Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Sunday, 4 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 73

Bab 73

Mata Faryal melihat pemandangan diluar tingkap yang berlalu laju. Telefon dilekap ke teling menanti ia disambung. 

“Assalammualaikum Dia, Faryal sini.” Ucapnya sebaik saja talian bersambung.
Telefon bimbitnya dijarakkan jauh dari telinga bila Ahdia menjerit dihujung talian. “Faryal! Have you made up your mind?” Soal Ahdia ceria. Mana tidak? Dia hampir berputus asa bila tiada apa-apa berita dari Faryal.
Sudah. Tapi aku perlukan kau kemaskan barang keperluan kau.” Faryal memandang sekilas Alex yang sedang memandangnya.
What?! Kenapa pula aku perlu kemasakan barang aku?” 

Apa kaitan keputusan Faryal dengan dia harus mengemas barangnya? Sungguh tidak masuk akal langsung.

Apa yang Ahdia tidak tahu, Faryal sedang menjuling matanya. “Tunggu biar aku habis dulu. Aku suruh kau kemas kerana aku nak hadiahkan kau dan papa pergi bercuti ke Europah. All expenses paid. Kau perlu naik kapal terbang dan pergi saja.”
Ahdia ragu-ragu dengan apa yang didengarinya. Hadiah untuk dia dan papa? Biar betul? “Kau nak kenakan akukan?” Terus terang dia bertanya.
Aku tak main-mainlah. Tapi kau jangan beritahu papa tentang ini. Aku nak buat kejutan. Mesti papa suka.” Faryal menayang muka meluatnya sebaik saja mengatakan ayat terakhirnya itu. Gerald dibelakang tempat pemandu yang melihat senyum kecil.
Tapi macam mana dengan apa yang kita bualkan semalam?”
Telefon bimbit dialih ke teling sebelah. 

“Aku dah buat keputusan. Aku akan beri apa yang papa mahukan. Malah aku akan datang dengan uncle Alex untuk serahkan semuanya pada papa. Just make sure he doesn’t harm Nek Wan.” Tutur Faryal serius.
Ahdia dihujung talian sudah bersorak gembira bila Faryal setuju . Mesti papa suka dengan berita ini. 

“Aku pasti dia tak akan lakukannya lepas apa yang kau beri pada dia.” Dalam hati dia sedang menjelir lidah pada Faryal kerana terjatuh dalam perangkapnya.
Faryal senyum herot. Ada rahsia tersirat disebalik senyuman itu. Hanya dia saja yang tahu apa dia. “Nanti lepas kerja aku datang. Kau siap sedia saja beg kau dan papa. Kau bertolak malam ni dengan kapal terbang peribadi suami aku.” Bohongnya.
Terlopong mulut Ahdia teruja. “Private jet?! Okay-okay aku kemas barang papa dan aku secepat mungkin. Aku tunggu kau datang.” Tuturnya sudah tidak sabar dan sudah berfikir apa yang harus dibawanya.
Ingat jangan beritahu papa tentang percutian itu. Just tell him I’ve agreed.” Pesan Faryal buat terakhir kali kepada Ahdia. Maklumlah, Ahdia kalau otak sudah fokus dekat satu benda, perkara yang penting semua dia lupa. Talian dimatikan dan senyuman lebar bermain dibibir. Bodoh punya piranha.
Alex melirik Faryal yang sedang menyimpan telefon bimbit setelah berbicara dengan Ahdia. Pandangan dilempar kembali ke luar tingkap kereta. Beg bimbit yang berada diatas riba digenggam erat. Hatinya rasa berdebar bila membayangkan apa yang akan dilakukan mereka sebentar lagi. Sepanjang perbualan Faryal dan Ahdia dia rasa sudah beribu pertanyaan yang bermain difikirannya. Tapi satu paling ketara.
Are you sure with what you’re doing?” Soalnya tanpa memandang Faryal.
Never been sure.” Balas Faryal dengan perasaan yang berkobar-kobar. Tidak sabar dia melihat muka dua beranak itu dengan apa yang akan dilakukannya nanti.
Faryal berpaling menghadap Alex disebelah bila mendengar keluhan dibibir lelaki yang berumur itu. Dia melihat wajah peguam yang tegang itu. 

“Tapi ini berbahaya. Uncle rasa lebih baik Ayal beritahu Izzat. Dia perlu tahu tentang ini semua.” Mata mereka berlaga bila Alex mengalih pandangannya.
I will tell him. Tetapi selepas semuanya.” Faryal kembali melempar pandangan ke luar tingkap.
Sudah acap kali Alex mengingatikannya supaya memberitahu Issac dan jawapannya tetap sama. Bukan dia tidak mahu Issac mengetahui tentang apa yang sedang dirancang dalam fikirannya. Malah dia rasa bersalah kerana membelakangi suaminya itu tetapi ini pertarungan antara dia dan Khaleed. Dia tidak mahu sesiapa lagi menjadi korban. Cukuplah Nek Wan yang masih belum sedarkan diri itu.
Alex merenung Faryal seketika sebelum menggeleng kepalanya. Sempat mata dia dan Gerald berlaga sama sendiri. “Nampaknya keputusan kamu sudah bulat. Tak guna uncle berbual banyak.” Ujarnya sudah mengalah.
Ditto.” Balas Faryal sepatah.
Berkerut dahi Alex memikirkan tentang Faryal. Anak kawan baiknya itu sudah banyak berubah. “Kamu bukan Ayal yang uncle kenal dulu.” Sejak pulang dari Paris. Faryal yang lama tetap ada. Tetapi disebalik itu ada Faryal baru yang hanya menunggu masa untuk menjelma.
Dia mendengar gelak kecil dari arah Faryal. “Orang berubah uncle. Kalau kita tak berubah sampai bila-bila orang akan mengambil kesempatan atas kita. Circumstances changed me.
Dia akan dilabel bodoh kalau tidak bangun dari tidurnya. Dia akan dilabel bengap kalau tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku disekelilingnya. Dia sudah membuang banyak masa menjadi Faryal yang senang terpedaya. Sekarang masa untuk dia mengejar masa yang dia hilang, dan terutama sekali mengejar Khaleed yang semakin maju ke depan.
**
Faryal dengan senang hati melangkah menuju ke pintu utama rumah. “Assalammualaikum!” Dilaungnya sambil membuka kasut yang dipakainya. Gerald dan Stacy pula katanya akan menunggunya diluar.
Waalaikumsalam.” Ucap Mak Limah yang muncul dari belakang rumah.
Membulat mata Faryal melihat Mak Limah yang amat dirinduinya. “Ibu!” Dia meluru dan memeluk erat Mak Limah.
Ayal rindu sangat dengan ibu. Ibu sihat? Ayah mana? Wid?” Soal Faryal dan dipaut tubuh wanita itu. Sempat dia kucup pipi gebu Mak Limah.
Tersenyum riang Mak Limah dengan tindakan anak majikannya itu. Terubat rindu dia pada Faryal yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri. 

“Ayah pergi kedai sekejap belikan barang untuk ibu. Wid masa macam ni dekat pejabatlah. Kalau dia tak ada dekat sana memang nak kena dengan ibu nanti.” Faryal gelak. Beginilah Mak Limah kalau mereka bersama. Kalau ada Widayah sekali memang tak kering gusi mereka dibuatnya.
Mama mana ibu?” Leher dipanjangnya mencari kelibat Lutfiyah. Mak Limah menunjuk ke belakang rumah. Faryal turut memandang ke belakang juga.
Dekat taman belakang dengan Cik Irah.”
Aunty Irah ada?” Mak Limah angguk mengiakan.
Kamu pergilah, biar ibu pergi ambilkan minuman untuk kamu.” Faryal angguk dan menapak ke taman belakang.
Semakin dia menghampiri semakin jelas gelak ketawa dua orang wanita. Dia sempat berhenti diambang pintu melihat dua kelibat yang sedang membelakanginya. Satu pandang dia tahu yang mana Lutfiyah dan yang mana Aairah. Lutfiyah lebih berisi dan memakai tudung walaupun dirumah sementara Aairah mempunyai rambut yang kerinting dan dilepaskan saja.
Mama!” Laungnya dan berlari kecil mendapatkan Lutfiyah. Terperanjat sepasang kembar itu bila suara Faryal kedengaran.
Faryal memeluk erat tubuh Lutfiyah yang kaget dari belakang. Pipi mamanya dicium bertalu-talu. Lutfiyah hanya ketawa. 

“Eh anak mama datang. Sayang sihat?” Kepala Faryal diusapnya sebelum mengucup pipi anaknya pula.
Tangan mamanya disalami. “Sihat. Mama?”
Alhamdulillah sihat.” 

Tangan Faryal yang melingkari lehernya ditepuk lembut. Sudah lama dia tidak bertemu dengan anak perempuannya itu. Sejak mereka jejak kaki kembali ke sini mereka hanya dapat berhubung melalui telefon atau web cam saja.
Faryal melepaskan pelukan dan menghampiri Aairah yang menjadi pemerharti adegan kasih sayang dua beranak itu. 

“Aunty Irah apa khabar lama tak jumpa.”
Aunty sibuk dengan kedai sebab itu lama tak jumpa. Kalau aunty tak masuk nanti tunggang-langgang pula kedai dibuatnya.” Faryal senyum dan mengambil tempat disebelah Lutfiyah. Dipeluk lengan Lutfiyah manja. Rindu sangat dengan mamanya itu.
Lutfiyah menepuk pahanya Faryal. “Izzat mana? Tak datang sekali?” Soalnya bila kelibat Issac tidak kelihatan.
Kepala Faryal dilentok ke bahu mamanya dan mata dipejam rapat. “Outstation. Pergi Singapura. Mungkin lusa balik. Itupun kalau deal dengan klien is sealed.” Itulah yang dikatakan Issac bila dia tanya kapan suaminya itu akan pulang.
Anak mama ni tak banyak kerja ke?” 
Lutfiyah dan Aairah gelak sama sendiri melihat telatah manja Faryal itu. Bibir sudah muncung ke depan tidak suka kalau berbual tentang kerja. Faryal duduk bersila diatas kerusi membuat Lutfiyah menggeleng. Perangai tak ubah langsung.
Mana tak banyak kerja mama. Ubah suai projek Resort Island dah nak mula tak lama lagi. Sibuk semua dekat pejabat. Tambah lagi tengah belajar tentang Lumiere. Tak cukup tangan Ayal dibuatnya. Nasib baiklah Ayal keturunan mama yang hebat ni kalau tidak dah pengsan Ayal tau.” Tubuh direbah atas sofa dan kepalanya darat elok diriba Lutfiyah. Dia sengih bila hidungnya dicubit geram.
Kerja, kerja juga. Tanggungjawab kamu sebagai isteri jangan lupa pula.” Pesan Lutfiyah pada anak perempuannya itu.
Ayal tak lupalah mama. Hari-hari nampak muka cik abang. Sebelum tutup mata nampak muka tersengih dia. Buka mata pun nampak muka tersengih dia.” Gurau Faryal disambut ketawanya Lutfiyah dan Aairah. Kalau Issac dengar ni mesti kena cuci habis-habisan.
Main-main saja dia.” Kedua belah pipi Faryal dicuitnya geram.
Mak Limah kembali. Terduduk dia dari ribanya Lutfiyah bila matanya nampak kek lapis berempah kegemarannya.

 “Wah! Kek lapis Mak Limah! Bertuah betul Ayal hari ni.”
Mak Limah menggeleng kepala melihat telatah anak Lutfiyah itu. Tak berubah langsung. Kalau nampak makanan kegemaran semua lupa. “Kalau kak Irah nak tahu. Si Ayal ni gila kek lapis. Terutama sekali yang dibuat Limah ni hah.” Jelas Lutfiyah pada kakak kembarnya.
Aairah angguk. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. “Ayalkan pandai masak. Tak cuba nak buat?” Faryal yang sedang menyuap kek lapis ke dalam mulut tidak angguk atau menggeleng kepalanya.
Tak sama aunty. Rasa dia ada yang kureng.”
Dia pernah cuba membuatnya tetapi tidak sama seperti yang dibuat Mak Limah. Akhirnya kalau dia mahu kek lapis dia akan mencari Mak Limah untuk buatkan untuknya.
Itu namanya malas nak buat Irah.” Gurau Mak Limah sempat dia menjeling Faryal yang tidak menghiraukan perbualan disekelilingnya. Maklumlah, kek lapis kegemaran didepan mata. Hehehe.
Lutfiyah senang melihat anak perempuannya itu seperti sedia kala. Faryal yang dia kenali. Tidak sangka anak yang nakal dan kadang-kala manja itu sudah menjadi seorang isteri. Kasihan anaknya tidak dapat merasa menjadi raja sehari. Kalaulah keadaan berlainan, dia akan mengadakan resepsi perkahwinan Faryal sebesar yang dia mampu. Tetapi dia tahu Faryal tidak akan menyukai itu. Sebab anak perempuannya itu tidak suka menyusahkan orang.
Oh! Baru mama teringat. Mama ada hadiah untuk sayang.” Suaranya setelah lama mengelamun didunianya sendiri.
Faryal yang sedang menyuap kek lapis ketiganya memandang Lutfiyah. “Hadiah? Ulang tahun Ayal lagi lamalah mama.” Ujarnya dan menghabiskan kek lapis ditangan.
Hadiah perkahwinanlah sayang. Tunggu mama pergi ambil.” Lutfiyah bangkit dari duduknya dan meninggalkan Faryal dan Aairah yang menyoroti pemergiannya.
Suasana kembali sunyi. Masing-masing tidak tahu apa yang harus dibualkan. Aairah menghirup airnya dan memandang tanaman yang terdapat diruang belakang rumah itu. Faryal mencuri pandang mak ciknya sambil menghirup air buatan Mak Limah sambil otak memikirkan tajuk perbualan.
Aunty buka kedai apa?” Pertanyaannya menarik kembali perhatian Aairah.
Kedai buku. Kecil-kecilan saja.” Balas Aairah merendahkan diri.
Faryal angguk. “Ayal suka baca buku. Nanti kalau Ayal nak cari buku Ayal pergi kedai auntylah. Bagi discount boleh?” Dengan muka temboknya Faryal bertanya.
Baru sahaja Aairah mahu membalas, telefon bimbitnya berbunyi mematikan perbualan antara mereka. Telefon bimbit dicarinya dalam beg tangan yang dibawanya tadi. Dia memandang nama yang tertera dan mengangkat kepala kepada Faryal yang sedang memerhatikannya.
Kawan aunty. Sekejap ya.” Faryal angguk dan melihat Aairah bangkit dari duduknya dan mula menjarakkan dirinya.
Hello…
Bahu dijungkit Faryal tidak mahu ambil kisah dan kembali mengambil kek lapis yang terhidang diatas meja. Tak ada oranglah masa aku lantak puas-puas. Kek lapis come to mummy. Baru saja dia mahu menyuapnya ke dalam mulut, matanya tertarik pada sesuatu yang berada diatas lantai.
Apa benda tu? Faryal memandang Aairah yang masih berbual ditelefon. Dia bangkit dan mencapai buku itu. Planner aunty Irah tercicirlah. Kata Faryal dalam hati. Dibelek-belek luarnya planner itu dan dengan tidak sengaja beberapa keping gambar terjatuh atas lantai. Dicapai gambar-gambar itu dan dibeleknya satu-persatu.
Dahinya berkerut bilas satu kepinga gambar ditatapnya. Macam kenal saja lelaki ni. Tetapi dimana ya? Soal Faryal dalam hati bila melihat gambar seorang lelaki yang kelihatan muda bersama Aairah.
Dilihat belakang gambar pula dan sebaris nama tercatit dibelakangnya. Johan Marten. Teman lelaki auntu Irah ke? Mudanya. Desis Faryal dan dibelek gambar yang lain. Ada juga beberapa gambar Aairah dengan lelaki bernama Johan itu. Memang macam sepasang kekasih.
Baru saja dia mahu membuka planner itu, dilihat kelibat Aairah sedang melangkah kembali. Pantas dia meletak kembali planner ke dalam beg Aairah dan duduk bersila diatas lantai sambil menyuap kek lapis ke dalam mulut. Pura-pura tidak melakukan apa-apa hanya menikmati makanan kegemarannya.
Pada masa yang sama Lutfiyah juga kembali. Bercekak pinggang dibuatnya melihat anak perempuannya itu. 

“Ya Allah budak ni. Ada banyak kerusi, dekat bawa juga dia duduk. Bangun duduk dekat atas.” Diarah Faryal dengan suara sedikit tegas.
Faryal menayang giginya tidak bersalah. Aairah hanya senyum melihat mereka dan kembali duduk ditempatnya tidak mensyaki apa-apa.
Mata Faryal curi pandang Aairah didepannya sementara otaknya berulang kali memikir tentang gambar yang dijumpanya tadi. Paling penting sekali, lelaki bernama Johan Marten itu. Siapa dia?
**
Kita dah sampai puan.”
Faryal angguk bila suara Gerald menyapa telinganya. Sedari tadi dia mengelamun memikirkan tentang lelaki bernama Johan Marten itu. Entah mengapa dia yakin bahawa dia pernah jumpa dengan lelak itu tetapi kurang pasti dimana.
Faryal membolos diri dari kereta. Kepala diangkat dan dipandang luar Villa Nur. Tempat dimana dia dibesarkan. Satu-persatu kenangan dia dirumah itu kembali mengetuk dipintu fikirannya. Gelak tawa, pergaduhan dan tangisan semua dirasainya dirumah itu. Kini dia sudah kembali seperti yang dijanjinya suatu ketika dulu.
Dah sedia?” Soal Faryal kepada Alex yang baru berdiri disebelahnya.
Ready when you are.”
Faryal angguk dengan penuh keyakinan. “And action.” Dia mula melangkah masuk ke perkarangan Villa Nur. Stacy dan Gerald berada dekat dengannya.
Assalammualaikum.” Ucap Faryal tetapi tidak menjejak kaki ke dalam pintu utama yang terbuka luas. Kelibat Ahdia muncul dan senyuman lebar terukir dimuka sang piranha itu.
Faryal! We’ve been waiting for you.
Orang beri salam dia tak jawab. Sekeh kang minah ni. Sekarang main peluk-peluk pula. Dulu nak duduk satu kerusi dengan aku pun tak nak. Jijiklah apalah. Sindir Faryal dalam hati. Dia menepuk-nepuk belakang Ahdia dengan kuat. Sengaja.
Come in! Come in!” Sila Ahdia kepada Alex dan yang lain sebaik saja menarik Faryal ke dalam. Lengan Faryal pula dipaut erat. Macamlah aku nak lari.
Aku tak beritahu papa tentang percutian itu. I’m so excited!” Bisik Ahdia sementara menanti Faryal membuka kasutnya.
Mereka menapak masuk ke dalam villa itu. Mata Faryal melilau melihat keadaan di dalam tempat dia dibesarkan kalau-kalau sudah diubah atau tidak. Faryal senyum bila semua masih seperti sedia kala.
Papa! Tengok siapa datang.” 

Pandangan Faryal jatuh kepada Khaleed yang baru saja menuruni tangga dan sedang menghampiri mereka. Setiap langkah yang Khaleed ambil, pandangan mereka tidak lepas dari satu sama lain. Sepertinya ia terikat.
Tuan Khaleed.” Ucap Faryal tidak ada tanda mahu berundur.
Faryal.” Balas Khaleed dengan tangan yang disilang dibelakangnya. Ahdia melepaskan tangan Faryal dan berdiri disebelah Khaleed. Senyuman yang terukir tidak pernah lekang sejak tadi.
Let’s just get down to business.” Aju Faryal tidak mahu berbasa-basi. Dia melihat Khaleed ketawa kecil padanya.
You don’t waste time don’t you?” Sama seperti suami kamu. Sambung Khaleed dalam hati.
Tanpa Faryal bertanya Alex sudah menghulur dokumen yang diingini Faryal. Dokumen itu dibaca Faryal sekilas sebelum dihulurnya kepada Khaleed yang mengambilnya dengan kening yang dijungkit. Dokumen itu dibukanya dan dibaca isi kandungannya. Ahdia disebelah memanjangkan leher untuk membaca juga.
Itu adalah surat perjanjian yang menyatakan bahawa semua harta dibawah nama saya akan saya serahkan kepada Tuan Khaleed. Itu bermakna apa yang saya miliki sekarang akan menjadi hak tuan, tetapi dengan syarat.”
Kepala Khaleed dan Ahdia terangkat memandangnya dengan kening yang bertaut. “Syarat?” Soal Ahdia meminta kepastian.
Faryal angguk mengiakan. Dia memeluk tubuh. “Syarat dimana tuan tidak boleh mendekati sesiapa saja ahli keluarga saya, dan juga beberapa nama yang tertera disurat perjanjian itu. Tuan hanya perlu tandatangan dan semua akan menjadi milik tuan. Simple as that.” Jelas Faryal.
Sehari suntuk dia memikir dan berbincang tentang ini dengan Alex dan Danial. Bagaimana harus dia membuat tawaran dimana kedua-dua pihak akan meraih keuntungannya. Tidak adil kalau Khaleed yang mendapat semua hartanya. Dia juga perlu mendapat sesuatu keuntungan dari perjajian itu dan syarat itu telah difikirkan mereka bertiga. Sebuah syarat yang mereka yakin Khaleed akan setuju tanpa banyak soal.
Khaleed membaca sekali lagi dokumen dalam tangannya. Dagunya diusap seperti memikirkan sesuatu. “Kerana ia terlalu mudah, itu yang saya ragu-ragu mahu menanda tangan.” Ujar Khaleed saja ingin menguji reaksi Faryal jika dia berbelah bagi mahu menanda tangan surat itu.
Dia mahu lihat kalau Faryal akan terpinga-pinga atau tidak jika dia tidak setuju. Tapi apa yang penting dia tidak mahu ditipu oleh Faryal. Tetapi tiada reaksi dari mukanya Faryal. Ia tetap sama seperti tadi.
Kalau begitu saya ambil balik surat perjanjian itu.” 

Tangan Faryal mahu mengambil kembali dokumen itu tetapi Khaleed lebih pantas menjauhkannya dari digapai Faryal. Tapi apa yang Khaleed tidak tahu Faryal acah saja mahu mengambil dokumen itu. Dia sudah jangka pasti Khaleed akan bertindak sebegitu. Pura-pura berbelah-bagi untuk mengujinya.
Kenapa dengan mudah kau serahkan ini semua pada aku?” Ditunjuk dokumen itu pada Faryal yang tidak terkutik langsung. Mata Faryal menikam matanya. Tidak mahu kalah dengan permainan antara mereka.
Kerana keluarga saya adalah segala-galanya pada saya. Lagipun suami saya ada harta kekayaan yang mencukupi. Jadi pada saya ini semua tidak penting. Saya lebih suka memakai apron dan membuat kerja yang saya suka, dari memakai suit dan membuat kerja yang saya terpaksa.” Jelas Faryal. Ini memang benar. Dia lebih suka berada didapur dari berada dipejabat. Masakan dan makanan adalah jiwanya.
Suasana sepi seketika. “Macam mana tuan?” Faryal menjungkit keningnya kepada Khaleed meminta jawapan.
Papa.” Tegur Ahdia bila Khaleed tidak berkata apa-apa. Hanya memandang kosong Faryal didepannya.
Tanpa berkata Khaleed mencapai pen yang sudah tergantung didokumen itu dan menurunkan tandan tangan disurat perjanjian itu. Ahdia tersenyum riang sementara Faryal senyum nipis dengan seribu makna yang tersirat. Dokumen itu dihulur kembali kepada Faryal tetapi Faryal tidak mengambilnya terlebih dahulu.
Perfect. Sebelum itu saya ada sesuatu untuk tuan dan Ahdia.” Dihulur tiket penerbangan kepada mereka berdua. Ahdia mencapainya teruja sekali. Khaleed memandang tiket itu dan Faryal bersilir ganti.
Faryal mengambil kembali dokumen itu tetapi tidak dibukanya. “Seperti yang saya janjikan kepada Ahdia ditelefon tadi. Ini tiket penerbangan ke Europah. Open ticket. You can come back anytime you like. Tapi kalian harus bertolak malam ini. Ahdia kau dah kemas barang semuakan?” Ahdia angguk laju mengiakan pertanyaan Faryal padanya.
Tiket? Europe?” Suara Khaleed masih tidak faham semua itu. Bagaimana Faryal boleh berbesar hati untuk memberi dia dan Ahdia tiket untuk ke Europah setelah semua yang mereka lakukan kepadanya.
Dilihat Faryal menunduk kepala sebelum senyum hambar. “Saya tak pernah beri tuan apa-apa selama tinggal sebumbung dengan tuan. Hanya sakit hati saja. Jadi ini adalah cara saya mengucapkan terima kasih kepada tuan kerana menjaga saya walaupun tuan tidak menyukai saya. Saya ikhlas.” Tutur Faryal ingin meyakinkan Khaleed dengan ketulusan hatinya.
Ahdia disebelah sudah bertepuk-tepuk kesukaan. “Dia tak sabar nak pergi papa. We’re going to Europe and all expenses are paid.” Dipeluk erat lengan Khaleed yang masih memandang tiket penerbangan didalam tangannya. Faryal gelak kecil bila melihat Khaleed senyum lebar padanya.
Orang dah bagi takkan mahu menolak? Aku rasa kau nak aku ucapkan terima kasih atas ini semua?”
Saya yang perlu mengucapkan terima kasih pada tuan dan Ahdia kerana mengajar saya satu perkara penting dalam kehidupan saya.” 

Dokumen dalam tangannya dipegang dengan dua jari disatu sudut dan apa yang dilihat Khaleed dan Ahdia membuat mereka berdua terdiam kaku.
Karma.” Gerald menghalakan lighter yang dinyalanya dan diletak dihujung dokumen itu. Membuntang mata Khaleed dan Ahdia melihat dokumen itu dijilat api.
Apa yang kau buat ni?” Laung Ahdia memandang dokumen yang sedang dijilat api dan Faryal yang tersenyum sinis melihatnya. 

Faryal mencampak dokumen itu didepan dua beranak didepannya itu membuat mereka mengambil beberapa langkah ke belakang. Ahdia terjerit kaget semetara Khaleed, Faryal dapat lihat gunung berapi yang semakin meledak.
Khaleed maju menghampiri Faryal tetapi Gerald dengan pantas menghalang. Faryal ketawa sinis melihat Khaleed ditahan Gerald dan meronta-ronta dilepaskan. Mata Khaleed menikamnya tajam seperti mahu makan dia hidup-hidup.
Kurang ajar kau. Kau keluar sekarang dari sini sebelum aku panggil polis.” Jerit Khaleed meluahkan amarahnya. Ahdia mendapatkan Khaleed dia tidak sangka ditipu oleh Faryal.
 Tuan yang sepatutnya keluar dari sini sebab rumah ini adalah milik saya.” Ujar Faryal dengan tenang.
Ahdia bengang mendengar apa yang keluar dari mulut Faryal. Dipandang Faryal yang sedang gelak seperti orang gila.

 “Kau dah gila. Bila masa pula rumah ni milik kau hah? Rumah ini milik aku!” Jerit Ahdia pula.
“Tuan lupa? Biar aku ingatkan. Tuan telah menandatangan surat yang kononnya tuan melantik Geraldine sebagai pengurus Butik Bidadari. Tuan ada baca tak sebelum tanda tangan surat tu?” 

Mulut Ahdia buka tutup tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia mengimbas kembali hari itu dimana dia menerima penampar sulung dari Khaleed.
Faryal menghulur lagi satu dokumen kepada mereka. Dokumen dimana tertera tandatangannya Ahdia. Dokumen dimana menyatakan Ahdia telah menyerahkan kesemua harta miliknya kepada yang berhak, dan yang berhak itu adalah Faryal.
Berombak dada Khaleed dan Ahdia membaca surat itu. Ahdia sudah tidak tahan lagi, dia mengoyak surat itu berkali-kali. Tetapi Faryal tidak terkejut langsung malah senyuman dia semakin lebar.
Koyakkanlah, itu hanya salinan. Saya ada banyak lagi dekat pejabat.” Kata Faryal dengan berani.
Khaleed maju setapak ke depan. “Kau nak balas dendam pada akukan?” Soalnya dengan bibir yang diketap kuat. Matanya sudah merah kerana amarah yang sangat.
Faryal tawa sinis. “Balas dendam? Ini namanya keadilan. Lagipun saya berhak atas rumah ni. Ini rumah keluarga saya dan didalam keluarga saya tiada sesiapa bernama Ahdia ataupun Khaleed.” Balas Faryal.
Faryal Shameena yang seperti seekor kucing parsi kini menukar menjadi harimau. Nampaknya kau lebih berani daripada apa yang aku sangkakan.”
Itupun kerana tuan. Walaupun tuan tidak mahu mengakunya. Darah tuan juga mengalir dalam tubuh saya dan secara automatis, perwatakkan tuan akan turun kepada saya juga. Seperti peribahasa, bapa borek anak rintik.” 

Alex terdiam dibelakang. Faryal inilah yang tidak mahu mereka lihat. Faryal yang penuh dendam dan amarah.
Papa tak boleh biarkan dia buat begini. Mana kita nak pergi malam-malam macam ni?” Adu Ahdia bila dia sedar Faryal akan menghalau mereka pergi.
Dia maju menghampiri Faryal dan ditolak Faryal kuat. “Ini semua kau punya fasal. Setan kau.” Ditunding tepat pada muka Faryal yang menepis tangannya dengan kasar membuat Ahdia menekur dibelakang Khaleed.
Jadi? Tuan mahu keluar atau orang saya yang akan tunjukkan jalan keluarnya?” Gerald dan Stacy mendekati mereka.
Atau mahu saya panggil polis. Lagipun pasti mereka akan menahan kalian berdua kerana menyalah gunakan wang syarikat. Seorang satu sejuta. Lepas tu sejuta di akaun luar negara. Hmm… Akaun siapa agaknya tu?”
Khaleed tersentak bila apa yang dilakukannya secara rahsia diketahui Faryal. Dia memandang Faryal yang tidak terkutik langsung. Faryal yang berani menentangnya. 

“Aku boleh keluar sendiri!” Jerkah Khaleed kasar.
Suka Faryal melihat adegan depannya kini. Bapa jaws dan piranha dihalau pergi tanpa belas kasihan. Eh? Adalah belas kasihan.

 “Saya sudah panggilkan teksi untuk tuan. Beg tuan pun sudah ada dekat dalam. Malah saya sudah menempahkan tempat untuk tuan dihotel lima bintang juga. Pemandu teksi tu tahu dimana. Don’t worry its all expenses paid. Macam percutian ke Europah tu.” Sindir Faryal bila Khaleed ingin berlalu.
Langkah Khaleed henti. Dia mendekati Faryal degan muka bengisnya. “Kau jangan ingat kau hebat kerana dapat menipu aku. Aku tak akan berdiam diri selepas ini. Kau tunggu balasan dari aku. Aku akan pastikan kehidupan kau dan semua yang kau sayang tidak akan nyaman selepas ini. Ingat kata-kata aku ini. Khaleed Jamaluddin akan menyingkir Faryal Shameena sehingga luput dari bumi.” Ugut Khaleed dengan nada yang perlahan.
Dan tuan ingat kata-kata saya ini. Faryal Shameena akan tunggu tetapi dia tak akan berdiam diri.” Bisiknya ditelinga Khaleed.
Khaleed dan Faryal berpandangan sesama sendiri sebelum Khaleed langkah pergi bersama Ahdia disisi. Faryal melambai dengan senyuman lebar bila Khaleed dan Ahdia pandang ke arahnya sebelum memasuki teksi.
And it’s a wrap! For now.” Tubuh dipeluk sambil melihat teksi beransur pergi.



4 comments:

  1. TQ writer. Tp semakin suspen. Sy curious, who the nurse. Tak sabar dgn new n3

    ReplyDelete
  2. Eh knp nurse tu dr hr sabtu lg dh terfikir sebenarnye...hmm could it be aairah..anyways mane part2 ngn issac,kak? hehe i srsly like this part of faryal tp x terlalu awal ke nk halau diorg..hihi good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sbb Mai pun terfikir juga bab nk halau diorg tu...tkpe In Sha Allah KMAJ versi baru Mai akan ubah balik ni..Ini pun kalau ada bab ni,,heheh:B

      Delete