihat muka
tegas dua pengawal peribadi Faryal itu.
Dia
kembali memandang Faryal. Genggaman tangan Faryal dipereratkan lagi.
“Aku tahu aku banyak salah dekat kau. Aku banyak sakiti hati kau
sejak kecil lagi. Aku benar-benar khilaf. Aku sedar yang harta
kekayaan bukan segala-galanya. Tolonglah aku Faryal. Aku tak mahu
papa masuk penjara. Tolonglah Faryal. Berikan apa yang papa
inginkan.” Ahdia memohon pada Faryal. Tapi Faryal hanya diam tidak
berkata apa-apa.
“Kau
tak kasihan ke dekat Nek Wan? Kalau apa-apa jadi pada dia macam mana?
Kau juga akan disalahkan sebab tak dengar apa yang aku cakapkan.”
Strategi ditukarnya.
Beberapa
saat berdiam. Faryal akhirnya bersuara. “Papa dekat mana sekarang?”
Soal Faryal tentang keberadaan Khaleed.
“Pejabat.
Sudah dua minggu papa kerja dekat sana. Aku datang sini pun dia tak
tahu.” Bohong Ahdia acap kalinya.
Keluhan
melepasi bibirnya Faryal. “Macam beginilah. Kau balik dulu biar aku
fikirkan dulu.” Ahdia kurang senang dengan kata-kata Faryal itu.
“Kau
nak fikirkan apa lagi? Nyawa Nek Wan dalam bahaya. Kau sanggup ke
kehilangan Nek Wan selepas mama?” Mendengar ayat terakhir Ahdia
membuat Faryal gelak sendiri. Mama masih hiduplah piranha.
Ahdia
bingung kenapa Faryal tiba-tiab saja gelak. Kelakar ke apa yang aku
cakapkan tadi?
Tangan
Ahdia digenggam Faryal. Diukir segaris senyuman pada Ahdia. “Biar
aku fikirkan dahulu. Bila aku dah ada jawapan, aku sendiri akan
datang jumpa kau dengan peguam aku.” Putus Faryal dengan tenang.
“Tapi…”
“Balik
dulu nanti aku akan fikirkan apa yang harus aku lakukan.” Suara
Faryal memintas kata-kata Ahdia.
Ahdia
memandang Faryal mencari kepastian. “Betul ni?”
Faryal
angguk. “Ya. Dah pergi sana. Aku nak kena pergi kerja ni.” Dia
bangkit dari duduknya dan menolong Ahdia berdiri juga.
“Nanti
kau telefon aku kalau kau dah buat keputusan. Papa hanya beri kau dua
puluh empat jam saja.” Diberi peringatan kepada Faryal.
Kepala
Faryal diangguk kecil faham. “Hmm…Kau jangan risau aku tahulah
apa nak buat. Kau balik dan beritahu papa supaya tunggu panggilan
dari aku.”
Sekali
lagi Ahdia memeluk Faryal yang membalasnya dengan menepuk beberapa
kali belakangnay Ahdia.
“Terima kasih Faryal. Aku tak tahu apa yang aku harus buat kalau kau tak ada. Aku pergi dulu.” Ucap Ahdia dan pergi diiringi oleh Stacy dengan hati yang senang. Pasti papa gembira dengan apa berita yang akan aku sampaikan.

“Pergilah
dan jangan kembali.” Tutur Faryal sambil tangan melambai pada Ahdia
yang melambai padanya.
Gerald
menghampiri Faryal. “Puan mahu saya ikut dia?”
Faryal
menggeleng. “Tak perlu, sudah ada orang yang melakukannya.” Memang
ada orang yang sedang memantau setiap pergerakkan Ahdia cuma si
piranha
tu tak perasan.
“Habis
tu puan mahu lakukan apa? Puan tak termakan dengan kata-kata diakan.”
Faryal gelak. Apa punya soalanlah hulk aku ni.
“Seumur
hidup saya tak akan percaya satu perkata yang keluar dari mulut dia.
Kalau awak nak tahu apa akan saya lakukan awak tunggu dan lihat.
Sebab piranha
akan tahu siapa sebenarnya belon kegemarannya ini. Terukkan lakonan
dia? Macam manalah Khaleed boleh hantar dia jumpa saya.” Gerald
disebelah hanya tersenyum sebagai jawapan sebeum meminta diri untuk
menyiapkan kereta.
Sebaik
saja Gerald pergi Faryal mengeluarkan telefon bimbitnya. “Hello
uncle Alex is the document ready?
Nampaknya kita perlukannya lebih awal dari yang disangkakan. Ayal
jumpa uncle
dekat Ivic. Bye.”
Talian dimatikan.
Ahdia.
Ahdia. Kau tunggu lakonan aku pula.
**
Seragam
jururawatnya diperbetulkan sebelum memulakan langkah menuju ke bilik
yang ingin dikunjunginya. Dilihat dua orang lelaki sedang duduk
dikerusi yang terdapat didepan bilik itu. Mesti pengawal peribadi
mereka. Penutup mulut dipakainya. Dia senyum sinis sebelum melajukan
langkahnya menghampiri mereka dengan dulang kecil berisi ubat-ubatan.
“Saya
mahu beri ubat kepada Puan Wanda.” Ujarnya sebaik saja dia berdiri
didepan dua pengawal itu. Dia menanti dengan debar bila melihat salah
seorang daripada mereka bercakap di walkie-talkie
sambil merenungnya tajam.
Pengawal
itu mengangguk kepada yang lagi satu memberi dia kebenaran.
“Baiklah.” Ucap lelaki yang seterusnya. Dia angguk sebagai tanda
terima kasih. Tetapi apa yang kedua lelaki itu tidak tahu, disebalik
penutup mulut yang dipakainya ada senyuman herot. Mengejek kebodohan
mereka.
Pintu
dibuka dan dia membolos dirinya ke dalam. Dia berdiri disebalik pintu
matanya jatuh pada kelibat Nek Wan diatas katil. Penutup mulut
dibukanya dan dia menghampiri katil itu dengan langkah yang ringan.
Senang hati dia dapat masuk ke dalam tanpa dikesan. Tangan Nek Wan
diangkat tinggi dan dilepaskan mendadak mendarat kembali ke katil.
Dia gelak sendiri dengan apa yang dilakukannya.
Dia
tunduk sedikit mendekat wajah tua yang tidak sedarkan diri itu.
“Wanda. Wanda. Wanda. Kasihan kaukan tak berdaya sekarang.” Pipi
tua itu dielus lembut.
Punggung
dilabuh sebelah tubuh Nek Wan. Dia turut baring disebelah tubuh yang
tidak berdaya melakukan apa-apa. Ditongkat kepala dengan tangannya
dan dipandang Nek Wan.
“Kasihan kau tak dapat tolong anak dan cucu kesayangan kau tu. Kerja kau sekarang tidur dan hanya tidur. Aku mahu kau rasa apa yang aku rasa. Aku mahu keluarga kau rasa apa yang aku rasa selama ini.” Tututrnya ditelinga Nek Wan.

“Faryal,
cucu perempuan kesayangan kau tu tengah rancang sesuatu.”
Dia
mendekati telinganya dimulut Nek Wan. “Apa dia? Kau nak suruh aku
hentikan dia? Aku teringin sangat mahu tolong kau tapi ini lebih
baik. Keluarga kau akan hancur dalam tangan ahli keluarga kau sendiri
dan aku tak perlu lakukan banyak. Hanya lihat dan sorak kesukaan.”
Dia ketawa gembira tetapi tidak terlalu kuat takut juga kalau
didengari pengawal diluar.
“Paling
sedih sekali kau tak terdaya untuk tolong mereka. Sebab kau akan
dalam lena sehingga dendam aku sudah terbalas.” Bibirnya diketap.
Dendam dalam dadanya semakin menebal bila melihat kebahagiaan yang tidak pernah dapat dirasainya. Ini semua kerana orang tua yang tidak guna ini.
Dendam dalam dadanya semakin menebal bila melihat kebahagiaan yang tidak pernah dapat dirasainya. Ini semua kerana orang tua yang tidak guna ini.
“Ayal…”
Mati tawanya bila nama Faryal keluar dari mulut Nek Wan. Dia tergamam seketika sebelum kembali senyum lebar. Pipi Nek Wan ditolaknya dan matanya dikerdip melihat Nek Wan.
“Ooo! Ada orang nak sedar. Sudah masanya untuk ubat Puan Wanda. Saya janji tak akan rasa sakit. Malah semakin melegakan sakitnya.” Dia bangkit dari baringnya diatas katil.

Alat
penyuntik dicapainya dalam dulang kecil yang dibawanya tadi. Dicucuk
jarumnya ke dalam botol yang berisi cecair.
“Ayal…” Sekali lagi Nek Wan memanggil namanya Faryal.
“Ayal…” Sekali lagi Nek Wan memanggil namanya Faryal.
“Panggillah
cucu kau tu. Tak ada orang yang dengar pun.” Tuturnya dan disuntiknya
pada lengan Nek Wan.
Dia
senyum dan diletak kembali alat penyunti kembali didalam dulang.
“Okay dah. Selamat malam Puan Wanda. Nanti aku datang lagi. Nak
kirim apa-apa tak?” Soalnya sambil membetulkan selimut ditubuh Nek
Wan. Dia menunduk sedikit mendekati telinganya pada mulutnya Nek Wan.
“ Apa
dia? Kirim salam pada semua?” Dia bangkit semula dan tayang
senyuman manis yang tidak dapat dilihat Nek Wan.
Ditampar
lembut tangannya Nek Wan. “Iyalah nanti aku sampaikan pada semua.
Selamat malam mamaku sayang.”
Satu kucupan mendarat didahi tua itu sebelum memakai semula penutup mulutnya. Dia mencapai dulang kecil tadi dan berjalan menuju ke pintu. Sebelum memulas tombol pintu dia memandang Nek Wan buat terakhir kali dan melolos diri keluar dari bilik itu.

Woaa jap dh dpt agak..eeem pompuan jht ni eventually anak angkat atau kandung nek wan then dia yg perangkap mama ayal..boleh ah..heh puan angel tu ayal lh..lwk ah lakonan piranha tinggal tulang je kot hahaha lame tunggu tau kak! btw good job kak^^
ReplyDeleteAnak angkat atau kandung Nek Wan? Hahaha...idea bagus juga..maybe Mai blh pakai utk KMAJ versi baru yg Mai tgh tulis:B
DeleteFuhhh..... semakin suspen cerita ni. Ada misi tu kembar mama Faryal @ mother Issac. Writer, sy taksabar dgn n3 baru.
ReplyDeleteHehehe..Misi ape iya? Jengx3:B
Delete