Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Tuesday, 20 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 76

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 76

Mata yang dipejam Faryal dicelik bila acap kali gagal untuk tidur walaupun berada dalam pelukan Issac yang hangat dan menyamankan. Kepala yang beralaskan dadanya Issac diperbetulkan kedudukkannya, membuat Issac menunduk sedikit dan memberi kucupan hangat diubun-ubun isteri tercinta.
Faryal sekali lagi cuba tidur. Mata dipejam tetapi beberapa saat matanya dicelik kembali. Walaupun dia sudah beritahu Issac apa yang dirahsiakannya ada beberapa perkara yang masih mengganggu fikirannya. Mulutnya pula gatal mahu beritahu Issac tetapi dia rasa serba salah sebab suaminya itu masih mencerna informasi terbarunya mengenai Ahdia.

Dilirik muka Issac. Suaminya masih belum tidur. Mata masih terbuka memandang ke siling.
Abang…” Panggil Faryal lembut.
Hmm…”
Abang tak boleh tidur eh?” Tanya Faryal pula.
Hmm…”
Meen ceritakan abang sambungan seterusnya nak tak?” Pertanyaan Faryal itu menarik perhatiannya Issac.
Kepala ditunduk memandang Faryal yang sedang pandang kosong ke depan. “Cerita apa?” Soalnya. Suara sedikit tinggi. Kening pula bertaut ketat.
Faryal tersengih bila dia melihat reaksi suaminya itu. “Cerita Faryal Shameena VS Khaleed Jamaluddin bahagian dua.” Balasnya dengan muka tidak bersalahnya.
Apa maksud Meen ada bahagian dua?” Sekali lagi Issac bertanya kepada Faryal lantas bangkit dari pembaringannya. Faryal turut bangun juga. Mereka kini duduk tegak memandang satu sama lain. Issac dengan muka berkerut seribu dengan banyak tanda tanya, Faryal pula muka tidak bersalahnya, tersengih-sengih macam kerang busuk.
Melihat muka Issac yang tegang, Faryal memikirkan strategi lain. “Habis tu abang ajak Meen tidur, cerita Meen pun terbantutlah. Sekarang abang tak boleh tidur sebab fikiran abang tergangggu tentang mother, dan Meen tak boleh tidur sebab ada lagi cerita yang masih belum diceritakan. Jadi Meen ceritakan kesinambungan cerita epik blockbuster meletup-letup macam popcorn. Okay bang?” Muka comel ditayangnya.
Issac merenung Faryal tajam sebelum bibirnya melepaskan tawanya sendiri. Akhirnya Issac gelak sambil mengangguk kepala. Disandar dikepala katil sebelum menarik Faryal ke dalam dakapannya.
Okay, I’m listening.
Hari itu Meen pergi jumpa mama. Aunty Irah pun ada…” Issac mendengar dengan tekun cerita Faryal tentang apa yang terjadi semasa dia ke rumah Lutfiyah. Dari perbualan dia dengan Aairah yang kekok, pada panggilan yang diterima Aairah sehingga kepada buku harian miliknya Aairah yang dijumpanya. Termasuk gambar lelaki bernama Johan Marten yang sehingga sekarang tidak dapat dia ingat dimana dia pernah lihat.
Johan Marten?” Soal Issac bila Faizal selesai bercerita.
Faryal angguk. “Tapi entah mengapa Meen rasa macam pernah nampak lelaki tu tapi Meen tak ingat dekat mana.” Ujarnya membuat Issac juga mencari difail fikirannya kalau dia pernah nama mendengar nama itu, tetapi gagal.
Sayang dah dapat maklumat tentang Johan Marten?”
Gelengan Faryal menjawab pertanyaan Issac itu. “Belum. Tapi tadi pagi Meen baru beritahu uncle Alex suruh cari maklumat tentangnya. He said he will inform Hakim about this and will get back to me.” Jelas Faryal.
Baru sahaja Issac mahu menyuruh Faryal tidur kembali, isterinya itu membuka satu lagi cerita. “Lagi satukan abang, Meen nak beritahu abang yang Meen dah jumpa dengan uncle Danial.” Hampir terlupa dia tentang perkara itu. Terlalu banyak yang dirahsiakannya sehingga semua jadi tidak teratur.
I know. He told me.” Balas Issac tenang.
Bulat mata Faryal. Dia duduk tegak menghadap Issac yang menjungkit kedua kening kepadanya. “Jadi selama ini abang tahu dimana uncle Danial?” Soal Faryal tidak percaya suaminya tahu tentang keberadaan Danial.
Issac menjungkit bahunya. Memang dia tahu selama ini, cuma sengaja dirahsiakan. Tambah lagi Lutfiyah tidak mahu tahu apa-apa tentang lelaki itu. “I’ve got connections. Jadi senang untuk abang cari dia.” Dengan selamba dia bertutur.
Jadi dia beritahu abang semua yang Meen cakap dengan dia?”
Gelengan Issac membuat Faryal melepaskan nafas lega. “Nope. He just gave a summary of it. Uncle Danial selalu pegang pada janjinya. Kalau Meen suruh dia rahsiakan, dia akan melakukannya.” Ternyata kelegaannya itu hanya sementara.
Tapi dia beritahu abang jugakan.” Dia mencebik.
Tapi dia tak beritahu abang setiap butir dengan teliti. He summarised it.” Faryal melihat Issac memukul bantalnya. Mahu kembali tidur.
“Habis tu uncle Alex?” Soal Faryal masih belum habis berbicara. Kalau uncle Danial boleh cakap dengan Issac mengapa tidak uncle Alex yang selalu bersamanya?
“Same as uncle Danial.” Ujar Issac sambil menguap.
Summary.” Sepatah dikatakan Faryal.
Hidung Faryal dicuit Issac. “Ditto.” Dilihat Issac mendarat kepalanya kembali diatas bantal. Tangan diluruskan ke tepi menyuruh Faryal baring bersamanya. Bila kepala Faryal mendarat dilengannya Issac. Dakapannya dieratkan.
Abang.”
Hmm…”
Faryal mengangkat kepalanya memandang Issac yang sedang menutup matanya. Mahu tidur. “Meen ingatkan bang nak bawa Nek Wan pulanglah. Maksud Ayal, rawat dekat rumah. Senang untuk kita semua tengok Nek Wan. Tak perlu kita ulang-alik pergi hospital dan mudah untuk mama juga.” Cadangannya disampaikan.
Sejak akhir-akhir ini dia tidak dapat berada disamping Nek Wan selalu. Itupun dia hanya akan datang selepas waktu kerja. Bila difikirkan keselamtan Nek Wan dia rasa membawa Nek Wan pulang dan merawatnya dirumah lebih baik dari dihospital.
Issac membuka matanya. “Abang pun terfikir juga tentang itu. Nanti kita bincang dengan yang lain dulu.” Dia yakin abang-abangnya yang lain pasti akan setuju.
Sebelum abang suruh bidadari abang ni tidur. Ada apa-apa lagi tak nak cerita?” Issac bertanya membuat Faryal menampar lembut dada Issac.
Faryal berfikir sejenak. “Mother kata mereka akan bertolak pulang minggu ni. Ahad.” Disampaikannya berita yang dia yakin belum diketahui Issac.
Nanti abang tanya Nat. Anything else?” Rambut Faryal yang jatuh menutupi sedikit muka isterinya diselak ke belakang telinga.
Tersenyum Issac melihat aksi comel Faryal. Bibir dimuncung dan digerak ke kiri dan kanan. Dagu pula diketuk-ketuk dengan jari telunjuk. Berfikir. “Hmm…Meen tak tahu apa rancangan seterus Meen. Tapi Meen janji abang orang pertama yang akan tahu.” Issac senang mendengarnya. Gebar ditarik menutup separuh badan mereka. Pelukannya dipereratkan lagi.
Good. Now sleep angel.” Dikucup lama ubun-ubunnya Faryal. Tangan mengusap lembut belakang Faryal sehingga bidadarinya tidur dengan senyuman dibibir.
**
Ooo! Semakin berseri Puan Izzat Danish kitakan Viya?” Usik Nat sebaik saja dia muncul sebelah Aviya. Faryal dan Issac yang baru tiba dirumah Nila tersenyum sesama sendiri.
“Kalau nak jadi berseri pergilah kahwin dengan pujaan hati you too. Tunggu lama-lama. Nanti dah kerepot macam keropok dah hilang seri. Betul tak sayang?” Faryal hanya gelak kecil dengan gurauan Issac itu.
Ow! Ow! Ow!” Jerit Issac bila telinganya dipiat kuat oleh Nat.
Faryal terkejut dengan tindakan Nat itu tetapi akhinya dia ketawa juga tapi dengan mulut yang ditekup. Kalau ketawa kuat-kuat nanti merajuk pula cinta hati dia. Sempat Faryal melihat Gerald yang ke belakang bersama Stacy sambil menggeleng kepala dengan apa yang sedang berlaku.
Semakin merah telinganya Issac, Faryal lihat. Aviya dibelakang hanya pandang sambil memeluk tubuh, sudah biasa. “Siapa kerepot macam keropok? Kerepot macam kerepok pun sedap tahu tak. Say what you’re suppose to say, then I’ll let you go.” Arah Nat tidak mahu melepaskan telinga Issac.
Okay-okay. Sorry.
“Lagi?”
Sorry and Nat is the most amazing, talented, beautiful person ever.” Baru Nat melepaskan telinga Issac dengan senyuman puas. Issac mengusap-usap telinganya yang kesakitan itu.
Dijeling Nat yang senyum lebar. “Sekarang boleh masuk?” Soalnya. Akhrirnya dia ketawa juga. Inilah kerenah mereka setiap kali berjumpa. Bertekak, bergaduh selepas itu berbaik semula.
Nat mendepakan tangannya dan menunduk sedikit menyilakan mereka masuk. Issac menyatukan tangannya dengan Faryal dan mereka berjalan beriringan meninggalkan Nat dan Aviya ketawa sendiri dipermukaan pintu.
Siapa pujaan hati kak Nat?” Bisik Faryal kepada Issac.
“Nanti sayang tahu juga. Mesti sayang tak percaya punya.” Balas Issac dengan kenyitan mata.
“Telinga abang okay?” Soalnya risau. Kuat juga telinga Issac dipiat tadi. Mesti berdenyut-denyut sekarang.
Issac menjungkit bahunya. “Abang dah biasa. Tapi kalau nak cepat baik lagi. You just need to kiss it and make it better.” Senyuman nakal bermian dibibir Issac. Faryal menampar lembut lengannya Issac. Ada-ada saja tau.
“Izzat! Rindu mother dengan kamu. Semakin berseri anak mother berdua ni.” Faryal melihat Nila dan Pablo menghampiri mereka. Nila mendapatkan mereka. Ditarik Issac dalam pelukannya dan dicium kedua pipi sekali. Faryal juga diperlakukan sama.
I told you so.” Nat berkata semasa melintasi mereka.
Bila semua mengabil tempat diruang tamu itu Nila tidak berhenti bercakap. Faryal melihat muka Nila sungguh ceria sekali tidak seperti pertemuaan mereka beberapa hari yang lalu. Air dan sedikit kuih dihidang Aviya sebelum mengambil tempatnya disebelah Nat.
Apa yang penting sangat sampai you suruh kita semua kumpul pagi-pagi ni? I sacrificed my beauty sleep because of this.” Nat bertanya tidak mahu berbasah-basi. Issac sudah agak mesti Nat akan bertanya terlebih dahulu.
Faryal memandang Issac yang mengukir senyuman untuk memberitahunya bahawa semua akan okay. Issac menarik nafas yang dalam. “Tentang Ahdia.” Faryal melihat muka Nat yang ceria tadi berubah serta-merta. Malah yang lain juga.
What has that piranha got to do with us?” Soal Nat bingung.
Issac mengangguk kepalanya kepada Faryal. Tangan Faryal menyeluk tas tangannya dan mengeluarkan keputusan ujian DNA itu. Dihulurnya kepada Issac yang melihat sesaat surat itu sebelum menghulurnya kepada Pablo yang duduk paling hampir dengannya.
“Apa ni?” Pablo bertanya sambil tangan mencapai surat yang disua Issac.
“Ini keputusan ujian DNA Ahdia.” Jelas Issac. Faryal melihat perubahan drastis riak mukanya Pablo dan Nila. Pablo merenung tajam keputusan itu dan Nila pula menekup mulutnya tida percaya dengan apa yang sedang dibacanya.
“Pablo…” Nila meletak tangannya dilengan suaminya.
Pablo mengangkat kepala memandag tajam Issac. “Is this true Izzat?” Soalnya meminta kepastian. Issac angguk mengiakan. Nila sudah mula menitiskan air mata dan Pablo pula menggeleng kepala tidak percaya.
Nat dan Aviya pandang satu sama lain tertanya-tanya apa isi kandungan surat yang diberi Issac itu. “Kenapa ni?” Nat bangkit dari duduknya. Diambil surat itu dari tangan Pablo dan dibacanya. Aviya yang berada disebelah Nat turut serta sekali.
Terlopong mulutnya Nat dan membulat matanya. Aviya dibelakang sudah menekup mulut. “Oh my god! Are you serious? It’s a joke right Izzat?” Soal Nat sedikit tinggi.
Issac tidak menjawab tetapi merenung Pablo yang sedang menenangkan Nila yang menangis terhinggut-hinggut dibahu suaminya itu.
“I rasa mother dan father ada sesuatu untuk cerita kepada kita. Lepas tu baru I akan ceritakan tentang itu.” Ujar Issac dengan tenang. Faryal disebelah rasa serba salah melihat apa yang terjadi. Nat yang menyinga. Aviya yang masih kurang percaya, dan Pablo dan Nila menangisi perjumpaan anak mereka yang hilang.
Tanpa Faryal sedar setitik demi setitik air mata mengalir jatuh mendarat ditangan Issac yang sedang memaut erat jari-jemarinya. Issac menoleh melihat Faryal disisi. Faryal pantas menyeka air matanya dan senyum hambar. Issac membalasnya dengan mempereratkan lagi puatan tangan mereka.
Mother? Father? What’s happening?” Pertanyaan Nat menarik kembali perhatian mereka.
Pablo menepuk lembut tangannya Nila memberi isyarat bahawa dia yang akan ceritakannya. Pablo mula membuka rahsia mereka. Semua yang Nila ceritakan kepada Faryal, diceritakan Pablo kepada anak kembarnya itu. Issac pula berceritakan bagi pihak Faryal. Bagaimana Faryal dapat idea untuk membuat ujian DNA itu.
Sebaik saja Pablo dan Issac selesai Nat mendengus kasar. “Jadi selama ini, perempuan yang kita panggil piranha, perempuan yang duduk sebumbung dengan musuh kita adalah adik kita sendiri? Our own flesh and blood?” Bertalu-talu Nat bertanya dengan dada yang kencang berombak.
Dia benar-benar marah kerana ditipu oleh orang tuanya sendiri. Selama ini orang tuanya telah menyimpan rahsia bahawa mereka mempunyai seorang adik. Padanlah mother tak mahu balik. Bukan kerana Viya tetapi budak piranha tu. Desis hatinya Nat.
How can you hide this from us? We have the right to know all of this. Kalau Ayal tak lakukan ujian ini mesti Nat dan Viya tak tahu langsung tentang inikan?” Sambung Nat meluahkan ke semua amarahnya.
Keputusan DNA yang semakim ronyok di dalam tangan Nat dicampaknya atas meja. “Nat tak percaya dengan ini semua. I…I just can’t.” Ujar Nat sebelum berlari meninggalkan ruang tamu.
“Nat! Nat!” Nila memanggil anak sulungnya itu. Dia mahu bangkit mengejarnya tetapi tangan Pablo menghalang.
Pablo menggeleng. “Biarkan. Dia perlukan masa.” Nila akur dan kembali duduk disebelah suaminya.
“Viya?” Pablo memanggil anak perempuannya yang hanya memandang kosong. Keliru.
Aviya memandang Pablo. Senyuman hambar diukirnya. Seperti Nat dia masih tidak percaya tetapi dia faham mengapa mereka melakukan sebegitu. Lagipun orang tua mereka tidak tahu menahu langsung bahawa Ahdia adalah anak yang dicari-cari mereka.
Viya faham tentang ini semua, tapi beri Viya masa untuk terima. It’s weird knowing that the person you’ve been going against all this while is actually your own sister. Viya tengok Nat dulu.” Aviya meninggalkan mereka disitu. Nila dan Pablo memandang sayu pemergian Aviya.
Faryal yang dari tadi hanya berdiam diri akhirnya bersuara. “Mother, father. Ayal minta maaf, Ayal…”
Nila geleng kepala membuat ucapan maaf Faryal tergantung. “Tak perlu minta maaf. Ayal tak salah dengan kita malah Ayal telah membantu kita. Ayal telah jumpa jawapan untuk kesemua pertanyaan kami selama ini. Kalau kamu berdua tak datang hari ini, lambat laun kita akan beritahu mereka juga. Thank you Ayal for finding our girl. Thank you.” Ucap Nila dengan seikhlas hatinya.
Hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya dia dengan kedatangan Issac dan Faryal pagi itu. Satu cerita dukanya sudah tertutup. Dia sudah jumpa jawapan yang tercari-carinya selama ini. Anak perempuan mereka yang pertama kali disangka mati. Selepas itu dengan kehadiran Lutfiyah, mereka dapat tahu anak perempuan mereka masih hidup dan dengan kehadiran Faryal, mereka akhirnya jumpa dengan anak perempuan mereka itu.
“Sekarang mother nak buat apa?” Soal Issac.
Nila melihat Pablo yang menayang senyuman kepadanya. Dahinya dikucup sayang oleh suaminya itu. Hanya satu saja yang ingin dilakukannya sekarang.
Bring her home where she belongs.
**
Sebaik saja pintu lif terbuka, Ahdia berlari menuju ke bilik dimana Khaleed ditempatkan bila melihat doktor Gopal keluar dari bilik itu. “Doktor, macam mana dengan papa saya?” Soal Ahdia sebaik saja berdiri depan doktor berumur itu.
Doktor Gopal melepaskan keluhan. Ahdia melihat muka doktor Gopal yang sepertinya tiada berita baik untuknya. “Jujur saya kata, papa awak sedang melalui depresi. Dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupannya dari kematian isterinya, pada kehilangan apa yang dia ada, dia mula tidak waras. Dia mula berhalusinasi dengan mengatakan bahawa dia melihat arwah isterinya.” Jelas doktor Gopal dengan nada yang serius.
“Maksud doktor papa saya gila?” Ahdia meraup mukanya bila doktor Gopal mengangguk mengiakan.
“Habis itu macam mana doktor? Saya tak boleh menjaganya seorang diri.” Dengan keadaan kita yang tidak mempunyai apa-apa melainkan saham di Lumiere. Sambung Ahdia dalam hati.
“Saya sarankan dia dibawa ke hospital sakit mental. Disana dia akan diberi jagaan rapi.” Doktor Gopal memberi cadangan yang dia yakin Ahdia tidak suka bila melihat muka berkerut seribu anak muda didepannya.
Doktor Gopal mengalih pandangannya kepada kelibat dibelakang Ahdia. “Baiklah, nanti saya akan bincang dengan adik-adik saya yang lain. Terima kasih doktor.” Shariq yang baru tiba bersuara. Doktor Gopal angguk dan meminta diri.
Ahdia melekap kepalanya didada Shariq, memeluk erat abangnya itu. “Papa gila abang Riq. Kalau papa gila siapa nak jaga Dia? Dia tak ada sesiapa lagi didunia ini.” Rintih Ahdia akan nasibnya kalau benar Khaleed dimasukkan ke dalam hospital sakit mental.
“Dia ada mother.”
Terangkat kepala Ahdia bila suara yang sudah lama tidak didengarinya sapa ke telinga. Pelukan dileraikan.
Aunty Nila?” Soalnya hairan dengan kehadiran wanita itu. Setahunya wanita itu sudah pulang ke Paris. Matanya melihat kelibat seorang lelaki yang tidak dikenalinya bersama Faryal dan Issac. Dipandang Shariq meminta penjelasan.
Nila mengambil setapak ke depan. Matanya sudah berair melihat Ahdia, anak yang dicari-carinya selama ini. “Ikut mother balik Paris? Biar kami jaga sayang. To make up for lost time.” Ujarnya dengan suara sedikit mendatar. Pablo disebelah mengusap belakang isterinya. Mata turut melihat Ahdia, anaknya.
“Apa maksud aunty?” Tanya Ahdia kurang faham dengan apa yang dimaksudkan Nila.
“Bukan aunty tapi mother.”
Pablo dan Nila berpandangan. Pablo angguk. Nila mengeluarkan keputusan DNA yang dibawa Issac tadi. Diberinya kepada Ahdia yang merenungnya dengan penuh tanda tanya. “Apa ni?” Soalnya ragu-ragu. Shariq mengambilnya dan disuanya kepada Ahdia.
“Baca.” Arah Shariq dan Ahdia akur. Kertas itu diambilnya dan dibaca isi kandungannya.
“Ini ujian DNA. Dia anak mother yang sah. Anak mother yang hilang selama ini.” Jelas Nila memerhati riak wajah Ahdia yang berubah drastis seperti yang dijangkanya.
Ahdia angkat kepalanya. Kepala digeleng tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya. “This is one of your joke right Faryal?” Soal Ahdia menggawang-gawang kertas itu didepannya. Faryal yang dari tadi hanya berdiam diri tidak terperanjat dengan pertanyaan Ahdia itu.
Faryal melihat Issac mahu kata sesuatu tetapi dia memberi isyarat mata biarkan dia saja yang mengendalinya. Faryal dan Ahdia memandang satu sama lain. Faryal maju menghampiri Ahdia. Issac juga, tidak mahu apa-apa terjadi pada isterinya itu.
I wish but it’s not. Ini memang benar. Papa menyimpan kau dari pengetahuan semua orang sejak kau dilahir tidak cukup bulan. Dia membawa kau ke dalam keluarga aku mengatakan yang kau ditinggalkan dekat dengan keretanya.” Jelas Faryal.
Kepala Ahdia digeleng bertalu-talu tidak percaya Khaleed sanggup lakukan begitu. Sanggup menipunya. “Tapi kenapa papa buat macam begini? Kenapa papa rahsiakan ini daripada aku? Kenapa?” Soal Ahdia lantang. Shariq mendapatkan Ahdia bila beberapa orang jururawat memandang ke arah mereka.
“Aku tak pasti. Tapi aku membuat andaian yang papa ingin menggunakan kau untuk mendapat mother. Kalau mother tahu yang kau adalah anak yang dicarinya, pasti mother akan lakukan apa saja untuk mendapat kamu balik.” Ahdia melirik Pablo dan Nila didepannya. Masih tidak percaya dengan apa yang didengarinya.
“Kalau kau tak percaya, kau boleh buat ujian DNA sekali lagi.” Dengan jungkitan bahu Faryal memberi cadangan. Dia tahu Ahdia tidak percaya dengan setiap kata yang keluar dari mulutnya. Tapi itu saja caranya untuk membuat Ahdia percaya dengan katanya walaupun hanya sedikit.
Ahdia meraup mukanya. Rambutnya disisir ke belakang. Akhirnya dia jatuh melutut diatas lantai. Faryal sedikit tergamam melihat setitis demi setitis air mata jatuh membasahi pipi Ahdia. Selama ini dia hanya melihat tangisan buaya perempuan itu tetapi didepannya kini benar-benar dari lubuk hati.
Tak sangka papa sanggup buat begitu kepada aku. Papa sayangkan aku. Papa sayangkan aku.”
Berkali-kali Ahdia meyakinkan dirinya bahawa Khaleed selama ini menyayanginya seikhlas hati, bukan seperti yang dikatakan Faryal. Khaleed tidak melakukan ini semua kerana mahukan Nila. Tidak!
Shariq menurunkan tubuhnya. Bahu Ahdia dipautnya sebelum menolak dagu Ahdia supaya mata adiknya itu memandangnya. “Dia, kalau benar papa sayangkan Dia. Papa tak akan sembunyikan Dia daripada keluarga Dia. Papa tak akan merampaskan kebahagiaan Dia dengan keluarga kandungnya Dia. Papa tak tahu apa itu kasih sayang. Apa yang papa hanya tahu adalah duit dan kekayaan.”
Ibu jari Shariq menyeka airmata yang mengalir kembali.
“Tapi Dia sayang papa. Papa sayangkan Dia. Papa selalu cakap dekat Dia.” Ujar Ahdia masih mahu meyakinkan dirinya bahawa Khaleed benar-benar menyayanginya.
Faryal mendengar keluhan dari mulut Shariq. Dia tahu abangnya itu bukan penat menjelaskan kepada Ahdia tetapi abangnya itu tidak sampai hati melihat Ahdia derita. Dia tahu dalam hati abangnya, dia sudah menganggap Ahdia sebagai salah satu adik perempuannya.
Itu terpulang kepada Dia. Sekarang semua keputusan ditangan Dia. Dia mahu disini bersama papa atau Dia mahu ikut aunty Nila pulang ke Paris. Bersama keluarga Dia yang sebenar. Your choice.
Ahdia melihat Shariq yang mahu jawapan darinya. Dipandang pula Faryal dan Issac yang mengamatinya dengan muka yang penuh simpati. Simpati yang dia tidak perlukan langsung. Bila matanya jatuh melihat Nila yang menangis dibahunya Pablo hatinya tersentuh. Orang tuanya yang sebenar. Darah dagingnya. Otaknya mula berfikir.
Kata-kata doktor Gopal sebentar tadi bermain kembali difikirannya. Khaleed yang tidak waras. Khaleed yang sudah tidak punya apa-apa. Khaleed yang membohonginya selama ini.
“Dia…” Suara Nila memanggilnya menarik perhatiannya kembali. Nila maju setapak. Dia perlahan berlutut didepan Ahdia. Mata Nila deras mengalirkan perasaannya yang bercampur baur. Nila menyua tapak tangannya kepada Ahdia dan diukir senyuman manis yang penuh harapan, dan juga anggukan kecil memberi dorongan kepada Ahdia.
Ahdia menoleh melihat Shariq yang turut mengangguk kepalanya. Kepala Ahdia diusapnya seperti selalu. Perlahan tangan Ahdia yang berketar mendarat selamat ditangan hangatnya Nila. Mamanya yang sebenar.
Nila menarik Ahdia ke dalam dakapannya. Disitu, didepan biliknya Khaleed, Ahdia buat pertama kali didakap erat dalam pelukkan mama kandungnya. Mamanya yang sebenar.
We’re going home, baby. We’re going home.
**
Maafkan Ayal papa. Maafkan Ayal kerana buat begini kepada papa. Maafkan Ayal. Bisik hati kecil Faryal sambil melihat melalui cermin kecil pintu, kelibat Khaleed yang terlantar atas katil hospital. Dibiarkan saja air matanya berjuraian dengan sendirinya. Walaupun dia bersikap kurang ajar kepada Khaleed, dilubuk hatinya yang dalam dia masih ada rasa simpati terhadap Khaleed. Papanya sendiri.
Angel?” Suara Issac membuat Faryal sedar dari lamunannya.
Tangan Issac melingkari pinggang Faryal. Matanya memandang sekilas Khaleed sebelum melihat isterinya. Mata Faryal tidak lepas dari kelibat Khaleed walaupun dia ada disebelah. “Kenapa ni? Kenapa menangis ni?” Soal Issac risau. Air mata Faryal disekanya.
Faryal memejam matanya. Dia ketawa kecil. “Ayal rasa seperti anak derhaka bila lihat…”
Sebelum Faryal dapat menghabiskan kata-katanya. Issac memusing badan Faryal supaya menghadapnya. Kepalanya menggeleng tidak suka dengan apa yang ingin dikatakan isterinya itu. Kedua belah pipi Faryal digamit. “Angel, don’t say that. Kita lakukan ini pun demi kebaikkannya. Dengan Ahdia kembali ke pangkuan keluarganya…”
“Papa tak ada sesiapa lagi. Piranha satu-satunya tulang belakang papa. Kalau papa tahu piranha telah meninggalkannya. He’s not going to be happy.” Sambung Faryal masih mengguna gelaran Ahdia itu.
We’ll just have to be prepared for his attack.” Issac menjawab dengan muka yang serius. Dia akan pastikan bila Khaleed menyerang mereka akan bersedia.
**
Hmm…Faryal Shameena masih ada kelembutan dalam hatinya. Luar saja kuat tetapi dalam masih Faryal yang lemah.” Wanita yang berseragam jururawat berkata pada dirinya sendiri. Dipandang kelibat Issac dan Faryal diluar biliknya Khaleed.
“Jom sayang, kita balik dulu. Nanti kita keluar tengok Nek Wan pula.” Dia mendengar Issac mengajak Faryal pergi.
Wanita itu gelak sinis bila mendengar nama Nek Wan. “Nek Wan. Pergilah tengok dia tak akan sedar pun selagi ubat tidur masih diberi padanya.” Matanya mengekori dua kelibat yang beransur pergi dari bilik Khaleed itu.
Dia menanti beberapa minit. Memastikan tiada siapa yang sedar akan kehadirannya, dia memulakan langkah menuju ke bilik Khaleed. Seperti biasa, penutup mulut setia dimulutnya. Bezanya, bilik Khaleed itu tiada orang yang jaga seperti Nek Wan.
Dilihat kiri dan kanan sebelum membolos diri ke dalam bilik Khaleed. Pandangannya jatuh kepada kelibat Khaleed yang kaku persis Nek Wan. Rambut Khaleed diusapnya berulang kali. Dia tersenyum sendiri bila kelopak mata Khaleed mula bergerak.
“Sayang.” Panggilnya lembut. Rambut Khaleed tidak berhenti diusapnya.
Khaleed memejam celik matanya beberapa kali bila pandangannya masih lagi kabur. Kelibat seorang wanita yang dikenalinya menyapa matanya. Kepala digeleng cuba menghilang rasa pening yang dirasainya.
You buat apa dekat sini? Macam mana you boleh masuk? Tak ada orang nampak youkan?” Soal Khaleed sambil cuba bangkit dari baringnya.
Wanita itu menolong Khaleed dengan membetulkan bantal dibelakang. “I risau bila dapat tahu apa yang terjadi. You tak apa-apakan?”
Khaleed tidak angguk atau menggeleng kepalanya. Matanya melilau mencari sesuatu dan dia tahu siapa. “Dia mana?” Khaleed bertanya bila tidak nampak kelibat Ahdia. Selalunya anak perempuannya itu akan berada disampingnya.
Bila mendengar gelak sinis keluar dari bibir wanita yang sedang duduk tenggek disebelahnya, ia menarik perhatiannya untuk memandang wanita itu. “Anak kesayangan you tu dah pergi. I dengar yang dia ikut aunty Nila balik. Tapi I tak pasti ke mana.” Disampaikan apa yang dia curi-curi dengar tadi.
Membulat mata Khaleed bila mendengar nama Nila. Buat apa Nila mengambil Ahdia? Macam mana Ahdia kenal dengan Nila? “Ni…Nila? Dia ikut Nila balik?”
Wanita itu mengiakannya. “Ahah. Tadi I dengar anak perempuan you, Faryal cakap tentang ujian DNA Ahdia.” Sambungnya.
“Ujian DNA?”
Kenapa Faryal buat ujian DNA Ahdia? Apa yang mereka sedang lakukan sekarang? Mungkinkah mereka tahu? Pantas Khaleed menyelak selimut yang menutup separuh tubuhnya secara mendadak. Dia menolak tubuh wanita itu sehingga berdiri.
Terperanjat wanita itu dibuatnya bila Khaleed mahu menuruni katil. Ditahan Khaleed dengan memaut tangan lelaki itu. “You nak pergi mana tu? You tak boleh banyak bergerak.” Tetapi Khaleed tidak menghiraukannya. Tangan wanita itu ditepisnya kasar.
“Lepaskan I. I nak keluar dari sini. I nak buat perhitungan dengan mereka semua. Dia tak boleh tinggalkan I. Tak boleh.” Ujar Khaleed keras.
Wanita itu mendengus kasar dengan sikap Khaleed itu. “Kenapa dengan you ni? Dia bukan anak kandung you pun. Biarkanlah dia pergi.”
“Tidak! Dia tak boleh pergi. Dia milik aku. Nila milik aku.” Tutur Khaleed perlahan tetapi keras.
Wanita itu menjuling matanya sebelum menghulur Khaleed beg yang berisi baju untuk lelaki itu. “I bawa baju untuk you tukar. Tak selamat kalau you keluar dengan baju sakit you tu.”
Tanpa mengucapkan terima kasih, Khaleed mengambil beg itu dan menuju ke bilik air. “Dah tua-tua pun nak angau. Gila betul keluarga ni.” Ucap wanita itu sebaik saja pintu ditutup rapat oleh Khaleed.





2 comments:

  1. kalau aunty irah..takkanlah khaleed x rase tu kembarnye mama ayal.. ish tapi aunty irah tu mencurigakan...hehe good job kak^^

    ReplyDelete