Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B
Bab 77
Bab 77
“ARGH!”
Berkecai
pasu bunga atas meja bila Khaleed menghumbannya ke lantai. Matanya
merah menyala menahan marah yang amat dengan apa yang telah berlaku.
Mereka telah bawa Ahdia pergi. Mereka telah membawa pergi satu-satu
kuncinya untuk mendapatkan Nila.
“Setan!!”
Ditendang kerusi kayu yang berdekatan. Mukanya diraup kasar.
Ahdia
telah pergi meninggalkannya. Ahdia telah pergi meninggalkan dia
seorang diri. Rintihnya dalam hati. Sebaik saja tiba dari hospital
dan kembali ke suite
hotel
yang diduduki Ahdia dan dia, apa yang tidak mahu dia percaya akhirnya
terpaksa ditelannya juga.
“They
sure move fast. Sekarang
you nak buat apa?”
Khaleed
mengeluarkan telefon bimbitnya. Nombor yang dicari ditekan lantas
melekapnya ditelinga. Tangan naik mencekak pinggang.
“Kau
suruh orang kau cari Ahdia sekarang dan kau datang jumpa aku sekarang
dekat tempat biasa. Sekarang!” Talian dimatikan tanpa memberi
peluang siapa dihujung talian itu untuk membalas.
Dia
menuju ke biliknya. Wanita itu membontotinya dibelakang. “Apa you
nak buat?” Soal wanita itu bila melihat Khaleed mengeluarkan pistol
dari sebuah kotak yang disimpan bawa katil. Khaleed memeriksa pistol
itu sebelum meyimpannya didalam kocek jaket yang dipakainya.
Khaleed
menuju ke meja solek. “Mereka ambil orang yang penting dari I dan I
akan lakukan perkara yang sama.” Tegas suara Khaleed tidak bermain
dengan apa yang baru saja keluar dari mulutnya.
Mereka
sudah membuat satu kesilapan yang besar mengambil Ahdia darinya.
Kalau cara ini yang mereka permainkan, dia akan maju setapak ke
depan. Bila pastikan dia sudah dapat apa yang dia perlu, dia pusing
kepada wanita itu.
“Suruh
yang lain bawa barang I ke tempat kita. Lagi satu you telefon Puan
Angel. Buat temujanji untuk jumpa esok.” Arah Khaleed sebelum
meluru pergi.
“You
nak pergi mana tu? Sayang. Sayang!” Tapi Khaleed tidak berpaling.
Pintu dibuka dan dihempas kuat untuk membuat perhitungan dengan
musuhnya.
**
Issac
mematikan telefon dan menghampiri Faryal yang baru selesai berbicara
dengan doktor Irfan. Faryal menoleh menghadap Issac bila suaminya
tiba disebelah. Senyuman yang terukir dibibirnya mati bila melihat
muka tegang suaminya itu. Sesuatu telah berlaku.
Tetapi
sebelum dia dapat bertanya apa perkaranya, Issac terlebih dahulu
berbicara. “Macam mana Nek Wan? Apa yang doktor Irfan cakap?”
Soal Issac masih dengan muka yang tegang.
Faryal
mengukir senyuman. “Alhamdulillah, Nek Wan dibenarkan dirawat dekat
rumah. Doktor Irfan akan mengesyorkan jururawat peribadi untuk rawat
Nek Wan nanti. Insyaallah besok atau lusa Nek Wan dah boleh balik.”
Ujar Faryal gembira.
Jari-jemari
Issac bertaut dengannya. Dia dapat merasa Issac mengusap lembut
belakang tapak tangannya.
“That’s
good.”
“Macam
mana dengan abang?” Pertanyaan itu membuat senyuman Issac pudar
serta-merta. Muka yang ceria berubah suram.
“They’ve
board the flight.”
Faryal melepaskan nafas lega bila Pablo sekeluarga telah selamat
menaiki pesawat.
Semua
berlaku begitu pantas sekali sehingga dia sendiri sukar percaya semua
ini sedang berlaku. Ahdia telah kembali kepada keluarganya dan mereka
semua telah membuat keputusan untuk pulang ke tanah air.
Nila
mahu pulang segera sebelum Khaleed sedar bahawa Ahdia ada bersama
mereka. Tetapi apa yang mereka termasuk Faryal tidak tahu adalah
Issac telah meyediakan semuanya. Tiket penerbangan dan keperluan yang
lain telah disediakan Issac sebelum mereka berjumpa dengan Ahdia
lagi.
“Tapi
kita ada satu masalah.” Ayat itu menarik perhatian Faryal. Muka
Issac diamatinya.
“Khaleed.”
Tebak Faryal.
Issac
angguk mengiakan. “He
left the hospital.
Orang kita sedang mencari mereka.” Tangan Faryal naik menekup mulut
terperanjat. Tapi satu perkataan menarik perhatiannya.
“Mereka?”
Faryal bertanya dengan dahi yang berkerut.
Issac
menunduk seketika. “Ada orang yang tolong dia. I
need to review the CCTV.
Sayang boleh tunggu dekat sini atau sayang boleh balik rumah dulu.
Gerald, Stacy dan beberapa orang abang akan ikut sayang.” Ujar
Issac.
Semua
sudah difikirkann Issac seperti yang dilakukan pada Nila sekeluarga.
Faryal sedar suaminya itu melakukan semau itu demi keselamatan
mereka. Dengan Khaleed berkeliaran diluar, keselamatannya amat
penting.
“Abang?”
Muka Faryal kelihatan risau.
Issac
menarik Faryal ke dalam dakapannya lantas mengucup ubun-ubun
isterinya itu. “Don’t
worry. I’ll be fine.”
Ucapnya tidak mahu Faryal terlalu risau tentangnya. Dia dapat merasa
Faryal melepaskan keluhan kecil didadanya. Dia mengeratkan lagi
pelukannya.
Telefon
bimbit berbunyi membuat pelukan merekat terlerai. Issac melihat nama
yang tertera. “Sekejap.” Kata Issac kepada Faryal sebelum
menyambung talian.
“Issac.”
Faryal
meninggalakan Issac untuk menuju ke pintu bilik Nek Wan. Baru sahaja
Faryal mahu masuk ke dalam, suara cemas Issac yang meninggi menarik
perhatiannya.
“Apa?
Bila?” Direnung muka Issac yang tegang sekali.
“Macam
mana?” Faryal kembali menapak ke arah Issac. Perasaan resah yang
pudar tadi berselubung dihatinya sekali lagi. Tetapi Issac
menjauhinya, tidak mahu dia mendengar perbualan itu.
Faryal
berdiri tercegat ditempatnya. Mata memerhati Issac yang masih berbual
ditelefon. Hatinya mula gundah. Dia dapat merasakan sesuatu perkara
yang buruk telah berlaku. Besar kemungkinan ini semua ada kaitannya
dengan Khaleed. Dia yakin dengan itu.
Beberapa
minit kemudian, Issac menamatkan panggilan keduanya dan menuju ke
arah Faryal. Muka suaminya itu kelat sekali. Issac mengisyarat kepada
Stacy yang berdiri berhampiran dengan mereka. Dari ekor mata, Faryal
dapat melihat Stacy menuju hampiri mereka.
Dipandang
muka Issac yang tegang. “Meen ikut Stacy balik rumah atok.” Arah
Issac tegas.
“Kenapa
abang? Apa yang terjadi?” Soal Faryal ingin tahu. Mesti panggilan
yang diterima Issac tadi telah membuat suaminya keluarkan arahan itu.
Mata
mereka bersatu. Issac sedang memikir kalau dia harus beritahu Faryal
perkara yang sebenar atau tidak. Kalau dia beritahu yang sebenar,
Faryal akan cemas. Kalau tidak, isterinya itu tidak akan senang
duduk. Faryal akan mencari jawapan sehingga dapat. Tangan naik
mengurut pelapisnya. Dia melepaskan keluhan. Faryal memerhati Issac
tidak lepas.
“Rumah
kita kena ceroboh.”
Terlopong
Faryal dibuatnya. Nafasnya bagaikan terhenti membayangkan apa yang
telah terjadi kepada rumah mereka. “He
did this right?”
Soal Faryal.
“Maybe.
Sekarang abang nak Meen dengar cakap abang. Meen akan balik rumah
atok. I’ve
called him and he’ll be waiting.”
Sekali lagi Issac mengeluarkan arahan. Mengguna kuasa vetonya sebagai
suami.
“Abang
pula?”
Kerisauan
memancar dimata Faryal. Issac mengusap lembut kerutan didahi Faryal
sebelum menurun ke pipi. Dia mengukir senyum nipis. “Abang ada
beberapa perkara nak kena buat. Once
done I’ll get you.”
“Stacy.”
Dengan satu panggilan Stacy maju ke depan untuk membawa Faryal pergi.
Tapi Faryal mempunyai fikiran yang lain.
Faryal
menggeleng tidak akur. “We’re
in this together. Meen
nak ikut abang.” Rintihnya. Dia tidak mahu Issac menghadapi ini
sendirian. Kalau dia ke rumah Tuan Kamil Arsyad dan Issac pula berada
diluar, dia tidak akan senang duduk.
Kedua
bahu Faryal dicengkam Issac. “Meen
can you please listen to me. It’s not safe.”
Pinta Issac.
Dia
tidak mahu apa-apa terjadi kepada Faryal. Meletak Faryal dibawa
jagaan Tuan Kamil Arsyad adalah yang terbaik. Khaleed tidak akan
berani masuk kawasan datuknya itu.
“Semua
ini berlaku juga kerana Meen yang memulakannya. Jadi Meen ada hak
untuk tahu ini semua.” Balas Faryal tidak mahu mengalah.
Issac
mendengus dengan kedegilan isterinya itu. Matanya menikam tajam mata
Faryal. “I
don’t want anything to happen to you. Kita
tak tahu, mungkin Khaleed pasang perangkap dekat rumah kita. Abang
tak mahu apa-apa terjadi pada Meen. So
please listen to me and follow Stacy. Untuk
abang.” Rayu Issac minta kerjasama Faryal.
“Tapi…”
Gelengan
Issac membuat kata-kata Faryal mati. “Abang akan lebih tenteram
kalau Meen selamat dekat rumah atok. Please
do it for me. For us.”
Beberapa
saat baru Faryal mengangguk kepalanya setuju walaupun berat untuk dia
melakukannya. Faryal memeluk erat Issac. “Abang janji untuk jaga
diri abang.” Bisik Faryal bila merasa pelukannya dibalas.
“I
promise angel. I promise.”
Ubun-ubun Faryal dikucup lama. Entah mengapa dia tidak mahu
melepaskan isterinya itu.
**
Pintu
kereta dibuka dan kelibat seorang lelaki membolos diri ke dalam.
Panggilan yang diterimanya dimatikan dengan serta-merta. “Faryal
dibawa ke rumah Tuan Kamil Arsyad. Macam mana tuan?” Lelaki itu
menyampaikan berita sebaik saja perbualan Khaleed ditelefon
dimatikan.
“Biarkan.
Kawalan dekat sana lebih ketat dari dipenjara. Macam mana dengan
budak tu?” Soal Khaleed menyimpan telefon bimbit ke dalam poket
jaket yang dipakainya.
“Issac
dalam perjalanan ke rumah dia dengan beberapa pengawal peribadinya.
Tuan nak kita serang dia ke?”
Khaleed
menggeleng kepalanya. “Jalan.” Arah Khaleed kepada pemandunya.
“Macam
mana dengan apa yang aku suruh?” Soalnya sebaik saja kereta mula
bergerak.
“Orang
kita sudah menunggu diluar rumah dia. Kita hanya tunggu arahan dari
tuan.”
“Suruh
mereka pantau saja. Jangan lakukan apa-apa tanpa arahan aku.”
Khaleed memberi peringatan. Lelaki itu angguk akur.
Khaleed
melihat pemandangan yang dilintasinya pergi begitu pantas. “Orang
tua tu?” Soalnya tentang Nek Wan.
“Masih
dekat hospital. Shayaan dan Faizan ada bersamanya. Kawalan disana
juga sudah diketatkan seperti yang kita sangkakan.”
Gelakkan
sinis melepasi bibirnya Khaleed. “Sekarang baru mereka tahu apa
rasanya bila terkena percikkan api.”
Inilah
baru permulaan pembalasannya terhadap mereka. Mereka telah salah
langkah dengan mengambil satu-satunya aset terpenting darinya. Ahdia.
Sekarang mereka harus bayar.
“Issac
sekarang dekat rumahnya.” Ucap lelaki itu sebaik saja habis
menjawab panggilan yang diterimanya.
Mata
Khaleed dan mata pemandunya bertembung dicermin kereta. “Jalan
cepat. Kita ada temujanji yang harus kita hadiri.” Lelaki itu
angguk akur dan memecut laju untuk sampai ke destinasi.
**
Issac
turun dari kereta yang dipandunya. Matanya melilau melihat keadaan
rumahnya yang tidak teratur. Pasu bunga dihalaman rumah berkecai.
Tingkap depan pula telah dipecahkan. Dia menapak ke rumah.
Mendapatkan Hakim yang sedang menantinya.
“Apa
yang terjadi?”
“Bila
aku tiba keadaan dah begini. Aku dah suruh beberapa orang untuk
mencari mereka. Tapi gagal.”
“CCTV?”
“Hacked.
Sepertinya siapa yang bekerja bersama Khaleed adalah orang-orang yang
handal. But
I think you should see the master.”
Bila
Hakim berkata begitu, Issac tanpa lengah memanjat tangga untuk ke
bilik tidurnya. Seperti ditingkat bawah, semua barang di tingkat atas
juga berantakan. Tetapi apa yang dilihatnya dibilik tidur mereka
memang sudah keterlaluan.
Hidungnya
ditekup sebaik saja pintu dibuka luas. Matanya jatuh ditengah-tengah
tempat beradu mereka. Dia menghampiri katil dan mata tidak lepas dari
benda yang berlumuran darah itu.
“Bangkai
kucing.” Ujarnya kurang senang. Apa saja yang ingin disampaikan
Khaleed sudah diterimanya. Baru saja dia mahu memeriksa sudut yang
lain, dia menunduk mengutip sesuatu didepan kakinya. Kertas putih
yang dilipat kecil.
Hakim
yang sedari tadi berada dibelakangnya turut memandang surat itu.
Issac membuka dan membacanya.
One
for one.
Issac
dan Hakim pandang sama sendiri. Surat yang ringkas tetapi mempunyai
seribu makna. Tapi pada Issac kini hanya satu. Mereka telah mengambil
Ahdia dari Khaleed, dan lelaki itu akan lakukan perkara yang sama
kepada mereka. Tetapi apa? Faryal? Nek Wan atau sesiapa saja yang
bermakna kepada mereka?
“Inform
everyone to be vigilant. Whatever game he is playing. It involves
blood. Have you found out his accomplice?”
Hakim
geleng. “Same
thing. Security cameras were hacked.
Tapi orang kita sedang memeriksanya lagi untuk apa-apa yang ganjil.”
Issac angguk dan menuju ke meja solek Faryal.
Dia
teringat kotak yang diberinya pada Faryal. Kotak yang mengisi masa
silamnya. Dia melepaskan nafas lega bila didapati kotak itu masih
tersimpan elok ditempat sembunyinya. Dicapai kotak itu.
“We’ve
got company.”
Kata-kata Hakim itu menarik perhatian Issac. Kotak itu dipegangnya
dan menuju ke pintu balkoni. Hakim ke tepi untuk memberi Issac ruang
melihat apa yang dilihatnya tadi.
Issac
menyelak langsir yang sentiasa diikat Faryal setiap pagi. Dahinya
berkerut melihat beberapa buah kereta berada didepan rumahnya.
Beberapa orangnya sudah berkumpul dengan pistol ditangan. Dia dapat
melihat kelibat Khaleed didalam salah satu kereta itu.
Dia
menarik nafasnya sebelum melangkah meninggalkan bilik itu diikuti
oleh Hakim. Telinga menangkap Hakim sedang memeriksa pistolnya. Dia
melepasi dua orangnya yang sedang berdiri dipintu utama pintu. Issac
menghulur kotak yang dipegangnya kepada salah satu orangnya. “Kalau
apa-apa jadi. Pergi dan beri kotak ini kepada Faryal.” Pesan Issac
sepertinya ada sesuatu yang tidak diingini akan berlaku.
Setiap
langkah yang dia ambil, hatinya berdegup kencang. Tidak berhenti dia
berdoa supaya dia dilindungi. Bayangan Faryal bermain-main
difikirannya. Dia harus berjuang untuk Faryal. Demi Faryal.
Dia
berhenti melangkah bila berada beberapa langkah dari kereta itu.
Issac kini berdiri dibarisan pertama dengan orang-orangnya. Matanya
melihat pintu kereta Khaleed dibuka. Kelibat Khaleed memboloskan
dirinya keluar dari dalam kereta. Setiap gerak-geri Khaleed diperhati
Issac. Mata mereka bersatu sebaik saja Khaleed menghadapnya. Setiap
langkah yang diambil Khlaeed mata mereka bagaikan terkunci antara
satu sama lain. Issac melihat senyuman sinis bermain dibibir bapa
mertuanya itu. Dia menjadi bengang mengingati bangkai kucing diatas
katil. Tapi sekelip mata dia menolak bayangan itu ke tepi.
“You
look well papa. By the way, for a man who has nothing left, you’ve
got yourself quite a follower.”
Ditunjuk kepada orang-orang Khaleed. Lapan. Dia sudah mengiranya.
Khaleed
dengan senyuman sinis memandang orang suruhannya. “Amazing
right?”
Soalnya angkuh. Issac hanya senyum herot.
“Mana
anak kesayangan papa si Faryal Shameena? Is
she inside?”
Leher dipanjangkan pura-pura mencari kelibat Faryal walhal dia sudah
tahu keberadaan anak perempuannya itu. Khaleed senyum puas melihat
keadaan rumah Issac yang tidak teratur. Tidak sia-sia dia membayar
orang upahannya.
“Kenapa
dengan rumah tu? Macam kena ribut taufan saja.” Soal Khaleed
pura-pura tidak tahu apa-apa.
“We’re
renovating.”
Balas Issac dengan sahaja.
Kepala
diangguk faham dan mulut Khaleed terbuka dengan jawapan anak muda
didepannya itu. “Ah!
I see.
Nampak sangat kontraktor tak buat kerja yang bagus. Papa boleh
recommend
kawan papa. Best in the business.”
“Best
in the business indeed. Anyways,
apa yang papa mahu datang ke sini? Nak tengok kerja ubah suai yang
dibuat kawan papa tu ke?” Sindir Issac disambut gelak sinis dari
Khaleed.
“Aku
tak perlu tengok sebab aku percaya dengan kerja mereka. Aku datang
nak ambil barang yang mereka tertinggalkan. Dekat mana kau orang
letak?” Khaleed menoleh kepada salah satu orangnya.
“Atas
katil bos.”
Khaleed
menggoyang-goyang jari telunjuknya dengan jawapan orangnya itu. “Hah!
Atas katil. Kau nampak tak?”
Issac
bengang mendengar ketawa dan melihat bibir herot orang-orang Khaleed
tentang bangkai kucing itu. Tangan digumpal sesaat sebelum kembali
lurus sedia kala. Kesabarannya semakin menipis. Kalau boleh mahu saja
dia menembak Khaleed saat itu juga. Tapi memikirkan bukan sahaja
kesalamatan dia tetapi orang-orangnya juga, dia harus menelannya
walaupun pahit.
Hilang
senyuman herot Issac. Dia mengetap bibir dan mata hazelnya menbunuh
Khaleed yang sedang bersenang hati. “Straight
to the point Khaleed.
Habiskan apa yang kau mahu lakukan.” Cabar Issac.
Khaleed
menggeleng kepala. Dia maju setapak ke depan. “Impatient
little one aren’t you.
Aku teringin sangat mahu menghabiskan semuanya dalam sekelip mata,
but
where’s the fun in it?”
Tangan didepa disisi dan bahu dijungkit. Sebelum dia berpaling sekali
lagi menghadap Issac. Kali ini tiada senyuman seperti tadi.
“Mengambil
Ahdia daripada aku adalah kesalahan terbesar kau, dan kau akan terima
akibatnya. One
for one Izzat. One. For. One.”
Khaleed mengingatkan Issac tentang kertas yang ditinggalkan bersama
bangkai kucing itu. Pesanan yang ringkas tetapi penuh makna.
“Piza
ke?” Gurauan Issac disambut dengan ketawa kecil dari salah seorang
upahan Khaleed. Dengan pandangan mata saja dari Khaleed, tawa itu
mati dengan serta-merta.
“Tapi
piza yang mana satu?” Jari telunjuknya mengetuk-ngetuk dagunya,
memikir.
“Nenek
sihir yang terlantar dihospital? Hero-hero yang makan bapak mereka
sendiri? Peguam yang licik? Pembantu peribadi yang tidak banyak
membantu? Pembantu rumah yang tidak punya apa-apa? Atau…”
Khaleed
mengambil selangkah lagi ke depan. Jarak Khaleed dan Issac kini hanya
beberapa inci saja. “Anak perempuan yang kahwin lari?” Bisik
Khaleed ditelinga menantunya itu sebelum membelakangi Issac.
“Atau
kau?”
Khaleed
berpaling dengan mengacukan pistol ditengah-tengah kepalanya Issac.
Secara automatis, orang-orang mereka berdua turut melakukan perkara
yang sama. Masing-masing mengacu kepada pihak bertentangan. Keadaan
semakin tegang. Issac yakin dengan itu.
Mata
Issac ternampak sesuatu sedang menghampiri ke arah mereka. Dia
mengerdipkan mata untuk melebih fokus dengan apa yang dilihatnya. Dia
mendengus bila dapat meneka. Dia harus melakukan sesuatu.
Pandangannya kembali kepada Khaleed yang tidak tahu apa yang sedang
berlaku.
Issac
maju selangkah sehingga mulut pistol itu betul-betul menyentuh
dahinya. Perlahan-lahan dia menayang senyuman herot. “Tembaklah.”
Cabar Issac dengan berani.
“Dan
anak kesayangan aku akan menjadi balu. Kau tak kasihan ke?”
Matanya
bersatu sesaat dengan siapa yang sedang menghampiri. Sekali pandang
dia tahu apa yang harus dilakukannya. Mengganggu tumpuan Khaleed.
“Sekurang-kurangnya dia menjadi balu dengan kehidupan yang senang.
Bukan macam kau. Semua hanya sementara. Lagipun kalau aku mati pun,
ada orang lain yang akan menghabisi kau. Mungkin lebih teruk daripada
kau.”
Khaleed
gelak dengan ugutan Issac itu. “Maksud kau Tuan Kamil Arsyad?”
Soalnya dengan kening yang terangkat.
Tidak
hairan kalau Tuan Kamil Arsyad akan datang mencarinya kalau dia
sendiri mengapa-apakan satu-satunya cucu lelaki itu. Dia tahu Tuan
Kamil Arsyad mempunyai kenalan yang ramai. Kenalan yang boleh
membantu menghabisinya. Tapi itu belakang kira. Sekarang dia mahu
membalas kerana mereka telah mengambil semua hak miliknya, termasuk
Ahdia.
Issac
menggeleng kepala sambil melirik kelibat yang sedang menghampiri
Khaleed sekilas. Semua orang upahan Khaleed sudah disenyapkan dengan
acuan pistol disetiap kepala masing-masing. Issac senyum sinis
melihat Khaleed yang tidak menyedari apa yang sedang berlaku.
“Faryal
Shameena. Kau lupa darah kau mengalir di dalam dirinya. Jadi tidak
hairan kalau dia menwarisi rasa dendam dan kejahatan kau.” Jawab
Issac.
Bergema
tawanya Khaleed dengan jawapan tidak masuk akal Issac itu. “Faryal
Shameena? Anak yang cengeng tu? Kau memang buat lawak.”
“Siapa
yang kau panggil cengeng? Papa?”
Khaleed
tiba-tiba kaku bila merasa sesuatu dibelakang kepalanya. Tawa Khaleed
mati bila mendengar suara yang amat dikenalinya.
Faryal
Shameena.
wow faryaaaaaaaaaal........sambung kak!!!!!!! hahahaha best...x perasan pon hihi good job kak ^^
ReplyDeleteHahaha! Nxt bab bsk! :B
DeleteYea dik, sambung cepat. Brdegup jantung bava..hehehee
ReplyDeleteHehehe...suspenkn? Hahah...bsk Mai akan upload nxt bab!:B
Delete