Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 5 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 74

Bab 74

Beg tangannya dicampak atas sofa sebaik saja membolos diri ke dalam bilik suite yang ditempah Faryal untuk mereka.
Gila! Gila! Gila! Ini semua salah papa. Kalau papa tak suruh tandatangan surat tu mesti ini semua tak berlaku.”

 Ahdia menyelak langsir kasar dan melempar pandangannya diluar seketika sebelum memusing dan menghadap Khaleed yang mendarat punggungnya disofa.
Tengok sekarang? Kita dah tak ada rumah. Butik Bidadari bukan lagi milik Dia dan syer papa di FS sudah jadi milik perempuan tu. Ini semua salah papa.” Ditunding Khaleed yang hanya diam sejak mereka memasuki teksi lagi.

Ahdia memeluk tubuh dengan dada yang berombak kencang. Matanya tajam merenung Khaleed. Dia benar-benar marah dengan apa yang telah berlaku. Tambah lagi dia dimalukan oleh Faryal. Musuh ketatnya sejak kecil lagi. Apa yang dia bengang sangat adalah Khaleed tidak melakukan apa-apa untuk menegakkan hak mereka.
Papa patut pertahankan hak kita bukan biarkan perempuan tu pijak kepala kita. Ini bukan Khaleed Jamaluddin yang Dia kenal.”
Can you please shut up. Papa tak boleh fikir dengan ini semua.” Herdik Khaleed. Kepalanya diraup kasar. Bingit dia mendengar bebelan dari mulut Ahdia sejak tadi.
Buntang matanya Ahdia. Semakin meledak amarahnya. “Argh! Dia tak kisah. By hook or by crook papa kena selesai juga masalah ini. Dia tak mahu tinggal disini lama-lama dan Dia tak mahu jadi miskin.” Jeritnya balik melepaskan kemarahan yang tersarang dalam hati.
Kita tak akan jadi miskin.” Tutur Khaleed perlahan.
Ahdia gelak. Kelakar sungguh apa yang baru dikatakan Khaleed. Tak akan jadi miskin? Kita sudah miskin! Bentaknya dalam hati. 

“Apa yang papa ada? Perempuan tu sekarang pemegang saham terbesar di FS. Secara automatis, papa dah tak ada kuasa lagi dekat sana. Dia rasa lebih baik papa jual saja saham papa dekat FS. Sekurang-kurangnya kita akan ada duit. I can’t believe…
Shut up! Shut up! Shut up!” Jerit Khaleed sambil bangkit mendadak dari sofa.
Terkedu Ahdia bila melihat muka bengis Khaleed. Dia mengingati air muka itu seperti yang terjadi di butik Bidadari, dimana dia menerima tamparan sulung dari lelaki itu. Dia mula menekur dan Khaleed semakin memaju ke depan menghampirinya.
Kamu jangan nak ajar papa apa yang harus papa lakukan. Kita dalam masalah ini juga kerana kamu yang tak tahu buat kerja. Kamu yang hanya tahu mendapat keuntungan saja. Surat perjanjian pun kamu tak baca terlebih dahulu. Remember that I still have something. It’s you that have nothing. Nothing!” Balas Khaleed meluah semua yang terpendam.
Ahdia terdiam. Matanya mula berair. Terguris kerana Khaleed memperkecilkannya. Terguris kerana selama ini dia dipandang serong oleh lelaki yang dipanggilnya papa. Benar apa yang Khaleed katakan. Dia tidak mempunyai apa-apa. Selama ini pun dia banyak bergantung kepada lelaki itu. Dia memang tidak berguna. Tidak berguna langsung!
Muka tegang Khaleed mula reda bila air mata mula berlinangan mengalir dipipi Ahdia. Dia mengeluh. Kepala ditunduk dan mata dipejam seketika. Perasaan bersalah mula menjelma dihatinya. Dia terlanjur menghambur kata-kata yang dia yakin telah mengguris hati anaknya itu. Ditarik Ahdia ke dalam pelukannya. Terhinggut-hinggut Ahdia melepaskan perasaannya didada Khaleed.
Belakang Ahdia diusap lembut. “Percayalah. Papa akan dapat kembali apa yang sepatutnya menjadi milik kita. Papa hanya perlu Dia percayakan papa dan sokong papa. Papa janji papa akan dapat kembali semua milik kita, dan papa juga akan pastikan hidup mereka tidak akan tenteram selepas apa yang mereka telah lakukan kepada kita. Percaya dengan papa?” Dituturnya sambil memandang keluar tingkap. Kegelapan malam diterangi bukan sahaja dengan cahaya bulan tetapi lampu-lampu yang terpasang juga.
Dijarakkan tubuhnya dan Ahdia. Ibu jarinya menyeka air mata yang tetap mengalir. “Papa akan pastikan, dia dapat balasan yang setimpal. Papa janji.” Kau tunggu Faryal Shameena. Aku akan dapatkan kau hidup-hidup.
**
Morning angel.” Faryal senyum lebar bila mendengar suara Issac dihujung talian. Walaupun baru dua hari mereka berjauhan, tetapi ia seperti bertahun.
Morning abang. Abang sihat dekat sana?” Dia memasuki lif sebaik saja pintu dibuka.
Alhamdulillah sihat.Cuma abang rindu dengan cinta hati abang dekat sana tu. Terfikir-fikir juga kalau dia rindu dengan abang tak.” Gurauan Issac membuat Faryal gelak sendiri. 

Dia pantas menekup mulut bila sedar gelakkannya agak kuat. Nasib baik dia berada dibelakang Gerald kalau tidak mesti orang lain yang berada dalam lif itu akan memandangnya hairan. Mana tidak senyum dan gelak seperti orang yang sudah angau.
Faryal memuncung bibirnya. “Rindu tak eh? Mestilah rindu. Makan tak kenyang. Tidur tak lena sebab cinta hati Meen tak ada dekat sini. Peluk bantal sajalah Meen semalam tau.” Tidak segan langsung dia menyuarakan kerinduannya itu.
Dihujung talian dia dapat dengar Issac ketawa. Sukalah tu orang cakap rindu dengan dia. Dia menapak keluar dari lif bila sudah tiba ditingkatnya. Dia mengangguk kepala pada pada perempuan di meja penyambut tamu dan meneruskan langkah ke bilik mesyuarat.
Nanti abang balik sayang boleh peluk lama mana sayang suka. Abang pun nak buat begitu juga.” Faryal menekup telefon bila melihat Alex menghampirinya.
They are waiting for you.” Faryal angguk sekali.
Dia kembali melekap telefon bimbit ke telinga. “Abang, Meen kena letak. Meen ada mesyuarat ni.” Dia dapat mendengar keluhan dari Issac. Ia membuat dia senyum. Kalau boleh dia pun tidak mahu meletak telefon tetapi dia ada kerja yang harus dilakukan.
Janganlah merajuk. Nanti malam abang telefon Meen. Kalau tak nanti kita skype okay.” Pujuk Faryal.
Okay. Jaga diri sayang. Ingat semua pesanan abang. Jangn nakal-nakal bila abang tak ada ni. Love you. Miss you. Assalammualaikum.” Faryal membalas dan talian dimatikan.
Dia berpaling menghadap Alex didepannya. “Semua dah ada?”
Alex angguk mengiakan. “Dah.”
Khaleed?”
Dalam perjalanan ke sini. Lagi sepuluh minit begitu dia sampai.” Balas Alex.
Faryal melirik jam tangannya. “Bagus.” Ini bermakna dia masih mempunyai masa sebelum Khaleed tiba.
Diangkat kepala memandang Alex. “Let’s start round two.” Dengan penuh semangat Faryal berkata. Gerald, memasuki terlebih dahulu diikuti oleh Alex dan Faryal.
Pandangan semua yang hadir jatuh pada Faryal. Sempat Faryal melambai pada Shariq, Shayaan dan Faizan yang berada dibilik itu juga. Dia senyum lebar, semakin yakin dan bersemangat dengan apa yang ingin dilakukannya.

 “Selamat pagi semua. Maaf panggil semua secara mendadak pagi ni…”
**
“Selamat pagi Tuan Khaleed.” Ucap Zaleha setiausahanya sebaik saja dia tiba dipejabat.
Khaleed angguk tetapi mukanya serius. “Selamat pagi. Tolong kumpulkan ke semua ketua jabatan. Saya mahu jumpa mereka.” Arahnya pada Zaini yang tidak senang dari tadi. Dia menggigit bibir tidak tahu bagaimana mahu beritahu majikannya itu tentang apa yang sedang berlaku.
“Err…Ma…maaf tuan tapi semua ketua jabatan sedang menghadiri mesyuarat sekarang.” Dia menunduk sebaik saja menyampaikannya. Khaleed merenung tajam setiausahanya itu.
“Mesyuarat? Siapa yang mengendalikannya? Kenapa saya tak tahu?” Bertalu-talu dia bertanya Zaini yang sekali-sekala melirik Khaleed yang semakin tegang raut mukanya
Jari-jemari digenggam erat. “Pu…Puan Faryal yang mengendalikannya tuan. Baru sepuluh minit lepas.” Buntang mata Khaleed mendengar nama yang semakin lali ditelinganya itu.
Tangannya dikepal kuat. Bibir diketap geram. “Kurang ajar. Siapa beri dia kebenaran untuk mengadakan mesyuarat itu? Panggil pegawai kesalamatan sekarang.” Melenting Khaleed pada Zaini yang tidak bersalah itu. Dia memasuki pejabatnya terlebih dahulu mengambil sesuatu yang amat penting padanya.
“Baik Tuan.” 

Zaini bergegas ke meja kerjanya dan menelefon pegawai keselamatan seperti yang diarahkan Khaleed. Bila dia mahu meletak telefon, Khaleed bergegas keluar dari bilik dan menuju ke bilik mesyuarat. Mukanya bengis dan sepertinya mahu makan sesiapa saja hidup-hidup.
Para pekerja yang dilintasi Khaleed tidak berani menegur lelaki itu. Melihat muka saja mereka tidak berani menghampiri, apatahlagi bersuara. Fail yang berada didalam genggaman Khaleed dipereratkan. Semakin dia menghampiri bilik mesyuarat itu. Semakin berapi hatinya memikirkan pendalang disebalik semua ini. Faryal Shameena. Pintu bilik mesyuarat dibukanya kasar dan dia menapak terus ke dalam. Matanya kunci pada sasaran didepannya. Sasaran yang memandangnya dengan senyuman dibibir.
“Tuan Khaleed. Nice of you to drop by. Have a seat. We’re just wrapping up.” Ucap Faryal dan dipandang sekilas semua ketua jabatan yang hadir. 

Semua memandang Khaleed dan Faryal didepan. Anak dan bapak yang tidak sebulu bersemuka akhirnya. Gerald dan Stacy sudah bersiap sedia tetapi tidak boleh menghampiri seperti yang diarahkan Faryal sebelum mereka berangkat ke FS.
Baru sahaja tangan Khaleed mahu naik mendarat dipipi yang mulus, Faryal menyambung kata-katanya. “Sebelum itu saya kenalkan CEO baru FS, Fajer Shariq. Tak payah kenal pun. Pernah duduk satu rumahkan?” Sindir Faryal yang disambut oleh gelak kecil dari Faizan yang sedang duduk dikerusinya dengan santai.
Kalau ada popcorn mesti best.” Bisik Faizan kepada Shayaan disebelahnya.
Khaleed sudah tidak dapat menahan lagi. “Apa yang kau buat dekat sini. Kau tak ada hak untuk mengadakan mesyuarat dekat sini. Aku pemegang saham terbesar disini. Siapa kau untuk pandai-pandai melantik Shariq sebagai CEO?” Ditunding Faryal dan Shariq pula.
Faryal mengangkat kedua belah tangannya. “Bawa bertenang Tuan Khaleed. Tarik nafas dalam dan lepaskan. Okay? Biar saya balas tapi sebentar lagi. Saya harus mengakhiri mesyuarat saya terlebih dahulu.” Tutur Faryal tidak gentar langsung. Faryal menghadap semua ketua jabatan yang menjadi penonton tidak berbayar drama mereka.
“Maaf dengan kekecohan ini semua. Seperti yang saya katakan tadi, Fajer Shariq adalah CEO baru FS. Saya harap mulai hari ini kalian semua dapat memberi kerjasama kepada Encik Shariq. Kalau tiada apa-apa lagi, kita akhirkannya disini. Terima kasih.”
Semua ketua jabatan satu-persatu mula bangkit dari kerusi mereka. Shariq dan Faryal berjabat tangan dengan mereka. Semua menyampaikan ucapan tahniah mereka. Tidak menghiraukan Khaleed yang masih berada disitu. Faizan yang masih duduk dikeruisnya tanpa Khaleed sedari sedang mengambil gambar papanya itu dengan telefon bimbitnya secara senyap. Shayaan yang melihat telatah adiknya itu menggeleng kepala.
Usai semua jabatan beransur pergi dan pintu kembali ditutup rapat, Alex yang dari tadi duduk diatas kerusi kini maju untuk berdiri dibelakang Faryal. Khaleed masih tidak lepas matanya dari Faryal. Akhirnya Faryal menghadap Khaleed kembali. Kedua keningnya diangkat dan dilepaskan keluhan.
Saya baru jelaskan kepada semua ketua jabatan tentang perkara ini dan saya yakin yang Tuan Khaleed sudah salah faham. Dari dulu lagi, saya adalah pemegang terbesar disini dan apa yang Tuan lakukan kepada Encik Izzat sebelum ini telah menimbul pelbagai masalah. Jadi saya disini untuk menyelesaikannya.” Diakhir penjelasannya dengan senyuman manis. Tetapi pada Khaleed ia sungguh menjengkelkan.
Kini giliran Khaleed pula untuk menayang gelakkan sinis. “Aku yang salah faham atau kau? Ini adalah bukti yang syer Shariq, Faizan dan Shayaan telah bertukar kepada aku. Jadi aku adalah pemegang saham terbesar FS dan secara automatis aku adalah CEO disini.” 

Dokumen yang diambilnya dari pejabat tadi disua kepada Faryal yang menyambutnya. Dengan malas dia membuka dokumen itu. Dia sudah tahu apa isi kandungan surat itu dan dia pura-pura membacanya sebelum menayang muka terperanjatnya.
Faizan menekup mulutnya dengan lakonan Faryal itu. Aduhai adik kesayangan aku ni. Pelakon pun menjadi juga. Tapi apa yang membuat dia tidak tahan adalah Khaleed mempercayai lakonan Faryal itu.
Semua mata mengalih pandangan ke arah pintu bila ia terkuak dari luar. Dua orang pegawai keselamatan berdiri diambang pintu membuat Khaleed melebarkan senyuman herotnya sebelum menghadap kembali Faryal dibelakangnya.
Khaleed maju setapak. “Sudah baca? Sudah faham? Sekarang kau keluar secara baik atau aku akan suruh mereka keluarkan kau dan orang-orang kau dari sini. Choose.” Bisik Khaleed sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluar. Dipandang Faryal dengan pandangan siapa yang hebat sekarang.
Tiba-tiba Faryal gelak kuat. Usai selesai gelak, tangannya naik memeluk tubuh.
“Cubalah.” Dicabar Khaleed melakukannya. 

Alex dan Shariq memandang satu sama lain. Shariq sepertinya bertanya kepada Alex adakah Faryal yang berada didepannya kini. Tidak pernah Faryal melawan Khaleed sebegini. Inilah pertama kali mereka semua melihat Faryal yang menayang taring.
“Pengawal! Bawa dia keluar sekarang! Cepat!” Arah Khaleed bila rasa tercabar dengan tindakan Faryal itu. 

Kedua pengawal itu teragak-agak untuk maju ke depan. Malah mereka menolak satu sama lain, masing-masing tidak berani untuk melakukan seperti yang diarahkan Khaleed.
Khaleed memusing ke belakang bila tiada pergerakkan dari dua lelaki itu. “Apa kau orang tercegat dekat situ lagi?! Cepat!” Arahnya tegas
“Ba..Baik Tuan.” 

Teragak-agak mereka membalas dan tanpa lengah menghampiri Faryal. Baru saja mereka mahu mencapai lengannya Faryal, Gerald maju ke depan dan menghalang mereka.
Faryal dapat lihat dari sisi Gerald, dua lelaki itu menelan air liur mereka bila berhadapan dengan pengawalnya itu. Kasihan dia melihat kedua pegawai keselamatan itu yang berbelah bagi. Dia melihat Khaleed menolak seorang daripada pegawai keselamatan itu maju ke depan. Faryal menggeleng. Selalu menyuruh orang membuat kerja yang kotor. Masa untuk buat kejutan seterusnya.
Faryal berdehem untuk mendapat perhatian Khaleed kembali. “Tuan lupa apa yang terjadi semalam bukan? Biar saya ingatkan. Semalam saya telah menyatakan ke semua harta milik Ahdia telah jatuh ke tangan saya dan salah satunya harta Ahdia adalah dua puluh peratus saham FS. Cuba tuan buat matematik sedikit. Ahdia dua puluh, saya dua puluh dan…”
Digantung kata-katanya. Saja nak buat suspens.
“Encik Fadi telah menyerah syer dia kepada saya. Jadi keseluruhannya adalah 55%. Jadi siapa sekarang pemegang saham terbesar di FS? Saya atau Tuan?” Ditunding Khaleed dan pada dirinya sendiri. Satu keningnya dijungkit meminta jawapan dari Khaleed.
Tapi belum sempat Khaleed mahu berkata, Faryal menghalang dengan menayang tapak tangannya pada muka Khaleed.

 “Lagi satu.”

 Satu tangan disua ke belakang tanpa melepaskan pandangan dari Khaleed. Alex menghulur fail yang diminta Faryal seperti yang diarah Faryal sebelum ini.
Fail itu disua kepada Khaleed pula. “Ini adalah surat perjanjian dimana ia menyatakan bahawa Encik Shariq, Encik Faizan dan Encik Shayaan telah meyerah syer mereka di FS kepada saya. Malah mereka telah menanda tangan surat ini seminggu sebelum surat perjanjian tuan. Jadi surat tuan ini…”
Ditunjuk dokumen yang diterimanya tadi didepan Khaleed. Semua mata jatuh didokumen yang dipegang Faryal.
Is invalid.” Faryal mengoyak dokumen didepan Khaleed dan dibuangnya atas meja mesyuarat.
Khaleed melihat kepingan kecil dokumen miliknya itu berterbangan dan mendarat dipermukaan meja marmar itu. Mulutnya terlopong. Mata pula membulat tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Semalam surat perjanjian dibakar dan hari ini surat perjanjian dikoyak kecil oleh Faryal.
Faryal pandang kembali Khaleed didepannya. Suka hatinya melihat muka Khaleed yang kehilangan itu. Mata mereka bertembung.
Speechless ain’t it?
Kau dah lama rancang ini semuakan?” Soal Khaleed tegas.
Bahu dijungkit Faryal. Dia memeluk tubuh sekali lagi. “Barulah juga. Hmm…Sejak kemalangan yang ditimpa Nek Wan dan malam dimana saya dibawa pergi oleh polis kot.” Balas Faryal dengan sahaja.
Khaleed memandang semua yang hadir disitu. Dari muka Alex, peguam peribadi Lutfiyah kepada Shariq yang memandangnya serius dan akhirnya sekali pada sepasang kembar yang sedang duduk santai disudut bilik itu. Mereka semua tahu. Mereka semua tahu siapa Khaleed Jamaluddin sebenarnya.
Mata Khaleed melilau dari satu kelibat ke satu berkali-kali. “Kau semua tahu tentang inikan? Kau orang berkomplot untuk jatuhkan akukan? Anak tak tahu dikenang budi kau semua. Kau orang lupa siapa yang bawa kau orang ke dunia ni? Siapa yang selama ini kau orang panggil papa? Kau orang sanggup jatuhkan aku macam begini!” Muntahnya pada semua yang hadir. Terutama sekali kepada anak-anak lelakinya yang hadir.
Khaleed melihat Shayaan yang bersuara. “Sebab papa terlebih dahulu sanggup menjatuhkan kami. Lagipun papa. It takes two to make a baby. Kalau mama tak bawa kami ke sana ke mari dalam perutnya dan menjaga kandungannya dengan baik, kita tentu tak ada disini. Jadi Yan rasa kita patut berterima kasih kepada mama. Bukan begitu Zan?” Pertanyaan Shayaan disambut anggukan oleh kembarnya.
“Zan sokong. Sepertimana papa berkomplot untuk jatuhkan kita. Begitu juga kita melakukannya pada papa. Roda berputar. Karma is a bitch ain’t it papa?
“Biadap kau orang semua. Nasib baik mama kamu tak ada disini untuk melihat ini semua. Kalau tidak pasti dia tidak suka dengan apa yang dilihatnya.” Tutur Khaleed membawa masuk nama Lutfiyah ke dalam perbicaraan mereka. Dia tahu kelemahan anak-anaknya adalah Lutfiyah.
“Siapa cakap?”
Berpusing Khaleed ke belakang sebaik saja mendengar suara yang amat dikenalinya. Matanya membulat. Mulutnya tercengang. Jantungnya berdegup kencang dan penafasannya terhenti dengan siapa yang dilihatnya kini.
“Fi…Fiyah?” Pandangannya yang mula berpinar terus menjadi gelap-gelita.





10 comments:

  1. Wah.. Makin best.. Faryal dh berani

    ReplyDelete
  2. Best gile!! Haih asyik lambat je tgk2 bab baru dh masuk.. Akak nk upload tetiap hari ke? Love it..HAHAHAHAHAHA good job kak^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah...upload tiga hari straight pun sbb Mai lame tk upload..kire bayar hutanglah:B

      Delete
  3. Hahahahaaa, padan muka Khaleed. X sabar dgn n3 selanjutnya. Yeaa, good job writer.

    ReplyDelete
  4. wahhh besttttt sangatttt upload setiap hari pun xpa dah x sabar nih nk tahu kesudahannya..

    ReplyDelete