Salam semua, Blog ini adalah kesinambungan cerita Kerana Mama Aku Berjanji dari Bab 36 dan In Shaa Allah sehingga akhir. Ini adalah manuskrip yang dihantar dan ditolak, jadi Mai tak edit langsung. Kalau siapa-siapa yang pening tahulah kenapa, sebab Mai sendiri pening bila tulis KMAJ ini...haha

In Shaa Allah Mai akan menulis semula novel ini. So enjoy reading. Get ready mingyak kapak ke panadol ke...Confirm pening punya...hehe:B

Monday, 26 January 2015

Kerana Mama Aku Berjanji 78

Note: Apa yang Mai muat naikkan tidak diedit kembali. Jadi kalau ada salah dan silap faham-faham sajalah. Mulai dari bab ini mungkin ada segelintir akan pening dengan apa yang sedang dibaca. Mai pun tak puas dengan last few chapters sebab itu Mai sedang menulis kembali KMAJ. So Selamat membaca:B 

Bab 78

Perlahan. Khaleed dapat merasa benda dibelakang kepalanya itu bergerak menuju ke tepi kepala. Sehingga dari ekor mata, dia melihat kelibat Faryal yang berpakaian serba hitam.
Take the gun.” Arah Faryal kepada Issac.
Issac mengikut rentak permainan Faryal. Tetapi Khaleed tidak mahu melepaskannya. Faryal menekan picu pistol dan telinga Khaleed menangkapnya. “Kalau kau tak mahu aku pecahkan kepala kau. Give him the gun.” Sekali lagi Faryal mengarah, kali ini lebih keras. Bucu pistol ditekan lebih kuat dikepala Khaleed.

Kali ini Khaleed terpaksa melepaskannya. Dengan sekilas pandang Faryal melihat Issac memberi pistol itu kepada Hakim. Kini dia kembali fokus kepada Khaleed. 

“Macam mana rasanya bila nyawa kau dalam tangan orang lain? Terutama sekali budak yang kau panggil cengeng ni?” Soal Faryal sinis.
Sebelum Khaleed berpaling menghadapnya. Badan Khaleed terhinggut-hinggut. Faryal melihat lelaki itu mengetawakannya. Hatinya menjadi sebal. Kini mulut pistolnya beralih didahi Khaleed pula. Sepasang mata yang sedang mengejeknya dipandang Faryal.
“Penyelamat si suami tercinta. Nampaknya Faryal Shameena sudah menjadi kupu-kupu yang berbisa. I guess what he said is right. Kau mewarisi sebahagian daripada perwatakkan aku.” Suara Khaleed dengan berani. Sepertinya perasaan gementar yang dirasainya sebentar tadi hanya sesaat saja.
Faryal ketawa sinis. “Waris? Kelakarkan? Dari dulu lagi Khaleed Jamaluddin tidak pernah anggap Faryal Shameena sebagai anaknya. Apatahlagi darah dagingnya sendiri. Jilat ludah sendiri nampak?”
“Nek Wan kau banyak mengajar nampaknya.” Ujar Khaleed. 

Melihat Faryal yang kini berada didepannya, dia harus akur, orang tua itu mengajar Faryal bukan sahaja dari segi bisnis tetapi pengajaran lain juga. Pengajaran yang sepertinya berguna untuk satu-satunya cucu perempuannya.
Bahu Faryal dijungkit. Memang dia banyak belajar dari Nek Wan dan itu semua hanya antara dia dan Nek Wan. Kelas istimewa pada hari minggu amat berguna untuknya kini. Nek Wan menghantarnya ke kelas pertahanan dan juga mengajarnya macam mana untuk menggunakan pistol. Setahunya rahsia ini antara dia, Nek Wan dan Hisham.
I learn from the very best. Sebelum tu aku ada sesuatu untuk kau.” Tanpa melarikan matanya dari Khaleed, Faryal menyeluk poket jaketnya.
Issac melihat Faryal mengeluarkan lipatan kertas putih dan ditayangnya pada Khaleed. “Surat terakhir Ahdia untuk kau.”
Kau ingat aku bodoh nak jatuh dalam perangkap kau lagi?”
Jangan cakap aku tak bilang. Stacy.” Dengan satu panggil, Stacy yang berada berhampiran menghampiri Faryal. Surat itu diambilnya dan di depan mata Khaleed kertas itu dibakarnya.
Semua yang melihat adegan itu tidak percaya dengan apa yang dilihat sepasang mata mereka. Tapi pada Khaleed apa yang berlaku depan mata mengingatkannya pada kejadian , dimana dia dan Ahdia dihalau keluar dari Villa Nur oleh Faryal. Dia mengepal kedua belah tangannya.
Untuk pengetahuan kau, tak sukar untuk pujuk Ahdia tinggalkan kau. Tunjukkan dia keputusan DNA, yang untuk pengetahuan kau adalah tulen. Lepas itu ceritakan kepada dia apa yang telah kau lakukan kepada Kat, tentang kau sembunyikan dia dari keluarga kandung dia dan yang paling penting sekali…” 

Faryal membiarkan ayatnya tergantung. Saja ingin membuat suspens.
Mengingatkan dia bahawa lelaki yang dia panggil papa selama ini sudah tidak ada apa-apa. Nada. Inilah akibatnya kalau menunjukkan kasih sayang dengan harta benda. Bila tak ada wang ringgit, terus ditinggalkan dalam sekelip mata.”
Semakin membara api kemarahan Khaleed dengan penjelasan Faryal itu. Dia yakin Ahdia telah termakan dengan janji palsu mereka. Dia harus mencari jalan untuk meyakinkan Ahdia untuk kembali ke pangkuannya. Dia harus, kerana Ahdia sajalah yang menjadi tulang belakangnya selama ini dan hanya Ahdia boleh mendapatkannya Nila. Wanita kegilaannya.
Direnung tajam Faryal yang masih mengacu pistol dikepalanya. Sempat Khaleed melirik ke belakang. Dari tadi dia menanti orang-orang suruhannya menolongnya tetapi tidak ada satu pun yang maju, dan kini dia tahu mengapa. Mereka semua kini tercegat seperti batu dengan pistol dan kata-kata ugut ditelinga masing-masing. Dia sudah memperkecilkan Faryal. Tapi begitu juga Faryal terhadapnya.
Kau tak tahu apa yang telah kau lakukan.”
Terukir senyuman mengejek dibibir Faryal. “Aku tahu. Aku kembalikan apa yang sepatutnya menjadi hak milik mereka dan kau pula kehilangan satu-satunya orang yang kau sayang. Sepertimana kau lakukan kepada aku. Aku lakukan kepada kau.”
Faryal maju setapak sehingga muka dia dan Khaleed hanya berapa inci saja. Issac yang sudah menggenggam pistolnya bersiap sedia kalau-kalau Khaleed mahu bertindak.
This is my one for one.” Bisik Faryal dengan penuh dendam.
Issac mengerut dahi dengan apa yang baru dikatakan Faryal. One for one. Sama seperti apa yang dijumpanya dibilik mereka. Macam mana Faryal tahu mengenai itu? Hakim? Dilirik Hakim yang setia disebelah.
Beginilah. Aku boleh habiskan kau sekarang juga. Tetapi seperti kau, aku tak mahu kotorkan tangan aku dengan darah kau. Jadi, aku beri kau pilihan. Pertama, serahkan diri dan mengaku semua kesalahan kau. Tapi aku yakin kau tak akan memilihnya. Maklumlah, Khaleed Jamaluddinkan? Selagi tak dapat apa yang diinginkannya jangan harap dia akan menyerah." Perli Faryal disambut gelak sinis orang-orangnya.

"Kedua. Atau kau bawa orang-orang kesayangan kau ni pergi dari sini. Tetapi sebelum itu.”
Salah satu daripada orang Faryal yang tidak dikenali Issac meletak telefon bimbit kepunyaan orang Khaleed ditapak tangannya Faryal.
Faryal menyua telefon bimbit itu kepada Khaleed. Tiada senyuman seperti tadi. Muka isterinya tegang seribu. “Telefon orang upahan kau semua untuk berundur dari pemantauan mereka. Kalau tidak orang aku akan menghabiskan mereka semua. Satu persatu.” Ugut Faryal. Tidak bermain-main kali ini.
Khaleed tergamam tapi tidak ditunjuknya. Macam mana dia tahu aku arah orang untuk memantau beberapa orang? Gumam Khaleed dalam hati.
Sekarang!” Arah Faryal tegas bila Khaleed tidak ada tanda-tanda mahu mengikut arahannya.
Terperangkap, Khaleed mengambil telefon bimbit itu. Ditekan nombor dan dilekapkan ditelinga.
Speaker.” Khaleed mengikut apa yang dimahunya Faryal. Kini mereka semua menanti talian bersambung.
“Berundur sekarang. Beritahu yang lain.” Kata Khaleed sebaik saja panggilan berjawab.
“Tapi bos...”
“Berundur sekarang!” Herdik Khaleed dan talian dimatikan tidak memberi peluang untuk orang dihujung talian bersuara sekali lagi.
Khaleed menghulur telefon bimbit itu kepada Stacy yang menyua tapak tangannya. Beberapa saat, semua tidak bersuara. Hanya bunyi cengkerik dan hembusan nafas masing-masing saja yang menghiasi malam itu.
Issac melihat bibir Stacy bergerak mengatakan sesuatu sebelum menghampiri Faryal lantas membisik sesuatu kepada telinga isterinya itu. Faryal angguk faham. 

“Bagus. Sekarang aku beri kau sepuluh saat untuk kau dan orang-orang kau pergi. Satu.” Faryal mula mengira.
“Dua.”
Khaleed rasa tercabar bila semua yang dilakukannya tidak menjadi. Mata mereka berdua menikam satu sama lain. “Kau jangan ingat kau dah menang. Sebab ini hanya permulaannya.” Ugut Khaleed.
Faryal menjungkit bahunya. “Okay. Tiga, empat, lima, enam.” Dikira dengan pantas sebelum senyuman herot diukirnya.
Half way there. I didn’t know counting is this fun. Tujuh!” Suara Kira lantang.

 Khaleed mula menapak menuju ke keretanya. Setiap langkah yang diambil Khaleed, pistol yang dipegang Faryal dari tadi mengikutinya. 

“Lapan!” Kira Faryal kuat.
Orang-orangnya Khaleed sudah memasuki kereta mereka. Masing-masing dengan muka yang kelat. “Sembilan!” Khaleed merenung Faryal sepertinya memberi peringatan terakhir sebelum membolos diri ke dalam kereta.
And they’re off. For now.” Tangan yang memegang pistol diturunkan dan matanya tidak lari melihat kereta mereka menghilang dihujung jalan.
**
Stacy mengambil pistol yang dipegang Faryal dan disimpannya. Faryal melepaskan keluhan lega. Jari-jemarinya diurut-urut kerana terlalu lama memegang pistol. Dia melihat beberapa orang-orangnya mengumpul ke semua pistol milik orang upahan Khaleed ke dalam satu beg. Dia rasa bangga dengan dirinya kerana berdepan Khaleed dengan cara sebegitu, dan dia tahu lelaki yang sedang memandangnya kini mahu berkata sesuatu. Dia dapat merasa aura kemarahan dari suaminya itu.
Dia menoleh menghadap Issac. “Assalammualaikum abang!” Ucap Faryal tersengih-sengih macam kerang busuk.
Waalaikumsalam.” Balas Issac masih dengan muka yang tegang.
Hidung mancung Issac dicuit Faryal, sahaja. “Kenapa marah-marah ni? Tak baik tau marah-marah nanti tak dapat pahala.” Tutur Faryal seperti tiada apa yang berlaku sebentar tadi.
Siapa kata abang marah?”
Meen nampak asap berkepul-kepul keluar dari telinga dan lubang hidung abang tu.” Gurau Faryal lantas dia menekup mulut menahan tawanya. Comel betul laki aku ni kalau marah. Nak cakap macam hulk boleh juga.
Not funny.” Ujar Issac masih marah.
Faryal tahu hanya satu cara saja untuk menyejuk hati suaminya itu. Dia memeluk tubuh Issac. Telinga melekap didada suaminya itu. “Pada abang. Tapi pada Meen, memang kelakar.” Dia senyum sendiri. Tidak menghirau mata yang memandang.
Hangat pelukan Faryal mencair hati Issac yang keras itu. Faryal tersenyum lebar bila tangan Issac membalas pelukannya. Dia dapat merasa kucupan hangat diubun-ubunnya. “Meen takutkan abang tahu tak. You just shaved ten years from my life.” Suara Issac tenang kembali.
Sorry.
Suaminya itu mengukir senyuman nipis. “Abang bersyukur sayang selamat.” Dia mendaratkan bibir didahi Faryal.
Meen pun.” Faryal menguap besar. Mengantuk. Kepalanya menoleh melihat keadaan rumah mereka yang berantakan itu. Hatinya rasa sayu. Rumah itulah tempat tinggal  pertama mereka sebagai suami isteri.
Buat sementara kita tinggal dengan atok.” Suara Issac memahami apa yang difikirkan Faryal. Isterinya itu angguk akur.
Kita balik. You look tired.” Bahu Faryal dipautnya dan mereka berjalan menuju ke kereta yang sedang menanti. Dalam perjalanan ke kereta, Issac dan Faryal sempat memberi beberapa arahan kepada orang-orang mereka.
Faryal memasuk ke dalam kereta tanpa membantah, diikuti oleh Issac. Stacy dan Gerald sudah setia berada didepan. Faryal melentok kepalanya dibahu Issac. Matanya sudah kuyu. “You never fail to amaze me. Macam mana sayang belajar itu semua? Pegang pistol, habis tu blend in with the surrounding semua.” Sungguh dia tidak sangka Faryal, isterinya itu melakukan itu semua.
Pada pertama kali dia tidak pasti siapa yang sedang bergerak ke arah mereka. Dia ingat itu mungkin orang upahan Khaleed mahu menyerang mereka secara senyap. Tetapi bila mata dia bersatu dengan sepasang mata yang amat dikenalinya, dia sudah mendapat jawapan yang dicari-carinya.
Let’s just say, Nek Wan kept me busy. Some classes in the schedule aren’t really what it seems. Etiqutte classes are my self-defense class. Gym session is my fire-arms class.” Ujar Faryal dengan mata yang sudah ditutup rapat.
Sleep angel. Abang dekat sini.” Kata Issac bila perbualan Faryal mula meleret dan tidak masuk akal. Esok hari baru untuk mereka.
**
Pintu dihempas kuat memeranjat semua yang berada didalam rumah itu. Khaleed menjejak masuk dan menghempas tubuhnya disofa berdekatan. Rambutnya sudah tidak terurus. Secara mendadak dia menendang meja kopi didepannya sehingga mencium tembok didepannya. Dia meraup mukanya kasar. Bengang dengan semua yang telah berlaku.
Wanita berbaju singkat melingkar tangannya dibahu Khaleed. “Sayang, I baru dapat tahu apa yang terjadi tadi. It’s okay.” Ujarnya dengan simpati.
Khaleed menegakkan badannnya kurang senang dengan kata-kata wanita itu. “Okay? Nothing is okay! Ini semua kerana anak bawa sial itu. Semua yang I lakukan tak menjadi. Tak menjadi!” Herdiknya kuat.
Hatinya membara memikirkan semua yang berlaku padanya. Faryal Shameena tidak boleh diperkecilkan. Nenek sihir yang terlantar dihospital itu telah banyak mengajar Faryal sejak dia tinggal disana. Mungkinkah Lutfiyah merancang ini semua? Mengurus persediaan Faryal untuk masalah seperti ini?
Dia masih dapat rasa mulut pistol yang diacu dikepalanya tadi. Faryal menekan picu pistol itu membuat dia sedar, Faryal tidak lagi bermain dengannya. One for one. Tak akan dia lupa tentang itu.
“Cuba you bawa bertenang. Kita fikirkan cara yang lain.” Wanita itu memujuknya sekali lagi.
Khaleed mendengus kasar. “Bertenang? Macam mana I boleh bertenang?! I sudah hilang segala-galanya…”
“You masih ada saham you dekat Lumiere. I sudah buat temujanji you dengan Puan Angel esok. Tapi petang. Susah I nak buatkan temujanji untuk you tahu tak. Banyak alasan mereka bagi I. Anyways, you nak buat apa jumpa dengan Puan Angel tu?” Soalnya ingin menukar topik perbualan mereka.
Tubuh Khaleed disandar kembali ke belakang sofa. Saham Lumiere International saja yang dia ada dan sekarang dia perlukan wang. Wang adalah cara untuk selesaikan semuanya. “I nak jual saham I dekat Lumiere.” Katanya. Keputusan sudah bulat.
“Tapi itu saja yang you ada. Kalau you jual, you tak ada apa-apa lagi.” Wanita itu tidak setuju dengan keputusan Khaleed.
“I tak kisah. Dendam I terhadap Faryal Shameena harus dilunaskan. Walaupun I terpaksa jatuh miskin, I rela. Asalkan dendam I terbalas.” Diketap bibirnya kuat. Tangan digumpal bila dia membayang muka Faryal.
Sekarang dia harus mendapat wang dan juga mencari tahu macam mana Faryal mengetahui tentang orang suruhannya yang sedang memantau beberapa orang seperti diarahnya. Dia dapat merasa bahawa ada pembelot diantara orangnya. Tapi siapa?
**
Kopi panas yang berada dalam tangan dihirup sebelum meletaknya kembali dimeja kayu didepannya. Mata memandang bulan yang masih menyinar dilangit yang hitam itu. Dialih pandangannya ke taman luas pula. Air pancutan ditengah-tengah mengingatkannya kembali kepada masa silamnya. Masa dimana kali terakhir dia bercakap dengan Eddy, papanya.
Kalau papa boleh memutar kembali masa. Papa akan melakukannya. Papa tidak akan membiarkan kamu membesar tanpa seorang papa.” Suara Eddy mengambil tempat dikerusi bertentangan dengan Issac.
“Danish tak perlukan seorang papa. Danish ada atok. Danish ada father, itu dah mencukupi.” Balas Issac tidak mengangkat kepala dari buku yang sedang dibacanya.
Eddy senyum hambar, faham dengan rasa amarah anak lelakinya itu. “Papa tahu Izzat benci dengan papa. Tapi papa tak kisah. Izzat berhak, kerana semua yang telah papa lakukan kepada kamu dan atok. Papa bukan seorang yang layak dipanggil papa. Papa tak akan minta Izzat menerima papa dalam kehidupan Izzat.”
Issac gelak sinis. “Habis sekarang ni apa? Bukan nak suruh Danish terima ke?”
“At least I tried.” Balasnya. Dia mengamati anaknya dengan Kat. Bertahun-tahun dia meninggalkan anaknya itu kerana kebodohannya sendiri. Kerana dia, Issac sengsara.
Tapi papa nak Izzat tahu. Walaupun papa tak membesarkan kamu, papa tetap sayangkan kamu kerana kamulah bukti cinta papa dan mama kamu. Kamu satu-satunya darah daging papa. Papa harap Izzat dapat maafkan kesalahan kami. Kesalahan mama dan kesalahan papa juga.” Pinta Eddy pada Issac yang menayang senyuman mengejeknya.
“Senang saja nak minta maaf. It’s not easy to forgive and forget.” Balas Issac sebaik saja menutup buku yang dibacanya. Dia bangkit untuk pergi. Tapi langkahnya mati bila Eddy menyambung apa yang ingin dikatakannya.
“I know. Itu sebab papa tak paksa kamu untuk maafkan papa. Tapi papa yakin satu hari kamu akan faham kenapa ini semua berlaku. Kamu akan faham mengapa cinta itu kadang-kala boleh membuat seorang itu hilang arah tujuan.”
“Whatever.” Issac mula mengorak langkah tidak mahu mendengar penjelasan Eddy yang kepadanya tidak berguna lagi.
“Papa yakin kamu akan maafkan papa. Papa yakin.”
Itulah kata-kata terakhir yang didengari Issac dari Eddy. Itulah kata-kata yang sentiasa terngiang-ngiang dikepala dan itulah kali terakhir dia melihat papanya.
“Izzat maafkan papa. Izzat maafkan mama.” Bisik Issac dengan suara yang sayu. Seperti pancutan air itu, matanya juga mengalirkan air mata yang deras. Rasa kesal kerana melayan Eddy dengan dingin sekali, pada saat-saat terakhirnya.
It’s not wrong for a man to cry you know.
Issac tidak menyeka air matanya yang mengalir. Dia membiarkan saja kerana pemilik suara itu sudah biasa melihat dia menitiskan air mata. Dia mengangkat kepala dan mata mereka bertembung sesama sendiri. Tuan Kamil Arsyad melihat mata cucunya yang sudah merah. Dia senyum nipis.
“Danish sedar apa yang dimaksudkan papa yang cinta boleh membuat seseorang itu hilang arah tujuan. Because I almost did tonight.” Ujarnya. Dikesat air mata dengan belakang tangannya.
Tidak tahu macam mana dia mahu menjelaskan apa yang dirasainya malam itu. Berita tentang rumah mereka diceroboh, bangkai kucing diatas katil, nota yang ditinggalkan orang suruhan Khaleed dan Faryal bersemuka dengan papanya sendiri. Dia tidak tahu dimana dia harus mula. Dia memejamkan matanya dan setiap imbasan malam itu bermain kembali.
Telinganya menangkap gelakkan kecil dari datoknya. “Faryal and a gun. Satu kombinasi yang amat membahayakan. Nampaknya Wanda benar-benar mengajarnya dengan baik sekali dari semua aspek. Tak sangka diam-diam berisi rupanya isteri cucu atok ni.” Gurau Tuan Kamil Arsyad tetapi reaksi Issac tetap sama.
Tidak gelak seperti selalu. Dia hanya memandang kosong ke arah air pancutan didepan. Masih memikirkan kejadian tadi.
She was so different. Cara mata dia merenung Khaleed buat Danish takut. Bila semuanya selesai, mata yang penuh dendam dan marah terus hilang. It’s like facing two different people at the same time.” Jelasnya sekali lagi.
Bila dia melihat mata Faryal yang berdepan dengan Khaleed, dia hanya dapat melihat api kemarahan yang membara. Tetapi bila Khaleed sudah pergi dan Faryal memandangnya pula, dia dapat melihat Faryal yang dahulu. Faryal yang penuh kenakalan dan kecerian.
“Atok pernah beritahu kamu sebelum ini. Kamu kenal dengan dia tapi adakah kamu betul-betul mengenalinya. Faryal seperti bawang. Kita harus mengupas setiap lapisan untuk ketahui isi hati mereka dan perawatakan mereka untuk mengenal siapa mereka sebenarnya.”
She never fails to amaze me.” Memang setiap hari bersama Faryal banyak yang dia pelajari tentang isterinya itu. Betul apa yang dikatakan Tuan Kamil Arsyad, mengenali Faryal adalah seperti mengupas bawang.
Tuan Kamil Arsyad gelak sakan dengan kata-kata cucunya itu. “True. Bila dia datang sini seperti yang diarah kamu. Dia sudah ada rancangannya tersendiri. Did I try to stop her? No. Kenapa? Sebab atok percaya dia tahu apa yang sedang dilakukannya. Kamu takut apa-apa akan terjadi kepadanya kerana kamu mencintainya. Dia isteri kamu dan tanggungjawab kamu. Tapi kamu tahu tak sebab sebenar kenapa kamu rasa takut melihat Faryal tadi?”
Issac mengerut dahinya cuba mencari jawapan pertanyaan datoknya itu.
“Sebab kamu tak benar-benar percaya dengan dia. You got to have faith in her. Sepertimana dia ada pada kamu.”
“Tapi dia tak beritahu Danish pun yang dia belajar kelas pertahanan semua.” Adu Issac tidak puas hati dengan jawapan datoknya itu. Siapa cakap dia tidak mempercayai Faryal? Dia hanya takut kerana keselamatan Faryal.
Tuan Kamil Arsyad menepuk-nepuk bahunya Issac yang masih tidak faham dengan kata-katanya itu. “Kepercayaan. It takes two to tango Danish. It takes two.” Dan dia pergi meninggalkan Issac mencerna kata-katanya itu.



4 comments: