Bab
73
Mata
Faryal melihat pemandangan diluar tingkap yang berlalu laju. Telefon
dilekap ke teling menanti ia disambung.
“Assalammualaikum Dia, Faryal sini.” Ucapnya sebaik saja talian bersambung.
“Assalammualaikum Dia, Faryal sini.” Ucapnya sebaik saja talian bersambung.
Telefon
bimbitnya dijarakkan jauh dari telinga bila Ahdia menjerit dihujung
talian. “Faryal! Have
you made up your mind?”
Soal Ahdia ceria. Mana tidak? Dia hampir berputus asa bila tiada
apa-apa berita dari Faryal.
“Sudah.
Tapi aku perlukan kau kemaskan barang keperluan kau.” Faryal
memandang sekilas Alex yang sedang memandangnya.
“What?!
Kenapa pula aku perlu kemasakan barang aku?”
Apa kaitan keputusan Faryal dengan dia harus mengemas barangnya? Sungguh tidak masuk akal langsung.
Apa kaitan keputusan Faryal dengan dia harus mengemas barangnya? Sungguh tidak masuk akal langsung.
Apa
yang Ahdia tidak tahu, Faryal sedang menjuling matanya. “Tunggu
biar aku habis dulu. Aku suruh kau kemas kerana aku nak hadiahkan kau
dan papa pergi bercuti ke Europah. All
expenses paid.
Kau perlu naik kapal terbang dan pergi saja.”
Ahdia
ragu-ragu dengan apa yang didengarinya. Hadiah untuk dia dan papa?
Biar betul? “Kau nak kenakan akukan?” Terus terang dia bertanya.
“Aku
tak main-mainlah. Tapi kau jangan beritahu papa tentang ini. Aku nak
buat kejutan. Mesti papa suka.” Faryal menayang muka meluatnya
sebaik saja mengatakan ayat terakhirnya itu. Gerald dibelakang tempat
pemandu yang melihat senyum kecil.
“Tapi
macam mana dengan apa yang kita bualkan semalam?”
Telefon
bimbit dialih ke teling sebelah.
“Aku dah buat keputusan. Aku akan beri apa yang papa mahukan. Malah aku akan datang dengan uncle Alex untuk serahkan semuanya pada papa. Just make sure he doesn’t harm Nek Wan.” Tutur Faryal serius.
“Aku dah buat keputusan. Aku akan beri apa yang papa mahukan. Malah aku akan datang dengan uncle Alex untuk serahkan semuanya pada papa. Just make sure he doesn’t harm Nek Wan.” Tutur Faryal serius.
Ahdia
dihujung talian sudah bersorak gembira bila Faryal setuju . Mesti
papa suka dengan berita ini.
“Aku pasti dia tak akan lakukannya lepas apa yang kau beri pada dia.” Dalam hati dia sedang menjelir lidah pada Faryal kerana terjatuh dalam perangkapnya.
“Aku pasti dia tak akan lakukannya lepas apa yang kau beri pada dia.” Dalam hati dia sedang menjelir lidah pada Faryal kerana terjatuh dalam perangkapnya.
Faryal
senyum herot. Ada rahsia tersirat disebalik senyuman itu. Hanya dia
saja yang tahu apa dia. “Nanti lepas kerja aku datang. Kau siap
sedia saja beg kau dan papa. Kau bertolak malam ni dengan kapal
terbang peribadi suami aku.” Bohongnya.
Terlopong
mulut Ahdia teruja. “Private
jet?!
Okay-okay aku kemas barang papa dan aku secepat mungkin. Aku tunggu
kau datang.” Tuturnya sudah tidak sabar dan sudah berfikir apa yang
harus dibawanya.
“Ingat
jangan beritahu papa tentang percutian itu. Just
tell him I’ve agreed.”
Pesan Faryal buat terakhir kali kepada Ahdia. Maklumlah, Ahdia kalau
otak sudah fokus dekat satu benda, perkara yang penting semua dia
lupa. Talian dimatikan dan senyuman lebar bermain dibibir. Bodoh
punya piranha.
Alex
melirik Faryal yang sedang menyimpan telefon bimbit setelah berbicara
dengan Ahdia. Pandangan dilempar kembali ke luar tingkap kereta. Beg
bimbit yang berada diatas riba digenggam erat. Hatinya rasa
berdebar bila membayangkan apa yang akan dilakukan mereka sebentar
lagi. Sepanjang perbualan Faryal dan Ahdia dia rasa sudah beribu
pertanyaan yang bermain difikirannya. Tapi satu paling ketara.
“Are
you sure with what you’re doing?”
Soalnya tanpa memandang Faryal.
“Never
been sure.”
Balas Faryal dengan perasaan yang berkobar-kobar. Tidak sabar dia
melihat muka dua beranak itu dengan apa yang akan dilakukannya nanti.
Faryal
berpaling menghadap Alex disebelah bila mendengar keluhan dibibir
lelaki yang berumur itu. Dia melihat wajah peguam yang tegang itu.
“Tapi ini berbahaya. Uncle rasa lebih baik Ayal beritahu Izzat. Dia perlu tahu tentang ini semua.” Mata mereka berlaga bila Alex mengalih pandangannya.
“Tapi ini berbahaya. Uncle rasa lebih baik Ayal beritahu Izzat. Dia perlu tahu tentang ini semua.” Mata mereka berlaga bila Alex mengalih pandangannya.
“I
will tell him.
Tetapi selepas semuanya.” Faryal kembali melempar pandangan ke luar
tingkap.
Sudah
acap kali Alex mengingatikannya supaya memberitahu Issac dan jawapannya
tetap sama. Bukan dia tidak mahu Issac mengetahui tentang apa yang
sedang dirancang dalam fikirannya. Malah dia rasa bersalah kerana
membelakangi suaminya itu tetapi ini pertarungan antara dia dan
Khaleed. Dia tidak mahu sesiapa lagi menjadi korban. Cukuplah Nek Wan
yang masih belum sedarkan diri itu.
Alex
merenung Faryal seketika sebelum menggeleng kepalanya. Sempat mata
dia dan Gerald berlaga sama sendiri. “Nampaknya keputusan kamu
sudah bulat. Tak guna uncle
berbual banyak.” Ujarnya sudah mengalah.
“Ditto.”
Balas Faryal sepatah.
Berkerut
dahi Alex memikirkan tentang Faryal. Anak kawan baiknya itu sudah
banyak berubah. “Kamu bukan Ayal yang uncle
kenal dulu.” Sejak pulang dari Paris. Faryal yang lama tetap ada.
Tetapi disebalik itu ada Faryal baru yang hanya menunggu masa untuk
menjelma.
Dia
mendengar gelak kecil dari arah Faryal. “Orang berubah uncle.
Kalau kita tak berubah sampai bila-bila orang akan mengambil
kesempatan atas kita. Circumstances
changed me.”
Dia
akan dilabel bodoh kalau tidak bangun dari tidurnya. Dia akan dilabel
bengap kalau tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku
disekelilingnya. Dia sudah membuang banyak masa menjadi Faryal yang
senang terpedaya. Sekarang masa untuk dia mengejar masa yang dia
hilang, dan terutama sekali mengejar Khaleed yang semakin maju ke
depan.
**
Faryal
dengan senang hati melangkah menuju ke pintu utama rumah.
“Assalammualaikum!” Dilaungnya sambil membuka kasut yang
dipakainya. Gerald dan Stacy pula katanya akan menunggunya diluar.
“Waalaikumsalam.”
Ucap Mak Limah yang muncul dari belakang rumah.
Membulat
mata Faryal melihat Mak Limah yang amat dirinduinya. “Ibu!” Dia
meluru dan memeluk erat Mak Limah.
“Ayal
rindu sangat dengan ibu. Ibu sihat? Ayah mana? Wid?” Soal Faryal
dan dipaut tubuh wanita itu. Sempat dia kucup pipi gebu Mak Limah.
Tersenyum
riang Mak Limah dengan tindakan anak majikannya itu. Terubat rindu
dia pada Faryal yang sudah dianggap seperti anaknya sendiri.
“Ayah pergi kedai sekejap belikan barang untuk ibu. Wid masa macam ni dekat pejabatlah. Kalau dia tak ada dekat sana memang nak kena dengan ibu nanti.” Faryal gelak. Beginilah Mak Limah kalau mereka bersama. Kalau ada Widayah sekali memang tak kering gusi mereka dibuatnya.
“Ayah pergi kedai sekejap belikan barang untuk ibu. Wid masa macam ni dekat pejabatlah. Kalau dia tak ada dekat sana memang nak kena dengan ibu nanti.” Faryal gelak. Beginilah Mak Limah kalau mereka bersama. Kalau ada Widayah sekali memang tak kering gusi mereka dibuatnya.
“Mama
mana ibu?” Leher dipanjangnya mencari kelibat Lutfiyah. Mak Limah
menunjuk ke belakang rumah. Faryal turut memandang ke belakang juga.
“Dekat
taman belakang dengan Cik Irah.”
“Aunty
Irah ada?” Mak Limah angguk mengiakan.
“Kamu
pergilah, biar ibu pergi ambilkan minuman untuk kamu.” Faryal
angguk dan menapak ke taman belakang.
Semakin
dia menghampiri semakin jelas gelak ketawa dua orang wanita. Dia
sempat berhenti diambang pintu melihat dua kelibat yang sedang
membelakanginya. Satu pandang dia tahu yang mana Lutfiyah dan yang
mana Aairah. Lutfiyah lebih berisi dan memakai tudung walaupun
dirumah sementara Aairah mempunyai rambut yang kerinting dan
dilepaskan saja.
“Mama!”
Laungnya dan berlari kecil mendapatkan Lutfiyah. Terperanjat sepasang
kembar itu bila suara Faryal kedengaran.
Faryal
memeluk erat tubuh Lutfiyah yang kaget dari belakang. Pipi mamanya
dicium bertalu-talu. Lutfiyah hanya ketawa.
“Eh anak mama datang. Sayang sihat?” Kepala Faryal diusapnya sebelum mengucup pipi anaknya pula.
“Eh anak mama datang. Sayang sihat?” Kepala Faryal diusapnya sebelum mengucup pipi anaknya pula.
Tangan
mamanya disalami. “Sihat. Mama?”
“Alhamdulillah
sihat.”
Tangan Faryal yang melingkari lehernya ditepuk lembut. Sudah lama dia tidak bertemu dengan anak perempuannya itu. Sejak mereka jejak kaki kembali ke sini mereka hanya dapat berhubung melalui telefon atau web cam saja.
Tangan Faryal yang melingkari lehernya ditepuk lembut. Sudah lama dia tidak bertemu dengan anak perempuannya itu. Sejak mereka jejak kaki kembali ke sini mereka hanya dapat berhubung melalui telefon atau web cam saja.
Faryal
melepaskan pelukan dan menghampiri Aairah yang menjadi pemerharti
adegan kasih sayang dua beranak itu.
“Aunty Irah apa khabar lama tak jumpa.”
“Aunty Irah apa khabar lama tak jumpa.”
“Aunty
sibuk dengan kedai sebab itu lama tak jumpa. Kalau aunty tak masuk
nanti tunggang-langgang pula kedai dibuatnya.” Faryal senyum dan
mengambil tempat disebelah Lutfiyah. Dipeluk lengan Lutfiyah manja.
Rindu sangat dengan mamanya itu.
Lutfiyah
menepuk pahanya Faryal. “Izzat mana? Tak datang sekali?” Soalnya
bila kelibat Issac tidak kelihatan.
Kepala
Faryal dilentok ke bahu mamanya dan mata dipejam rapat. “Outstation.
Pergi Singapura. Mungkin lusa balik. Itupun kalau deal
dengan klien is
sealed.”
Itulah yang dikatakan Issac bila dia tanya kapan suaminya itu akan
pulang.
“Anak
mama ni tak banyak kerja ke?”
Lutfiyah dan Aairah gelak sama sendiri melihat telatah manja Faryal itu. Bibir sudah muncung ke depan tidak suka kalau berbual tentang kerja. Faryal duduk bersila diatas kerusi membuat Lutfiyah menggeleng. Perangai tak ubah langsung.
Lutfiyah dan Aairah gelak sama sendiri melihat telatah manja Faryal itu. Bibir sudah muncung ke depan tidak suka kalau berbual tentang kerja. Faryal duduk bersila diatas kerusi membuat Lutfiyah menggeleng. Perangai tak ubah langsung.
“Mana
tak banyak kerja mama. Ubah suai projek Resort Island dah nak mula
tak lama lagi. Sibuk semua dekat pejabat. Tambah lagi tengah belajar
tentang Lumiere. Tak cukup tangan Ayal dibuatnya. Nasib baiklah Ayal
keturunan mama yang hebat ni kalau tidak dah pengsan Ayal tau.” Tubuh
direbah atas sofa dan kepalanya darat elok diriba Lutfiyah. Dia
sengih bila hidungnya dicubit geram.
“Kerja,
kerja juga. Tanggungjawab kamu sebagai isteri jangan lupa pula.”
Pesan Lutfiyah pada anak perempuannya itu.
“Ayal
tak lupalah mama. Hari-hari nampak muka cik abang. Sebelum tutup mata
nampak muka tersengih dia. Buka mata pun nampak muka tersengih dia.”
Gurau Faryal disambut ketawanya Lutfiyah dan Aairah. Kalau Issac
dengar ni mesti kena cuci habis-habisan.
“Main-main
saja dia.” Kedua belah pipi Faryal dicuitnya geram.
Mak
Limah kembali. Terduduk dia dari ribanya Lutfiyah bila matanya nampak
kek lapis berempah kegemarannya.
“Wah! Kek lapis Mak Limah! Bertuah betul Ayal hari ni.”
“Wah! Kek lapis Mak Limah! Bertuah betul Ayal hari ni.”
Mak
Limah menggeleng kepala melihat telatah anak Lutfiyah itu. Tak
berubah langsung. Kalau nampak makanan kegemaran semua lupa. “Kalau
kak Irah nak tahu. Si Ayal ni gila kek lapis. Terutama sekali yang
dibuat Limah ni hah.” Jelas Lutfiyah pada kakak kembarnya.
Aairah
angguk. Senyuman tidak pernah lekang dari bibirnya. “Ayalkan pandai
masak. Tak cuba nak buat?” Faryal yang sedang menyuap kek lapis ke
dalam mulut tidak angguk atau menggeleng kepalanya.
“Tak
sama aunty.
Rasa dia ada yang kureng.”
Dia
pernah cuba membuatnya tetapi tidak sama seperti yang dibuat Mak
Limah. Akhirnya kalau dia mahu kek lapis dia akan mencari Mak Limah
untuk buatkan untuknya.
“Itu
namanya malas nak buat Irah.” Gurau Mak Limah sempat dia menjeling
Faryal yang tidak menghiraukan perbualan disekelilingnya. Maklumlah,
kek lapis kegemaran didepan mata. Hehehe.
Lutfiyah
senang melihat anak perempuannya itu seperti sedia kala. Faryal yang
dia kenali. Tidak sangka anak yang nakal dan kadang-kala manja itu
sudah menjadi seorang isteri. Kasihan anaknya tidak dapat merasa
menjadi raja sehari. Kalaulah keadaan berlainan, dia akan mengadakan
resepsi perkahwinan Faryal sebesar yang dia mampu. Tetapi dia tahu
Faryal tidak akan menyukai itu. Sebab anak perempuannya itu tidak
suka menyusahkan orang.
“Oh!
Baru mama teringat. Mama ada hadiah untuk sayang.” Suaranya setelah
lama mengelamun didunianya sendiri.
Faryal
yang sedang menyuap kek lapis ketiganya memandang Lutfiyah. “Hadiah?
Ulang tahun Ayal lagi lamalah mama.” Ujarnya dan menghabiskan kek
lapis ditangan.
“Hadiah
perkahwinanlah sayang. Tunggu mama pergi ambil.” Lutfiyah bangkit
dari duduknya dan meninggalkan Faryal dan Aairah yang menyoroti
pemergiannya.
Suasana
kembali sunyi. Masing-masing tidak tahu apa yang harus dibualkan.
Aairah menghirup airnya dan memandang tanaman yang terdapat diruang
belakang rumah itu. Faryal mencuri pandang mak ciknya sambil
menghirup air buatan Mak Limah sambil otak memikirkan tajuk
perbualan.
“Aunty
buka kedai apa?” Pertanyaannya menarik kembali perhatian Aairah.
“Kedai
buku. Kecil-kecilan saja.” Balas Aairah merendahkan diri.
Faryal
angguk. “Ayal suka baca buku. Nanti kalau Ayal nak cari buku Ayal
pergi kedai auntylah.
Bagi discount
boleh?”
Dengan muka temboknya Faryal bertanya.
Baru
sahaja Aairah mahu membalas, telefon bimbitnya berbunyi mematikan
perbualan antara mereka. Telefon bimbit dicarinya dalam beg tangan
yang dibawanya tadi. Dia memandang nama yang tertera dan mengangkat
kepala kepada Faryal yang sedang memerhatikannya.
“Kawan
aunty.
Sekejap ya.” Faryal angguk dan melihat Aairah bangkit dari duduknya
dan mula menjarakkan dirinya.
“Hello…”
Bahu
dijungkit Faryal tidak mahu ambil kisah dan kembali mengambil kek
lapis yang terhidang diatas meja. Tak ada oranglah masa aku lantak
puas-puas. Kek lapis come
to mummy.
Baru saja dia mahu menyuapnya ke dalam mulut, matanya tertarik pada
sesuatu yang berada diatas lantai.
Apa
benda tu? Faryal memandang Aairah yang masih berbual ditelefon. Dia
bangkit dan mencapai buku itu. Planner
aunty
Irah tercicirlah. Kata Faryal dalam hati. Dibelek-belek luarnya
planner
itu dan dengan tidak sengaja beberapa keping gambar terjatuh atas
lantai. Dicapai gambar-gambar itu dan dibeleknya satu-persatu.
Dahinya
berkerut bilas satu kepinga gambar ditatapnya. Macam kenal saja
lelaki ni. Tetapi dimana ya? Soal Faryal dalam hati bila melihat
gambar seorang lelaki yang kelihatan muda bersama Aairah.
Dilihat
belakang gambar pula dan sebaris nama tercatit dibelakangnya. Johan
Marten. Teman lelaki auntu Irah ke? Mudanya. Desis Faryal dan dibelek
gambar yang lain. Ada juga beberapa gambar Aairah dengan lelaki
bernama Johan itu. Memang macam sepasang kekasih.
Baru
saja dia mahu membuka planner
itu, dilihat kelibat Aairah sedang melangkah kembali. Pantas dia
meletak kembali planner
ke dalam beg Aairah dan duduk bersila diatas lantai sambil menyuap
kek lapis ke dalam mulut. Pura-pura tidak melakukan apa-apa hanya
menikmati makanan kegemarannya.
Pada
masa yang sama Lutfiyah juga kembali. Bercekak pinggang dibuatnya melihat
anak perempuannya itu.
“Ya Allah budak ni. Ada banyak kerusi, dekat bawa juga dia duduk. Bangun duduk dekat atas.” Diarah Faryal dengan suara sedikit tegas.
“Ya Allah budak ni. Ada banyak kerusi, dekat bawa juga dia duduk. Bangun duduk dekat atas.” Diarah Faryal dengan suara sedikit tegas.
Faryal
menayang giginya tidak bersalah. Aairah hanya senyum melihat mereka
dan kembali duduk ditempatnya tidak mensyaki apa-apa.
Mata
Faryal curi pandang Aairah didepannya sementara otaknya berulang kali
memikir tentang gambar yang dijumpanya tadi. Paling penting sekali,
lelaki bernama Johan Marten itu. Siapa dia?
**
“Kita
dah sampai puan.”
Faryal
angguk bila suara Gerald menyapa telinganya. Sedari tadi dia
mengelamun memikirkan tentang lelaki bernama Johan Marten itu. Entah
mengapa dia yakin bahawa dia pernah jumpa dengan lelak itu tetapi
kurang pasti dimana.
Faryal
membolos diri dari kereta. Kepala diangkat dan dipandang luar Villa
Nur. Tempat dimana dia dibesarkan. Satu-persatu kenangan dia dirumah
itu kembali mengetuk dipintu fikirannya. Gelak tawa, pergaduhan dan
tangisan semua dirasainya dirumah itu. Kini dia sudah kembali seperti
yang dijanjinya suatu ketika dulu.
“Dah
sedia?” Soal Faryal kepada Alex yang baru berdiri disebelahnya.
“Ready
when you are.”
Faryal
angguk dengan penuh keyakinan. “And
action.”
Dia mula melangkah masuk ke perkarangan Villa Nur. Stacy dan Gerald
berada dekat dengannya.
“Assalammualaikum.”
Ucap Faryal tetapi tidak menjejak kaki ke dalam pintu utama yang
terbuka luas. Kelibat Ahdia muncul dan senyuman lebar terukir dimuka
sang piranha itu.
“Faryal!
We’ve
been waiting for you.”
Orang
beri salam dia tak jawab. Sekeh kang minah ni. Sekarang main
peluk-peluk pula. Dulu nak duduk satu kerusi dengan aku pun tak nak.
Jijiklah apalah. Sindir Faryal dalam hati. Dia menepuk-nepuk belakang
Ahdia dengan kuat. Sengaja.
“Come
in! Come in!”
Sila Ahdia kepada Alex dan yang lain sebaik saja menarik Faryal ke
dalam. Lengan Faryal pula dipaut erat. Macamlah aku nak lari.
“Aku
tak beritahu papa tentang percutian itu. I’m
so excited!”
Bisik Ahdia sementara menanti Faryal membuka kasutnya.
Mereka
menapak masuk ke dalam villa itu. Mata Faryal melilau melihat keadaan
di dalam tempat dia dibesarkan kalau-kalau sudah diubah atau tidak.
Faryal senyum bila semua masih seperti sedia kala.
“Papa!
Tengok siapa datang.”
Pandangan Faryal jatuh kepada Khaleed yang baru saja menuruni tangga dan sedang menghampiri mereka. Setiap langkah yang Khaleed ambil, pandangan mereka tidak lepas dari satu sama lain. Sepertinya ia terikat.
Pandangan Faryal jatuh kepada Khaleed yang baru saja menuruni tangga dan sedang menghampiri mereka. Setiap langkah yang Khaleed ambil, pandangan mereka tidak lepas dari satu sama lain. Sepertinya ia terikat.
“Tuan
Khaleed.” Ucap Faryal tidak ada tanda mahu berundur.
“Faryal.”
Balas Khaleed dengan tangan yang disilang dibelakangnya. Ahdia
melepaskan tangan Faryal dan berdiri disebelah Khaleed. Senyuman yang
terukir tidak pernah lekang sejak tadi.
“Let’s
just get down to business.”
Aju Faryal tidak mahu berbasa-basi. Dia melihat Khaleed ketawa kecil
padanya.
“You
don’t waste time don’t you?”
Sama seperti suami kamu. Sambung Khaleed dalam hati.
Tanpa
Faryal bertanya Alex sudah menghulur dokumen yang diingini Faryal.
Dokumen itu dibaca Faryal sekilas sebelum dihulurnya kepada Khaleed
yang mengambilnya dengan kening yang dijungkit. Dokumen itu dibukanya
dan dibaca isi kandungannya. Ahdia disebelah memanjangkan leher untuk
membaca juga.
“Itu
adalah surat perjanjian yang menyatakan bahawa semua harta dibawah
nama saya akan saya serahkan kepada Tuan Khaleed. Itu bermakna apa
yang saya miliki sekarang akan menjadi hak tuan, tetapi dengan
syarat.”
Kepala
Khaleed dan Ahdia terangkat memandangnya dengan kening yang bertaut.
“Syarat?” Soal Ahdia meminta kepastian.
Faryal
angguk mengiakan. Dia memeluk tubuh. “Syarat dimana tuan tidak
boleh mendekati sesiapa saja ahli keluarga saya, dan juga beberapa
nama yang tertera disurat perjanjian itu. Tuan hanya perlu
tandatangan dan semua akan menjadi milik tuan. Simple
as that.”
Jelas Faryal.
Sehari
suntuk dia memikir dan berbincang tentang ini dengan Alex dan Danial.
Bagaimana harus dia membuat tawaran dimana kedua-dua pihak akan
meraih keuntungannya. Tidak adil kalau Khaleed yang mendapat semua
hartanya. Dia juga perlu mendapat sesuatu keuntungan dari perjajian
itu dan syarat itu telah difikirkan mereka bertiga. Sebuah syarat
yang mereka yakin Khaleed akan setuju tanpa banyak soal.
Khaleed
membaca sekali lagi dokumen dalam tangannya. Dagunya diusap seperti
memikirkan sesuatu. “Kerana ia terlalu mudah, itu yang saya
ragu-ragu mahu menanda tangan.” Ujar Khaleed saja ingin menguji
reaksi Faryal jika dia berbelah bagi mahu menanda tangan surat itu.
Dia
mahu lihat kalau Faryal akan terpinga-pinga atau tidak jika dia tidak
setuju. Tapi apa yang penting dia tidak mahu ditipu oleh Faryal.
Tetapi tiada reaksi dari mukanya Faryal. Ia tetap sama seperti tadi.
“Kalau
begitu saya ambil balik surat perjanjian itu.”
Tangan Faryal mahu mengambil kembali dokumen itu tetapi Khaleed lebih pantas menjauhkannya dari digapai Faryal. Tapi apa yang Khaleed tidak tahu Faryal acah saja mahu mengambil dokumen itu. Dia sudah jangka pasti Khaleed akan bertindak sebegitu. Pura-pura berbelah-bagi untuk mengujinya.
Tangan Faryal mahu mengambil kembali dokumen itu tetapi Khaleed lebih pantas menjauhkannya dari digapai Faryal. Tapi apa yang Khaleed tidak tahu Faryal acah saja mahu mengambil dokumen itu. Dia sudah jangka pasti Khaleed akan bertindak sebegitu. Pura-pura berbelah-bagi untuk mengujinya.
“Kenapa
dengan mudah kau serahkan ini semua pada aku?” Ditunjuk dokumen itu
pada Faryal yang tidak terkutik langsung. Mata Faryal menikam
matanya. Tidak mahu kalah dengan permainan antara mereka.
“Kerana
keluarga saya adalah segala-galanya pada saya. Lagipun suami saya ada
harta kekayaan yang mencukupi. Jadi pada saya ini semua tidak
penting. Saya lebih suka memakai apron dan membuat kerja yang saya
suka, dari memakai suit
dan membuat kerja yang saya terpaksa.” Jelas Faryal. Ini memang
benar. Dia lebih suka berada didapur dari berada dipejabat. Masakan
dan makanan adalah jiwanya.
Suasana
sepi seketika. “Macam mana tuan?” Faryal menjungkit keningnya
kepada Khaleed meminta jawapan.
“Papa.”
Tegur Ahdia bila Khaleed tidak berkata apa-apa. Hanya memandang
kosong Faryal didepannya.
Tanpa
berkata Khaleed mencapai pen yang sudah tergantung didokumen itu dan
menurunkan tandan tangan disurat perjanjian itu. Ahdia tersenyum
riang sementara Faryal senyum nipis dengan seribu makna yang
tersirat. Dokumen itu dihulur kembali kepada Faryal tetapi Faryal
tidak mengambilnya terlebih dahulu.
“Perfect.
Sebelum itu saya ada sesuatu untuk tuan dan Ahdia.” Dihulur tiket
penerbangan kepada mereka berdua. Ahdia mencapainya teruja sekali.
Khaleed memandang tiket itu dan Faryal bersilir ganti.
Faryal
mengambil kembali dokumen itu tetapi tidak dibukanya. “Seperti yang
saya janjikan kepada Ahdia ditelefon tadi. Ini tiket penerbangan ke
Europah. Open
ticket.
You
can come back anytime you like.
Tapi kalian harus bertolak malam ini. Ahdia kau dah kemas barang
semuakan?” Ahdia angguk laju mengiakan pertanyaan Faryal padanya.
“Tiket?
Europe?”
Suara Khaleed masih tidak faham semua itu. Bagaimana Faryal boleh
berbesar hati untuk memberi dia dan Ahdia tiket untuk ke Europah
setelah semua yang mereka lakukan kepadanya.
Dilihat
Faryal menunduk kepala sebelum senyum hambar. “Saya tak pernah beri
tuan apa-apa selama tinggal sebumbung dengan tuan. Hanya sakit hati
saja. Jadi ini adalah cara saya mengucapkan terima kasih kepada tuan
kerana menjaga saya walaupun tuan tidak menyukai saya. Saya ikhlas.”
Tutur Faryal ingin meyakinkan Khaleed dengan ketulusan hatinya.
Ahdia
disebelah sudah bertepuk-tepuk kesukaan. “Dia tak sabar nak pergi
papa. We’re
going to Europe and all expenses are paid.”
Dipeluk erat lengan Khaleed yang masih memandang tiket penerbangan
didalam tangannya. Faryal gelak kecil bila melihat Khaleed senyum
lebar padanya.
“Orang
dah bagi takkan mahu menolak? Aku rasa kau nak aku ucapkan terima
kasih atas ini semua?”
“Saya
yang perlu mengucapkan terima kasih pada tuan dan Ahdia kerana
mengajar saya satu perkara penting dalam kehidupan saya.”
Dokumen dalam tangannya dipegang dengan dua jari disatu sudut dan apa yang dilihat Khaleed dan Ahdia membuat mereka berdua terdiam kaku.
Dokumen dalam tangannya dipegang dengan dua jari disatu sudut dan apa yang dilihat Khaleed dan Ahdia membuat mereka berdua terdiam kaku.
“Karma.”
Gerald menghalakan lighter
yang
dinyalanya dan diletak dihujung dokumen itu. Membuntang mata Khaleed
dan Ahdia melihat dokumen itu dijilat api.
“Apa
yang kau buat ni?” Laung Ahdia memandang dokumen yang sedang
dijilat api dan Faryal yang tersenyum sinis melihatnya.
Faryal mencampak dokumen itu didepan dua beranak didepannya itu membuat mereka mengambil beberapa langkah ke belakang. Ahdia terjerit kaget semetara Khaleed, Faryal dapat lihat gunung berapi yang semakin meledak.
Faryal mencampak dokumen itu didepan dua beranak didepannya itu membuat mereka mengambil beberapa langkah ke belakang. Ahdia terjerit kaget semetara Khaleed, Faryal dapat lihat gunung berapi yang semakin meledak.
Khaleed
maju menghampiri Faryal tetapi Gerald dengan pantas menghalang.
Faryal ketawa sinis melihat Khaleed ditahan Gerald dan meronta-ronta
dilepaskan. Mata Khaleed menikamnya tajam seperti mahu makan dia
hidup-hidup.
“Kurang
ajar kau. Kau keluar sekarang dari sini sebelum aku panggil polis.”
Jerit Khaleed meluahkan amarahnya. Ahdia mendapatkan Khaleed dia
tidak sangka ditipu oleh Faryal.
“ Tuan yang sepatutnya keluar dari sini sebab rumah ini adalah milik saya.” Ujar
Faryal dengan tenang.
Ahdia
bengang mendengar apa yang keluar dari mulut Faryal. Dipandang Faryal
yang sedang gelak seperti orang gila.
“Kau dah gila. Bila masa pula rumah ni milik kau hah? Rumah ini milik aku!” Jerit Ahdia pula.
“Kau dah gila. Bila masa pula rumah ni milik kau hah? Rumah ini milik aku!” Jerit Ahdia pula.
“Tuan lupa? Biar aku ingatkan. Tuan telah menandatangan surat yang kononnya tuan melantik Geraldine sebagai pengurus Butik Bidadari. Tuan ada baca
tak sebelum tanda tangan surat tu?”
Mulut Ahdia buka tutup tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia mengimbas kembali hari itu dimana dia menerima penampar sulung dari Khaleed.
Mulut Ahdia buka tutup tidak tahu apa yang harus dikatakan. Dia mengimbas kembali hari itu dimana dia menerima penampar sulung dari Khaleed.
Faryal
menghulur lagi satu dokumen kepada mereka. Dokumen dimana tertera
tandatangannya Ahdia. Dokumen dimana menyatakan Ahdia telah
menyerahkan kesemua harta miliknya kepada yang berhak, dan yang
berhak itu adalah Faryal.
Berombak
dada Khaleed dan Ahdia membaca surat itu. Ahdia sudah tidak tahan
lagi, dia mengoyak surat itu berkali-kali. Tetapi Faryal tidak
terkejut langsung malah senyuman dia semakin lebar.
“Koyakkanlah,
itu hanya salinan. Saya ada banyak lagi dekat pejabat.” Kata Faryal
dengan berani.
Khaleed
maju setapak ke depan. “Kau nak balas dendam pada akukan?”
Soalnya dengan bibir yang diketap kuat. Matanya sudah merah kerana
amarah yang sangat.
Faryal
tawa sinis. “Balas dendam? Ini namanya keadilan. Lagipun saya berhak atas rumah ni. Ini rumah keluarga saya dan didalam keluarga saya tiada sesiapa bernama Ahdia ataupun Khaleed.” Balas Faryal.
“Faryal
Shameena yang seperti seekor kucing parsi kini menukar menjadi
harimau. Nampaknya kau lebih berani daripada apa yang aku sangkakan.”
“Itupun
kerana tuan. Walaupun tuan tidak mahu mengakunya. Darah tuan juga
mengalir dalam tubuh saya dan secara automatis, perwatakkan tuan akan
turun kepada saya juga. Seperti peribahasa, bapa borek anak rintik.”
Alex terdiam dibelakang. Faryal inilah yang tidak mahu mereka lihat. Faryal yang penuh dendam dan amarah.
Alex terdiam dibelakang. Faryal inilah yang tidak mahu mereka lihat. Faryal yang penuh dendam dan amarah.
“Papa
tak boleh biarkan dia buat begini. Mana kita nak pergi malam-malam
macam ni?” Adu Ahdia bila dia sedar Faryal akan menghalau mereka
pergi.
Dia
maju menghampiri Faryal dan ditolak Faryal kuat. “Ini semua kau
punya fasal. Setan kau.” Ditunding tepat pada muka Faryal yang
menepis tangannya dengan kasar membuat Ahdia menekur dibelakang
Khaleed.
“Jadi?
Tuan mahu keluar atau orang saya yang akan tunjukkan jalan
keluarnya?” Gerald dan Stacy mendekati mereka.
“Atau
mahu saya panggil polis. Lagipun pasti mereka akan menahan kalian
berdua kerana menyalah gunakan wang syarikat. Seorang satu sejuta.
Lepas tu sejuta di akaun luar negara. Hmm… Akaun siapa agaknya tu?”
Khaleed
tersentak bila apa yang dilakukannya secara rahsia diketahui Faryal.
Dia memandang Faryal yang tidak terkutik langsung. Faryal yang berani
menentangnya.
“Aku boleh keluar sendiri!” Jerkah Khaleed kasar.
“Aku boleh keluar sendiri!” Jerkah Khaleed kasar.
Suka
Faryal melihat adegan depannya kini. Bapa jaws
dan piranha
dihalau pergi tanpa belas kasihan. Eh? Adalah belas kasihan.
“Saya sudah panggilkan teksi untuk tuan. Beg tuan pun sudah ada dekat dalam. Malah saya sudah menempahkan tempat untuk tuan dihotel lima bintang juga. Pemandu teksi tu tahu dimana. Don’t worry its all expenses paid. Macam percutian ke Europah tu.” Sindir Faryal bila Khaleed ingin berlalu.
“Saya sudah panggilkan teksi untuk tuan. Beg tuan pun sudah ada dekat dalam. Malah saya sudah menempahkan tempat untuk tuan dihotel lima bintang juga. Pemandu teksi tu tahu dimana. Don’t worry its all expenses paid. Macam percutian ke Europah tu.” Sindir Faryal bila Khaleed ingin berlalu.
Langkah
Khaleed henti. Dia mendekati Faryal degan muka bengisnya. “Kau
jangan ingat kau hebat kerana dapat menipu aku. Aku tak akan berdiam
diri selepas ini. Kau tunggu balasan dari aku. Aku akan pastikan
kehidupan kau dan semua yang kau sayang tidak akan nyaman selepas
ini. Ingat kata-kata aku ini. Khaleed Jamaluddin akan menyingkir
Faryal Shameena sehingga luput dari bumi.” Ugut Khaleed dengan nada
yang perlahan.
“Dan
tuan ingat kata-kata saya ini. Faryal Shameena akan tunggu tetapi dia
tak akan berdiam diri.” Bisiknya ditelinga Khaleed.
Khaleed
dan Faryal berpandangan sesama sendiri sebelum Khaleed langkah pergi
bersama Ahdia disisi. Faryal melambai dengan senyuman lebar bila
Khaleed dan Ahdia pandang ke arahnya sebelum memasuki teksi.
“And
it’s a wrap! For now.”
Tubuh dipeluk sambil melihat teksi beransur pergi.
TQ writer. Tp semakin suspen. Sy curious, who the nurse. Tak sabar dgn new n3
ReplyDeleteSama2...Mai dah upload bab 75...Njoy:B
DeleteEh knp nurse tu dr hr sabtu lg dh terfikir sebenarnye...hmm could it be aairah..anyways mane part2 ngn issac,kak? hehe i srsly like this part of faryal tp x terlalu awal ke nk halau diorg..hihi good job kak^^
ReplyDeleteItu sbb Mai pun terfikir juga bab nk halau diorg tu...tkpe In Sha Allah KMAJ versi baru Mai akan ubah balik ni..Ini pun kalau ada bab ni,,heheh:B
Delete