Bab
74
Beg
tangannya dicampak atas sofa sebaik saja membolos diri ke dalam bilik
suite
yang ditempah Faryal untuk mereka.
“Gila!
Gila! Gila! Ini semua salah papa. Kalau papa tak suruh tandatangan
surat tu mesti ini semua tak berlaku.”
Ahdia menyelak langsir kasar dan melempar pandangannya diluar seketika sebelum memusing dan menghadap Khaleed yang mendarat punggungnya disofa.
Ahdia menyelak langsir kasar dan melempar pandangannya diluar seketika sebelum memusing dan menghadap Khaleed yang mendarat punggungnya disofa.
“Tengok
sekarang? Kita dah tak ada rumah. Butik Bidadari bukan lagi milik Dia
dan syer papa di FS sudah jadi milik perempuan tu. Ini semua salah
papa.” Ditunding Khaleed yang hanya diam sejak mereka memasuki
teksi lagi.
Ahdia
memeluk tubuh dengan dada yang berombak kencang. Matanya tajam
merenung Khaleed. Dia benar-benar marah dengan apa yang telah
berlaku. Tambah lagi dia dimalukan oleh Faryal. Musuh ketatnya sejak
kecil lagi. Apa yang dia bengang sangat adalah Khaleed tidak
melakukan apa-apa untuk menegakkan hak mereka.
“Papa
patut pertahankan hak kita bukan biarkan perempuan tu pijak kepala
kita. Ini bukan Khaleed Jamaluddin yang Dia kenal.”
“Can
you please shut up.
Papa tak boleh fikir dengan ini semua.” Herdik Khaleed. Kepalanya
diraup kasar. Bingit dia mendengar bebelan dari mulut Ahdia sejak
tadi.
Buntang
matanya Ahdia. Semakin meledak amarahnya. “Argh! Dia tak kisah. By
hook or by crook
papa kena selesai juga masalah ini. Dia tak mahu tinggal disini
lama-lama dan Dia tak mahu jadi miskin.” Jeritnya balik melepaskan
kemarahan yang tersarang dalam hati.
“Kita
tak akan jadi miskin.” Tutur Khaleed perlahan.
Ahdia
gelak. Kelakar sungguh apa yang baru dikatakan Khaleed. Tak akan jadi
miskin? Kita sudah miskin! Bentaknya dalam hati.
“Apa yang papa ada? Perempuan tu sekarang pemegang saham terbesar di FS. Secara automatis, papa dah tak ada kuasa lagi dekat sana. Dia rasa lebih baik papa jual saja saham papa dekat FS. Sekurang-kurangnya kita akan ada duit. I can’t believe…”
“Apa yang papa ada? Perempuan tu sekarang pemegang saham terbesar di FS. Secara automatis, papa dah tak ada kuasa lagi dekat sana. Dia rasa lebih baik papa jual saja saham papa dekat FS. Sekurang-kurangnya kita akan ada duit. I can’t believe…”
“Shut
up! Shut up! Shut up!”
Jerit Khaleed sambil bangkit mendadak dari sofa.
Terkedu
Ahdia bila melihat muka bengis Khaleed. Dia mengingati air muka itu
seperti yang terjadi di butik Bidadari, dimana dia menerima tamparan
sulung dari lelaki itu. Dia mula menekur dan Khaleed semakin memaju
ke depan menghampirinya.
“Kamu
jangan nak ajar papa apa yang harus papa lakukan. Kita dalam masalah
ini juga kerana kamu yang tak tahu buat kerja. Kamu yang hanya tahu
mendapat keuntungan saja. Surat perjanjian pun kamu tak baca terlebih
dahulu. Remember
that I still have something. It’s you that have nothing. Nothing!”
Balas Khaleed meluah semua yang terpendam.
Ahdia
terdiam. Matanya mula berair. Terguris kerana Khaleed
memperkecilkannya. Terguris kerana selama ini dia dipandang serong
oleh lelaki yang dipanggilnya papa. Benar apa yang Khaleed katakan.
Dia tidak mempunyai apa-apa. Selama ini pun dia banyak bergantung
kepada lelaki itu. Dia memang tidak berguna. Tidak berguna langsung!
Muka
tegang Khaleed mula reda bila air mata mula berlinangan mengalir
dipipi Ahdia. Dia mengeluh. Kepala ditunduk dan mata dipejam
seketika. Perasaan bersalah mula menjelma dihatinya. Dia terlanjur
menghambur kata-kata yang dia yakin telah mengguris hati anaknya itu.
Ditarik Ahdia ke dalam pelukannya. Terhinggut-hinggut Ahdia
melepaskan perasaannya didada Khaleed.
Belakang
Ahdia diusap lembut. “Percayalah. Papa akan dapat kembali apa yang
sepatutnya menjadi milik kita. Papa hanya perlu Dia percayakan papa
dan sokong papa. Papa janji papa akan dapat kembali semua milik kita,
dan papa juga akan pastikan hidup mereka tidak akan tenteram selepas
apa yang mereka telah lakukan kepada kita. Percaya dengan papa?”
Dituturnya sambil memandang keluar tingkap. Kegelapan malam diterangi
bukan sahaja dengan cahaya bulan tetapi lampu-lampu yang terpasang
juga.
Dijarakkan
tubuhnya dan Ahdia. Ibu jarinya menyeka air mata yang tetap mengalir.
“Papa akan pastikan, dia dapat balasan yang setimpal. Papa janji.”
Kau tunggu Faryal Shameena. Aku akan dapatkan kau hidup-hidup.
**
“Morning
angel.”
Faryal senyum lebar bila mendengar suara Issac dihujung talian.
Walaupun baru dua hari mereka berjauhan, tetapi ia seperti bertahun.
“Morning
abang. Abang sihat dekat sana?” Dia memasuki lif sebaik saja pintu
dibuka.
“Alhamdulillah
sihat.Cuma abang rindu dengan cinta hati abang dekat sana tu.
Terfikir-fikir juga kalau dia rindu dengan abang tak.” Gurauan
Issac membuat Faryal gelak sendiri.
Dia pantas menekup mulut bila sedar gelakkannya agak kuat. Nasib baik dia berada dibelakang Gerald kalau tidak mesti orang lain yang berada dalam lif itu akan memandangnya hairan. Mana tidak senyum dan gelak seperti orang yang sudah angau.
Dia pantas menekup mulut bila sedar gelakkannya agak kuat. Nasib baik dia berada dibelakang Gerald kalau tidak mesti orang lain yang berada dalam lif itu akan memandangnya hairan. Mana tidak senyum dan gelak seperti orang yang sudah angau.
Faryal
memuncung bibirnya. “Rindu tak eh? Mestilah rindu. Makan tak
kenyang. Tidur tak lena sebab cinta hati Meen tak ada dekat sini.
Peluk bantal sajalah Meen semalam tau.” Tidak segan langsung dia
menyuarakan kerinduannya itu.
Dihujung
talian dia dapat dengar Issac ketawa. Sukalah tu orang cakap rindu
dengan dia. Dia menapak keluar dari lif bila sudah tiba ditingkatnya.
Dia mengangguk kepala pada pada perempuan di meja penyambut tamu dan
meneruskan langkah ke bilik mesyuarat.
“Nanti
abang balik sayang boleh peluk lama mana sayang suka. Abang pun nak
buat begitu juga.” Faryal menekup telefon bila melihat Alex
menghampirinya.
“They
are waiting for you.”
Faryal angguk sekali.
Dia
kembali melekap telefon bimbit ke telinga. “Abang, Meen kena letak.
Meen ada mesyuarat ni.” Dia dapat mendengar keluhan dari Issac. Ia
membuat dia senyum. Kalau boleh dia pun tidak mahu meletak telefon
tetapi dia ada kerja yang harus dilakukan.
“Janganlah
merajuk. Nanti malam abang telefon Meen. Kalau tak nanti kita skype
okay.”
Pujuk Faryal.
“Okay.
Jaga diri sayang. Ingat semua pesanan abang. Jangn nakal-nakal bila
abang tak ada ni. Love
you. Miss you.
Assalammualaikum.” Faryal membalas dan talian dimatikan.
Dia
berpaling menghadap Alex didepannya. “Semua dah ada?”
Alex
angguk mengiakan. “Dah.”
“Khaleed?”
“Dalam
perjalanan ke sini. Lagi sepuluh minit begitu dia sampai.” Balas
Alex.
Faryal
melirik jam tangannya. “Bagus.” Ini bermakna dia masih mempunyai
masa sebelum Khaleed tiba.
Diangkat
kepala memandang Alex. “Let’s
start round two.”
Dengan penuh semangat Faryal berkata. Gerald, memasuki terlebih
dahulu diikuti oleh Alex dan Faryal.
Pandangan
semua yang hadir jatuh pada Faryal. Sempat Faryal melambai pada
Shariq, Shayaan dan Faizan yang berada dibilik itu juga. Dia senyum
lebar, semakin yakin dan bersemangat dengan apa yang ingin
dilakukannya.
“Selamat pagi semua. Maaf panggil semua secara mendadak pagi ni…”
“Selamat pagi semua. Maaf panggil semua secara mendadak pagi ni…”
**
“Selamat
pagi Tuan Khaleed.” Ucap Zaleha setiausahanya sebaik saja dia tiba
dipejabat.
Khaleed
angguk tetapi mukanya serius. “Selamat pagi. Tolong kumpulkan ke
semua ketua jabatan. Saya mahu jumpa mereka.” Arahnya pada Zaini
yang tidak senang dari tadi. Dia menggigit bibir tidak tahu bagaimana
mahu beritahu majikannya itu tentang apa yang sedang berlaku.
“Err…Ma…maaf
tuan tapi semua ketua jabatan sedang menghadiri mesyuarat sekarang.”
Dia menunduk sebaik saja menyampaikannya. Khaleed merenung tajam
setiausahanya itu.
“Mesyuarat?
Siapa yang mengendalikannya? Kenapa saya tak tahu?” Bertalu-talu
dia bertanya Zaini yang sekali-sekala melirik Khaleed yang semakin
tegang raut mukanya
Jari-jemari
digenggam erat. “Pu…Puan Faryal yang mengendalikannya tuan. Baru
sepuluh minit lepas.” Buntang mata Khaleed mendengar nama yang
semakin lali ditelinganya itu.
Tangannya
dikepal kuat. Bibir diketap geram. “Kurang ajar. Siapa beri dia
kebenaran untuk mengadakan mesyuarat itu? Panggil pegawai kesalamatan
sekarang.” Melenting Khaleed pada Zaini yang tidak bersalah itu.
Dia memasuki pejabatnya terlebih dahulu mengambil sesuatu yang amat
penting padanya.
“Baik
Tuan.”
Zaini bergegas ke meja kerjanya dan menelefon pegawai keselamatan seperti yang diarahkan Khaleed. Bila dia mahu meletak telefon, Khaleed bergegas keluar dari bilik dan menuju ke bilik mesyuarat. Mukanya bengis dan sepertinya mahu makan sesiapa saja hidup-hidup.
Zaini bergegas ke meja kerjanya dan menelefon pegawai keselamatan seperti yang diarahkan Khaleed. Bila dia mahu meletak telefon, Khaleed bergegas keluar dari bilik dan menuju ke bilik mesyuarat. Mukanya bengis dan sepertinya mahu makan sesiapa saja hidup-hidup.
Para
pekerja yang dilintasi Khaleed tidak berani menegur lelaki itu.
Melihat muka saja mereka tidak berani menghampiri, apatahlagi
bersuara. Fail yang berada didalam genggaman Khaleed dipereratkan.
Semakin dia menghampiri bilik mesyuarat itu. Semakin berapi hatinya
memikirkan pendalang disebalik semua ini. Faryal Shameena. Pintu
bilik mesyuarat dibukanya kasar dan dia menapak terus ke dalam.
Matanya kunci pada sasaran didepannya. Sasaran yang memandangnya
dengan senyuman dibibir.
“Tuan
Khaleed. Nice
of you to drop by. Have a seat. We’re just wrapping up.”
Ucap Faryal dan dipandang sekilas semua ketua jabatan yang hadir.
Semua memandang Khaleed dan Faryal didepan. Anak dan bapak yang tidak sebulu bersemuka akhirnya. Gerald dan Stacy sudah bersiap sedia tetapi tidak boleh menghampiri seperti yang diarahkan Faryal sebelum mereka berangkat ke FS.
Semua memandang Khaleed dan Faryal didepan. Anak dan bapak yang tidak sebulu bersemuka akhirnya. Gerald dan Stacy sudah bersiap sedia tetapi tidak boleh menghampiri seperti yang diarahkan Faryal sebelum mereka berangkat ke FS.
Baru
sahaja tangan Khaleed mahu naik mendarat dipipi yang mulus, Faryal
menyambung kata-katanya. “Sebelum itu saya kenalkan CEO baru FS,
Fajer Shariq. Tak payah kenal pun. Pernah duduk satu rumahkan?”
Sindir Faryal yang disambut oleh gelak kecil dari Faizan yang sedang
duduk dikerusinya dengan santai.
“Kalau
ada popcorn
mesti best.” Bisik Faizan kepada Shayaan disebelahnya.
Khaleed
sudah tidak dapat menahan lagi. “Apa yang kau buat dekat sini. Kau
tak ada hak untuk mengadakan mesyuarat dekat sini. Aku pemegang saham
terbesar disini. Siapa kau untuk pandai-pandai melantik Shariq
sebagai CEO?” Ditunding Faryal dan Shariq pula.
Faryal
mengangkat kedua belah tangannya. “Bawa bertenang Tuan Khaleed.
Tarik nafas dalam dan lepaskan.
Okay?
Biar saya balas tapi sebentar lagi. Saya harus mengakhiri mesyuarat
saya terlebih dahulu.” Tutur Faryal tidak gentar langsung. Faryal
menghadap semua ketua jabatan yang menjadi penonton tidak berbayar
drama mereka.
“Maaf
dengan kekecohan ini semua. Seperti yang saya katakan tadi, Fajer
Shariq adalah CEO baru FS. Saya harap mulai hari ini kalian semua
dapat memberi kerjasama kepada Encik Shariq. Kalau tiada apa-apa
lagi, kita akhirkannya disini. Terima kasih.”
Semua
ketua jabatan satu-persatu mula bangkit dari kerusi mereka. Shariq
dan Faryal berjabat tangan dengan mereka. Semua menyampaikan ucapan
tahniah mereka. Tidak menghiraukan Khaleed yang masih berada disitu.
Faizan yang masih duduk dikeruisnya tanpa Khaleed sedari sedang
mengambil gambar papanya itu dengan telefon bimbitnya secara senyap.
Shayaan yang melihat telatah adiknya itu menggeleng kepala.
Usai
semua jabatan beransur pergi dan pintu kembali ditutup rapat, Alex
yang dari tadi duduk diatas kerusi kini maju untuk berdiri dibelakang
Faryal. Khaleed masih tidak lepas matanya dari Faryal. Akhirnya
Faryal menghadap Khaleed kembali. Kedua keningnya diangkat dan
dilepaskan keluhan.
“Saya
baru jelaskan kepada semua ketua jabatan tentang perkara ini dan saya
yakin yang Tuan Khaleed sudah salah faham. Dari dulu lagi, saya
adalah pemegang terbesar disini dan apa yang Tuan lakukan kepada
Encik Izzat sebelum ini telah menimbul pelbagai masalah. Jadi saya
disini untuk menyelesaikannya.” Diakhir penjelasannya dengan
senyuman manis. Tetapi pada Khaleed ia sungguh menjengkelkan.
Kini
giliran Khaleed pula untuk menayang gelakkan sinis. “Aku yang salah
faham atau kau? Ini adalah bukti yang syer Shariq, Faizan dan Shayaan
telah bertukar kepada aku. Jadi aku adalah pemegang saham terbesar FS
dan secara automatis aku adalah CEO disini.”
Dokumen yang diambilnya dari pejabat tadi disua kepada Faryal yang menyambutnya. Dengan malas dia membuka dokumen itu. Dia sudah tahu apa isi kandungan surat itu dan dia pura-pura membacanya sebelum menayang muka terperanjatnya.
Dokumen yang diambilnya dari pejabat tadi disua kepada Faryal yang menyambutnya. Dengan malas dia membuka dokumen itu. Dia sudah tahu apa isi kandungan surat itu dan dia pura-pura membacanya sebelum menayang muka terperanjatnya.
Faizan
menekup mulutnya dengan lakonan Faryal itu. Aduhai adik kesayangan
aku ni. Pelakon pun menjadi juga. Tapi apa yang membuat dia tidak
tahan adalah Khaleed mempercayai lakonan Faryal itu.
Semua
mata mengalih pandangan ke arah pintu bila ia terkuak dari luar. Dua
orang pegawai keselamatan berdiri diambang pintu membuat Khaleed
melebarkan senyuman herotnya sebelum menghadap kembali Faryal
dibelakangnya.
Khaleed
maju setapak. “Sudah baca? Sudah faham? Sekarang kau keluar secara
baik atau aku akan suruh mereka keluarkan kau dan orang-orang kau
dari sini. Choose.”
Bisik Khaleed sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar.
Dipandang Faryal dengan pandangan siapa yang hebat sekarang.
Tiba-tiba
Faryal gelak kuat. Usai selesai gelak, tangannya naik memeluk tubuh.
“Cubalah.”
Dicabar Khaleed melakukannya.
Alex dan Shariq memandang satu sama lain. Shariq sepertinya bertanya kepada Alex adakah Faryal yang berada didepannya kini. Tidak pernah Faryal melawan Khaleed sebegini. Inilah pertama kali mereka semua melihat Faryal yang menayang taring.
Alex dan Shariq memandang satu sama lain. Shariq sepertinya bertanya kepada Alex adakah Faryal yang berada didepannya kini. Tidak pernah Faryal melawan Khaleed sebegini. Inilah pertama kali mereka semua melihat Faryal yang menayang taring.
“Pengawal!
Bawa dia keluar sekarang! Cepat!” Arah Khaleed bila rasa tercabar
dengan tindakan Faryal itu.
Kedua pengawal itu teragak-agak untuk maju ke depan. Malah mereka menolak satu sama lain, masing-masing tidak berani untuk melakukan seperti yang diarahkan Khaleed.
Kedua pengawal itu teragak-agak untuk maju ke depan. Malah mereka menolak satu sama lain, masing-masing tidak berani untuk melakukan seperti yang diarahkan Khaleed.
Khaleed
memusing ke belakang bila tiada pergerakkan dari dua lelaki itu. “Apa
kau orang tercegat dekat situ lagi?! Cepat!” Arahnya tegas
“Ba..Baik
Tuan.”
Teragak-agak mereka membalas dan tanpa lengah menghampiri Faryal. Baru saja mereka mahu mencapai lengannya Faryal, Gerald maju ke depan dan menghalang mereka.
Teragak-agak mereka membalas dan tanpa lengah menghampiri Faryal. Baru saja mereka mahu mencapai lengannya Faryal, Gerald maju ke depan dan menghalang mereka.
Faryal
dapat lihat dari sisi Gerald, dua lelaki itu menelan air liur mereka
bila berhadapan dengan pengawalnya itu. Kasihan dia melihat kedua
pegawai keselamatan itu yang berbelah bagi. Dia melihat Khaleed
menolak seorang daripada pegawai keselamatan itu maju ke depan.
Faryal menggeleng. Selalu menyuruh orang membuat kerja yang kotor.
Masa untuk buat kejutan seterusnya.
Faryal
berdehem untuk mendapat perhatian Khaleed kembali. “Tuan lupa apa
yang terjadi semalam bukan? Biar saya ingatkan. Semalam saya telah
menyatakan ke semua harta milik Ahdia telah jatuh ke tangan saya dan
salah satunya harta Ahdia adalah dua puluh peratus saham FS. Cuba
tuan buat matematik sedikit. Ahdia dua puluh, saya dua puluh dan…”
Digantung
kata-katanya. Saja nak buat suspens.
“Encik
Fadi telah menyerah syer dia kepada saya. Jadi keseluruhannya adalah
55%. Jadi siapa sekarang pemegang saham terbesar di FS? Saya atau
Tuan?” Ditunding Khaleed dan pada dirinya sendiri. Satu keningnya
dijungkit meminta jawapan dari Khaleed.
Tapi
belum sempat Khaleed mahu berkata, Faryal menghalang dengan menayang
tapak tangannya pada muka Khaleed.
“Lagi satu.”
Satu tangan disua ke belakang tanpa melepaskan pandangan dari Khaleed. Alex menghulur fail yang diminta Faryal seperti yang diarah Faryal sebelum ini.
“Lagi satu.”
Satu tangan disua ke belakang tanpa melepaskan pandangan dari Khaleed. Alex menghulur fail yang diminta Faryal seperti yang diarah Faryal sebelum ini.
Fail
itu disua kepada Khaleed pula. “Ini adalah surat perjanjian dimana
ia menyatakan bahawa Encik Shariq, Encik Faizan dan Encik Shayaan
telah meyerah syer mereka di FS kepada saya. Malah mereka telah
menanda tangan surat ini seminggu sebelum surat perjanjian tuan. Jadi
surat tuan ini…”
Ditunjuk
dokumen yang diterimanya tadi didepan Khaleed. Semua mata jatuh
didokumen yang dipegang Faryal.
“Is
invalid.”
Faryal mengoyak dokumen didepan Khaleed dan dibuangnya atas meja
mesyuarat.
Khaleed
melihat kepingan kecil dokumen miliknya itu berterbangan dan mendarat
dipermukaan meja marmar itu. Mulutnya terlopong. Mata pula membulat
tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Semalam surat perjanjian
dibakar dan hari ini surat perjanjian dikoyak kecil oleh Faryal.
Faryal
pandang kembali Khaleed didepannya. Suka hatinya melihat muka Khaleed
yang kehilangan itu. Mata mereka bertembung.
“Speechless
ain’t it?”
“Kau
dah lama rancang ini semuakan?” Soal Khaleed tegas.
Bahu
dijungkit Faryal. Dia memeluk tubuh sekali lagi. “Barulah juga.
Hmm…Sejak kemalangan yang ditimpa Nek Wan dan malam dimana saya
dibawa pergi oleh polis kot.” Balas Faryal dengan sahaja.
Khaleed
memandang semua yang hadir disitu. Dari muka Alex, peguam peribadi
Lutfiyah kepada Shariq yang memandangnya serius dan akhirnya sekali
pada sepasang kembar yang sedang duduk santai disudut bilik itu.
Mereka semua tahu. Mereka semua tahu siapa Khaleed Jamaluddin
sebenarnya.
Mata
Khaleed melilau dari satu kelibat ke satu berkali-kali. “Kau semua
tahu tentang inikan? Kau orang berkomplot untuk jatuhkan akukan? Anak
tak tahu dikenang budi kau semua. Kau orang lupa siapa yang bawa kau
orang ke dunia ni? Siapa yang selama ini kau orang panggil papa? Kau
orang sanggup jatuhkan aku macam begini!” Muntahnya pada semua yang
hadir. Terutama sekali kepada anak-anak lelakinya yang hadir.
Khaleed
melihat Shayaan yang bersuara. “Sebab papa terlebih dahulu sanggup
menjatuhkan kami. Lagipun papa. It
takes two to make a baby.
Kalau mama tak bawa kami ke sana ke mari dalam perutnya dan menjaga
kandungannya dengan baik, kita tentu tak ada disini. Jadi Yan rasa
kita patut berterima kasih kepada mama. Bukan begitu Zan?”
Pertanyaan Shayaan disambut anggukan oleh kembarnya.
“Zan
sokong. Sepertimana papa berkomplot untuk jatuhkan kita. Begitu juga
kita melakukannya pada papa. Roda berputar. Karma
is a bitch ain’t it papa?”
“Biadap
kau orang semua. Nasib baik mama kamu tak ada disini untuk melihat
ini semua. Kalau tidak pasti dia tidak suka dengan apa yang
dilihatnya.” Tutur Khaleed membawa masuk nama Lutfiyah ke dalam
perbicaraan mereka. Dia tahu kelemahan anak-anaknya adalah Lutfiyah.
“Siapa
cakap?”
Berpusing
Khaleed ke belakang sebaik saja mendengar suara yang amat
dikenalinya. Matanya membulat. Mulutnya tercengang. Jantungnya
berdegup kencang dan penafasannya terhenti dengan siapa yang
dilihatnya kini.
“Fi…Fiyah?”
Pandangannya yang mula berpinar terus menjadi gelap-gelita.
best 3x.
ReplyDeleteTQ:B
DeleteWah.. Makin best.. Faryal dh berani
ReplyDeleteYes! *tepuk tangan* :B
DeleteBest gile!! Haih asyik lambat je tgk2 bab baru dh masuk.. Akak nk upload tetiap hari ke? Love it..HAHAHAHAHAHA good job kak^^
ReplyDeleteHahahah...upload tiga hari straight pun sbb Mai lame tk upload..kire bayar hutanglah:B
DeleteHahahahaaa, padan muka Khaleed. X sabar dgn n3 selanjutnya. Yeaa, good job writer.
ReplyDeleteHehehe..TQ very much:B
Deletewahhh besttttt sangatttt upload setiap hari pun xpa dah x sabar nih nk tahu kesudahannya..
ReplyDeleteSetiap hari upload tkde suspen....heheh:B
Delete