Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Friday, 23 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 77

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 77

ARGH!”
Berkecai pasu bunga atas meja bila Khaleed menghumbannya ke lantai. Matanya merah menyala menahan marah yang amat dengan apa yang telah berlaku. Mereka telah bawa Ahdia pergi. Mereka telah membawa pergi satu-satu kuncinya untuk mendapatkan Nila.
Setan!!” Ditendang kerusi kayu yang berdekatan. Mukanya diraup kasar.
Ahdia telah pergi meninggalkannya. Ahdia telah pergi meninggalkan dia seorang diri. Rintihnya dalam hati. Sebaik saja tiba dari hospital dan kembali ke suite hotel yang diduduki Ahdia dan dia, apa yang tidak mahu dia percaya akhirnya terpaksa ditelannya juga.
Barang-barangnya Ahdia semua sudah tiada. Tidak satu pun yang tertinggal. Apa yang tinggal hanya barang miliknya sahaja.
They sure move fast. Sekarang you nak buat apa?”
Khaleed mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor yang dicari ditekan lantas melekapnya ditelinga. Tangan naik mencekak pinggang.
Kau suruh orang kau cari Ahdia sekarang dan kau datang jumpa aku sekarang dekat tempat biasa. Sekarang!” Talian dimatikan tanpa memberi peluang siapa dihujung talian itu untuk membalas.
Dia menuju ke biliknya. Wanita itu membontotinya dibelakang. “Apa you nak buat?” Soal wanita itu bila melihat Khaleed mengeluarkan pistol dari sebuah kotak yang disimpan bawa katil. Khaleed memeriksa pistol itu sebelum meyimpannya didalam kocek jaket yang dipakainya.
Khaleed menuju ke meja solek. “Mereka ambil orang yang penting dari I dan I akan lakukan perkara yang sama.” Tegas suara Khaleed tidak bermain dengan apa yang baru saja keluar dari mulutnya.
Mereka sudah membuat satu kesilapan yang besar mengambil Ahdia darinya. Kalau cara ini yang mereka permainkan, dia akan maju setapak ke depan. Bila pastikan dia sudah dapat apa yang dia perlu, dia pusing kepada wanita itu.
Suruh yang lain bawa barang I ke tempat kita. Lagi satu you telefon Puan Angel. Buat temujanji untuk jumpa esok.” Arah Khaleed sebelum meluru pergi.
You nak pergi mana tu? Sayang. Sayang!” Tapi Khaleed tidak berpaling. Pintu dibuka dan dihempas kuat untuk membuat perhitungan dengan musuhnya.
**
Issac mematikan telefon dan menghampiri Faryal yang baru selesai berbicara dengan doktor Irfan. Faryal menoleh menghadap Issac bila suaminya tiba disebelah. Senyuman yang terukir dibibirnya mati bila melihat muka tegang suaminya itu. Sesuatu telah berlaku.
Tetapi sebelum dia dapat bertanya apa perkaranya, Issac terlebih dahulu berbicara. “Macam mana Nek Wan? Apa yang doktor Irfan cakap?” Soal Issac masih dengan muka yang tegang.
Faryal mengukir senyuman. “Alhamdulillah, Nek Wan dibenarkan dirawat dekat rumah. Doktor Irfan akan mengesyorkan jururawat peribadi untuk rawat Nek Wan nanti. Insyaallah besok atau lusa Nek Wan dah boleh balik.” Ujar Faryal gembira.
Jari-jemari Issac bertaut dengannya. Dia dapat merasa Issac mengusap lembut belakang tapak tangannya.
That’s good.
Macam mana dengan abang?” Pertanyaan itu membuat senyuman Issac pudar serta-merta. Muka yang ceria berubah suram.
They’ve board the flight.” Faryal melepaskan nafas lega bila Pablo sekeluarga telah selamat menaiki pesawat.
Semua berlaku begitu pantas sekali sehingga dia sendiri sukar percaya semua ini sedang berlaku. Ahdia telah kembali kepada keluarganya dan mereka semua telah membuat keputusan untuk pulang ke tanah air.
Nila mahu pulang segera sebelum Khaleed sedar bahawa Ahdia ada bersama mereka. Tetapi apa yang mereka termasuk Faryal tidak tahu adalah Issac telah meyediakan semuanya. Tiket penerbangan dan keperluan yang lain telah disediakan Issac sebelum mereka berjumpa dengan Ahdia lagi.
Tapi kita ada satu masalah.” Ayat itu menarik perhatian Faryal. Muka Issac diamatinya.
Khaleed.” Tebak Faryal.
Issac angguk mengiakan. “He left the hospital. Orang kita sedang mencari mereka.” Tangan Faryal naik menekup mulut terperanjat. Tapi satu perkataan menarik perhatiannya.
Mereka?” Faryal bertanya dengan dahi yang berkerut.
Issac menunduk seketika. “Ada orang yang tolong dia. I need to review the CCTV. Sayang boleh tunggu dekat sini atau sayang boleh balik rumah dulu. Gerald, Stacy dan beberapa orang abang akan ikut sayang.” Ujar Issac.
Semua sudah difikirkann Issac seperti yang dilakukan pada Nila sekeluarga. Faryal sedar suaminya itu melakukan semau itu demi keselamatan mereka. Dengan Khaleed berkeliaran diluar, keselamatannya amat penting.
Abang?” Muka Faryal kelihatan risau.
Issac menarik Faryal ke dalam dakapannya lantas mengucup ubun-ubun isterinya itu. “Don’t worry. I’ll be fine.” Ucapnya tidak mahu Faryal terlalu risau tentangnya. Dia dapat merasa Faryal melepaskan keluhan kecil didadanya. Dia mengeratkan lagi pelukannya.
Telefon bimbit berbunyi membuat pelukan merekat terlerai. Issac melihat nama yang tertera. “Sekejap.” Kata Issac kepada Faryal sebelum menyambung talian.
Issac.”
Faryal meninggalakan Issac untuk menuju ke pintu bilik Nek Wan. Baru sahaja Faryal mahu masuk ke dalam, suara cemas Issac yang meninggi menarik perhatiannya.
Apa? Bila?” Direnung muka Issac yang tegang sekali.
Macam mana?” Faryal kembali menapak ke arah Issac. Perasaan resah yang pudar tadi berselubung dihatinya sekali lagi. Tetapi Issac menjauhinya, tidak mahu dia mendengar perbualan itu.
Faryal berdiri tercegat ditempatnya. Mata memerhati Issac yang masih berbual ditelefon. Hatinya mula gundah. Dia dapat merasakan sesuatu perkara yang buruk telah berlaku. Besar kemungkinan ini semua ada kaitannya dengan Khaleed. Dia yakin dengan itu.
Beberapa minit kemudian, Issac menamatkan panggilan keduanya dan menuju ke arah Faryal. Muka suaminya itu kelat sekali. Issac mengisyarat kepada Stacy yang berdiri berhampiran dengan mereka. Dari ekor mata, Faryal dapat melihat Stacy menuju hampiri mereka.
Dipandang muka Issac yang tegang. “Meen ikut Stacy balik rumah atok.” Arah Issac tegas.
Kenapa abang? Apa yang terjadi?” Soal Faryal ingin tahu. Mesti panggilan yang diterima Issac tadi telah membuat suaminya keluarkan arahan itu.
Mata mereka bersatu. Issac sedang memikir kalau dia harus beritahu Faryal perkara yang sebenar atau tidak. Kalau dia beritahu yang sebenar, Faryal akan cemas. Kalau tidak, isterinya itu tidak akan senang duduk. Faryal akan mencari jawapan sehingga dapat. Tangan naik mengurut pelapisnya. Dia melepaskan keluhan. Faryal memerhati Issac tidak lepas.
Rumah kita kena ceroboh.”
Terlopong Faryal dibuatnya. Nafasnya bagaikan terhenti membayangkan apa yang telah terjadi kepada rumah mereka. “He did this right?” Soal Faryal.
Maybe. Sekarang abang nak Meen dengar cakap abang. Meen akan balik rumah atok. I’ve called him and he’ll be waiting.” Sekali lagi Issac mengeluarkan arahan. Mengguna kuasa vetonya sebagai suami.
Abang pula?”
Kerisauan memancar dimata Faryal. Issac mengusap lembut kerutan didahi Faryal sebelum menurun ke pipi. Dia mengukir senyum nipis. “Abang ada beberapa perkara nak kena buat. Once done I’ll get you.
Stacy.” Dengan satu panggilan Stacy maju ke depan untuk membawa Faryal pergi. Tapi Faryal mempunyai fikiran yang lain.
Faryal menggeleng tidak akur. “We’re in this together. Meen nak ikut abang.” Rintihnya. Dia tidak mahu Issac menghadapi ini sendirian. Kalau dia ke rumah Tuan Kamil Arsyad dan Issac pula berada diluar, dia tidak akan senang duduk.
Kedua bahu Faryal dicengkam Issac. “Meen can you please listen to me. It’s not safe.” Pinta Issac.
Dia tidak mahu apa-apa terjadi kepada Faryal. Meletak Faryal dibawa jagaan Tuan Kamil Arsyad adalah yang terbaik. Khaleed tidak akan berani masuk kawasan datuknya itu.
Semua ini berlaku juga kerana Meen yang memulakannya. Jadi Meen ada hak untuk tahu ini semua.” Balas Faryal tidak mahu mengalah.
Issac mendengus dengan kedegilan isterinya itu. Matanya menikam tajam mata Faryal. “I don’t want anything to happen to you. Kita tak tahu, mungkin Khaleed pasang perangkap dekat rumah kita. Abang tak mahu apa-apa terjadi pada Meen. So please listen to me and follow Stacy. Untuk abang.” Rayu Issac minta kerjasama Faryal.
Tapi…”
Gelengan Issac membuat kata-kata Faryal mati. “Abang akan lebih tenteram kalau Meen selamat dekat rumah atok. Please do it for me. For us.
Beberapa saat baru Faryal mengangguk kepalanya setuju walaupun berat untuk dia melakukannya. Faryal memeluk erat Issac. “Abang janji untuk jaga diri abang.” Bisik Faryal bila merasa pelukannya dibalas.
I promise angel. I promise.” Ubun-ubun Faryal dikucup lama. Entah mengapa dia tidak mahu melepaskan isterinya itu.
**
Pintu kereta dibuka dan kelibat seorang lelaki membolos diri ke dalam. Panggilan yang diterimanya dimatikan dengan serta-merta. “Faryal dibawa ke rumah Tuan Kamil Arsyad. Macam mana tuan?” Lelaki itu menyampaikan berita sebaik saja perbualan Khaleed ditelefon dimatikan.
Biarkan. Kawalan dekat sana lebih ketat dari dipenjara. Macam mana dengan budak tu?” Soal Khaleed menyimpan telefon bimbit ke dalam poket jaket yang dipakainya.
Issac dalam perjalanan ke rumah dia dengan beberapa pengawal peribadinya. Tuan nak kita serang dia ke?”
Khaleed menggeleng kepalanya. “Jalan.” Arah Khaleed kepada pemandunya.
Macam mana dengan apa yang aku suruh?” Soalnya sebaik saja kereta mula bergerak.
Orang kita sudah menunggu diluar rumah dia. Kita hanya tunggu arahan dari tuan.”
Suruh mereka pantau saja. Jangan lakukan apa-apa tanpa arahan aku.” Khaleed memberi peringatan. Lelaki itu angguk akur.
Khaleed melihat pemandangan yang dilintasinya pergi begitu pantas. “Orang tua tu?” Soalnya tentang Nek Wan.
Masih dekat hospital. Shayaan dan Faizan ada bersamanya. Kawalan disana juga sudah diketatkan seperti yang kita sangkakan.”
Gelakkan sinis melepasi bibirnya Khaleed. “Sekarang baru mereka tahu apa rasanya bila terkena percikkan api.”
Inilah baru permulaan pembalasannya terhadap mereka. Mereka telah salah langkah dengan mengambil satu-satunya aset terpenting darinya. Ahdia. Sekarang mereka harus bayar.
Issac sekarang dekat rumahnya.” Ucap lelaki itu sebaik saja habis menjawab panggilan yang diterimanya.
Mata Khaleed dan mata pemandunya bertembung dicermin kereta. “Jalan cepat. Kita ada temujanji yang harus kita hadiri.” Lelaki itu angguk akur dan memecut laju untuk sampai ke destinasi.
**
Issac turun dari kereta yang dipandunya. Matanya melilau melihat keadaan rumahnya yang tidak teratur. Pasu bunga dihalaman rumah berkecai. Tingkap depan pula telah dipecahkan. Dia menapak ke rumah. Mendapatkan Hakim yang sedang menantinya.
Apa yang terjadi?”
Bila aku tiba keadaan dah begini. Aku dah suruh beberapa orang untuk mencari mereka. Tapi gagal.”
CCTV?
Hacked. Sepertinya siapa yang bekerja bersama Khaleed adalah orang-orang yang handal. But I think you should see the master.
Bila Hakim berkata begitu, Issac tanpa lengah memanjat tangga untuk ke bilik tidurnya. Seperti ditingkat bawah, semua barang di tingkat atas juga berantakan. Tetapi apa yang dilihatnya dibilik tidur mereka memang sudah keterlaluan.
Hidungnya ditekup sebaik saja pintu dibuka luas. Matanya jatuh ditengah-tengah tempat beradu mereka. Dia menghampiri katil dan mata tidak lepas dari benda yang berlumuran darah itu.
Bangkai kucing.” Ujarnya kurang senang. Apa saja yang ingin disampaikan Khaleed sudah diterimanya. Baru saja dia mahu memeriksa sudut yang lain, dia menunduk mengutip sesuatu didepan kakinya. Kertas putih yang dilipat kecil.
Hakim yang sedari tadi berada dibelakangnya turut memandang surat itu. Issac membuka dan membacanya.
One for one.
Issac dan Hakim pandang sama sendiri. Surat yang ringkas tetapi mempunyai seribu makna. Tapi pada Issac kini hanya satu. Mereka telah mengambil Ahdia dari Khaleed, dan lelaki itu akan lakukan perkara yang sama kepada mereka. Tetapi apa? Faryal? Nek Wan atau sesiapa saja yang bermakna kepada mereka?
Inform everyone to be vigilant. Whatever game he is playing. It involves blood. Have you found out his accomplice?
Hakim geleng. “Same thing. Security cameras were hacked. Tapi orang kita sedang memeriksanya lagi untuk apa-apa yang ganjil.” Issac angguk dan menuju ke meja solek Faryal.
Dia teringat kotak yang diberinya pada Faryal. Kotak yang mengisi masa silamnya. Dia melepaskan nafas lega bila didapati kotak itu masih tersimpan elok ditempat sembunyinya. Dicapai kotak itu.
We’ve got company.” Kata-kata Hakim itu menarik perhatian Issac. Kotak itu dipegangnya dan menuju ke pintu balkoni. Hakim ke tepi untuk memberi Issac ruang melihat apa yang dilihatnya tadi.
Issac menyelak langsir yang sentiasa diikat Faryal setiap pagi. Dahinya berkerut melihat beberapa buah kereta berada didepan rumahnya. Beberapa orangnya sudah berkumpul dengan pistol ditangan. Dia dapat melihat kelibat Khaleed didalam salah satu kereta itu.
Dia menarik nafasnya sebelum melangkah meninggalkan bilik itu diikuti oleh Hakim. Telinga menangkap Hakim sedang memeriksa pistolnya. Dia melepasi dua orangnya yang sedang berdiri dipintu utama pintu. Issac menghulur kotak yang dipegangnya kepada salah satu orangnya. “Kalau apa-apa jadi. Pergi dan beri kotak ini kepada Faryal.” Pesan Issac sepertinya ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Setiap langkah yang dia ambil, hatinya berdegup kencang. Tidak berhenti dia berdoa supaya dia dilindungi. Bayangan Faryal bermain-main difikirannya. Dia harus berjuang untuk Faryal. Demi Faryal.
Dia berhenti melangkah bila berada beberapa langkah dari kereta itu. Issac kini berdiri dibarisan pertama dengan orang-orangnya. Matanya melihat pintu kereta Khaleed dibuka. Kelibat Khaleed memboloskan dirinya keluar dari dalam kereta. Setiap gerak-geri Khaleed diperhati Issac. Mata mereka bersatu sebaik saja Khaleed menghadapnya. Setiap langkah yang diambil Khlaeed mata mereka bagaikan terkunci antara satu sama lain. Issac melihat senyuman sinis bermain dibibir bapa mertuanya itu. Dia menjadi bengang mengingati bangkai kucing diatas katil. Tapi sekelip mata dia menolak bayangan itu ke tepi.
You look well papa. By the way, for a man who has nothing left, you’ve got yourself quite a follower.” Ditunjuk kepada orang-orang Khaleed. Lapan. Dia sudah mengiranya.
Khaleed dengan senyuman sinis memandang orang suruhannya. “Amazing right?” Soalnya angkuh. Issac hanya senyum herot.
Mana anak kesayangan papa si Faryal Shameena? Is she inside?” Leher dipanjangkan pura-pura mencari kelibat Faryal walhal dia sudah tahu keberadaan anak perempuannya itu. Khaleed senyum puas melihat keadaan rumah Issac yang tidak teratur. Tidak sia-sia dia membayar orang upahannya.
Kenapa dengan rumah tu? Macam kena ribut taufan saja.” Soal Khaleed pura-pura tidak tahu apa-apa.
We’re renovating.” Balas Issac dengan sahaja.
Kepala diangguk faham dan mulut Khaleed terbuka dengan jawapan anak muda didepannya itu. “Ah! I see. Nampak sangat kontraktor tak buat kerja yang bagus. Papa boleh recommend kawan papa. Best in the business.”
Best in the business indeed. Anyways, apa yang papa mahu datang ke sini? Nak tengok kerja ubah suai yang dibuat kawan papa tu ke?” Sindir Issac disambut gelak sinis dari Khaleed.
Aku tak perlu tengok sebab aku percaya dengan kerja mereka. Aku datang nak ambil barang yang mereka tertinggalkan. Dekat mana kau orang letak?” Khaleed menoleh kepada salah satu orangnya.
Atas katil bos.”
Khaleed menggoyang-goyang jari telunjuknya dengan jawapan orangnya itu. “Hah! Atas katil. Kau nampak tak?”
Issac bengang mendengar ketawa dan melihat bibir herot orang-orang Khaleed tentang bangkai kucing itu. Tangan digumpal sesaat sebelum kembali lurus sedia kala. Kesabarannya semakin menipis. Kalau boleh mahu saja dia menembak Khaleed saat itu juga. Tapi memikirkan bukan sahaja kesalamatan dia tetapi orang-orangnya juga, dia harus menelannya walaupun pahit.
Hilang senyuman herot Issac. Dia mengetap bibir dan mata hazelnya menbunuh Khaleed yang sedang bersenang hati. “Straight to the point Khaleed. Habiskan apa yang kau mahu lakukan.” Cabar Issac.
Khaleed menggeleng kepala. Dia maju setapak ke depan. “Impatient little one aren’t you. Aku teringin sangat mahu menghabiskan semuanya dalam sekelip mata, but where’s the fun in it?” Tangan didepa disisi dan bahu dijungkit. Sebelum dia berpaling sekali lagi menghadap Issac. Kali ini tiada senyuman seperti tadi.
Mengambil Ahdia daripada aku adalah kesalahan terbesar kau, dan kau akan terima akibatnya. One for one Izzat. One. For. One.” Khaleed mengingatkan Issac tentang kertas yang ditinggalkan bersama bangkai kucing itu. Pesanan yang ringkas tetapi penuh makna.
Piza ke?” Gurauan Issac disambut dengan ketawa kecil dari salah seorang upahan Khaleed. Dengan pandangan mata saja dari Khaleed, tawa itu mati dengan serta-merta.
Tapi piza yang mana satu?” Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagunya, memikir.
Nenek sihir yang terlantar dihospital? Hero-hero yang makan bapak mereka sendiri? Peguam yang licik? Pembantu peribadi yang tidak banyak membantu? Pembantu rumah yang tidak punya apa-apa? Atau…”
Khaleed mengambil selangkah lagi ke depan. Jarak Khaleed dan Issac kini hanya beberapa inci saja. “Anak perempuan yang kahwin lari?” Bisik Khaleed ditelinga menantunya itu sebelum membelakangi Issac.
Atau kau?”
Khaleed berpaling dengan mengacukan pistol ditengah-tengah kepalanya Issac. Secara automatis, orang-orang mereka berdua turut melakukan perkara yang sama. Masing-masing mengacu kepada pihak bertentangan. Keadaan semakin tegang. Issac yakin dengan itu.
Mata Issac ternampak sesuatu sedang menghampiri ke arah mereka. Dia mengerdipkan mata untuk melebih fokus dengan apa yang dilihatnya. Dia mendengus bila dapat meneka. Dia harus melakukan sesuatu. Pandangannya kembali kepada Khaleed yang tidak tahu apa yang sedang berlaku.
Issac maju selangkah sehingga mulut pistol itu betul-betul menyentuh dahinya. Perlahan-lahan dia menayang senyuman herot. “Tembaklah.” Cabar Issac dengan berani.
Dan anak kesayangan aku akan menjadi balu. Kau tak kasihan ke?”
Matanya bersatu sesaat dengan siapa yang sedang menghampiri. Sekali pandang dia tahu apa yang harus dilakukannya. Mengganggu tumpuan Khaleed. “Sekurang-kurangnya dia menjadi balu dengan kehidupan yang senang. Bukan macam kau. Semua hanya sementara. Lagipun kalau aku mati pun, ada orang lain yang akan menghabisi kau. Mungkin lebih teruk daripada kau.”
Khaleed gelak dengan ugutan Issac itu. “Maksud kau Tuan Kamil Arsyad?” Soalnya dengan kening yang terangkat.
Tidak hairan kalau Tuan Kamil Arsyad akan datang mencarinya kalau dia sendiri mengapa-apakan satu-satunya cucu lelaki itu. Dia tahu Tuan Kamil Arsyad mempunyai kenalan yang ramai. Kenalan yang boleh membantu menghabisinya. Tapi itu belakang kira. Sekarang dia mahu membalas kerana mereka telah mengambil semua hak miliknya, termasuk Ahdia.
Issac menggeleng kepala sambil melirik kelibat yang sedang menghampiri Khaleed sekilas. Semua orang upahan Khaleed sudah disenyapkan dengan acuan pistol disetiap kepala masing-masing. Issac senyum sinis melihat Khaleed yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku.
Faryal Shameena. Kau lupa darah kau mengalir di dalam dirinya. Jadi tidak hairan kalau dia menwarisi rasa dendam dan kejahatan kau.” Jawab Issac.
Bergema tawanya Khaleed dengan jawapan tidak masuk akal Issac itu. “Faryal Shameena? Anak yang cengeng tu? Kau memang buat lawak.”
Siapa yang kau panggil cengeng? Papa?”
Khaleed tiba-tiba kaku bila merasa sesuatu dibelakang kepalanya. Tawa Khaleed mati bila mendengar suara yang amat dikenalinya.

Faryal Shameena.

4 comments:

  1. wow faryaaaaaaaaaal........sambung kak!!!!!!! hahahaha best...x perasan pon hihi good job kak ^^

    ReplyDelete
  2. Yea dik, sambung cepat. Brdegup jantung bava..hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...suspenkn? Hahah...bsk Mai akan upload nxt bab!:B

      Delete